Kotaraya moden, Kuala Lumpur, bukan sekadar terkenal dengan menara KLCCnya, tapi juga dengan kebanjiran tempat makan yang agak mustahil untuk habis teroka. Terlampau banyak, dari yang terletak di tengah-tengah kota, hinggalah yang tersembunyi.

Yang menariknya, sebagai orang KL, anda tak perlu menghabiskan masa berjam-jam atau ratusan ke ribuan ringgit untuk terbang jauh ke negeri atau negara lain bagi menikmati hidangan yang dirindui atau teringin untuk dicuba. Ini kerana di KL terdapat pilihan yang tidak terhad hanya pada masakan tempatan, tapi juga masakan-masakan antarabangsa seperti, Arab, USA dan Itali. Hanya perlu tanya selera.

Namun begitu, bukan semua tempat makan menjanjikan kelazatan yang diharapkan. Untuk mengelakkan rasa kecewa, anda boleh memilih daripada 51 tempat makan menarik di Kuala Lumpur seperti yang disenarikan dalam artikel ni. Pasti tak akan kecewa!

51. Restoran Murni Discovery

Tak pasti nak makan masakan Melayu, Cina atau India? Singgah sahaja ke Restoran Murni Discovery dan lihat apa menu yang membuatkan anda terliur. Ya, restoran ini menghidangkan masakan tradisional kesemua kaum yang ada di Malaysia. Dari menu seperti nasi goreng hinggalah kepada roti naan berkeju, cukup padat dengan pilihan.

Tidak cukup dengan itu, menu daripada Itali seperti Pizza juga turut ditawarkan. Pendek kata, anda tak akan kecewa dengan pilihan makanan yang ada di restoran ni, begitu banyak.

Selain di Bukit Jalil, Restoran Murni turut memiliki banyak lagi cawangan lain yang boleh anda singgah seperti di USJ, Sunway Mentari, SS2 PJ, Aman Suria, Shah Alam dan juga Bandar Sri Permaisuri Cheras. Tak kisahlah yang mana pun cawangan yang anda pilih untuk singgah, semuanya menghidangkan menu yang dimasak dengan sempurna.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 41, Jalan 16/155c, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (12.00 pm – 2.00 am) | Isnin (Tutup)

50. Jibril Publika

JIBRIL Publika Kuala Lumpur - Restaurant Front (Outside) Image

Jika anda peminat Harry Potter, tentu anda pernah dengar tentang sejenis minuman yang dipanggil butterbeer, bukan? Bagaimana kalau kami katakan bahawa kini, anda boleh mencuba sendiri minuman ini, di Kuala Lumpur sahaja? Fantastic! Datanglah ke restoran JIBRIL Publika.

JIBRIL merupakan sebuah restoran berkonsep speakeasy bar ala zaman 20-an yang mula bertapak di Subang Jaya (JIBRIL SS15) di samping cawangan lainnya di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi (JIBRIL Bangi). Mereka menawarkan minuman mocktails tersendiri yang unik dan tidak boleh didapati di tempat lain.

JIBRIL juga menawarkan variasi makanan yang cukup luas. Namun, mereka mengetengahkan makanan butter-based atau bersos mentega telur masin. Pasti ramai yang sukakan hidangan ini kan?

Di sini mereka sediakan Salted egg butter chicken, squid, prawn, fish, clams dan LOBSTER sama ada dinikmati dengan nasi putih mahupun nasi lemak. Selain itu, anda juga perlu mencuba Salted Egg Croissant mereka. Roti croissant berintikan sos salted egg butter, memang sedap sehingga menjilat jari! Datang dan cuba sendiri untuk benar-benar percaya.

Laman web: https://linktr.ee/jibrilpublika

Baca Review Penuh Disini: JIBRIL

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: D3-G3-8, Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

  • 11am-10pm (Isnin-Khamis)
  • 11am-11pm (Jumaat-Ahad)

49. Samudra Exotic River Fish Restaurant (SAMUDRA Anjung PATIN Ville)

Samudra Anjung Patin Ville Kuala Lumpur - Gambar Restoran

Nikmati masakan Melayu asli hanya di Samudra Exotic River Fish Restaurant ataupun nama lainnya SAMUDRA Anjung PATIN Ville yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tak perlu bersusah-payah ke perkampungan nelayan untuk mendapat hidangan seafood yang segar kerana semua ini boleh dinikmati di restoran ini.

Baca: 35 Tempat Makan Menarik Di Shah Alam

Antara jenis makanan laut yang ada adalah ikan jelawat, ikan talapia, patin sangkar, udang galah, jelawat dan banyak lagi yang boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan Melayu yang mengiurkan.

Untuk pengetahuan anda, salah satu hidangan yang mesti ditempah sewaktu menjamu selera di sini adalah patin tempoyaknya yang mendapat pujian ramai sebagai antara yang terbaik di KL.

Samudra Anjung Patin Ville Kuala Lumpur - Gambar Makanan

Selain hidangan yang menyelerakan, suasana restoran ini juga cukup menarik kerana terletak di dalam bangunan mewah bergaya tradisional. Atmosferanya sungguh selesa dan santai.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 51, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.30 am – 10.00 pm)

48. Gami Chicken Pavilion

Gami Korean Chicken Main - Restaurant Image

Untuk sesiapa yang mengidam nak makan ayam goreng Korea yang boleh buat anda tak dapat tidur malam dengan sekali cuba dek kerana kelembutan isi ayamnya dan keenakan rasa sos yang menyaluti ayam, mai singgah makan di Gami Chicken.

Gami Korean Chicken - Gambar Makanan

Terletak di tingkat 1, Pavilion, Gami Chicken bukan sekadar menawarkan ayam goreng Korea yang dimasak sempurna, tapi juga banyak menu lain seperti Gami Chicken Burger, Spicy Seafood Soup, Seafood Pancake, Gami Chicken Katsu dan sebagainya. Caj yang dikenakan? Sangat berpatutan dengan saiz hidangan. Cuba jangan tak cuba!

Baca Lagi: Gami Chicken | Ayam Goreng Korea Istimewa Dari Australia

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot 1 . 29 . 01B & E1 . 29 . 01B, 168, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Pavilion Kuala Lumpur)
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 9.00 pm)

47. Restoran Kudu Chowkit

Restoran Kudu Chowkit - Gambar Restoran
Sumber: Joyce Khoo

Restoran Kudu Chowkit adalah sebuah restoran menarik yang menjadi pilihan ramai terutama sekali untuk waktu makan tengahari, di mana ramai pelanggan sanggup beratur panjang untuk menikmati nasi kandar yang tersedap di KL.

Nasi kandar di restoran ini boleh dinikmati dengan pelbagai jenis lauk yang dimasak secukup rasa seperti daging masak kicap, ayam kampung kurma, ayam sambal bawang, ayam madu, ayam goreng masala, ayam masak merah atau masakan seafood dengan pelengkap hidangan lain seperti tauhu sambal, telur masin, kacang bendi dan sebagainya.

Restoran Kudu Chowkit - Gambar Makanan
Sumber: Restoran Kudu Chowkit

Telah dibuka sejak tahun 1969 lagi, restoran ini turut pernah dilawati oleh seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang mana hidangan kegemaran beliau adalah daging kicap. Apa lagi? Mesti cuba!

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa – Khamis, Sabtu, Isnin (8.00 am – 7.00 pm) | Jumaat (8.00 am – 12.45 pm, 2.00 pm – 7.00 pm) | Ahad (Tutup)

46. Mat Teh Ikan Bakar

Mat Teh Ikan Bakar - Gambar Restoran
Sumber: Aqil Mohd

Bersebelahan dengan stesen LRT Dato Keramat adalah sebuah gerai Melayu, Mat Teh Ikan Bakar yang merupakan gerai ikan bakal yang terkenal di KL. Betapa menggodanya aroma ikan bakar dari gerai ni membuatkan sesiapa sahaja terpanggil untuk singgah.

