Ampang Jaya atau dikenali sebagai Ampang terletak di luar kawasan golden Triangle Kuala Lumpur tetapi tetap menjadi bandar yang komersial dan menjadi tempat hiburan penting di Kuala Lumpur. Bahagian Ampang terletak di sebelah Negeri Selangor yang menempatkan banyak kawasan perumahan dan beberapa pusat membeli-belah kecil seperti Great Eastern Mall, Ampang Point dan City Square.
Ampang juga bandar dengan jumlah penduduk Korea yang besar yang tinggal di Ampang, sebab mengapa terdapat banyak restoran Korea di sekitar bandar ini. Kebanyakan kedutaan di Kuala Lumpur, termasuk kedutaan British, Perancis, Amerika dan Thailand juga terdapat di sini.
Tak mustahil bandar Ampang yang sangat dekat dengan kawasan metropolitan ini menempatkan pelbagai tempat makanan menarik dan sesuatu yang baru serta halal bagi pengunjung yang mahukan hidangan yang lain dari yang lain sambil bersantai dan menikmati hidangan yang menyelerakan. Kali ini, kami akan kongsikan bersama anda 27 tempat makan menarik di Ampang untuk memenuhi citarasa dan selera anda.
01. Burger Bakar Abang Burn
Siapa yang tak sukakan burger dan Burger Bakar Abang Burn tidak asing lagi. Pemilik yang berasal dari Pulau Pangkor ini berpengalaman sebagai seorang butcher di Australia. Minat yang mendalam dalam pembuatan burger dan steak, beliau berhijrah pulang ke tanah air dan mengenalkan jenamanya sendiri yang mencipta satu fenomena buat orang tempatan yang tak putus putus datang berkunjung ke premisnya.
Baca: 50 Tempat Makan Best Menarik Di Kuala Lumpur
Apa yang istimewanya Burger Bakar Abang Burn ini? Sudah pasti pada pembuatan sendiri daging patty mereka dan sekarang dengan pilihan keju Raclette yang didatang dalam empat perisa! Sesuatu yang anda tidak akan dapat di gerai burger yang biasa kita lihat banyak terdapat di mana mana tempat.
Terdapat banyak pilihan yang ada disini dari pilihan patty ayam atau daging, macaroni keju, cendawan goreng rangup dan pelbagai lagi. Terbaru, mereke mengenalkan menu Burger Pepper Cheese Tarik yang mengambil ilham dari Prosperity Burger. Apa yang membuatkan menu baru ini lain adalah keju Mozarella nya yang melimpah dengan rasa savory yang unik sekali.
Sos lada hitam buatan sendiri dibuat menggunakan 5 jenis lada yang berbeza, termasuk Pink Peppercorn yang diimport dari Peru dan dimasak sendiri setiap hari tanpa bahan pengawet. Tidak hairan kenapa sos lada hitam mereka bertaraf premium kerana bahan yang digunakan bukan murah dan mudah didapati di pasaran. Tak percaya? Anda kena pergi dan rasai sendiri kehebatan Burger Bakar Abang Burn ini.
Alamat: Dagang Avenue Food Court, Jalan Dagang B/3a, Taman Dagang, 55100 Ampang Jaya
Waktu Operasi: Setiap hari (6.30pm-12pm)
02. SweetTree Restaurant
Restoran Korea yang tumbuh seperti cendawan ini telah mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini. Dari K-Pop, ayam goreng hingga ke mi segera, ia diterima baik oleh rakyat Malaysia.
Walaupun terdapat banyak restoran Korea di sekeliling Kuala Lumpur, masih sukar bagi kita yang beragama Islam untuk mencari premis tempat makan yang disahkan halal tapi Jangan risau kerana ada satu tempat yang sesuai bagi masyarakat Islam yang mengemari makanan Korea dan ia terletak di Ampang.
SweetTree adalah restoran Korea yang terkenal dan disukai oleh ramai Muslim yang mengidam untuk menikmati citarasa Korea asli. Mereka menyajikan pelbagai menu set dan juga ala carte.
Apabila anda memesan hidangan daging untuk BBQ, ia datang dengan pelbagai hidangan sampingan seperti Clam Soup, Spring Onion Salad dan Mini Pancake atau secara tradisinya dikenali sebagai Pajeon.
Pajeon adalah lempeng versi Korea dan sangat berbeza daripada versi Amerika. Llayanan pelanggan yang mesra oleh pemilik dan pengurus restoran yang berinteraksi rapat dengan semua pelanggan membuatkan semua pengunjung selesa dan berpuas hati dengan kualiti yang diberi.
