Kedah, mendapat gelaran negeri Jelapang Padi ini mempunyai banyak sejarah dan budaya hidup yang menarik untuk diterokai. Jika berkunjung ke sini, anda pasti tidak akan kering gusi dengan keramahan penduduknya dan pasti terpesona dengan keindahan alam semula jadi yang berlatar belakangkan gunung ganang serta sawah padi.
Sungguhpun cuaca di sini agak panas, tetapi itu bukan penghalang untuk terus menjelajah sekitar negeri ini terumatanya bandar Alor Setar yang merupakan ibu negeri. Jika berbicara mengenai makanan disini, kebanyakkannya bercirikan masakan ala kampung tetapi jangan bimbang, masih terdapat pelbagai lagi hidangan moden yang turut popular.
Jom lihat senarai tempat makan menarik di Alor Setar yang terbaik untuk Foodie.
Kandungan
- 37. Alor Setar Breakfast Station
- 36. Zakaria Laksa Teluk Kechai
- 35. Nasi Kandar Yasmeen
- 34. Kuey Teow Iman
- 33. Laksa Ikan Sekoq
- 32. Awi Pulut
- 31. Nasi Lemak Haji Ali
- 30. Tat Nasi Ayam
- 29. Gulai 7 Kawah
- 28. Nasi Lemak Royale Hijau Kuning
- 27. Medina Thai Palace
- 26. Singgah Rasa Cafรฉ
- 25. Roti Canai Celaru
- 24. Nasi Lan Peruda
- 23. Mee Abu
- 22. Mee Faruq Roti Doll
- 21. Rumah AOR
- 20. Warung Klasik
- 19. Mat Cucur Udang
- 18. Big Galleyโs Cafรฉ
- 17. Restoran Sri Pumpong
- 16. Labo Labo Steamboat & BBQ
- 15. Meat Freak BBQ
- 14. Kopi & Roti
- 13. The Place by DECO
- 12. HLM Authentic Boat Noodle
- 11. Nasi Arab Albaraqah
- 10. Le Medina Patisserie
- 9. Arab Kitchen
- 8. DโBoat Jerot Grill & Ikan Bakar Tiktok
- 7. Tiffz Coffee Gallery
- 6. Adik Abang Cafe Alor Setar
- 5. Caffe Diem
- 4. Restoran Nasi Kandar Haji Ramli Alor Setar
- 3. Restoran Mee Sham Roti Doll
- 2. Haji Jamil Gulai Ikan Termenung
- 1. Restoran Ikan Bakar Top Alor Setar
37. Alor Setar Breakfast Station

Kalau anda masih tercari cari kedai makan untuk mengisi perut pada waktu pagi, singgahlah di Alor Setar Breakfast Station ini. Kedai makannya ringkas dan bersaiz sederhana tetapi makanan yang disajikan bukan calang calang.

Dibuka hanya pada waktu pagi hingga tengahari, anda boleh merasai pengalaman bersarapan suasana ala kampung dengan hidangan antarabangsa seperti french toast, oletto iaitu set sosej, keju dan telur yang dibalut dengan roti jala, roti telur meleleh dan banyak lagi menu hebat dan kreatif. Buat yang menggemari makanan tempatan, anda boleh cuba nasi lemak popular mereka, dijamin sedap.
36. Zakaria Laksa Teluk Kechai

Orang utara memang cukup sinonim dengan keenakan masakan laksa mereka, salah satu laksa terbaik yang boleh didapati di sini ialah di Zakaria Laksa Teluk Kechai. Terletak bersebelahan dengan kawasan sawah padi, menjadikan restoran ini tarikan utama pelancong untuk menikmati semangkuk laksa utara asli sambil ditemani pemandangan indah.
Menurut pemilik restoran, resipi laksa turun temurun ini menjadi kegemaran ramai kerana mereka menggunakan bahan rahsia iaitu sambal kelapa dicampurkan bersama kuah laksa yang dimasak pekat. Mee laksanya pula gebu dan lembut kerana diproses sendiri menggunakan beras.