Mat Teh Ikan Bakar - Gambar Makanan
Sumber: Mat Teh Ikan Bakar

Ikan di sini disaluti dengan kunyit dan kemudiannya dibalut dengan daun pisang sebelum dibakar. Daun pisang yang digunakan menambahkan lagi keharuman ikan bakar yang dihasilkan.

Ikan bakar ini kemudiannya dihidangkan dengan sos cili istimewa dan ulam-ulaman untuk dimakan dengan nasi yang masih panas. Dapat anda bayangkan nikmat rasanya?

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Pasar Dato Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Keramat, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Ahad (11.00 am – 4.00 pm)

45. Restoran Sambal Hijau

Pernah mendapat liputan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan sehingga diserbu lebih daripada 2000 orang setiap hari, Restoran Sambal Hijau adalah destinasi menjamu selera yang mesti anda singgah sekiranya ingin melihat pilihan masakan kampung Melayu dan Minang yang banyaknya sehingga mencecah 80 jenis lauk-pauk, ulam-ulaman, sayuran, kuih dan pencuci mulut setiap hari.

Antara menu wajib cuba sekiranya anda berpeluang untuk ke sini adalah gulai tanjung ikan bakar, patin tempoyak, sup ekor dan sebagainya. Percayalah, masuk sahaja ke dalam kedai ini, boleh kecur air liur tanpa anda sedar, aroma masakannya cukup menggambarkan keenakan yang bakal menerjah deria rasa.

Yang menjadikan restoran ini hangat sebagai pilihan ramai adalah kerana ianya menghidangkan lauk-pauk yang sentiasa panas dan segar dari dapur tak kiralah bila pun ada datang, dan semestinya segalanya dimasak secukup rasa.

Bagi anda yang bercadang untuk datang beramai-ramai, tempat meletak keretanya cukup luas, tak perlulah anda risau. Ingin lebih selesa? Waktu terbaik untuk anda datang adalah dalam sekitar 10.30 pagi ke 12 tengahari. Kebiasaannya kedai akan mula sesak dengan orang ramai selepas pukul 12. Rancang perjalanan anda untuk mengelakkan masakan mencari meja kosong.

Berkaitan dengan lokasinya, restoran ini terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, memudahkan anda yang ingin menunaikan solat sebaik masuk waktu tanpa perlu terkejar-kejar.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 2.00 am)

44. Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru

Kelihatan dari luar hanyalah seperti warung biasa, tapi siapa sangka, kedai makan ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk setempat, jarang sekali melihat suasana kedai sunyi daripada kedatangan pelanggan terutama ketika sarapan dan makan malam.

Sebagai sebuah gerai yang telah beroperasi mencecah lebih 55 tahun, Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru sudah pakar dalam menghasilkan nasi lemak yang sempurna kelazatannya.

Seperti mana di kebanyakan kedai nasi lemak lain, Nasi Lemak Wanjo dihidangkan dengan ikan bilis, telur rebus, kacang, sambal dan timun. Nak sambal lebih sikit? Tak ada masalah. Untuk lauknya, anda boleh memilih sama ada ingin dimakan bersama dengan sambal sotong ataupun ayam goreng.

Kedua-dua sotong dan ayamnya dimasak sehingga lembut, memang sedap. Baunya? Memanggil-manggil untuk tambah lagi dan lagi.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (6.30 am – 12.00 pm, 3.00 pm – 12.30 am) | Selasa (3.00 pm – 12.30 am)

43. Mohd Yaseen Nasi Kandar

Mai pekena nasi kandar dengan kelazatan yang tiada bezanya dengan nasi kandar di Penang tanpa perlu terbang ke sana. Lokasinya adalah di Mohd Yaseen Nasi Kandar.  Eh? Betul ke sama naik dengan kesedapan di Penang? Ya, buktinya, pada waktu tertentu, orang ramai sanggup beratur untuk beli nasi kandarnya.

Baca: 23 Tempat Makan Best Di Ampang

Kalau anda makan nasi kandar di sini, pelbagai jenis lauk boleh dipilih seperti udang galah goreng, ayam goreng berempah, ikan, sotong dan macam-macam lagilah.

Bagi orang Penang yang dah rindu nasi kandaq tu, mai singgah sini lapang-lapang nanti na…

πŸ“ Alamat
Alamat: 351, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

42. Fiske Steakhouse

Bukan sekadar masakan barat, di Fiske Steakhouse anda turut dapat menikmati masakan lain untuk memuaskan selera Melayu seperti asam pedas dan sate.

Hidangan barat yang ditawarkan pula adalah seperti chicken chop dan spaghetti bolognese. Anda boleh rasa kepekatan cheese dalam spaghetti bolognesenya. Mesti cuba!

Untuk pemanis mulut, anda boleh mencuba daripada pelbagai jenis kek yang dipamerkan di sini seperti kek oreo cheese, caramel, coklat dan banyak lagi. Percayalah, tiada satu pun yang tak sedap di sini.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (9.00 am – 12.00 am) | Isnin (Tutup)

41. RSMY Cheese Naan

Kalau anda hanya ada sehari β€˜cheat day’ dalam seminggu atau sebulan, gunakanlah sebaik mungkin. Untuk menggunakan peluang yang ada ini tanpa rasa menyesal, anda boleh mencuba keenakan cheese dalam roti naan yang tertarik-tarik bila digigit sekiranya ke RSMY Cheese Naan. Kepadatan keju di dalam roti naan ini mengalahkan pizza!

Rasa roti naan cheese ni bertambah lazat apabila dinikmati bersama dengan kuah dhal dan juga kuah kari yang pekat rasanya. Sedapnya sampai menjilat jari. Nak lebih sedap, anda boleh nikmati naan ini dengan kima kambing iaitu kuah yang dihasilkan dengan menggunakan daging kambing yang telah dihancurkan untuk mendapatkan rasa yang pekat.

Bagi anda yang datang beramai-ramai, boleh juga cuba β€˜kek naan cheese’nya yang mana beberapa roti naan akan diletakkan berlapis-lapis sehingga kelihatan seperti sebiji kek (bayangkanlah rasa cheesenya). Untuk majlis hari jadi, β€˜kek’ ini boleh diletakkan lilin serta cake topper. Syok juga sesekali cuba sesuatu yang berbeza untuk hari jadi kan?

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 11&13, Jalan Medan Tuanku, Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (3.00 pm – 2.00 am) | Sabtu, Ahad (12.00 pm – 2.00 am)

40. Nasi Lemak Royale Kedah Ampang

Hati-hati! Terlambat sikit je, terpaksalah anda beratur panjang untuk membeli masakan teristimewa di Nasi Lemak Royale Kedah Ampang ni.

Sungguh menyelerakan, nasi lemak royale ini juga unik kerana ia sebenarnya agak sama dengan nasi kandar, namun bezanya adalah kerana penggunaan nasi kuning.

Anda boleh menikmatinya dengan lauk seperti sotong, ayam goreng, daging masak lada hitam, daging kambing dan banyak lagi. Nasi lemak ini juga akan dicurahkan dengan kuah campur seperti hidangan nasi kandar.

Keenakannya bertambah-tambah bila dinikmati bersama dengan papadom dan minuman sejuk seperti teh ais. Hidangan yang panas diselang-selikan pula dengan air manis yang sejuk, memang nikmat.

