Bandar Nilai yang terletak di Negeri Sembilan bersempadan sahaja dengan Kuala Lumpur. Walaupun kecil dan lebih dikenali kerana Nilai College dan Nilai 3, sebenarnya bandar ini penuh dengan tempat-tempat makan dan seni kulinari yang istimewa. Mari kami kongsikan 10 tempat makan menarik di Nilai yang ramai tak tahu.

10. Aunty Aini’s Garden Cafe

Aunty Aini's Garden Cafe, Nilai - Gambar Depan Kedai
Sumber: dstacokerepek

Senarai kami tidak akan lengkap jika tidak memasukkan Aunty Aini’s Garden Cafe. Mungkin saja antara restoran paling popular di Nilai, ia dimiliki oleh Aunty Aini, kafe ini telah dikunjungi oleh beberapa chef ternama dunia seperti Anthony Bourdein dan Gordon Ramsay. Malah, Gordon Ramsay datang menuntut ilmu membuat rendang dari Aunty Aini. Jadi, memang confirm restoran ini perlu dikunjungi.

Baca: 30 Tempat Makan Menarik Di Seremban

Menu utama di sini ialah masakan kampung. Di sini, masakan special mereka ialah ikan jenahak tempoyak yang dimasak penuh lemak dan cukup sedap. Kalau dah sampai ke sini, mestilah cuba rendang Aunty Aini yang famous, kan? Memang tak rugi chef Gordon Ramsay menuntut ilmu dengan Aunty Aini.

Aunty Aini's Garden Cafe, Nilai - Hidangan Makanan Melayu Yang Pelbagai
Sumber: sally_yusof

Dagingnya empuk dan lembut dengan rasa rendang yang sangat sedap. Kerana di sini, Aunty Aini mempunyai kebun sayuran tersendiri, anda perlu juga mencuba hidangan sayur yang dipetik segar dari garden Aunty Aini ini seperti kerabu pucuk paku. Memang restoran Aunty Aini’s Garden Cafe ini antara restoran yang mesti anda kunjungi. Sejam sahaja dari Kuala Lumpur.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Batu 16, Jalan Sepang, Kg. Chelet, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Waktu Operasi: 11.30am-2.30pm, 5.30pm-11pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)

9. Nasi Kukus Tonggek

Nasi Kukus Tonggek Nilai - Gambar Restoran
Sumber: Jaja Shahar

Jika anda sukakan hidangan dari pantai timur iaitu nasi kukus, anda perlu mencuba Nasi Kukus Tonggek. Lain macam bunyinya, kan? Istimewanya nasi kukus di sini, ia didatangkan dalam gegelung besi. Kuahnya dicurahkan di bahagian atas bersama lauk pilihan anda. Sebaik sahaja anda nak makan, tarikan sahaja gegelung besi tadi ke atas dan biarkan lauk dan kuah tadi melimpah. Cool.

Nasi Kukus Tonggek ini terletak dalam Aeon Mall, Nilai. Jadi jangan risau tentang keselesaan dan fasiliti lah, memang cukup lengkap. Nasi Kukus Tonggek ini membawakan nasi kukus bersama sedikit kelainan.

Nasi Kukus Tonggek Nilai - Gambar Makanan
Sumber: @NasiKukusTonggek

Jika selalunya nasi kukus didatangkan bersama ayam goreng berempah, NKT tawarkan variasi lauk yang lebih luas. Anda boleh dapatkan Nasi Kukus bersama sotong king, salted egg, bawak, Lele, ayam spicy, ayam teriyaki, dan banyak lagi. Ok, jom cuba!

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: AEON Supermarket Food Hall, No 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Waktu Operasi: 10am-10pm (setiap hari)

8. Dubai Tower Restaurant

Dubai Tower Restaurant - Gambar Restoran
Sumber: @DubaiTower.Restaurant

Jika anda berada di Nilai dan terasa macam nak makan makanan Arab, jangan risau, datang saja ke Dubai Tower Restaurant. Terletak di Desa Palma, restoran ini memang best. Rekaan dalamannya lebih modern dan kemas.

Meja-meja makan yang disediakan di sini adalah besar dan memuatkan pelanggan berkumpulan lebih besar. Kenapa? Kerana makanannya juga dalam portion yang cukup besar. Memang sesuai dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Dubai Tower Restaurant - Gambar Makanan
Sumber: Ali Zoom

Hidangan nasi Arab seperti nasi Mandi, nasi kabsah, Madghout, semuanya ada bersama protein pilihan anda, ayam ataupun kambing. Selain itu, anda juga boleh mencuba masakan timur tengah lain seperti salona, aqdha dan shakshouka.

Kalau lebih gemarkan makanan grilled, boleh cuba Kebab, shish tawook, dan banyak lagi. Untuk keseimbangan, jangan lupa pesan salad mereka seperti taboulah, fatoush atau hummus yang boleh dimakan bersama roti arab yang dipanggil Mullewah. Apa lagi? Marilah singgah.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: A1 G03 Block A , DesaPalma, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Waktu Operasi: 12pm-12am (setiap hari)

7. Gulai Omak Den

Gulai Omak Den - Gambar Restoran
Sumber: salekhan82

Dah sampai ke Negeri Sembilan, wajib la makan kuah lemak cili api. Nak rasa yang authentic di Nilai, datang ke Gulai Omak Den yang terletak di Kampung Felda LBJ. Restoran ini nampak simple tetapi sangat kemas. Dengan ruang makan yang luas, bolehlah bawa seisi keluarga datang makan bersama.

