Apa? Sampai 30 kedai makan best dalam satu kawasan? Biar betul? Ya, admin tak tipu, Bangi sememangnya syurga makanan yang sejati. Dari sajian utara ke selatan, hidangan timur ke barat, semuanya ada di Bangi dan kawasan sekitarnya.

Sediakan buku nota untuk anda catatkan kedai makan yang berjaya menggoda jiwa raga daripada senarai 30 tempat makan menarik di Bangi ini. Teruskan membaca.

30. Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi - Gambar Restoran
Sumber: Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Nikmati hidangan seafood yang segar tanpa perlu menempuh perjalanan yang jauh sehingga ke perkampungan nelayan. Seafoodnya bukan sahaja segar, masakannya juga secukup rasa!

Sentiasa dipenuhi oleh orang ramai, Restoran Ana Ikan Bakar Petai adalah kedai yang menjadi pilihan utama ramai orang yang kempunan untuk menikmati menu seperti ikan bakar bersama sambal petai, sotong tepung, udang masak butter, ketam goreng dan banyak lagi.

Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi - Gambar Makanan
Sumber: Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Dalam banyak-banyak menu ini, seperti nama restorannya, “Ikan Bakar Petai,” inilah hidangan yang wajib anda tempah. Ikan bakarnya dilimpahi dengan sambal petai dan disaluti dengan daun pisang sebelum dibakar di atas arang. Bayangkanlah aroma yang bakal menerpa hidung sebaik tiba di kedai makan ini nanti.

Selain menyediakan hidangan yang menggoda, restoran ini turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti surau, tandas, taman permainan kanak-kanak dan tempat parking yang luas.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (5.00 pm – 12.00 am)

29. Ayam Bakar Wong Solo

Ayam Bakar Wong Solo Bangi - Gambar Resotran
Sumber: Restoran Wong Solo, Bandar Baru Bangi

Teringin makan ayam penyet lengkap dengan sambal yang mengiurkan? Anda mesti cuba makan di Ayam Bakar Wong Solo.

Baca: 20 Tarikan Pelancongan Paling Popular Di Bangi

Sebagai salah sebuah restoran ayam penyet yang terkenal di Malaysia, kualiti hidangan mereka tidak boleh dipertikaikan lagi.

Punyalah ramai yang jatuh cinta dengan keenakan masakan restoran ni sampaikan anda perlu membuat tempahan awal sekiranya bercadang untuk makan di sini pada waktu-waktu kemuncak.

Ayam Bakar Wong Solo - Gambar Makanan
Sumber: Restoran Wong Solo, Bandar Baru Bangi

Apa yang menarik sangat dengan ayam penyet di kedai Wang Solo ni kalau nak dibezakan dengan kedai lain? Masakannya cukup terasa rempah-ratus yang digunakan, bila digigit ayamnya, sungguh rangup, daging ayam juga begitu lembut.

Makanan tak sampai lagi, tapi dah masuk waktu solat? Jangan risau, untuk memudahkan tetamu muslim yang datang, kedai ini turut lengkap dengan surau.

📍 Alamat
Alamat: Persiaran Bangi, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

28. MZ Cafe Bangi

MZ Cafe Bangi Gambar Restoran
Sumber: MZ Cafe Bangi

“Laparnya! Kedai makan mana yang bukan je sedap, tapi service pun cepat dengan portion yang sure kenyang?” Semua kualiti ini anda boleh temui di MZ Cafe Bangi.

Untuk pengetahuan anda, MZ Café Bangi menyediakan hidangan yang berbeza pada waktu tertentu. Dari pukul 7 pagi ke 5 petang, mereka menyediakan hidangan untuk sarapan, makan tengahari, nasi ayam dan sup. Dari pukul 5 petang ke 12.30 pagi pula, terdapat aneka masakan western, tom yam, ikan bakar dan colek. Selain ini semua, pelbagai jenis masakan pantai timur turut ditawarkan seperti nasi kerabu dan laksam.

Jangan lupa juga untuk mencuba ikan gorengnya yang sungguh crunchy, kriuk-kriuk setiap gigitan, mendengarnya saja dah menaikkan selera.

MZ Cafe Bangi - Gambar Makanan
Sumber: MZ Cafe Bangi

Seperti yang dikatakan tadi, servicenya cukup pantas. Apa sahaja yang anda tempah, semuanya akan sampai di meja makan dalam masa tak lebih dari 10 minit, makanan juga dihidangkan panas-panas untuk membangkitkan selera.

Nak lebih banyak sebab untuk datang? Kalau anda nak tahu, MZ Café Bangi menyediakan tempat makan yang sungguh luas untuk keselesaan pelanggan yang datang bersama keluarga, anda boleh memilih sama ada ingin duduk di kerusi atau bersila. Bagi yang membawa anak kecil, tempat permainan Bouncy Castle pun ada tau!

