Muar merupakan daerah kedua terbesar di utara Johor. Di anugerahkan dengan gelaran Bandar Diraja pada tahun 2012 cukup membuktikan bahawa ia sebuah pekan istimewa yang wajib dikunjungi. Â Dihiasi dengan landskap yang cukup indah terutamanya di perairan Pantai Leka dan juga Gunung Ledang menjadikan ia tumpuan utama bagi percutian di musim cuti sekolah dan juga cuti umum.
Bukan itu sahaja, Muar turut cukup terkenal sebagai lubuk makanan di kalangan masyarakat Johor dan juga Singapura. Sebut saja makanan apa yang terlintas di fikiran semuanya mudah didapati di sini. Untuk anda  food hunter inilah tempat yang paling sesuai untuk diterokai! Nikmatilah kelazatan dan keunikan masakan di sini sehingga puas. Jadi, jangan lupa masukkan Muar sebagai lokasi wajib dalam list anda ye!
Bagi yang belum pernah ke Muar, jadikan musim cuti sekolah ini sebagai percutian yang akan diingati sampai bila-bila dengan membawa keluarga anda bercuti ke Muar untuk menikmati sendiri segala jenis masakan yang ada di sini.
Kami di maisinggah.com dengan berbesar hati membantu anda dengan menyenaraikan beberapa tempat makan menarik di Muar untuk anda lawati nanti. Jom dapatkan lebih info di entri kami pada kali ini.
22. Roti2u
Teringin nak ke Turki tapi hajat masih tak kesampaian? Boleh pejamkan mata sambil makan Roti Bazlama, roti dengan resepi yang berasal daripada perkampungan Turki di kedai Roti2U yang terletak di Muar dan juga Batu Pahat, Johor.
Roti ini telah diolah sedikit supaya sesuai dengan citarasa masyarakat Malaysia, menjadikannya lebih empuk dan lembut, sekali cuba sahaja, terus jatuh cinta. Apatah lagi bila dimakan dengan topping cheese dan dicicah dengan kuah kari atau rendang yang pekat dan likat, sampai termimpi-mimpi dapat dirasa kesedapannya.
Di kedai ini bukan sahaja ada Roti Bazlama, tapi juga banyak lagi menu lain seperti Pizza, Lasagna, Nasi Beringin Kambing dan sebagainya. Bagi yang duduk di sekitar Muar atau Batu Pahat tu, Roti2U turut menawarkan khidmat hantaran ke beberapa lokasi yang boleh anda semak melalui pautan ini:
website: roti2u.orderla.my
Instagram: ROTI2U
Facebook:Â ROTI2U
Alamat:
- Cawangan 1: 2, Jalan Perniagaan Jaya 4, Pusat Perniagaan Masjaya, Jalan Salleh, 84000, Muar, Johor.
- Cawangan 2 (HQ): Roti2U, 39, Jalan Mohd Salleh, Kampung Saleh, Batu Pahat, Johor.
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu (11.00 am – 6.00 pm) | Rabu (Tutup)
21. Burger D’Raje Westren Grill
Pernah ditemubual dalam rancangan Borak Kopitiam TV3 sudah membuktikan Burger D’Raje Westren Grill ini mempunyai sesuatu yang istimewa dan wajib dicuba sekiranya berkunjung ke Muar. Dikatakan burger bakar dari kedai ini adalah burger bakar no 1 terbaik di Muar.
Baca:Â 11 Tempat Menarik Di Muar
Tiada lagi kedai lain yang mampu challenge kesedepan burger bakar di sini. Daging handmade tebal yang dibakar lembut, dihidangkan bersama sos berserta sayur extra sememangnya cukup terangkat! Satu set yang berhaga RM20 lengkap dengan burger bakar double layer + air sunquick + kentang goreng yang rangup sememangnya berbaloi-baloi.
Bagi anda yang inginkan menu nasi, nasi lemak pandan bersama ayam goreng crispy atau nasi goreng + ayam goreng crispy adalah menu yang terbaik untuk dicuba. Cuba sekali pasti datang lagi dan lagi.
Antara menu lain yang hot di sini adalah Nanchos Chicken Chop dan juga milkshake hazelnut. Jangan lupa cuba tau. Tak menyesal punyalah!
