11 Tempat Makan Menarik Di Kuala Selangor (2023) | Restoran Terbaik Untuk Foodie

Mencari tempat makan sedap memang suatu perkara yang tidak mudah jika kita tidak berasal dari tempat itu. Mari kami permudahkan urusan anda. Di sini kami sediakan 11 tempat makan menarik di Kuala Selangor. Jadi, jika anda berada di sana nanti, senang la nak makan.

11. Aroma Ikan Bakar

Aroma Ikan Bakar - Kuala Selangor - Gambar Restoran
Sumber: Nur Aqila

Aroma Ikan Bakar memang terkenal di kalangan penduduk sekitar Kuala Selangor. Terletak berdekatan jeti dan pantai, tentunya specialty mereka adalah makanan laut. Jadi bolehlah anda datang bersama keluarga atau rakan-rakan sambil menikmati angin pantai yang nyaman.

Antara masakan istimewa mereka ialah ikan bakar. Dibakar bersama rempah dan sambal istimewa, kesegaran ikan tidak terjejas. Masakan laut lain yang mesti anda cuba ialah ketam bercili, kerang bakar dan udang butter. Memang sedap!

Alamat: Jalan Jati, Jeram, 45800 Jeram, Selangor

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (3pm-10pm) | Sabtu & Ahad (1pm-10pm) | *Tutup pada cuti umum


10. Ketam Merah Cabin

Ketam Merah Cabin Kuala Selangor - Gambar Restoran (1)
Sumber: Akhyar Sidal

Satu lagi kedai makanan laut yang perlu anda cuba ialah Ketam Merah Cabin di Tanjung Karang. Buat pengetahuan anda, makanan laut yang disediakan di sini, didatangkan segar setiap hari dari Bagan Sekinchan. Jadi, rasa makanan laut di sini memang padu.

Menu utama mereka semestinya ketam. Ketam di sini boleh dimasak dalam berbagai hidangan seperti ketam bercili dan ketam butter. Size ketam di sini juga sangat memuaskan.

Ketam Merah Cabin Kuala Selangor - Gambar Makanan
Sumber: @KetamMerahCabin, @EiraPasha

Malah, mereka juga menyediakan penyepit untuk anda membuka cengkerang ketam dengan lebih mudah. Selain ketam, anda juga mesti cuba sotong goreng tepung, ikan masak 3 rasa dan3 udang butter. Mereka juga menawarkan masakan western di sini.

Alamat: 12, Jalan Parit 2 Sungai Burung, Kampung Sungai Burung, 45400 Tanjong Karang, Selangor

Waktu Operasi: Selasa-Jumaat (3pm-10pm) | Sabtu & Ahad (12.30pm-10pm) | Isnin (Tutup)


9. Warung Udang Galah

Warung Udang Galah - Gambar Restoran
Sumber: Saila Alia

Bagi penggemar udang, Warung Udang Galah ini memang tak rugi untuk anda cuba. Bukan sahaja makanannya sedap namun harganya juga sangat berpatutan.

Baca: 12 Restoran Menarik Di Sekinchan

Warung yang terletak di Pasir Penambang ini memang sudah cukup dikenali ramai. Terletak berdekatan dengan jeti nelayan, semestinya makanan yang ditawarkan segar-segar belaka.

Menu yang mereka tawarkan berunsurkan udang galah. Udang-udang yang dihidang besar-besar belaka. Nasi goreng udang galah, tom yam udang galah dan udang galah goreng tepung semuanya boleh dicuba di sini dengan harganya yang cukup memuaskan. Terdapat juga masakan makanan laut dan goreng-goreng lain yang disediakan di sini.

Alamat: 66, Jln Peninsular Utama 1, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi: 10am-11pm (Selasa-Ahad, tutup pada hari isnin dan cuti umum)


8. Cendol Durian Borhan

Cendol Durian Borhan - Gambar Restoran
Sumber: Nasir Hadzi

Juga terletak di Jalan Klang-Teluk Intan, Cendol Durian Borhan ini antara perniagaan yang sangat dikenali. Bukan sahaja menjamu makanan lazat di warung mereka, mereka juga menghasilkan produk makanan yang boleh anda beli untuk dimakan di rumah.

