Bagi yang bercadang nak ke Cyberjaya hujung minggu ini atau pun sekadar santai membawa diri atau keluarga berjalan, pasti tercari cari mana tempat makanan yang sedap dan menarik yang terdapat di Cyberjaya.

Jangan bimbang kerana di Cyberjaya bandar serba moden ini juga tak kurang hebatnya macam bandar bandar lain dengan aneka restoran yang datang dengan keistimewaan mereka tersendiri. Kami kongsikan dengan anda 27 tempat makan menarik di Cyberjaya yang boleh anda pilih untuk berkunjung bila-bila masa anda berada di bandar istimewa ini.

27. Karyabhara Cafe

Karya Hipster Cafe - Gambar Restoran
Sumber: Karyabhara Cafe

Yang rasa mahukan environment yang tenang tak hiruk piruk. Mungkin anda boleh singgah ke sini. Mereka menawarkan menu dari selera tempatan, barat, aneka pasta, kopi, manisan dan pelbagai lagi.

Rata rata netizen memberikan feedback yang baik tentang makanan dan suasana di tempat mereka ini. Mereka juga menawarkan khidmat untuk mengadakan majlis seperti sambutan hari jadi, persembahan live atau pun acara korporat.

Baca: 15 Tempat Makan Best Di Putrajaya

Menu mereka juga tak jauh berbeza dengan Café yang biasa kita pergi tapi dari segi harga yang dikenakan dan saiz hidangan, Karyabhara boleh dikatakan berpatutan, lagipun mana nak cari di kawasan Cyberjaya tempat begini.

Karya Hipster Cafe - Gambar Makanan
Sumber: Karya Hipster Cafe

Premis mereka juga bersih dan staf yang sangat mesra. Senang cerita, kalau nak buat apa apa sambutan, ini lah tempatnya dan sesuai juga bagi jiwa jiwa muda diluar sana menikmati in house coffee sambil mendengar orang menyanyi. Memang terbaik.

📍 Alamat
Alamat: 37-G, Block E, Biz Avenue, 2, Neo Cyber, 63000 Cyberjaya, Selangor

26. Salam Noodle

Salam Noodles @ Shaftsbury Square Cyberjaya - Gambar Restoran
Sumber: Salam Noodles

Sesiapa yang memang meminati Chinese food, boleh lah anda berkunjung ke Salam Noodle. Dengan menu yang sentiasa menjadi sebutan dan pesanan para pelanggan yang ada di sini seperti Beef Soup Noodles, Sheep Bone Pot Set, Mutton Curry Gravy Noodles, Beef Dumplings, Mutton Roast Stick dan Braised Chicken Rice

Yang best nya kat sini, bagi pesanan yang melebihi RM7.90, minuman anda boleh di isi semula tanpa sebarang caj. Jalan Jalan Cari Makan pun pernah singgah di sini untuk merasai menu mereka.

Salam Noodles @ Shaftsbury Square Cyberjaya - Gambar Makanan
Sumber: Salam Noodles

Rata rata pelanggan memberi kan respons yang positif dan mengatakan makanan mereka sedap. Dengan harga yang perpatutan, saiz hidangan yang besar dan makanan yang menarik, Salam Noodle harus menjadi pilihan anda untuk makan bila anda berada disini.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 4810-0-42, 2, Persiaran Flora, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-10pm)

25. Mad Ayam Kampung

Mad Ayam Kampung - Gambar Restoran
Sumber: Mad Ayam Kampung

Satu sahaja nak pesan, nak datang sini, kena datang awal sebab Mad Ayam Kampung ini memang penuh sampai tak boleh nak cari tempat duduk maklum lah bukan senang nak cari tempat makanan macam ini dah sekarang.

Paling menjadi rebutan para pelanggan pastilah ayam kampung goreng mereka. Bayangkan bila disantapi dengan nasi putih, dengan penaik rasa sambal belacan cicah dengan ulam dah boleh bayang betapa sedapnya makan disini. Memang laris macam pisang goreng.

