Siapa kata Kelantan bukan syurga makanan? Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang ini sememangnya terkenal dengan pelbagai adat dan tradisi yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek zaman yang menjadi amalan kebanggaan rakyat mereka.

Ini termasuklah pelbagai makanan tradisional yang masih dipertahankan kualiti dan kesedapannya sehingga ke hari ini. Makanan di Kelantan ini sememangnya unik dan kadang-kala jarang boleh didapati di tempat lain selain daripada di Kelantan sendiri. Jadi, disini kami kongsikan senarai 36 tempat makan menarik yang terdapat di Kelantan dan wajib dikunjungi sekiranya anda melancong ke Kelantan.

36. Kopitiam Kita

Kopitiam Kita RotiTitab Kelantan - Gambar Restoran

Sinonim dengan perkataan β€˜Kita’ yang terdapat pada nama restoran ini, pemilik Mr N.H.Wong ingin menampilkan konsep kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia yang dapat dipupuk melalui kunjungan pelanggan tanpa mengira bangsa untuk menikmati bersama sarapan pagi di restoran ini bagaikan sebuah keluarga besar.

Menu popular yang menjadi kegemaran pelanggan adalah Roti Tibab, idea cetusan pemilik restoran sendiri. Selain itu, restoran berkonsepkan layan diri ini turut menghidangkan nasi lemak, nasi air dingin, nasi tumpang dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional Kelantan yang dibuat terus daripada pembekal tempatan yang diyakini.

Baca:Β 53 Tempat Menarik Di Kelantan

Tambahan pula, restoran ini sering menjadi pilihan selebriti terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Lisa Surihani dan Yusri, pemain bola sepak antarabangsa dan ramai lagi untuk bersarapan dan potret gambar bersama mereka diabadikan sebagai hiasan restoran buat tatapan pengunjung.

Kopitiam Kita RotiTitab Kelantan - Gambar Makanan

Restoran ini dibuka seawal jam 7pagi hingga 1.30 tengah hari sahaja dan beroperasi setiap hari kecuali pada hari raya aidilfitri dan aidiladha. Pastinya tidak rugi untuk kita merasai sendiri pengalaman bersarapan pagi sambil mendengar hiruk piruk pelanggan tidak kira bangsa bersembang loghat Kelantan sambil menikmati juadah tempatan.

πŸ“ Alamat
Alamat: 4357-A Taman Desa Jaya Jalan Pengkalan Chepa 15400 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

35. Makette

Restoran Makette Kelantan - Gambar Restoran
Sumber: @makette.hq

Anda mencari kelainan untuk makan beramai-ramai? Apa kata Cuba steamboat & grill. Di Kelantan, anda boleh cuba restoran yang bernama Makette. Makette merupakan sebuah restoran steamboat & grill di Kota Bharu yang terkenal.

Berkonsepkan buffet, anda boleh memilih makanan yang anda mahu dan masak di dalam hot pot atau panggang di atas grill di meja anda. Restorannya selesa dan ruang makan indoor ini membuatkan anda lebih selesa sambil menjamu selera dan masak bersama keluarga anda.

Restoran Makette Kelantan - Gambar Makanan
Sumber: walynordin, Syaffiq Nawi, Pn. Rahayu Binti Abdullah, amilan matnor, Mohd Kamil

Buffet makanan yang mereka sediakan memang cukup lengkap dan bervariasi. Bayangkan jika ayam sahaja mempunyai lebih 5 jenis perapan. Ayam tomyam, ayam wasabi, ayam kunyit, dan lain-lain. Semuanya sangat menyelerakan dan boleh dimasak secara grill atau direbus Dalam hotpot Tom yam. Terdapat juga makanan laut seperti sotong, udang, ikan dan crabstick. Jika anda lebih gemarkan daging, Ada daging lembu dan daging kambing. Jangan lupa untuk lengkapkan hidangan anda dengan sayuran tau. Masak, makan dan bergembira bersama keluarga di Makette.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Pt 311,312,313 & 314 tingkat bawah,seksyen 22, Jalan Telipot, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: 5pm-8pm (setiap hari)

34. Lieniey Nasi Kerabu Tumis

Lieniey Nasi Kerabu Tumis - Gambar Restoran
Sumber: syahrulnizamprubsntakaful

Di negeri Kelantan, menu nasi kerabu adalah makanan yang paling digemari ramai. Sebenarnya ia merupakan sebuah hidangan sarapan pagi. Namun, ada saja yang makan nasi kerabu untuk makan tengah hari dan makan malam.

Di Kota Bharu, ada sebuah restoran yang membawakan kelainan dalam nasi kerabu iaitu Lieniey Nasi Kerabu Tumis. Restoran Lieniey ini nampak kecil dari luar tetapi sebenarnya luas apabila anda masuk ke dalam. Masuk-masuk saja, bau masakan nasi kerabu dan lauk-pauk mereka saja sudah memanggil-manggil.

Lieniey Nasi Kerabu Tumis - Gambar Makanan
Sumber: azhani abu bakar, Sharzilah Mohd Taib, Adi Harriman, Adi Harriman

Nasi kerabu di sini didatangkan dengan pelbagai sampingan seperti daging bakar, kambing bakar, ayam bakar dan macam-macam lagi. Namun yang paling istimewa di sini digelar nasi kerabu tumis. Jika anda lebih sukakan nasi dagang, jangan risau, mereka turut menyediakan nasi dagang Yang juga boleh dinikmati bersama sampingan pilihan. Jadi pastikan anda singgah ke Lieniey Nasi Kerabu Tumis apabila berkunjung ke Kota Bharu.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: 8am-2pm (setiap hari)

33. Warisan Nasi Kukus Kebun Sultan

Warisan Nasi Kukus Kebun Sultan Kelantan - Gambar Restoran
Sumber: Evelyn T

Warisan Nasi Kukus merupakan sebuah restoran nasi kukus yang mempunyai cawangan di serata negara. Jadi, tidak hairanlah mereka sudah terkenal. Namun, yang berada di Kelantan, hanya satu dan ia terletak di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu.