Alamat: Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: 11am- 10.30pm
03. Neighbor’s Café
Bagi yang duduk di kawasan Taman Kosas, pasti tahu mengenai Neigbor’s Café yang terletak di Jalan Medan Bukit Indah. Dengan tema Asian Fusion dan Coffee Shop, Neighbor’s Café mendapat sambutan hangat oleh penduduk setempat dan tak kurang juga mereka yang berada di kawasan berdekatan Ampang.
Dengan tema dekorasi Hispter, tak hairan, kedai ini sering menjadi tempat santai bagi orang orang muda untuk bersama rakan rakan sambil menikmati kopi atau minuman blended dan milkshake yang ditawarkan. Kalau teringin Buttermilk Chicken atau Kacang Pool, anda. pasti berpuas hati menikmatinya disini.
Dengan menu yang pelbagai dari hidangan barat seperti Pizza dan Pasta, anda juga boleh memesan hidangan Korea.
Tak kurang bagi mereka mahukan sesuatu yang tempatan atau Asian. Di Neighbor’s Café, semuanya ada. Jadi pakat ramai ramai untuk singgah dan mencuba sendiri pengalaman disini.
Alamat: 17G, Jalan Bukit Indah 5, Taman Bukit Indah, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (3pm-11pm)
04. Satay Sedap Ukay Perdana
Hari minggu kebiasaannya kita nak masak malas, suami dan anak-anak pula teringin nak makan diluar tapi mana nak pergi sebab kadang kadang mati akal nak makan apa. Apa kata anda makan satay hujung minggu ini untuk makan malam? Satu lagi kedai satay yang kami dapati menarik adalah, Satay Sedap di Ukay Perdana, Ampang.
Mereka mula beroperasi pada jam 4 petang setiap hari dan anda akan dapati keadaan premis mereka yang selesa, pelbagai susunan tempat duduk. Dinding mereka dipenuhi dengan bingkai foto pelbagai jenis motosikal semua jenis jenama, memang menarik.
Kepingan satay ayam, daging, kambing dan perut mereka besar dan rasa penuh dengan rempah dan jika anda adalah orang yang sukakan ketulan lemak pada satay, maka ini adalah tempat yang anda patut cuba.. Berbaloi setiap sen makan satay disini Disyorkan untuk mencuba bagi mereka yang suka dan kuat makan!
Alamat: 24, Jalan UP 1/7, Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (3pm-11.30pm)
05. YaHala Restaurant
YaHala Restaurant merupakan sebuah restoran yang menawarkan makanan masakan Arab dan Timur Tengah. Restoran ini sangat-sangat menarik. Arkitekturnya yang berunsurkan elemen budaya Arab dan kesenian Islamik akan menarik perhatian semua yang lalu lalang.
Apabila anda masuk ke dalam pula, rekaan dalaman dan hiasan restoran yang sangat posh dan modern ini tentunya membuatkan anda berasa seperti kelas atasan. Sofistikated dan elegan, Dalam masa yang sama, suasananya cukup mesra dan selesa. Restoran ini mempunyai 3 tingkat ruang makan, di mana tingkat teratas merupakan sebuah ruang untuk sesiapa yang menggemari shisha.
Menu di sini merupakan makanan authentic Timur Tengah. Walaupun mereka Masih membawa hidangan nasi Arab yang tipikal seperti nasi Mandi, Madghout dan Haneeth, mereka juga membawa hidangan nasi Arab yang mungkin baru dan berbeza dari yang sering kita nikmati.
Ini termasuk sidr, mazmom, madfon, frikka, Jidy Bilzayt, Basha Dan Asarokh, Daoud Basha dan banyak lagi. Masakan grill seperti kebab, shish tawook, maejuga dan banyak lagi turut menjadi antara main course di sini. Mereka juga menyediakan manakeesh, sejenis roti ala pizza dari Timur Tengah. Anda pasti berselera, berpuas hati dan teruja dengan makanan di sini yang membawa presentasi ala fine dining. Sangat classy.
Alamat: 1, Jalan Nipah, Kampung Berembang, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 3pm-3am (setiap hari)
06. Restoran Cozy Corner
Cozy Corner merupakan antara restoran yang sudah dikira sebagai legend di sekitar Ampang. Terletak di Ampang Point, Cozy Corner sudah beroperasi sejak tahun 1978 lagi.
Cozy Corner mempunyai rekaan dalaman yang sangat klasik dengan gaya colonial dan British charm. Seringkali dipenuhi pengunjung, Cozy Corner sudah mempunyai pelanggan tetap setelah lama beroperasi, dan masih menarik perhatian pelanggan baru.
Menu yang mereka bawa adalah kombinasi menu masakan western dan menu masakan lokal. Antara yang popular di sini ialah Cantonese Bihun Goreng, Chicken Chop Hainanese style, dan Mee Kung Fu with Fresh water Prawn. Untuk masakan western, mereka sangat popular dengan lamb shank mereka.