Mad Ayam Kampung - Gambar Makanan
Sumber: Mad Ayam Kampung

Menu yang bertemakan lauk-pauk masakan Melayu dan sesuai untuk anda yang bercdang nak bawa keluarga atau kawan kawan makan tengah hari. Harga mengikut lauk yag kita ambil tapi. untuk kawasan Cyberjaya yang serba moden  ini, harga di Mad Ayam Kampung sangat berpatutan!. Dari segi rasa, tiada keraguan, memang mantap dan padu sekali.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Cyberjaya No.102-G, Biz Avenue II @NeoCyber, Lingkaran Cyber Point Barat, Cyber 12, 63000
Waktu Operasi: Setiap hari (kecuali Jumaat) 11am-4pm

24. Burger & Taco

Burger & Taco - Gambar Restoran
Sumber: Burger & Taco

Bagi selera makanan barat tapi tercari cari tempat yang memberikan sesuatu yang lain dari yang lain tanpa perlu berbelanja lebih, Burger and Taco adalah jawapannya. Nak tahu apa yang istimewa tentang mereka?

Daging yang mereka gunakan adalah 100 peratus daging lembu Australia dan setiap patty yang dihidangkan kepada anda adalah in-house made tanpa sebarang filler!

Burger & Taco - Gambar Makanan
Sumber: Burger & Taco

Setiap hari dari pukul 12 tengahari hingga 3 petang, mereka ada promosi bawah RM19 anda boleh dapat burger 150gram patty daging lembu datang dengan kentang goreng dan air. Kalau tak mahu burger, jangan risau sebab crunchy double beef taco 100 peratus daging asli Australia mereka pasti buat anda kecur air liur.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: E2-04-3A, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (kecuali Isnin) Sabtu & Ahad (12pm-9pm) Selasa-Jumaat (12pm-3pm, 6pm-9pm)

23. Saba Restaurant

Saba restaurant - Gambar Restoran
Sumber: Ton MJ

Yang mana mana singgah ke DPulze Shopping Center, lepas habis tengok wayang, dah selesai membeli barang perut terasa lapar, apa kata singgah ke Saba Restaurant yang berdepan dengan pusat beli belah Dpulze.

Baca: 27 Tempat Menarik Di Putrajaya

Bagi mereka yang teringin nak makan makanan Yemen, Saba memang tempatnya. Paling terkenal adalah hidangan nasi ayam mendy dan nasi kambing kabsah mereka.

Saba restaurant - Gambar Makanan
Sumber: Saba Restaurant

Memang tiada keraguan, dua menu adalah paling laris dan sangat sedap. Kalau rasa masih lapar lagi tapi tak mahu kan hidangan nasi, boleh cuba chicken kebab sandwich mereka.

Roti buatan sendiri yang lembut dan disapukan sos bawang putih dan dibaluti dengan inti sayur sayuran segar, kentang goreng dan hirisan ayam yang penuh perisa dan rangup dibahagian luar dan lembut dibahagian dalam. Dibilas dengan teh adni mereka yang sarat dengan rasa herba dan rasa yang berlemak.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 4800 Suite 0-2 Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana, CBD Perdana, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11.30am-11.30pm)

22. Lauk Kampung@Tamarind Square

Lauk Kampung Tamarind Square - Gambar Restoran
Sumber: Lauk Kampung @Tamarind Square

Nama pun restoran lauk kampung, pasti anda boleh agak apa yang mereka hidangkan untuk anda jika anda berkunjung kesini bukan? Bagi yang memang gilakan makanan kampung yang berteraskan minang alang alang ada di Tamarind Square, singgah lah kesini untuk berhenti makan.

Lauk pauk mereka sememangnya comfort food. Netizen rata rata mengatakan makanan disini memang sedap, harga yang berpatutan dan sangat asli. Lauk pauk mereka pula memang bermacam macam jenis pilihan rambang mata memilihnya. Selain dari lauk pauk makanan kampung, mereka juga ada pesanan ala carte seperti makanan thai dan goreng dan netizen yang berkunjung juga memuji kualiti makanan mereka.

Lauk Kampung Tamarind Square - Gambar Makanan
Sumber: Lauk Kampung @Tamarind Square

Satu lagi yang seronok disini adalah ruang persekitaran yang sangat bersih dan ruang washroom yang sentiasa terjaga kebersihannya jadi pelanggan pun berasa selesa dan selera menjamu.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Persiaran multimedia, cyber 11 Tamarind square, level 3, B-03-03, 63000 Cyberjaya
Waktu Operasi: Setiap hari (kecuali Ahad) 9am-6pm

21. Volcano Shabu Shabu

Volcano Shabu-Shabu Cyberjaya - Gambar Restoran
Sumber: Volcano Shabu Shabu Cyberjaya

Kalau tercari cari mana restoran jepun yang halal, anda boleh singgah ke Volcano Shabu Shabu. Saiz hidangan yang besar, murah dan makanan yang sihat berkhasiat dengan teknik masakan steamboat dan grill.

