Tahukah anda Melaka bukan sekadar destinasi bercuti yang best semata-mata hanya kerana peninggalan klasik hasil jajahan yang dah berdekad lamanya, tapi juga disebabkan kewujudan terlampau banyak kedai makan yang menarik untuk dicuba.

Sama ada sarapan pagi, makan petang atau malam, pelbagai pilihan kedai makan boleh ditemui untuk memuaskan bermacam selera yang menyapa jiwa. Penangan Bandaraya yang disenaraikan sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO ini tidak ubah seperti Georgetown, Penang.

Dari menu mee racun yang boleh membuatkan telinga berasap hinggalah kepada coconut shake yang viral di serata Malaya, sangat banyak destinasi makan-makan yang mesti anda cuba di Melaka. Nak tahu secara terperinci di manakah tersoroknya semua lokasi makan menarik di Melaka? Teruskan membaca senarai tempat makan menarik di Melaka sehingga ke penghujung.

50. Cendol Kampung Hulu

Cendol Kampung Hulu - Gambar Restoran

Cuaca panas atau hujan, makanan tradisional cendol sentiasa sesuai untuk dinikmati, di saat rasa lemak cendol mencecah lidah, rasa asyiknya tidak terkata, lebih-lebih lagi kalau cendolnya dihasilkan dengan penuh kepakaran. Kalau di Melaka, salah satu tempat menarik untuk mencuba cendol adalah di Cendol Kampung Hulu.

Rasa cendol di sini agak berbeza dan lebih pekat berlemak santan daripada cendol yang lain kerana cara penyediaannya yang lain daripada biasa. Kalau anda nak tahu, untuk menghasilkan cendol ini, mereka tidak menggunakan teknik biasa dengan santan dan ais, tapi menggunakan santan yang dibekukan yang kemudiannya dikisar. Dapat bayangkan kepekatan rasa lemaknya?

Cendol Kampung Hulu - Gambar Makanan

Sambil menikmati cendol, anda boleh melihat pemandangan di sekitar sungai Melaka yang menjadi laluan bot-bot pelancong. Satu pengalaman yang sangat menarik.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (12.00 pm – 12.00 am)

49. Hot Chicken Chop

Hot Chicken Chop Melaka Steak - Restaurant Front Image

Terbayang-bayang nak makan Chicken Chop tapi dalam masa yang sama nak berjimat? Anda bernasib baik kerana apa yang diidamkan ini ditawarkan di restoran Hot Chicken Chop yang terletak di Taman Teknologi Cheng. Tidak hanya menghidangkan Chicken Chop yang murah semata-mata, pilihan menu yang ditawarkan di restoran ini cukup pelbagai. Antara menu yang menjadi pilihan ramai adalah Blackpepper Chicken, Crispy CHicken Chop dan juga Pizza.

Anda jenis yang suka mencuba menu signature kedai makan yang dilawati? Kalau begitu, antara menu yang boleh ditempah adalah seperti Spaghetti Marinara, Chicken Arabiata, Tenderloin Steak dan Linguine Ala Pollo. Tak rugi cuba!

Hot Chicken Chop Melaka - Gambar Makanan

Selain menu yang pelbagai, restoran ini juga memiliki keistimewaannya sendiri berbanding dengan kebanyakan restoran barat yang lain kerana dikatakan bahawa sos-sos yang digunakan dalam hidangan seperti sos bbq, sos blackpepper, sos mushroom dan sos kejunya adalah dihasilkan secara homemade oleh pihak restoran sendiri.

Di samping itu, bahan mentah seperti daging untuk membuat Steak dan juga Lamb Shouldernya pula adalah daging halal yang diimport dari New Zealand. Macam mana? Terasa bergetar tak jiwa nak cuba?

Nak tahu apa lagi yang menarik tentang tempat makan ini? Jom baca review Hot Chicken Chop Melaka.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No. 23, Jalan TTC 26 A, Taman TeknologiΒ  Cheng, 75250, Melaka
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (4.30 pm – 11.00 pm) | Isnin (Tutup)

48. Calanthe Art CafΓ©

Calanthe Art CafΓ© Melaka - Gambar Restoran

Ada sesiapa peminat kopi tegar? Kalau anda betul-betul suka kopi, jangan lupa untuk singgah ke Calanthe Art CafΓ© semasa bercuti di bandaraya klasik ni nanti.

Kedai ini bukanlah seperti kedai kopi di tepi jalan yang biasa, sebab di sinilah anda boleh menemui kesemua 13 jenis kopi yang terdapat di seluruh Malaysia. Kopi ini boleh dihidangkan mengikut selera anda iaitu sama ada sebagai kopi o, cold brew atau sebagainya. Minuman lain juga tak kurang banyak pilihannya.

Baca:Β 12 Resort Di Melaka Yang Menarik Untuk Percutian Istimewa

Bukan itu sahaja, sambil menikmati kopi panas anda boleh juga order pelbagai lagi menu lain yang ditawarkan seperti tom yam seafood, laksa, sate, ayam butter dan banyak lagi. Sebagai pencuci mulut anda boleh mencuba lemon cheesecakenya yang mendapat pujian pelanggan yang pernah mencuba.

Calanthe Art CafΓ© Melaka - Gambar Makanan

Sambil-sambil menikmati hidangan, anda boleh menghadam pemandangan di sekitar kafe ini yang dihiasi dengan pelbagai karya seni menarik.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 11, Jalan Hang Kasturi, 75250 Melaka
Waktu Operasi: Ahad – Rabu (9.00 am – 11.30 pm) | Khamis (Tutup) | Jumaat, Sabtu (9.00 am – 11.30 pm)

47. Nasi Beriani Haji Tamby

Briyani Haji Tamby - Gambar Restoran

Wujud sejak tahun 1969, kedai Nasi Beriani Haji Tamby adalah sebuah kedai makan legend yang tak rugi untuk anda singgah lebih-lebih lagi kalau sekali-sekala sahaja dapat datang ke Melaka.

Yang best dan uniknya di kedai makan ini adalah kerana anda dapat menikmati nasi secara percuma, ya, hanya perlu bayar harga lauk-pauknya sahaja. Tapi kenapa? Ini sebab pemilik Nasi Beriani Haji Tamby percaya dengan janji Allah yang kita tak akan miskin dengan bersedekah. Berganda sebabnya untuk anda singgah bukan?

Briyani Haji Tamby - Gambar Makanan

Inginkan makanan lain selain nasi beriani? Di kedai ini juga terdapat roti tisu, nasi mandy dan juga murtabak.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 73, 55, Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, 75050 Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 4.00 pm)

46. Mochee Dim Sum House

Mochee Dim-Sum House - Gambar Restoran

β€œEh, halal ke Mochee Dim Sum House?” Jangan risau, trademark kedai makan ni adalah β€œHalal, Healthy, Hearty,” jadi semuanya di kedai ni boleh dinikmati tanpa rasa bersalah.

