Sarawak merupakan negeri yang penuh dengan budaya dan adat tradisinya yang tersendiri. Kepelbagaian ini yang menjadikan negeri Sarawak unik dan menarik untuk dikunjungi bersama keluarga mahupun rakan-rakan untuk bercuti dan merehatkan minda.
Selain itu, perbezaan budaya disini memberi peluang kepada anda untuk meneroka variasi makanan-makanan tradisional masyarakat Sarawak terutamanya di Kuching, bandar yang sering menjadi tumpuan para pelancong. Jom kita lihat tempat makan menarik di Kuching yang paling best untuk Foodie.
Kandungan
- 33. Hungry Amigos
- 32. Aroma Cafe Halal
- 31. Selera Maaidah Cafe
- 30. Hartz Chicken Buffet
- 29. Mee Kolok Pak Amit Café
- 28. My Village Barok
- 27. Dayang Salhah Kek Lapis Sarawak
- 26. Sharing Planet
- 25. Cendol Mami
- 24. Annuar BBQ Steamboat
- 23. Toko Daging
- 22. ANC Burger
- 21. Nasi Kandar Line Q
- 20. RJ Ayam Bakar Kopitiam
- 19. Bumbu Cabe
- 18. Mom’s Laksa Kopitiam
- 17. Lepau Restaurant
- 16. SUKHA
- 15. Rumah Hijau Café
- 14. Kopi O’Corner
- 13. EEK Eat & Drink
- 12. Warung Nusantara Icom Square
- 11. Serapi Corner
- 10. Al Yemen Restaurant
- 9. Serapi Garden Restaurant
- 8. New Atmosferah Restaurant
- 7. Shell Hauz
- 6. Sepinang Sari Café & Restaurant
- 5. Dapur Kampung Special Lalapan
- 4. Kuali Emak Café
- 3. Kak Bedah Café
- 2. Shiok Seafood Restaurant
- 1. Bla Bla Bla Café
33. Hungry Amigos

Hungry Amigos merupakan sebuah restoran makanan western yang sangat unik di Kuching. Restorannya sangat modern dan simple. Papan tanda dan luaran kedai berwarna hitam membuatkan restoran ini tampil berbeza dan menonjol dari kedai-kedai lain yang sebaris dan berdekatan dengannya.
Masakan western di sini banyak dimasak secara grill. Antara menu popular di sini ialah Grilled Chicken Chop, Grilled Lamb Shoulder dan mixed Grill yang menggabungkan kedua-duanya. Menu mereka yang simple turut memvariasikan masakan ayam. Masakan yang unik seperti peanut butter chicken, butter chicken dan banyak lagi dihidang bersama sampingan nasi dan coleslaw.

Hidangan meatballs mereka juga menjadi antara menu kegemaran ramai, terutama sekali kanak-kanak. Dilumur dengan cheese yang banyak, meatballs mereka turut berbeza dari meatballs yang biasa kita makan. Apabila berada di Kuching, pastikan anda cuba sendiri Hungry Amigos.
32. Aroma Cafe Halal

Sebuah restoran yang innovatif dan bervariasi ialah Aroma Cafe. Merupakan kafe yang membawakan juadah dari serata negara, anda pasti rambang mata. Kedainya yang simple, selesa dan santai ini sering dikunjungi ramai. Buat pengetahuan anda, Aroma Cafe juga terkenal sebagai servis katering yang baik di Kuching.

Menu mereka lebih berteraskan masakan tempatan yang menjadi kegemaran ramai. Hidangan seperti char kuey tiaw Penang dan wet beef kuey tiaw menjadi antara menu yang popular di sini.
Aroma Cafe juga terkenal dengan hidangan nasi ayam penyet mereka. Selain itu, makanan authentic Sarawak seperti mee Kolok juga disediakan di sini. Atau mungkin saja anda ingin mencuba sesuatu yang baru, bolehlah mencuba nasi laksa yang menggabungkan hidangan nasi, ayam goreng, telur dan kuah laksa. Unik, kan? Jangan lupa cuba sendiri masakan di Aroma Cafe yang serba Halal ini.
31. Selera Maaidah Cafe

Jika anda ingin memahami budaya makan orang Sarawak, kami sarankan anda datang ke Selera Maaidah Cafe. Kafe popular ini seringkali penuh, jadi tentulah anda boleh mengagak bahawa masakan mereka memang sedap. Kafe ini adalah antara restoran yang popular dikunjungi untuk makan sarapan pagi dan makan tengah hari.