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Desa Utama, Kampung Dato Abu Bakar Baginda, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Sarapan, Makan Tengahari, Nasi Ayam, Sup (7.00 am – 5.00 pm) | Tom Yam, Western, Ikan Bakar, Colek (5.00. pm – 12.30 am)

27. Mohd Chan Bandar Baru Bangi

Mohd Chan Bandar Baru Bangi - Gambar Restoran
Sumber: Google

Mohd Chan Bandar Baru Bangi adalah sebuah restoran masakan Cina – Muslim yang cukup selesa. Anda boleh memilih sama ada ingin menikmati hidangan di dalam ruang berhawa dingin ataupun di ruang makan biasa.

Apa nak makan dah sampai kedai ni nanti? Tak perlu pening kepala, kalau anda nak rasa segala menu yang terkenal di sini, anda boleh cuba mana-mana daripada yang kami sarankan ini, antaranya adalah kari seafood, patin asam nyonya special, sayur four season, nasi goreng dan macam-macam lagi.

Mohd Chan Bandar Baru Bangi - Gambar Makanan
Sumber: Google

Selain enak, cara makanan dihidangkan juga sungguh menarik pandangan mata, memang Instagrammable! Nak makan sajian yang berbeza daripada biasa? Dengan hasil masakan persis daripada chef profesional? Datanglah ke restoran ini.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Pusat, 28 & 30, Jalan Medan Pusat 2c, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 11.00 pm)

26. d’ Limau Nipis Restoran

d’-Limau Nipis Restoran - Gambar Restoran
Sumber: D’ Limau Nipis Restoran

d’ Limau Nipis Restoran menghidangkan pelbagai jenis lauk-pauk yang enak untuk dipilih, bukan hanya kerana kecukupan rasanya, tapi juga disebabkan kesegaran hidangan seafoodnya. Mereka turut menawarkan pulangan wang kembali sekiranya hidangan yang diambil tidak segar.

Antara masakan yang boleh ditemui di sini adalah ikan bakar, sotong bakar dan lain-lain lagi. Dah pilih lauk yang disukai, bolehlah curahkan bermacam jenis sambal dan kuah yang ada seperti sambal belacan, budu, tempoyak dan banyak lagi. Jangan lupa untuk mengambil ulam-ulaman yang disediakan, barulah lengkap hidangan kampung anda!

d’-Limau Nipis Restoran Main Image - Gambar Makanan
Sumber: D’ Limau Nipis Restoran

Untuk menghilangkan kehausan tekak, anda mesti mencuba air d’limau special yang ditawarkan mereka, lain daripada yang lain, minuman ini adalah gabungan air limau, agar-agar hijau dan juga ais krim vanilla.

Disebabkan betapa enaknya masakan di sini, waktu makan tengahari boleh jadi  agak padat dengan orang ramai. Sekiranya anda nak menikmati setiap suapan dalam suasana penuh ketenangan, elakkanlah waktu-waktu ini.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No. 201 & 205, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 5.30 pm)

25. Restoran Barra

Restoran Barra - Gambar Restoran
Sumber: Google

Berkonsep seperti restoran mamak namun sebenarnya dimiliki oleh usahawan Melayu, Restoran Barra menyajikan aneka hidangan yang masing-masing memiliki keistimewaannya sendiri.

Antara menu yang ditawarkan adalah seperti sizzling yee mee, roti naan berkeju mozzarella, roti naan berkuahkan kari kambing, nasi goreng kambing, nasi goreng ayam Barra dan banyak lagi.

Untuk roti naan cheesenya, keju yang diletakkan memang padat mengalahkan pizza! Selain ini semua, mereka turut menawarkan menu roti pisang cheese, rasanya? Sangat heaven!

Restoran Barra - Gambar Makanan
Sumber: Google

Walaupun sentiasa ramai dengan orang, layanan yang diberikan cukup pantas! Memang cergas pekerja-pekerjanya. Dengan kualiti layanan sebegini baik, tak payah fikir dua tiga kali nak datang ke kedai ni dalam keadaan lapar yang mencengkam jiwa. Sambil-sambil menanti hidangan, anda boleh online menggunakan wifi yang disediakan.

Berita baik untuk anda yang bercadang nak datang ke sini, Restoran Barra dibuka selama 24 jam, datang sahaja pada bila-bila masa anda suka. Selain itu, suasana kedai ini juga cukup selesa dan luas.

📍 Alamat
Alamat: Wisma KLIA Holdings, Seksyen 6, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

24. Sup Urat Keting

Sup Urat Keting @ Sup Urat Keting - Gambar Restoran
Sumber: RESTORAN SUP URAT KETING

Apa dia Sup Urat Keting ni sampai dijadikan nama kedai ini? Kalau dah rasa, barulah anda faham kenapa. Ini kerana menu sup urat keting ni boleh terpejam mata sedapnya.