Rata rata pelanggan yang datang ke sini suka kan bahan bahan mereka yang segar dan berkualiti seperti makanan laut dan sayuran sayuran mereka. Para pelanggan pula selesa dengan suasana yang tenang dan para pekerja yang sangat mesra dan melayan dengan penuh ramah.

Volcano Shabu-Shabu Cyberjaya - Gambar Makanan
Sumber: Volcano Shabu Shabu Cyberjaya

Di Volcano Shabu Shabu, anda pasti rambang mata memilih pelbagai pilihan makanan yang disediakan. Aneka sup pilihan untuk dijadikan base steamboat juga menjadikan pengalaman makanan di sini tidak bosan. Anak anak pun pasti suka kerana variasi ais krim dan ais kacang yang disediakan disamping pencuci mulut yang banyak untuk pilihan selera anda.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: P3, 10, Persiaran Multimedia, Shaftsbury Square, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11.30am-10.00pm) Jumaat-Ahad (11.30am-10.30pm)

20. Restoran Sana Sini

Restoran Sana Sini - Gambar Restoran
Sumber: Restoran Sana Sini

Kadang kadang nak bawa keluarga keluar makan ni menjadi satu isu juga kerana budak budak cepat bosan, bila dah makan nak balik menganggu kita yang masih nak menjamu. Jangan risau sebab di Sana Sini mereka adalah restoran yang mesra kanak kanak.

Di dalam premis mereka tersedia indoor playground khas untuk anak anak pengunjung restoran jadi tak risau kalau anak anak dah kenyang mereka boleh bermain main. Anak anak pun tak macam kita, selera mereka hanya pada simple sugar jadi disini variasi ais krim pelbagai dan free flow!

Restoran Sana Sini - Gambar Makanan
Sumber: Restoran Sana Sini

Netizen juga memuji saiz hidangan mereka yang jumbo dan nasi pula boleh refill percuma. Makanan bercirikan Chinese cuisine tak kurang juga sambutannya, kebanyakan pelanggan memuji masakan mereka.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: DPulze Shopping Centre, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (10am-9.30pm)

19. Ayam Gepuk Pak Gembus

Ayam Gepuk Pak Gembus Cyberjaya - Gambar Restoran
Sumber: Ayam Gepuk Pak Gembus Cyberjaya

Pasti ramai yang kenal ayam gepuk pak gembus yang berada di kawasan lembah klang terkenal dengan sambal nya yang boleh diubah suai mengikut citarasa dan tahap kepedasan anda sendiri.

Tapi dinasihatkan untuk datang awal sebab memang beratur panjang kerana para pelanggan yang sangat ramai berkunjung.

Ayam Gepuk Pak Gembus Cyberjaya - Gambar Makanan
Sumber: Ayam Gepuk Pak Gembus Cyberjaya

Yang istimewa pastilah sambal cabainya yang sememangnya pedas namun sentiasa menambat hati dan selera pelanggan yang terus terusan datang sanggup beratur panjang berjam jam demi mendapatkan nasi lauk ayam dengan sambal cabainya.

Bertambah sedap bila digaul bersama kicap pekat manis yang disediakan memang tak boleh bawa bincang. Harga berpatutan dengan pilihan set mengikut bajet dan selera anda.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 810-00-38 CBD Perdana, 2, Jalan Perdana, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (11am-9pm)

18. Campur-Campur Kitchen

Campur-Campur Kitchen - Gambar Restoran
Sumber: Campur Campur Kitchen

Restoran yang mengabungkan hidangan campuran Cina, Indonesia dan Thailand. Menu yang biasa kita lihat di restoran yang lain tapi bezanya disini adalah rasa masakan mereka. Ramai yang datang untuk makan set nasi mereka yang didatangi dengan pilihan ayam penyet, ayam bakar, kari hijau ayam dan udang telur masin.

Bagi yang sukakan makanan cina dan menu goreng, keow teow daging goreng dan set kam heong memang mendapat pujian. Yang sukakan makanan Thai, ayam pandan mereka memang sedap dibandingkan dengan tempat lain kerana ayam nya yang masih succulent di bahagian dalam walaupun telah diperap dan di goreng.