Restoran ini menawarkan juadah masakan tempatan dan lebih popular dengan lauk-pauk makan tengah hari mereka. Buat pengetahuan anda, budaya makan di Sarawak adalah Sama seperti budaya makan orang Semenanjung.
Walaupun mempunyai hidangan istimewa dan tersendiri di Sarawak, pada asasnya lauk-pauk mereka sama saja. Masakan seperti kuah Kari, kuah kurma, asam pedas, masak sambal, masak kicap, sayur-sayuran goreng yang berbeza-beza dan banyak lagi, semuanya ada di sini. Dimakan pula bersampingan ulam-ulaman dan sambal belacan, memang puas hati. Jangan lupa ke sini.
30. Hartz Chicken Buffet

Bayangkan sebuah restoran yang menyajikan masakan ayam goreng rangup dalam bentuk buffet, tentu anda akan makan sepuas hati. Ini suatu yang boleh anda lakukan di Kuching, di restoran Hartz Chicken Buffet. Dengan konsep unik, Hartz Chicken Buffet menawarkan suasana yang santai ala American Diner yang sering kita lihat di kaca TV.

Ayam goreng merupakan menu utama di sini. Namun, buffet ini menjadi lebih menarik apabila ia menampilkan seleksi sampingan yang cukup banyak untuk digandingkan bersama ayam goreng tadi.
Dari karbohidrat seperti roti bun, kentang putar, pasta dan lain-lain, ke pelbagai jenis sayuran yang mereka tawarkan di salad bar mereka, anda tentu rambang mata untuk mencuba setiap masakan. Mereka juga memastikan untuk menawarkan buah-buahan dan aiskrim sebagai pelengkap makan anda. Jom, kita cuba buffet ayam ini!
29. Mee Kolok Pak Amit Café

Memang tidak sah kalau tak merasa hidangan Mee Kolok sekiranya berkunjung ke Sarawak.
Restoran Pak Amit Café menyediakan sajian Mee Kolok asli terbaik dan cukup popular dalam kalangan masyarakat setempat.
Antara menu yang paling digemari ialah Mee Kolok Udang yang disediakan bersama udang bersaiz sederhana dan bahan sayurannya yang banyak. Kuahnya pula pekat dan lazat menjadikan hidangan ini laris dan cepat habis. Jadi, anda perlu datang awal kalau tak nak terlepas peluang untuk menikmati Mee Kolok di sini.
28. My Village Barok

Restoran ini bukan saja terkenal disebabkan makanannya yang sedap tetapi juga kerana konsep ala-ala kampung tradisional yang dipamerkan cukup untuk menambat hati pelanggan.
Apa yang lebih menarik, dahulu, untuk ke restoran ini anda perlu menaiki penambang tetapi kini, terdapat jambatan yang baru dibina untuk memudahkan lagi perjalanan anda.
Kalau ke sini, anda perlu cuba Manuk Pansuh iaitu ayam bersama sup herba dimasak di dalam buluh yang merupakan makanan tradisional tulen masyarakat Sarawak.
Selain itu, menu unik lain yang perlu dipesan ialah midin goreng belacan dan umai udang yang dijamin sedap. Pasti seronok menjamu selera sambil ditemai suasana kampung yang cukup mendamaikan.
27. Dayang Salhah Kek Lapis Sarawak

Rasailah sendiri pengalaman menaiki sampan untuk sampai ke sini. Namun, kunjungan anda pastinya amat berbaloi apabila melihat pelbagai jenis kek lapis Sarawak yang dijual.

