8 Tempat Makan Menarik Di Kota Damansara (2023) | Restoran Best Mesti Cuba

Bandaraya Kota Damansara sangat padat dengan tarikan gaya hidup dan budaya makan yang berbagai. Kiranya memang tak akan bosan la kalau ke kawasan ini. Untuk memudahkan anda, kami kongsikan senarai 8 tempat makan menarik di Kota Damansara yang wajib dicuba.

8. Village Park Restaurant

Village Park Restaurant Kota Damansara - Gambar Restoran
Sumber: Ahmad Salman

Dikenali di serata Kuala Lumpur sebagai antara Nasi Lemak terbaik, Village Park di Uptown Damansara ini sentiasa penuh dengan pelanggan. Kedainya yang mempunyai vibe nostalgia ini seakan-akan kedai zaman dahulu kala. Menu mereka juga sangat klasik dan menjadi kegemaran ramai.

Baca: 25 Tempat Makan Menarik Di Subang Jaya

Kami memang perlu mencadangkan anda mencuba nasi lemak VP ini. Ayam goreng yang mereka hidangan bersama nasi lemak ini bukan sahaja sedap dan garing, malah cukup lumayan dengan saiz suku ekor. Memang tiada bahagian lain yang mereka tawarkan, cuma bahagian peha dan kaki ayam sahaja. Besar, kan?

Village Park Restaurant Kota Damansara - Gambar Makanan
Sumber: Greg Yopi Jones, Phillip Lee, Nurul Nordin, Kee Weii, Ahmad Salman

Dimakan pula bersama sambal yang cukup manis dan pedas, tidak hairanlah Nasi Lemak Village Park ini menjadi bualan ramai. Selain dari Nasi Lemak mereka, menu lain yang mereka tawarkan termasuk Nasi Dagang, Mee Kari, Soto Ayam, Hor Fun Ipoh dan banyak lagi. Jadi jika anda berada di sekitar Kota Damansara, pastikan anda singgah ke Village Park Restaurant!

Alamat: 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 6.30am-5.30pm (setiap hari)


7. Nasi Arab Ta’if

Nasi Arab Ta'if - Gambar Restoran
Sumber: helmi roslan

Jika anda penggemar makanan Arab, datanglah ke Nasi Arab Ta’if bila berada di Kota Damansara. Menyajikan hidangan masakan Arab yang authentic dan sedap dalam suasana yang lebih modern tetapi tidak kurang unsur Arabic.

Hidangan popular masakan Arab seperti nasi mandy dan kabsah tentu ada di sini dengan pilihan antara kambing atau ayam. Namun, Restoran Nasi Arab Ta’if ini turut menawarkan makanan Arab lain yang ekstensif agar anda dapat mencuba hidangan masakan lain dari Arab.

Nasi Arab Ta'if - Gambar Makanan

Hidangan seperti shawarma yang merupakan sejenis kebab, madghut dan maqluba yang juga antara masakan nasi Arab yang lain, Quzi ayam atau kambing dan hummus daging adalah antara makanan yang mesti dicuba. Mereka juga sediakan set keluarga dengan portion yang besar dan boleh dimakan bersama. Rasai keunikan dan kekayaan masakan Arab yang cukup istimewa di Restoran Nasi Arab Ta’if ini bila anda berada di sekitar Kota Damansara.

Alamat: No. 43, Jalan PJU 5/20E, The Strand, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11.30am-10.30pm (setiap hari)


6. Julio’s

Julio's - Gambar Restoran
Sumber: Leemeng YT

Menyediakan makanan fusion Itali, America Selatan, Arab dan India, Julio’s memang satu restoran yang cukup unik dan menarik. Terletak di Cova Square, Kota Damansara, restoran ini menawarkan rasa global yang terbaik.

Antara hidangan yang ditawarkan di sini termasuk berbagai jenis pasta, burger, pizza risotto dan steak. Mereka juga menawarkan menu istimewa seperti el paso shrimp, el paso chicken, shawarma, kebab, oven beef yoghurt & tahini sauce dan oven beef with tomato.

