Bila disebut Johor Darul Takzim semestinya akan terpacul dimulut perkataan JDT bukan?  Terutamanya bagi peminat bola sepak tempatan. JDT sudah lama terpahat di hati rakyat Johor mahupun rakyat diseluruh Malaysia sebagai satu pasukan yang mantap dan licik dalam arena bola sepak.

Namun begitu, selain dari kehebatan pasukan biola sepak Johor darul takzim juga terkenal sebagai sebuah negeri yang maju dan kian pesat membangun dari segi ekonomi, pembangunan dan juga sebgai pusat pelancongan yang top di Malaysia.

Dengan keindahan gugusan pulau yang terjaga rapi kelestariannya, pantai-pantai yang bersih lagi membiru serta kaya dengan keunikan budaya dan adat tempatan sudah pasti Johor menjadi salah satu lokasi perlancongan idaman para anak watan mahupun pelacong- dari luar negara.

Selain itu juga, bagi penggemar makanan, Johor Darul Takzim sudah pasti tersenarai sebagai lokasi makanan menarik yang wajib untuk dilewati dan diterokai. Jika anda sedang mecari lokasi makanan yang unik, asli dan traditional disekitar JB? Teruskan membaca senarai 37 tempat makan menarik di Johor Bahru yang terbaik untuk dicuba bersama rakan-rakan, keluarga mahupun insan istimewa.

37. Bigdaddy’s Family Cafe & BarberShop

Bigdaddy's Family Cafe & BarberShop - Gambar Restoran
Sumber: Big Daddy’s Cafe

Bigdaddy’s Family Cafe & BarberShop menawarkan pelbagai jenis hidangan yang mengiurkan dan mengenyangkan.

Kedai ini memang sesuai sekali untuk anda singgah sekiranya perut menggerodak kelaparan, ini kerana anda boleh memilih daripada 10 jenis dulang hidangan yang lebih dari cukup untuk dinikmati oleh 3 – 5 orang. Antaranya adalah dulang western, dulang nasi goreng seafood, dulang nasi kambing bakar, dulang shell out dan banyak lagi.

Bigdaddy's Family Cafe & BarberShop - Gambar Makanan
Sumber: JBorn Cafe & Bistro – Kg Melayu

Selain itu, mereka turut menawarkan menu menarik yang lain seperti ikan patin tempoyak, sotong bakar, masakan ikan siakap, ikan talapia, ikan keli dan banyak lagi. Setelah puas menikmati semua makanan berat ni, anda boleh mencuci mulut dengan cendol.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No 28 Jln Padi Emas 6/1 Bandar Baru uda Johor Bahru
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (12.00 am – 12.00 pm) | Jumaat – Ahad (2.00 pm – 2.00 am)

36. Foodtrip

Foodtrip Johor - Gambar Restoran
Sumber: Poonkerz

Kelaparan yang tak terhingga selepas puas makan angin di sekitar Johor Bahru? Anda pasti tak akan kecewa bila menjamu selera di Foodtrip, saiz hidangannya cukup mengenyangkan!

Foodtrip Johor Bahru - Gambar Makanan
Sumber: Foodtrip

Foodtrip menyajikan pelbagai jenis makanan western yang menyelerakan seperti cheezy waterfall, grilled chicken, double-smashed lamb, nutella pretzel, spaghetti dan banyak lagi. Antara minuman yang menarik untuk dicuba adalah Nutella milkshake, red velvet milkshake dan lain-lain lagi.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat:  30, Jalan Adda Utama, Taman Adda Height, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (4.00 pm – 11.00 pm) | Isnin (Tutup)

35. Shells N Fins

Shells N Fins - Gambar Restoran
Sumber: Mohd Huzaifah

Shells N Fins adalah sebuah kedai makan seafood yang cukup selesa di mana anda dapat bersantap di dalam kedinginan aircond sambil mendengar alunan muzik yang santai. Perhiasan di kedai ini juga sangat menyejukkan pandangan mata iaitu mural lautan.

Baca: 49 Tempat Makan Menarik Di Melaka

Dah sampai di sini nanti, jangan buang masa lagi, cepat-cepat order antara hidangan terhangat mereka seperti kupang dan kepah masak sambal, kerang blackpepper dan juga lala masak cili padi.

Shells N Fins - Gambar-Makanan
Sumber: Shells N Fins

Selain hidangan ini, mereka turut menyediakan banyak lagi menu lain seperti sotong sambal petai, masakan ketam nipah atau ketam bunga dan udang masak butter. Sebagai pencuci mulut, Shells N Fins menawarkan koktel ais krim, ais krim goreng dan juga triple sundae.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot 9, Jalan Padi Emas 1/8 (Trigon) Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Waktu Operasi: Isnin & Jumaat (3.00 pm – 11.00 pm) | Selasa – Ahad Kecuali Jumaat (12.00 pm – 11.00 pm)

34. The Pinggan Cafe Johor Bahru

The Pinggan Cafe Johor - Gambar Restoran
Sumber: SC

The Pinggan Cafe Johor Bahru adalah sebuah kafe yang cukup selesa untuk dilawati bersama keluarga.

Kalau anda nak tahu, kafe ini bukan sahaja lengkap dengan surau tapi juga bilik permainan untuk kanak-kanak. Selain itu, kafe ini juga luas dan lapang untuk keselesaan pelanggan yang datang bersama keluarga.