Gulai Omak Den - Gambar Makanan
Sumber: pelangikita

Yang paling popular di sini mestilah kuah masak lemak atau orang di sini panggil gulai. Gulai daging salai, gulai ayam kampung dan gulai ikan keli salai menjadi tarikan utama di sini.

Dimakan bersama nasi panas, anda boleh pesan lauk sampingan untuk dinikmati bersama kuah gulai mantas tadi. Seperti, sotong atau udang sambal atau kunyit, sambal terung, pucuk paku goreng dan banyak lagi.

Kuah gulai tadi juga tidak terhenti di situ. Sebenarnya ada banyak lagi masakan gulai di sini seperti gulai telur itik, gulai nenas ikan masin, gulai siput sedut dan banyak lagi. Kalau dah sampai ke Nilai, jangan lupa singgah restoran Gulai Omak Den tau.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Kampung Felda Lbj, 71350 Labu, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 11.30am-4pm (setiap hari, tutup pada hari Jumaat)

6. Cendol Sagu Rumbia

Cendol Sagu Rumbia - Gambar Restoran
Sumber: Fatimah Kahirani

Dah makan macam-macam di Nilai, mesti terasa nak sesuatu yang manis, kan? Jangan lupa singgah ke Cendol Sagu Rumbia Yang terletak di Kampung Pulau. Dalam cuaca panas ataupun dingin, makan cendol memang puas hati, kan?

Apa lagi kalau dinikmati dalam suasana aman perkampungan. Walaupun warungnya kecil, tidak kurang comelnya. Dengan vibe ala retro, warung ini seeing dikunjungi bukan sahaja kerana suasananya, tetapi variasi menu mereka yang cukup memuaskan.

Cendol Sagu Rumbia - Gambar Makanan
Sumber: Azary Azhary, Hariz Puad, Adibah Ali, Vigneswara Rao, Amir Shaiful Zaini

Hidangan utama di sini mestilah cendol dan specialty mereka ialah cendol yang dinamakan cendol sagu rumbia. Memang lain dari yang lain. Cendol biasa juga tetap ada, jangan risau. Malah, cendol durian, jagung dan kacang pon ada.

Untuk melengkapkan minum petang anda, Cendol Sagu Rumbia juga menyediakan seleksi kuih muih yang banyak, mee sup, laksa dan banyak lagi. Tetapi cendol sagu rumbia mereka, mesti dicuba tau. Selamat menjamu selera!

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Kampung Pulau, 71900 Labu, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 10am-7pm (Sabtu & Ahad sahaja)

5. Maboro Steakhouse

Maboro Steakhouse - Gambar Restoran
Sumber: @ederpaulino82

Bagi yang mencari-cari makanan western di Nilai, jangan risau, cari sahaja Maboro Steak House di Bandar Baru Nilai. Restoran makanan western ini memang membawa konsep western. Sampai ke hiasan dalaman dan rekaan restoran ini juga berkonsep wild wild west ala Selatan Amerika.

Dengan logo topi cowboy mereka, tentu anda boleh bayangkan look dan vibe restoran ini. Ruang makan mereka sediakan ada indoor dan outdoor jadi terpulang kepada anda dan keselesaan anda.

Maboro Steakhouse - Gambar Makanan
Sumber: rinieats

Menu mereka yang special tentunya sirloin steak. Tetapi anda boleh saja dapatkan makanan lain seperti chicken chop, lamb chop, lamb shank dan stew. Menu western pasta juga disediakan di sini seperti spaghetti Bolognese, carbonara dan banyak lagi. Minuman yang menjadi tumpuan di sini ialah avocado chocolate. Jus avocado yang bersama chocolate drizzle ini memang sedap. Jadi, jangan banyak fikir lagi, terus saja ke Maboro Steak House.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: pt 9898, Jalan BBN 1/3h, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 4pm-11.55pm (setiap hari)

4. Mama Gourmet

Mama Gourmet - Gambar Restoran
Sumber: mama_gourmet_resto_nilai

Satu lagi kedai makanan western yang boleh anda kunjungi ialah Mama Gourmet. Mama Gourmet terletak di Giant, Avenue 9, Nilai. Seperti biasa, kalau restoran yang ada di dalam mall ni, memudahkan kita. Tidak perlu risau tentang keselesaan atau kemudahan. Tempat letak kereta pun tentu ada.