Untuk menghasilkan sup ini juga bukannya senang, kata orang “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian” memang boleh diguna pakai dalam proses penyediaan sup ni.

Sup Urat Keting @ Sup Urat Keting - Gambar Makanan
Sumber: RESTORAN SUP URAT KETING

Urat keting ini kalau anda nak tahu, merupakan bahagian berwarna putih pada kaki lembu yang disaluti dengan lemak. Untuk mendapatkan bahagian ini, tukang masak perlu merebus terlebih dahulu untuk mengasingkan lemak dari urat keting.

Selain sup urat keting, hidangan lain yang juga menjadi kegemaran ramai di sini adalah sup gear box, sup tulang, sup ekor dan banyak lagi.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan 7/7a, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 1.00 am)

23. Warung Bunian

Warung Bunian - Gambar Restoran
Sumber: Warung Bunian

Eh! Warung Bunian? Seram pula bunyinya. Tapi jangan risau, ini hanyalah nama gelaran warung ini dek kerana lokasinya yang agak tersembunyi iaitu di sebalik bukit.

Warung dengan nama sebenarnya Warung Tapak Sulaiman ini telah pun beroperasi lebih daripada 10 tahun. Hidangan yang disediakan warung ini adalah masakan-masakan kampung yang diubah-ubah setiap hari, bagi pelanggan yang selalu datang, dapatlah cuba menu berbeza setiap hari.

Warung Bunian - Gambar Makanan
Sumber: Warung Bunian

Daripada pelbagai jenis makanan yang disediakan, hidangan signature mereka adalah nasi lemak telur bungkusnya yang kesedapannya mustahil dapat ditemui di tempat lain.

Telur bungkus ini telah dimasak dengan mencampurkannya dengan sambal, teksturnya juga sangat fluffy. Menu lain yang menarik untuk dicuba adalah roti sardin dan roti jiwa kacau.

Jangan terkejut, untuk makan di sini, walaupun hanyalah sebuah warung, seeloknya anda booking terlebih dahulu disebabkan terlampau ramai yang akan menyerbu kedai makan ni seawal pagi dibuka lagi.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Khamis & Sabtu (7.00 am – 2.00 pm) | Jumaat & Ahad (7.00 am – 11.00 am)

22. Me’nate Steak Hub (Bangi)

Me’nate Steak Hub Bangi - Gambar Restoran
Sumber: Me’nate Bandar Baru Bangi

Me’nate Steak Hub (Bangi) menawarkan pelbagai jenis steak yang dapat memuaskan deria rasa semua. Daging rusa, daging wagyu, black angus, daging kambing (grass-fed / grain-fed) dan banyak lagi.

Daging-daging steaknya dimasak sempurna dengan perisa dan perasa yang secukupnya. Caj yang dikenakan bersesuaian dengan jenis daging berkualiti tinggi yang ditawarkan. Jangan risau, harganya telah tertulis pada paket daging yang dipilih.

Me’nate Steak Hub Bangi - Gambar Makanan
Sumber: Me’nate Bandar Baru Bangi

Yang menariknya tentang kedai makan ini, sepanjang masa berada di sini, anda boleh menambah minuman secara percuma (free flow). Minumlah dengan sepuas hati.

Selain membawa keluarga untuk makan-makan di hujung minggu, ramai juga yang suka memilih restoran ini untuk majlis sambutan hari jadi.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 3B, Curve Business Park, 25, Jalan Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Khamis & Sabtu – Ahad (11.00 am – 11.00 pm) | Jumaat (3.00 pm – 11.00 pm)

21. Red Wok Restaurant

Red Wok Restaurant Bangi - Gambar Restoran
Sumber: Google

Terletak di dalam sebuah bangunan berwarna merah, Red Wok Restaurant  adalah sebuah restoran Cina – Muslim yang menyediakan hidangan steamboat. Makanan yang ada adalah seperti isi ikan, ayam, udang, ketam, daging, sayur, yong tau foo dan banyak lagi.

Kuah yang disediakan untuk menikmati steamboat ini adalah sup ayam dan juga tom yam. Tom yamnya memang superb! Selain steamboat, restoran ini turut menawarkan lebih daripada 100 menu ala carte yang lain. Tak cukup dengan itu, mereka turut menawarkan Korean sizzling buffet.

Red Wok Restaurant Bangi - Gambar Makanan
Sumber: Google

Setelah puas menikmati kesemua hidangan makanan ini, anda boleh menyejukkan tekak dengan dessert ais krim dan kek yang disediakan. Ais blended strawberrynya pun boleh tahan sedapnya.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 1/2, Jalan Kajang Impian, Taman Kajang Impian, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (5.00 pm – 12.00 am) | Sabtu – Ahad (12.00 pm – 12.00 am)

20. Restoran Azura

Restoran Azura Seksyen 3 Bandar Baru Bangi - Gambar Restoran
Sumber: Google

Restoran Azura yang terletak di Seksyen 3 Bangi adalah restoran yang menjadi kegemaran ramai pelajar UKM, kolej-kolej dan pekerja di kawasan sekitar. Dengan saiz hidangan yang mengenyangkan, caj yang dikenakan juga sangat berpatutan.