Kafe ini bukan sahaja selesa dan serba lengkap dengan pelbagai fasiliti, tapi juga menyediakan pelbagai hidangan menarik yang dihasilkan dengan penuh kepakaran. Antara masakan yang menjadi pilihan ramai pelanggan adalah seperti cheezy crispy chicken chop, nasi goreng kampung kambing, volcanic burger, mee bandung, grill chicken hamburger dan nachos cheese.

The Pinggan Cafe Johor - Gambar Makanan
Sumber: The Pinggan Cafe Johor Bahru

Nak lebih sebab untuk singgah ke sini? Anda boleh datang ke kedai pada hari jadi untuk menikmati diskaun sebanyak 10% daripada harga biasa. Hanya tunjukkan IC sebagai bukti. Dahlah sedap, kedai makannya pun selesa, dapat harga diskaun lagi, memang rugi kalau tak singgah makan di sini.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 9 Jalan Tampoi Susur 1, Johor Bahru 81200
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (4.30 pm – 11.30 pm) | Selasa (Tutup)

33. JBorn Cafe & Bistro – Kg Melayu

JBorn Cafe & Bistro Kg Melayu - Gambar Restoran
Sumber: Syaiful Isa

Menawarkan lebih daripada 40 jenis menu, antara pilihan yang akan dibentangkan di depan mata anda setibanya di café ini nanti adalah makanan seperti lasagna beef, tom yam Thai, monster beef burger, beef nachos, pulut mangga, nasi ayam, nasi kambing, mee bandung, lamb chop, cheezy fried chicken chop dan macam-macam lagi. Apa yang anda teringin nak makan? Masakan Thai? Melayu? Western? Semuanya ada di sini.

Bagaimana dengan kualiti layanan pelanggan di kedai ni? Cukup pantas walaupun sering dipenuhi orang ramai. Suasananya sebagai restoran terbuka juga menambahkan lagi keselesaan dan rasa santai.

JBorn Cafe & Bistro Kg Melayu - Gambar Makanan
Sumber: J BORN

Untuk penegtahuan anda, terdapat 3 cawangan Jborn Café & Bistro di sekitar Johor Bahru ni iaitu di Kempas, Kampung Melayu dan juga Taman Adda Heights.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat:  150, Jalan Tebrau Lama, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (5.00 pm – 12.30 am) | Isnin (Tutup)

32. Onn Kitchen

Onn Kitchen JB
Sumber: Onn Kitchen

Jika inginkan kelainan dalam menu makanan harian maka Onn Kitchen adalah jawapan paling yang tepat. Selain dari makanan tradisional seperti roti canai, lempeng sambal ikan bilis, lontong kering Onn Kitchen turut menyajikan para pelanggan dengan masakan ala-ala western untuk hidangan petang dan malam.

Bagi yang sudah biasa berkunjung ke Onn Kitchen nasi lemak sambal paru adalah anatara menu yang wajib dimakan dan rata-ratanya memuji masakan ini. Cukup lemak, pedas yang terasa dan sambal paru yang padu keenakannya. Memang layak untuk diberi 5 bintang lah!

Bukan itu sahaja, Onn Kitchen sudah tidak asing lagi dalam kalangan orang-orang JB kerana keunikan reka bentuk bangunannya dan kelazatan makanan yang disajikan. Selain itu, jika anda berkunjung ke sini pastinya akan tertarik dengan hiasan dan perabot kedai makan ini yang kebanyakannya mempunyai stail ala-ala hipster.

Susunan tempat makan dan juga perabot turut mesra pelanggan dan sangat sesuai untuk dikunjungi oleh seisi keluarga yang inginkan suasana santai.

📍 Alamat
Alamat: No 29-A, Jln Tarom, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru

31. Restoran Sayam

Restoran Sayam JB
Sumber: restoran sayam jb

Berita gembira buat semua penggemar masakan pedas original dari Thailand. Anda tak perlu susah-susah ke seberang semata-mata untuk merasai keenakan masakan Thai lagi.

Anda hanya perlu search dan waze sahaja Restoran Sayam, Johor Bharu. Kami pasti dan yakin Restoran Sayam adalah port yang terbaik buat anda semua dan sekali rasa pasti berkunjung lagi.

Sekiranya anda berkunjung ke sini, semua jenis masakan Thai dapat dijumpai. Order saja dan anda pasti takkan menyesal. Dan dalam banyak-banyak menu masakan Thai di restoran ini menu Siakap Stim Lemon adalah menu yang paling top dan laku keras.

Sudah pasti jika Siakap Stim Lemon ini digandingkan dengan Tomyam Chiangmai anda pasti teringat-ingat dan akan berkunjung lagi di masa akan datang.

Buat anda si penggemar masakan Thai jangan lupa untuk berkunjung ke Onn Kitchen. Pastikan restoran Onn Kitchen dimasukkan ke dalam senarai tempat makan yang wajib dicuba ketika berkunjung ke Johor Bharu.

📍 Alamat
Alamat: No 19, Jln Stulang Laut, Taman Stulang, 80300 Johor Bahru

30. Kacang Pool Haji

Kacang Pool Haji Johor
Sumber: Restoran Kacang Pool Haji

Jika anda berada atau merancang untuk ke Johor Bahru, Kacang Pool Haji adalah salah satu tempat makan di Johor Bahru yang wajib anda singgah dan rasai keunikan makanannya sendiri.