Ada juga hidangan yang lebih exotic seperti escargots. Pastikan anda juga mencuba hidangan yang lebih fusion dari mereka seperti oriental chicken chop dan sizzling beef. Jika belum ke sini, anda mesti kunjungi Cozy Corner apabila berada di Ampang nanti.
Alamat: Ampang Point Mezanine Floor Jalan Mamanda 4 Taman Dato Ahmad Razali 68000 Ampang Jaya Selangor
Waktu Operasi: 11.30am-8pm (setiap hari)
07. Dragon Thai Restaurant
Anda penggemar masakan Thai? Bila di Ampang, pastikan anda datang ke Dragon Thai Restaurant. Terletak di Taman Nirwana, Dragon Thai merupakan restoran popular di kalangan penduduk setempat. Sering dijadikan tempat berkumpul dan makan beramai-ramai, restoran ini menawarkan pelbagai makanan laut masakan Thai yang digemari ramai, jadi sesuailah menjadi tempat gathering.
Menu yang mereka tawarkan adalah masakan Thai yang digemari ramai seperti Tom Yum, siakap stim dan kari hijau. Namun, Yang istimewanya di sini ialah hidangan masakan yang mengetengahkan belut. Tom yum belut juga ada tau. Dan ada juga Tom yum yang dihidangkan dalam kelapa. Menarik, kan? Anda juga boleh mendapatkan phad Thai dan phad khapod yang sering anda dapatkan di Thailand. Rasanya sangat authentic. Jom, kita makan masakan Thai.
Alamat: B2-2-G Ground Floor City Garden Commercial Center, Jalan Nirwana 38, Taman Nirwana, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: 4pm-4am (setiap hari)
08. Super Saigon Ampang – Pho Beef Cafe
Super Saigon merupakan restoran fusion Vietnam-Australia yang kian mendapat sambutan ramai. Di Ampang, cawangannya terletak di Desa Pahlawan.
Masih mengekalkan warna signature biru putih mereka, hiasan dalaman cawangan ini tampak lebih mesra dengan penggunaan elemen tumbuh-tumbuhan. Walaupun suasananya santai, vibe di sini masih elegan dan modern seperti biasa.
Menu utama mereka tentulah Pho mereka yang sudah tidak asing lagi. Pho mereka yang menampilkan daging premium wagyu Australia ini merupakan menu paling popular di sini. Selain pho, Super Saigon juga menawarkan bahn mi yang merupakan sejenis sandwich yang cukup sinonim dengan negara Vietnam. Anda juga dapat menikmatinya bersama secawan kopi Vietnam yang dikatakan tiada tandingan rasanya. Untuk makanan yang lebih ringan, boleh cuba Vietnamese spring roll mereka. Jangan lupa datang ke Super Saigon.
Alamat: 34, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11am-10pm (setiap hari)
09. Mak Jah Café
Adakala rindu dan teringin nak makan kuih tradisional tapi zaman sekarang bukan senang nak dapat kuih muih tradisional yang rasa asli dan sedap macam zaman mak ayah kita dahulu. Jangan risau sebab di Ampang, Mak Jah Café ada untuk memenuhi keinginan anda dengan tagline mereka ‘rugi kalau tak cuba, dah cuba gerenti datang lagi’.
Mereka menawarkan banyak pilihan kuih muih dan juga menu ala carte untuk pengunjung yang datang untuk bersarapan atau pun minum petang. Antara yang menjadi rebutan pelanggan adalah kuih Tepung Pelita, Kuih Lapis, Kuih Gulung, Kuih Bakar, Kuih Talam, Kuih Koci dan banyak lagi. Nasi Lemak di sini juga antara buah mulut pelanggan tetap yang datang setiap hari.
Nasi Lemak dengan sambal istimewa ditambah dengan lauk Rendang Daging memang mengliurkan! Roti Canai Kuah Kari disini juga menu laris disini kerana teksturnya yang gebu dan lembut. Kalau nak merasa, kena datang awal kalau tidak anda akan hampa kerana disini semuanya habis licin seawal 11 pagi! Padu kan?
Alamat: No. 26, Jalan Kolam Air Lama, Ukay Heights, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (7am-6pm)
10. Nasi Briyani Ipoh
Masuk waktu makan tengahari, perut terasa lapar dan anda mahukan sesuatu yang memuaskan hati dan perut yang berkeroncong? Jom singgah Nasi Briyani Ipoh yang terletak di Ampang Jaya.
Dengan harga yang berpatutan, suasana tempat makan yang bersih dan tidak hiruk piruk dan layanan oleh pelayan restoran yang mesra dan pesanan yang cepat dihidang, tak hairan kenapa Nasi Briyani menjadi spot yang hangat untuk menikmati Nasi Briyani. Hans Isaac pun singgah sini untuk merasai Nasi Briyani mereka! Apa yang istimewa disini?