Kalau anda nak tahu, perniagaan nasi kukus ini telah bermula sejak tahun 1972 dan sehingga kini, ia bukan sahaja masih berniaga, malah ia semakin berkembang. Dengan gerai-gerai kecil dibuka di sekitar ibu kota dan Selangor, Warisan Nasi Kukus sudah menjadi jenama Nasi Kukus yang terkenal.

Warisan Nasi Kukus Kebun Sultan Kelantan - Gambar Makanan
Sumber: Tommy Khoo, kiao_ling, zafrimerican, joebundle

Lokasinya di Kota Bharu ini ialah sebuah restoran yang sangat menarik. Dengan warna merah signature mereka, anda pasti tidak terlepas dari terjumpa restoran ini. Di sini, anda tentu akan menggemari nasi kukus mereka. Tentunya nasi kukus di sini dihidang bersama ayam goreng berempah. Namun, anda juga boleh dapatkan sampingan tambahan lain seperti udang, ikan, sayur dan lain-lain. Anda juga perlu mencuba minuman istimewa mereka yang dipanggil teh beng Caramel. Pastikan anda mengambil peluang untuk merasai Warisan Nasi Kukus yang asli di Kebun Sultan.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 2, Jln Kebun Sultan, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: 4.30pm-10pm (setiap hari)

32. Suriani Nasi Kukus

Suriani Nasi Kukus Kelantan - Gambar Restoran
Sumber: Mohd Afiq

Sebuah lagi restoran nasi kukus yang terkenal di Kelantan ialah Suriani Nasi Kukus. Terletak di Kota Bharu, restoran ini juga menawarkan antara nasi kukus terbaik di Kelantan.

Restorannya luas dan selesa dengan ruang makan open air. Suasananya yang santai membuatkannya menjadi pilihan ramai untuk menjamu selera. Dengan penggunaan warna kuning sebagai tema restoran, tentunya ia memikat perhatian ramai. Apa lagi bile mereka terhidu aroma enak apabila lalu di kedai ini.

Suriani Nasi Kukus Kelantan - Gambar Makanan
Sumber: nurul hasnan ramli, tinakhairani, shamakemaros

Nasi kukus mereka dihidang bersama ayam goreng berempah dan menjadi kegemaran ramai. Namun, mereka juga menawarkan pelbagai lauk-pauk lain yang sangat menyelerakan. Pada waktu Tengahari, restoran ini pasti padat dengan pelanggan. Bukan sahaja mereka yang inginkan nasi kukus mereka, juga mereka yang ingin menikmati lauk-pauk dan hidangan lain yang mereka tawarkan. Lauk ikan, sayur, makanan laut dan banyak lagi boleh dijadikan sampingan tambahan untuk dinikmati bersama nasi kukus ataupun dinikmati bersama nasi putih. Apa kata, anda datang dan cuba sendiri, boleh tentukan restoran mana paling hebat.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Hospital, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: 12pm-8pm (setiap hari)

31. KBB Burger & Steak Kelantan

KBB Burger & Steak Kelantan - Gambar Restoran
Sumber: KBB Burger & Steak Kelantan

KBB Burger & Steak adalah antara restoran western yang perlu anda cuba. Dengan cawangan di serata pantai timur, pastinya ia antara restoran western terbaik. Di Kelantan, cawangannya terletak di Kota Bharu. Restorannya dihias dengan penuh gaya dan maskuliniti. Memang nampak robust dan style. Dengan penggunaan warna yang gelap dan pencahayaan yang baik, suasana di sini terasa classy dan modern.

KBB Burger & Steak Kelantan - Gambar Makanan
Sumber: KBB Burger & Steak Kelantan

Menu utama mereka tentulah steak. Mereka menawarkan kepingan daging steak yang datang dari potongan-potongan berbeza dari lembu. Malah mereka menawarkan daging-daging premium seperti wagyu, Angus dan tomahawk dari daging premium Australia. Mereka turut membawakan seleksi burger yang banyak. Selain itu, masakan western seperti salmon, smoked duck dan aneka jenis pasta turut dijadikan sebahagian dari menu mereka.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 2713, Jalan Kuala Krai, Bandar Kota Bharu, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: 12pm-11pm (setiap hari)

30. Satay Malaysia

Restoran Satay Malaysia Kelantan - Gambar Restoran
Sumber: MH Chan

Satay Malaysia merupakan sebuah restoran di Kota Bharu. Dengan ruang makan indoor yang bersambung dengan ruang makan outdoor di bawah kanopi lutsinar, restoran ini mempunyai vibe seperti kenduri di rumah orang. Jadi suasananya sangat mesra dan familiar.