Mama Gourmet - Gambar Makanan
Sumber: Food From Top, Mohmmd Ali, Anis YM, ruby eiyme, ftnnrqllv, mama_gourmet_resto_nilai

Di Mama Gourmet, keistimewaannya terletak pada dessert mereka. Belgian Chocolate waffles, Chocolate Fettuccine Crepe, Chocolate Lava Cake, dan banyak lagi pasti membuatkan si penggemar chocolate cukup teruja. Main dish mereka juga tidak kurang hebat. Hidangan seperti spaghetti Carbonara dan Fajita Chicken with Rice menjadi kegemaran ramai. Namun, hidangan western lain seperti burger, pizza dan lain-lain turut disediakan di sini. Apa lagi, jom kita cuba!

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 9 Avenue, Lot A-31, Giant, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 11am-11pm (setiap hari)

3. Gastro Hub Nilai

Gastro Hub Nilai - Gambar Signboard Berlampu di dalam
Sumber: @nurshahrinnisyahrial

Untuk anda yang mencari tempat makan di Nilai yang insta-worthy dan mempunyai hiasan dan rekaan menarik untuk bergambar, Gastro Hub di Nilai memang sesuai untuk anda. Dengan 3 ruang makan berbeza dan kesemuanya cantik-cantik dan tepat untuk anda bergambar, Gastro Hub ini memang perlu anda kunjungi.

Gastro Hub Nilai - Gambar tetamu Bersuka Ria
Sumber: @gastrohub.my

Bukan sahaja kedainya yang cantik, makanan di sini juga cukup menarik. Mereka menawarkan masakan asia, western dan fusion. Jadi, anda boleh bertukar-tukar mengikut selera anda pada hari itu.

Jika terasa nak makan masakan lokal atau Asia, boleh dapatkan hidangan Kam Heong Chicken, Salted Egg Chicken, Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cina, Mee Goreng Mamak, semua ada. Bila terasa nak makan masakan western, boleh dapatkan chicken chop, aneka jenis burger, bermacam jenis pasta, dan macam-macam lagi. Menu untuk kanak-kanak pon ada, senang nak bawa si kecil ke restoran mesra kanak-kanak ini. Jom lah, bawak semua.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Persiaran Korporat, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 3pm-10.30pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)

2. Restoran Chunburi Seafood

Restoran Chunburi Seafood - Gambar Restoran
Sumber: Saiful Bohari

Untuk mencari kedai makanan laut sebenarnya tidaklah susah tetapi mari kami kongsikan antara kedai makanan laut yang digemari ramai, Restoran Chunburi Seafood. Terletak di Bandar Baru Nilai, restoran ini menggabungkan modern dan tradisional. Pada waktu malam, suasana di sini juga sangat menarik.

Restoran Chunburi Seafood Gambar Makanan
Sumber: ayu.shuhaimi, chunburi_seafood, sofieadie, cylee13,

Menu makanan di sini tentulah berunsurkan seafood atau makanan laut. Dengan masakan terinspirasi dari masakan Thai, Chunburi Seafood menyediakan set makanan yang lengkap mengikut saiz kumpulan pengunjung.

Dengan Tom yam, ikan dimasak mengikut pilihan anda, sotong, udang, daging, sayur kailan , kerabu, semua lengkap. Yang istimewa dan menjadi kegemaran ramai di sini tentulah siakap masak stim mereka tetapi siakap 3 rasa juga tidak kurang sedapnya. Anda juga boleh menikmati ketam dimasak sambal atau salted egg. Sangat luas hati. Jangan lupa cuba restoran Chunburi Seafood jika anda di Nilai.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 10065, Jalan BBN 1/3l, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 3pm-12am (setiap hari)

1. Roti Paung Che Wan

Roti Paung Che Wan - Gambar Restoran
Sumber: cikpuansuhailamusa

Pernah dengar tak roti bernama roti paung? Mungkin kalau anda lihat, anda akan rasa macam pernah nampak, tapi di mana ya. Roti paung ini merupakan sejenis roti yang dibakar dekat-dekat. Jadi, ia akan terhasil dalam keadaan melekat antara satu sama lain. Roti ini berasal dari negeri Terengganu tetapi Roti Paung Che Wan ini berjaya membawa resepi ini ke seluruh negara.

Roti Paung Che Wan - Gambar Makanan
Sumber: Amirul Haziq

Di Nilai, cawangannya terletak di Putra Point. Seringkali dipenuhi dengan orang ramai yang beratur panjang until mendapatkan roti paung ini, ternyata membuatkannya antara tempat makan yang mesti anda cuba bila berada di Nilai.

Tentu anda sendiri tertanya-tanya, apa rasa roti paung ni? Sedap sangat ke ramai orang beratur? Memang sedap. Datang dalam beberapa rasa seperti coklat dan kacang merah, roti paung original pon sudah cukup sedap. Apa lagi jika dimakan bersama kopi atau teh panas. Lagi sedap. Singgahlah jika anda berada di Nilai.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Unnamed Road, Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: 1.30pm-6pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)

Itu dia 10 tempat makan menarik di Nilai yang sedap dan istimewa. Jika anda berada di Nilai, singgah ke Nilai atau bercadang untuk datang ke Nilai, tak tahu nak makan apa, cuba sahaja mana-mana restoran dalam senarai kami ini. Mesti berpuas hati. Selamat menjamu selera!

5/5 - (1 vote)