πŸ“ Alamat
Alamat: Clubhouse Tiara Duta, Jln Dagang 4,Taman Putra Sulaiman, 55100 Ampang, Selangor

39. Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Siapa tak kenal Chef Ismail yang telah mengacarai banyak rancangan masakan. Teringin merasa sendiri bagaimana agaknya rasa masakan yang sempurna pada lidah chef selebriti ni? Anda boleh singgah ke Restoran Rebung Dato Chef Ismail.

Di restoran ini, anda dapat melihat bermacam pilihan masakan tradisional Melayu, dari menu utama yang mengenyangkan seperti nasi lemak hinggalah kepada pencuci mulut. Jangan lupa untuk cuba dodol dan juga roti jalanya.

Kedudukannya yang terletak di Taman Botani Perdana, cukup sempurna untuk anda sekeluarga lawati sejurus selepas berjalan-jalan menikmati keindahan dan udara segar di sekitar taman. Bolehlah jadikan rancangan keluarga untuk cuti hujung minggu ni ya?

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 5-2 Cascade Parking, Jalan Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 10.00 pm)

38. The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ Steamboat

Makanlah sepuas hati di The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ Steamboat tanpa perlu bersedih dengan wang yang perlu dibelanjakan. Bayaran yang dikenakan cukup murah iaitu hanya RM45 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak (0.9 – 1.3 meter). Murah kan?

Di sini anda dapat merasai masakan Mongolia Muslim, steamboat dan bbq yang enak secara buffet. Pelbagai jenis makanan laut segar, daging-daging, sayuran dan sup yang boleh dinikmati. Untuk pencuci mulut pula terdapat ais krim dan juga buah-buahan.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 1-36-PV 128, Off Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (5.00 pm – 12.00 am)

37. Restoran Rosdet Tomyam

Dah puas bershopping di pasar Chow Kit, bolehlah singgah ke Restoran Rosdet Tomyam untuk mengembalikan balik tenaga yang hilang. Untuk pengetahuan anda, restoran ini cukup pro dalam menyediakan hidangan Thai yang mampu menggegarkan deria.

Masam, manis dan masinnya secukup rasa. Makanan laut yang digunakan juga cukup terasa kesegarannya. Pasti akan jatuh cinta walau dengan hanya sekali suapan.

Tapi apa yang nak dicuba? Pertama sekali, seperti yang terpampang pada nama kedai ni sendiri, anda wajib mencuba tom yamnya yang begitu menyengat. Selain itu, masakan lain yang menjadi kegemaran ramai juga adalah lala masak pedas, siakap tiga rasa dan lidah lembu masak merah.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 5, 160, Jalan Abdul Rahman Idris, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (2.00 pm – 5.00 am)

36. Nasi Lemak Saleha

Nasi Lemak Saleha bukanlah hidangan yang boleh dipandang sebelah mata seperti gerai nasi lemak tepi jalan yang lain. Rasa lemaknya sangat menggoda jiwa, lauk-pauk yang dimasak juga secukup rasa. Bukan hanya sedap, tapi tuan kedai pun tak kedekut untuk bagi saiz hidangan yang mengenyangkan kepada pelanggan. Macam ni barulah sejuk hati nak bayar.

Apa lauk yang dihidangkan? Bermacam jenis, anda boleh pilih sama ada ingin menikmati nasi lemak ini dengan rendang ayam, sotong atau macam-macam lagi.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No. 8, Jln Seri Rejang 5, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.30 am – 12.00 am)

35. Restoran Dapur Sarawak

Bumi Kenyalang, Sarawak, bukan hanya unik dari segi budayanya tapi juga makanannya, bukan senang nak jumpa hidangan Sarawak di sekitar Semenanjung ni. Tapi jangan risau, nasib baik ada Restoran Dapur Sarawak, kalau tak, kenalah terbang ke Sarawak dulu baru dapat merasa.

Di restoran ini anda dapat menikmati beberapa masakan Sarawak yang menyelerakan seperti laksa Sarawak, mee kolok dan sup wantan. Bagi melengkapkan lagi β€˜lawatan’ anda ke Sarawak, jangan lupa untuk menikmati kek lapis Sarawak yang turut ditawarkan.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No.19, Jalan Sarikei,, Off Jalan Pahang, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 10.30 pm)

34. Restoran ZK

Restoran ZK Kuala Lumpur
Sumber: Restoran ZK

Restoran ZK adalah sebuah restoran yang cukup terkenal dengan masakan kari kepala ikannya yang memang menyelerakan. Masakan lain seperti ayam madunya juga terlampau sedap sehingga boleh terbawa ke mimpi. Hidangan lain yang boleh anda cuba adalah nasi kandar berlaukkan ayam goreng dalam harga yang berpatutan.

Sekadar info bagi anda yang bercadang untuk menikmati kari kepala ikannya, harga yang dikenakan untuk satu hidangan adalah bergantung kepada saiz. Tidaklah murah, tapi keenakannya cukup sesuai dengan kelazatan luar biasa yang bakal dinikmati.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No 76 Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin – Khamis & Sabtu (10.00 am – 5.00 pm) | Jumat, Ahad (10.00 am – 4.00 pm)

33. Go’Bang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai

Nikmati rasa patin tempoyak yang tersedap dalam hidup anda di Go’Bang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai. Kuahnya cukup pekat dan isi ikannya pula begitu lembut, mustahil untuk anda datang hanya sekali ke kedai ni.

Selain tempoyak, masakan lain yang turut ditawarkan adalah ikan talapia bakar yang sungguh menyelerakan. Sebenarnya banyak lagi pilihan masakan lain yang boleh anda ambil untuk melengkapkan hidangan, dari masakan tradisional hinggalah moden. Untuk pencuci mulut, jangan lupa untuk mencuba ais krim duriannya!

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa – Khamis (11.00 am – 7.00 pm) | Jumaat (10.30 am – 7.00 pm) | Sabtu, Ahad (11.00 am – 10.00 pm) | Isnin (Tutup)

32. Muhibbah Seafood

Nak ke Thailand tapi masih tak berpeluang? Anda boleh merasa seolah-olah berada di Thailand kalau singgah makan di Restoran Muhibbah Seafood. Di sini, dihidangkan bermacam jenis menu Thailand, Cina dan Melayu yang menyelerakan seperti tom yam Thailand, tauhu masak san kong, ikan stim teochew, daging masak lada hitam, nasi goreng dan banyak lagi.

Mengenai fasiliti yang disediakan, kedai makan ini turut lengkap dengan kemudahan seperti tandas dan surau.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Seri Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12.00 pm – 10.00 pm

31. Restoran Kaw’d (Kawd Ampang Waterfront)

Berkonsepkan retro dan hipster, Restoran Kaw’d (disebut β€œcaught”) yang terletak di Ampang Waterfront adalah sebuah lokasi lepak yang cukup menarik untuk anda lawati bersama rakan-rakan atau keluarga bagi menikmati antara hidangan yang paling best pernah menyentuh lidah anda.

Menu yang dihidangkan di sini adalah terdiri daripada beberapa buah konsep berbeza iaitu Coffee & Dessert, Asian Fusion, BBQue, Local Fusion dan American Soul Food. Harganya? Tidak membebankan poket.

Baca: 15 Tempat Makan Menarik Di Putrajaya

Sebab utama kenapa anda kena cuba masakan di sini adalah kerana hidangannya dihasilkan dengan menggunakan teknik β€œsous vide” yang seringkali digunakan di restoran-restoran mewah. Teknik masakan ini dikatakan dapat memberikan hasil masakan yang tidak mungkin dapat dicapai dengan teknik masakan yang biasa.

Hasilnya, adalah masakan yang sempurna rasanya sehingga restoran ini sering menjadi kedai makan pilihan ramai artis-artis terkenal.