Restoran Satay Malaysia Kelantan - Gambar Makanan
Sumber: Ashikin Rahmad

Walaupun namanya Satay Malaysia, menu di sini bukan sahaja satay tau. Sememangnya yang istimewa di sini ialah satay dan terdapat beberapa jenis satay djtawarkan termasuk satay ayam, daging, perut, itik, dan hati. Banyak kan? Dihidang pula bersama nasi impit, timun dan bawang serta kuah kacang yang padu. Di sini anda boleh juga mendapatkan kambing bakar dan sup kambing bersama roti bakar. Masakan panas dan goreng-goreng juga ada. Untuk si pencinta dessert, bolehlah makan cendol durian di sini sebagai pelengkap hidangan.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jln Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: 5pm-11.30pm (setiap hari)

29. Jijah’s Nasi Kerabu

Jijah's Nasi Kerabu - Gambar Restoran
Sumber: Billy Yeap

Nasi kerabu sering didatangkan dengan nasi berwarna biru. Namun, ada juga Yang menggunakan nasi putih biasa ataupun nasi berwarna kuning. Rasanya tiada beza pon. Kalau tak percaya, cubalah datang ke Jijah’s Nasi Kerabu yang menghidangkan nasi kerabu berwarna kuning ini. Terletak di Kampung Pauh, Jijah’s Nasi Kerabu ini merupakan sebuah gerai yang simple, namun sentiasa penuh dengan orang.

Jijah's Nasi Kerabu - Gambar Makanan
Sumber: Hamzah Johari, Ahmad Ridzuan, Hamzah Johari, Z Wanderlust, mokcahmakan

Nasi kerabu adalah menu paling utama di sini. Anda boleh memilih untuk cuba nasi kerabu kuning atau nasi kerabu putih. Terpulanglah. Anda juga boleh memilih pilihan protein sampingan untuk dinikmati bersama nasi kerabu itu seperti ayam bakar, kambing bakar, daging bakar, dan ikan bakar. Mereka turut menyediakan hidang nasi berlauk dan anda boleh memilih dari pilihan lauk-pauk yang banyak. Nak makan kambing bakar sahaja pon boleh. Sedap, kan?

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 185, Jalan Tok Sadang, Kampung Pauh, 15350 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: 8am-12pm (setiap hari)

28. Kedai Nasi Kak Wok

Kedai Nasi Kak Wok Kelantan - Gambar Restoran
Sumber: Pok deng

Nasi Kak wok merupakan antara sajian dari Kelantan dan Pantai Timur yang cukup digemari ramai. Di Kota Bharu terdapat kedai yang original dan merupakan pengasas pada resepi nasi kak wok ini. Namanya pon simple, Kedai Nasi Kak Wok. Dikatakan inilah kedai original pengasasnya iaitu arwah Mek Wok Bt Hassan. Beliaulah yang memulakan perniagaan yang menyajikan nasi putih bersama ayam cincang goreng, gulai, sambal belacan dan timun ini.

Kedai Nasi Kak Wok Kelantan - Gambar Makanan
Sumber: IJAM CASTELLO

Kedai Nasi Kak Wok sangat simple tetapi padat dengan pengunjung dan pelanggan. Dikatakan nasi kak wok yang original ini lain rasanya dari yang biasa. Perbezaannya datang dari rasa ayam goreng berempah yang dipotong kecil serta gulainya yang cukup lazat. Di Kelantan ada banyak cawangan Kedai Nasi Kak Wok. Ada yang masih diusahakan oleh keterunan dan waris Kak Wok sendiri tau. Nak tahu adakah ia kedai nasi kak wok yang original atau tidak, lihat saja pada logonya. Jika ada gambar arwah Mek Wok, itulah antara kedainya yang asli.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Masjid Lundang, 15150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
Waktu Operasi: 7.30am-2.30pm (setiap hari, tutup pada hari Sabtu)

27. K-Grill Kota Bharu

K-Grill Kota Bharu - Gambar Restoran
Sumber: chintaatie

Bagi peminat-peminat masakan grill atau panggang, boleh datang ke K-Grill Kota Bharu. Restoran ini berkonsep BBQ tetapi turut menyediakan pelbagai makanan lain. Restoran ini mempunyai look dan vibe yang sangat menarik. Dengan penggunaan warna gelap, dekorasi unik dan gabungan elemen-elemen contemporary dan modern, restoran ini nampak sangat classy dan elegan.

K-Grill Kota Bharu Gambar Makanan

Menu di sini juga sangat luas dan dihidangkan dalam cara yang sangat menarik dan cantik. Yang paling popular dan istimewa di sini ialah Oyster Rockefeller yang merupakan hidangan oyster grill yang sangat sedap. Masakan lauk-pauk Tom yum, nasi putih bersama lauk-pauk sampingan lain juga ada dihidangkan di sini. Anda perlu mencuba ikan tiga rasa dan ayam butter di sini. Pelbagai masakan seafood dan lauk-pauk disediakan di sini. Sesuailah untuk anda berkunjung bersama keluarga beramai-ramai.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Hamzah, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari)

26. Siam Restaurant

Siam Restaurant - Gambar Restoran
Sumber: siamrestorankelantana

Jika anda Inginkan sesuatu yang istimewa di Kelantan, boleh datang ke Siam Restaurant – Restoran Ikan Bakar dan Thai Street Food. Siam Restaurant ini terletak di Kota Bharu.

Menggunakan konsep food court, Siam mengumpul pelbagai jenis gerai yang menyediakan pelbagai makanan. Dengan compound yang sangat luas, bukan sahaja tempat letak kereta yang banyak, tempat duduk dan makan pon banyak. Bolehlah datang beramai-ramai.

Siam Restaurant - Gambar Makanan
Sumber: siamrestorankelantana, nisya yunus, Miss Afiqah, Am Am

Menu utama di sini tentulah ikan bakar. Ikan Talapia Bakar Garam atau Miang Pla Talapia adalah antara yang paling popular di sini. Makanan Thai popular lain seperti daging harimau menangis, kerang rebus, kerabu mangga, Tom yum gung, laksa Thai dan banyak lagi disediakan di sini.

