Walaupun Genting Highlands sudah lama menjadi pusat pelancongan dan hiburan pilihan ramai, kini dengan pembukaan Genting Highlands Skyworld dan selepas PKP pandemik COVID-19, makin ramai yang berpusu-pusu untuk ke sini.
Jika anda merancang untuk ke sini, kami ada 11 tempat makan menarik di Genting Highlands yang boleh anda kunjungi ketika anda bercuti dan beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.
11. Jom Makan Street Food
Terletak dalam mall Sky Avenue, Jom Makan Street Food merupakan sebuah restoran berkonsep medan selera. Dengan ruang makan yang luas dan pelbagai stall makanan, anda bukan saja dimanjakan dengan keselesaan tetapi juga dengan pilihan makanan yang luas.
Di sini, anda boleh jumpa pelbagai jenis makanan termasuk masakan Melayu, Cina dan India. Jadi, tentu ada sesuatu untuk semua. Makanan seperti nasi campur, nasi lemak dan macam-macam lagi dari gerai-gerai masakan Melayu, nasi ayam claypot, mi Kari dan lain-lain dari gerai-gerai masakan cina dan roti canai dan tandoori dari gerai-gerai masakan India, memberikan citarasa penuh orang Malaysia. Jadi, jangan lupa kunjungi Jom Makan Street Food di SkyAvenue.
Alamat: Lot SA – T2C – MFS, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang
Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari)
10. Makanan Enak
Restoran ini terletak di Genting Permai dan sering dikunjungi ramai orang kerana dikatakan antara restoran yang menyediakan makanan halal yang sedap. Restorannya lebih santai dan kasual tetapi cukup selesa. Udara pon sejuk, mana-mana pun selesa la kan.
Menu utama di sini adalah nasi putih yang dihidangkan bersama lauk pauk pilihan. Dengan cuaca sejuk di Genting Highlands, tentu nyaman jika dapat menghirup sup Tom yam yang pedas dan panas, kan? Apa lagi bila anda menikmatinya dengan lauk-pauk sampingan seperti sizzling tofu, ikan siakap asam limau, ginger spring onion chicken dan banyak lagi. Mereka juga turut menyediakan masakan panas dan goreng-goreng. Senang, kan? Jom kita ke Makanan Enak.
Alamat: No 7, Jalan Boulevard 2, Genting Permai, 69000 Genting Highlands, Pahang
Waktu Operasi: 10am-10pm (setiap hari)
9. Restoran Al-Esfan
Sudah sebati dengan budaya orang Malaysia, suka mencari kedai mamak. Di Genting Highlands ini pun terdapat sebuah kedai mamak iaitu Restoran Al-Esfan. Terletak di Jalan Permai 1/1, anda sebenarnya boleh saja Waze atau Google maps untuk ke sini.
Mereka semestinya menyediakan makanan staple mamak seperti aneka roti canai dan juga roti naan. Tetapi, mereka juga turut menyediakan makanan lain seperti nasi putih bersama lauk nasi campur, goreng-goreng mamak style dan nasi lemak. Lengkap, kan? Belum lagi, anda boleh menikmati menghirup teh tarik panas ala mamak yang cukup enak dalam cuaca dingin nyaman Genting Highlands.
Alamat: Jalan Permai 1/1, 69000 Genting Highlands, Pahang
Waktu Operasi: 8am-12am (setiap hari)
8. Medan Selera Genting Sky Avenue
SkyAvenue sebenarnya mempunyai Medan selera tersendiri tau. Walaupun tadi kami sudah memperkenalkan Jom Makan Street Food yang juga berada di SkyAvenue, Medan Selera SkyAvenue ini juga antara restoran atau tempat makan yang boleh anda kunjungi.
Tentunya Medan Selera ini menyediakan ruang makan yang luas dan tempat duduk yang banyak. Namun, rekaan dan hiasan di sini sangat berbeza dari Jom Makan Street Food tadi. Di sini, rekaannya lebih sofistikated dan elegan. Keselesaan anda memang terjamin.