Semestinya Nasi Briyani mereka yang wangi dihidangkan bersama Kari Daging Kambing atau Ayam Tomato mereka yang lembut dan penuh rasa.
Tiada masalah tak cukup tempat duduk kerana mereka mempunyai ruang terbuka di bahagian atas. Kalau rasa malas nak keluar? Jangan risau sebab mereka menawarkan servis delivery jadi anda tetap boleh menikmati makanan mereka dihantar terus ke rumah. Terbaik!
Alamat: Jalan Kolam Air Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad (11am-11pm)
11. Ibrahim’s Fatty Crabs
Siapa kata nak makan makanan laut yang segar dan sedap perlu pergi jauh ke restoran di tepi laut. Tak perlu bersusah payah kerana di Ibrahim’s Fatty Crab; sebuah restoran cina halal menghidangkan anda hidangan berasaskan seafood yang pasti membuka selera anda.
Pemilik restoran ini berkata, beliau hanya menghidangkan pilihan makanan laut yang berkualiti kepada para pelanggan dengan pilihan ikan-ikan premium seperti Siakap, Kerapu, Ikan Merah dan banyak lagi yang dimasak dengan teknik masakan unik mereka tersendiri.
Baca: 32 Tempat Makan Menarik Di Cyberjaya
Mereka yang berkunjung akan dihidangkan dengan 5 hingga 7 jenis masakan yang menggunakan sos yang berbeza seperti Kam Heong, Mongolian, Sweet and Sour, Butter Cream dan Salted Egg Yolk dan Mongolian Style adalah pilihan yang paling laris disini dan menjadi repeat order pelanggan.
Bagi pengemar ketam, anda disajikan dengan pilihan gred premium seperti Alaskan Crab, Mud Crab dan French Crab juga ada untuk anda pilih tetapi kena pre order dulu sebelum datang jika berhajat untuk merasai ketam berkualiti mereka. Memang sesuai untuk dibawa keluarga.
Alamat: No, 18, Jln Avenue 1, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (Sabtu & Ahad- 3pm-12am) (Selasa-Jumaat – 5pm-12pm)
12. Big Eat Kitchen
Makanan lazat? Semak. Kakitangan yang ramah? Semak. Harga berpatutan? Semak. Dekorasi yang menarik dan comel? Semak. Pilihan makanan yang hebat? Semak. Dengan rating 5 bintang di Facebook, tempat ini khas untuk makan malam bersama rakan-rakan.
Cakap sahaja nak makan apa, dari makanan Melayu, Barat, Mexico dan Itali, Big Eat Kitchen menyajikan segalanya buat anda. Mereka terkenal dengan nama yang diberikan kerana saiz hidangan makanan yang cukup besar sehingga boleh berkongsi dengan orang lain.
Ada juga yang mengadu bahawa mereka tidak suka datang kesini kerana makanan mereka terlalu lazat sehingga merosakkan diet mereka. Dari situ kita dah tahu kualiti makanan yang dimasak disini tapi kalau datang sini anda wajib mencuba Roti John Special mereka yang sudah lama menjadi Best Seller!
Alamat: No. 8, Jalan Air Bukit, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (8 am – 11.30pm)
13. Nasi Kak Wok Cikgu Sue
Siapa disini berasal dari Kelantan angkat tangan?! Mesti sinonim dengan Nasi Kak Wok yang sebati dengan orang Kelantan. Kalau anda baru sahaja sampai di Ampang, cepat cepat cari Nasi Kak Wok Cikgu Sue. Menurut pengurus restoran yang juga anak kepada Cikgu Sue, ibunya mempelajari resepi ini Kak Wok sendiri 10 tahun yang lalu.
Kak Wok orang yang tidak kedekut ilmu dan dia sanggup memberikan resepi rahsia dan pengetahuan yang beliau perolehi selagi resipi asal dihormati sepenuhnya. Malangnya, Cikgu Sue mengalami beberapa masalah kesihatan baru-baru ini sehingga diberi amanah untuk diuruskan oleh anggota keluarganya.
Lihat macam biasa tetapi Nasi Kak Wok tidak semudah yang disangka. Ramai peniaga lain melihatnya sebagai nasi dengan ayam kunyit, kuah kari dan sambal. Jadi mereka akan membuat versi mereka sendiri dengan meneka resipi.
Tetapi Nasi Kak Wok yang betul mempunyai rasa aslinya yang seimbang dan sambal tidak boleh terlalu pedas. Bagi yang tak pernah datang, anda disarankan untuk mencuba kombo ayam dan ikan tongkol mereka bersama sambal extra dan rasai sendiri resepi asli Kak Wok disini.