Julio's - Gambar Makanan
Sumber: ojo Ariffin, Aishath Nashwa, kuanyihan

Selain itu, seleksi pencuci mulut mereka juga sangat luas. Dari kek ke pudding, brownies ke fondue, buah-buahan ke crepe, semuanya ada. Memang variasi hidangan di sini sangat luas, bukan saja dari segi latar belakang masakan, malah dari segi masakan yang mereka tawarkan. Jemput singgah beramai-ramai!

Alamat: G-25, Jalan Teknologi, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11am-12am (setiap hari)


5. Restoran Waneeda Tom Yam

Restoran Waneeda Tom Yam - Gambar Restoran
Sumber: Darren Lim

Terasa nak makan Tom yam? Kalau di Kota Damansara ini, anda pasti akan disyorkan untuk ke Restoran Waneeda Tom Yam Seafood. Terletak di Sunway Damasara, ada masa restoran ini memang penuh. Namun, tempat duduk juga banyak jadi jangan risau. Tempat letak kereta di sini juga banyak dan servis mereka dikatakan pantas.

Menu di sini adalah masakan Thai dan Kelantan. Kiranya kedai mek Tom yam la. Tetapi, masakan mereka memang sedap. Mana taknya, sudah beroperasi lebih 10 tahun di sini. Hidangan mereka kebanyakannya berunsurkan makanan laut dimasak ala Thai atau lokal.

Restoran Waneeda Tom Yam - Gambar Makanan
Sumber: Aizat Aliff, Raja Kamarul Azzahar, Faris Arifin, Shawn Chan YF (Shawn)

Hidangan seperti sotong telur masin, udang butter, ikan 3 rasa, ketam masak lemak dan tentunya Tom yam boleh dimakan bersama nasi putih, beramai-ramai. Mereka juga menawarkan kerbu dan pulut mangga yang sinonim dengan negeri Kelantan. Harga di sini juga sangat berpatutan. Kalau belum pernah cuba, singgahlah!

Alamat: 22A-1, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 10am-12am (setiap hari, dibuka 24jam setiap hari Isnin sahaja)


4. Do Eat With Us

Do Eat With Us - Gambar Restoran
Sumber: Azlan Hamzah

Satu lagi kedai makan yang terletak di The Strand, Kota Damansara ialah Do Eat With Us. Kafe simple yang bersih, kemas dan selesa ini sangat menarik dengan warna Oren dan hitam. Dari jauh pun boleh nampak. Walaupun simple, jangan tertipu, variasi makanan di sini bukan sahaja luas, malah sedap dan berpatutan.

Fokus kepada sarapan pagi dan makanan tengah hari, kebanyakan makanan di sini adalah dari influence makanan Johor. Makanan staple Johor seperti Kacang Pool dan Laksa Johor adalah antara yang terkenal di sini. Mereka juga turut menyediakan makanan fusion dan trendy seperti nasi buttermilk chicken dan daging salai sandwich. Makanan barat juga ada.

Do Eat With Us - Gambar Makanan
Sumber: do eat restaurant

Untuk breakfast ala orang Inggeris, bolehlah cuba eggs Benedict. Makan Tengahari western, anda boleh cuba aglio olio with crispy dory. Selain itu, kuih-muih tradisional Malaysia seperti kuih talam dan apam juga tersedia di sini. Jika anda mencari makanan sedap, berpatutan dan berbagai di sekitar Kota Damansara, singgahlah ke Do Eat With Us.

Alamat: 8, Jalan PJU 5/20D, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 8.30am-5pm (Isnin-Sabtu, tutup pada hari Ahad)


3. Hameediyah Nasi Kandar

Hameediyah Nasi Kandar - Gambar Retoran
Sumber: Muhammad Al-Hakkari

Restoran Hameediyah asalnya dari Penang ini memang sudah cukup dikenali. Berita baik buat warga Kota Damansara dan kawasan-kawasan terdekat, Hameediyah ada cawangan yang terletak di Sunway Nexus, Kota Damansara. Apa lagi? Bolehlah pekena Nasi Kandar!