Campur-Campur Kitchen - Gambar Makanan
Sumber: Campur Campur Kitchen

Terdapat banyak lagi pilihan menu disini dan boleh dikatakan dari segi rasa sangat memuaskan dan harga yang tidak mahal.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: UG18, Dpulze Shopping Centre,, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (10am-10pm)

17. Hutan Café

Hutan Cafe Cyberjaya - Gambar Restoran
Sumber: Hutan Cafe

Terletak di Taman Tasik Cyberjaya, Hutan Café adalah café dengan setting yang berteraskan kehijauan. Kawasan yang tenang dan dekorasi seiring dengan nama diberi. Menu disini adalah gabungan Asian dan western bagi memenuhi selera pelanggan yang datang berkunjung. Mereka menyajikan juadah sarapan pagi dan setiap hari ada menu istimewa yang bertukar tukar.

Set nasi minyak datang dengan sampingan dalca dan papadom dengan lauk ayam masak merah dikatakan tidak kurang hebat dari segi rasa. Nasi kerabu lauk ayam percik juga mendapat komen yang baik dari pelanggan.

Hutan Cafe Cyberjaya - Gambar Makanan
Sumber: Hutan Cafe

Yang menarik tentang mereka adalah dekorasi makanan yang boleh dikatakan eye catching. Keseluruhan café hutan adalah tempat yang versatile untuk makan tengahari mahupun mengadakan majlis tertutup kerana mereka juga menyediakan perkhidmatan katering.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya, Jalan Kelab Off Persiaran Semarak Api, Cyberjaya, 63000
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad (10am-10pm)

16. Nasi Ayam Babah

Nasi Ayam Babah - Gambar Restoran
Sumber: nazri ismail

Nasi ayam yang terkenal dengan resepi asli turun temurun berasal dari port klang ni memcecah usia 30 tahun ini pasti sesuai bagi pengemar nasi ayam yang mahukan rasa yang berbeza.

Yang istimewa tentang mereka adalah adunan kicap dan sambal mereka yang istimewa dikatakan membuatkan anda nak tambah pesanan lagi. Selain dari nasi ayam, mereka juga menghidangkan soto bagi mereka yang tak mahukan makanan yang berat.

Nasi Ayam Babah - Gambar Makanan
Sumber: Nasi Ayam Babah

Harga pun murah bila dibandingkan tempat mereka yang dikatakan sangat bersih lengkap berhawa dingin dan sangat teratur keadaan didalam kedai. Dengan harga RM6.90 sepinggan set nasi ayam dialaf 2020 ni memang berbaloi betul makan nasi ayam di kedai nasi ayam babah ini.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No 5, Block B Jalan GC 3 Glomac, Cyber 12, 63200 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Sabtu & Ahad (10am-6pm)

15. Glaze Eatery

Glaze Eatery, Tamarind Square - Gambar Restoran
Sumber: Glaze Eatery

Siapa kata fine dining hanya untuk elite class sahaja, di Glaze Eatery, orang golongan pertengahan pun boleh menikmati pengalaman seakan akan berada di fine dining restoran.

Menghidangkan set makanan untuk sarapan pagi berteraskan hidangan barat, anda boleh memulakan hari anda tanpa berbelanja besar.

Glaze Eatery Tamarind Square - Gambar Makanan
Sumber: Glaze Eatery

Serendah RM15 anda dah boleh dapat hidangan lengkap. Di Glaze Eatery juga mereka memberikan anda pilihan hidangan Asian, pasta serta wrap and sandwiches dan semuanya berharga bwah RM20 ringgit.

Mereka juga menawarkan in house kek yang mendapat sambutan dan bagi pengemar kopi, glaze eatery is a must go spot.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: A-03-03A, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (8.30am-11.30pm)

14. Julio’s Lounge

Julio's Lounge - Gambar Restoran
Sumber: Julio’s Lounge

Bagi mereka yang mahukan tempat yang lebih dari sekadar menikmati makanan, Julie’s Lounge adalah tempat untuk bersantai yang sangat selesa bagi para pelanggan yang bertandang, Menawarkan makanan buat pelanggannya dalam suasana damai buat mereka yang ingin menghabiskan masa di sana.

Restoran mereka menyediakan masakan Arab dan Barat dan pemanis mulut yang sangat menarik terutama chocolate fountain yang akan memuaskan craving pelanggan.

Bagi yang datang sekadar mahu bersantai, Julio’s, menyediakan ruang untuk pelanggan yang datang untuk belajar dan juga boleh bermain permainan PS4.