Alamat: Pos 64, Jalan Parit Raja Tengah, Kampung Parit Raja, Jalan Temenggong, Muar
20. Lempeng Pekak Kambing Semalam
Aduhai, nama kedai pun dah cukup rare apatah lagi masakan yang ada dijual di sini. Memang cukup mengujakan setiap kali nama kedai Lempeng Pekak Kambing Semalam disyorkan sekiranya berkunjung ke Muar.
Lempeng pekak yang dihidangkan bersama kuah kari kambing yang pekat likat sememangnya membangkitkan lagi selera makan anda sekeluarga. Kari kambing ini dimasak dengan rempah kari khas yang menjadikan ia kari terbaik di Muar dan yang paling penting tiada bau hamis kambing. Maka tak hairanlah kedai yang diusahakan oleh Tok Pin (Arippin Saat) ini sering sesak dengan kunjungan orang ramai. Silap hari bulan jika anda datang lambat semuanya sudah sold out. Licin.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa lempeng pekak menjadi signature kedai ini? Dan apa itu lempeng pekak? Untuk pengetahuan anda lempeng pekak ini adalah lempeng kosong yang dibakar rangup. Cukup enak dimakan begitu saja. Bahkan bila disua ke mulut anda akan terbuai ke alam lain.
Selain itu, menu lain yang anda boleh cuba di sini adalah mee rebus, soto ayam, laksa penang dan soto kambing. Â Kedai ini beroperasi dari jam 6.30 pagi sehingga 3 petang. Jangan lambat tau kalau tak berputih mata la jawabnya.
Alamat: Di Bakri Batu 6 berhadapan perkuburan Islam
19. Cendol De’Raja Muar Royal Town
Kalau anda penggemar cendol, ada satu restoran di Muar yang perlu anda kunjungi. Cendol De’Raja Muar Royal Town namanya. Terletak di Taman Sri Tanjung, kedai ini sering dikunjungi ramai terutama sekali waktu pagi dan selepas makan tengah hari. Kedai simple ini sangat menyerlah dengan kiosk berwarna kuning dan ruangan duduk open air yang santai dan selesa.
Menu di sini simple tetapi beraneka. Yang paling utama di sini tentulah seleksi cendol mereka. Ada cendol biasa, cendol Pulut, cendol durian, cendol aiskrim, dan macam-macam lagi. Memang menjadi kegemaran ramai tak kira waktu panas ataupun dalam cuaca yang dingin. Mereka turut menyediakan pelbagai jenis rojak seperti rojak petis, rojak buah, rojak mee, rojak tauhu dan lain-lain. Memang beraneka di sini. Untuk makanan yang lebih berat, mereka turut tawarkan seperti nasi ayam dan mee bandung. Jadi, bila singgah di Muar, pastikan anda singgah ke Cendol De’Raja ini dan rasai kehebatan cendol mereka sendiri.
Alamat: 207, Jalan Meriam, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi: 11.30am-6.30pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)
18. Restoran Haji Sharin Low
Bagi anda yang sukakan makanan masakan Cina dan ingin mencari yang halal di sekitar Muar, bolehlah mencuba Restoran Haji Sharin Low. Restoran ini turut mempunyai cawangan di beberapa tempat di negeri-negeri lain. Namun, di Muar, ia terletak di Taman Seri Emas. Restorannya dihias cantik dan menggambarkan budaya masyarakat Cina. Dengan penggunaan warna merah, lampu tanglong, memang nampak seperti kedai makan Cina tetapi jangan risau, ia dipunyai oleh pemilik Cina Muslim dan semuanya halal belaka.
Menu utama di sini berasaskan masakan makanan laut. Jadi jika anda penggemar makanan seafood ala Cina, di sini anda boleh dapatkan versi halal. Hidangan seperti salted egg squid, soft crab buttermilk, sup sharkfin, ketam masak cili, egg fuyong dan macam-macam lagi memang menjadi kegemaran para pengunjung. Sesuai sekali untuk makan beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan. Mereka turut menyediakan masakan a-la carte dan panas seperti kuey tiaw goreng, Yee Mee Kung Fu, Mee Wantan, nasi itik, dan banyak lagi. Jadi jika anda inginkan makanan masakan Cina yang halal tetapi tetap authentic, datanglah ke Restoran Haji Sharin Low.
