51 Tempat Makan Menarik Di Penang (2024) | Sedap & Best

“Hang nak pi mana tu? Penang?” Kalau macam tu mai baca artikel 51 Tempat Makan Menarik di Penang ni dulu. Ya, tak terkira banyaknya kedai makan dekat Penang ni.

Buktinya, pulau ini pernah disenaraikan oleh banyak media antarabangsa antaranya Forbes, TheCultureTrip dan Thrillist sebagai salah satu bandar paling meriah dengan makanan yang best.

Pada tahun 2023 pula Pulau Pinang berjaya menduduki tangga ke 39 dalam senarai “100 Best Food Regions In The World” oleh Taste Atlas.

Di sinilah anda dapat menemui antara masakan Melayu, Cina dan India yang paling best di Malaysia.

Penang sememangnya syurga makanan dunia! Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat satu-persatu tempat makan menarik di Penang yang boleh anda cuba disana nanti.

01. Nasi Kandar Deen Maju

Nai Kandar Deen Maju Penang
Sumber: Deen Maju Nasi Dalca Ayam Berempah

Penang cukup sinonim dengan hidangan nasi kandaqnya. Percutian ke Penang tak sah selagi tak beratur untuk mencuba makanan yang satu ni.

Limpahan rasa daripada campuran kuah kari yang dicurahkan ke atas nasi kandar serta lauk yang diambil, cukup memuaskan deria rasa.

Untuk mendapatkan pengalaman sebegini sewaktu menikmati nasi kandar, anda boleh mengerakkan kaki ke kedai Nasi Kandar Deen Maju yang terletak di Jalan Gurdwara, Georgetown.

Anda boleh memilih daripada pelbagai pilihan kari yang ditawarkan seperti kari sotong, kari kepala ikan, kari ayam dan banyak lagi.

Lauknya pula, anda mesti cuba ayam goreng berempahnya yang menjadikan nama kedai ini makin terkenal.

Untuk pengetahuan anda, ayam goreng ini telah diperapkan dengan 15 rempah berbeza selama 8 jam. Bayangkanlah rasanya, padu tak padu?

Seeloknya hidangan nasi kandar dengan ayam goreng berempahnya, terus dinikmati di kedai daripada dibungkus kerana rasanya akan lebih mengancam, panas dan segar dari dapur.

Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 4.00 pm – 11.00 pm


02. Hameediyah Beriani

Hameediyah Beriani Penang
Sumber: HAMEEDIYAH RESTAURANT

Pernah cuba nasi beriani mamak? Kalau belum, ini adalah lokasi yang tepat untuk anda mencubanya buat pertama kali kerana restoran ini dikatakan menghidangkan antara nasi beriani yang terbaik di Penang.

Rasa nasi yang sempurna, dengan pilihan lauk yang pelbagai dari ayam hinggalah kambing, tak cukup sepinggan.

Jangan pula makan nasi beriani tu sampai tak muat perut untuk cuba makanan yang lain lagi, sebab selain nasi beriani, hidangan lain yang popular di kedai makan ni adalah murtabak, sedapnya sampai menjilat jari!

Alamat: 164, Lebuh Campbell, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (10.00 am – 10.00 pm) | Jumaat (10.00 am – 12.30 pm, 3.00 pm – 10.00 pm)


03. TwinCafe Sup88

TwinCafe Sup88 - Simpang Ampat Pulau Pinang

Kempunan nak makan sup panas yang betul-betul kaw rasanya? Boleh singgah ke TwinCafe Sup88. Sup ayam, daging, ekoq, gear box, sup campuq semuanya ada! Kalau nak tahu, sup-sup di kedai ni dimasak berjam lamanya supaya betul-betul ‘kick’ bila dihirup.

Resepinya pun bukan biasa-biasa, kerana mereka menggunakan resepi turun-temurun yang diwarisi sejak tahun 1988 lagi!

Yang bestnya hidangan di kedai tidak terhad kepada sup je, sebab macam-macam jenis nasi goreng dan tomyam pun ada dalam menu.

