10 Tempat Makan Menarik Di Desaru (2023) | Senarai Restoran Sedap & Popular

Desaru sudah lama menjadi destinasi pilihan untuk mereka yang ingin menikmati keindahan pantai pasir putih tanpa perlu mengorbankan kemudahan dan keselesaan yang ditawarakan oleh sebuah bandar yang moden.

Untuk pilihan makanan pula anda boleh pilih daripada banyak restoran dan gerai yang menawarkan pelbagai aneka hidangan yang berbeza, sesuai untuk setiap citarasa. Nak tahu lebih lanjut jom baca senarai tempat makan menarik di Desaru ini.

10. Teratai Coffee House

Teratai Coffee House - Gambar Restoran
Sumber: TC Chong

Bagi anda yang datang bercuti ke Desaru, tidak kira jika anda menginap di Lotus Desaru Beach Resort atau tidak, anda perlu mencuba Teratai Coffee House. Lotus Desaru memang terkenal dengan kepelbagaian aktiviti dan kedai makan yang mereka sediakan.

Baca: 15 Destinasi Terbaik Di Desaru

Namun, Teratai Coffee House adalah antara restoran yang digemari ramai. Berdekatan dengan salah satu kolam renang Lotus Desaru, ia juga berdekatan dengan arcade dan kedai serbaneka resort ini. Jadi, bolehlah anak-anak beriadah sebelum makan.

Teratai Coffee House - Gambar Makanan
Sumber: Maisarah Sabri, Logeshvaran Palanisamy, chin wey ngee

Di sini mereka menawarkan pelbagai makanan tempatan dan western. Jadi anda bolehlah memilih mengikut selera anda. Antara yang popular di sini ialah chicken chop dan burger mereka. Dengan portion yang besar, pasti memuaskan.

Makanan kegemaran tempatan seperti roti canai, nasi lemak, nasi beriyani dan banyak lagi juga disediakan di sini. Harga makanan di sini sangat berpatutan walaupun ia merupakan kafe di dalam sebuah resort.

Alamat: Lotus Desaru Beach Resort, Jalan Desaru, Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari)


9. To’mad Salai

To'mad Salai - Gambar Restoran
Sumber: To’mad Salai

Restoran To’mad Salai yang terletak di Taman Desaru Utama ini adalah antara kedai makan pilihan ramai terutama sekali yang datang bercuti bersama keluarga. Ini kerana, menu yang mereka tawarkan di sini amat sesuai untuk makan beramai-ramai. Kedainya juga selesa, modern dan santai.

To'mad Salai - Gambar Makanan
Sumber: Syuhaidah Shapie, makan_with_ababob, nurish_damia

Menu utama mereka ialah asam pedas claypot dan salai lemak cili api claypot. Untuk kuah asam pedas claypot, mereka menawarkan 5 jenis pilihan ikan iaitu ikan mayong, ikan merah, ikan pari, ikan siakap dan ikan kaci.

Terpulang kepada anda ikan yang anda gemari. Bagi kuah salai lemak cili api claypot pula, anda boleh memilih antara keli, ayam, daging, itik atau puyuh. Selain dari kedua-dua lauk ini, mereka turut menawarkan lauk lain seperti Tom yam, sup dan goreng kunyit. Lauk-pauk ini dihidangkan bersama nasi putih dan sayuran atau telur sampingan yang boleh anda pesan bersama. Anda juga boleh dapatkan masakan panas dan goreng-goreng. Seronok kan bila makan beramai-ramai?

Alamat: 125, Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor

Waktu Operasi: 11am-9pm (setiap hari, tutup pada hari Selasa)


8. Nelayan Seafood By The Coast

Nelayan Seafood By The Coast - Gambar Restoran
Sumber: nelayanseafoodbythecoast

Satu lagi restoran yang terletak di dalam resort ialah Nelayan Seafood By the Coast yang terletak dalam Tunamaya Beach & Spa Resort. Kerana ia terletak di dalam resort, jadi keselesaan dan suasana restoran ini sememangnya terjamin. Malah, presentasi makanannya juga sangat classy. Seringkali dijadikan tempat untuk makan beramai-ramai atau gathering kerana mereka menawarkan makanan laut yang lebih sesuai dimakan dalam berkumpulan.

Nelayan Seafood By The Coast - Gambar Makanan
Sumber: Saiful Wazir, Nelayan Seafood By The Coast, Farhan Nurman, Fung man

Menu di sini adalah berteraskan Chinese-style seafood. Jadi masakan seperti ketam black pepper, ketam salted egg yolk, tofu sizzling hot plate dan ayam Kung Pao boleh dinikmati bersama nasi goreng seafood ala cina. Antara yang istimewa di sini ialah anda boleh memilih sendiri lobster, ketam dan ikan dari dalam akuarium sebelum ia dimasak. Jadi, kesegaran makanan laut di sini sangat terjamin. Jangan lupa untuk cuba sendiri Nelayan Seafood By the Coast.