Dengan warna yang menarik selain variasi perisa yang menyelerakan, bakeri ini tentunya pakar dalam pembuatan kek lapis Sarawak yang telah menjadi lambang identiti masyarakat negeri ini sejak dahulu lagi.
Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan setanding dengan kualiti yang ditawarkan. Sesuai untuk anda jadikan buah tangan buat mereka yang tersayang di Semenanjung.
26. Sharing Planet

Restoran ini menyediakan pelbagai juadah makanan ala barat seperti chicken chop, lamb chop, pasta, fish and chips, makanan laut selain dessert seperti kek dan pudding.
Bersesuaian dengan namanya, ‘Sharing Planet’, saiz hidangannya besar dan amat sesuai untuk dikongsi bersama. Jangan bimbang tentang harga, kerana anda pasti berpuas hati dengan bayaran yang dikenakan berbaloi dengan kualiti sajian yan dimakan.
Suasana restoran yang bertemakan dalam taman dengan pemandangan hijau yang mendamaikan, pasti dapat menenangkan fikiran anda sambil menikmati kelazatan makanan di sini bersama keluarga.
25. Cendol Mami

Jika anda mencari sesuatu yang ringan untuk mengisi perut, singgahlah ke restoran Cendol Mami ini. Istimewanya cendol di sini ialah kerana cendol yang dibuat merupakan resipi turun-temurun ibunda pemilik restoran ini.
Cendol yang dihidangkan juga kaya dengan bahan-bahannya seperti santan, jagung, pulut mahupun durian mengikut citarasa kegemaran anda. Jadi tidak hairanlah kalau restoran ini mendapat jolokan sebagai pakar cendol.
Antara menu lain yang terdapat disini ialah seperti kerabu somtam, mee goreng dan keropok lekor untuk anda nikmati sambil bersantai bersama keluarga.
24. Annuar BBQ Steamboat

Sukakan makanan ala BBQ atau Steamboat? Bawalah keluarga anda singgah dan menikmati makan malam disini secara buffet.
Harga yang dikenakan sangat berpatutan iaitu RM22 bagi orang dewasa dan RM12 bagi kanak-kanak dan anda boleh makan sepuas-puasnya.

Berbaloi bukan? Namun, restoran ini mengenakan syarat yang ketat supaya pelanggan menghabiskan segala makanan yang diambil untuk mengelakkan pembaziran.
Terdapat pelbagai jenis bahan steamboat yang boleh anda nikmati seperti makanan laut yang segar, ayam, daging mahupun mee yang boleh dimasak secara BBQ, steamboat, sup ataupun tomyam mengikut citarasa anda sendiri. Rugi kalau tak cuba!
23. Toko Daging

Melangkah masuk ke restoran yang bercirikan kayu tradisional ini pasti membuatkan anda menyangka ia menyajikan konsep hidangan ala kampung atau melayu, tetapi sebenarnya mereka ini merupakan pakar masakan ala barat.
Menu istimewa yang wajib anda cuba ialah seperti Meat Platter, Lamb Shoulder, Norwegian Salmon yang dimasak sempurna dihidangkan bersama sos black pepper asli hasil air tangan chef berpengalaman disini.

Malah, populariti restoran ini terbukti apabila pernah keenakan masakan mereka pernah disiarkan di dalam akhbar tempatan. Jom datang dan rasai sendiri kelazatan makanan mereka!
22. ANC Burger

Jika berada di Sarawak dan masih tercari-cari homemade burger yang asli dan menyelerakan, singgahlah di ANC Burger ini dan cuba sendiri kelazatan signature dish mereka iaitu Super Sampler Burger atau Roti John Lejen.
ANC Burger juga menyediakan set talam istimewa yang terdiri daripada pelbagai jenis masakan barat seperti steak, fries, mashed potato, sosej, meatball, pasta dan burger yang boleh dikongsi bersama keluarga atau rakan-rakan.
Harganya juga sangat berbaloi bersama dengan dekorasi dalaman yang santai dan menarik pastinya menjadikan ANC Burger restoran pilihan ramai di Kuching.
21. Nasi Kandar Line Q

Populariti nasi kandar ini bukan sahaja di semenanjung, malah sehingga terbawa-bawa ke bandar Kuching. Jika anda mengidam nasi kandar sedap dan asli, datang makan di Nasi Kandar Line Q ini.
Pelbagai jenis lauk pauk masakan india boleh anda nikmati dalam suasana kedai makan yang bersih. Selain itu, murtabak, roti canai dan naan kegemaran rakyat Malaysia juga turut dijual.
Bolehlah anda bersantai sebentar mengisi perut sebelum memulakan semula lawatan anda di bandar Kuching ini.
20. RJ Ayam Bakar Kopitiam

Setelah penat melawat tempat-tempat menarik di sekitar bandar Kuching dan perut mula berkeroncong minta diisi untuk makan malam, bawalah keluarga singgah di RJ Ayam Bakar.
Restoran ini sangat terkenal dengan hidangan ayam bakarnya yang istimewa dan mempunyai kelas tersendiri.