Pilihan minuman di kedai ni pun tak mengecewakan, dari air kelapa segar hinggalah kepada vanilla smoothie, memang syoklah minum dalam cuaca Malaysia ni.

Teruskan dengan membaca review penuh di sini.

Alamat: No. 2, Lorong Putri Gunung 36, Taman Putri Gunung, 14120 Simpang Ampat Pulau Pinang

Waktu Operasi:Setiap hari kecuali Khamis (11.00 am – 6.30 pm) | Khamis (Tutup)


04. Restoran Kapitan (Chulia Sreet)

Kapitan Restaurant Penang
Sumber: restoran kapitan penang

Dibuka selama 24 jam, kalau anda lapar tak kena pada masa, singgah sahaja ke Restoran Kapitan yang terletak di Jalan Chulia.

Kalau ke sini, dapatlah anda merasa hidangan terpanasnya iaitu beriani claypot dan juga roti naannya yang boleh dimakan bersama ayam tandoori.

Roti naannya cukup lembut untuk dinikmati, manakala ayam tandoorinya pula diperap dengan sempurna. Nak lagi best, anda boleh cuba roti naan cheese. Beriani claypotnya juga sangat superb dari segi rasa!

Nak menikmati pemandangan sambil makan? Anda boleh menuju ke tingkat atas restoran ini. Bertambah syoknya!

Alamat: 93, Chulia St, 10200 George Town, Penang

Waktu Operasi: 24 Jam


05. Teochew Chendol, Penang Road

Teochew Chendol Penang Road Penang
Sumber: Penang Road Famous Teochew Chendul

Dah berpeluh berpusing ke sana-sini sekitar Georgetown? Mai singgah sat ke Teochew Chendol untuk menghilangkan dahaga. Cendol ini dikatakan cendol yang terbaik di Penang.

Buktinya, anda boleh lihat sendiri daripada bilangan orang yang sanggup beratur untuk menikmati cendol ni terutama ketika musim cuti atau cuaca panas.

Cendolnya cukup manis berlemak untuk memuaskan selera, serta sangat berkesan untuk menyejukkan tekak yang kering.

Dah penat beratur, anda boleh menuju ke kawasan meja makan yang disediakan untuk terus menikmati cendol yang dibeli.

Telah beroperasi dari tahun 1936, perniagaan yang pada awalnya ini hanyalah sebuah gerai kecil, kini bukan sahaja terkenal di dalam kalangan penduduk tempatan, tapi turut memiliki peminat dari pelbagai negara lain lagi. Memang hebat penangan cendolnya.

Alamat: Jalan Penang, 27 & 29, Lebuh Keng Kwee, 10450 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.30 am – 7.00 pm) | Sabtu, Ahad (10.00 am – 7.30 pm)


06. Astaka Padang Brown

Pasembur Ghani Astaka Padang Brown
Sumber: pasembur ghani

Terletak tidak jauh dari Stadium Bandaraya Penang, Astaka Padang Brown ataupun Medan Selera Padang Brown ini menawarkan pelbagai jenis hidangan berbeza.

Mana tidaknya, gerai-gerai di sini bukan hanya dibuka oleh peniaga Melayu, tapi juga Cina dan India. Inilah peluang untuk anda memuaskan selera 1 Malaysia.

Antara menu yang boleh ditemui di sini adalah mee rebus, pasembur, sup kambing, sate, kerang bakar, kuey teow, aneka masakan barat dan banyak lagi.

Sekadar ingin menghilangkan kehausan tekak? Di sini juga terdapat jualan air coconut shake.

Alamat: Jalan Perak, 10400 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 10.00 am – 12.00 am


07. Roti Canai Transfer Road

Roti Canai Transfer Road Penang
Sumber: Ku Nazihahheim

Memang banyak kedai roti canai di sekitar Penang ni, tapi susah nak cari yang dapat mengalahkan kesedapan Roti Canai Transfer Road.

Di sini anda boleh mendapatkan sarapan pagi yang menyelerakan sama ada roti canai ataupun roti bakar.

Roti canai di sini begitu enak dimakan kerana disajikan dengan kuah yang pekat yang memang lain daripada yang biasa dinikmati.