Baca:Β 30 Tempat Menarik Di Kota Bharu

Anda juga boleh menikmati pemanis mulut dan dessert popular Thai seperti Pulut Mangga, ABC Durian, roti bersama sangkaya dan macam-macam lagi. Anda mesti cuba makanan di sini apabila sampai ke Kelantan. Rasa macam di Thailand.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot 352 Seksyen, 15, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: 3pm-11.30pm (setiap hari)

25. Fz Cafe

Fz CafΓ© Kelantan - Gambar Restoran
Sumber: Fz CafΓ©

Untuk menikmati hidangan terbaik dua dunia, anda perlu cuba FZ Cafe. Terkenal dengan masakan nasi beriyani dan western, FZ Cafe terletak di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu. Restoran ini dihias dengan gaya yang modern dan simple, membuatkannya menjadi pilihan ramai untuk menyambut harijadi atau sambutan-sambutan hari istimewa.

Fz CafΓ© Kelantan - Gambar Makanan
Sumber: Fz CafΓ©, john bayha, fzcafekb

Menu istimewa di sini ialah nasi beriyani. Ada nasi beriyani kambing dan ayam. Selain itu, anda boleh mencuba sup kambing roti Bengali. Selain dari hidangan nasi beriyani, mereka juga menghidangkan pelbagai masakan western yang cukup istimewa. Makanan seperti chicken chop yang boleh dipilih antara goreng atau grill turut disediakan di sini. Yang paling popular ialah burger chicken chop, lain dari yang lain tau. Mereka juga menyediakan pelbagai jenis dessert. Antara yang perlu anda cuba ialah bingsu, yang merupakan dessert popular Korea.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot 488, Rumah Kedai Lembah Sireh, Jln Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi:Β 

Isnin-Ahad11am-10pm
Jumaat2pm-10pm

24. Kedarotippaye (Kedai Roti Tempayan)

Kedarotippaye Kelantan - Gambar Restoran

Satu lagi tarikan makanan di negeri Kelantan ini ialah Roti Tempayan. Roti yang diadun mengikut resipi warisan asli dan dibakar bersama arang di dalam tempayan pastinya memikat selera pengunjung dengan aroma dan kelembutan rotinya.

Tambahan pula, roti ini dihidangkan bersama pencicah pelbagai jenis kari atau gulai asli negeri Kelantan. Namun, selain daripada gulai kari kambing, daging dan ayam, yang sering menjadi pilihan pelanggan tentunya kari kepala ikan yang dimasak hasil tangan pemilik restoran sendiri.

Kedarotippaye Kelantan - Gambar Makanan

Restoran yang berkonsepkan ala mamak ini juga turut menyajikan pelbagai jenis roti lain seperti roti canai, murtabak dan banyak lagi untuk dijadikan menu santapan pengunjung. Harganya juga amat berpatutan, jadi tunggu apa lagi? Cepat berkunjung dan merasai sendiri kesedapan roti tempayan yang unik ini.


23. Nasi Kerabu Panji

Nasi Kerabu Panji Kelantan - Gambar Restoran

Nasi kerabu dan Kelantan memang tidak dapat dipisahkan. Nasi kerabu sememangnya mudah didapati di mana-mana sahaja di sekitar negeri Kelantan, namun, apa yang membezakan restoran Nasi Kerabu Panji ini dengan yang lain adalah kesedapan dan keaslian sambal cili serta lauk-pauknya terutamanya daging salai, ayam bakar dan solok lada. Tidak kurang juga ulam-ulamannya yang sentiasa segar.

Nasi Kerabu Panji - Gambar Makanan

Rata-rata pelanggan yang pernah mengunjungi restoran ini amat berpuas hati dengan hidangan yang disajikan dan pasti akan mengunjunginya kembali sekiranya teringin menikmati nasi kerabu. Tambahan pula, harganya amat berpatutan kerana hidangan lengkap nasi kerabu bersama ayam bakar boleh didapati pada harga hanya RM3.00 sahaja. Jadi, jangan lepaskan peluang ini ye!

πŸ“ Alamat
Alamat: Kg Chekok, Jalan Panji 16100 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

22. Kedai Kopi Din Tokyo

Kedai Kopi Din Tokyo - Gambar Restoran

Terletak di tengah bandar Kota Bharu, kedai kopi ini kelihatan biasa saja daripada aspek luarannya, namun apabila didekati, pelanggan pastinya akan merasai keistimewaan restoran ini iaitu kemeriahan dan keunikan aturan dalaman restoran. Pelanggan bersilih ganti memasuki restoran ini setiap masa. Tidak seperti restoran lain, kedai kopi din Tokyo ini menyusun atur meja dan kerusi makan kelihatan seolah-olah seperti di bar.

Pemiliknya Pak Din pula orangnya cukup peramah dan mesra melayani pelanggan. Malahan, Pak Din tidak menang tangan menyediakan sendiri setiap pesanan yang diminta pelanggan. Apabila ditanya, restoran ini merupakan hasil warisan turun-temurun datuknya, manakala nama Din Tokyo merupakan gabungan nama datuknya bersama sebuah nama sebuah hotel terkenal yang pernah dibina berdekatan premis ini suatu ketika dahulu.

Kedai Kopi Din Tokyo - Gambar Makanan

Antara menu unik dan istimewa yang sering menjadi pilihan pelanggan ialah seperti Telur Taliban yang sebenarnya merupakan hidangan telur suku masak, Telur Ping Pong buat pelanggan yang tidak menggemari telur suku masak tetapi lebih menyukai telur setengah masak, Teh Halia Telur Puyuh, Teh Tarik Dangdut dan pelbagai jenis aneka makanan tradisi Kelantan seperti Nasi Dagang, Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Tumpang yang telah siap dibungkus.