Julio's Lounge - Gambar Makanan
Sumber: Julio’s Lounge

Menu seperti Club Sandwich, Philadelphia Pizza, Beef Shawarma, Fruit Salad dan Juice Emperor adalah pilihan yang boleh dicuba jika anda berkunjung dan banyak lagi menu lain yang boleh didapati di Julio’s.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No-3A-G, neo cyber, lingkaran cyber point barat, Neo Cyber, 63000 Cyberjaya,
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-4am)

13. Cendol Station

Cendol Station - Gambar Restoran
Sumber: Stephen Abraham

Bagi yang selalu kecewa dengan peniaga cendol dan rojak yang memberikan hasil yang kurang memuaskan, jangan kecewa lagi kerana di cendol station, para pelanggan akan merasa kepuasan yang tiada tandingan lebih lebih lagi bila cuaca sekarang yang sangat panas.

Cendol Station - Gambar Makanan
Sumber: Cendol Station

Cendol durian dan cendol pulut durian antara menu cendol yang ada disini dan dengan harga serendah RM7 anda boleh dapatkan rojak yang datang dengan ayam dan sotong, memang berbaloi.

Ais batu campur pula meriah dengan gabungan ais krim melegakan tekak yang haus dek panas terik. Pelanggan semua memang cukup puas hati setiap kali datang kesini.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Teknokrat 5, Cyber 5, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-10pm)

12. 10 Gram

10 Gram Cyberjaya - Gambar Restoran
Sumber: zyda azyan

Terletak di Tamarind Square, 10 gram adalah restoran yang menyajikan lebih 50 menu untuk dipilih yang kebanyakannya menu barat dan juga menawarkan hidangan tempatan buat pengunjung yang ke sana.

Bagi pengemar minuman berasaskan kopi, 10 gram menawarkan pelbagai pilihan dan ada pengunjung yang mengatakan setara dengan minuman kopi starbucks.

10 Gram Cyberjaya - Gambar Makanan
Sumber: 10 Grams Cyberjaya

Makanan pun dikatakan sedap dan setanding dengan restoran yang bertapak lama di Malaysia seperti chicken parmigiana di 10 gram jauh lebih lazat dari secret recipe.

Pizza Ultimate dengan kerak nipis juga setanding franchise pizza yang sedia ada. Walaupun harga sedikit mahal namun rata rata berpuas hati dengan pesanan mereka.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: A-03-05 Block A, Tamarind Square, 63200 Cyberjaya, Selangor, Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (10.30am-10.30pm)

11. Patribella Bakeshop

Pastribiella Cyberjaya - Gambar Restoran
Sumber: Pastribella Cyberjaya

Kedai milik pemenang masterchef musim pertama, Dr Ezani ini juga terletak di Tamarind Square menawarkan hidangan pemanis mulut dan hidangan savoury serta kopi gourmet.

Apa yang memuaskan hati para pelanggan adalah rangkaian kek yang dibuat setiap hari house-made.

Pastribiella Cyberjaya - Gambar Makanan
Sumber: Pastribella Cyberjaya

Jika rasa nak tukar selera tekak untuk kek, boleh lah mencuba pilihan kek yang ada disini dan memang memuaskan hati terutamanya signature kek mereka, chocolate salted yang memang menjadi pilihan regular customers. Sesuai bagi gadis gadis yang nak mengadakan girls day out meeting.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: D3-04-03 Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (12pm-9pm)

10. Aroii Thai

Aroii Thai - Gambar Restoran
Sumber: Amirah Alias

Seperti boat noodles, aroii thai juga berteraskan konsep setiap mangkuk dengan kadar caj RM2.09 sahaja. Konsep makanan thai ini menawarkan main dish berasaskan glass noodle dan juga pilihan nasi.

Kebanyakan pelanggan memuji keenakan menu mereka dengan harga yang berpatutan dan servis yang cukup cepat. Bagi pengemar makanan thai boleh lah mencuba kari hijau thai, somtam dan ayam pandan.