Untuk roti bakarnya pula, anda mesti cuba roti bakar telur goyang yang ditawarkan di sini, cukup enak!

Ingin ke sini? Datanglah seawal yang mungkin supaya mudah untuk mendapatkan meja makan. Maklumlah, ramai yang lapar pagi-pagi ni.

Alamat: 114, 110, Jalan Transfer, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Pagi (7.00 am – 11.00 am)


08. Astaka Taman Tun Sardon

Astaka Taman Tun Sardon Penang
Sumber: Darwina Mohd Daud

Astaka Taman Tun Sardon menawarkan pelbagai makanan enak yang boleh anda pilih daripada beberapa buah gerai yang dibuka di sini.

Antara makanan yang boleh ditemui adalah seperti makanan berat koey teow, nasi lemak dan banyak lagi sehinggalah kepada kuih-muih.

Dalam banyak-banyak makanan yang dijual di sini, gerai jualan kuih serabai adalah yang paling meriah dengan orang ramai.

Kuihnya memang sedap dan mengenyangkan, pekena pula dengan cicahan yang manis, tak cukup satu.

Waktu Operasi: Setiap Pagi (7.00 am – 11.00 am)

Waktu Operasi: 24 Jam


09. Cargas Cafe Bayan Lepas

Cargas Cafe Bayan Lepas Pulau Pinang
Sumber: Cargas Café

Cargas Cafe Bayan Lepas adalah sebuah lagi kafe yang seringkali padat dengan orang ramai terutama sekali pada waktu tengahari.

Walaupun padat, layanan restoran ini cukup pantas. Pendek kata, dari kualiti rasa hidangan hinggalah kepada layanannya, segalanya tip-top.

Seperti dikatakan tadi, restoran ini selalu diserbu orang ramai, kalau dah padat mestilah ada sebabnya kan?

Daya penarik di sini adalah sambal sotong, kari ikan, kari ikan pari dan juga ayam gorengnya yang sungguh menyelerakan. Keenakan karinya dikatakan sukar ditemui di tempat lain.

Namun begitu, disebabkan kesedapannya, ada lauk yang berkemungkinan habis bila tamat je waktu lunch. Apa-apa pun, anda disarankan untuk menaiki grab atau berkongsi kereta kerana ruangan parkingnya agak terhad.

Alamat: 978, Main Road, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (10.00 am – 4.00 pm)


10. Nasi Kandar Kampung Melayu

Nasi Kandar Kampung Melayu Penang
Sumber: Nasi Kandar Kampung Melayu penang

Terletak hanyalah di deretan kedai flat kos rendah Kampung Melayu, Nasi Kandar Kampung Melayu yang telah pun beroperasi dari tahun 1970 ini menghidangkan sehingga 700 ke 1000 pinggan setiap hari.

Keistimewaan nasi kandar yang dihidangkan di sini terletak pada kuah karinya yang dihasilkan dengan menggunakan bawang dan rempah kari giling yang banyak.

Untuk menyempurnakan hidangan nasi kandar yang telah dilimpahkan dengan kuah kari yang beraroma mengancam ni, anda boleh memilih daripada 15 pilihan lauk-pauk yang ada seperti kari kepala ikan, kari ayam, ayam ros, rendang daging dan banyak lagi.

Alamat: A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari (6.15 am – 1.30 pm)


11. Nasi Kandar Beratur

Nasi Kandar Beratur Penang
Sumber: Nasi Kandar Beratur

Nasi Kandar Beratur yang terletak hanyalah bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling adalah sebuah kedai makan nasi kandar yang mesti anda singgah.

Tak kiralah pukul berapa pun anda datang, kedai ini sentiasa dibanjiri oleh orang ramai yang sanggup beratur.

Gabungan ayam berempah bersama dengan sayur bendi bila dimakan dengan nasi kandar yang disimbahi kuah kari, aroma dan rasanya sungguh menaikkan selera.

Nak menikmati kemungkinan nasi kandar paling best dalam hidup? Pastikan anda datang antara pukul 10 malam ke 8.30 pagi untuk mendapatkan Nasi Kandar Beratur yang sebenar.