Tentu membangkitkan selera sesiapa saja yang menjamunya. Jangan lupa untuk datang lebih awal sekiranya ingin berkunjung kesini kerana restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan yang cukup menggemari hidangan mereka. Rugi kalau tak singgah!
35. Nasi Kandar Yasmeen

Sememangnya juadah Nasi Kandar dan Kedah memang tidak dapat dipisahkan. Restoran Nasi Kandar Yasmeen ini merupakan antara restoran nasi kandar yang cukup popular dan menjadi kegemaran ramai.
Lauk-pauk yang dihidangkan bukan calang-calang, semuanya dimasak pekat dan terasa masakan rempahnya.

Lauk yang popular disini tentunya ayam goreng panas, telur rebus dan kuah campuran kari bersama sayur, pasti menyelerakan apatah lagi dimakan pada waktu tengahari. Anda juga pasti akan berpuas hati kerana rata-rata pelanggan menyifatkan restoran ini murah dan cukup berbaloi setanding dengan kualiti makanan yang dihidangkan.
34. Kuey Teow Iman

Jika anda mengidam untuk makan malam bersama hidangan power char kuey teow, kunjungilah restoran ini.
Bukan sahaja hidangan char kuey teow yang digoreng pekat bersama telur goreng, tetapi anda juga boleh menikmati nasi ayam, nasi lemak dan satay yang cukup asli dan memikat selera.

Tempatnya juga selesa untuk anda membawa bersama ahli keluarga menjamu selera secara santai dengan menu-menu yang mengenyangkan.
33. Laksa Ikan Sekoq

Satu lagi hidangan wajib jika anda singgah di negeri sebelah Utara ini tentunya juadah Laksa.
Apa yang membezakan warung makan ini dengan yang lain ialah kerana bukan sahaja kuah laksanya yang dimasak pekat bersama resipi asli, tetapi anda akan dihidangkan sekali bersama seekor ikan menjadikan laksa ini lain daripada biasa.

Menu lain yang perlu anda cuba ialah seperti ABC, Cendol, Pasembor dan Char Kuey Teow. Tentu seronok menjamu selera hidangan laksa sedap ditemani bunyian ombakย dan suasana pantai yang nyaman. Rugi kalau tak singgah.
32. Awi Pulut

Berita gembira buat anda, peminat pulut, terutamanya pulut durian. Awi Pulut menyediakan hidangan pulut durian yang asli dan lazat. Bukan itu sahaja, pulut mangga disini turut menjadi hidangan kegemaran ramai.

Apa yang menyeronokkan ialah buah-buahan tempatan yang digunakan disini cukup segar dan manis. Kalau anda sukakan sesuatu yang lebih mengenyangkan, pesanlah hidangan pulut bersama ayam goreng atau masakan berlauk yang turut disajikan disini. Pasti seronok menjamu selera bersama ahli keluarga secara santai terutama pada musim cuaca panas.
31. Nasi Lemak Haji Ali

Siapa tidak kenal dengan restoran Nasi Lemak Haji Ali ini? Dibuka sejak tahun 1958, restoran ini tentunya menyimpan seribu satu sejarah yang cukup membanggakan. Bukan itu sahaja, kunjungan orang ramai disini tentunya daripada kalangan pelanggan setia restoran ini sejak zaman dahulu yang menggemari masakan mereka.
Populariti restoran ini juga telah membuatkan mereka membuka beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur. Uniknya ialah, nasi lemak utara ini berbeza dengan yang lain, kerana ia merupakan campuran bersama Nasi Minyak dan dimakan dengan lauk signatureย mereka iaitu Ayam Merican, Sotong Pedas atau Daging Rose.