Selain dapat berjumpa dengan artis, anda boleh mencuba bermacam menu menarik yang ditawarkan seperti lamb shank (diperap dengan 7 herba), peri peri chicken, creamy cheese chicken, cajun chicken burger dan banyak lagi! Pendek kata, apa saja menu yang pernah dicuba, semuanya sesuai untuk direkomenkan.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 46, Jalan Awf 3, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: 5.00 pm – 1.30 am

30. Halab KL

Halab KL Restoran Arab
Sumber: Halab KL

Halab KL adalah sebuah restoran yang dinamakan sempena nama lama sebuah bandar di Syria iaitu Aleppo. Dengan nama yang diambil dari negara timur tengah ini, sudah semestinya ia menggambarkan jenis hidangan yang diketengahkan iaitu masakan tradisional Syria.

Antara hidangan yang ditawarkan adalah seperti chicken maklouba, kibbeh labanieh (meatball bersama stew yogurt), muhammarah (kacang walnut dan lada merah), freaka lamb, shawarma dan banyak lagi. Daripada pelbagai menu yang ditawarkan, disarankan untuk anda mencuba menu lamb cubenya yang kaya dengan rasa sampai terpejam mata enaknya.

Di samping semua hidangan ini, anda boleh melengkapkan lagi dengan menempah dessert seperti marshmallow stick (marshmellow disaluti coklat), ais krim pelbagai rasa, halab special choc (ais krim coklat berkon bersama krim dan buah) dan banyak lagi yang sangat instagrammable persembahan hidangannya.

Untuk minuman pula, bermacam jenis minuman menarik yang ditawarkan seperti jus kiwi, caramel milkshake, banana milkshake dan lain-lain lagi.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 4.00 am)

29. Kari Kepala Ikan Annuar

Walau hanyalah sebuah gerai di tepi jalan, jangan dipandang sebelah mata, kerana boleh jadi kesedapan masakannya terkenal di seantero Malaya. Salah satu buktinya adalah gerai Kari Kepala Ikan Annuar atau juga dikenali sebagai Kari Kepala Ikan Bawah Pokok.

Terletak di Bangsar, kari kepala ikan yang dijual di sini β€˜disahkan’ oleh ramai sebagai yang paling mengancam di bandaraya KL. Kari yang dihidangkan di sini memiliki rasa yang betul-betul asli seperti kari mamak. Memang pekat dan memikat.

Untuk memaksimakan keenakan dan kekenyangan hidangan, anda boleh makan kari ini bersama dengan sotong atau ayam goreng yang ditawarkan.

Harga permulaan makanan yang dijual di kedai ni? Hanya RM3 untuk menu nasi yang lengkap dengan ayam dan sayur. Bagi kari kepala ikannya pula bergantung kepada saiz kepala ikan yang diambil.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Bangsar At the corner of Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden, Bangsar, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30 am – 5.30 pm)

28. Roti John Titiwangsa

Apa yang menjadi kriteria penting untuk menjadi kedai kegemaran anda? Roti John Titiwangsa ini bakal memenuhi beberapa checklist seperti harga yang murah, saiz hidangan yang mengenyangkan dan rasa yang lazat!

Roti john yang disajikan di sini padat dengan isi seperti telur, sosej, keju, hinggalah kepada bahan-bahan perasa yang lain. Gigitan roti john ini akan memberikan β€˜letupan’ rasa yang tak disangka-sangka.

Bukan hanya menawarkan roti john ayam dan daging, tapi juga roti john perisa tuna. Memang rare! Yang penting, anda akan dihidangkan dengan roti john yang masih panas dari grill. Baunya? Sangat heaven.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 199, Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (4.00 pm – 12.00 am)

27. Mat Rock Ayam Goreng Kunyit

Menu simple macam ayam goreng kunyit pun boleh jadi viral? Kalau anda cuba hidangan di Mat Rock Ayam Goreng Kunyit ni, baru anda tahu kenapa.

Perniagaan yang pada awalnya dimulakan dengan hanya sebuah trak di sekitar KL pada 13 tahun yang lalu, kini berkembang sehingga hampir 10 buah trak dek kerana sambutan hangat daripada orang ramai.

Bukan hanya trak, bagi anda yang ingin menikmati kesedapan menu ini dalam keadaan lebih selesa, bolehlah singgah ke restorannya yang terletak di Jalan Kampung Pandan.

Dah singgah ke sini, anda boleh cuba set nasi ayam goreng kunyit bersama dengan teh o ais. Ayamnya cukup juicy dan segar! Berbeza dengan kedai lain yang kebiasaannya memasak ayam sehingga kering atau keras. Sambal yang dihidangkan bersama nasi ini juga menyemarakkan lagi tahap kelazatannya. Mesti cuba!

Hidangan menarik lain yang ditawarkan adalah sotong goreng kunyit yang dimasak sehingga rangup di luar, namun kekal lembut di dalam.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Ayam Goreng Kunyit Mat Rock Special, Jalan Kampung Pandan, Maluri, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 11.00 pm)

26. Nasi Lemak Tanglin

Terletak di kompleks Makan Tanglin, Nasi Lemak Tanglin menjanjikan anda nasi lemak dengan kesedapan yang semacam sehingga boleh dikatakan sebagai salah satu nasi lemak yang terbaik di Malaysia.

Baca: 27 Tempat Makan Best Di Kajang

Anda boleh menikmati nasi lemak beraroma menggoda ini bersama dengan lauk seperti sotong, paru, ayam dan banyak lagi.

Tarikannya tak terhenti di situ, walaupun hanyalah sebuah kedai nasi lemak, setiap hujung minggu pengunjung dapat menikmati hidangan sambil menyaksikan persembahan muzik live. Mana lagi nak jumpa kedai nasi lemak happening macam ni?

πŸ“ Alamat
Alamat: Kompleks Makan Tanglin, Jalan Cendrasari,, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

25. Mansion Tea Stall

Terfikir-fikir di mana nak sarapan esok? Mai singgah ke kedai yang terletak tidak jauh dari Masjid India, Mansion Tea Stall untuk menikmati hidangan roti canai banjir dan teh tariknya yang sungguh menyelerakan.

Bayangkanlah gabungan kuah dhal, kari, sambal dan juga telur separuh masak di atas roti canai? Aromanya memang menguji jiwa, rasanya apatah lagi.

Sambil bersarapan, anda boleh menyaksikan pemandangan burung-burung merpati yang berterbangan di sekitar sungai. Sarapan yang sedap dengan pemandangan sebegini menarik, kombinasi yang mengasyikkan.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Selangor Mansion, Lorong Bunus Satu off Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, 50100
Waktu Operasi: 24 Jam

24. Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Restoran Mee Tarik Warisan Asli yang terletak di Sungai Besi ini adalah salah satu daripada 7 cawangan di sekitar Malaysia. Kalau dah bercawangan di merata tempat, jarang sekali masakannya tak sedap kan?

Kalau anda nak tahu, restoran ini sebenarnya telah diasaskan oleh seorang Cina Muslim yang berasal daripada China dengan menu signature β€˜mee soup with braised beef’ dan juga minuman β€˜china ba bao tea.’

Bayangkanlah dapat menikmati sup panas dengan mee tarik yang enak dalam cuaca hujan. Setelah itu, badan disegarkan pula dengan teh herba cina, rugi tak cuba.

Nak rasa masakan cina sebenar, inilah lokasinya. Sementara menanti hidangan, anda boleh melihat segala proses penyediaan makanan melalui tingkap yang disediakan. Menarik juga bila dapat lihat bagaimana mee tradisional ini dibuat.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 51, Jalan Tasik Utama 3, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11.00 am – 10.00 pm

23. Restoran Raso Omak Den

Dengar nama kedainya sahaja dah dapat teka apa jenis masakan yang bakal menanti. Ya, Restoran Raso Omak Den yang terletak di Taman Melawati ini menghidangkan pelbagai jenis masakan Negeri Sembilan yang asli. Bagi yang suka makan β€˜podas-podas,’ di sinilah deria rasa anda dapat merasai nikmat menjamu selera yang sebenar.