Kenapa unik? Kerana masakan yang terdapat di Restoran kacang Pool Haji tidak mungkin anda jumpai di kedai atau restoran lain. Ianya terletak di Medan Selera Larkin dan beroperasi dari 7pagi sehinggalah 1 pagi.

Baca: 11 Pulau Di Johor Yang Menarik

Bagi peminat kacang pool tegar, kami nasihatkan anda untuk berkunjung lebih awal kerana kemungkinan besar menu yang anda idamkan sudah habis atau kedai ini sudah tutup jika anda berkunjung selepas itu.

Bagi anda yang tidak pernah berkunjung ke sini lagi sudah pasti tertanya-tanya kenapa Kacang Pool Haji menjadi sebutan dan menjadi antara lokasi yang wajib dicuba bukan? Jom teruskan membaca kami akan senaraikan beberapa keunikan yang pasti membuka mata kalian.

# 1. Menu sarapan pagi yang ringkas dan lengkap

# 2. Goyangan telur masuk separuh yang menggoda

# 3. Makan satu pasti tak cukup!

# 4. Roti bakar tebal yang sungguh kena dengan kuah yang dihidangkan

# 5. Gabungan kuah kacang dan daging yang terbaik

# 6. Keunikan resepi kuah yang taka da di restoran lain

# 7. Terdapat banyak menu lain yang boleh dicuba

📍 Alamat
Alamat: Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor

29. Kopi Keju

Kopi Keju JB
Sumber: Kopikeju

Kepingan pisang goreng yang ditabur cheese yang meleleh, di tambah pula dengan uraian coklat cair yang memikat serta beberapa lagi jenis topping yang dapat di tambah merupakan daya penarik utama di kopi keju. Bagi peminat pisang goreng cheese inilah port yang wajib anda singgah.

Walaupun fenomena pisang goreng sudah lama berlalu Kopi Keju tetap memilih untuk setia memasarkan dan mengetengahkan pisang goreng cheese dek permintaan yang begitu baik dari pelanggan JB mahupun pelanggan dari luar.

Cukup dengan hanya melihat gambar menu utama di Kopi keju membuat pencinta cheese ketar lutut untuk ke sana. Jadi tunggu apa lagi? Jom kita ke Kopi Keju sekarang!

📍 Alamat
Alamat: 34, Jalan Nibong 17, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor

28. Haji Wahid Mee Rebus

Haji Wahid Mee Rebus
Sumber: haji wahid mee rebus jb

Setiap negeri pasti akan ada tempat atau lokasi “legend”nya yang tersendiri. Sebut saja Haji Wahid Mee Rebus sudah pasti rakyat JB mengenalinya.

Kelegendaannya sering  dikatakan oleh penduduk setempat kerana sejarah penubuhan kedai ini bermula dari tahun 1918 lagi oleh Pak Baidali. Dan kemudiaannya perniagaan ini diteruskan oleh anaknya Haji Wahid tersebut pada tahun 1938. Jika dihitung kedai ini sudah beroperasi kira-kira 101 tahun. Wah sememangnya cukup legend kedai ini!

Keaslian resepi turun-temurun yang digunakan oleh mereka menjadi daya penarik utama pelanggan ke kedai ini. Bagi peminat masakan melayu asli inilah tempat yang sesuai untuk anda.

📍 Alamat
Alamat: L1.2 Plaza Angsana, Pusat Bandar Tampoi, 81200, Johor Bahru, Johor

27. Murtabak Majid Special Cheese No.1

Murtabak Majid Special Cheese No1 Johor Bahru
Sumber: Murtabak Majid Special Cheese No1

Jika anda ingin rasa Murtabak lain dari yang lain maka Murtabak Majid Special Cheese No.1 di JB adalah lokasi yang perlu anda terjah. Murtabak yang dihidangkan di sini bukan seperti murtabak  normal yang dijual di pasar-pasar malam di luar sana.

Apa yang menariknya di sini murtabak ini dimasak bersama cheese yang membukit. Bayangkan saja disetiap gigitan dan kunyahan ada cheese yang meleleh keluar dari murtabak special ini. Cukup rasa dan tidak memuakkan. Cukup menggiurkan bukan?
Tunggu apa lagi jom kita terjah Murtabak Majid Special Cheese No.1.

📍 Alamat
Alamat: No. 38, Lot 5581, Jln Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru

26. Village Briyani Café

Village Briyani Café JB
Sumber: Village Briyani Café

JB bukannya hanya terkenal dengan masakan melayu sahaja tetapi juga terkenal dengan masakan Indian yang autentik. Bagi peminat masakan mamak Village Briyani Café adalah tempat yang terbaik untuk dicuba.

Village Briyani Café menjanjikan pelbagai variasi biryani yang sedap untuk dinikmati sepuasnya dan antara biryani yang ada di sini adalah briyani udang, biryani kambing dan juga biryani ayam. Antara pelbagai menu briyani yang disediakan, briyani udang merupakan menu yang terlaris dan paling digemari oleh para pelanggan.