Terdapat juga pelbagai jenis lauk lain yang dimasak pekat dan asli, terutamanya kuah dal. ย Sepinggan nasi pasti tidak mencukupi!
30. Tat Nasi Ayam

Jika anda mahukan nasi ayam yang sedap, singgahlah makan di Tat Nasi Ayam ini. Menu disini cukup menarik kerana Nasi Ayam yang dihidangkan bukan sahaja menggunakan ayam biasa, tetapi pelbagai jenis yang boleh anda pilih.

Rata-rata mengesyorkan untuk anda mencuba nasi ayam golek mereka. Bukan itu sahaja, menu lain yang laku keras disini ialah seperti satay dan pelbagai masakan nasi goreng yang cukup memikat selera. Tunggu apa lagi? Cepat datang dan rasai sendiri keenakan makanan disini.
29. Gulai 7 Kawah

Nak cari masakan gulai kampung yang pelbagai dan asli? Kunjungilah restoran gulai 7 kawah ini.
Menu istimewa disini ialah gulai kawah ayam kampung, daging, itik, rusa, kepala ikan dan pelbagai lagi. Menariknya kesemua lauk-pauk untuk anda pilih, dihidangkan di dalam kawah untuk mengekalkan keaslian rasanya.

Untuk melengkapkan lagi hidangan, anda bolehlah memesan pelbagai jenis hidangan santai kegemaran orang utara seperti pulut ayam, pulut pelam dan sebagainya. Harga yang ditawarkan disini juga tidak mengecewakan kerana murah setanding dengan kualiti makanan yang disajikan. Cepat datang dan cuba!
28. Nasi Lemak Royale Hijau Kuning

Ini merupakan salah satu restoran yang menghidangkan nasi lemak yang lazat dan menjadi kegemaran ramai. Nasinya dimasak sempurna bersama hidangan lauk-pauk masakan kandar seperti kari, gulai dan ayam madu, sotong dan telur masin.

Populariti mereka terbukti apabila restoran ini tidak pernah lenggang dan sentiasa dipenuhi dengan pelanggan yang datang dari merata tempat semata-mata untuk mengisi perut dengan masakan lazat mereka. Jadi, pastikan anda datang awal okay!
27. Medina Thai Palace

Tidak perlu ke Thailand untuk anda nikmati masakan authentic Thailand yang sememangnya menjadi kegemaran ramai, bawa keluarga atau rakan-rakan anda untuk bersama-sama menikmati kelazatannya di Medina Thai Palace ini.

Sebut saja masakan Thailand apa yang anda idamkan, daripada pelbagai jenis tomyam, masakan siakap stim, kerabu mangga, krapow dan pelbagai lagi disajikan menepati citarasa anda. Persekitarannya juga sungguh selesa dan sangat sesuai untuk menjamu selera dalam kumpulan yang ramai.
26. Singgah Rasa Cafรฉ

Sekali sekala bertukar selera pun apa salahnya bukan? Apa kata anda cuba makan masakan Pakistan yang dihidangkan di restoran Singgah Rasa Cafรฉ ini yang cukup terkenal dalam kalangan penduduk sekitar.

Antara menu wajib yang perlu dicuba disini ialah Roti Naan Cheese mereka yang dibakar sempurna bersama lelehan keju yang banyak, dihidangkan bersama kuah istimewa masakan Pakistan yang tidak boleh didapati di kedai mamak biasa.
Selain itu, anda juga boleh memesan hidangan seperti nasi briyani Pakistan, homemade pizza, qimma dan sebagainya. Harga makanan disini juga sangat berpatutan dan berbaloi. Rugi kalau tak singgah!
25. Roti Canai Celaru

Jangan keliru dengan nama kedai makan yang unik ini, sememangnya bertujuan untuk membuatkan anda celaru dengan keenakkan roti canai banjir yang dihidangkan bersama dal, kari, sambal tumis sardinnya yang asli dan disempurnakan lagi dengan telur mata yang tentunya membangkitkan selera makan anda terutamanya pada waktu pagi.