Datang pada waktu lain, lain peniaganya. Ya, dalam kedai yang sama ada dua operator yang berbeza, pastikan anda datang pada waktu yang sepatutnya.

Alamat: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari Bermula Dari 10.00 pm – 8.30 am


12. Originally Bangkok Tomyam

Originally Bangkok Tomyam Penang
Sumber: Originally Bangkok Tomyam

Tak perlu bersusah-payah membuat passport untuk ke Bangkok, anda boleh menikmati keenakan masakan sebenar Thailand sekiranya singgah ke kedai makan Originally Bangkok Tomyam.

Bila bercakap tentang Thailand, mesti masakan yang pertama sekali terlintas di fikiran adalah tom yam kan?

Tom yamlah antara menu yang wajib anda rasa. Terdapat 3 jenis tom yam yang dihidangkan iaitu tom yam po thek (hanya kuah), tom yam seafood dan juga tom yam campur.

Tak kiralah apa pun yang anda tempah, segalanya menjanjikan rasa sebenar masakan Thailand kerana penggunaan bahan perisa yang ori dari Thailand sendiri. Memang rugi tak cuba!

Sekiranya anda datang dalam bilangan yang ramai, ruang selesa yang lengkap dengan pendingin hawa turut disediakan di tingkat atas restoran ini. Untuk mendapatkan ruang ini, pastikan booking terlebih dahulu.

Alamat: 85, Persiaran Mahsuri 1/3, Bandar Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Sabtu (11.00 am – 11.00 pm)


13. Kari Kepala Ikan Pen Mutiara

Kari Kepala Ikan Pen Mutiara Penang
Sumber: Restoran & Hotel Pen Mutiara

Terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Penang yang hanyalah 10 minit perjalanan adalah sebuah restoran yang sangat terkenal dalam kalangan peminat kari kepala ikan iaitu Restoran Pen Mutiara.

Restoran yang penuh dengan keselesaan dan berpendingin hawa ini menghidangkan kari kepala ikan yang dimasak secukup rasa menggunakan ikan segar. Nak tahu macam mana sedapnya? Anda mesti cuba sendiri.

Baca: 19 Hotel Bajet di Penang Yang Menarik

Dinasihatkan untuk datang beramai-ramai kerana kari kepala ikannya dihidangkan dalam saiz yang sungguh mengenyangkan, memang tak larat nak makan sendiri.

Alamat: Wisma Nelayan Pelabuhan LKIM Batu Maung, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang


14. Restoran Adam Char Koey Teow

Restoran Adam Char Koey Teow Penang
Sumber: Restoran Adam Char Koey Teow

Wajib singgah! Restoran Adam Char Koey Teow menghidangkan kuey teow basah yang paling sedap di Penang.

Kedai yang pada asalnya hanyalah sebuah gerai kecil ini kini berkembang sehingga memerlukan ramai tukang masak untuk menampung bilangan pelanggan yang semakin hari semakin bertambah. Jangan lupa singgah!

Alamat: No. P1, Jalan Permatang Pauh 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00 pm – 3.00 am)


15. Mee Sotong Hameed Pata

Hameed Pata Mee Sotong Pulau Pinang
Sumber: Hameed Pata Mee Sotong

Pernah rasa mee sotong? Kalau tak pernah, anda pasti akan terus jatuh cinta pandang pertama kepada mee sotong yang disajikan di kedai Hameed Pata ini.

Sungguh menyelerakan, rasa yang pedas-pedas manis ini bila dinikmati bersama dengan coconut shake yang turut dijual di sini, menambahkan nikmatnya.

Mee sotong ini dihasilkan dengan cara menggoreng sotong bersama dengan rempah, taugeh, telur, ubi kentang dan sambal sotong.

Bila tiba masa untuk dinikmati, anda boleh ‘menaikkan’ lagi rasanya dengan perahan limau. Sungguh enak!