Alamat: Jalan Kolam Air Lama, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang
Waktu Operasi: Setiap hari (7.30am-11pm)
14. Nasi Vanggey Ukay Perdana
Tipulah kalau duduk KL tapi tak pernah makan atau dengar tentang Nasi Vanggey. Kalau rasa susah nak dapatkan parking kereta di cawangan Vanggey di Sri Rampai dan Melawati, jangan risau, kini Nasi Vanggey dibuka di Ukay Perdana.
Dengan suasana kedai yang selesa dan dekorasi yang menarik, Nasi Vanggey Ukay Perdana adalah spot yang santai sambil menikmati sepinggan nasi kandar yang padu. Dibuka 24 jam, mereka menyediakan hidangan sarapan pagi, nasi kandar dan nasi biriyani dengan pelbagai pilihan lauk dan kari campur untuk makan tengahari sehingga lewat malam.
Hidangan ala carte seperti mee goreng mamak juga ada disini. Kalau nak minum cendol tanpa perlu berpanas bahang matahari, anda boleh singgah kesini.
Alamat: 26, Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (Jumaat-Ahad- 7am-2am) (Isnin-Khamis-9am-2am)
15. Restoran Pegaga
Unik betul nama restoran ini yang diambil sempena nama ulaman yang sering dimakan oleh masyarakat Melayu di kawasan kampung iaitu daun pegaga. Restoran Pegaga menyajikan hidangan ala kampung, bagi mereka yang pening memikirkan dimana tempat makan Melayu tradisional yang sedap.
Setiap kali menikmati sajian makan tengah hari mahupun malam memang tak sah bagi orang melayu kalau tiada ulam ulaman, wajib disajikan bersama, kebetulan ada pula sambal belacan untuk dicicah bersama memang makan tengahari anda pasti menyelerakan.
Kalau singgah makan tengahari disini, jangan sekadar makan daun pegaga tapi kena cuba juga signature minuman mereka iaitu Jus Pegaga! Menu istimewa disini adalah Gulai Ikan Merah dan Bawal Mas Goreng Mercik dan kalau anda pertama kali datang, dua hidangan ini wajib dicuba, memang padu! Selain dari itu, mereka juga menghidangkan menu popular lain seperti 4 queen; sayur-sayuran yang digoreng bersama dengan kombinasi bendi, peria, labu dan terung.
Senja biru pula minuman jus berkarbonat mengandungi laici, jus limau dan ditambahkan pewarna untuk rupa yang menarik. Mereka hanya menyediakan makanan segar dan panas kerana kualiti adalah aspek utama dan pegunjung yang mahukan masakan Selatan Malaysia
seperti masak lemak cili padi dan asam pedas, anda tidak akan kecewa dengan kelazatannya.
Alamat: Jln Ulu Klang, Ukay Heights, 54200 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (9am-10.30pm)
16. Restoran Q Thai Village Steamboat
Makanan yang berkualiti serta perkhidmatan yang mesra adalah apa yang ditawarkan di Restoran Q-Thai. Pelanggan mempunyai pelbagai pilihan untuk memilih dari menu halal Q thai yang terdiri daripada lebih 150 menu makanan yang terdiri daripada hidangan Authentic Thai Ala Carte.
Makanan mereka lebih kepada masakan Thai yang pedas dan masam untuk memenuhi citarasa dan keinginan pelanggan. Tarikan terbaru di Q Thai adalah Steamboat Thai Buffet dengan BBQ Sizzling dan ramai pelanggan mereka mencuba Steamboat Buffet Thai dengan BBQ Sizzling.
Dengan tambahan 16 Marinated Seafood and Meats dalam empat gaya herba dan rempah ratus dan 150 bahan steamboat untuk dinikmati oleh tetamu. Q Thai menawarkan pakej yang berbeza untuk memenuhi kemahuan pelanggan, pelanggan boleh memilih BBQ Steamboat & BBQ atau Buffet Thai Steamboat Sizzling & Smoke BBQ.
Buffet ini bukan sahaja mengenai makanan laut dan daging mentah, tetapi juga dengan hidangan yang sedia masak, pencuci mulut dan ais krim yang enak dan tak dilupakan Satay Homemade! Q Thai juga mempunyai masakan Thailand asli seperti Pla Sam Rod (Thai 3 Taste Deep Fried Fish), Kaw Pad Sapparod, Yam Mamuang (Salad Mangga) dan banyak lagi. Menu ini dihidangkan untuk saiz individu dan keluarga sesuai untuk makan tengah hari dan makan.