Kalau anda berkunjung kesini, datanglah lebih awal kerana awal-awal pagi lagi pelanggan sudah membanjiri gerai makan terkenal ini.
Kelazatan hidangan mereka sudah terkenal di seluruh Malaysia dan sering mendapat review terbaik daripada selebriti tempatan serta rancangan televisyen popular. Rugilah pada siapa yang tak cuba lagi roti canai celaru disini.
24. Nasi Lan Peruda

Satu lagi destinasi restoran nasi kandar yang perlu anda kunjungi bagi memenuhi selera utara anda ialah di Nasi Lan Peruda. Telah dibuka sejak tahun 1982, nasi kandar disini tentunya authentic dan power.

Lauk yang menjadi kegemaran ramai disini ialah tidak lain tidak bukan tentunya sambal sotong, ayam madu dan ayam kunyit mereka yang lain daripada yang lain. Pastikan anda datang dan cuba sendiri kelazatan hidangan disini.
23. Mee Abu

Anda mencari sajian utara yang lebih santai selain daripada nasi kandar, kunjungilah kedai makan Mee Abu ini. Cukup dikenali terutama dalam kalangan penduduk Alor Setar sendiri, Mee Abu menjanjikan anda masakan mamak yang unik dan lain daripada yang biasa anda makan.

Apa yang terkenal disini tentunya masakan mee rebus yang asli, hasil air tangan pemilik restoran sendiri sejak turun-temurun.
Kalau anda tidak menggemari mee berkuah, anda boleh pesan masakan goreng mereka yang juga sedap seperti Mee Goreng Mamak dan Kuey Teow Goreng. Saiz hidangannya juga besar dan tentu mengenyangkan anda walaupun sekadar makan santai pada waktu petang.
22. Mee Faruq Roti Doll

Roti Doll tu apa sebenarnya? Unik bukan nama hidangan ini dan hanya boleh didapati di restoran Mee Faruq Roti Doll. Sebenarnya ia merupakan masakan roti canai yang dimasak sempurna dan dihidangkan banjir bersama kuah dal, sambal tumis dan telur mata.
Berbeza dengan roti canai banjir yang lain tentunya kuah resipi aslinya yang dimasak khas buat pelanggan setia kedai makan ini. Selain itu, anda juga boleh mencuba sajian nasi lemak ala kampung yang tentunya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Tentu hidangan ini memberikan tenaga luar biasa untuk anda memulakan hari anda menerokai kotaraya Alor Setar dan tempat-tempat menarik di sekitar negeri Kedah.
21. Rumah AOR

Buat anda yang menggemari pelbagai variasi hidangan untuk makan tengahari atau makan malam anda, bolehlah cuba hidangan lazat di Rumah AOR ini. Mereka menyajikan bukan sahaja masakan tempatan yang popular tetapi juga masakan barat dengan harga yang cukup berpatutan.

Menu yang istimewa disini ialah seperti chicken chop, meatball, pelbagai masakan pasta dan chicken grill. Menu tempatan popular yang disyorkan untuk anda cuba ialah Nasi Goreng Ayam Kunyit mereka yang authentic dan tentunya memuaskan selera. Suasanya kedai makannya juga ala hipster dan sesuai untuk sesi bergambar sambil menjamu selera bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan.
20. Warung Klasik

Sesuai dengan nama warung yang diberi, tentunya hidangan disini menyajikan pelbagai jenis masakan tradisional kegemaran orang Kedah yang klasik dan asli. Hidangan popular disini ialah lempeng atau pek nga kelapa yang dimakan bersama gulai ikan kembung.