Antara hidangan yang menanti adalah sambal tempoyak daun kayu, daging salai masak lemak, ikan bakar, masak lemak cili api, pucuk ubi masak tempoyak, daging kicap, udang sambal dan banyak lagi. Bagi anda yang nak berbajet dalam belanja, jangan risau, semua lauk-pauk lengkap dengan harga untuk memudahkan anda mencongak jumlah cajnya nanti.

Restoran ini turut menyediakan hidangan sarapan pagi dengan makanan seperti mee, nasi lemak dan juga pelbagai jenis kuih-muih.

Bukan sahaja dapat merasai hidangan yang dimasak secukup rasa, layanan  yang diberikan juga sungguh menyejukkan hati. Kalau macam ni, datang setiap hari pun tak apa.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (8.00 am – 6.00 pm) | Jumaat (Tutup)

22. Shell Out

Shell Out Kuala Lumpur
Sumber: Shell Out

Terfikir-fikir aktiviti apa nak dibuat bersama keluarga hujung minggu ni? Apa kata kalau anda bawa keluarga untuk β€˜bershell out’ seafood di Shell Out. Terletak di Desa Pandan, di sini anda sekeluarga dapat menikmati makanan laut yang segar seperti ketam, kerang, udang, sotong dan sebagainya bersama dengan kuah istimewa yang sangat sempurna rasanya untuk memaksimakan lagi keenakan hidangan.

Baca: 23 Tempat Makan Best Di Subang Jaya

Antara pilihan sos yang boleh dipilih adalah seperti lemon pepper, butter garlic, shell bang (gabungan lemon pepper dan butter garlic), black pepper, dan kari yang pekat. Dalam banyak-banyak jenis kuah yang disediakan, paling anda patut cuba adalah shell bang yang memberikan sensasi rasa yang bakal membuat anda ketagih untuk tambah.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot G-12, ground floor, G, 35, Jalan Desa Pandan, Desa Pandan, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 10.00 pm)

21. Jaslyn Cakes

Jaslyn Cakes Kuala Lumpur
Sumber: Jaslyn Cakes

Memasuki kafe Jaslyn Cakes, anda akan disambut oleh aroma menenangkan kopi, coklat dan vanilla daripada kek-kek dan pastri yang tersusun kemas di meja. Siapa sangka, kedai yang kelihatan kecil ini menawarkan begitu banyak pilihan.

Antara yang boleh ditemui di sini adalah seperti kek pistachio, salted chocolate brownies, ganache chocolate cake, vanilla bean cheesecake, victoria sponge, peanut butter dan banyak lagi. Kesemua keknya dihasilkan sempurna supaya empuk dan gebu. Pastri yang ditawarkan juga sangat pelbagai dengan pilihan yang terdiri daripada cookies, madeleine dan scone.

Untuk menggandakan keenakan santapan, anda boleh menikmati semua ini bersama dengan kopi yang dibancuh segar.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 7A, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (11.00 am – 7.00 pm) | Sabtu, Ahad (11.00 am – 8.00 pm) | Isnin (Tutup)

20. Sate Zaini

Sate Zaini
Sumber: Zaini Satay

Jangan hadkan lidah anda dengan hanya kelazatan Sate Haji Samuri, sebab sebenarnya banyak lagi sate best yang menanti untuk diteroka. Salah satunya adalah Sate Zaini yang terletak di Ampang Jaya.

Telah mula beroperasi dari tahun 1980-an lagi, sate yang dihasilkan di sini menjadi rebutan ramai kerana masih menggunakan teknik pembakaran secara tradisional serta diperap sempurna. Dagingnya juga terasa cukup juicy, mengalirkan rasa perapan dan daging yang sungguh mengiurkan.

Pernah menjadi pilihan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, Sate Zaini ini sebenarnya merupakan legasi kepada gerai β€˜Raja Satay’ yang pernah beroperasi pada awal tahun 1950-an. Nak rasa sate klasik ni? Singgah jangan tak singgah!

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Stall No. 5, (Opposite 7, 11, Jalan Kerja Ayer Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00 pm – 11.30 pm)

19. Restoran Golek-Golek

Bakal membangkitkan nostalgia klasik, Restoran Golek-Golek adalah sebuah kedai makan berkonsep unik yang beroperasi di dalam rumah tradisional Melayu. Lengkap dengan pelita lagi tu! Lanskapnya juga sangat menarik. Sememangnya lain daripada yang lain.

Makanan yang dihidangkan di restoran ini enak-enak belaka dengan tawaran harga yang berpatutan. Antara hidangan yang ditawarkan adalah seperti kerang sambal, ikan siakap bakar dengan petai, daging salai masak lemak cili padi, ketam masak telur masin dan banyak lagi. Walau apa pun ditempah, menu paling wajib anda cuba adalah menu signaturenya iaitu ikan bakar sambal petai yang mana anda boleh pilih sama ada ingin menggunakan ikan pari, ikan sisa nabi atau siakap.

Sambil menikmati hidangan di atas meja kayu klasik yang luas, anda juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik live. Menarik bukan? Apa lagi yang difikirkan? Tempat makan ini cukup ideal untuk dijadikan lokasi menjamu selera bersama keluarga.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Β Golek Golek Restaurant, Jalan Lingkaran Tengah 2, 53100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (7.00 pm – 12.00 am) | Isnin (Tutup)

18. Station 21

Tak ubah seperti menikmati hidangan di restoran mewah tahap kelazatannya, restoran yang turut menjadi kegemaran legenda rock, Datuk Ramli Sarip iaitu Station 21 adalah sebuah restoran yang menawarkan pelbagai jenis sajian barat yang menjanjikan limpahan rasa yang lazat.

Hidangannya dikatakan kekal sama dan sedap dari zaman awal pembukaan sekitar 2 dekad yang lalu sehinggalah kini. Standard masakan yang cukup hebat. Menu seperti steaknya sangat empuk dan berjus. Kuah black pepper yang disertakan dengan hidangan juga merupakan salah satu tarikan utama restoran ini, memang sedap!

Masakan lain seperti lamb chop, spaghetti creamy seafood, chicken chop dan banyak lagi, tidak mengecewakan, semuanya dimasak dengan sempurna.

Untuk pengetahuan anda, kedai ini terletak di dalam kawasan masjid iaitu Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Medan Selera Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Jalan Telawi, Bangsar
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Ahad (12.00 pm – 11.00 pm) | Ahad (Tutup)

17. Restoran Patatimo

Dapat teka jenis hidangan yang disajikan di Restoran Patatimo? Di sinilah anda dapat memuaskan segala keinginan kepada masakan pantai timur.

Antara hidangan yang disajikan adalah seperti nasi kerabu, nasi Kelantan, nasi lemak, nasi dagang dan bermacam jenis nasi berlauk yang lain. Walau apa pun yang anda nak cuba, semuanya dapat dirasa keaslian masakan pantai timurnya. Untuk minuman pula, yang wajib anda cuba adalah teh ais jumbo. Harga yang dikenakan? Sangat berpatutan.

Sambil menikmati hidangan, anda turut dapat menyaksikan keindahan pemandangan bukit hijau yang menyejukkan mata.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: D’Wangsa, 11, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 7.30 am – 4.00 am

16. Sate Zainah Ismail

Lagi satu sate legend yang mesti anda cuba adalah Sate Zainah Ismail yang terletak tidak jauh dari Stesen LRT Damai. Sementara menunggu lrt mula lapang daripada kesesakan orang balik kerja, apa kata singgah makan di kedai sate yang dibuka pada lewat petang ni.