Alamat: Hameed ‘Pata’ Mee Sotong. 6, Kota Selera Padang Kota Lama (Fort Cornwallis Food Court), Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,10200, Georgetown, Penang

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (11.30 am – 8.00 pm) | Ahad (Tutup)


16. Kedai Nasi 7 Benua

Kedai Nasi 7 Benua Penang
Sumber: Kedai Nasi 7 Benua

Kedai Nasi 7 Benua, nama kedai yang sungguh unik, membuat anda tertanya-tanya apa yang 7 benuanya?

Nama kedai ini adalah disebabkan oleh 7 jenis nasi berbeza yang disajikan di dalam satu pinggan yang sama sehingga melihatkan nasi yang berwarna-warni (7 warna).

Nasi-nasi yang digunakan adalah nasi putih, nasi minyak, nasi lemak pandan, nasi kacang, nasi lemuni, nasi tomato dan juga nasi hujan panas.

Lauk-lauk yang disediakan pula adalah seperti ayam masak merah, kari, ayam panggang, sambal kentang, daging, ulam-ulaman dan banyak lagi.

Dengan warna nasi yang sebegini ceria, kalau ada anak yang susah nak makan sangat tu, bolehlah dibawa ke kedai ni, gerenti berselera.

Alamat: Taman Tunas Muda, 11900 Bayan Lepas, Penang

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (11.00 am – 11.00 pm) | Ahad (Tutup)


17. Laksa Janggus

Laksa Janggus Penang
Sumber: laksa pokok janggus

Laksa Janggus adalah sebuah hidangan istimewa yang hanya boleh ditemui di Penang. Rasanya lain daripada laksa biasa yang mungkin anda pernah makan sebelum ni kerana tahap kesedapannya yang begitu mengasyikkan.

Tapi kenapa namanya laksa janggus? Bukan sebab penggunaan janggus dalam laksanya, tapi kerana kedudukan kedai makannya yang dikelilingi oleh pokok janggus.

Selain laksa, makanan lain yang boleh didapati di kedai ini adalah seperti kuey teow, bihun sup, mee hailam, pisang goreng, ubi goreng, ais batu campur dan banyak lagi. Memang syok habis untuk dijadikan tempat lepak petang-petang.

Alamat: 338 MK, Jalan Bharu, Kampung Perlis, 11000, Penang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu (3.30 pm – 8.00 pm) | Rabu (Tutup)


18. Restoran Anggerik Desa

Restoran Anggerik Desa Penang
Sumber: restoran anggerik desa

Restoran Anggerik Desa menyajikan pelbagai menu pantai timur yang menyelerakan seperti nasi kerabu, pulut, laksam, nasi dagang dan banyak lagi.

Pada waktu makan tengahari, anda boleh menemui meja hidangannya lengkap dengan budu, pelbagai jenis ulam-ulaman dan banyak lagi lauk-pauk lain. Segalanya panas dari dapur.

Untuk pencuci mulut pula, anda tak akan kecewa dengan kepelbagaian jenis kuih tradisional yang ditawarkan. Macam-macam ada!

Alamat: 12, Jalan Todak 4, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 7.00 am – 10.00 pm


19. D’Seafood Paradise

D’Seafood Paradise
Sumber: D’seafood Paradise,Teluk Tempoyak

Nikmati tiupan bayu laut yang menyegarkan sambil menikmati hidangan di D’Seafood Paradise. Terletak di tepi pantai, restoran yang luas dan berkonsep terbuka ini menjanjikan pemandangan yang mampu memukau jiwa.

Bukan itu sahaja, dengan kedudukannya yang hanyalah bersebelahan pantai, tak perlulah anda risau tentang kualiti makanan lautnya kerana segalanya fresh dari laut!

Anda pilih sahaja hasil laut apa yang ingin dinikmati daripada sebuah ruang khas yang disediakan sama ada ikan, udang, ketam, sotong atau sebagainya.

Bila dah pasti nak makan apa, chef di sini akan memasakkannnya mengikut citarasa anda, nak dibakar? Dijadikan gulai? Atau apa sahaja, segalanya boleh direalisasikan.