Alamat: G13A & G15, Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang, 68000 Ampang
Waktu Operasi: Setiap hari (11am- 1am)
17. Kafe Sarawak
Ada sesiapa yang berasal dari Sarawak yang menetap di Kuala Lumpur? Bila teringat rumah, teringin tekak nak merasa makanan Sarawak tapi bukan mudah nak cari yang asli dan sedap.
Apa kata singgah ke Kafe Sarawak di Ampang? Rata rata netizen yang berkunjung ke sini berasa berpuas hati dengan kualiti dan keaslian yang diberikan oleh pihak kafe. Menu yang menjadi buahan mulut para pelanggan adalah Laksa Sarawak, Mee Kolok, Mee Goreng Basah dan Corned Beef Fried Rice.
Dengan servis pelanggan yang pantas dan pelayan yang ramah dan cantik sekali, tak mengejutkan mereka mendapat rating 5 bintang di Facebook.
Kalau yang rasa tiada masa untuk pergi ke kafe mereka, jangan risau kerana mereka juga menawarkan khidmat penghantaran makanan melalui aplikasi food delivery didalam telefon pintar anda dengan harga yang berpatutan untuk kualiti dan kuantiti yang disediakan. Sure puas hati!
Alamat: 43, Jalan Sulaiman 1, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (9am-5pm)
18. Naili’s Place
Kafe dengan konsep tepi pantai ini bermula dari hanya empat meja di Sentul sebelum menjadi tempat yang popular untuk ramai penduduk sekitar Ampang dan kawasan sekitar. Muzik tropika dan suasana santai menjadikan Naili’s pilihan para pengunjung sementara menu pilihan yang banyak dari masakan tempatan dan Barat yang asli jarang mengecewakan.
Baca: 25 Tempat Makan Best Di Subang Jaya
Kalau datang ke sini anda wajib mencuba Nasi Temasik bagi yang mahukan comfort food, yang datang dengan udang berempah, rendang daging, dan ayam goreng bersama nasi mentega sama seperti versi Nasi Bojari Madam Kwan tetapi jauh lebih enak jadi pastikan anda betul-betul lapar sebelum memesan.
Nasi Lemak juga tak kurang hebat, datang dengan pilihan rendang ayam, rendang daging atau sambal sotong. Nasi Goreng Naili lengkap dengan kepak ayam goreng, telur mata, dan keropok. Tomyam campur mereka juga adalah hidangan yang cukup besar padat dengan ayam, sotong , udang, dan cendawan dengan rasa pedas yang membuatkan anda berselera!
Alamat: 54, Jalan Mamanda 9, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang
Waktu Operasi: 4pm- 11.30pm
19. Nasi Ayam Hailam
Nasi Ayam Hainan ini dah menjadi santapan bukan sahaja untuk warga Cina tapi Melayu pun meminati rasa unik yang tersendiri yang bersempena nama suku Hainan di kawasan Nanyang, China yang kini disesuaikan dengan citarasa orang Asia Tenggara. Tapi mana nak cari kedai yang halal?
Nasi Ayam Hailam kan ada. Berdepan dengan KPJ Ampang Putri, Nasi Ayam Hailam ini menawarkan tiga jenis ayam samada, direbus, dipanggang ataupun disalut madu. Resepi mereka juga adalah mengikut resepi asli.
Selain daripada Nasi Ayam, Mee Hokkien juga ada disini dengan hidangan sampingan seperti taugeh stim dan unik disini adalah ramai pelanggan menikmati Nasi Ayam mereka bersama Kerabu Mangga. Jangan lupa mangaulkan nasi anda bersama Sos Halia mereka kerana itulah keistimewaan mereka.
Alamat: Lot 57, Ampang Point, Jalan Mamanda 9, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang
Waktu Operasi: Setiap hari (10.30am-9.30pm)
20. Menate Steak Hub
Pemiliknya, Encik Mustaffa Othman sendiri telah bekerja sebagai butcher dan tukang masak di Istana Buckingham semasa tinggal di United Kingdom. Menggunakan pengetahuan yang diperolehi, dia memutuskan untuk membuka restoran sendiri.
Bagi mereka yang tertanya-tanya, Me’Nate bermakna haiwan dalam dialek Kelantan Cawangan pertama dibuka di Ampang pada tahun 2009 dan kini Me’Nate Steak Hub mempunyai banyak cawangan di seluruh Kuala Lumpur.
Di Me’Nate Steak Hub, anda boleh memilih stik anda dari pelbagai jenis daging termasuk Black Angus, Lamb , Grass Fed, Grain-fed atau Me’Nate Steak Hub Wagyu Beef. Selain jenis daging, anda juga boleh memilih potongan daging pilihan anda; Tenderloin, Ribeye, Striploin antara beberapa pilihan yang ada. Tidak tahu apa yang harus dipilih?