Memang tak rugi cuba walau terpaksa balik lewat sebab satenya ini memiliki rasa yang sangat magikal sedapnya. Rahsia kelazatan sate ini dikatakan terletak pada rempah yang digunakan dalam pemerapan daging sate.

Tidak cukup dengan perapan yang power, tahap kepekatan kuah kacang yang dihidangkan juga mencuri hati sesiapa sahaja yang pernah merasa.

Lebih sebab untuk anda mencubanya adalah kerana saiz daging yang dicucukkan pada setiap batang sate ni yang besar-besar belaka. Nak tahu besar tak besar, 3 ke 4 kali gigit baru habis sebatang, begitulah besarnya. Datanglah masa betul-betul lapar ya?

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 1077, Lorong Kiri 20, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.30 pm – 11.30 pm)

15. Restoran Cheese Banjir

Sesiapa yang ketagih menu berkeju pasti terliur mendengar nama restoran ini, Restoran Cheese Banjir. Terletak di Desa Pandan, restoran ini adalah pilihan yang terbaik sekiranya anda ingin meluangkan masa bersama keluarga. Kedai dengan tema Superhero, siapa yang tak jatuh cinta?

Selain bertema ceria, kedai makan ini turut menyajikan makanan yang sungguh lazat. Dihidangkan dalam saiz yang besar, pilihlah apa sahaja, dari burger, spaghetti, chicken chop, meatball hinggalah kepada lamb pizza, anda dijanjikan kekenyangan yang tak terhingga. Kalau nak lebih mengancam rasanya, anda boleh mendapatkan extra cheese. Jangan risau, cheesenya cukup special kerana tidak memuakkan.

Bukan setakat masakan barat, menu tempatan juga ada ditawarkan dan tak kurang sedapnya seperti asam pedas dan nasi goreng.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot 19, G-Village, Jalan 1.76, Desa Pandan, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10.00 am – 10.30 pm

14. Sup Tulang Janda Baik

β€œβ€˜Sup tulang janda baik’ mana abang nak cuba ni?” Hati-hati bila bagi idea nak makan di restoran ni, tak pasal-pasal bergaduh pula nanti.

Untuk memulihkan situasi, para suami boleh bawa isteri datang juga ke restoran ni yang terletak di Pudu. Sekali hirup sup tulangnya, hilang segala kemarahan. Kesedapannya dapat menyejukkan hati siapa pun yang mencuba.

Bukan sekadar terkenal dengan sup tulangnya yang enak mengalahkan kedai lain, nasi ayamnya juga sungguh menyelerakan! Saiz ayam yang diberikan juga agak besar untuk harga yang begitu murah.

πŸ“ Alamat
Alamat: Pudu, 50460 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

13. Stiq

Sepertimana Restoran Kaw’d, restoran yang seterusnya ini, restoran Stiq turut menggunakan teknik masakan mewah β€œsous vide” untuk hasil  hidangan yang setaraf dengan restoran 5 bintang. Tiada langsung beza dari segi rasa jika dibandingkan dengan restoran mewah lain, namun harganya? Jauh lebih murah! Buat apa berbelanja lebih untuk dapat kualiti yang sama kan?

Di Stiq, anda dijanjikan daging lembu yang kelembutannya boleh dipotong dengan hanya sekali hirisan, daging kambing yang dimasak perlahan bersama sos bbq selama 22 jam, peri-peri chicken yang dihasilkan dengan teknik sous vide selama 12 jam dan banyak lagi hidangan premium lain.

Setiap set menu juga disajikan dengan salad, bawang karamel, kentang bakar dan juga air secara free! Memang tiada sebab untuk anda tak singgah.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan 4/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 6.00 pm – 1.00 am

12. BBQ Nights

BBQ Nights KL - Gambar Restoran
Sumber: BBQ NIGHTS

Siapa di sini peminat makanan BBQ atau grill? Anda Perlu mencuba Restoran BBQ Nights. Di sini, speciality mereka ialah makanan grill yang berkonsep kebab. Restoran ini memang menarik kerana dekorasinya yang simple dan modern.

Terletak di Jalan Perak yang berada di Pusat Bandar Kuala Lumpur, restoran yang beratap lutsinar ini menawarkan suasana yang santai dan chill di siang hari dan suasana yang agak romantis dan relaks pada sebelah malam.

BBQ Nights KL - Gambar Makanan
Sumber: malik mac, Joanna Marie Reg

Menu yang mereka tawarkan lebih dipengaruhi oleh masakan Timur tengah dan masakan India. Mengekalkan konsep kebab sebagai signature dish, BBQ Nights menawarkan pelbagai jenis ayam, daging dan kambing yang diperap dengan perapan berbeza untuk hidangan berbeza. Malah, ada juga hidangan yang akan dijamu bersama nasi dan ada juga yang dihidangkan bersama roti. Cubalah hidangan seperti Achari Boti dan Kasturi Boti, hanya di BBQ Nights.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Perak, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12pm-11.30pm (setiap hari)

11. Sweetree Restaurant

Sweetree Restaurant - Gambar Restoran
Sumber: Fareha Zulkefli

Sweetree Restaurant di Jalan Ampang Putra menawarkan sentuhan rasa Korea untuk orang Malaysia! Jika anda memang peminat K-Pop ataupun suka dengan makanan dan budaya Korea, pastikan anda tidak terlepas mencuba makanan di sini. Interior di kafe comel ini memang cantik dan teliti. Berada di sini, boleh membuatkan anda berasa seperti berada dalam drama Korea kegemaran anda.

Sweetree Restaurant - Gambar Makanan
Sumber: Aina Syifa, Syazwanie Jalil, Koki Sato, Sadaf Farooqi, Aqmir Shukor

Kalau anda familiar dengan makanan Korea seperti Bibimbap dan cheese chicken, di Sweetree anda boleh memperluas lagi pengalaman makan masakan Korea anda. Bolehla anda mencuba Tepokki, Haemul Pajeon (Korean Pancake), Cha Dol Bak Ee (Daging Bakar), Japchae, Dak Gal Bi dan banyak lagi makanan yang pasti pernah anda lihat atau dengar dari rancangan-rancangan Korea kegemaran anda. Jangan lupa akhiri makanan anda dengan bingsu!

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: L1, 12 L1 & 13, L2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: 12pm-9pm (setiap hari)

10. Beriani Ipoh

Beriani Ipoh KL Gambar Restoran
Sumber: Theycallme

Nasi Beriyani memang sudah sebati dengan budaya makanan orang Malaysia. Tidak Kira di Majlis perkahwinan atau hari biasa, nasi beriani adalah antara makanan wajib Malaysia.

Di Ampang Jaya terdapat sebuah kedai bernama Beriani Ipoh yang mesti anda cuba bila mengidam atau terasa nak makan nasi beriani. Kedai yang berada di tingkat atas ini mempunyai suasana yang best kerana pemandangannya yang tenang dan aman.

Beriani Ipoh Gambar Makanan
Sumber: Beriani Ipoh, Alif Akmal, Muhd Shabbir, Fietries Ieskaendarz M. Daelipx

Menu yang mereka tawarkan pula sangat simple tapi cukup menyelerakan. Menu utama sudah tentu nasi beriani. Malah pilihan lauk pauk untuk digandingkan bersama nasi beriani mereka juga sangat banyak.