Lempeng kelapanya bertekstur lembut dan manis kerana menggunakan kelapa muda sebagai intinya. Selain lempeng kelapa, lempeng pisang juga turut menjadi hidangan wajib bagi pelanggan setia warung ini.
Konsep warungnya yang terbuka berlatar belakangkan ukiran kayu tradisional menjadi lokasi warung ini pilihan pelancong untuk merasai sendiri suasana kampung sambil menjamu hidangan lazat.
19. Mat Cucur Udang

Perniagaan cucur udang ini sangat terkenal dan telah bertahan selama lebih berpuluh tahun. Daripada hanya berniaga di sekitar pasar malam, Mat Cucur Udang kini telah beroperasi penuh dengan membuka restoran.
Tidak hairanlah, kerana resipi warisan turun temurun membuat cucur udang tentunya menarik perhatian ramai orang yang menjamu selera disini. Cucur udangnya digoreng rangup bersama udang bersaiz besar yang kelihatan pada setiap cucur yang anda pesan. Setiap gigitan cucur pastinya sempurna dengan rasa manis bawang dan taugehnya.

Apa yang lebih menarik, anda juga boleh memesan untuk campurkan sama ada tauhu, cucur bawang, fishcake dan lain lain. Tentunya lebih menyelerakan apabila dicicah bersama kuah kacangnya yang asli hasil air tangan pemilik restoran sendiri.
18. Big Galleyโs Cafรฉ

Siapa kata kotaraya Alor Setar hanya sekadar menghidangkan selera kampung masakan Kedah asli semata-mata? Big Galleyโs cafรฉ boleh anda kunjungi untuk merasai sendiri pengalaman menjamu selera di cafรฉ hipster luar bandaraya Kuala Lumpur. Menariknya, cafรฉ ini menghidangkan bukan sahaja masakan barat, tetapi juga masakan tempatan dan ala Thai.

Antara menu wajib anda cuba ialah seperti Big Galleyโs Fried Rice, Chicken Chop Fried Rice, Big Galleyโs Beef Burger dan tentunya Momotaro Chicken iaitu ayam rangup yang diletakkan sos Bolognese diatasnya beserta keju.
Lain daripada yang lain bukan? Selain itu, hidangan anda perlu dilengkapkan dengan minuman istimewa Captain America iaitu campuran blackcurrant bersama buah longan dan whipped cream. Rugi sungguh kalau anda singgah di Alor Setar tetapi tidak berkunjung ke kafe ini.
17. Restoran Sri Pumpong

Restoran ini cukup terkenal dengan hidangan tempatan lauk pauk istimewa orang utara seperti pelbagai jenis gulai, ikan keli garing, sup daging, ayam kampung serta pelbagai ulam-ulaman dimakan bersama sambal belacan.

Pastinya membangkitkan selera terutamanya untuk mengisi perut yang kelaparan pada waktu tengahari. Dengan harganya yang murah dan berbaloi, tidak hairanlah jika restoran ini sesak dengan pelanggan setiap masa. Jadi pastikan anda datang lebih awal untuk mendapatkan tempat dan menjamu selera dengan selesa.
16. Labo Labo Steamboat & BBQ

Mesti ramai yang tercari-cari masakan steamboat dan bbq di Kedah ini. Tentulah ada. Malah, Labo-labo steamboat dan bbq ini merupakan restoran pertama seumpamanya yang dibuka di Alor Setar berkonsep terbuka dan santai.
Konsep ini tentunya sesuai untuk anda yang ingin membawa keluarga atau rakan rakan yang ramai untuk menjamu selera hidangan lazat sambil beramah mesra.

Istimewanya di Labo-labo ini ialah sos steamboatnya yang pelbagai yang boleh anda pilih sama ada pedas, manis, masam mahupun berempah mengikut citarasa anda. Menu ala Shell Out yang in-trend di sini juga turut disajikan dan dikenali sebagai โโLabo Lempaqโโ. Harganya juga cukup berpatutan dan pastinya berbaloi untuk anda kunjungi.
15. Meat Freak BBQ

Berkonsepkan sepenuhnya ala western dan koboi, restoran ini menghidangkan pelbagai variasi masakan daging, kambing dan pasta ala western yang tentunya menjadi kepakaran mereka.