Alamat: Tunamaya Beach & Spa Resort – Desaru Coast, Bandar Penawar, 81930 Bandar Penawar, Johor

Waktu Operasi: 11am-10pm (setiap hari)


7. Raihana Bistro

Raihana Bistro - Gambar Restoran
Sumber: Khairul Nizam Bakar

Kombinasi masakan tempatan dan masakan western menjadi tarikan buat Raihana Bistro. Bukan itu sahaja, waktu operasi mereka yang berlangsung 24 jam memang memudahkan pengunjung untuk mencari makanan jika berasa lapar di waktu-waktu tertentu. Kedainya yang santai dan selesa juga sering dijadikan sebagai port lepak atau berkumpul.

Raihana Bistro - Gambar Makanan
Sumber: sambal arefun, Noor Rohimi Samsuden, Aren Zul, Ms Traveller Ohsem

Di sini, anda boleh mendapatkan aneka roti canai, nasi lemak, lauk pauk dan nasi putih, serta pelbagai masakan western. Dari sarapan pagi hingga ke makan malam, sentiasa memberikan anda pilihan. Pastikan anda datang ke sini ketika berkunjung ke Desaru, kami pasti anda akan rambang mata nak pilih makanan.

Alamat: No 1& 3 bahru, jalan kempas, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor

Waktu Operasi: 24jam


6. Restoran Nasi Lemak Kukus & Nasi Kukus Desaru

Restoran Nasi Lemak Kukus - Gambar Restoran
Sumber: Muhammad Hanifi Che Ibrahim

Seringkali dijadikan tempat berkumpul golongan berbasikal atau konvoi motosikal, restoran Nasi Lemak kukus & nasi kukus Desaru ini memang selalunya ramai orang.

Makanan mereka yang sedap digabungkan lagi dengan suasana kedai yang santai dan selesa, menjadi tarikan buat pengunjung, tidak kira sama ada penduduk Desaru sendiri ataupun yang datang bercuti.

Restoran Nasi Lemak Kukus - Gambar Makanan
Sumber: nasilemakdesarujohor

Di sini mereka menawarkan pelbagai hidangan nasi. Utama sekali ialah Nasi Lemak ayam goreng dan nasi kukus ayam goreng. Mereka turut menawarkan nasi kerabu ayam bakar dan nasi kerabu ayam goreng. Namun, buat pengunjung yang datang dari pantai timur, jangan terkejut ya, nasi kerabu mereka tidak berwarna biru.

Tetapi, rasanya memang mantap. Mereka juga ada menyediakan masakan panas dan goreng-goreng, jadi jika anda terasa nak makan nasi goreng kampung atau nasi goreng pataya, Masih boleh dapatkan di sini.

Alamat: Jalan Kempas 2, 82200 Bandar Penawar, Johor

Waktu Operasi: 10.30am-10pm (setiap hari)


5. D Bangkok Village

D Bangkok Village - Gambar Restoran
Sumber: Ryonall Arbi

D Bangkok Village terletak di Jalan Cengal 1 dan merupakan antara restoran masakan Thai kegemaran ramai di Desaru. Jika anda penggemar masakan Thai yang asli ataupun teringin memakan makanan Thai, boleh datang ke D Bangkok Village. Kedainya direka dengan cita rasa kampung dan bersuasana santai.

D Bangkok Village - Gambar Makanan

Hidangan utama di sini ialah makanan laut yang dimasak ala Thai seperti siakap 3 rasa, tom yam, ayam padprik dan macam-macam lagi. Kerabu mangga pon ada di sini. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan masakan panas dan goreng-goreng serta beberapa masakan western seperti chicken chop, steak dan fish & chips. Wah, macam-macam ada di sini.

Alamat: 147, Jalan Cengal 1, 82200 Bandar Penawar, Johor

Waktu Operasi: 1pm-10pm (setiap hari)


4. Restoran Nasi Arab Buner Kabana

Restoran Nasi Arab Buner Kabana - Gambar Restoran
Sumber: Muhammad Hanifi Che Ibrahim

Jika anda terasa atau teringin nak makan makanan Arab ketika berada di Desaru, boleh datang ke Nasi Arab Buner Kabana. Terletak di Taman Desaru Utama, kedainya santai, bersih dan selesa. Kedainya menyerlah dengan warna jingga, dari jauh pon boleh nampak.