Baca: 34 Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur

Antara hidangan best yang ada adalah seperti tom yam, nasi goreng ketam, nasi goreng sotong, roti canai, burger dan sebagainya.

Restoran Azura Seksyen 3 Bandar-Baru Bangi - Gambar Makanan
Sumber: Google

Walaupun bukanlah restoran mewah, anda dapat menikmati hidangan dalam restoran ini dengan selesa di bawah kesegaran penyejuk udara.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat:  14, Jalan 3/69, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (24 Jam)

19. Mee Tarik Warisan Asli

Mee Tarik Warisan Bangi - Gambar Restoran
Sumber: Google

Perkara pertama yang anda akan perasan bila sampai sahaja ke restoran Mee Tarik Warisan Asli ini adalah kebersihannya yang sangat memuaskan hati! Menambahkan lagi keselesaan pelanggan yang datang.

Dari ruang makan juga, anda boleh melihat ‘aksi’ live yang berlaku di dapur restoran ini dengan jelas, dapatlah anda lihat setiap step penyediaan makanan sebelum tiba di meja. Bila sudah tiba di meja, jangan buang masa lagi, terus nikmati kesedapan meenya yang jauh bezanya dengan mee biasa.

Mee Tarik Warisan Bangi - Gambar Makanan
Sumber: Google

Anda boleh menikmati mee ini dengan sepuas hati kerana saiz hidangannya yang sangat mengenyangkan. Bagi yang suka pedas, anda boleh meminta sup yang lebih ‘membakar’ pedasnya. Untuk melengkapkan hidangan, anda boleh mencuba babaó tea.

📍 Alamat
Alamat: 50, 38, Jalan Medan Pusat 2c, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

18. Kedai Kopi Tepian Bangi

Kedai Kopi Tepian Bangi - Gambar Restoran
Sumber: Google

Tom yam di Kedai Kopi Tepian Bangi ini boleh jadi antara yang paling sempurna rasanya, pekat, pedas, cukup rasa masam, manis dan masinnya, dengan saiz hidangan yang tidak mengecewakan.

Tak kenyang lagi dengan tom yam? Selain ini, banyak lagi makanan kegemaran ramai yang ada di kedai kopi ni seperti roti canai, nasi lemak, pulut durian, aneka jenis masakan mihun/mee, kuih-muih tradisional dan sebagainya! Kedai ini juga turut terkenal dengan hidangan roti bakar kayanya.

Kedai Kopi Tepian Bangi - Gambar Makanan
Sumber: Google

Sambil-sambil menunggu hidangan tiba, anda boleh berhibur menggunakan kemudahan wifi percuma yang disediakan atau sekadar melihat kerenah ikan di dalam kolam ikan kecil yang ada di sini.

📍 Alamat
Alamat: No. 44, Jalan 4/11, Seksyen 4 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

17. Red Card Café

Red Card Cafe Bangi - Gambar Restoran
Sumber: Red Card Café

Melangkah masuk ke dalam Red Card Café, anda bakal disambut oleh sebuah atmosfera yang sungguh cosy dengan suasana yang tenang diiringi alunan muzik yang sedap didengar, admin yakin, anda akan jatuh cinta pandang pertama dengan suasana café ini.

Untuk menjadi sebuah café yang sempurna, suasana yang selesa masih tidak cukup, kriteria penting yang seterusnya mestilah kualiti menunya kan? Anda tak akan kecewa dengan menu yang ditawarkan, semuanya memiliki kesedapan ditahap superb!

Red Card Cafe Bangi - Gambar Makanan
Sumber: Red Card Café

Makanan menarik yang boleh dicuba adalah seperti creamy beef pasta, salted egg chicken, Swedish meatball, creamy cajun chicken, lamb chop, salmon pasta dan bermacam-macam lagi! Layanan café ini juga cukup pantas!

Untuk pengetahuan anda, pihak café turut menawarkan event venue untuk program berskala kecil di tingkat atas kedai. Sekiranya anda menggunakan venue mereka, makanan turut akan disediakan.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 17 & 18, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Selasa – Khamis & Sabtu – Ahad (12.00 pm – 10.30) | Jumaat (4.30 pm – 11.00 pm) | Isnin (Tutup)

16. Warung Kita

Warung Kita Bangi - Gambar Restoran
Sumber: Warung Kita Bangi

Terletak di dalam sebuah bangunan berdinding coklat dengan logo beca yang kelihatan klasik, Warung Kita adalah sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan nasi manggey atau Kak Woknya. Sambal dan gulai yang digunakan dalam hidangan ini sedapnya bukan main.