Menu utama kegemaran ramai yang perlu anda cuba ialah set hidangan Smoked Line yang menawarkan masakan seperti beef brisket, pulled lamb, beef ribs, coleslaw, mashed potato, roti dan nachos chips. Rata-rata pelanggan cukup berpuas hati dengan kualiti makanan yang dihidangkan dengan harga yang cukup berbaloi. Pasti makan malam yang cukup mengenyangkan.
14. Kopi & Roti

Jika anda mahukan ketenangan dan bersantai sambil menikmati aroma secawan kopi brew asli, berkunjunglah di Kopi & Roti cafรฉ ini.
Konsep yang diketengahkan cukup ringkas, berlatar belakangkan warna pastel putih dan kelabu, dengan hiasan perabot kayu moden dan sangat meminimakan dekorasi dalaman, tentunya anda akan berasa tenang sahaja untuk berada disini.

Menu yang ditawarkan pula lebih kepada variasi minuman kopi moden yang authentic, iced matcha, iced chocolate dan pelbagai jus buah-buahan segar. Untuk menu pastry pula, signature dish yang perlu dicuba ialah seperti variasi sandwich seperti panini, baguette, ciabatta, croissant dan focaccia dimakan bersama inti pilihan ayam atau daging.
Kek dan manisan juga turut menjadi kegemaran pelanggan dan tentunya seronok bersantai sambil menikmati hidangan ringan, menjadikan minum petang anda sesuatu yang mendamaikan.
13. The Place by DECO

Restoran ini berkonsepkan mewah dan elegan bersesuaian juga dengan hidangan yang disajikan iaitu masakan ala barat. Jika anda mahukan makan malam romantis atau untuk apa-apa sambutan ulangtahun dan sebagainya, The Place by Deco ini tentunya pilihan yang tepat.

Hidangan istimewa disini ialah Tomahawk yang semakin viral masa kini serta pelbagai variasi sajian steak, grill serta pasta yang bertaraf antarabangsa. Sungguhpun harganya agak mahal tetapi cukup berbaloi setanding dengan kualiti makanan dan saiz hidangannya yang besar. Pasti anda pulang dengan perut kenyang.
12. HLM Authentic Boat Noodle

Boat Noodle masakan popular yang diinspirasi daripada resipi istimewa masakan ala Thai ini tentunya mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Jangan bimbang buat anda yang teringin untuk mencubanya ketika berkunjung ke Alor Setar kerana restoran ini sedia menerima kedatangan anda sekeluarga.

Anda boleh memilih sama ada sukakan kuah yang pedas ataupun tidak, dan harga semangkuk cuma sekitar RM1.90 sahaja. Selain itu, untuk menambah selera anda lagi, cubalah anda pesan hidangan Thai Meat Grilled, daging lembut yang dipanggang sempurna dicicah bersama sos cili thai. Jangan lupa juga untuk makan bersama dengan minuman viral iaitu Thai Tea Iced yang sedap dan tentunya menjadi pilihan kegemaran ramai.
11. Nasi Arab Albaraqah

Mengidam nasi arab utara? Kunjungilah restoran nasi arab albaraqah ini yang menyajikan pelbagai jenis menu masakan arab yang popular seperti mandy dan khabsah. Kalau anda mahukan sesuatu yang lebih ringan, pesanlah hidangan shawarma mereka yang bersaiz besar dan berinti padat. Tentu mengenyangkan.

Disini juga disediakan masakan ala western yang difusionkan bersama masakan arab. Tentu rasanya unik dan istimewa. Ambil peluang ini dan rasai sendiri kelazatan makanan disini.
10. Le Medina Patisserie

Cafรฉ ini sungguhpun bersaiz sederhana tetapi menu hidangan disini cukup menyelerakan dan penuh dengan pilihan. Cafรฉ ini menyediakan sajian tempatan, ala western dan pastinya speciality mereka yang tersendiri ialah variasi jenis pastry daripada pilihan kuih muih tradisional, kek dan roti.
Sungguhpun begitu, menu istimewa yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung kesini ialah seperti mee tulang rusuk, nasi lemak hijau, seafood spaggetti dan Florentine pizza.