📍 Alamat
Alamat: 15, Jalan Tun Abdul Razak 1/1, Wadi Hana, 80000 Johor Bahru, Johor

25. Bubur Nasi Istimewa No.1

Bubur Nasi Istimewa No.1 JB
Sumber: Bubur No 1 Sentosa, JB

Bubur Nasi Istimewa No.1 merupakan kedai bubur nasi yang famous di sini. Bubur nasi yang dihidangkan di sini bukanlah sekadar bubur nasi biasa. Bahkan ia dihidang dengan pelbagai jenis lauk seperti kangkung goreng belacan, ikan bilis goreng, telur masin dan banyak lagi.

Keenakan hidangan bubur nasi disini memang tiada tolak bandingnya. Ingat pepatah orang putih “Do not judge a book by its cover ok!” . Cuba dulu dan rasai kelazatannya.

📍 Alamat
Alamat: 91, Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor

24. Warong Saga

Warong Saga JB
Sumber: Warung Saga (since 1986)

Warong saga adalah antara kedai yang wajib dicuba ketika berkunjung di JB. Keunikan masakan menu yang dihidangkan memainkan peranan yang penting kenapa ia harus di singgah. Antara semua sajian yang disediakan di restoran ini yang paling wajib anda perlu cuba adalah tauhu gorengnya. Boleh dikatakan menu yang berada dalam carta teratas berbanding menu-menu yang lain.

Selain itu, lontong kering dan laksa Johor antara menu lain yang boleh dicuba. Kami yakin anda pasti sukakannya.

📍 Alamat
Alamat: 5, Jalan Mahmoodiah, Kampung Mahmoddiah, 80100 Johor Bahru, Johor

23. Restoran ZZ Sup Tulang

Restoran ZZ Sup Tulang
Sumber: Restoran ZZ Sup Tulang

Anda seorang penggemar sup tulang? Ataupun sup gearbox? Jika ya, Restoran ZZ Sup Tulang adalah lokasi pilihan yang anda perlu cuba.

Sup yang pekat dengan rempah ratusnya serta daging yang empuk antara sebab utama restoran ini menempa nama di hati para pelanggan. Selain itu, lokasi restoran yang strategik yang berkonsepkan nature atau alam semulajadi menjadikan ia pilihan utama keluarga yang sukakan suasana nyaman dan santai.

Antara menu lain yang boleh didapati di restoran ini adalah mi rebus, mi soto, bubur, tom yam, dan laksa. Kesemuanya dijamin terbaik dan enak-enak belaka.

📍 Alamat
Alamat: 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

22. Roslin Beriani House

Roslin Beriani House JB
Sumber: Roslin Beriani House

Jika anda berkunjung ke Johor dan tidak menikmati beriani gam di Restoran Beriani House maka anda teramatlah rugi dan sudah melakukan kesilapan yang besar! Roslin Beriani House antara pemula kepada beriani gam dan semua jenis masakan yang dihidang di sini teramat sedap.

Nasi beriani yang lembut dihidangkan bersama kari ayam, daging mahupun kambing pekat sudah pasti membuatkan anda terpejam mata ketika menikmatinya. Senang kata semua hidangan di sini memang umphhh!!!

Bukan itu saja, hidangan yang lazat dengan harga yang berpatutan antara sebab utama kenapa kedai ini menjadi pilihan pelanggan. Jika anda teringin mencuba beriani gam yang terbaik kualitinya, apakata singgah saja di Restoran Beriani House.

📍 Alamat
Alamat: 14, Jalan Rebana, Taman Perbadanan Islam, 80250 Johor Bahru, Johor

21. Kapten Steamboat & Grill

Kapten Steamboat & Grill JB
Sumber: Kapten Steamboat & Grill JB

Kapten Steamboat & Grill merupakan pilihan bagi anda yang gemarkan makanan bergrill dan steamboat dalam suasana yang relaks dan santai bersama keluarga dan rakan-rakan.  Restoran yang bercirikan tema inggeris ini sememangnya menaikkan lagi mood dan suasana nyaman ketika menikmati juadah yang dihidangkan.

Selain itu, kemudahan yang disediakan seperti ruangan solat dan tempat khas untuk anak-anak kecil bermain memudahkan lagi pelanggan ketika berkunjung ke sini.

Jika ditanya kenapa memilih Kapten Steamboat & Grill? Jawapannnya adalah hidangan disini tidak dinafikan keenakannya dan makanan laut yang disediakan juga segar-segar belaka dengan kadar harga yang sangat berpatutan. Tambahan pula, terdapat menu lain seperti mee, nasi dan banyak lagi untuk dijamah. Tentunya berbaloi untuk berkunjung ke sini.

📍 Alamat
Alamat: Jalan Tun Abdul Razak (Susur 6), Taman Suria Muafakat, 81200 Johor Bahru, Johor

20. Banafee Village

Banafee Village JB
Sumber: Banafee Village

Teringin nak rasa nasi ayam penyet asli yang pedas seperti ayam penyet dari Negara seberang? Jangan risau kerana di Banafee Village hidangan ini akan anda nikmati dengan syoknya!

Aroma yang memikat, ayam yang digoreng rangup serta sambal dan sup yang seimbang antara kunci utama mengapa nasi ayam penyet ini menjadi kegilaan dan pilihan ramai. Cukup dengan sepinggan hidangan anda akan terasa seperti menikmati ayam penyet asli dari perkampungan Jawa.