Warung Kita Bangi - Gambar Makanan
Sumber: Warung Kita Bangi

Ayam cincangnya juga dimasak dengan sempurna. Selain itu, hidangan lain yang juga sedap dan mesti dicuba adalah nasi gulai ikan tongkol dan colek.

Untuk sebuah hidangan yang lengkap, anda boleh order air coconut shake ataupun air kelapa baldi yang ditawarkan kedai ini. Harga? Sangat berpatutan!

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Industri Sungai Tangkas 1, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 10.00 pm)

15. Eat & Repeat

Eat & Repeat - Gambar Restoran
Sumber: Eat & Repeat Cafe Bandar Baru Bangi

Eat & Repeat adalah sebuah restoran yang memiliki konsep seperti Boat Noodle, setiap mangkuk makanan walau apa sahaja menu sekali pun hanyalah RM1.90.

Antara menu yang ditawarkan di Eat & Repeat adalah nasi goreng cina, nasi lemak, nasi ayam rendang, laksa utara, nasi daging / cincang, lontong, mee bandung, soto dan sebagainya. Tak ada yang tak sedap, sekali cuba mesti nak lagi.

Eat & Repeat - Gambar Makanan
Sumber: Eat & Repeat Cafe Bandar Baru Bangi

Selain ini semua, mereka turut menyediakan pencuci mulut seperti brownies, cendol dan ais krim vanilla. Bagi yang selalu pening kepala nak makan apa tu, singgah sahaja ke Eat & Repeat dan cuba segalanya tanpa perlu fikir tentang harga.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 10GF, Jalan 15/1f, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (12.00 pm – 10.00 pm)

14. Denali & Pinnacles

Denali & Pinnacles the Wanderer's Cafe - Gambar Restoran
Sumber: Denali & Pinnacles the Wanderer’s Café

Kedai makan berkonsep terbuka, Denali & Pinnacles adalah lokasi yang patut pertama sekali terlintas di fikiran anda sekiranya bercadang untuk menikmati hidangan di dalam suasana yang menarik.

Diberikan sentuhan hippie dan bohemian, dinding di kedai makan ini tidak sunyi daripada perhiasan yang kreatif yang terdiri daripada gantungan tapestri, tanaman-tanaman hijau dan sebagainya. Lokasinya yang terletak di rooftop bangunan juga menjadikan ia kedai makan yang menarik untuk disinggahi.

Denali & Pinnacles the Wanderer's Cafe - Gambar Makanan
Sumber: Denali & Pinnacles the Wanderer’s Café

Mengenai makanan yang disediakan, anda boleh mencuba ais krim blueberry, kambing grill, peruvian grilled chicken, mashed potato, pasta spicy provencal linguine, burger dan banyak lagi. Portion makanannya juga sangat besar, gerenti kenyang.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (5.00 pm – 2.00 am) | Selasa (Tutup)

13. Tuah Café

Tuah Cafe Bangi - Gambar Restoran
Sumber: Tuah Cafe Bangi

Tuah Café menawarkan pelbagai hidangan western untuk sesiapa yang crave masakan barat. Café ini juga sangat selesa dan kemas, sejuk dipandang mata. Di samping itu, untuk pengetahuan anda, walaupun café ini meriah dengan kedatangan orang ramai, layanan mereka cukup pantas!

Dah sampai di café ni nanti, anda boleh order antara menu yang menarik yang ada seperti butter chicken, nachos, cheesy fries, carbonara, aglio olio, fish n chip, chicken mixed grill, dan banyak lagi.

Tuah Cafe Bangi - Gambar Makanan
Sumber: Tuah Cafe Bangi

Untuk hidangan butter chickennya, masakannya sangat creamy dan menyelerakan, boleh jadi ini antara hidangan butter chicken paling sedap yang pernah dinikmati.

Untuk minuman, salah satu yang menjadi kegemaran ramai adalah cookies n crumbs milkshake.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat:  No. 20, Jalan 7/1c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Khamis (11.00 am – 1.00 am) | Khamis (Tutup)

12. Austin Steak House

Austin Steak House Bangi - Gambar Restoran
Sumber: Austin Steak House Bangi

Kedai makan western yang seterusnya adalah Austin Steak House yang dikatakan port masakan barat antara yang paling sedap di Bangi. Caj yang dikenakan untuk setiap hidangan boleh dikatakan agak murah jika dilihat dari segi saiz hidangannya yang memang sangat ‘bermurah hati.’

Hidangan yang memanggil-manggil ramai orang untuk datang makan di sini adalah seperti chicken golden blue yang sememangnya sungguh cheesy, sizzling steak yang sungguh mengenyangkan, spaghetti, black pepper steak dan macam-macam lagi.

Austin Steak House Bangi - Gambar Makanan
Sumber: Austin Steak House Bangi

Sambil makan-makan semua hidangan berat ni, eloklah juga kalau dipekenakan dengan watermelon lychee, jus kiwi atau air durian belandanya. Sebenarnya terlampau banyak pilihan air yang ada dalam menu, bersedialah untuk menjadi keliru melihat menunya.