Anda boleh melihat menu dan meminta kakitangan yang ramah untuk memberi cadangan. Mereka yang memesan stik untuk hidangan utama mereka akan dapat minuman pilihan anda secara percuma dan free refill tapi pastikan habis kalau tidak mereka akan caj anda.
Alamat: 16, Jalan Kerja Air Lama 1, Taman Shuet Liang, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-11pm) Jumaat (3pm-11pm)
21. Zaini Satay
Siapa sangka gerai satay berdekatan Naan Corner ini mempunyai kisah tersendiri. Zaini adalah cucu ‘Raja Satay’ terkenal; Majid Satay ketika berniaga di Dang Wangi di Campbell Road. Datuknya menjual satay secara kandar dan mencipta reputasi sehingga ia berkembang ke peringkat antarabangsa di London. Hari ini, beberapa cucu Majid masih menjalankan tradisi di Ampang.
Selama 25 tahun, Zaini masih menghidangkan satay buat pelanggan setianya. Isteri Zaini yang menjadi rahsia utama disebalik kesedapan perapan satay dan kuah kacangnya yang tak terkata berkata dia tidak menggunakan MSG atau belacan dan buktinya adalah kuah kacang berkrim dan manis, tidak berminyak di atas seperti yang kita selalu lihat dan tidak terlalu pedas. Satay pula semuanya dimasak dengan sempurna. DIbuka dari jam 6 petang hingga tengah malam.
Alamat: Stall No. 5, (Opposite 7, 11, Jalan Kerja Ayer Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang
Waktu Operasi: Setiap hari (6pm-11.30pm)
22. Naan Corner
Dengan tagline ‘Anda boleh makan sehingga anda kenyang, makan semua yang anda mahu, but no takeaways’ kata pemilik Naan Corner; Parwiz, yang dikenali sebagai pakar Roti Boom. Anda akan terkejut berkunjung ke Naan Corner melihat pilihan lauknya, menawarkan sarapan pagi tempatan, Pakistan dan Barat..
Bagi mereka yang mencari sarapan Inggeris, barisan bufet menawarkan 10 jenis makanan Barat, termasuk Toast, Scramble Egg, Spageti, Macaroni dan Salad. Minuman The Tarik percuma dan freeflow lagi dan buah buahan dan anda tertanya bagaimana pemilik boleh membuat keuntungan dengan harga yang murah? Parwiz mengatakan bahawa 700 pelanggan datang hanya untuk sarapan pagi dan mencecah 1300 sehari sebelum Ramadan jadi tiada apa yang dirisaukan dan satu alternative untuk beramal.
Kualiti juga menjadi rahsia utama Naan Corner kerana pelanggan tak berhenti bercakap mengenai mereka. Bufet sarapan pagi RM5 yang dikenalkan Parwiz bermula setahun yang lalu, hanya boleh didapati dari 7 pagi hingga 11.30 pagi pada hujung minggu dan cuti umum. Bermula 1 Mac 2019, Naan Corner menghidangkan bufet makan tengah hari pada harga RM9.90 setiap hari, termasuk Laksa Johor dan Tandoori gaya Pakistan.
Alamat: 12, Jalan Kerja Air Lama 1, Ukay Heights, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-1.30am) (Sabtu-Ahad – 7.30am- 11.30pm)
23. Restoran Selera Bonda
Restoran Selera Bonda ini menghidangkan 100 jenis hidangan dari masakan melayu pantai timur dengan resepi asli masakan Thailand, makanan Barat dan beberapa pilihan hidangan indonesia mengikut selera pelanggan yang berkunjung.
Baca: 37 Tempat Makan Best Di Shah Alam
Antara menu yang laris disini adalah Tomyam Seafood Merah bagi yang sukakan kepedasan dan Tomyam Putih untuk mereka yang kurang gemar makanan pedas, Ikan Siakap Tiga Rasa, Ikan Bawal Stim Asam Boi dan Sup Tulang.
Ada juga pelanggan yang datang makan Nasi Ayam Penyet dan Nasi Pecal Lele disini kerana apa yang lain tentang Selera Bonda ini adalah ramuan adunan dan resepi yang telah diolah mengikut selera dan citarasa pantai timur jadi tidak hairan lah pelanggan yang berasal dari Kelantan misalnya, kerap datang ke sini untuk makan masakan mereka.
Alamat: Dagang Avenue, G – 1, Jalan Dagang B/3, Taman Ampang Utama
Waktu Operasi: Setiap hari (12pm-1am)
24. Warung Kita Ampang
Sesiapa yang tak pernah makan Nasi Maggey lagi, jom serbu Warung Kita. Hidangan ini berasal dari negeri Kelantan. Nasinya dikukus dengan ayam goreng yang rangup dibanjiri dengan beberapa jenis kari. Selain ayam, anda boleh memilih Ikan Tongkol. Warung Kita juga menyediakan colek-colek sampai boleh rambang mata jadinya bila melihat.