Bukan hanya nasi ayam penyet yang menjadi pilihan pelanggan bahkan Nasi Padang, Ikan Bakar & Sup Tulang Merah juga turut menjadi kegemaran ramai.

📍 Alamat
Alamat: 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor

19. IT Roo Café

IT Roo Café
Sumber: IT Roo Café

Slogan ‘The best chicken chop in town’ yang digunakan oleh IT Roo Café sangat kena dengan hidangan chicken chop yang dihidang di sini. Sangat special! Dijamin sedap dan terbaik di antara yang terbaik! Bagi penggemar western food IT Roo Café adalah restoran yang wajib anda terjah dan terokai.

Di samping Chicken Chop, makanan Barat lain seperti Chicken Grill, Lamb Chop, Spaghetti, Meatball special juga dapat dinikmati di IT Too Cafe. Bukan itu saja, selain daripada makanan Barat, terdapat banyak sajian ala Cina seperi Cantonese Kuey Teow yang turut dijadikan pilihan ramai pengunjung disini. Pendek kata, makanan barat dan cina di sini cukup menggiurkan dan memikat hati para pengunjung.

📍 Alamat
Alamat: No. 17, Jln Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

18. The Dreamliner Airways Café

The Dreamliner Airways Café
Sumber: The Dreamliner Airways CAFÉ

Teringin untuk mencuba makanan barat yang berkonsepkan ala-ala di awangan? Dan berangan-angan seperti menikmati hidangan di dalam kapal terbang? Jangan risau, restoran berkonsepkan di atas awan sebegini sememangnya wujud! Berkunjung saja ke The Dreamliner Airways Café dan angan-angan anda pasti tercapai.

Di sini anda boleh menikmati makanan barat seperti Chicken chop, chicken grill, lamb chop dan sebagainya. Selain itu makanan timur turut disajikan disini sememangnya kena dengan selera dan tekak orang melayu seperti kita.

📍 Alamat
Alamat: 7, Jalan Harmonium 35/1, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

17. Cookies & Ginger

Cookies & Ginger JB
Sumber: Cookies & Ginger Restaurant

Sebut saja tentang Nanchos, sudah pasti ramai yang terbayangkan kerangupan makanan mexico yang menghidangkan tortilla chips yang dibanjiri dengan sos keju yang meleleh bukan?

Di Cookies & Ginger menu Nanchos adalah antara menu pilihan utama dan tersenarai sebagai menu yang wajib dicuba ketika berkunjung ke sini. Selain Nanchos terdapat juga menu makanan barat lain yang boleh dicuba seperti Rib Eye Steak, Spaghetti Aglio Olio dan Lamb Shoulder.

📍 Alamat
Alamat: 107, Jln Adda 3/1, Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor

16. Restoran Anjung Tokoh

Restoran Anjung Tokoh
Sumber: Anjung Tokoh

Restoran Anjung Tokoh adalah tempat yang diminati dan menjadi pilihan orang muda-mudi yang sukakan suasana santai untuk melepak bersama rakan-rakan. Susun atur tempat makan yang kemas dan ruang makan yang selesa antara faktor utama mengapa ia menjadi pilihan ramai.

Berkonsepkan makanan barat sebagai menu utama, Anjung Tokoh mengorat jauh dengan mempertaruhkan menu seperti Aglio Olio, Chicken Chop dan Burger Banjir sebagai daya penarik untuk memikat hati para pengunjung.

📍 Alamat
Alamat: Dato’ Jaafar Building, Jalan Yahya Aldatar, Johor, Malaysia, 80400

15. Smokey Kuey Teow

Smokey Kuey Teow
Sumber: Smokey Kuey Teow

Hello para penggemar Char Kuey Teow sekalian! Inginkan Char Kuey Teow lain dari yang lain? Nak request Char Kuey Teow samada basah atau kering? Sudah semestinya Somey Kuey Teow adalah pilihan kedai yang terbaik buat anda.

Di sini rata-rata pengunjung setia mengatakan Char Kuey Teow yang dihidangkan adalah berbeza dengan Char Kuey Teow Penang. Rasa, teksture hidangan dan persembahan memang lain lah. Tapi apa yang lainnya?

Di Smokey Kuey Teow, mereka lebih mengutamakan rasa melayu dalam hidangan mereka jadi Char Kuey Teow yang dimasak di sini adalah versi Kampung Melayu punya style. Menarik bukan?

Bukan itu saja, anda juga boleh request Char Kuey Teow mengikut citarasa anda samada dimasak kering atau basah dan terdapat lebih 3 lauk yang disediakan iaitu udang, kerang dan ayam. Dan yang istimewanya disini anda boleh merasai semua jenis lauk dalam sepinggan dengan menempah Char Kuey Teow Special.

📍 Alamat
Alamat: no, 12, Lorong Mutiara, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor

14. Sedap Corner

Sedap Corner JB
Sumber: Sedap Corner

Sedap Corner adalah antara kedai legend yang terdapat di Johor Bharu. Ia cukup lama bertahan dalam arena bidang masakan iaitu kira-kira 32 tahun lamanya. Tidak keterlaluan rasanya untuk katakan rahsia utama kedai ini bertahan sehingga kini kerana hidangan yang dihidangkan sedap-sedap belaka. Sesedap nama Sedap Corner.