Restoran Nasi Arab Buner Kabana - Gambar Makanan
Sumber: David, Muhammad Hanifi Che Ibrahim, M. Nazri SP

Nasi Arab seperti nasi mandy, nasi kabsah, nasi Madghout, nasi haneeth dan nasi beriyani semuanya ada di sini. Setiap hidangan nasi ini diberi pilihan sama ada ayam ataupun kambing. Rasanya memang sedap kerana setiap hidangan nasi ini juga dimasak menggunakan beras basmati. Selain itu, kebab, roti naan, salad dan hummus turut disediakan di sini. Jangan lupa cuba!

Alamat: 77, Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor

Waktu Operasi: 10am-11pm (setiap hari)


3. Honeybee Desaru Utama

Honeybee Desaru Utama - Gambar Restoran
Sumber: Honeybee Desaru Utama

Minuman dan dessert berteraskan madu lebah kian mendapat sambutan. Bukan sahaja rasanya yang sedap, madu juga menawarkan pelbagai kebaikan untuk kesihatan kita. Di Desaru, cawangan Honey Bee ini terletak di Taman Desaru Utama dan menawarkan pelbagai dessert dan minuman yang sedap-sedap belaka.

Honeybee Desaru Utama - Gambar Makanan
Sumber: Honeybee Desaru Utama

Antara pilihan atau kegemaran ramai ialah aiskrim golden honey bee. Di mana honeycomb digabungkan bersama aiskrim vanilla dan biskut. Bagi yang sukakan rasa yang sedikit masin, boleh cuba salted caramel Yang menggabungkan madu, aiskrim vanilla, salted caramel dan dihias dengan crispy pretzel.

Honey bee menawarkan 4 jenis minuman dan dessert iaitu yoghurt, frappe, ice drink dan ice cream. Semuanya ada gabungan madu, buah-buahan, coklat dan macam-macam lagi. Anda juga boleh mendapatkan popcorn honey bee yang didatangkan dalam balang pelbagai saiz.

Alamat: 33, Jalan Kempas 3, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor

Waktu Operasi: 10am-9pm (setiap hari)


2. Kopitiam Ena

Kopitiam Ena Desaru - Gambar Restoran
Sumber: Kopitiam Ena

Kopitiam merupakan sebahagian dari budaya Malaysia. Namun, Kopitiam Ena di Desaru membawakan konsep modern minimalis kepada kopitiam mereka. Kedainya sangat menarik dan modern dengan pilihan warna putih sebagai warna utama. Suasana kedai Masih membawa vibe Kopitiam tradisional tetapi dalam setting yang lebih modern.

Kopitiam Ena Desaru - Gambar Makanan
Sumber: Liyana Izan

Menu mereka masih mengekalkan hidangan kopitiam yang tipikal, namun presentasi mereka memang bergaya. Menggunakan pinggan mangkuk putih bersih, hidangan anda akan tampak lebih menyelerakan dan menarik.

Anda boleh mendapatkan nasi lemak, roti bakar, telur separuh masak, Hainanese Chicken Chop, mee Siam dan macam-macam lagi. Tentunya air kopi dan teh mereka menjadi tarikan utama. Masih mengekalkan kopi Dalam cawan lama. Jadi, pastikan anda datang ke Kopitiam Ena untuk merasai rasa tradisional Kopitiam dalam Suasana modern.

Alamat: 23, Jalan Kempas 3, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor

Waktu Operasi: 7am-6.30pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)


1. Restoran D’Pisang Goreng

Restoran D’Pisang Goreng - Gambar Restoran
Sumber: Saiful Wazir

Apabila bercuti di Desaru, dan sudah puas bermandi manda di pantai, sudah tentu terasa lapar. Kalau ingin mencari makanan atau snek minum petang, boleh cuba dapatkan di Restoran D’Pisang Goreng Desaru. Mereka menyediakan pisang goreng, pisang goreng cheese, keropok lekor dan beraneka jenis kuih muih.

Restoran D’Pisang Goreng - Gambar Makanan
Sumber: Arif Mahyudin

Walaupun begitu, mereka turut menyediakan pelbagai hidangan yang lebih berat. Jangan terkejut, nasi ayam, satay, mi Kari dan mi sup turut disediakan di sini. Tambahan lagi, mereka turut menyediakan nasi putih bersama aneka lauk pauk. Nak makan masakan panas dan goreng-goreng pon ada. Dari minum petang boleh terus makan malam ya begini. Jangan lupa untuk cuba.

Alamat: 1, Jalan Cengal 2, Taman Desaru Utama, 82200 Bandar Penawar, Johor

Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari)


Desaru memang penuh dengan kedai-kedai makan yang cukup menarik. Jika anda bercadang untuk bercuti ke sini nanti, jangan lupa untuk mencuba mana-mana restoran dalam senarai kami ini. Selamat menjamu selera!

Baca: 42 Tempat Makan Menarik Di Johor Bahru

4.8/5 - (6 votes)