Dari segi pilihan makanan juga ia sangat luas. Dari masakan tempatan, western sehinggalah masakan Timur Tengah, anda akan rambang mata bila sudah sampai ke sini. Makanan tempatan seperti nasi kerabu, nasi lemak dan roti canai adalah antara menu yang popular di sini. Jadi jika anda berkunjung ke SkyAvenue, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan di Medan Selera SkyAvenue.
Alamat: Lot T1 – 05 & 06, Lot T1 – 05 & 06, 69000 Genting Highlands, Pahang
Waktu Operasi: Isnin-Khamis (9am-9pm) | Jumaat-Ahad (9am-10pm)
7. Burger & Lobster
Pasti anda pernah dengar nama restoran Burger & Lobster, bukan? Restoran ini memang cukup ternama dan seringkali menjadi photo trending apabila anda ke Genting Highlands. Terletak di SkyAvenue Mall, Burger & Lobster memang sangat menarik dengan hiasan dalaman serba merah.
Menu utama mereka berteraskan masakan burger dan juga lobster. Menu simple mereka menawarkan 3 jenis burger iaitu the original, the Mayfair dan the B&L burger. Burger B&L merupakan burger yang menggabungkan daging dan lobster dan dihidangkan bersama bun charcoal yang berwarna hitam. Memang menarik.
Lobster pula anda boleh pilih untuk dimasak chilli ataupun direbus atau bakar. Saiz lobster yang ditawarkan adalah berbeza. Jika anda mahukan yang lebih besar, anda boleh saja dapatkan maklumat harga dari pelayan di sana. Mereka juga ada menawarkan lobster rolls iaitu sejenis sandwich lobster yang datang dalam 3 perasa. Jadi, jom la cuba Burger & Lobster.
Alamat: Lot SA – T2 – 13, Level 1, SkyAvenue, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang
Waktu Operasi: Isnin-Khamis (12pm-10pm) | Jumaat (12pm-12am) | Sabtu (11am-12am) | Ahad (11am-10pm)
6. Nok Sokmo Genting Tom Yam
Nok Sokmo Genting Tom Yam ialah sebuah restoran yang menyediakan masakan seharian bagi pengunjung. Kiranya, jika anda sedang bercuti di sini, dan mahukan makanan comfort food, di sinilah anda akan mendapatkannya. Kedai simple dan selesa ini memang sering dikunjungi ramai.
Menu utama mereka merupakan nasi putih bersama lauk Tom yam dan lauk-pauk pilihan lain seperti udang goreng tepung, ayam goreng kunyit, kerabu Maggi dan banyak lagi. Mereka turut menawarkan makanan lain seperti ayam percik, satay dan rojak buah. Sememangnya memudahkan semua jika berkunjung ke sini kerana ia serba lengkap untuk seisi keluarga.
Alamat: Avenue C-G-P21, Jalan Permai 2 Avenue, Ground Floor Genting Permai Avenue, 69000 Bentong, Pahang
Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari)
5. Tarbush Restaurant Genting Highlands
Sememangnya masakan Timur tengah atau masakan Arab Kian menjadi popular di kalangan penduduk tempatan. Sehinggakan Di Genting Highlands juga terdapat sebuah restoran Arab iaitu Tarbush Restaurant. Restoran ini terletak di Awana Skyway Station dan mempunyai hiasan dan rekaan yang menekankan nilai estetika budaya Timur tengah.
Makanan yang dihidangkan bersama pemandangan yang hebat, adalah makanan Arab yang sudah menjadi kegemaran ramai seperti nasi mandy, nasi kabsah dan nasi beriyani. Setiap nasi ini boleh dipilih antara ayam dan kambing.
Appetizer Arab seperti hummus dan laziz juga ditawarkan di sini dan boleh dinikmati bersama roti yang dibakar segar. Untuk melengkapkan lagi pengalaman makan anda di sini, jangan lupa untuk memesan teh Arabic juga.