Sebut saja nama restoran Sedap Corner pasti anda terbayang-bayang menu yang disediakan semuanya sedap. Boleh kecur air liur bila teringat kesedapan masakan di Sedap Corner.

Antara menu yang boleh didapati di sini ialah Pandan Chicken, Ikan Pari Bakar dan Kuey Teow. Walaupun nama makanan yang terdapat di menu kedengaran biasa sahaja, namun selepas dicuba sememangnya luar biasa, anda pasti menyukainya!

📍 Alamat
Alamat: No. 11, Jln Abdul Samad, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

13. Asam Pedas Botak

Asam Pedas Botak JB
Sumber: EJ Hafizan

Jika anda penggemar makanan pedas dan berempah sudah pastinya asam pedas adalah makanan pertama yang akan dicari apabila singgah atau bercuti di Johor. Asam pedas sangat sinonim dikaitkan sebagai masakan utama di pantai barat terutamanya di Johor.  Parit Jawa serta Kota Laksamana adalah lokasi yang kebiasaannya menjadi tempat persinggahan para peminat asam pedas kerana keaslian dan kelazatan masakannya.

Untuk Asam Pedas yang terbaik di JB pula, Restoran Asam Pedas Botak ini sudah menjadi bualan para pelancong dan anak watan JB kerana sajian asam pedas mereka hidangkan sememangnya terbaik dan lazat.

Tambahan pula kepekatan kuah asam pedas dan rasa rempah yang cukup.Pendek kata, sajian asam pedas di sini sememangnya umphhh dan terbaik di antara yang terbaik. Bukan itu saja ikan yang digunakan dalam masakan adalah ikan segar dari laut.

Tentu akan membangkitkan aroma asam pedas yang padu. Apa yang lebih menarik adalah asam pedas ini akan dihidangkan dengan lauk ikan goreng crispy. Sudah pastinya anda sudah terbayang-bayang kerangupan ikan goreng bersama sepinggan asam pedas yang pekat. Memang padu dan terangkat rasanya!

Di samping itu, selain dari asam pedas terdapat juga menu lain yang wajib dicuba ketika berkunjung di restoran iaitu nasi ayam penyet.

📍 Alamat
Alamat: 142, Jalan Lumba Kuda, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor

12. Cupchai Cafe & Resto

Cupchai Cafe & Resto
Sumber: Cupchai Cafe & Resto

Apabila kita melancong ke tempat orang sudah pasti restoran atau tempat yang unik serta menarik akan menjadi pilihan kita bukan? Apa kata apabila ke Johor Bharu, jom singgah sebentar di Cupchai Café & Resto.

Cupchai Café & Resto adalah satu nama yang cukup unik bila disebut seunik dekorasi yang diketengahkan. Menggunakan konsep dekorasi ala-ala hipster tanpa mengetepikan elemen Melayu, Cupchai Café & Resto mula mendapat perhatian para pengunjung lebih-lebih lagi para pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar.

Menu masakan Melayu dan makanan barat yang ada di sini sememangnya memenuhi citarasa. Cukup sedap, cukup rasa dan yang menariknya masakan-masakan di sini amat sesuai untuk makan pagi, petang dan malam. Jika anda inginkan masakan melayu, kacang pool yang dihidangkan bersama roti bakar atau roti titab, nasi kukus ayam berempah serta Mee Rebus adalah menu yang boleh dicuba.

jika anda ingin mencuba makanan Barat pula, sajian seperti Spaghetti Bolognese atau Fetuccini Carbonara pasti dapat memuaskan hati. Lihat gambar saja di atas cukup menggiurkan dan pasti rugi sekiranya anda ke sini tetapi tidak  mencuba semua menu yang disediakan.

📍 Alamat
Alamat: 23 Jalan Padi Emas 1/4, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

11. Tapah Corner

Tapah Corner JB
Sumber: Restaurant Tapah Corner

Apabila dalam trip melancong atau berkunjung ke tempat orang sudah pasti kita inginkan semua kerja jadi cepat, senang dan mudah termasuklah jadual makan dan lain-lain. Tapah Corner adalah lokasi yang sangat sesuai untuk anda yang sukakan sesuatu yang ringkas untuk sarapan pagi.

Pilihan menu ringkas yang disediakan seperti nasi lemak, roti canai dan banyak lagi sememangnya memenuhi citarasa mereka yang sukakan sarapan pagi yang santai dan ringkas.

Yang penting di sini juga terdapat pelbagai variasi menu. Deretan gerai-gerai kecil yang menjual mee rebus, bakso dan sebagainya lagi memberikan lebih banyak pilihan dan kemudahan buat pengunjung ke sini.

Maka tak hairan bayak pengunjung yang datang ke restoran ini adalah warga penduduk Johor Bahru sendiri dan juga Singapura yang sanggup turun ke sini untuk menikmati sarapan dan juga makan tengahari di Tapah Corner.