Alamat: Jln Salleh, Taman Sri Emas, 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi: 11am-10.30pm (setiap hari)
17. Sabok Awor Seafood Court
Sabok Awor Seafood Court atau Medan Ikan Bakar Sabok Awor menawarkan pengalaman makan makanan laut yang sangat unik dan memuaskan. Dengan konsep food court, restoran ini menyediakan ruang tempat duduk yang luas, banyak dan selesa. Turut menjadi tarikan ialah lebih kurang 12 kedai makan yang menawarkan pelbagai jenis menu yang boleh anda cuba.
Di sini ikan bakar menjadi menu tarikan. Namun, ada juga hidangan lain yang istimewa seperti ikan masak asam pedas, ikan masak tiga rasa dan lain-lain. Anda boleh dapatkan makanan laut lain seperti kerang bakar atau rebus, kupang sambal, sotong goreng tepung, udang buttermilk dan banyak lagi. Sangat sesuai untuk anda berkunjung beramai-ramai. Dengan konsep food court begini, mudah dan untuk anda mendapatkan hidangan berlainan dari gerai lain-lain. Sabak Awor Seafood Court memang best.
Alamat: Medan Selera, Jalan Cahaya, Sabak Awor, 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi: 5pm-11.59pm (setiap hari)
16. Asam Pedas Jalan Joned
Antara masakan atau hidangan yang cukup terkenal di Muar ialah Asam Pedas. Berlainan sedikit dari asam pedas Melaka, asam pedas Johor ini juga sangat sedap. Di Muar, anda boleh dapatkan hidangan asam pedas ini di Adam Pedas Jalan Joned. Restoran ini dianggap sebagai lagenda dan sudah pun terkenal. Sudah beroperasi bertahun-tahun, pastinya anda perlu cuba untuk rasai keistimewaannya sendiri.
Terdapat beraneka jenis kuah asam pedas yang dimasak bersama ikan-ikan berlainan. Antara kegemaran ramai ialah asam pedas ikan jenahak, asam pedas ikan mayong dan asam pedas ikan pari. Tetapi sebenarnya, memang banyak lagi jenis asam pedas yang mereka tawarkan. Makan pula bersama nasi putih panas-panas, sambal belacan dan ulam-ulaman, serta lauk-pauk sampingan pilihan yang lain, memang puas hati. Pastikan anda singgah ke sini bila berada di Muar. Barulah lengkap perjalanan anda di sini.
Alamat: Jln Junid, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi: 10am-5pm (setiap hari)
15. Mee Bandung Abu Bakar Hanipah
Tak sah kalau tak pekena Mee Bandung kalau berkunjung ke Muar. Tak lengkap rasanya. Bagi pencinta mee bandung, Mee Bandung Abu Bakar Hanipah adalah sebuah restoran tak lagi asing di halwa telinga mereka. Kerana di sinilah satu-satunya mee bandung yang paling padu dan terbaik yang anda boleh rasa.
Kesedapan mee bandung di sini yang tak mungkin anda dapat di luar sana adalah terletak pada kuahnya yang lazat. Kepekatan dan rasa yang seimbang membuatkan ianya enak tak terperi. Satu mangkuk belum tentu cukup untuk dinikmati.
Bahkan di sini juga anda boleh dapatkan pes atau perencah mee bandung bagi mengubati rasa rindu mee bandung Muar. Jangan lupa borong ye kalau tak ke Muar pula jawabnya nanti! Mee Bandung Abu Bakar Hanipah beroperasi bermula dari jam 7 pagi sehingga 4 petang.
Alamat: Jalan Abdullah, Muar, 8400 Johor
14. Restoran Murtabak JD Singapore
Pernah rasa Murtabak Singapore yang asli? Jika belum Restoran Murtabak JD Singapore adalah lokasi yang tepat buat anda. Kerana restoran ini adalah yang pertama yang membawa masuk murtabak Singapore ke Malaysia. Keaslian resepi serta kesedapannya adalah dijamin 100%.
Apa yang istimewanya di sini adalah murtabak ini dihidangkan bersama sos cili yang buat sendiri. Tanpa sebarang penambahan sperti sos botol diluar sana. Nah, tentu kecur air liur apabila membayangkan murtabak Singapore asli dicicah dengan sos cili pedas handmade. Fuh, padu dan terangkat!
Portion untuk sebiji murtabak di sini memang besar dan ia cukup untuk 2 hingga 3 orang makan. Pastinya anda sekeluarga boleh makan sepuas hati dengan modal yang kecil. Berbaloi-baloi!