Sebagai pemanis mulut, pelbagai jenis kek boleh dipilih, dan tidak lupa juga terdapat pisang goreng cheese dan macaroon yang menjadi kegemaran ramai.
Dekorasi dalamannya yang luas, ringkas dan cozy ini juga mampu menaikkan mood ketenangan anda sambil menikmati hidangan enak yang disediakan.
9. Arab Kitchen

Uniknya restoran ini ialah kerana menu hidangan seafood grill yang merupakan antara yang terbaik di negeri kedah. Ini kerana bahan yang digunakan didalam masakan mereka cukup segar dan sentiasa baharu.
Sungguhpun dinamakan sebagai Arab Kitchen tetapi signature dish disini ialah masakan ala western, shellout dan laksa tempurung. Kuah shellout serta laksa tempurung mereka dikatakan cukup pekat dan menyelerakan.

Konsep restorannya pula terbuka dan luas, memang selesa untuk menjamu selera dan meluangkan masa beramai-ramai bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan. Cepat datang dan cuba sendiri hidangan enak yang viral ini okay!
8. DโBoat Jerot Grill & Ikan Bakar Tiktok

Bagi penggemar ikan bakar dan masakan seafood ala thai, restoran ini tentu dapat menepati citarasa anda. Antara menu pilihan yang sering dipesan disini ialah seperti siakap kesom kaw, siakap 3 rasa, somtam dan tomyam yang cukup tersendiri. Selain itu, hidangan makan malam anda tentu lebih istimewa dengan pelbagai pilihan ikan bakar yang segar dari laut.

Hiasan dalaman restoran ini yang berkonsepkan dalam kapal juga sungguh selesa dan bersih. Harga yang ditawarkan pula berbaloi dan berpatutan membuatkan anda pasti kembali menikmati makanan disini lagi setiap kali berkunjung ke Alor Setar.
7. Tiffz Coffee Gallery

Satu lagi tempat makan ala barat dan hipster menarik yang wajib anda kunjungi sekiranya berada di bandar Alor Setar. Di cafรฉ ini menyediakan bukan sahaja masakan barat yang beraneka tetapi juga mereka pakar di dalam menyediakan secawan kopi brew sejuk atau panas terbaik.

Kopi special mereka disini adalah seperti Special Affogato, Rose Latte dan Nutty Mocha. Sambil menikmati secawan kopi, anda juga boleh memesan waffle, pasta atau burger mengikut mood selera anda ketika itu. Apa pun yang anda pesan, pasti dijamin sedap dan tidak mengecewakan.
6. Adik Abang Cafe Alor Setar

Kalau anda berpeluang menikmati hidangan makan tengahari disini terutamanya, pasti anda akan rambang mata untuk memilih variasi lauk pauk tempatan yang disediakan.
Daripada ikan bakar, kambing, daging, ikan, makanan laut yang dimasak gulai, asam pedas, masaka lemak, sambal belacan serta banyak lagi jenis masakan tradisi kegemaran masyarakat setempat, pilih sajalah mengikut selera anda sendiri.

Kawasan restorannya yang luas dan terletak di kawasan yang lapang menjadikan persekitarannya cukup menenangkan dan nyaman. Tentu seronok menjamu selera di restoran ini.
5. Caffe Diem

Nama restoran ini seakan-akan menyamai frasa Latin iaitu Carpe Diem, cukup membuktikan konsep moden kontemporari dengan campuran elemen vintage yang ingin diketengahkan pemiliknya.
Sebaik anda melangkah masuk ke cafรฉ ini, suasana 90-an memainkan peranan yang penting, pasti menarik perhatian anda. Belum cuba lagi menu hidangan yang disajikan iaitu pelbagai jenis kek yang kreatif dan sedap sehingga menjadi kegemaran Permaisuri Agong. Antara kek yang terlaris disini ialah kek Lemon Poppyseed manakala minuman lattee menjadi kegemaran pelanggan setia cafรฉ ini.