πŸ“ Alamat
Alamat: 3945, Jalan Tok Hakim, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

21. Restoran Ikan Bakar Kukup

Restoran Pulut Ikan Bakar - Gambar Restoran
Sumber: Restoran Ikan Bakar Kukup

Buat penggemar hidangan pulut di luar sana, restoran pulut ikan bakar di Kelantan ada menyediakan hidangan pulut yang begitu unik dan sedap.

Selain pulut terkenal dimakan sebagai manisan ataupun dicicah bersama rendang, kali ini apa kata kita cuba suatu yang berbeza iaitu hidangan pulut dengan parutan kelapa bersama dengan ikan bakar dicicah dengan kuah kicap cili.

Restoran Pulut Ikan Bakar - Gambar Makanan
Sumber: Restoran Ikan Bakar Kukup

Kombinasi yang agak pelik buat mereka yang belum pernah mencuba, tetapi pastinya tidak rugi kerana hidangan ini sungguh sedap ditambah dengan ikan goreng atau ikan bakar yang ranggup. Hidangan yang cukup ringkas dan mengenyangkan ini amat sesuai untuk dimakan santai pada waktu petang.

πŸ“ Alamat

Alamat: Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan


20. Restoran Nasi Ulam Cikgu

Restoran Nasi Ulam Cikgu - Gambar Restoran

Restoran Nasi Ulam Cikgu ini sememangnya cukup terkenal dengan sajian pelbagai jenis ulam-ulaman yang dimakan bersama dengan beraneka jenis lauk-pauk tradisional masyarakat Kelantan dan boleh dikatakan restoran yang paling popular di negeri itu.

Selain itu, pemilik restoran juga menyajikan budu asli negeri Kelantan yang pekat dengan rasa kaw. Konsep layan diri membolehkan pelanggan bebas memilih beraneka jenis lauk pauk bersama ulam-ulaman yang segar.

Restoran Nasi Ulam Cikgu - Gambar Makanan

Apa yang lebih menarik ialah, suasana di sekeliling restoran ini sangat cantik dan unik kerana dahulunya kawasan tersebut merupakan tapak tinggalan istana diraja Kelantan. Tentunya seronok menikmati juadah yang enak ditemani pemandangan yang indah.

πŸ“ Alamat
Alamat: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan

19. Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah - Gambar Restoran

Siapa tidak kenal dengan kewujudan pasar ini yang sememangnya menjadi tumpuan utama pelancong setiap kali ke Kelantan. Sungguhpun pasar Siti Khadijah merupakan tempat membeli-belah yang menyediakan pelbagai barangan asli buatan rakyat Kelantan. Di tingkat atas pasar ini pula merupakan syurga hidangan kuih-muih tradisional buat penggemar manisan.

Pasar Siti Khadijah - Gambar Makanan

Rata-rata kuih yang dijual juga amat unik dan hanya boleh didapati di Kelantan mengikut resipi turun temurun keluarga mereka. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis nasi dan lauk paukkhas untuk merek yang mencari hidangan yang lebih berat. Jadi, sambil membeli belah tu, bolehlah berhenti sekejap untuk menjamu selera.

πŸ“ Alamat
Alamat: Jalan Buluh Kubu, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

18. Keropok Lekor Z

Keropok Lekor Kota Bharu - Gambar Restoran

Jangan ingat di Terengganu sahaja yang terkenal dengan hidangan ringan keropok lekor ini, keropok lekor negeri Kelantan juga tidak kurang sedapny. Kedai ini terletak berdekatan dengan sempadan Terengganu, apa yang menarik ialah pembuatan keropok lekor di warung kecil ini dilakukan sendiri oleh pemiliknya untuk dipertontonkan kepada pelanggan.

Keropok Lekor Z - Gambar Makanan

Maka, tidak ada keraguan dari segi keaslian dan kebersihannya. Anda boleh menikmati keropok lekor digoreng panas di situ dicicah bersama sos cili asli yang dibuat sendiri sebelum membeli yang belum digoreng untuk dibawa pulang.

πŸ“ Alamat
Alamat: Kampung Pachakan, 16700 Cherang Ruku, Kelantan

17. Restoran Pohon Nako

Restoran Pohon Nako - Gambar Restoran

Buat mereka yang ingin berjimat tetapi masih mahu menikmati sajian Kelantan yang beraneka dan berkualiti, kunjungilah restoran pohon nako ini kerana harga yang ditawarkan amat berpatutan malahan restoran ini pernah dianugerahkan Anugerah Kedai Harga Patut pada tahun 2016.

Restoran Pohon Nako - Gambar Makanan

Selain daripada makanannya yang sedap, saiz hidangannya juga besar dan rata-rata pelanggan amat menggemari juadah nasi kuah kari berlaukkan ayam kampung,ikan keli dan sambal sotong padu.

Tambahan pula, minuman viral seperti teh Tarik madu dan teh beng hijau madu turut menjadi pujaan ramai. Restoran ini beroperasi seawal jam 10am hingga pukul 4 petang. Tidak keterlaluan untuk dikatakan anda akan menikmati makanan tengahari terbaik di restoran ini.

πŸ“ Alamat
Alamat: Lot 1057, Tingkat Bawah, Jalan Che Su, 15000 Kota Bharu, Kelantan

16. KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh

KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh - Gambar Restoran

Penggemar-penggemar makanan laut atau seafood di luar sana jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati hidangan seafood yang segar dan enak di restoran KST Ikan Bakar.