Mochee Dim Sum House - Gambar Makanan

Bagi peminat dim sum, kedai makan ini boleh jadi syurga terindah untuk anda semua, sebab di sini terdapat bukannya sikit tapi lebih daripada 40 jenis dim sum untuk dirasai. Selain itu, mereka turut menawarkan pelbagai jenis menu menarik lain seperti babao, ais krim mochi, mee, pau dan banyak lagi.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No.45 Jalan KNMP2A Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin & Jumaat (2.00 pm –  10.00 pm) | Jumaat (4.00 pm – 10.00 pm) | Isnin (Tutup)

45. Mango Float Royale

Mango Float Royale Melaka
Sumber: Mango Float Royale

Nikmati rasa buah mangga yang dikisar segar bersama dengan ais, Mango Float Royale. Beberapa potongan buah mangga serta ais krim vanilla pula dijadikan toppingnya, cukup menyegarkan untuk dinikmati terutama sekali dalam cuaca panas.

Selain jus float, di gerai yang sama turut terdapat jualan makanan seperti kuih keria, mee kari, jagung grill, meatball dan banyak lagi yang boleh dinikmati sambil bersantai-santai menikmati udara luar.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Kampung Sungai Putat, 75350 Batu Berendam, Malacca
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (2.00 pm – 11.30 pm) | Ahad (11.00 am – 6.00 pm)

44. Cengkerang Seafood Jumble

Cengkerang Seafood Jumble
Sumber: Cengkerang Seafood Jumble

Kedai dengan warna tema hitam pada dindingnya dan coklat daripada tona kayu perabotnya, Cengkerang Seafood Jumble adalah sebuah lokasi menjamu selera yang boleh juga dijadikan tempat lepak yang penuh santai.

Daya tarikannya bukan hanya terletak pada dekorasi dalaman, tapi juga pada sajian yang dihidangkan. Berkonsepkan shell out, anda dapat menikmati pelbagai jenis seafood segar dengan sepuas hati. Antara yang bakal dihantar ke meja anda adalah mentarang, ketam, udang, belangkas, sotong, udang karang, kepah dan banyak lagi.

Dah puas menikmati makanan laut, anda boleh mencuci mulut dengan aneka kuih-muih yang turut terdapat di sini.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No 10, Jalan KLJ 1A, Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka, 75250 Melaka
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (5.00 pm – 11.00 pm) | Isnin (Tutup)

43. Pak Putra Tandoori & Naan (Restoran Pak Putra)

Pak Putra Tandoori & Naan
Sumber: Restoran Pak Putra Tandoori n Roti Naan Melaka

Teringin makan masakan India? Anda boleh singgah ke Restoran Pak Putra yang terletak di Taman Kota Laksamana. Bermacam pilihan roti naan boleh anda jumpa di kedai ni. Dibuka pada lewat petang sehingga ke tengah malam, tempat makan ini sangat sesuai dilawati selepas puas makan angin di sekitar bandaraya bersejarah ni yang tak pernah berpenghujung tarikannya.

Dah dapat tempat duduk, order apa sahaja yang anda dah bayangkan dari tadi, sama ada roti naan, roti naan garlic, naan cheese, naan keema atau naan kentang. Untuk hidangan yang lebih mengenyangkan, anda boleh makan roti ini bersama pelbagai jenis masakan ayam seperti ayam pasanda, ayam bombay, ayam hyperabadi, ayam butter, ayam kali mirch dan banyak lagi.

Dalam bermacam jenis ayam yang ditawarkan, anda mesti mencuba ayam tandoorinya yang dihasilkan menggunakan resepi rahsia. Kesedapannya mustahil dapat dilupakan.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 56 & 58, Jalan 4, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Ahad (5.30 pm – 1.00 am) | Ahad (5.30 pm – 12.00 am)

42. Bam Bam Bistro

Bam Bam Bistro Melaka
Sumber: Bam Bam Bistro

Dah banyak keluarkan duit untuk buat bermacam aktiviti di sekitar Melaka? Untuk menyelamatkan situasi, anda boleh menghilangkan rasa lapar dalam harga bajet di Bam Bam Bistro.

Tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak iaitu dari harga hanyalah semurah RM5, anda boleh memesan chicken chopnya yang sangat mengenyangkan. Mana nak cari chicken chop semurah ni? Bukan je murah, sedap lagi tu.

Selain chicken chop, hidangan lain yang turut ditawarkan di sini adalah spaghetti carbonara, lamb chop, pelbagai variasi burger, meatball, nasi vanggey, nasi lemak ayam pandan, bolognese dan banyak lagi. Untuk air, ada bermacam minuman best yang boleh dipilih, tapi apa kata kalau anda cuba air strawberry vanillanya, sedap tau!

Sambil menikmati hidangan, anda boleh melihat keindahan pemandangan di sekitar ruang makan yang dihias dengan perabot kayu klasik serta keindahan kolam renang di luar ruang makan, suasana yang cukup nyaman.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot 16231, Gabana Villa, Jalan Mahsuri Utama, Pulau Sebang, 78000 Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.30 pm – 11.30 pm)

41. Asam Pedas Claypot

Asam Pedas Claypot Klebang
Sumber: Asam Pedas Claypot Klebang

Bayangkan asam pedas yang panas berasap dihidangkan di depan mata, dapat gambarkan aroma yang menerpa? Sangat mengiurkan! Kalau bayangan asam pedas ini sudah berjaya menggoda jiwa, anda mesti singgah ke Asam Pedas Claypot yang terletak di Taman Kota Laksamana untuk melangsaikan keinginan.

Bermacam pilihan masakan asam pedas yang ditawarkan iaitu sama ada asam pedas ikan jenahak, asam pedas ikan tenggiri, asam pedas ikan kembong, asam pedas ikan pari atau macam-macam lagi.

Lebih mengasyikkan, apabila asam pedas ini dinikmati bersama dengan kubis dan telur masin, tak cukup sepinggan dibuatnya.

Hidangan lain yang turut boleh dipesan di sini adalah seperti roti canai, roti john, nasi goreng cina, mee kari dan banyak lagi.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (6.00 pm – 4.00 am) | Selasa (Tutup)

40. Roti Canai Kayu Arang

Roti Canai Kayu Arang Melaka
Sumber: roti canai kayu arang melaka

Hanyalah dalam sekitar 15 minit pemanduan dari Bandaraya Melaka adalah kedai Roti Canai Kayu Arang di mana anda sekeluarga dapat menikmati hidangan roti canai yang lain daripada yang biasa dinikmati.

Seperti nama kedai ini, roti canai yang disediakan dibakar di atas dapur arang dan bukannya dapur gas seperti yang biasa ditemui di kedai lain. Unik dan klasik!

Selain roti canai biasa, ada juga roti canai nachos, roti tampal, roti bom, roti telur dan banyak lagi. Di samping roti, ada juga menu lain untuk memuaskan perut yang lapar seperti nasi lemak, aneka kuih-muih dan lain-lain lagi.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 459, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 12.00 pm, 8.00 pm – 11.45 pm)

39. Medan Ikan Bakar Parameswara

Ikan Bakar Parameswara Melaka
Sumber: ikan bakar parameswara

Sebaik sahaja mendekati kedai makan Medan Ikan Bakar anda akan terus β€˜ditarik’ masuk dek kerana godaan baunya yang mustahil untuk ditepis.