Ayam Kari, ayam Madras, ayam goreng, kambing Kari, semuanya ada. Menu lain yang anda akan mahu cuba ialah nasi kandar. Jangan lupa pekena durian cendol sebagai pencuci mulut. Barulah syok.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 1, Jalan Kolam Air Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: 3pm-8pm (setiap hari)

9. Warong Che Senah

Warong Che Senah Gambar Restoran

Warong Che Senah di Kampung Baru bukan sebarang warung ye. Warong ini warong luarbiasa. Berkonsepkan foodcourt, Warong Che Senah ini menawarkan suasana Al-fresco dan juga ruang makan berteduh atau indoor.

Anda boleh duduk mengikut kesesuaian dan kesukaan anda. Yang pasti, mana-mana pon, suasananya tetap best. Dengan warna utama hitam, merah dan putih, restoran ini memang nampak smart sekali.

Warong Che Senah Gambar Makanan
Sumber: Alia S, Nur Zaidatul Azwanie, azman omar, Wallace Lau

Warong Che Senah menampilkan pelbagai pilihan hidangan yang sedap-sedap belaka. Namun, yang popular di sini ialah shell-out mereka. Selain itu, mereka juga turut menawarkan makanan lain seperti nasi lemak, nasi kerabu, bakso, satay, kerang bakar, laksa, goreng-goreng, semua ada. Kalau terasa nak makan Western, pon ada juga. Kalau nak snek atau makanan manis, ada ABC, Murtabak Indo, aiskrim dan macam-macam lagi. Jadi, anda pasti banyak pilihan nanti.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 53, Jalan Raja Mahadi, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 3.30pm-1am (setiap hari)

8. TTDI Meat point Steakhouse

TTDI Meat Point Steakhouse Gambar Makanan

Anda penggemar steak? Jangan lupa cuba TTDI Meat Point Steakhouse yang terletak di Jalan Burhanuddin Helmi. Suasananya yang simple, modern dan relaks ini memang membuatkan anda rasa selesa. Layanan mereka juga mesra, tidak jemu berkongsi ilmu tentang daging lembu dan bahagian-bahagian lembu untuk anda dapatkan steak terbaik sesuai dengan selera dan cita rasa anda.

TTDI Meat Point Steakhouse - Gambar Makanan
Sumber: Nadzirah Hairul Anwar, Nur Athirah Binti H. Abdullah, Swee Chin Chew

Tentunya menu utama mereka merupakan steak. Daging lembu yang mereka tawarkan adalah daging premium dari Australia. Anda hanya perlu memilih potongan atau bahagian daging yang anda suka, cara masakan yang mempunyai 5 level dari rare ke well-done, dan akhir sekali, pilih perapan, 2 hidangan sampingan dan SOS pilihan anda.

Mereka turut menawarkan menu western lain seperti chicken chop, lamb, salmon dan banyak lagi. Pencuci mulut mereka juga tidak kurang hebat. Ramai yang menuju tiramisu mereka. Jadi, bila anda datang berkunjung, jangan lupa cuba.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 62, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 4pm-11pm (setiap hari)

7. Pokok KL Cafe

Pokok KL Cafe -Gambar Restoran
Sumber: chia kok fei

Terletak di dalam perkarangan kampus MAHSA Universiti, terdapat sebuah kafe yang mungkin saja antara rahsia terindah Kuala Lumpur. Pokok KL Cafe merupakan sebuah restoran berkonsep industrial dengan gabungan dinding batu bata dan floor to ceiling glass atau dinding dan atap kaca.

Dengan konsep arkitektur begini, bukan saja anda dapat menikmati pemandangan luar sambil menjamu selera, malah cahaya natural dan suasana luar menembusi kafe ini dengan mudah sekali. Latar belakang atau keliling ruang makan anda, cukup istimewa.

Pokok KL Cafe - Gambar Makanan
Sumber: chia kok fei, S L Chong, Jen Chong Wong, Hazeera Hafezah, Steven Yap

Kafe ini menyajikan pelbagai hidangan yang dikategorikan sebagai fusion. Mereka ada hidangan yang authentic tempatan seperti nasi lemak, hidangan barat seperti pasta, dan gabungan keduanya seperti cili padi pesto pasta. Menarik, kan? Sering dijadikan spot untuk brunch, anda juga disajikan dengan hidangan-hidangan brunch seperti smoked salmon Benedict, big breakfast, muesli bowl dan macam-macam lagi. Jika inginkan sesuatu yang lebih light, mereka turut sediakan snek-snek dan pilihan kek yang menarik.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), Block B, Level 1 Jalan Ilmu, off, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10am-9pm (setiap hari)

6. Restoran Rebung Dato’ Chef Ismail

Restoran Rebung Dato Chef Ismail - Gambar Restoran
Sumber: Sidi Bahar

Siapa yang tak kenal dengan chef ternama di Malaysia, Dato’ Chef Ismail? Bukan saja merupakan chef selebriti yang memasak dan menjadi juri rancangan memasak di TV, beliau juga mempunyai restoran sendiri yang saban hari dipenuhi pengunjung. Restoran beliau bukan sahaja menerima kunjungan orang ramai, namun sering menjadi pilihan golongan-golongan VVIP, selebriti, dan di-Raja. Dato’ Chef Ismail memang bukan sebarang chef.

Restoran Rebung Dato Chef Ismail - Gambar Makanan
Sumber: kevin richard, Redzuan Ahmad, Linana Lim, azman abdullah, kevin richard, Dila Hamid

Restoran yang selalu penuh ini sebenarnya sangat luas. Ada pelbagai bahagian ruang makan yang disediakan dan menawarkan suasana yang berbeza-beza. Hiasan di restoran ini banyak menggunakan elemen-elemen tradisional dan menggunakan pelbagai barangan zaman dahulu sebagai dekorasi.

Makanan yang disajikan berkonsep buffet dan stall. Bayaran juga mengikut pax dan anda boleh menjamu selera sebanyak yang anda mahu. Masakan lauk-pauk kampung yang digandingkan bersama nasi, ulam-ulaman dan macam-macam lagi adalah menu utama di bahagian buffet. Namun, anda juga boleh mendapatkan makanan lain seperti Laksa penang, rojak, cucur dan macam-macam lagi yang disediakan di stall-stall sekitar restoran. Pemanis mulut dan dessert pon banyak.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 5-2 Cascade Parking Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:Β 

HariSarapanMakan TengahariMakan Malam
Isnin-Khamis11am-4pm5.30pm-9.30pm
Jumaat11am-4pm6.30pm-9.30pm
Sabtu8.30am-10am11am-4pm6.30pm-9.30pm
Ahad8.30am-10am11am-4pm5.30pm-9.30pm

5. Jibby By The Park

Jibby By The Park - Gambar Restoran
Sumber: Tiger Lee

Jibby By The Park yang terletak di Desa Parkcity merupakan sebuah restoran yang berinspirasikan masakan dan konsep Australia. Restoran mereka yang modern, industrial dan santai ini memang sesuai dengan vibe Aussie yang lebih relaks dan chill.

Restoran ini sebenarnya sudah lama beroperasi dan sudahpun menempah popularity di kalangan warga kota kerana sering dijadikan spot untuk bergambar. Restoran yang effortlessly chic ini sangat mesra keluarga dan sering dijadikan tempat berkumpul bersama kaum keluarga.

Jibby By The Park - Gambar Makanan
Sumber: Mahathir Shah, ε―§ε―§, Lily Cheong, M O

Menu yang mereka tampilkan juga agak relaks. Menampilkan hidangan dari berbagai kategori termasuk pasta, pizza, masakan Asia dan western, mereka memastikan pilihan sajian mereka menyediakan sesuatu untuk semua.