Ayam Bakar RJ disajikan bersama nasi panas, ulam-ulaman dan sambal cili buatan asli yang cukup menyelerakan. Setelah itu, bersesuaian dengan konsep kopitiam yang dipamerkan, anda juga boleh memesan variasi hidangan kopi sambil menikmati pelbagai jenis kek sebagai pencuci mulut. Cukup berbaloi!
19. Bumbu Cabe

Merupakan makanan warisan asli masakan Sundan yang terletak di Barat Jawa, Indonesia kini telah diperkenalkan kelazatannya di Kuching Sarawak.
Anda boleh merasai sendiri pengalaman seolah-olah berada di Indonesia dengan suasana restoran yang berkonsepkan buluh antik dan pelayan restoran yang cantik berpakaian tradisional masyarakat Sundan.
Makanan disini ialah secara buffet membolehkan anda bebas memilih pelbagai jenis masakan Sundan buat juadah makan tengahari mahupun makan malam.
Istimewa disini tentunya sambal cili yang menjadi signature restoran ini dan dimakan bersama pelbagai jenis ulaman, nasi liwet, ayam bakar dan Cumi Cabe Ijo.
Pastinya pengalaman yang sungguh menarik untuk menjamu selera di sini terutamanya buat mereka yang sukakan masakan pedas.
18. Mom’s Laksa Kopitiam

Laksa Sarawak tentunya menjadi antara makanan wajib yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung ke sini.
Laksa Sarawak berbeza sedikit dengan laksa yang selalu kita makan di Semenanjung kerana kuah laksanya dimasak pekat bersama santan dan bahan-bahan seafood yang lain seperti udang atau sotong, manakala bihun digunakan sebagai bahan utama dan bukannya mee laksa biasa.

Untuk mendapatkan laksa Sarawak yang asli dan sedap memang tidak mudah, tapi anda boleh menikmatinya kini di Mom’s Laksa Kopitiam ini. Resipi homemade ini tentunya mengiurkan bagi sesiapa saja yang memandangnya.
Selain itu, apa kata anda cuba juga merasai keenakan mee kolok dan mee jawa. Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan dari pagi hinggalah petang, jadi datang awal untuk mendapatkan tempat.
17. Lepau Restaurant

Menurut pemilik restoran ini, Lepau yang bermaksud pondok ladang diinspirasikan daripada dekorasi dalaman restoran yang berkonsepkan kayu tradisional bersama hiasan tradisi masyarakat Kanyan menjadikan suasana makan anda seperti berada di dalam kampung.
Menu-menu yang disajikan pula sungguh kreatif dan unik kerana mengenengahkan fusion resipi tradisional masyarakat Kanyan yang semakin dilupakan bersama dengan masakan moden pada masa kini. Menu istimewa yang perlu dicuba ialah seperti ikan steam tempoyak, ayam pansuh dan umai ikan.
Rata-rata pelanggan amat berpuas hati dengan keenakan makanan disini dengan harga yang berpatutan. Tidak hairanlah jika pada tahun lalu, restoran ini telah memenangi anugerah The Best Innovative Ethnic Restaurant Awards di 20th Malaysia Tourism Award. Hebat bukan?
16. SUKHA

Sukha merupakan antara kafe terbaik yang wajib anda singgah sekiranya berkunjung ke Kuching. Dekorasi dalamannya mempamerkan hiasana antik yang sungguh menarik seperti motosikal, jam dan juga radio lama yang sesuai untuk dijadikan tempat bergambar kenangan.
Tarikan utama disini ialah makanan ala barat, makanan asia dan juga Asian fusion hasil kreativiti chef berpengalaman disini. Menu yang wajib anda cuba jika berkunjung ke sini ialah Beef Rendang Pasta, Spicy Thai Chicken Rice dan Fried Chicken with Buttermilk Waffles yang sangat terkenal dan menjadi kegemaran pelanggan setia mereka.
Untuk melengkapkan lagi hidangan, anda boleh cuba Churros yang lembut dan manis sebagai pencuci mulut. Anda tentu seronok menerima hidangan yang bukan sahaja dihidang cantik tetapi sedap untuk menjamu selera.
15. Rumah Hijau Café