Di sini, bermacam jenis masakan seafood boleh anda dapati untuk menghilangkan kempunan dan rasa lapar. Namun begitu, dalam banyak-banyak hidangan, masakan ikan bakar Parameswara adalah yang terhangat di kedai ni. Mesti cuba!

Selain ikan bakar, hidangan lain yang boleh dipesan untuk rasa yang tip-top adalah ketam sambal, udang goreng tepung, sotong goreng, kailan ikan masin, ikan siakap stim dan macam-macam lagilah. Anda sebenarnya boleh pilih daripada pelbagai pilihan seafood yang ditawarkan, seterusnya, boleh meminta supaya seafood yang dipilih tadi untuk dimasak mengikut citarasa anda.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Medan Ikan Bakar, Pengkalan, Kampung Umbai, 75460 Ayer Molek, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (5.00 pm – 12.00 am) | Isnin (Tutup)

38. Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung

Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung Melaka
Sumber: medan ikan bakar muara sg duyung

Rasa nak makan ikan bakar yang segar-segar? Mai singgah makan di Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung. Nak makan ikan bakar siakap? Jenahak? Atau banyak lagi seafood lain? Anda tak akan kecewa dengan pilihan seafood yang ditawarkan di sini.

Selain seafood bakar, ada banyak lagi masakan lain yang boleh dicuba seperti masakan tempura sotong, ketam masak cili api dan lain-lain.

Sambil menikmati hidangan, anda boleh menyaksikan pemandangan sungai kerana kedudukannya yang terletak di muara Sungai Duyung. Makan masakan laut yang segar sambil menikmati pemandangan yang juga menyegarkan, satu pengalaman yang tak patut anda lepaskan.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: KM4-5, Jalan Padang Temu, 75460 Permatang Pasir, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (4.30 pm – 11.30 pm)

37. Mee Besen Original

Mee Besen Original Melaka
Sumber: MEE BESEN ORI Melaka

Apa? Mee Besen Original? Makan dalam besen ke? Eh, bukan besen cuci baju tu, tapi dalam mangkuk yang besar.

Bekasnya datang dalam pelbagai saiz berbeza iaitu S yang boleh dinikmati secara solo atau 2 orang, saiz M untuk 2 – 3 orang dan saiz L untuk 3 – 4 orang.

Selain boleh memilih saiz hidangan, pilihan jenis mee turut ditawarkan iaitu mihun, mee kuning, mee soya ataupun kuey teow. Kalau inginkan kelainan, apa kata anda cuba mee soya yang memiliki aroma harum dan bertekstur lembut. Tak rugi cuba dengan harganya yang begitu murah.

Selain mee besen, jangan lepaskan peluang untuk mencuba talam westernnya yang dicaj dengan harga yang sangat berpatutan untuk hidangan yang begitu mengenyangkan. Di atas talam yang sama anda akan disajikan dengan spaghetti, meatball & french fries serta chicken chop. Kalau tak kenyang juga, tak tahulah kenapa.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 17, Jalan PNDD 1, Kampung Durian Daun Dalam, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Selasa – Sabtu (33.0 pm – 10.00 pm) | Ahad (3.30 pm – 12.00 am) | Isnin (Tutup)

36. Asam Pedas Pasar Borong Batu Berendam

Asam Pedas Pasar Borong Batu Berendam
Sumber: γƒžγƒͺγ‚’γƒ  γƒ’γƒγƒžγƒ‰

Terletak di Pasar Borong Batu Berendam, gerai Asam Pedas ini adalah antara yang terkenal di Melaka sehinggakan suasana kedainya sentiasa meriah dengan kedatangan pelanggan tanpa mengira masa.

Lokasinya yang terletak di dalam pasar borong cukup memudahkan pemilik kedai untuk mendapatkan stok seafood yang segar. Ini terbukti daripada rasa ikan yang digunakan dalam asam pedasnya yang begitu jelas kesegarannya.

Dah puas makan asam pedas? Tak apa, ada banyak lagi hidangan lain yang boleh dipesan untuk menghilangkan rasa lapar seperti roti canai, pelbagai jenis masakan western, aneka masakan bergoreng dan lain-lain lagi.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Medan Selera Pasar Borong Batu Berendam, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (6.00 pm – 2.00 am) | Isnin (Tutup)

35. Asam Pedas Selera Kampung

Asam Pedas Selera Kampung Melaka
Sumber: Restoran Asam Pedas Selera Kampung

Nak tahu macam mana rasanya asam pedas asli negeri Melaka? Singgahlah ke Asam Pedas Selera Kampung. Hidangan asam pedasnya memang cukup sedap, lebih-lebih lagi kerana penggunaan ikan segar dalam masakannya. Antara jenis ikan yang ada adalah seperti ikan pari, ikan jenahak, ikan parang dan banyak lagi.

Asam pedasnya dihasilkan sehingga kuah menjadi pekat kemerahan, memang enak dimakan dengan nasi yang berasap dan ulam-ulaman yang segar.

Menu lain selain asam pedas di sini adalah seperti gulai ayam, masak lemak daging salai, masak lemak cili api udang galah, ikan bakar, ayam kampung goreng dan banyak lagi. Walau apa pun lauk yang diambil, jangan lupa untuk makan bersama dengan sambal. Sedapnya bukan main.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: G2, Jalan P.M.3 Plaza Mahkota Square, Bandar Hilir, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 6.00 pm)

34. Medan Ikan Bakar Alai Crystal Bay

Medan Ikan Bakar Alai Crystal Bay Melaka
Sumber: mukmin ikan bakar melaka

Medan Ikan Bakar Alai ataupun Ikan Bakar Crystal Bay adalah sebuah kedai makan yang menghidangkan pelbagai sajian lazat dalam harga yang sungguh berpatutan.

Antara hidangan yang mesti dicuba di restoran ini adalah seperti kelah masak masam manis, sotong goreng tepung dan sup ketam. Selain ini semua, masakan sambal kicapnya dikatakan antara yang paling sedap boleh ditemui di Melaka.

Mengenai masakan seafoodnya, anda boleh memilih daripada pelbagai jenis seafood yang ada seperti ikan kembung, ikan kerapu, ikan jenahak dan lain-lain lagi untuk dimasak dengan pelbagai gaya masakan contohnya masak tiga rasa, black pepper, goreng tepung atau banyak lagi. Orderlah apa saja, anda pasti tak akan kecewa dengan kesempurnaan rasanya.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Crystal Bay, Alai, Sungai Punggur Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (4.30 pm –11.30 pm) | Selasa (Tutup)

33. Anas Seafood Tanjung Kling

Anas Seafood Melaka
Sumber: anas seafood melaka

Nikmati suasana yang tenang di mana bayu laut sentiasa bertiupan serta pemandangan yang menyegarkan pandangan mata semasa menjamu selera di Anas Seafood Tanjung Kling.

Selain terletak di tepi pantai, kedai makan ini turut menjadi tarikan ramai kerana servisnya yang pantas dan juga harga yang sangat berpatutan. Yang penting sekali, menu yang ditawarkan di sini segalanya dimasak dengan secukup rasa.