Selain daripada murtabak Singapore anda juga boleh nikmati nasi campur dan juga asam pedas.
Alamat: Jalan Kesang, Muar
13. Village Grill
Bila berkunjung ke restoran secara berjemaah pasti ada yang nak makan western dan ada juga merengek nak makan makanan local yang kena dengan tekak orang melayu seperti nasi goreng atau tom yam pedas. Pening dibuatnya. Tapi dengan adanya Village Grill anda tak perlu risau lagi. Kerana di sini makanan yang dimasak merangkumi semua jenis. Western ala-ala mat salleh ada dan makanan tempatan pun ada. Memang banyak pilihan untuk anda nikmati.
Village Grill sememangnya pilihan tepat!
Ruang makan yang mementingkan privasi keluarga berserta layanan 1st class dari crew di sini menjadikan restoran ini tempat yang paling sesuai untuk sebarang event termasuklah anniversary, birthday, gathering dan lain-lain.
Menu yang istimewa di sini adalah Chicken Platter, Grilled Lamb Rack Succulent, Meat Galore dan banyak lagi. Harga yang murah dengan pakej portion makanan yang banyak sudah tentu menjadi pelaris terbaik abad ini.
Alamat: No. 185-10, Jalan Salleh, Muar, 84000 Bandar Maharani, Johor, Malaysia
12. Mee Bandung Udang Galah Muo Ori
Mee bandung antara makanan yang terkenal di Muar dan kini ia menjadi makanan signature utama di sini. Pelik sekiranya jika anda ke sini tanpa menjamah semangkuk mee bandung Muar.
Kelazatan dan keenakannya bergantung kepada kuah yang seimbang. Apatah lagi jika semangkuk mee bandung disajikan bersama udang galah yang memenuhi permukaan mangkuk. Tengok pun dah cukup menggiurkan.
Jika anda merancang untuk berkunjung ke Muar, jangan lupa singgah ke restoran  Mee Bandung Udang Galah Muo Ori ye!
Alamat: Restoran Special Mee Bandung Udang Galah Muo Ori, No.1-10, Jalan Perindustrian, Tanjung Agas, 84000 Muar
11. Sarah Hannah Café
Suasana makan yang santai, servis pelanggan yang cekap serta dekorasi yang menarik menjadi daya penarik utama pengunjung menikmati makan malam keluarga atau lepak bersama kawan-kawan di sini. Tidak melampau jika Sarah Hannah Café diberikan 5 bintang.
Bagi masayarakat setempat di Muar, restoran Sarah Hannah Café sudah tidak asing lagi. Dari jauh anda boleh lihat restoran ini sesak dengan pelanggan.
Antara menu yang hot dan paling special yang anda wajib cuba adalah Nasi Goreng Chicken chop, Nasi Lemak Ayam Crispy, Spageti dan banyak lagi. Dan yang paling penting 1 set boleh dimakan oleh 2-3 orang dewasa. Mmenag terbaiklah!
Alamat: Sarah Hannah Cafe Jalan Dato Lau Bong Wong, 84000 Muar
Waktu Operasi: Isnin-Sabtu bermula jam 4 petang sehingga 12 malam
10. Medan Asam Pedas Parit Jawa
Berada di Muar tapi tiba-tiba teringin nak makan asam pedas? Jangan risau dan tak perlu ke Melaka lagi. Di Medan Asam Pedas Parit Jawa semuanya ditanggung beres. Asam Pedas yang piau dan asli, kuah yang pekat serta rasa pedas yang padu pasti membuatkan anda tidak akan menoleh ke kanan atau ke kiri semasa menikmati asam pedas di sini.
Tambahan pula, anda dikelilingi pemandangan yang indah dari Pantai Leka. Pasti membuatkan anda terleka buat seketika. Di Medan Asam Pedas Parit Jawa terdapat banyak gerai yang menyajikan makanan yang enak dan yang paling popular di medan ini adalah asam pedas Pak Yahya. Medan ini beroperasi setiap hari kecuali hari Ahad bermula jam 11 pagi sehingga 4 petang.
Alamat: Medan Asam Pedas, MPM, 84150 Parit Jawa, Johor
9. Muar Soup House Sdn Bhd
Sebuah restoran yang berdekad lamanya tumbuh di Muar. Boleh dikatakan sudah 5 dekad restoran ini diusahakan oleh Encik Shaik Alaudin bin Gulam Kadar bersama Puan Aishan Nachia binti Abdul Majeed dan sekarang ia diwarisi oleh anaknya.