📍 Alamat
Alamat: 1, Jalan Ketam, Taman Suria, 81100 Johor Bahru, Johor

10. Restoran Sri Bayu Perdana

Restoran Sri Bayu Perdana
Sumber: Restoran Sri Bayu Perdana

Restoran Sri Bayu Perdana merupakan port pilihan untuk makan tengah hari kebanyakan penduduk Johor Bharu. Beraneka jenis lauk pauk dan ulam ulaman menjadi menu utama di sini. Bagi mereka yang jenis perut melayu, Restoran Sri Bayu Perdana adalah pilihan yang tepat buat anda.

Restoran ini terletak di kawasan Larkin Perdana dan apa yang menariknya di sini juadah yang disediakan tersangatlah banyak. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Boleh rambang mata dibuatnya. Dari yang bergoreng, bakar, kukus, semualah ada. Ikan, ayam, daging, sayur-sayuran dan ulam  sambal belacan. Pendek kata memang berseleralah!

Bilangan pelanggan di restoran ini sentiasa ramai. Jadi kalau nak datang sini makan tengah hari lebih baik datang awal dalam pukul 12 ke, sebab kebisaannya lauk pauk cepat habis. Jangan lepaskan peluang tau. Jom serbu Restoran Sri Bayu Perdana nanti!

📍 Alamat
Alamat: 13, Susur Dewata 1, Taman Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru, Johor

9. Meletop Steamboat & Grill

Meletop Steamboat & Grill JB
Sumber: Meletop Steamboat & Grill JOHOR

Meletop Steamboat & Grill adalah tempat makan yang best, murah dan semestinya paling meletop di Johor Bahru. Agak-agak anda lah kenapa nama meletop dipilih ya? Adakah reka bentuk kedai yang meletop atau harga hidangan yang meletop? Atau perut anda yang bakal meletop di sini nanti?

Dengan kadar harga makanan yang murah dan berpatutan, siap ada harga istimewa lagi untuk warga emas serta pelbagai jenis lauk pauk, dessert dan makanan ringan disediakan di sini. Ada kemungkinan perut anda bakal meletop di sini nanti hihi. Jadi, bagi penggemar steamboat, Meletop Steamboat & Grill perlu anda terjah nanti!

📍 Alamat
Alamat: 2, Jalan Enau 11, Taman Teratai, 81110 Johor Bahru, Johor

8. Warung Boyan

Warung Boyan JB
Sumber: warung boyan jb

Berkunjung ke Johor Bahru adalah kurang lengkap bila tidak singgah di Warung Boyan yang letak di Jalan Pujaan, Larkin. Terkenal dengan menu Bakso kuburan cina Warung Boyan mula dipenuhi dengan pengunjung bermula dari jam 7.00 pagi bagi menikmati bakso resepi asli dari Indonesia.

Selain itu juga, di sini juga terdapat menu-menu lain seperti sate, nasi campur, rojak dan yang paling penting anda juga boleh menikmati nasi rawon yang mungkin sukar untuk ditemui di kedai atau restoran lain.

📍 Alamat
Alamat: Jalan Pujaan, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor

7. Selera Senibong Seafood

Selera Senibong Seafood JB
Sumber: Anjung Senibong

Jika anda berkunjung ke Johor dalam kumpulan yang besar ataupun family trip dan inginkan lokasi makan malam yang selesa, luas dan berpemandangan yang indah. Maka Selera Senibong Seafood adalah lokasi yang sesuai untuk anda semua.

Selain itu juga, bagi pasangan yang sedang berbulan madu kami mengesyorkan anda untuk makan malam di sini kerana lokasi restoran ini yang menghadap laut membuatkan makan malam anda serba indah dan romantis. Kami yakin anda bakal mengingati momen-momen anda bersama pasangan di sini.

Di Selera Senibong Food , makanan laut yang segar, murah dan boleh dipilih oleh pelanggan untuk dimasak mengikut citarasa sendiri adalah penguat atau daya penarik utama restoran ini sentiasa dipenuhi oleh orang ramai.

📍 Alamat
Alamat: Permas Jaya, 81750 Masai, Johor

6. Al Mizan Satay House

Al Mizan Satay House
Sumber: Al Mizan Satay House

Jika anda pencinta Satay yang setia, bolehlah anda berkunjung ke Almizan Satay House yang boleh dijumpai di Uda Business Centre, Bandar Baru Uda. Populariti sate di sini sememangnya tak dapat dinafikan lagi dan cukup terkenal di JB.

Ramai yang memberi maklum balas atau feedback yang cukup positif untuk semua masakan di sini. Sate yang terasa rempah perapannya, daging yang lembut serta rasa kuah kacang yang pekat dan memikat inilah yang menarik orang ramai untuk terus berkunjung ke sini. Jika anda sudah muak dengan sate ayam dan daging, apakata kali ini singgah di Al Mizan Satay House dan rasai sate arnab pula.

📍 Alamat
Alamat: 1, Jalan Kenangan, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor

5. Cats Café

Cats Café JB
Sumber: CATS Cafe JB – Cats At Their Sanctuary

Kafe Kucing. Satu nama yang cukup asing tetapi unik. CATS Café di Johor Bahru sudah tidak asing lagi bagi rakyat di sana walaupun ia kafe kucing pertama yang dibuka di negeri itu.

Bercirikan café haiwan yang mesra pelanggan serta menampilkan dekorasi yang berkonsepkan alam semulajadi membuatkan café ini sentiasa penuh dan sering dikunjungi oleh para pencinta kucing dari awal pembukaannya lagi.