Aroii Thai - Gambar Makanan
Sumber: Aroii Thai

Tak lupa pada pemanis mulut pulut mangga mereka. Dengan menu yang tidak terlalu banyak, aroii thai dapat mengekalkan kualiti dan rasa makanan dan minuman mereka sebaik mungkin dan majoriti memberikan feedback yang positif terhadap servis yang diberikan.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No. 43-G, Lingkaran Cyber Point Barat, Neo Cyber, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11.30am-10pm)

9. We Play Game Café

We Play Games Cafe - Gambar Restoran
Sumber: We Play Games Cafe

Bagi yang nak meluangkan masa bersama keluarga sambil bermain board games, we play games café menunggu anda dan keluarga serta rakan rakan ke sana. Ruang yang lapang ini sangat selesa untuk menghabiskan masa terluang anda bersama teman teman.

Susunan tempat duduk yang pelbagai saiz ini boleh menempatkan ruang untuk kumpulan yang berbeza bilangan jadi jangan malu untuk seluruh ahli keluarga anda kesana dengan lebih 300 pilihan board games untuk anda pilih dan sambil bermain tu mestilah nak makan dan minum bukan? Hidangan signature mereka adalah Creamy Salted Egg Pasta dan Hearty Salted Egg Lava Croissant.

We Play Games Cafe - Gambar Makanan
Sumber: We Play Games Cafe

Mereka juga menawarkan lapan pilihan hidangan yang berbeza yang terdiri daripada pasta dan satu minuman percuma bermula dari RM17.Sekiranya anda mahu sesuatu yang manis, anda boleh menambah tambahan RM7 untuk pencuci mulut yang disediakan untuk hari yang anda berkunjung.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: D2-04-16, Tamarind Square Cyberjaya, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya,
Waktu Operasi: Setiap hari (12pm-1am)

8. Padi House Restaurant

Padi House Restaurant Cyberjaya - Gambar Restoran
Sumber: Padi House Restaurant

Tak semua orang Malaysia ni boleh makan makanan yang berasaskan haiwan seperti orang India dan juga health enthusiast. Di padi house, mereka adalah tempat makan yang mesra vegetarian.

Tempat ini sesuai untuk sesiapa yang berhajat nak membawa pasangan makan malam yang romantis untuk dua orang, atau majlis-majlis kekeluargaan Walau bagaimanapun, apabila restoran sarat dengan pengunjung, makanan mengambil sedikit masa untuk tiba namun review makanan di sini memang bagus.

Padi House Restaurant Cyberjaya - Gambar Makanan
Sumber: Padi House Restaurant

Harga di sini sedikit mahal tapi setanding dengan saiz hidangan yang mereka sajikan pada anda kalau anda singgah kesana, kena cuba ayam panggang pesto fondue mereka, memang sedap!

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Teknokrat 5, Cyber 5, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-12.30am)

7. Herbs & Butter, Tamarind Square

Herbs & Butter Tamarind Square - Gambar Restoran
Sumber: Herbs & Butter, Tamarind Square

Mencari lokasi yang menawarkan masakan melayu dan barat yang lazat? Jangan tercari cari lagi, singgah sahaja di Herbs&Butter. pelbagai hidangan dari Nasi Daging Dendeng yang kaya dengan aroma melazatkan, Laksa Johor dengan ulam ulaman resepi asli, burger, stik dan lain-lain lagi.

Dan apabila anda berada di sana, jangan lupa untuk mencuba bingsu mereka  menggunakan shaved ice macam Korean bingsu, lemak berkrim disukai ramai lengkap dengan kekacang, jagung manis, cendol, cincau dan lain-lain. Tapi paling hype ialah Smoked Butter Beef  dengan harga RM15.

Herbs & Butter Tamarind Square - Gambar Makanan
Sumber: Herbs & Butter, Tamarind Square

Paling menarik tentang menu ialah butter gravy yang creamy, berlemak dan secukup rasa. Daging empuk dengan salutan tepung yang rangup membuatkan anda berselera dengan keropok belinjau dan sambal belacan sebagai hidangan sampingan.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: D3-03-15 Block D3 Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 11, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad (12pm-10pm)

6. Dokebi Chicken

Dokebi Chicken - Gambar Restoran
Sumber: Dokebi Chicken

Sekarang ni memang in trend ayam goreng korea bersalut sos istimewa dan lagi istimewa bila dibalut dengan keju mozarella cair seperti franchise ayam korea lain yang ada di Malaysia. Dokebi tak kurang hebatnya, menurut pengunjung yang datang, Ayam gorengnya memang terbaik.

Bahagian luar yang sangat rangup dan garing. Sos penuh aroma dan sedikit manis memang menjilat jari. Ayam memang terasa segar dan juicy setiap gigitan, lembut di dalam namun kulit ayam yang kekal rangup.