Siapa yang tak sukakan Ayam Penyet? Kalau nak cuba Ayam Penyet asli dihidang panas bersama nasi, sambil cili padu serta ulaman yang cukup menyelerakan singgahlah ke Rumah Hijau Café.
Untuk sarapan pagi pula, restoran ini turut menyajikan menu seperti roti canai dan roti bom berkeju untuk membangkitkan mood di pagi hari anda.
Dekorasinya bertemakan kehijauan dan banyak dihiasi dengan tanaman yang menyejukkan mata yang memandang, menjadikan suasana makan anda tenang dan mendamaikan.
Kalau anda mahukan lebih keselesaan, restoran ini turut menyediakan ruang makan berhawa dingin buat para pelanggannya.
14. Kopi O’Corner

Setiap kedai yang menjual hidangan istimewa Mee Kolok dan Laksa Sarawak ini pasti mempunyai kelasnya yang tersendiri, begitu juga dengan restoran Kopi O’ Corner ini. Kualiti makanan yang disajikan bukan sahaja enak tetapi juga dijamin dari segi kebersihannya.
Apa yang istimewa di sini ialah Mee Kolok Special dan Mee Kolok Sapi. Unik bukan? Bukan itu sahaja, anda juga perlu mencuba hidangan Bakso dan Canai yang disediakan di stall-stall yang terdapat di dalam restoran ini.
Anda jangan terkejut sekiranya restoran ini tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan dari pagi hingga malam kerana restoran ini dikatakan sebagai One Stop Centre buat mereka yang tercari-cari kepelbagaian menu di dalam sajian harian. Tunggu apa lagi? Cepat terjah dan rasai sendiri kelazatan makanan disini bersama yang tersayang.
13. EEK Eat & Drink

Kelihatan biasa saja pada pandangan luaran, namun makanan yang disajikan bukan calang-calang.
Enaknya tidak terkata! Anda boleh datang ke sini untuk sarapan pagi mahupun untuk makan tengahari yang menyajikan pelbagai juadah makanan asia hinggalah kepada sajian hidangan barat serta pemanis mulut.
Cubalah resipi istimewa pasta aglio olio, mee kari, ayam golek mahupun salad ayam mereka yang tentunya dimasak sempurna dan berkualiti. Harga yang berpatutan dengan kualiti makanan yang disajikan sentiasa mendapat perhatian masyarakat setempat lebih lebih lagi pelajar. Kalau anda nak jimat tetapi makan sedap, singgahlah disini!
12. Warung Nusantara Icom Square

Kalau tengah malam dan perut mula terasa lapar, inginkan sesuatu yang enak untuk dinikmati? Anda bertuah kerana Warung Nusantara yang terletak di Icom Square ini dibuka 24jam dan jangan bimbang kerana makanan yang disajikan tentunya dimasak panas dan segar.

Pelbagai jenis masakan goreng, roti canai, laksa Sarawak dan aneka minuman terdapat disini dan dijual dengan harga yang berpatutan. Tempat ini sesuai untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan tidak kira waktu. Datanglah kesini untuk memenuhi citarasa dan selera anda.
11. Serapi Corner

Rindukan makanan lauk pauk semenanjung? Jangan bimbang, datang dan nikmati sendiri kelazatan masakan melayu asli di Serapi Corner yang menyediakan hidangan seperti gulai kawah utara, ikan tenggiri masak lemak cili api, mee kari Ipoh, asam laksa nyonya, nasi lemak kukus, pelbagai jenis kerabu dan bermacam lagi.
Menariknya, pemilik restoran ini merupakan anak jati Sarawak dan bagi beliau, konsep sajian masakan melayu asli yang cuba diketengahkan khususnya di bandar Kuching ini dapat mempromosikan makanan semenanjung yang setanding kualitinya dengan masakan masyarakat tempatan. Tunggu apa lagi? Singgah dan menjamu selera untuk memenuhi citarasa melayu anda.
10. Al Yemen Restaurant