Cat Café yang terletak di Kampung Bharu ini bukanlah menjadi tumpuan pencinta kucing semata-mata. Tetapi iai turut menawarkan pelbagai makanan yang menarik yang sesuai dinikmati sambil melihat gelagat kucing bermain disekeliling anda. Menampilkan banyak makanan barat serta dekorasi restoran yang mewah serta selesa membuatkan waktu makan anda lebih selesa.

📍 Alamat
Alamat: 31A Jalan Abdul Samad Lorong 2C, Johor Bahru

4. Pisang Goreng Mawar

Pisang Goreng Mawar JB
Sumber: Nor Lila Juhari

Inginkan makan petang yang santai? Serta menu yang ringkas tetapi mengenyangkan sepanjang berada di Johor Bharu? Jika ditanyakan pada orang setempat, tentulah mereka akan mengesyorkan Pisang Goreng Mawar sebagai lokasi yang terbaik.

Kerangupan tepung pisang goreng dan dicicah pula dengan sambal kicap kami pasti anda tidak salah memilih tempat lagi.

Menu tradisional Johor seperti nasi ambeng, nasi botok, lontong kering serta laksa Johor turut mendapat sambutan yang baik dari para pengunjung. Jika anda belum pernah merasai keenakanan makanan tradisional Johor, maka gunakan kesempatan ini sebaiknya dengan mengunjungi Pisang Goreng Mawar.  Bukan itu saja, bagi mereka yang ingin menu ringkas anda boleh dapatkan nasi ayam, nasi lemak dan serta kuih muih sebagai menu santapan anda.

📍 Alamat
Alamat: Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor

3. Restoran Anisofea Asam Pedas Johor Asli

Restoran Anisofea Asam Pedas Johor Asli
Sumber: Restoran Anisofea Asam Pedas Johor Asli

Kebiasaannya asam pedas selalu dikaitkan dengan negeri Melaka mahupun Negeri Sembilan sampai ada yang terlupa bahawa Johor juga ada variasi masakan asam pedas yang tersendiri.

Dihidangkan secara panas-panas di dalam bekas claypot bersama ikan goreng yang rangup cukup membuka selera. Gabungan hidangan ini cukup memikat dan menggoda. Maka tak hairanlah kenapa asam pedas di Restoran Anisofea Asam Pedas Johor asli menjadi pilihan para pengunjung.

📍 Alamat
Alamat: No. G07 Block 4 Jln Mutiara Emas 9/3, Tmn Austin Boulevaed, 81100 Johor Bahru

2. Medan Selera Tepian Tebrau

medan selera tepian tebrau johor bahru
Sumber: Foursquare

Medan Selera Tepian Tebrau adalah antara tempat makan terbaik di sekitar Johor Bahru yang sangat disyorkan bagi mereka yang sukakan suasana makan yang meriah. Di sini cukup meriah sebagai medan selera yang panjang, meriah dengan pelbagai variasi makanan menarik yang boleh dicuba serta meriah dengan kehadiran orang ramai yang berkunjung tiba. Medan ini mula beroperasi dari pagi hingga ke lewat malam.

Bukan itu saja, medan ini memuatkan kira-kira berbelas slot kedai di mana setiap kedai menyediakan masakan mengikut kepakaran masing-masing. Ada yang menyediakan makanan barat, masakan melayu, masakan tempatan Johor Bahru dan banyak lagi.

📍 Alamat
Alamat: Straits View, 80200 Johor Bahru, Johor

1. Kafe Eat & Repeat Johor Bahru

Kafe Eat & Repeat Johor Bahru Image
Sumber: Eat & Repeat Cafe Johor Bahru

Pernah tak anda teringin untuk makan pelbagai jenis makanan tetapi dengan bajet yang ciput? Jika ya jom kita terjah Kafe Eat & Repeat Johor Bahru. Dengan hanya RM1.90 anda sudah mampu untuk mengisi perut dengan semangkuk lontong atau soto. Antara menu lain anda boleh cuba dengan bajet yang rendah adalah mee bandung, laksa putih, laksa utara, ayam paprik dan bermacam-macam lagi.

Menarik bukan? Bayangkan dengan hanya berbekalkan rm19.90 anda sudah mampu makan 10 jenis masakan yang terdapat di sana.

📍 Alamat
Alamat: Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Terlalu banyak tempat makan yang menarik di Johor Bahru yang boleh anda cuba dan terokai untuk mengisi perut pada waktu pagi, petang mahupun lewat malam ketika berkunjung ke Johor Bahru.

32 tempat makan menarik di Johor Bahru yang kami senaraikan ini adalah antara kedai atau restoran yang menjadi pilihan penduduk setempat serta pelancong dari luar. Dengan kadar harga yang berpatutan, pelbagai variasi makanan serta keaslian resepi yang digunakan di sini sudah pasti membuatkan anda teruja untuk singgah lagi di masa hadapan.

Untuk makluman anda, terdapat banyak lagi pilihan gerai dan restoran yang sedap di Johor Bahru namun kami tak dapat senaraikan semuanya di entri ini.

Baca: 56 Tempat Menarik Di Johor | Senarai Destinasi Terbaik

Akhir kata dari kami, rancanglah setiap perjalanan anda agar semua perancangan itu mampu dilaksanakan dengan baik dan teratur.