📍 Alamat
Alamat: No. 55GF, Jalan Kajang Impian 2/1, Bandar Baru Bangi 43650 Selangor

11. Salt & Pepper

Salt & Pepper Bangi - Gambar Restoran
Sumber: Salt & Pepper Restaurant

Hidangan utama di restoran Salt & Pepper ini adalah spicy burger, khas untuk pencinta hidangan pedas, sebab pedasnya bukan main-main. Namun begitu, anda boleh memilih tahap kepedasan yang ingin dicuba.

Burger pedas yang dinamakan ‘the explosion inner burger’ dihasilkan dengan menggabungkan 3 jenis cili yang terpedas di dunia. Selain burger, hidangan pedas lain juga datang dalam bentuk pasta dan chicken wings. Ada berani nak cuba?

Salt & Pepper Bangi - Gambar Makanan
Sumber: Salt & Pepper Restaurant

Tak berdaya nak test makanan sepedas ini? Tak apa, anda boleh memilih menu ‘selamat’ yang ada seperti spaghetti carbonara atau lamb grill.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 46, Jalan 3/70, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (3.00 pm – 10.45 pm) | Isnin (Tutup)

10. Eid Halal Korean Restaurant

Eid Halal Korean Restaurant - Gambar Restoran
Sumber: EID Authentic Korean Cuisine

Mengetengahkan gaya industrial dalam dekorasi dalamannya, atmosfera di dalam Eid Halal Korean Restaurant terasa cukup selesa dan kemas.

Seperti yang dapat dilihat daripada namanya,  Eid Halal Korean Restaurant menawarkan pelbagai masakan Korea yang sedap seperti kimchi stew, dumpling, toppoki, cheesy corndog, bulgogi, bibimbap dan banyak lagi.

Eid Halal Korean Restaurant - Gambar Makanan
Sumber: EID Authentic Korean Cuisine

Selain menghidangkan pelbagai jenis menu yang menarik serta memiliki dekorasi dalaman yang sedap dipandang, aspek lain turut dititik beratkan supaya pelanggan tiada sebab untuk mengkritik.

Antaranya adalah layanan yang mesra, hidangan yang cepat disiapkan, portion yang besar dan harga yang berpatutan. Pasti puas hati punyalah! Tak cukup lagi dengan semua ni? Anda boleh refill side dish sampailah kenyang.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 8-19-01, Jalan Medan Pb 7A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 11.30 pm)

9. Warung Dusun Sup Gear Box

Warung Dusun Sup Gear Box - Gambar Restoran
Sumber: gearbox warung dusun

Kalau anda suka makan sup gear box, Warung Dusun Sup Gear Box adalah kedai yang boleh anda tuju untuk memuaskan deria rasa. Saiz hidangannya juga sungguh mengenyangkan untuk yang datang dengan perut berkeroncong.

Warung Dusun Sup Gear Box - Gambar Makanan
Sumber: gearbox warung dusun

Selain sup gear box, menu lain yang boleh anda tempah untuk memenuhkan meja adalah seperti sup ekor, ikan bakar, siakap steam, bawal masak masam manis, tom yam, sotong masak petai dan banyak lagi.

Layanan yang pantas, portion yang besar, apa lagi yang anda nak? Terjah kedai ni sekarang!

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 6.00 pm – 1.00 am

8. Roti Canai Restoran D’Bukit

Restoran D Bukit, Bangi - Gambar Restoran
Sumber: Wak Ajak

Kedai roti canai pun boleh viral? Dah rasa baru tahu kenapa Roti Canai Restoran D’Bukit ni boleh jadi begitu menarik pada pandangan orang ramai. Sebabnya, adalah kerana rotinya yang sungguh lembut dan rangup.

Alang-alang dah sampai tu orderlah sebanyak yang diingini sama ada roti telur, roti tampal, roti kosong atau sebagainya untuk dimakan dengan aneka kuah seperti sambal sardin, sambal biasa, kari daging, kari kambing dan lain-lain mengikut selera anda.

Restoran D’Bukit, Bangi - Gambar Makanan
Sumber: Roti Canai D’ Bukit

Selain roti, sajian lain yang juga boleh ditempah adalah nasi lemak, mee jawa, soto, otak-otak, sate ikan dan macam-macam lagi. Untuk minuman pula, teh tarik mereka memang kaw!

Sekadar peringatan, jangan terkejut melihat kedai ini dah penuh dengan orang ramai walaupun di pagi hari, nak senang dapat meja, datanglah seawal kedai ni dibuka lagi. Walaupun penuh, jangan give up, rugi kalau tak rasa!