Dokebi Chicken - Gambar Makanan
Sumber: Dokebi Chicken

Bestseller menu di Dokebi ini mestilah Yang Nyeom Sauce chicken with cheese yang datang dalam tiga perisa pada harga RM51.80. cukup untuk 4 orang makan dan banyak lagi menu pilihan mengikut selera tekak pengunjung.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: D3-03-08 Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 11, 63000 Cyberjaya
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-11pm)

5. Sanaa Restaurant

Sanaa Restoran - Gambar Restoran
Sumber: Sanaa Restoran

Nak makan nasi arab? Apa kata cuba nasi arab paling sedap dan terbaik sekali di Cyberjaya di Sanaa Restaurant. Nasi arab beserta lauk kambing atau ayam kabshah dan hanith dimakan bersama kuah yang lazat pasti memuaskan sesiapa saja yang mencubanya.

Restoran Sana’a menyajikan semua hidangan timur tengah, yang disediakan sepenuhnya oleh chef profesional mereka dari daerah negara Arab,  terkenal dengan ayam mendy dan hummus mereka dan hidangan hidangan yang lain seperti mulawah bread yang memang sedap dimakan bersama hummus.

Sanaa Restoran - Gambar Makanan
Sumber: Sanaa Restoran

Bagi yang mahukan sesuatu yang ringan, kebab sajork menjadi pesanan ramai yang datang kesini. Secara keseluruhan, sana’a adalah alternatif yang berkualiti dari segi menu dan suasana yang tidak hiruk terutamanya waktu makan malam.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 13-G, LKR Cyberpoint Barat, Neo Cyber, 63000 Cyberjaya
Waktu Operasi: Setiap hari (11.30am-11.30pm)

4. Harley’s Burger

Harley’s Burger cyberjaya - Gambar Restoran
Sumber: MH Chai

Sekiranya anda berada di sekitar Cyberjaya & Putrajaya dan mengidam makanan gaya American homemade burgers maka anda perlu pergi ke Harley’s Burger and Roaster yang terletak di Third Avenue Cyberjaya. Di Harley, mereka menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi tanpa bahan pengawet, pewarna, aditif dan perasa tiruan.

Burger Harley dibuat dari 100% daging lembu sebenar sementara ayam halal mereka tidak pernah disejukbeku sebab itu mereka mengunakan tagline, ‘Kegemaran Amerika, Bahan-bahan Berkualiti – Segar.

Salah satu perkara yang berbeza mengenai Burger Beef Harley dengan burger joint yang lain adalah pelanggan boleh mengubah suai burger mengikut citarasa tersendiri, anda boleh memilih burger anda dengan menambah extra side seperti keju panner, keju cheddar, bawang tambahan, acar dan sebagainya.

Harley’s Burger Cyberjaya - Gambar Makanan
Sumber: Harley’s Burger Cyberjaya

Anda juga boleh menambah kepingan daging lembu untuk burger yang lebih besar dan sarat dengan bahan. Burger ayam mereka pula Ia mempunyai kulit  yang rangup di luar manakala daging mempunyai tekstur lembut. Roti yang digunakan untuk burger adalah buatan sendiri oleh Harley.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot L2-16, Second Floor, DC Mall, Damansara City, Jalan Damanlela, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari (8am-10pm)

3. Ole-Ole Bali

Ole-Ole Bali Dpulze Shopping Centre - Gambar Restoran
Sumber: Gini Gangadharan

Bermula dengan kecil kecilan sehingga menjadi perniagaan yang berjaya, tentu anda akan merasai hidangan dengan makanan yang baik. Membawa anda pengalaman Bali sebenar, Ole Ole Bali sememangnya tidak akan mengecewakan anda dengan makanan mereka.

Anda boleh mencuba pilihan bali delight yang didatang dengan kombinasi kepak ayam BBQ, Sate Lilit dan sotong goreng dan disajikan dengan sambal merah, sambal Terasi dan Sos Tartar.

Plat besar ini sesuaiuntuk dikongsi bersama dan lazat di mana makanan kaya dengan perisa terutama sate liit. Selain dari itu anda boleh cuba nasi campur datang dengan gabungan sotong, Ikan goreng serai dengan pilihan daging atau rendang ayam, dan juga lilit sate.