Merupakan antara restoran makanan arab yang terdapat di sekitar bandar Kuching, Al Yemen ialah pilihan terbaik untuk anda membawa keluarga bersama-sama menjamu selera.
Terkenal dengan signature dish mereka iaitu Chicken Mandy dan Lamb Zurbian selain daripada pelbagai jenis kebab atau shawarma yang boleh anda pesan mengikut selera kegemaran anda.
Dijamin semuanya sedap dan dimasak sempurna oleh chef berasal dari Yaman sendiri, seorang pakar dalam masakan timur tengah. Pengalaman makan disini pasti tidak akan mengecewakan ditambah pula lagi dengan saiz hidangannya yang besar. Rugi kalau tak singgah!
9. Serapi Garden Restaurant

Jika ingin merasa pengalaman makan dalam suasana zaman 70-an, restoran ini pastinya membawa anda mengimbau kembali nostalgia tersebut. Mengambil inspirasi stail retro dan antik, rumah banglo lama ini dihias indah dengan pelbagai hiasan purba dan dijadikan sebuah restoran.
Bukan itu sahaja, menu yang dipamerkan kepada pelanggan adalah ilham kreativiti chef berpengalaman mereka yang pastinya membuat anda teruja untuk mencuba hidangan hebat disini.

Antara menu yang istimewa adalah seperti menu bertemakan Colonial Western iaitu Classic Fish & Chips, juga buat penggemar makanan Hainan, anda boleh pesan Gula Apong Nyonya Kaya & Butter Toast dihidang bersama roti bakar/kukus Hainan. Selain itu, mereka turut menyajikan pelbagai set hidangan nasi serta lauk masakan melayu asli.
Kalau singgah disini, boleh juga anda bersantai bersama minuman kopi istimewa mereka sambil memesan kek yang diadun segar setiap hari.
8. New Atmosferah Restaurant

Jika anda penggemar masakan mamak dan menginginkan suasana yang lebih santai untuk beristirehat sambil menjamu selera pelbagai jenis masakan, bolehlah singgah di restoran ini.
Seperti biasa, makanan yang disajikan semestinya lauk pauk nasi kandar, tetapi yang terkenal dan digemari pelanggan disini ialah roti naan mereka yang dimasak sempurna.

Selain itu, masakan goreng, menu ala barat, masakan melayu seperti nasi lemak dan nasi kerabu juga menjadi pilihan pelanggan disini. Anda boleh mencuba kesemuanya kerana dijamin sedap dan mengenyangkan.
7. Shell Hauz

Berita baik buat penggemar-penggemar masakan viral shell out yang semakin diminati pada masa kini, bandar Kuching menyajikan peluang terbaik untuk anda menikmatinya di restoran Shell Hauz.
Tambahan pula, makanan laut yang terdapat di Kuching sangat segar dan harganya pula murah berbanding di Semenanjung.
Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menikmati hidangan shell out yang dimasak sempurna bersama kuah pekat disajikan sekali bersama nasi panas. Pasti seronok berkongsi makan bersama ahli keluarga dan yang tersayang.
6. Sepinang Sari Café & Restaurant

Satu lagi tempat menarik untuk anda menikmati keenakan resipi asli Mee Kolok atau Mee Sapi ini ialah di restoran milik Haji Salleh ini.
Sungguhpun restorannya kelihatan sederhana dari segi luaran tetapi kelazatan makanan yang disajikan ialah luar biasa. Telah dibuka sejak tahun 1996, tentunya menu mee disini mempunyai penggemar setianya yang tersendiri.
Istimewa Mee Kolok disini, resipinya hasil ciptaan pemilik restoran sendiri, mee dan kuahnya dimasak sempurna lengkap dengan bahan-bahannya, ditambah pula dengan ayam, daging atau tendon mengikut citarasa pelanggan.
Harganya berbeza bergantung kepada pilihan bahan yang anda mahukan tetapi tetap pada kadar yang berpatutan. Mee Sapi pula jika dibandingkan dengan Mee Kolok, ianya lebih bersup.
Cuba pesan Mi Pok pula, iaitu hidangan yang menggunakan bentuk mee seakan-akan kuey teow. Pilih saja mana-mana, dijamin sedap dan lazat. Selain itu, uniknya disini ialah menu Roti Kahwin yang sering dijadikan pilihan untuk sarapan pagi. Rugi kalau tak cuba!
5. Dapur Kampung Special Lalapan