Hameediyah Nasi Kandar - Gambar Makanan
Sumber: Collin Leow, Jidah, Amel Desain, Faruq Arif Tajul Ariffin

Nasi Kandar ialah speciality orang Penang dan sudah pun menjadi antara makanan kegemaran orang Malaysia. Anda boleh menikmati beramai-ramai dengan memilih lauk-pauk pilihan, atau dapatkan saja ala carte di mana anda boleh menikmati nasi putih bersama kuah campur dan sayur dan daging pilihan. Suasana di Hameediyah Kota Damansara ini juga lebih modern dan urban. Namun, nasi kandar mereka tetap klasik. Mai pekena!

Alamat: Unit A-GF-01 Sunway Nexis,, No 1 Jalan PJU 5/1,, Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Selasa (11.45am-10pm) | Rabu-Ahad (11am-10pm) | Isnin (Tutup)


2. Restoran Haji Sharin Low Grand

Restoran Haji Sharin Low Grand - Gambar Restoran

Jika anda meminati masakan makanan laut ala Cina, anda mesti mencuba Restoran Haji Sharin Low di The Strand, Kota Damansara. Makanan di sini halal dan fokus kepada masakan cina Muslim. Dari jauh anda akan perasan papan tanda tradisional cina. 

Ramai pelanggan di sini suka datang makan beramai-ramai. Tidak kira untuk makan hujung minggu bersama keluarga, Majlis berbuka puasa atau meraikan Tahun Baru Cina versi makanan halal.

Restoran Haji Sharin Low Grand - Gambar Makanan
Sumber: @douxsarah

Restoran Haji Sharin Low Grand ini sangat sesuai. Masakan seperti Salted Egg Crab, Egg Fu Yong, Clay Pot Tofu, Ikan Kong Po dan banyak lagi memang memberikan rasa masakan cina yang sebenar. Memang sangat sedap lebih-lebih lagi bila dimakan bersama nasi goreng cina dan minuman teh Cina. Marilah singgah ke restoran Haji Sharin Low Grand, Kota Damansara!

Alamat: The Strand, No. 26, Jalan PJU 5/21, The Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 10.30am-10pm (setiap hari)


1. Pak John Steamboat & BBQ

Pak John Steamboat & BBQ - Gambar Restoran
Sumber: @pakjohn.ytf

Untuk anda yang sukakan masakan steamboat dan BBQ, boleh datang ke Pak John Steamboat & BBQ yang terletak di Tropicana Gardens Mall. Boleh main masak-masak seperti zaman kanak-kanak dulu. Malah, lebih ramai makan bersama, lagi seronok.

Seleksi makanan untuk steamboat dan BBQ grill di sini juga sangat memuaskan. Kuah steamboat dan sos sampingan juga banyak pilihan.

Pak John Steamboat & BBQ - Gambar Makanan
Sumber: Ahmad Zhafri, Chong cheong sung

Yang terbaik, di sini, mereka mengamalkan sistem buffet jadi bayaran flat rate membolehkan anda dan ahli keluarga makan sebanyak yang anda mampu. Pastikan anda cuba sendiri makan di Pak John Steamboat & BBQ.

Alamat: CC66, 67, 68 & 69 Concourse Floor, Tropicana Gardens Mall No, 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11am-10pm (setiap hari)


Itu dia kepelbagaian makanan yang tersedia di Kota Damansara. Jadi, untuk anda yang tertanya-tanya di mana tempat makan yang sedap di sekitar Kota Damansara, cuba sahaja restoran-restoran yang kami nyatakan. Sama ada untuk sarapan pagi, makan Tengahari, makan Malam, dessert, supper, snek petang atau brunch, anda pasti puas hati.

Baca: 37 Restoran Sedap Di Shah Alam

5/5 - (1 vote)