Alamat: Jalan Teluk Tempoyak, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 12.00 pm – 1.00 am


20. Nasi Campur Permai Tepian

Nasi Campur Permai Tepian Penang
Sumber: Nasi Campur Permai Tepian

Kedai Nasi Campur Permai Tepian nampak sahaja macam warung biasa dengan kerusi plastiknya yang memang sempoi habis, tapi kebenarannya, di sinilah anda dapat menikmati masakan tradisional Melayu yang paling hebat di Penang.

Berkonsep terbuka, di sini anda dapat menjamu selera sambil menghirup udara luar, nak lagi syok, anda boleh makan di bawah pokok besar atau di belakang kedai yang menyajikan pemandangan sungai yang mengalir tenang.

Macam ni barulah sesuai dengan hidangan tradisionalnya, tak gitu?

Lauk-pauk yang dihidangkan memang melampau banyaknya, boleh rambang mata nak buat pilihan. Jangan lupa untuk penuhkan pinggan dengan ulam dan sambal, barulah betul-betul masakan Melayu.

Apa-apa pun, anda wajib cuba sambal janggut sotongnya, memang sedap!

Alamat: Jalan Permatang Nibong, Kampung Pertama, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (7.30 am – 3.30 pm) | Jumaat (Tutup)


21. Nasi Campur Awet Muda

Nasi Campur Awet Muda Penang
Sumber: Restoran Nasi Campur Awet Muda

Jangan simpan rasa lapar anda sampai waktu makan malam sebab restoran ini hanyalah dibuka ketika sarapan dan makan tengahari. Rugi kalau terlepas!

Di Restoran Nasi Campur Awet Muda, anda dapat memuaskan selera Melayu dengan menikmati pelbagai jenis gulai dimasak pekat seperti gulai ikan sembilang, gulai itik, gulai kijang dan gulai kawah. Baunya sahaja dah memanggil-manggil.

Selain itu, sup daging restoran ini juga tak kurang sedapnya, rasanya bertambah mengancam bila diperahkan limau. Terliur dengar?

Ulam-ulaman dan masakan gorengnya juga cukup banyak. Boleh kenyang melihat pilihan makanan yang ada. Bagaimana pula dengan rasanya? Mustahil untuk jumpa yang tak sedap.

Alamat: 795-B, Lorong Sungai Dua, Kampung Dua Bukit, 11700 Gelugor, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Ahad (9.00 am – 5.00 pm) | Ahad (Tutup)


22. Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang

Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang
Sumber: Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang

Tak akanlah asyik kena beratur je kalau nak makan nasi kandar? Jangan risau, di Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang juga ada menu nasi kandar yang tak kurang sedapnya daripada kedai lain yang lebih viral.

Untuk rasa yang lebih mantap, anda boleh menikmati nasi kandar ini dengan ayam goreng, bukan main sedap lagi rasanya.

Restorannya cukup luas untuk anda menjamu selera dengan tenang tanpa perlu berlanggar bahu dengan pelancong lain.

Tak payah fikir 2, 3 kali, datang sahaja ke sini kalau lapar. Layanannya cukup pantas! Yang penting, harganya juga jauh lebih murah dibandingkan dengan kedai nasi kandar terkenal yang lain.

Alamat: 38, Lorong Hutton, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 7.00 am – 8.00 pm


23. Ais Tingkap

Ais Tingkap Penang
Sumber: Ais Tingkap Penang Road

Ais Tingkap, sebuah kedai yang tiada seumpamanya ini telah beroperasi sejak dari tahun 1928 lagi. Kini diusahakan oleh generasi yang ketiga, keenakan rasanya masih kekal sama seperti dulu.

Hanyalah sebuah kedai tepi jalan, menu airnya bukanlah biasa-biasa, sangat sedap dan mustahil dapat ditemui di tempat lain.

Menu utama di sini kelihatan tidak ubah seperti air sirap yang normal, tapi ianya sebenarnya telah digabungkan dengan biji selasih, air kelapa, isi kelapa dan juga kisaran ais.

Rasanya sungguh menyegarkan, sambil-sambil minum, dapat juga makan isi kelapa yang dimasukkan tadi. Memang syok!