Restoran ini sesuai untuk anda yang sukakan variasi jenis makanan untuk dipilih ketika menjamu selera. Dapur Kampung menyediakan aneka pilihan dari masakan melayu hinggalah kepada masakan barat juga pemanis mulut yang sering menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Menu popular disini ialah seperti kambing bakar yang dibakar sempurna menjadikan ianya lembut untuk dimakan, selain itu, sambal lalapan istimewanya juga sering mendapat pujian kerana tidak terlalu pedas tetapi secukup rasa. Sebagai pencuci mulut, pesanlah pisang goreng cheese yang viral. Pasti sedap hingga menjilat jari.
4. Kuali Emak Café

Konsep dalaman restoran ini kelihatan ceria dengan bertemakan warna kuning dan dihiasi dengan bunga-bungaan pelbagai warna yang menarik, membuatkan anda teruja sebaik saja melangkah masuk ke sini.
Kuali Emak Café, bersesuaian dengan nama yang diberi, menyajikan pelbagai aneka masakan lauk-pauk ala Thai yang sering diminati. Menu pilihan yang special tentunya seperti Sotong Sweet & Sour, Chicken Mango Style, Talapia 3 Rasa dan banyak lagi yang dihidangkan bersama nasi panas. Tentu membangkitkan selera sesiapa saja yang memandangnya.
Satu lagi aktiviti yang unik diadakan di restoran ini ialah Makan Tabur, konsepnya ala-ala Shell Out. Tentu aktiviti makan secara berkongsi di dalam satu hidangan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim sambil bersantai mesra bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan.
3. Kak Bedah Café

Nama dan restorannya cukup memberi gambaran kepada kita bahawa restoran ini pastinya diusahakan pemiliknya yang mempunyai kepakaran tersendiri dalam bidang masakan.
Terbukti apabila Kak Bedah Café turut mendapat jolokan antara restoran terbaik bagi mendapatkan Mee Kolok warisan asli di bandar Kuching ini. Anda boleh cuba dan rasai kelazatannya sungguhpun dimakan mee sahaja kosong tanpa kuahnya.

Yang menjadikan hidangan ini cukup istimewa dan tersendiri ialah kerana sambal cili buatan asli yang pekat dan secukup rasa.
Dimakan pula bersama kuahnya yang pekat dan aneka pilihan mee samada mee kolok biasa, bihun ataupun kuey teow, semangkuk pasti tidak cukup untuk anda nikmati.
2. Shiok Seafood Restaurant

Disini disajikan pelbagai aneka makanan laut yang segar dengan harga yang cukup berpatutan.
Restoran ini berkonsepkan terbuka namun ada juga ruang makan berhawa dingin pada bahagian atas yang besar dan luas sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga ataupun rakan-rakan yang ramai.
Menu yang sering mendapat pujian disini tentunya seperti Shiok Prawns, Sea Cucumber Soup, Fried Osyter Omellete, Curry Garapouer dan Steamed Bamboo Clam, tentunya dimasak sempurna oleh chef berpengalaman. Anda pasti teruja menjamu selera di sini dengan pelbagai masakan enak dan berkualiti disamping keluarga.
1. Bla Bla Bla Café

Pasti anda akan tertarik dengan konsep kehijauan alam semula jadi berinsipirasikan keunikan Bali serta penggunaan meja dan kerusi kayu yang menjadikan suasana makan disini romantik dan selesa.
Menu yang sering mendapat rating terbaik pengunjung yang boleh anda cuba ialah seperti Sayur Midin, Ayam Pandan, Itik Peking Pancake, Cakur Manis serta masakan ala Barat mereka yang sememangnya cukup menyelerakan. Tentu makan malam anda begitu bermakna dengan juadah sedap yang dihidangkan ditemani keluarga atau rakan-rakan.
Begitulah perkongsian beberapa tempat makan menarik di Kuching yang wajib anda singgah sekiranya berkunjung sana nanti.
Rancang percutian anda sebaiknya supaya berpeluang merasai aneka makanan enak disini. Selamat mencuba!