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Roti Canai D’Bukit Jalan Masjid Kajang, Selangor Darul Ehsan, Kajang
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (6.30 am – 12.00 pm) | Isnin (Tutup)

7. Restoran Belauk

Restoran Belauk Bangai - Gambar Restoran
Sumber: Restoran Belauk

Restoran Belauk di Seksyen 7 ini menghidangkan aneka masakan Kelantan dan juga Selatan Thailand. Antara hidangan yang ada di sini adalah seperti nasi dagang, nasi lemak, nasi kerabu, laksam, sup belut, asam pedas, ikan bakar, roti titab dan banyak lagi makanan yang lain, sampai tak tahu nak pilih yang mana.

Sebagai Restoran ‘Belauk,’ sememangnya macam-macam lauk ada, jangan terkejut, secara keseluruhannya terdapat sehingga 80 jenis lauk yang mereka sediakan.

Restoran Belauk Bangi - Gambar Makanan
Sumber: Restoran Belauk

Dah settle pilih makanan, untuk minumannya pula, air yang wajib anda order kalau makan di restoran ini adalah teh pengnya, kesedapannya memang luar biasa.

Selain makanan, restoran ini juga turut menjual pelbagai barangan kering yang didatangkan daripada negeri Kelantan seperti beras siam, keropok, beras pulut dan sebagainya, bolehlah anda shopping sementara menunggu makanan sampai.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No. 73 & 75, Jalan 7/7c, seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 8.45 pm)

6. Pavillion Steak & Grill Bangi

Pavillion Steak & Grill Bangi - Gambar Restoran
Sumber: Pavillion Steak & Grill

Pavillion Steak & Grill Bangi menyajikan hidangan Arab dan juga barat. Kalau anda dan keluarga tak dapat kata sepakat nak makan di kedai Arab atau kedai masakan barat, singgah sahaja ke kedai ini untuk kepuasan semua. Menu yang ditawarkan juga sangat banyak.

Salah satu hidangannya iaitu pasta, sungguh creamy dengan saiz hidangan yang besar dan mengenyangkan.

Pavillion Steak-& Grill Bangi - Gambar Makanan
Sumber: Pavillion Steak & Grill

Hidangan lain yang juga tidak kurang enaknya adalah seafood aglio olio, beef bacon salted egg cream, churros, nasi kabsah kambing, ayam mandy, kambing bakar, Australian t-bone steak, meatball carbonara, crispy chicken chop dan banyak lagi.

Ada yang mengatakan bahawa menu paling menakjubkan di restoran ini adalah chicken gordon bleu, nachos dan juga masakan salmon mereka.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Pavillion Steak and Grill,  6044 Sungai Ramal Dalam Selangor, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (12.00 pm – 1.00 am)

5. Restoran Homst Kajang

Homst Recipe Bangi Gateway - Gambar Restoran
Sumber: HOMST Recipe

Restoran Homst Kajang menyediakan pelbagai masakan Cina – Muslim yang pasti akan mencuri hati anda hanya dengan sekali cuba. Dengan suasana tempat makan yang dingin beraircond, dapatlah anda menikmati hidangan dengan penuh keasyikan.

Hidangan menarik yang boleh dicuba adalah seperti wet butter chicken, daging black pepper, mee kari, mihun sup, siakap asam steamed, mee wantan, daging itik salai, ayam pandan dan banyak lagi. Kesemua hidangannya dimasak dengan secukup rasa.

Homst Recipe Bangi Gateway - Gambar Makanan
Sumber: HOMST Recipe

Servis mereka juga tip-top, hidangan sampai ke meja dengan cukup laju sekali, tak sempat mendengar bunyi perut menggerodak kelaparan.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 47G,48G & 49G, Jalan Prima Saujana 1/1a, Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 10.30 pm)

4. Paramount Coffee House

Oreo Vanilla Waffle @ Paramount Coffee House - Gambar Restoran
Sumber: Paramount Coffee House

Paramount Coffee House yang terletak di Seksyen 9 ini adalah sebuah restoran yang selesa, dengan iringan lagu yang menyenangkan jiwa serta lengkap dengan penyejuk udara. Menarik untuk dijadikan port lepak bukan?

Hidangannya juga tidak kurang menariknya, anda boleh mencuba menu seperti Oreo vanilla waffle, nasi mak’s ayam chilli, aneka jenis spaghetti, nasi goreng paramount bersama chicken wing dan banyak lagi.

Oreo Vanilla Waffle @ Paramount Coffee House - Gambar Makanan
Sumber: Paramount Coffee House

Dalam banyak-banyak hidangan yang ada di sini, paling wajib anda rasa adalah Oreo vanilla wafflenya yang dihidangkan bersama dengan strawberi yang segar serta ais krim vanilla. Hidangan ini dipercantikkan lagi dengan curahan sos coklat dan taburan serbuk Oreo yang rangup. Cuba, jangan tak cuba.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 7-47-01 Seksyen 9, Jln Medan Pusat Bandar 8A, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 10.30 pm)

3. The Caravan Café

Oreo Vanilla Waffle @-Paramount-Coffee House - Gambar Makanan
Sumber: The Caravan Café

The Caravan Café menyediakan pelbagai hidangan yang menarik seperti butter chicken, cucur ikan bilis, Vietnamese rolls, salted egg calamari, seafood carbonara, yang kesemuanya dihidangkan dengan penuh ‘kasih-sayang’.