Restoran ini terletak berdekatan dengan Wakaf Che Yeh dan sekitarnya saja terdapat 3 cawangan untuk menampung kualiti pelanggannya yang cukup ramai.

Baca:Β 45 Tempat Makan Menarik Di Penang | Sedap & Best

Pelanggan boleh bebas memilih pilihan jenis seafood yang digemari sebelum ditimbang dan dipesan untuk dimasak menu pilihan masing-masing.

KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh Sedap - Gambar Restoran

Yang istimewanya ialah ikan yang dipesan akan dibakar menggunakan dapur arang dan sos berempah istimewa yang tentunya akan membangkitkan selera sesiapa saja yang berkunjung ke situ.

Antara menu kegemaran yang cukup popular ialah seperti sotong goreng tepung, ikan kerapu bakar berempah, tomyam serta hidangan ala Thai yang lain.

πŸ“ Alamat
Alamat: Lot 1214, Sek 6, 2, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan

15. Yati Ayam Percik

Yati Ayam Percik Khota Bharu - Gambar Restoran

Hidangan ayam percik juga merupakan antara lauk popular yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan, apatah lagi lauk ini sering dinikmati bersama dengan Nasi Kerabu. Jadi tidak hairanlah sekiranya Yati Ayam Percik sering menjadi pilihan penggemar Nasi Kerabu kerana dikatakan mempunyai keaslian dan kesedapannya yang tersendiri berbeza dengan lauk ayam percik yang lain.

Restoran yang terletak di Jalan Long Yunus, Kota Bharu ini sering menerima kunjungan pelanggan yang mengidamkan sama ada nasi kerabu bersama resipi istimewa ayam percik.

Yati Ayam Percik Khota Bharu - Gambar Makanan

Para pengunjung juga berpeluang merasai sendiri kuih-muih tradisional Kelantan seperti kuih akok dan pelbagai lagi. Selain hidangan istimewa ayam percik, anda juga dapat menjamu selera dengan lauk pauk istimewa lain seperti daging bakar, gulai kawah, gulai serati, burung puyuh dan macam-macam lain.

Populariti restoran ini terbukti apabila cawangan di USJ dan Bangi turut dibuka bagi memenuhi kehendak peminta setia Yati Ayam Percik ini.

πŸ“ Alamat
Alamat: Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan

14. Nasi Kak Wok

Nasi Kak Wok Origianal - Gambar Restoran

Restoran yang diasaskan turun temurun sejak berzaman ini ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana popularitinya terkesan bukan sahaja di Kelantan, malahan di seluruh semenanjung Malaysia.

Nasi Kak Wok ini mempunyai cawangan di seluruh Malaysia dan tentunya ramai yang tidak ketinggalan merasai sendiri keenakan hidangan ini. Jika di Kelantan, restoran aslinya terletak di Jalan Masjid Lundang, Kota Bharu.

Nasi Kak Wok Origianal - Gambar Makanan

Menunya ringkas saja iaitu nasi yang dihidangkan bersama ayam goreng berempah dan gulai ayam makan bersama sambal cili belacan dan perahan asam limau Kasturi serta sayuran sudah cukup untuk memikat selera pelanggan tak kira waktu.


13. Alemy Maggi Ketam

Alemy Maggi Ketam - Gambar Restoran

Jika anda jemu makan nasi dan ingin mencari sesuatu yang berlainan Alemy Maggi Ketam mungkin pilihan terbaik untuk anda.

Restoran yang telah beroperasi sejak tahun 2011 popular dalam kalangan penggemar-penggemar ketam di Kelantan yang datang untuk merasai sendiri kelazatan maggi yang dimasak sup bersama ketam nipah segar dan dihidangkan di dalam periuk tanah.

Alemy Maggi Ketam - Gambar Makanan

Para pelanggan boleh memilih sendiri saiz ketam yang ingin dimasak dan harga yang dicaj juga cukup berpatutan setanding dengan kualliti makanan yang dijamu iaitu sekitar RM20 hingga RM50.

πŸ“ Alamat
Alamat: 10, Bazaar MDPP, Jln Semerak, Pekan Cherang Ruku, 16700 Cherang Ruku, Kelantan

12. Satay Razak Wakaf Bharu

Satay Razak Wakaf Bharu - Gambar Restoran

Sungguhpun hidangan sate tidak begitu popular di negeri Kelantan namun Satay Razak Wakaf Bharu menjanjikan hidangan sate yang cukup lazat bersama kuah kacang asli yang dimasak sendiri hasil resipi keluarga turun temurun.

Satay Razak Wakaf Bharu - Gambar Makanan

Lokasinya terletak di Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor di Tumpat dan memulakan operasinya pada jam 5petang hingga pukul 10pm. Jadi sesuailah buat pengunjung yang inginkan makan malam yang santai dan tidak terlalu berat.

πŸ“ Alamat
Alamat: Depan Balai Polis, 16210 Wakaf Bharu, Kelantan

11. Warung Pak Mat Pulau Pisang

Warung Pak Mat Pulau Pisang - Gambar Restoran

Cukup terkenal dengan tarikan Teh Tarik Madu, warung ini sungguhpun bercirikan sederhana dan lokal, namun tetap terkenal dengan kehebatan minuman serta hidangan makanannya.

Tidak memerlukan menu yang banyak, cukup sekadar teh Tarik Madu power serta sup ikan atau daging yang lazat pastinya memikat selera pengunjung.