Produk seperti durian crepe Borhan, Borhan prawn buttermilk, chicken buttermilk dan meatball buttermilk boleh dibeli di sini untuk memudahkan anda makan di rumah nanti.

Cendol Durian Borhan - Gambar Makanan
Sumber: tuan_arif_93

Menu utama di sini semestinya cendol. Cendol Durian Borhan datang dalam 2 betuk, menggunakan buah durian sebenar ataupun menggunakan pes durian D24, kedua-duanya memang sedap.

Variasi cendol lain yang ada di sini termasuk cendol Pulut, jagung dan aiskrim vanilla. Selain dari cendol, mereka juga menawarkan masakan lain seperti rojak, kuey teow dan nasi. Untuk dapatkan produk makanan mereka dan maklumat terkini, ikuti laman media sosial mereka di Facebook.

Alamat: Batu 2 Jalan Tg Karang, Jln Klang – Teluk Intan, Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi: 10am-7pm (setiap hari, tutup pada hari Jumaat)


7. Warung Soto Pasir Penambang

Warung yang pernah dipaparkan dalam Surat khabar ini sudah pun terkenal. Terletak di Pasir Penambang, keadaan kedai ini sangat selesa dan kemas.

Ruang parking yang luas disediakan untuk kemudahan pelanggan. Surau pon ada. Servis di sini juga dikatakan sangat cepat dan efisyen.

Warung Soto Pasir Penambang - Gambar Makanan
Sumber: izzatiaminn

Menu utama mereka ialah soto yang sangat sedap. Kuah soto mereka pekat dan penuh rasa. Digabungkan pula bersama nasi impit, bergedil, ayam diracik dan sambal kicap, soto di sini memang menjadi kesukaan ramai.

Mereka juga menawarkan pilihan makanan lain seperti goreng-goreng dan produk-produk IKS seperti kerepek, tapai, durian crepe, kuih bakar dan aiskrim. Jemput singgah ye!

Alamat: Lot 321, Batu 2, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi: 10am-6pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)


6. Mee Udang Banjir Kuala Selangor

Berdekatan dengan Warung Soto Pasir Penambang tadi ialah restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor. Senanglah anda nak cuba makanan-makanan di Kuala Selangor ni kan, semuanya dekat-dekat. Di sini mee udang menjadi menu utama.

Warung Mee Udang Banjir Udang Galah Gambar Makanan
Sumber: zrylzizou

Bagi anda yang belum pernah rasa mee udang, mesti cuba. Dihidang bersama udang galah bersaiz besar, mee udang ini menjadi kesukaan ramai kerana kuahnya yang pekat seperti mee jawa dan rasanya sedap di makan bersama udang yang berisi belaka. Kalau anda datang pada waktu malam, boleh layan tengok kunang-kunang sambil menjamu selera!

Alamat: 587, Jalan Bandar Baru Batu 2, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi: 11am-10pm (setiap hari)


5. Warung Ketupat

Warung Ketupat Kuala Selangor - Gambar Restoran
Sumber: Yobrini

Di Kuala Selangor, anda tak perlu tunggu Hari Raya untuk nikmati ketupat. Datang saja ke Warung Ketupat yang terletak di Kampung Permatang, Tanjung Karang.

Warung Ketupat Kuala Selangor - Gambar Makanan
Sumber: MOHD FAZELI SAZALI

Menu utama mereka tentulah ketupat. Ketupat boleh dimakan bersama kuah lodeh, kuah kacang atau rendang mengikut selera anda. Anda juga boleh belajar menganyam ketupat di sini tau.