‘Kasih-sayang’ yang admin maksudkan adalah dari segi rasanya yang mantap, portionnya yang mengenyangkan dan juga gaya susun atur hidangan yang sangat sedap dipandang.

Basque Burnt Cheesecake @ The Caravan Cafe - Gambar Makanan
Sumber: The Caravan Café

Selain itu, café ini turut menyediakan pelbagai jenis kek, antaranya adalah kek Ferrero dan kek velvet. Sedapnya tidak boleh dibawa berbincang. Minuman wajib cuba pula adalah jus chocolate avocado.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat:  No. 15-G-, 1, Jalan Medan Pb 1a, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Khamis, Ahad (12.00 pm – 10.30 pm) | Jumaat, Sabtu (12.00 pm – 11.00 pm)

2. Cartel Coffee Shop

Cartel Coffee Shop Bangi - Gambar Restoran
Sumber: Cartel Coffeeshop

Dengan interior design yang mencuri hati, Cartel Coffee Shop adalah sebuah kedai makan yang serba-serbi sempurna. Dihias dengan penuh kreatif berkonsepkan hipster dan industrial, makan di kedai ini terasa seperti di dalam dunia klasik, dengan dinding batu-bata, serta perhiasan berelemen antik, cukup menarik untuk sesiapa yang tak sabar nak update foto baru di Insta tu.

Jangan dek kerana sibuk bergambar sampai lupa nak order makanan. Berkaitan dengan menu di sini, antara hidangan wajib cuba adalah creamy butter dory fish, chicken pie, cheesy wedges, nachos, seafood aglio olio, bbq fried chicken dan banyak lagi.

Cartel Coffee Shop Bangi - Gambar Makanan
Sumber: Cartel Coffeeshop

Minuman yang menarik pula adalah signature Columbian lattenya yang dihasilkan dengan menggabungkan ais krim dan kopi. Sangat menyegarkan tekak. Untuk yang suka minum kopi, ada yang mengatakan biji kopi yang digunakan oleh Cartel Coffee Shop ini adalah jauh lebih bagus daripada di Starbucks.

Kalau anda nak tahu, café ini sebenarnya adalah sebuah café dua tingkat. Sekiranya anda ingin makan sambil melihat persembahan muzik live, anda boleh pilih untuk makan di tingkat atas.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat:  11, Jalan 15/1d, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (4.20 pm – 1.30 am) | Isnin (Tutup)

1. Restoran Jepun Miyagi Bangi

Restoran Jepun Miyagi Bangi - Gambar Restoran
Sumber: Restoran Miyagi

Tak perlu ke Jepun untuk menikmati hidangan dengan rasa asli masakan Jepun, anda hanya perlu membuka langkah kaki ke Restoran Jepun Miyagi Bangi yang terletak di Seksyen 9.

Menjejak masuk ke dalam restoran ini, anda bakal terkesima melihat dekorasinya yang tidak ubah seperti di dalam set filem klasik Jepun. Setiap sudut restoran ini kelihatan sungguh comfy dengan gabungan warna natural yang sedap dipandang.

Restoran Jepun Miyagi Bangi - Gambar Makanan
Sumber: Restoran Miyagi

Bagi pencinta makanan, dekorasi adalah perkara kedua, yang paling penting adalah sedap atau tidak sedap makanannya bukan? Untuk restoran ini, sajiannya juga tidak mengecewakan. Segalanya dihidangkan dengan segar dan memiliki cetusan rasa yang membuatkan anda ingin tambah lagi dan lagi.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No 2A, Jalan Medan PBI, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.30 am – 2.30 pm, 5.30 pm – 9.30 pm)

Begitu banyak tempat makan menarik di Bangi ni, bandar ini sememangnya heaven untuk food hunter. Jelajah sekitar Bangi sahaja dah boleh rasa macam-macam hidangan dari masakan tempatan hinggalah kepada Jepun.Untuk makan pagi, petang ataupun lewat malam, pilihan kedai makan yang ada di Bangi ini terlampau banyak.

Baca: 15 Tempat Makan Menarik Di Putrajaya

Jangan terkejut kalau admin katakan, yang sebenarnya masih ada lagi restoran lain yang tak sempat admin masukkan dalam senarai ini. 30 tempat makan ni pun tak mungkin dapat pergi semua kan?

Apa-apa pun, diharapkan senarai ini dapat membantu anda mencari kedai makan yang terbaik untuk dijadikan lokasi makan-makan bersama keluarga tercinta. Selamat menjamu selera!