Antara hidangan yang boleh dicuba sewaktu berada di sini adalah seperti tom yam, mee celup dan pelbagai jenis lagi makanan laut lain.

Sebagai pencuci mulut, anda mesti mencuba pulut mangga dan juga laici kangnya, sungguh menyegarkan tekak. Andai kata anda berada di sekitar Tanjung Kling, jangan lupa untuk singgah makan di sini ya?

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 76400 Tanjung Kling, Melaka
Waktu Operasi: 6.00 pm – 12.00 am

32. Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil

Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil Melaka
Sumber: hajah rahmah asam pedas bukit katil

Port terbaik untuk sesiapa yang rindukan masakan kampung, bermacam juadah boleh anda jumpa di kedai Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil ni.

Dari asam pedas dengan kesedapan yang superb, gulai, masak lemak, goreng panas dan banyak lagi boleh dipilih untuk menghilangkan rasa lapar. Sebagai pencuci mulut, jangan lepaskan peluang untuk merasa kuih kerianya, memang enak.

Harganya? Cukup murah, layanan yang diberikan juga sangat memuaskan hati. Dengan hanya sekali singgah, kedai makan ni pasti akan terus menjadi destinasi kegemaran.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Bukit Katil (KM 9, Jalan Bukit Katil, Kampong Bukit Katil) 75460, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)

31. Wong Solo

Wong Solo Melaka
Sumber: wong solo melaka

Tak perlu terbang jauh ke Indonesia untuk rasa masakan asli Jawa, anda hanya perlu menjejakkan kaki ke kedai makan Wong Solo yang terletak di Taman Melaka Raya.

Bila bercakap tentang masakan Jawa, antara yang akan terlintas di fikiran adalah menu ayam penyet. Untuk pengetahuan anda, inilah menu paling istimewa di restoran ni. Bagi yang suka pedas, tak akan kecewa dengan tahap kepedasan sambalnya, memang berasap! Ayamnya pula diperap sempurna untuk rasa yang bak kata orang putih cukup β€œmarvelous.”

Untuk keselesaan tetamu muslim, surau turut disediakan, tak perlulah anda kelam-kabut bila masuk waktu solat.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 1336, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.30 am – 11.00 pm)

30. Big Bowl Ice

Big Bowl Ice Melaka
Sumber: Big Bowl Ice

Boleh menggigil kesejukan bila berada dekat dengan bekas Big Bowl Ice ni. Apatah lagi bila disuapkan di dalam mulut, alamatnya sejuk berasaplah nanti.

Bagi anda yang mencari hidangan penyejuk tekak dan badan di Melaka, salah satu destinasi yang boleh diterjah adalah kedai ini yang menghidangkan bermacam menu ala ABC.

Baca:Β 10 Pantai Di Melaka Yang Menarik

Antara jenis hidangan sejuk menggigil yang ditawarkan adalah seperti Milo Kepal Big Bowl Ice, Milo Mania, Ice Matcha dan banyak lagi.

Hidangan lain yang turut boleh dipesan di sini adalah seperti waffle, nugget, potato wedges dan juga minuman buah-buahan. Memang sesuai untuk dilawati ketika panas terik.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 11, Jalan Kota Laksamana 1/2, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Khamis & Ahad (12.00 pm – 12.00 am) | Jumaat, Sabtu (12.00 pm – 1.00 am)

29. Kuih Keria Antarabangsa Limbongan

Kuih Keria Antarabangsa Limbongan Melaka
Sumber: Kuih Keria Antarabangsa Limbongan

Teringin makan sesuatu yang manis lepas puas melihat wajah-wajah manis di Melaka? Bolehlah datang ke Kuih Keria Antarabangsa Limbongan yang terletak di Kampung Limbongan ni.

Kuih keria yang bakal anda nikmati di sini sungguh rangup di luar, namun begitu empuk di dalam, lidah anda turut dapat merasai kemanisan yang sesedap rasa. Kesedapannya semakin berganda bila dinikmati panas-panas.

Cuma, diharapkan anda tidak berputus asa bila melihat barisan pengunjung yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli kuih keria ni. Jangan risau, sebaik kuih keria menyentuh lidah nanti, terus lesap kepenatan beratur.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No 29, Jalan kristal merah, 2, Taman Limbongan Permai, 75200, Malacca, Malaysia
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (130pm – 7pm) | Jumaat (Tutup)

28. Seri Muara Alai Hj. Nasir Ikan Bakar

Ikan Bakar Haji Nasir Melaka
Sumber: ikan bakar haji nasir melaka

Uish, sedapnya kalau dapat makan masakan panas lepas puas berpusing bandar dengan beca. Untuk tujuan ini anda boleh singgah ke Seri Muara Alai Hj. Nasir Ikan Bakar yang terletak di Alai. Lokasinya hanyalah dalam sekitar 15 minit pemanduan dari Bandaraya Melaka.

Kedudukan kedai ikan bakar ini yang begitu hampir dengan lautan yang kaya dengan hasil laut, menjanjikan anda dengan hidangan yang segar dari lautan.

Antara hidangan best yang boleh anda cuba adalah seperti sotong goreng tepung, kerang bakar, ikan bakar, udang bakar dan banyak lagi. Jangan lupa untuk cuba hidangannya dengan sos soya pedas yang dihasilkan sendiri oleh tuan kedai ini, memang sedap!

Bukan sahaja menyajikan bermacam hidangan seafood yang segar, harga yang ditawarkan juga cukup murah. Sambil menanti sajian dihidangkan, anda boleh menikmati otak-otak yang telah disediakan di atas meja serta melihat pemandangan luar yang mendamaikan jiwa.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: KM8, 75460 Alai, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00 pm – 12.00 am)

27. Melantak Steak Hub Melaka

Melantak Steak Hub Melaka
Sumber: Melantak Steak Hub

β€˜Melantak’lah anda sepuas hati di Melantak Steak Hub Melaka. Di sini, anda berkemungkinan besar dapat merasai antara hidangan steak atau daging western yang paling mengiurkan dalam hidup. Mana tidaknya, daging yang disediakan di sini diterbangkan segar dari Australia yang terkenal dengan keenakannya.

Eh, halal ke? Jangan risau, dijamin halal. Anda boleh melantak tanpa rasa bersalah menu steak yang dihidangkan di sini. Bukan hanya menghidangkan daging lembu, menu lain yang turut boleh dicuba di sini adalah salmon, sotong, lamb chop dan banyak lagi.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No 11 & 13, Jalan KU 1, Taman Klebang Utama, Klebang, Klebang Besar, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (12.00 pm – 12.00 am)

26. Nasi Ayam Baba

Nasi Ayam Baba Melaka
Sumber: NASI AYAM BABA

Tak kisahlah anda suka nasi ayam atau tak berapa suka, bila cuba sahaja Nasi Ayam Baba ni anda tak akan mampu tahan daripada jatuh cinta dengan nasi ayam, begitulah tahap kesedapannya. Rahsia kesedapannya dikatakan terletak pada ayamnya yang memiliki isi yang begitu lembut. Bukan hanya sedap, saiz hidangannya juga cukup mengenyangkan.