Antara yang popular di sini ialah fish and chips, squid ink aglio olio, BBQ lamb dan banyak lagi. Hidangan tempatan seperti nasi ayam madu bakar, beef noodle soup dan lain-lain sesuai untuk anda yang mahukan sesuatu yang lebih familiar. Jangan lupa juga untuk merasa seleksi kek, Very berry waffles dan pelbagai desserts lain.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: The Waterfront@ParkCity, No 5, Persiaran Residen, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi:Β 

Isnin-Jumaat9.30am-10pm
Sabtu-Ahad9am-10pm

4. Super Saigon

Super Saigon - Gambar Restoran
Sumber: iamnazirul

Super Saigon mempunyai lebih kurang 8 cawangan di sekitar Lembah Klang. Restoran yang menampilkan fusion gabungan masakan Australia dan Vietnam ini memang sangat unik, sedap dan istimewa.

Super Saigon menampilkan vibe modern dan tradisional dalam branding mereka. Di setiap cawangan yang akan anda kunjungi, mereka tampil dengan warna biru dan putih. Nampak kemas, selesa dan santai.

Super Saigon - Gambar Makanan
Sumber: mimi145

Makanan utama mereka ialah Pho, sejenis masakan Vietnam yang tradisional. Mereka memodernkan dan memberi kelainan kepada masakan ini dengan menggandingkannya bersama daging wagyu yang dikenali dari Australia. Memang sangat istimewa dan sedap.

Selain dari pho, mereka turut menyajikan pelbagai masakan Vietnam lain. Antara yang perlu anda cuba juga ialah bahn mi. Sejenis sandwich atah roti yang beriniti atau boleh dinikmati begitu sahaja bersama kopi Vietnam. Kunjungi mana-mana cawangan Super Saigon yang berdekatan dengan anda.

πŸ“ Alamat
Alamat & waktu Operasi:Β 

TTDI28, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur10am-10pm
Sri Hartamas2 Jalan Sri Hartamas 8, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur10am-10pm
Ampang34, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur10am-10pm
Bangsar75, Jalan Bangkung (Off Jalan Maarof), Bangsar, 59100 Kuala Lumpur11am-10pm
Subang ParadeG32 & LG33, Subang Parade, No 5, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya10am-10pm
Main PlaceGF-21 & 22, Main Place Mall, Jalan usj 21/10, Usj 21, 47630 Subang Jaya, Selangor10am-10pm
KL East MallLot G1-20, 823, KL East Mall, Jln Lingkaran Tengah 2, KL Timur, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur10am-10pm
Shah Alam34 Ground Floor, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, SelangorAkan datang

3. Urban Artisan Subang

Urban Artisan Subang - Gambar Restoran
Sumber: Urban Artisan Subang

Urban Artisan merupakan sebuah jenama dessert yang perlu anda ketahui. Mereka merupakan sebuah jenama tempatan dari Penang dan telah beroperasi sejak tahun 2016.

Mengetengahkan dessert yang kontemporari dan hasil resepi mereka tersendiri, kafe dessert ini memang sangat unik dan menarik. Kafe mereka yang berkonsep modern, industrial dan kontemporari ini memang nampak segar dan youthful. Bukan sahaja sesuai untuk golongan orang muda, kafe ini juga menarik perhatian golongan yang sudah berkeluarga.

Urban Artisan Subang - Gambar Makanan
Sumber: Urban Artisan Subang

Misi mereka ialah menyediakan dessert tersendiri dengan memfokuskan kepada aiskrim dan waffle. Aiskrim soft serve mereka boleh dimakan begitu sahaja dalam bentuk cup ataupun kon, atau boleh dimakan bersama waffles dan toppings pilihan. Waffle yang mereka bawakan ini juga agak unik.

Dinamakan sebagai bubble waffle, waffle ini berbeza dari waffle yang sering kita jumpa. Bukan berlekuk-lekuk seperti sarang lebah tu, waffle mereka mempunyai timbulan berbentuk bulat. Sebab itu dinamakan bubble waffle. Setiap minggu flavour aiskrim yang mereka bawakan akan berbeza-beza jadi pastikan anda kunjung selalu untuk merasakan semua flavour unik dari mereka.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 34-UA, Jalan Penguasa U1/53B, Temasya Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 12pm-9.45pm (setiap hari)

2. Sushi Zanmai Main Place

Sushi Zanmai Main Palace - Gambar Restoran
Sumber: Sushi Zanmai Main Place

Sushi Zanmai adalah antara jenama sushi yang terkenal di Malaysia. Merupakan antara restoran sushi yang dikategorikan sebagai fancy, sushi Zanmai menjadi kegemaran ramai kerana makanan Jepun mereka yang authentic dan sangat sedap. Dekorasi restoran mereka di Main Place ini sangat sinonim dengan identity budaya Jepun yang simple, minimal dan bersih.

Sushi Zanmai Main Place - Gambar Makanan
Sumber: Wan Najieb, Nor Hidayah Mohd Ali, Jing Hong Kua, Chong Yew Ming

Sushi adalah hidangan utama di sini dan tentunya paling popular. Ramai yang menuju California roll mereka. Ramai juga yang sukakan salmon sashimi, soft shell crab sushi roll dan unagi roll mereka yang merupakan sushi ikan belut.

Jika anda mahukan meal yang lebih lengkap, boleh dapatkan rice set mereka yang didatangkan bersama protein-protein yang berbeza. Anda boleh memilih antara unagi rice set, beef rice set dan macam-macam lagi. Masakan goreng tempura juga ada. Jangan lupa cuba aiskrim bersama dorayaki mereka untuk melengkapkan lagi pengalaman makan anda di sini.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 2F-21 & 21A, Main Place Mall, Jalan USJ 21/10, Usj 21, 47630 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10am-10pm

1. Suki-Ya @ IPC Damansara

Suki-Ya @ IPC Damansara - Gambar Restoran
Sumber: Mirana Tami

Satu lagi restoran masakan Jepun yang boleh anda kunjungi untuk dapatkan suasana dan masakan Jepun ialah Suki-Ya yang terletak di IPC Damansara. Restoran ini bukan restoran Jepun tipikal. Mereka membawa konsep shabu-shabu atau hotpot berbanding dengan kebanyakan restoran Jepun yang berkonsep sushi atau tepanyaki.

Suki-Ya @ IPC Damansara - Gambar Makanan
Sumber: Watie STEALTH, Mohd Ariffin Ibrahim, K S Leong, Sem Sem, ash_halim, Quine Mc

Memandangkan konsep hotpot atau shabu-shabu ini dipilih sebagai menu utama mereka. Anda boleh menikmati pelbagai makanan yang disediakan ala buffet untuk dipilih dan dimasak di hotpot anda.

Pelbagai jenis protein, sayuran dan makanan laut boleh anda pilih dan dimasak ke dalam sup pilihan anda. Jangan risau, mereka tetap menyediakan hidangan a-la carte seperti nasi dan udon. Sushi juga tetap mereka hidangan. Cuma, shabu-shabu ini tentunya yang perlu anda cuba bila berkunjung ke sini.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: L1-17, Level 1 IPC Shopping Center, 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 11am-10pm (setiap hari)

Inilah antara tempat makan menarik di Kuala Lumpur, dari masakan tempatan hinggalah barat, pilihan yang ada di ibu kota ini dapat memuaskan segala macam selera.

Baca: 74 Destinasi Menarik Di Kuala Lumpur

Dah lapar baca artikel ni? Jangan buang masa lagi, pakai seluar paling longgar yang ada, dan mulakan perjalanan β€œjalan-jalan cari makan” anda sekarang!

Lihat Destinasi, Penginapan & Taman Tema Terbaik Di Kuala Lumpur
DEstinasi
Hotel
Taman Tema
4.6/5 - (5 votes)