Minuman Teh Tarik madunya itu mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri disebabkan resipi pembuatan teh asli yang dicampur bukan sahaja madu tetapi juga susu tepung untuk menghasilkan buih yang pastinya menghilangkan dahaga terutama pada waktu panas.

Warung Pak Mat Pulau Pisang - Gambar Restoran

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk menambah aiskrim kepada minuman tersebut untuk dijadikan float. Sungguh istimewa sehingga mendapat jolokan root beer Malaysia.

Kedai makan ini sering menerima kunjungan pelanggan yang ramai pada setiap waktu. Tidak menang tangan pemilik untuk melayani pesanan pelanggan.

πŸ“ Alamat
Alamat: Medan Ikan Bakar, Jalan Kuala Besar, Kampung Kedai Buloh, 15350 Kota Bharu, Kelantan

10. Lokcing, Sata, & Otak-Otak Di Pantai Bisikan Bayu

Pantai Bisikan Bayu Gambar Pantai

Jika anda berniat untuk melawat Pantai Bisikan Bayu semasa berada di Kelantan nanti, jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan santai lokcing, sata dan otak-otak terkenal yang dijual disitu.

Pantai Bisikan Bayu - Gambar Pantai

Istimewanya, makanan tepi jalan atau β€œstreet food” seperti inilah yang dapat dipastikan keaslian dan keenakkannya kerana diperoleh atau dibuat terus oleh penduduk tempatan yang sinonim dengan resipi atau cara pembuatan turun temurun.

πŸ“ Alamat
Alamat: Pantai Bisikan Bayu, Kelantan

9. Maksu Nab Nasi Air

Maksu Nab Nasi Air - Gambar Restoran

Pernah dengar Moi Sup? Rupanya Moi Sup yang sering disebut-sebut penduduk Kelantan ini adalah hidangan yang sama dengan Nasi Air. Maksu Nab Nasi Air ini terletak berdekatan dengan Stadium Kota Bharu dan sering menjadi pilihan pengunjung yang mengidamkan hidangan nasi bersama sup yang lazat.

Seperti yang digambarkan pada namanya, Nasi Air yang dijual di restoran Maksu Nab ini murah sahaja iaitu pada harga RM2.50 semangkuk. Pelanggan akan dihidangkan nasi bersama sup pilihan dengan carikan ayam, kelempung dan perut dimakan bersama sos masam manis.

Maksu Nab Nasi Air - Gambar Makanan

Terdapat juga pilihan untuk dimakan sekali bersama dengan bihun. Pilih saja yang mana-mana, pasti anda akan berpuas hati dengan hidangan santai tetapi cukup mengenyangkan ini.

πŸ“ Alamat
Alamat: Berek 12, Paya Bemban, Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu, Kelantan

8. Pok Loh Milo Tonggeng

Pok Loh Milo Tonggeng - Gambar Restoran

Kalau di kebanyakan tempat, Milo Tonggeng seumpama ini sering disebut sebagai minuman milo dinasour. Warung ini sememangnya bersaiz kecil tetapi itu tidak menghalang para pelanggan untuk tetap mengunjungi warung ini setiap kali ingin menikmati juadah sarapan pagi.

Pok Loh Milo Tonggeng - Gambar Makanan

Menu istimewanya tentunya Milo Tonggeng bersama menu sarapan popular lain seperti Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Set Sate, Laksam dan pelbagai lagi. Semua makanan di sini sudah siap dibungkus menyenangkan para pelanggan untuk layan diri dan juga membungkus makanan untuk dibawa pulang.

Dikatakan juga bahawa warung ini menjadi pusat hebahan isu-isu atau berita tempatan dalam kalangan penduduk menjadikan warung ini begitu sinonim dengan kunjungan wartawan akhbar tempatan.

πŸ“ Alamat
Alamat: 110, 2, Jalan Kampung Dusun, Kampung Bahagia, 15200 Kota Bharu, Kelantan

7. Restoran Payang Serai

Restorant Payang Serai - Gambar Restoran

Selain daripada makanan-makanan tempatan rakyat Kelantan, Restoran Payang Serai ini menjanjikan menu yang agak berbeza iaitu lebih kepada citarasa ala Thai. Antara menu signature mereka tentunya tomyam, ikan kukus, sotong atau udang goreng tepung dan anda bebas memilih dari 161 juadah hidangan yang disediakandi restaurant ini.

Restorant Payang Serai - Gambar Makanan

Berbeza dengan restoran ala thai yang lain, restoran ini berkonsep tertutup dan berhawa dingin membuatkan pelanggan lebih selesa untuk menjamu selera.

πŸ“ Alamat
Alamat: PT 351-352, Jalan Dusun Raja, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan

6. Kedai Makan Zuraini (Sup Gearbox & Tulang)

Kedai Makan Zuraini - Gambar Restoran

Kedai makan ini mempunyai tarikan tersendiri dengan menu hidangannya yang berasaskan Sup Gearbox dan Tulang dihidangkan bersama nasi panas. Selain itu, hidangan popular yang lain sering dipesan pelanggan ialah daging bakar yang lembut bersama kicap cili dan juga kerabu mangga melengkapkan lagi hidangan makanan tradisi nasi berlauk Kelantan.

Kedai Makan Zuraini - Gambar Makanan

Istimewa kerabu mangga di kedai makan ini ialah kerana kuahnya yang bersantan, berbeza dengan kerabu mangga yang biasa.

Menariknya, pelanggan boleh mendapatkan minuman herba panas atau sejuk bertujuan untuk mengimbangkan semula tahap kolestrol yang terdapat pada hidangan sup gearbox tersebut. Jadi, jangan bimbang, teruskan saja menjamu selera ye!