Apa yang menarik di sini adalah sup antaranya sup kambing, sup gearbox dan banyak lagi. Resepi turun temurun beserta bahan segar yang digunakan untuk memproses sup menjadikan Muar Soup Sdn Bhd terus dikunjungi ramai pelanggan saban hari. Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh menikmati masakan barat dan juga masakan tempatan.
Pendek kata kalau anda ke sini memang rambang mata dan pening untuk memilih menu.
Alamat: 47, Jalan Sisi, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor
8. Sai Kee Kopi 434 Muar
Sebaik saja kaki melangkah masuk ke Sai Kee Kopi 434 Muar, anda akan disambut oleh aroma kopi yang mengasyikkan. Cukup dengan aroma dan bau kopi yang memenuhi segenap ruang membuatkan mood pagi anda segar dan bertenaga.
Tambahan pula kopi ini disediakan dengan menggunakan resepi turun temurun ini bakal menyempurnakan hari-hari anda. Jadi tak hairanlah kedai ini mampu bertahan lebih dari 60 tahun lamanya.
Eleghant Coffee antara kopi yang terlaris di sini. Kopi yang pekat dengan rasa pahit yang nipis membuat ia terus digilai ramai.
Nak lebih awesome? Apa kata pekena secawan eleghant coffee bersama nasi lemak 434. Confirm tak cukup sepinggan. Bukan itu sahaja, sebelum melangkah keluar dari kedai ini jangan lupa untuk membeli kopi uncang dan beberapa jenis kopi yang lain untuk dijadikan bekalan di rumah nanti. Mana tahu tiba-tiba ada yang mengidam Sai Kee Kopi 434 Muar pula nanti.
Alamat: 121, Jalan Maharani, 84000 Muar
7. Muar Mango Corner Ice Ball
Sekali pandang menu yang ada di Muar Mango Corner Ice Ball memang mengancam. Kecur air liur dibuatnya. Lebih-lebih lagi ketika cuaca yang panas. Dapat pekena Dragon Float dan Ais Kepal Milo memang terbaiklah.
Bukan itu sahaja, antara menu lain yang hot di sini adalah Ais Kepal Durian Belanda, Dragon Float Pearl, Ais Kepal Paddle Pop dan banyak lagi. Untuk anda yang sedang berdiet sila jauhkan diri.
Muar Mango Corner Ice Ball beroperasi bermula dari jam 11.30 pagi sehingga 6.30 petang. Jom ajak family datang lepak kat sini nanti!
Alamat: Jalan Meriam, Belakang High School Zamri Abdullah
6. Rojak Place Cafe
Sambil-sambil ronda pekan Muar apa kata singgah sebentar di Rojak Place Café. Pelbagai jenis rojak dan makanan ada dijual di sini. Yang penting bahan yang digunakan untuk menyediakan rojak sememangnya fresh dan kuahnya yang pekat pasti anda akan bertambah berkali-kali.
Rojak Place Café turut menerima tempahan untuk sebarang majlis. Untuk warga Muar jangan lepaskan peluang ye.
Dibuka dari jam 10.30 pagi sehingga 7.30 malam, Rojak Place Café semestinya pilihan yang terbaik untuk minum petang anda sekeluarga.
Alamat: Taman Sri Jeram 1 Jalan Bakri, 84200 Muar
5. Faris Kitchen
Sebut saja Faris Kitchen pasti ramai yang recommend! Kalau di Muar restoran ini adalah antara yang top dan paling sesak dengan pelanggan. Mana tidaknya Faris Kitchen telah tersenarai sebagai tempat makan makan sekeluarga terbaik di Muar.
Rotijohn Cheeseeeee Sekapal, Air Jagung Jakarta creamy, Nasi Lemak Sotong Gergasi, Nasi Lemak Ikan Siakap dan Char Kway Teow Sotong Gelang antara menu wajib untuk anda cuba sekiranya berkunjung ke sini. Memang terbaiklah dan sangat susah untuk anda jumpa di luar sana.
Yang paling bestnya, portion untuk seorang makan menyamai portion untuk 3 orang dewasa. Sekali hadap memang tidur dalam kekenyangan la jawabnya.