Anda juga disyorkan untuk datang, beristirehat sambil menjamu selera hidangan barat seperti Say Sammon dan So Seducktive yang merupakan sajian salmon panggang dan pasta bersama daging itik. Menarik bukan? Tunggu apa lagi? Cepat singgah disini!
4. Restoran Nasi Kandar Haji Ramli Alor Setar

Nasi Kandar tentunya menjadi kegilaan ramai terumatanya jika anda berkunjung ke negeri sebelah utara. Restoran Nasi Kandar Haji Ramli yang telah beroperasi lebih daripada 10 tahun ini merupakan antara restoran yang menghidangkan nasi kandar terbaik di negeri Kedah.
Kalau berpeluang menjejakkan kaki kesini, anda perlu cuba nasi kandar ayam kampungnya yang menjadi kegemaran ramai. Selain itu, gulai dan lauk campur yang dimasak disini tentunya mempunyai rasanya yang tersendiri berbeza dengan restoran nasi kandar yang lain.

Contohnya seperti ayam madu, ikan keli dan sambal udang petai. Dengar saja tentu sudah dapat membayangkan keenakan lauk pauk disini dan dimakan bersama nasi panas.
3. Restoran Mee Sham Roti Doll

Kalau tadi kita ada menyatakan tentang keenakan roti doll di restoran yang lain, kini roti doll di restoran mee sham ini juga tidak kurang hebatnya.

Menu special yang sama iaitu roti canai banjir bersama gulai, sambal dan telur mata juga terdapat mee goreng yang sedap, tetapi pasti rasanya berbeza dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kalau anda tidak percaya, kunjungilah restoran ini dan rasai keenakan makanannya.

Kalau berada di sebelah Utara ini, sebut saja gulai ikan termenung pasti tidak asing lagi dengan penduduk tempatan. Untuk anda yang masih tertanya-tanya tentang hidangan ini, singgahlah di restoran Haji Jamil Gulai Ikan Termenung ini.
Populariti restoran dengan keenakkan gulai yang dimasak hasil resipi warisan turun temurun keluarga Haji Jamil ini menjadikan mereka berpeluang untuk disiarkan di akhbar tempatan.

Gulai Ikan termenung disini dimasak pekat bersama dengan rempah dan bahan-bahannya yang segar.
Malah, disebabkan keenakkan gulai rempahnya, restoran ini turut menjual homemade rempah gulai ikan termenung dan ternyata mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Jadi, tidak rugi sekiranya anda singgah di sini dan menikmati hidangan nasi panas bersama lauk pauk istimewa di restoran ini.
1. Restoran Ikan Bakar Top Alor Setar

Kalau anda susah untuk membuat pilihan tentang nak makan apa waktu makan tengahari, jangan risau, singgah saja di restoran ikan bakar top yang menjanjikan lauk-pauk tradisional selera utara yang dijamin tidak mengecewakan.
Pastinya anda rambang mata untuk memilih daripada deretan tray lauk yang disediakan, tetapi anda sangat digalakkan untuk mencuba sajian ikan bakar segar dari laut mereka yang tiptop. Kalau anda nak tahu, signature dish disini ialah ikan bawal bakar atau goreng.

Apa yang lebih membangkitkan selera tentunya hidangan lauk pauk ini dimakan bersama nasi panas dan pilihan aneka jenis kerabu, sambal lada, sambal belacan dan ulam-ulaman. Memang terasa sungguh suasana kampungnya disini bersama hidangan seumpama itu.
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat kami berikan kepada anda tentang tempat makan menarik di Alor Setar sekiranya anda merancang untuk berkunjung ke bandar istimewa ini.
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa Alor Setar sememangnya salah satu syurga makanan terbaik yang terdapat di Malaysia. Jadi ambil peluang yang ada untuk mencuba kesemua hidangan yang disyorkan di atas okay! Selamat mencuba!