Kalau anda nak tahu, kedai makan ni bukan hanya terkenal dengan nasi ayam, tapi juga asam pedas gearboxnya yang sangat menyelerakan.

Selain nasi ayam dan asam pedas, hidangan lain yang boleh ditemui di kedai makan ni adalah seperti chicken chop, mee wantan, mee cili kering, burger dan banyak lagi. Harganya? Bakal membuat anda tersenyum.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 30, Jalan Pegaga, Taman Merdeka, 75350 Melaka
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (7.00 am – 7.00 pm) | Jumaat (Tutup)

25. Rumah Makan Cibiuk

Rumah Makan Cibiuk Melaka
Sumber: Rumah Makan Cibiuk MITC

Dengan vibe seperti berada di Bali, Rumah Makan Cibiuk adalah sebuah restoran yang menarik untuk dicuba sekiranya anda ingin merasai masakan Indonesia yang dihasilkan sempurna.

Memiliki cawangan di Indonesia, boleh dikatakan di sinilah antara kedai makan di mana anda dapat menikmati hidangan dengan rasa yang betul-betul asli dari negara seberang. Jenis-jenis makanan yang disajikan juga agak jarang didengar dengan nama seperti nasi timbel, nasi liwet, ayam bakakak dan banyak lagi. Dimakan pula dengan sambal dan ulam yang disediakan, memang tak rugi cuba.

Tak berani nak cuba menu yang tak pernah dengar? Tak apa, ada banyak lagi menu lain yang boleh diorder seperti sup ekor, sate dan banyak lagi. Walau apa pun yang anda rancang untuk pesan, segala bahan yang digunakan jelas terasa kesegarannya. Untuk minuman pula, anda mesti cuba jus avocadonya, sangat sedap.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 8 & 10, Lingkaran Mitc, Kompleks Perniagaan Mitc Perdana, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (11.00 am – 11.00 pm) | Jumaat (2.30 pm – 11.00 pm)

24. Hadramawt Palace

Hadramawt Palace Melaka
Sumber: Restaurant Hadramawt Palace Melaka

Sudah puas dengan masakan Melayu dan barat? Tibalah masanya untuk anda mencuba pula masakan timur tengah yang disyorkan ramai iaitu di Hadramawt Palace yang berlokasi di Mukim Bukit Baru.

Tak tahu apa yang nak dipesan? Kami cadangkan untuk anda mencuba nasi mandynya yang dikatakan lengkap dengan ayam yang lembut dan juicy, kesedapannya sampai ke tulang.

Hidangan lain yang tak kurang sedapnya adalah seperti lamb mandy, chicken kebab, fahsa, falafel, shawarma dan banyak lagi. Saiz hidangannyanya pula adalah ala-ala makan di negara Arab, mana pernah hidang dalam saiz kecil? Memang mengenyangkan.

Tak kisahlah apa pun yang anda ingin nikmati, semuanya dihasilkan oleh chef yang pro dalam masakan Arab. Percayalah, makan di sini, setiap sen yang dibelanjakan terasa sangat berbaloi.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No. 15, Jalan PNBB 2, Pusat Niaga Bukit Baru, Mukim Bukit Baru, Seksyen IV, 75150 Melaka
Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 am – 11.45 pm)

23. TWS – Melaka Raya (The Windmill Station)

TWS Melaka Raya Melaka
Sumber: TWS – Great Western Food

The Windmill Station adalah sebuah kedai makan selesa dengan pendingin hawa yang boleh anda singgahi sekiranya ingin menikmati pelbagai jenis makanan tempatan, western ataupun fusion (gabungan kedua-dua tempatan dan barat).

Antara jenis hidangan yang ditawarkan adalah seperti black pepper chicken carbonara, spaghetti meatballs, bolognese, mac & cheese, fried chicken chop, lamb chop, sirloin steak, fish & chip dan banyak lagi.

Untuk minuman pula, banyak milkshake best yang boleh dicuba. Atau mungkin juga anda perlukan kafein? Kopinya cukup kaw!

Dengan keadaan kedai yang selesa, anda boleh menjadikan kedai makan ini sebagai port untuk merehatkan diri dan melapangkan fikiran selepas kepenatan berjalan.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 48 Jalan 13, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 11.30 pm)

22. Restoran Klasik Terapung (Tom Yam Klasik) Garden Restaurant Melaka

Restoran Klasik Terapung Melaka
Sumber: Restoran Klasik Terapung – Tomyam Klasik Garden Restaurant

Terletak di Sungai Putat Melaka adalah sebuah restoran yang tersangat unik kalau dibandingkan dengan yang lain, Restoran Klasik Terapung yang memiliki reka bentuk rumah klasik Melayu yang kelihatan seolah-olah terapung di atas tasik.

Bila diamati dengan teliti, reka bentuk rumah ini kelihatan begitu asli di mana terdapatnya ukiran kayu yang halus dan ruang gazebo yang pastinya dapat menggamit nostalgia.

Mengenai hidangan yang ditawarkan pula, di restoran ini anda boleh memesan pelbagai jenis makanan dari masakan Melayu, masakan Cina, masakan Thailand hinggalah barat. Apa yang anda kempunan nak makan?

Mengenai kemudahan yang disediakan, Restoran Klasik Terapung lengkap dengan pelbagai prasarana menarik seperti surau, wifi, taman permainan, ruangan parking yang luas dan banyak lagi.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 48, Jalan Sungai Putat, Sungai Putat, 75450 Bukit Beruang, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 12.00 pm Kecuali 3.00 pm – 6.00 pm Rehat)

21. Qasreena CafΓ©

Qasreena CafΓ© Melaka
Sumber: Qasreena Cafe Mee Racun Melaka

Jangan terkejut bila ternampak menu mee racun semasa singgah untuk makan di Qasreena CafΓ© ya? Kerana inilah menu utama dan paling istimewa di kafe ni.

Apa racun yang digunakan untuk buat mee ni? Tak bahaya ke? Eh, bukan racun seperti yang anda bayangkan, mee ni 100% selamat untuk dimakan, dengan syarat anda mampu untuk menghadap kepedasan yang bakal menerpa lidah. Memang pedas!

Bagi anda yang tak tahan dengan rasa pedas sekejam ini, banyak lagi menu lain yang boleh dicuba seperti chicken chop, mee kungfu β€˜Hustle,’ nasi goreng β€˜Shah Rukh Khan,’ mee basah β€˜di puncak’ dan banyak lagi menu dengan nama unik yang lain.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 15, Jalan Puncak 2, Taman Puncak Bukit Katil. 75450 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (3.00 pm – 12.00 am) | Ahad (12.00 pm – 9.15 pm)

20. Yong Tau Fu Gelombang Biru

Yong Tau Fu Gelombang Biru
Sumber: Restoran Gelombang Biru Yong Tau Fu Pulau Gadong

Peminat yong tau fu? Kalau begitu, anda mesti singgah ke Yong Tau Fu Gelombang Biru yang terletak di Taman Bertam Perdana. Kedainya agak padat dengan orang ramai terutama pada musim cuti atau hujung minggu, tapi percayalah, penantian anda ternyata amat berbaloi bila hidangannya mula disuapkan ke mulut.