Ole-Ole Bali Dpulze Shopping Centre - Gambar Makanan
Sumber: Ole-Ole Bali

Dihidangkan bersama Lawar Kacang, Rempeyek, Sambal Terasi dan Sambal Matah digandingkan dengan nasi istimewa mereka nasi Sela mereka yang merupakan salah satu signature dish di mana nasi dimasak dengan ubi keledek.

Dengan saiz  yang sangat besar dan boleh dikongsi bersama. Memang berbaloi dengan apa yang anda bayar. Banyak lagi menu mereka yang cukup laris dikalangan pelanggan dan anda kena datang sendiri dan rasai kehebatan makanan mereka.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot UG16, Dpulze Shopping Center, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12,, 63000 Cyberjaya
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-11pm)

2. Café Puffy Buffy

Cafe Puffy Buffy - Gambar Restoran
Sumber: Edward Poh

Terkenal café ini sejak jalan jalan cari makan membuat review ditempat mereka. Menawarkan menu Asian dan juga western. jika anda mahu menu sebenar makanan Melayu, Puffy Buffy adalah lokasi patut dicuba.

Dari laksa, mee udang, mee kari dan mee goreng, pelbagai hidangan sampingan makan tengah hari yang disajikan. Ada juga yang mengatakan apam balik disini juga cukup sedap.

Cafe Puffy Buffy - Gambar Makanan
Sumber: Cafe Puffy Buffy

Ramai mengesyorkan nasi goreng nenas yang padat dengan rasa nenas walaupun nampak biasa sahaja. Ice blended oreo mereka juga tak lokek dengan bahan menjadikan ice blended mereka memuaskan selera tekak yang sedang kehausan.

Set western mereka jugamemang sangat menarik. Salad yang segar, kuah black paper yang sangat menyelerakan dan datang dengan homemade mashed potato. Memang makan disini terbaik.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Suite G-32-4809,, Cyberjaya Business District Perdana 2, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (7am-10pm)

1. Kiraku Japanese Restaurant

Kiraku Japanese Restaurant - Gambar Restoran
Sumber: Kiraku Japanese Restaurant

Kiraku adalah tempat eksklusif yang memberikan suasana santai dan selesa untuk menikmati makanan yang disajikan. Apa yang istimewa tentang Restoran Jepun Kiraku ialah. mereka mempunyai bilik Tepanyaki terbesar di Malaysia yang sesuai untuk mengadakan acara tertutup seperti pesta ulang tahun dan perhimpunan keluarga.

Keistimewaan mereka adalah mereka mempunyai persembahan memasak Tepanyaki apabila anda makan di sini. Jeruk buah pala memang menyegarkan dihidang sejurus anda duduk sambil membuat pesanan. Teh Hijau berharga RM 1.90 dan boleh refill dengan percuma Mereka mempunyai pelbagai hidangan dan menu mereka terdiri daripada hampir 20 muka surat.

Kiraku Japanese Restaurant - Gambar Makanan
Sumber: Kiraku Japanese Restaurant

Sup Miso mereka memang sedap dan Chawan Mushi mereka. Sup Miso dengani rasa yang sangat asli yang hanya boleh anda dapatkan di Restoran Jepun seperti ini. Chawan Mushi mereka paling terbaik dibuat dengan tangan yang datang dengan banyak makanan laut termasuk tiram dan telur.

Kembung bakar mereka juga datang dalam saiz yang besar, garing diluar dan lembut isi didalam. Kalau andasedang mencari makanan asli Jepun yang disediakan oleh Chef Jepun yang mahir, maka Kiraku adalah tempatnya. Setiap hidangan mereka memang 5 bintang. Tidak hairanlah mereka salah satu yang paling dicari oleh masyarakat Jepun ekspatriat di Malaysia.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: P3, 25, Persiaran Multimedia, Shaftsbury Square, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad (11.30am-3pm, 5pm-10pm)

Memang tak disangkal lagi, Cyberjaya tidak kurang hebatnya bila kita senaraikan tempat makanan yang sedap dan datang dengan keistimewaan mereka yang tersendiri.

Baca: 34 Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Dengan pelbagai aneka juadah yang berteraskan bermacam macam jenis masakan dari pelbagai pelosok benua, kami pasti anda yang berkunjung ke kawasan Cyberjaya pasti tak akan kurang dari segi pilihan tempat makanan yang memuaskan hati dan perut yang kelaparan.

Kami harap perkongsiaan tempat makan menarik di Cyberjaya kami kali ini dapat memberi idea kepada anda untuk bersantap setiap kali ke bandar ini.