Restoran ini beroperasi setiap hari selain hari selasa bermula dari jam 6 petang hingga 12 Malam. Tunggu apa lagi, jom set tarikh untuk lepak bersama keluarga atau sahabat di sini.
Alamat: Taman Sungai Abong Mulia, 84000 Muar
4. Oyster Shell Out
Exciting moment adalah di mana kita boleh berkumpul dan lepak beramai-ramai. Sambil makan boleh borak-borak mengimbau kenangan lama. Di Oyster Shell Out sememangnya tempat yang terbaik untuk anda sekeluarga menikmati shell out terbaik di Muar.
Ruang makan yang luas dan terbuka serta servis pelanggan yang cekap menjadikan restoran ini sebagai sasaran utama untuk makan malam. Lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah atau cuti umum. Bahkan makan laut di sini sememangnya fresh.
Nak lebih mudah anda boleh membuat tempahan awal sebelum bergerak ke sini. Sesamapai saja di restoran anda boleh terus menikmati mkanan yang sudah terhidang di depan mata.
Anda boleh berkunjung ke sini pada hari selasa sehingga ahad bermula jam 6.30 petang-12.00 malam.
Alamat: Esah best parit tiram,Jln hj omar, 84000 Muar
3. Mutiara Muar BBQ Steamboat
Bila dah penat meronda seharian di pekan Muar, apa kata kita rehatkan minda sambil layan steamboat di waktu malam.
Pasti hilang rasa penat dan lenguh-lenguh urat. Apatah lagi ruang makan hanya di sebelah Sungai Muar. Memang boleh membangkitkan lagi mood makan malam anda sekeluarga!
Dengan harga RM26 untuk orang dewasa dan Rm10 untuk kanak-kanak 7-12 tahun, sememangnya Mutiara Muar BBQ Steamboat wajib diserbu beramai-ramai. Sangat murah jika dibandingkan dengan kedai steamboat diluar sana.
Lebih dari 25 jenis menu serta berbagai jenis seafood dan juga perapan grill disediakan, pasti membuatkan anda berasa di syurga makanan.
Alamat: Bangunan Mara, Jln Maharani, Bandar Maharani, 84000 Muar
2. Pak Yahya Asam Pedas
Gerai Pak Yahya Asam Pedas sememangnya sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Bandar Maharani. Keenakan serta keunikan masakan di sini menjadi bualan ramai.Ternyata bagi peminat asam pedas, gerai ini pasti menjadi pilihan utama mereka. Lihat saja dari jauh gerai Pak Yahya sentiasa sesak dengan kunjungan orang ramai.
Mungkin ada yang belum tahu bahawa gerai No 1 di medan asam pedas parit jawa ini sudah ditemubual oleh pihak crew TV3. Pasti ada yang istimewa dan menarik mengenai gerai ini, bukan?
Ikan yang segar, kuah yang pekat dan pedas serta harga yang murah adalah kunci utama gerai Pak Yahya menjadi kegilaan ramai. Bukan itu sahaja, nak lebih padu untuk makan tengah hari anda? Sila cuba asam pedas ikan merah atau ikan jenahak.
Alamat: No 1 Medan Asam Pedas Parit Jawa
1. R&H Sate Maharani
Daging sate yang dibakar sempurna, menjadikan isinya lembut di dalam dan ranggup di luar. Sesiapa pun yang datang ke R&H Sate Maharani pasti akan kembali.
Bukan itu saja, rasa manis yang seimbang dan kepekatan kuahnya yang cukup padu sudah pasti akan menambat hati mereka yang berkunjung ke sini. Yang lebih menarik dan uniknya, R&H Sate Maharani menyediakan menu sate seawal pagi iaitu untuk sarapan pagi. Cukup rare kan sate dimakan waktu pagi kerana pada kebiasaannya sate lebih mudah didapati pada waktu petang atau malam.
Alamat: 13, Jalan Majidi, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor
Terdapat banyak tempat makan yang menarik yang ada di sekitar Muar, Johor. 22 tempat makan yang kami senaraikan ini belum meliputi keseluruhan port makan terkenal di daerah ini. Apa yang pasti anda tidak akan menyesal mencuba kesemua kedai makan yang kami kongsikan.
Jika berkesempatan untuk ke Muar, jangan berlengah lagi jom serbu 22 tempat makan menarik di Muar ini beramai-ramai!