Selain menawarkan pelbagai gabungan yong tau fu yang berbeza, dari daging hinggalah sayur-sayuran, hidangan lain yang turut ditawarkan adalah seperti otak-otak kempas dan juga nasi lemak.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No. 33, Jalan Bertam Perdana 9, Taman Bertam Perdana, 75250 Melaka
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (6.00 pm – 12.00 am) | Isnin (Tutup)

19. Mee Goreng Hassan

Mee Goreng Hassan Melaka
Sumber: Mee Goreng Hassan Tengkera

Nak makan masakan yang simple-simple je untuk sarapan pagi? Anda boleh cuba bersarapan dengan β€˜mee bodo’ di kedai makan Mee Goreng Hassan. Awat kejam sangat nama mee ni?

Untuk pengetahuan anda, mee yang dihidangkan di sini dihasilkan dengan menggunakan resepi yang tersangatlah simple, termasuklah cara hidangannya yang hanyalah dimakan bersama dengan telur goreng mentah, sambal dan hirisan timun.

Jangan disangka mee yang simple ini tiada peminatnya, kalau anda singgah ke sini anda bakal dikejutkan dengan suasana yang meriah dengan orang ramai, yang bestnya, bukan hanya Melayu, tapi juga kaum Cina dan India. Kena cuba dulu baru tahu, harganya pun terlampau murah iaitu hanya RM2 sepinggan.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 390, Jalan Tengkera, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Khamis (7.30 am – 10.45 am) | Khamis (Tutup)

18. Cafeology CafΓ© & Restaurant

Cafeology CafΓ© & Restaurant Melaka
Sumber: Cofeology Cafe & Restaurant

Dengar nama kafe ni iaitu Cafeology CafΓ© & Restaurant, dah boleh bayangkan suasana kedainya yang mesti cool daripada biasa, betul tak? Menggunakan dinding batu-bata dan lantai kayu, suasana di dalam kedai ni, terasa cukup hipster dan kelihatan sejuk untuk keselesaan optimum sewaktu anda bersantai menikmati hidangan.

Bukan sekadar sedap dipandang, bermacam jenis sajian enak boleh anda dapatkan daripada kafe ni seperti spaghetti, sandwich, burger, waffle, kek, chicken chop, lamb chop dan banyak lagi.

Jenis kopi yang ditawarkan juga agak pelbagai dengan setiap hidangan memiliki rasa yang cukup kaw. Pendek kata, segalanya tentang kedai makan ni dari suasananya hinggalah kepada kualiti makanan dan minuman boleh diberikan 5 bintang.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot 21 & 23, Ixora Condominium, Jalan Bukit Beruang, 75450 Bukit Beruang
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30 am – 12.00 am)

17. Mee Sup Tengkera

Mee Gian Melaka Mee Sup Tengkera
Sumber: foursquare.com

Warung makan yang legend, sudah bertapak lebih daripada sedekad di Melaka, Mee Sup Tengkera atau turut juga dikenali sebagai Mee Gian adalah sebuah warung makan yang terkenal dengan hidangan popia goreng dan popia basahnya.

Dengan harga hanyalah dari RM1.40 setiap satu, anda boleh menikmati antara popia yang paling sedap pernah dirasai.

Hidangan lain yang turut boleh ditemui di sini selain popia adalah mihun supnya yang juga merupakan menu utama di kedai makan ni. Supnya agak simple namun boleh ditambahkan dengan lada sulah dan sos soya untuk diperkayakan lagi rasanya. Hidangan lain yang ada di sini adalah seperti mee goreng, mee bodo, kuey teow dan banyak lagi.

Untuk minuman pula, selain minuman biasa yang kita boleh temui di kedai lain, di sini turut terdapat air mata kucing yang sangat menyegarkan tekak.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot, 460, Jalan Tengkera, 75200 Malacca
Waktu Operasi: 4.00 pm – 7.00 pm

16. Sate R&K

Sate R&K Melaka
Sumber: ezalee m

Kalau di KL, orang selalu tercari-cari sate Kajang, di Melaka pula antara sate yang terkenal adalah Sate R&K yang terletak di Taman Bukit Piatu Mutiara, hanyalah bersebelahan dengan lebuhraya, kedai makan ini cukup mudah untuk diakses.

Di sini, anda dapat menikmati rasa sate dengan daging yang begitu lembut, bertambah sempurna bila dinikmati bersama dengan kuah kacangnya yang juga sangat disyorkan ramai. Bagi anda yang datang dalam keadaan perut lapar, anda pasti akan berpuas hati melihat saiz satenya yang kelihatan agak mengenyangkan.

Hidangan lain yang juga boleh dipesan di sini adalah seperti mee goreng basah, maggie goreng, nasi goreng, mee bandung, kuey teow Kantonis dan banyak lagi.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 63, Jalan Bpm 1, Taman Bukit Piatu Mutiara, 75400 Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (4.00 pm – 11.30 pm)

15. Barkat Original Roti John Asli

Barkat Original Roti John Asli Melaka
Sumber: Malaqat Barkat Roti John

Di Barkat Original Roti John Asli anda dapat merasai hidangan roti john yang bukan tipikal, semacam sedapnya, lain daripada yang pernah dinikmati sebelum ini.

Roti john di sini sungguh enak bila dicicah bersama dengan sos yang disediakan serta bersama dengan ayam goleknya. Jangan main-main dengan ayam golek kedai ni, kaya dengan rasa yang mengiurkan. Cara makan yang tak macam roti john biasa kan?

Baca: 27 Homestay Bajet Di Melaka Bawah RM250 Semalam

Kalau anda nak tahu, kedai roti john Barkat ni turut ada cawangan lain, namun kedai yang anda bakal singgah ini adalah kedai original yang telah beroperasi sejak tahun 1980-an lagi.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No. 26, Jalan BU 4A, Jalan BU 4, Taman Bachang Utama, 75300, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (5.00 pm – 12.30 am)

14. Klebang Original Coconut Shake

Klebang Original Coconut Shake Melaka
Sumber: klebang original coconut shake

Berpeluh-peluh di bawah sinaran mentari Melaka? Mai datang ke Klebang Original Coconut Shake untuk mengembalikan kesegaran. Tiada yang lebih melegakan daripada menikmati air kelapa, apatah lagi kalau dicampurkan dengan hirisan kelapa segar bersama aiskrim vanilla, nikmatnya lain macam!

Dah hilang dahaga, tapi rasa lapar pula dah? Jangan risau, di dalam kedai yang sama juga terdapat jualan makanan yang mengenyangkan seperti mee goreng, nasi lemak dan banyak lagi.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot 130, Solok Kampung Bahagia, Klebang Besar, 75250 Kesibang, Melaka
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11.00 am – 6.30 pm) | Jumaat (2.30 pm – 6.30 pm)

13. Perhentian Kuih Kampung (Kueh Kampong)

Perhentian Kuih Kampung Melaka
Sumber: Perhentian Kuih Kampung, Ujong Pasir

Perhentian Kuih Kampung atau turut juga dikenali sebagai β€œKedai Bawah Pokok” kerana kehadiran sebatang pokok angsana yang besar adalah sebuah destinasi makan yang menarik untuk dilawati sekiranya anda ingin memanjakan deria rasa dengan aneka kuih-muih tradisional yang enak.