Alamat: Jalan Permatang, Kampung Permatang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi: 7am-12pm (setiap hari)


4. Thyme Taste & Grill Restaurant

Jika anda terasa nak makan masakan western, boleh datang ke Thyme Taste & Grill di Pasir Penambang, Kuala Selangor. Menu yang berbagai dan portion yang besar. Memang tak menyesal.

Thyme Taste & Grill Restaurant - Gambar Makanan
Sumber: eyka_laviona

Menu western klasik seperti chicken chop, steak dan lamb chop ada di sini. Mereka juga turut menawarkan ikan grill dan fish & chips jika anda lebih sukakan ikan. Selain itu, mereka juga menawarkan masakan pasta dan meatballs. Antara yang istimewa di sini ialah Big Burger. Burger yang besar ini mungkin sesuai dimakan berdua. Besar betul.

Alamat: No 5 Peninsular Park, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi: 5pm-10pm (setiap hari)


3. Mustawa Family Cafe

Mustawa Family Café - Gambar Restoran
Sumber Mustawa Family Cafe

Mustawa Family Cafe ini terletak di Peninsular Park, Kuala Selangor. Perkara pertama yang akan menarik perhatian anda ialah exterior kedainya yang sangat berbeza. Ala-ala kampung yang modern. Di sini, mereka menawarkan menu berbagai dari masakan asia ke western. Namun, yang menjadi tarikan di sini ialah Kopi mustawa mereka.

Mustawa Family Café - Gambar Makanan
Sumber: Akhyar Sidal, Eira Pasha, KetamMerahCabin

Kopi mereka menjadi speciality di sini. Kopi seperti cappuccino dan latte disediakan khas di sini. Untuk makanan pula, antara yang popular ialah nasi kambing, mushroom sup bersama roti garlic, roti bakar telur goyang special dan banyak lagi. Memang tak rugi singgah makan di sini.

Alamat: 46, Jalan Peninsula Utama 1, Peninsula Park, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi: 10am-8pm (setiap hari)


2. Auntie Kopitiam

Auntie Kopitiam - Gambar Restoran
Sumber: Samson Cheong

Auntie Kopitiam di Kuala Selangor ini adalah antara tempat makan legend. Auntie Kopitiam ni dah beroperasi sejak tahun 1935. Lama tu. Memang sesuai untuk dapatkan sarapan pagi klasik.

Auntie Kopitiam - Gambar Makanan
Sumber: Masz Lyna

Menu mereka di sini ada yang tradisional, dan ada yang lebih terkini. Menu klasik seperti kopi bersama telur separa masak dan roti bakar semestinya ada. Anda juga boleh dapatkan nasi lemak dan mee kari dan kuih-muih yang bermacam-macam.

Alamat: C-3, Jalan Sultan Ibrahim, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi: 8am-4pm (setiap hari, tutup pada hari Ahad)


1. Restoran Pantimor

Restoran Pantimor - Gambar Restoran
Sumber: Nina Fairuz

Restoran Pantimor ini menjadi tumpuan ramai pada waktu sarapan pagi dan makan tengahari. Terletak di Jalan Sultan Ibrahim, restoran ini menyediakan pelbagai masakan kampung yang menjadi kesukaan ramai.

Untuk sarapan, anda boleh cuba roti bakar dan roti titab yang dinikmati bersama kopi. Namun, hidangan lauk pada waktu tengah hari mereka menjadi tumpuan ramai kerana variasinya yang luas.

Masakan seperti kuah masak lemak, gulai, sayur goreng dan banyak lagi boleh dipilih dengan harga yang sangat berpatutan. Jadi jika anda ingin makan bersama keluarga, memang berbaloi.

Alamat: Jalan Sultan Ibrahim, Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi: 8am-5pm (setiap hari)


Baca: 15 Destinasi Menarik Di Kuala Selangor

Itu dia senarai 11 tempat makan menarik di Kuala Selangor dari kami. Bila-bila anda ke Kuala Selangor, pastikan anda cuba makanan-makanan istimewa yang ditawarkan di sini. Selamat menjamu selera!

4.5/5 - (2 votes)