Alamat: Lot no.2-12 of level, Awana Skyway Station, Genting Highlands Resort, 69000 Genting Highlands
Waktu Operasi: 10am-10pm (setiap hari)
4. Aladdin Kitchen Cafe
Aladdin Kitchen Cafe menyediakan pelbagai hidangan dari makanan tempatan hingga ke masakan western. Sering menjadi port lepak atau tempat berkumpul di Genting Highlands kerana ia dibuka hingga 12am. Restoran ini simple dan santai.
Menu utama mereka merupakan makanan western seperti chicken chop dan fish and chips. Tetapi anda juga boleh mendapatkan makanan masakan tempatan seperti nasi lemak dan goreng-goreng. Mereka juga turut menyediakan lok-lok yang merupakan sejenis makanan steamboat atau Yong tau foo. Pastikan anda datang ke Aladdin Kitchen Cafe bila berkunjung ke Genting Highlands.
Alamat: 69000 Genting Highlands, Pahang
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (12pm-12am) | Sabtu & Ahad (9am-12am)
3. Five Guys
Bagi yang memang sukakan burger, anda perlu mencuba Five Guys yang terletak di SkyAvenue, Genting. Restoran ala American Diner ini akan memberikan anda pengalaman makan dalam suasana retro.
Makanan yang diketengahkan di sini ialah makanan yang cukup sinonim dengan rakyat negara USA seperti burger, hot dog dan grilled cheese sandwich. Yang istimewa tentang burger di sini ialah patti daging yang mereka sediakan sendiri. Jadi, rasanya memang cukup unik dan sedap. Diner Amerika tidak akan lengkap tanpa milkshake jadi anda juga boleh mendapatkan milkshake di sini. Menu yang straightforward, ringkas dan padat, anda perlu cuba sendiri.
Alamat: Lot SA – T2A – 25, SkyAvenue, 69000 Genting Highlands, Pahang
Waktu Operasi: 11am-10pm (setiap hari)
2. Absolute Thai
Kedai makan Absolute Thai sememangnya sudah cukup dikenali ramai. Di Genting Highlands, cawangannya terletak di SkyAvenue dan juga Genting Premium Outlet. Cari saja papan tanda ikonik berwarna hitam mereka.
Makanan Di absolute Thai mengetengahkan masakan Thailand. Namun, sejujurnya ia tidak begitu berbeza dari kebiasaan kita. Nasi putih bersama Tom yam dan lauk-pauk pilihan lain merupakan antara masakan yang sering digemari kerana ia cukup sama dengan budaya kita. Mereka turut menyediakan masakan lain seperti Kari Hijau, kerabu mangga, ayam pandan dan macam-macam lagi. Jangan lupa untuk ke Absolute Thai jika anda ke sini.
Alamat: Suite 1100 & 1102, Premium Outlets (GHPO, 69000 Genting Highlands, Pahang
1. Santai Yamch’a Dim Sum
Siapa di sini meminati masakan Dim Sum? Di Genting, anda boleh mendapatkan dim sum du Santai Yamcha Dim Sum. Restoran ini terletak di Genting Premium Outlet. Jadi selepas puas bershopping, boleh lah anda rehat dan santai sebentar di sini. Suasananya pon sangat selesa.
Masakan dim sum yang sinonim dengan masyarakat Cina kini makin popular dengan pembukaan kediai dim sum halal di serata negara. Custard lava dim sum mereka yang diperbuat dalam bentuk comel berupa anak ayam, memang menjadi kegemaran ramai. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan makanan lain seperti Nyonya style chicken rice, sticky honey chicken, Wantan dan banyak lagi. Pastikan anda singgah ke Santai Yamcha Dim Sum bila sampai ke Genting Highlands.
Alamat: Lot 1508, Low Street, Genting Premium Outlets, 69000 Genting Highlands, Pahang
Waktu Operasi: 10am-8pm (setiap hari)
Itu dia 11 tempat makan menarik di Genting Highlands. Ternyata Genting Highlands bukan saja tempat yang menjanjikan hiburan dan memori, ia juga menjanjikan makanan dan kedai makan menarik. Apa lagi, jom ke Genting! Selamat menjamu selera!