Bukan hanya kuih dari negeri Melaka, tapi juga kuih-muih daripada negeri lain atau secara umumnya kuih tradisional Melayu yang menjadi kegemaran ramai.

Di samping kuih-muih, makanan lain juga turut ditawarkan seperti ayam golek, asam pedas, mee hailam, mee kari dan banyak lagi.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 213, Jalan Ujong Pasir, 75050 Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 7.00 pm)

12. Restoran Lot 85

Restoran Lot 85 Melaka
Sumber: Restoran Lot 85 Durian Daun

Banyak sekali makanan yang menjadi kegemaran orang ramai di Restoran Lot 85 sampai pening kepala nak buat pilihan. Antara yang menjadi buah mulut orang ramai adalah nasi biryani, kari ikan, ayam goreng, asam pedas dan juga rojaknya. Dalam banyak-banyak hidangan ni, paling wajib anda cuba adalah asam pedas daging tetelnya, sungguh menyelerakan.

Jangan lupa juga untuk mengambil sambal dan ulam-ulaman bagi melengkapkan hidangan, bertambah naik selera nanti.

Untuk minumannya pula, anda mesti cuba teh tariknya, boleh jadi tak cukup secawan sedapnya.

Memandangkan mustahil untuk kedai ini menyajikan makanan yang tak sedap, ianya agak padat terutama pada waktu lunch. Tak nak kecewa cari meja kosong atau tempat letak kereta, datanglah lebih awal daripada waktu makan tengahari ya?

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Putri Hang Li Poh, Kampung Durian Daun Dalam, 75400 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 5.00 pm) | Ahad (Tutup)

11. Ayam Penyet Lamongan

Ayam Penyet Lamongan Melaka
Sumber: Ayam Penyet Lamongan Melaka

Teringin nak makan ayam penyet? Tak perlu pandang tempat lain lagi, kalau dah nama kedainya pun β€˜Ayam Penyet’ Lamongan, mestilah kesedapan hidangan utamanya iaitu ayam penyet tidak akan mengecewakan.

Bagi anda yang inginkan kelainan, boleh sahaja pilih untuk menikmati hidangan ini dengan ikan keli yang dimasak rangup, kriuk-kriuk bila digigit.

Kesedapannya bukan hanya terletak pada lauk yang dihidangkan, sambalnya juga sangat lazat dan pedas. Siapa yang suka pedas tu mesti akan jatuh cinta dengan rasa sambalnya. Nasinya pula, bukanlah nasi biasa tapi nasi uduk yang memiliki rasa lemak yang sedap. Jangan lupa singgah nanti ya?

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Melaka International Trade Centre (MITC), 75450 Ayer Keroh
Waktu Operasi: Setiap Hari (12.00 pm – 10.00 pm)

10. Warung Pak Enal

Warung pak Enal Melaka
Sumber: Hajjah Norsiah

Warung Pak Enal adalah sebuah destinasi menjamu selera yang terletak di tepi jalan besar Bukit Katil – Duyong. Sajian utama di warung ini adalah nasi campurnya di mana terdapat banyak pilihan lauk yang kesemuanya kelihatan sungguh menyelerakan, sampai tak tahu nak pilih apa.

Hidangan lain yang ada di sini adalah seperti lontong, nasi lemak dan sup kambing, memang sedap!

Sebelum pulang, pastikan anda menikmati coconut shakenya yang juga sesuai untuk dijadikan pemanis mulut selepas menikmati pelbagai hidangan.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 4040, Jalan Bukit Katil, 75460 Bukit Katil, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.30 am – 4.30 pm)

9. Restoran Hijrah Sari Nasi Ayam Hailam

Restoran Hijrah Sari Nasi Ayam Hainan
Sumber: Restoran Hijrah Sari (Nasi Ayam Hainan)

Hati-hati kalau makan di Restoran Hijrah Sari Nasi Ayam Hailam, kemungkinan besar, tiada lagi nasi ayam sesedap yang dihidangkan di restoran ini dapat anda jumpa di tempat lain, membuatkan anda sanggup datang dari jauh semata-mata untuk makan di sini.

Nasi yang panas dihidangkan bersama dengan ayam grill yang menyelerakan, sekali cuba memang tak cukup. Mengenai harganya, walaupun terkenal dengan kesedapannya, caj yang dikenakan cukup berpatutan.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 8 & 10, Jalan Keris Emas 1, Taman Keris Emas, 76300 Sungai Udang
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 4.00 pm) | Ahad (Tutup)

8. Roti John Tarik MaeLambong

Roti John Tarik MaeLambong
Sumber: Roti John Tarik MaeLambong

Hanyalah sebuah gerai kecil di tepi jalan, siapa sangka gerai ini telah berjaya mencuri hati ramai pencinta street food? Gerai Roti John Tarik MaeLambong yang nampak simple ni menghidangkan antara roti john yang paling kaya dengan cheese yang mungkin pernah anda rasai. Bila peniaga tak kedekut cheese, barulah rasa berbaloi nak bayar kan?

Bahan yang digunakan juga tak membuatkan anda rasa kecewa, cukup banyak. Sama ada anda makan roti john ayam, daging, tuna atau kambing, inti roti john ini dapat dirasai pada setiap gigitan.

Selain gah dengan roti johnnya, hidangan lain yang turut ditawarkan di sini adalah seperti menu burger premium, fried chicken burger, cheesy meatball, chicken chop dan lain-lain lagi.

πŸ“ Alamat
Alamat: Roti John Tarik MaeLambong, Jalan Hang Tuah Mall

7. Asam Pedas Kak Su

Asam Pedas Kak Su Melaka
Sumber: Asam Pedas Kak Su

Asam Pedas Kak Su menghidangkan menu asam pedas yang cukup sesuai untuk dinikmati oleh sesiapa yang masih baru ingin β€˜menggiatkan’ diri dalam dunia asam pedas. Rasanya yang tidak terlalu pedas dan kuah yang tidak begitu berminyak, menjadikan ianya masakan yang selesa untuk dicuba, dari kanak-kanak hinggalah dewasa.

Ada jenis ikan tertentu yang anda suka? Maklumkan kepada tukang masak kedai Asam Pedas Kak Su ini untuk membuatkan anda asam pedas special berdasarkan pilihan ikan yang ada iaitu sama ada ikan pari, ikan siakap, ikan kembung atau ikan tongkol. Asam pedas daging berlemak pun ada. Rasa lemaknya memang mengancam!

Nak makan lauk lain selain asam pedas? Ada banyak lagi hidangan lain yang boleh dicuba seperti ikan keli masak lemak cili api, ikan bakar dan lain-lain.

Untuk pencuci mulut, anda boleh mencuba ais krim duriannya yang sangat menyegarkan.