πŸ“ Alamat
Alamat: D6, 16100, Bandar Kota Bharu, 16100 Kota Bharu, Kelantan

5. Abe Manja Coconut Shake

Abe Manja Coconut Shake - Gambar Restoran

Cuaca panas terik di Kelantan ini boleh terubat dengan minuman istimewa coconut shake dari Abe Manja ini.

Merupakan antara 3 lokasi coconut shake terbaik pilihan Dr. Fazley, seorang selebriti chef terkenal tanah air ketika kempennya bersama dengan King’s Ice Cream dan F&N, tentunya anda tidak mahu melepaskan peluang merasai sendiri kelazatan coconut shake di Abe Manja ini.

Abe Manja Coconut Shake - Gambar Makanan

Rasa air kelapanya yang asli bersama isi kelapa yang banyak digandingkan bersama ais krim pasti membangkitkan semula tenaga anda.


4. Restoran By T Laksam

Restoran by T Laksam Kota Bharu - Gambar Restoran

Restoran yang telah bertapak selama 16 tahun ini sememangnya mempunyai pelanggan setia yang cukup menggemari masakan laksa atau laksam asli.

Berbeza dengan Laksa tradisional, Laksam menggunakan sepenuhnya kaedah tradisional yang dalam proses masakannya iaitu dengan mengukus tepung beras yang telah dibancuh sempurna untuk dijadikan sebagai inti atau mee.

Restoran by T-Laksam-Kota Bharu - Gambar Makanan

Kemudian, kuah laksam hasil air tangan restoran by T Laksam yang dicampur sempurna bersama santan dan isi ikan yang banyak inilah yang menjadi kegemaran ramai. Jarang sekali untuk kita mendapatkan laksam yang betul-betul lazat dan asli. Tambahan pula, kita juga akan boleh memilih untuk menambah menu tambahan lagi di dalam laksam tersebut seperti telur burung puyuh, serunding atau ayam.

πŸ“ Alamat
Alamat: Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kampung Belukar Lanjut Kumumin, 16100 Kota Bharu, Kelantan

3. Malis CafΓ© and Restaurant

Malis CafΓ© and Restaurant - Gambar Restoran

Kalau di Kelantan, jangan kata makanan lokal sahaja, tetapi makanan ala western juga boleh didapati di sini. Salah satu restoran yang cukup terkenal menyajikan makanan seumpama ini ialah Mailis CafΓ© & Restaurant yang terletak di Desa Sri Putra, Tumpat.

Pernah dikunjungi oleh rancangan tv popular Jalan Jalan Cari Makan di TV3, keenakan makanan di restoran ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Antara menu istimewa yang boleh dipesan ialah pasta, Chicken Chop, Steak, Burger, Sandwich serta masakan ala Thai yang sungguh authentic!

Malis CafΓ© and Restaurant - Gambar Makanan

Ruang dalaman restoran ini juga cantik dengan berkonsepkan gabungan barat dengan dekorasi kayu tradisional. Pelanggan pasti merasa puas hati dapat menikmati juadah enak sambil ditemani persekitaran yang bersih dan selesa.

πŸ“ Alamat
Alamat: AH18, Desa Sri Putra, 16210 Tumpat, Kelantan

2. Mat Saleh Burger

Mat Saleh Burger Kelantan - Gambar Restoran

Lain pula kisahnya dengan restoran Mat Saleh Burger ini. Pemilik restoran yang merupakan pasangan suami isteri campuran iaitu suaminya orang Mat Salleh berkahwin dengan wanita tempatan, ingin menampilkan sesuatu yang lebih berbeza iaitu dengan menyajikan waffle yang cukup istimewa.

Boleh dikatakan restoran ini merupakan fusion ala barat dan tempatan. Buktinya ialah, antara menu burger kegemaran ramai ialah seperti Burger Cili Padi. Selain itu, Waffle yang lembut dan tidak terlalu manis dengan topping ice cream penggemar dessert di luar sana tidak sabar untuk merasainya. Menu utama yang lain ialah Pasta tentunya ala western tetapi dijual dengan harga yang cukup berpatutan.

Mat Saleh Burger - Gambar Makanan

Restoran ini pula tiada signboard jadi landmarknya ialah terletak bersebelahan bangunan Kingdom Electric. Uniknya ialah, kerusi lipat disediakan oleh pelanggan dan tiada aturan meja makan seperti restoran biasa, menjadikan suasana lebih santai dan relaks.

πŸ“ Alamat
Alamat: Jln Sultanah Zainab, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan

1. Pantai Cahaya Bulan

Pantai Cahaya Bulan - Gambar Pantai

Sekiranya anda berpeluang berkunjung ke sini untuk menikmati keindahan pulau dan merasai pengalaman di tepi laut tetapi perut berasa lapar, jangan bimbang.

Pantai Cahaya Bulan Gambar Makanan Di Pantai

Sepanjang pantai ini terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan seperti goreng-gorengan, ais krim pasu, keropok lekor dan mee ketam.


Sungguhpun kelihatan biasa tetapi makanan yang dijual tetap sedap dan menyelerakan sesuai untuk makan santai sambil meluangkan masa bersama keluarga terutama pada waktu petang.

Baca: 51 Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Kami harap entri tempat makan menarik di Kelantan ini dapat memberi anda idea nak makan di mana semasa bercuti nanti! Rambang mata dibuatnya kan? Kalau dah cuba semua restoran atau gerai makan seperti yang disenaraikan, jangan lupa untuk kongsi dan review okay! Selamat mencuba.

5/5 - (1 vote)