Colek Seafood seperti Sotong, Udang, Ketam, Colek Ayam, Colek Kerang dan Colek Buah semua disediakan disini untuk pelanggan anda hanya perlu ambil ikut apa yang anda mahu.
Colek atau nama lainnya Celup Tepung kebiasaanya adalah hidangan istimewa Kelantan yang hanya disajikan di Bulan Ramadhan kebiasaannya dimakan usai selesai menunaikan solat Terawih. Jangan lupa juga mencuba Air Kepala Baldi mereka yang juga laris dijual disini.
Alamat: Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (8am-11pm)
25. The Garage KL
The Garage KL sudah menjadi port bagi pecinta dunia permotoran. Garage KL telah beroperasi untuk beberapa waktu dan lebih sekadar hub untuk semua petrolheads di KL.
Keistimewaan The Garage ini adalah konsep premis mesra alam atau Eco-Green dibuat daripada struktur kitar semula dan dilihat sepenuhnya dalam reka bentuk teras The Garage KL menunjukkan bahawa premis itu direka sebagai hab aktiviti untuk semua.
Apa yang lebih menarik adalah seni reka café yang membawa elemen dunia permotoran dan suasana tenang menjadikan ia tempat yang unik.
Melengkapi deko unik adalah pemilihan menu yang lazat yang ditawarkan oleh kafe dan restoran disini, menjadikannya tempat makan yang menjanji kualiti seperti Javanese Coffee Beans yang dibakar in-house dan signature Ayam Panggang mereka yang lebih dari sekadar ayam yang dipanggang. Kena datang sini dan alaminya sendiri.
Alamat: Lot 841 Jalan Hulu Kelang, Hillview, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (12pm-12am) Jumaat (2.30pm-12am)
26. Wadi Hadramawt
Apabila bercakap tentang masakan Timur Tengah, apa yang akan timbul dalam fikiran adalah masakan Nasi Arab atau Nasi Kambing yang lazat. Tapi kalau di Ampang, dimana nak cari makanan Timur Tengah yang betul betul sedap? Jawapannya Wadi Hadramawt.
Restoran Timur Timur yang terkenal ini tidak asing lagi dengan beberapa hidangan nasi Arab yang terbaik di kawasan Ampang. Jika anda menyukai hidangan Mandy, maka ini adalah tempat untuk anda. Mandy Chicken mereka cukup istimewa, dimasak secara tradisional menggunakan Taboon iaitu ketuhar bawah tanah selama tiga jam menggunakan beras wangi, sementara ayamnya dipanggang sehingga masak dengan warna keemasan terhasil dari Saffron.
Sekiranya anda tidak gemar hidangan ayam, versi Mandy Kambing adalah pilihan bijak sekali dan bilas tekak anda dengan secawan Teh Pudina mereka yang menyegarkan.
Alamat: Diantara Hotel Oakwood dan Stesen Petronas, 226, Jalan Ampang, Kampung Datuk Keramat, 50450 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-11.30pm)
27. Mainroad Jalan Ampang
Kadang-kadang, isu nak makan apa pun boleh menjadi masalah bila bercadang nak makan di luar. Tak semua orang seleranya sama pada satu masa, jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini bila timbul?
Jangan risau, bawa keluarga atau kawan kawan ke Mainroad Jalan Ampang yang mana menempatkan 16 pilihan restoran berbeza dalam satu tempat!
Nak makan hidangan Western, Seafood, Tex Mex, BBQ, Pizza, Sizzling, Arabian, semuanya ada disini. Dengan kapasiti 90 tempat duduk, anda tidak perlu risau tiada tempat duduk kerana kapasiti ini boleh memuatkan sejumlah pengunjung yang besar pada satu-satu masa. Sambil menikmati juadah, anda juga akan dihidangkan dengan persembahan live band oleh artis jemputan.
Alamat: Lot 302, Jalan Ampang, Kampung Berembang, 50450 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari (5pm-3am)
Jadi bagaimana? Hebatkan tempat makan menarik di Ampang kan? Semua yang anda inginkan anda boleh dapatkan disini.
Baca: 71 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur
Ampang memang syurga makanan bagi penduduk setempat dan orang luar yang sanggup datang hanya untuk mencuba setiap keunikan tempat makan yang lama bertapak disini. Anda bila lagi?
Kalau belum pernah singgah mana mana senarai kedai makan yang dikongsikan, jangan tunggu lagi, ajak keluarga dan rakan rakan dan alaminya sendiri untuk pengalaman makan yang pasti membuatkan anda pasti kembali!