πŸ“ Alamat
Alamat: Kampung Jambatan Duyong, 75460 Melaka

6. Bunga & Tembok CafΓ©

Bunga & Tembok CafΓ© Melaka
Sumber: Bunga & Tembok CafΓ©

Bunga & Tembok CafΓ© adalah sebuah kedai makan yang selesa untuk dijadikan tempat menjamu selera bersama keluarga.

Bukan hanya memiliki suasana yang menarik, banyak menu yang disajikan sesuai mendapat β€˜double thumbs up!’ Semuanya dihasilkan dengan sempurna. Kambing grillnya cukup lembut dan juicy serta padat dengan daging. Meatball dan juga mashed potatonya terasa cukup segar. Hidangan ayam grill dan juga ayam gorengnya juga sangat mengiurkan.

Tidak hanya menghidangkan masakan western, makanan lain yang turut boleh anda cuba di sini adalah nasi bryaninya yang sangat menyelerakan.

Yang menariknya lagi, pihak kedai tak kedekut dengan saiz hidangan, sangat mengenyangkan. Harga yang dikenakan juga cukup berpatutan untuk kualiti makanan yang sebegini mantap.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No.53, Jalan KP1 Taman Krubong Perdana, Malacca Town
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Ahad (5.00 pm – 11.00 pm) | Ahad (Tutup)

5. Restoran Rashid Corner

Restoran Rashid Corner
Sumber: restoran rashid corner bukit baru melaka

Dibuka hanya untuk sarapan pagi, sekiranya anda inginkan hidangan yang membangkitkan selera sebagai pembekal tenaga sebelum makan angin di Melaka, anda boleh merancang untuk ke Restoran Rashid Corner.

Antara hidangan yang terdapat di sini adalah seperti lontong, nasi lemak, cakoi, roti canai, capati, thosai dan banyak lagi. Hidangan rotinya memang sedap kalau dimakan dengan kari kambing yang disediakan.

Tak kisahlah apa pun anda tempah untuk makan, layanan yang diberikan cukup pantas, tak sempat perut berbunyi hidangan dah sampai.

Dah kenyang? Nanti dulu! Anda mesti cuba murtabaknya pula, sangat padat dengan inti. Rugi besar kalau tak cuba.

Dibuka hanyalah sehingga pukul 11 pagi (tutup pada hari Isnin), datanglah seawal yang mungkin iaitu dalam sekitar 8 pagi untuk menikmati hidangan dalam suasana yang lebih tenang.

πŸ“ Alamat
Alamat: Taman Bukit Piatu Mutiara, 75150 Melaka

4. Restoran Dima

Restoran Dima Melaka
Sumber: Dima Restaurant Melaka

Jom makan makanan Arab di Restoran Dima. Pelbagai pilihan disajikan seperti nasi Arab, shawarma, roti Arab, kabsa kambing, ayam mandy, ayam zurbiyan dan banyak lagi hidangan lain.

Hidangan berasaskan daging di restoran ini dimasak sehingga lembut serta cukup juicy, dimakan disamping rempah-ratus istimewa. Segalanya memiliki kelazatan tersendiri.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot 1846, 2, Jalan Bukit Beruang Utama, 75450 Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (12.00 pm – 11.58 pm)

3. Cendol Jam Besar

Cendol Jam Besar Melaka
Sumber: cendol jam besar

Dah puas bergambar di sekitar Melaka mesti terasa kering tekak kan? Untuk mengembalikan kesegaran yang makin menghilang, destinasi yang pertama sekali mesti anda pertimbangkan adalah gerai Cendol Jam Besar yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka. Cukup strategik.

Antara jenis cendol yang ada di sini adalah seperti cendol durian, cendol pulut, gabungan cendol durian dan pulut, cendol kacang, cendol jagung dan cendol ais krim. Selain cendol, ABC juga turut dijual di sini seperti ABC durian, ABC ais kacang dan ABC special.

Bagi anda yang ingin penghilang dahaga yang lebih sihat, anda boleh cuba jus tembikainya yang boleh diminum segar daripada buah tembikai yang dilubangkan. Dengan menggunakan hand mixer, buah tembikai dihancurkan untuk menghasilkan jus. Rasanya, sangat manis dan menyegarkan.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Hadapan Muzium Belia Malaysia, Bandar Hilir, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)

2. Restoran Astana Putih

Restoran Astana Putih
Sumber: Restoran Astana Putih

Restoran dengan warna tema putih ini sungguh terpancar kebersihannya. Bukan hanya bersih, keluasannya juga menjadikan Restoran Astana Putih sebuah destinasi makan-makan yang sangat sesuai dan selesa untuk disinggahi bersama keluarga.

Antara menu yang wajib dicuba adalah seperti nasi Arab dan juga chicken chop. Sebagai pemanis mulut, anda boleh mencuba aneka buah-buahan segar dan juga kuih-muih yang disediakan.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Batu 17, Jalan Solok Duku, 78300 Masjid Tanah, Melaka
Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (5.00 pm – 12.30 am) | Ahad – Khamis (5.00 pm – 12.00 am)

1. Medan Ikan Bakar Melaka Serkam

Medan Ikan Bakar Melaka Serkam
Sumber: Medan Ikan Bakar Serkam, Melaka

Ingin menikmati hidangan seafood sambil menyaksikan pemandangan yang memukau jiwa? Anda boleh singgah makan di Medan Ikan Bakar Melaka Serkam. Pemandangan yang menarik dari Jeti Sungai Serkam dapat anda saksikan terutama sekali pada waktu malam.

Berkaitan dengan seafoodnya, anda boleh memilih daripada pelbagai jenis hasil laut segar yang ada seperti ikan kerapu, ikan pari, ikan kembung, sotong, ikan cencaru dan banyak lagi.

Seterusnya, pilih sahaja jenis masakan yang diidamkan, ingin dimasak masam manis, tiga rasa, goreng tepung atau sebagainya, biarkan tukang masak di dapur laksanakan β€˜arahan’ anda sehingga ke tahap rasa yang paling sempurna.

Dah kenyang? Apa kata kalau anda singgah ke masjid bersejarah yang telah mencapai usia ratusan tahun iaitu Masjid Serkam Jamek yang terletak hanyalah beberapa tapak dari kedai makan ni.

πŸ“ Alamat
Alamat: Jalan Medan Ikan Bakar, 77300 Merlimau, Melaka

Macam mana? Ada kedai makan yang dah berjaya buat anda terliur? Masakan Melayu, Cina, India, Jawa, barat dan Arab, semuanya boleh anda jumpa di pelbagai pelusuk Melaka. Sah! Melaka bukan sekadar terkenal dengan peninggalan sejarahnya yang masih berdiri kukuh, tapi juga dengan restoran dan kafe yang menarik untuk disinggahi.

Baca:Β 65 Tempat Menarik Di Melaka | Panduan Melawat Negeri Bersejarah

Diharapkan artikel tempat makan menarik di melaka ini dapat memudahkan anda yang merancang untuk bercuti ke Melaka tak lama lagi dalam membuat pilihan kedai makan. Selamat bercuti dan menjamu selera di Melaka!