Tak cukup puas lagi? Jom cuba cendol dan ais kacang yang turut dijual di sini untuk menghilangkan kepanasan badan selepas seharian berjalan di bawah panahan matahari.

Alamat: 2, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 11.30 am – 8.00 pm


24. Nasi Ayam Misai

Nasi ayam misai penang
Sumber: Che Murad

Nasi Ayam Misai adalah satu hidangan yang agak terkenal di Penang. Mesti anda tertanya-tanya, apa dia nasi ayam misai ni?

Ia sebenarnya tidak jauh beza daripada nasi ayam hainan. Namun, apa yang membezakan nasi ayam misai dengan yang lain adalah kerana keunikan rasa kicapnya.

Dengan rasa yang agak manis, apabila dinikmati bersama dengan nasi ayam, berganda-ganda kelazatannya.

Yang uniknya lagi, anda boleh memilih sama ada ingin makan dengan nasi putih biasa ataupun nasi goreng. Tak cukup sepinggan sebab sedap sangat? Anda boleh tambah nasi dengan harga yang sangat murah.

Alamat: Ground Floor, Kompleks Bukit Jambul (Jalan Rumbia), Bayan Lepas, Pulau Pinang 11900

Waktu Operasi: 10.00 am – 10.00 pm


25. Sani Char Koey Teow

Sani Char Koey Teow Penang
Sumber: Sani Char Koay Teow , Bayan Baru

Selain nasi kandar dan roti canai, hidangan lain yang hangat di Penang adalah char kuey teow.

Tapi di mana nak rasa char kuey teow yang paling best alang-alang dah sampai Penang ni? Takkanlah nak cuba yang biasa-biasa je kan? Jawapannya adalah di Sani Char Koey Teow.

Di sini anda bukan je dapat rasa antara char kuey teow special yang paling popular di Penang, tapi saiz hidangannya juga cukup besar.

Bagi anda yang datang dengan perut yang berbunyi tu, akan tersenyum lebar punyalah bila lihat makanan sampai!

Yang menariknya lagi tentang char kuey teownya adalah kerana kuahnya yag pekat. Bila kuah pekat, bertambah padulah rasanya.

Di dalam sepinggan hidangan char kuey teow specialnya juga lengkap dengan udang, kerang dan telur. Mesti cuba!

Selain char kuey teow, masakan lain yang turut terdapat di sini adalah nasi lemak dan juga nasi goreng ayam.

Alamat: Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (6.30 pm – 3.00 am) | Selasa (Tutup)


26. Ayu Mee Udang Teluk Kumbar

Ayu Mee Udang Teluk Kumbar Penang
Sumber: Restoran Ayu Mee Udang

Tak pasti macam mana rasa sebenar mee udang yang sedap? Anda boleh mula meletakkan standard bila cuba mee udang di kedai makan Ayu Mee Udang Teluk Kumbar.

Kuah mee udang ini tidak terlalu pekat, namun rasanya cukup sempurna, rempah yang digunakan juga tidak begitu mengejutkan lidah, hanyalah sesedap rasa.

Udang yang digunakan juga cukup terasa kesegarannya. Segalanya tentang hidangan ini memang tip-top.

Baca: 27 Hotel Menarik Di Penang Untuk Percutian Pulau Luar Biasa

Selain mee udang, hidangan lain yang juga menjadi kegilaan ramai adalah mee goreng udang, nasi goreng udang dan maggie udang.

Pendek kata, apa sahaja masakan berasaskan udang, tukang masak di kedai ni sangat pro dalam menghasilkannya sehingga ke tahap yang tersedap pernah dirasai.

Alamat: 936 B, Lengkok Kampung Masjid 1, 11920 Teluk Kumbar, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Rabu – Ahad (1.00 pm – 10.00 pm) | Isnin – Selasa (Tutup)


27. Ikan Bakar Adnan bin Hassan Teluk Tempoyak Penang

Ikan Bakar Adnan bin Hassan Teluk Tempoyak Penang
Sumber: Adnan Bin Hassan (Ikan Bakar Telok Tempoyak)

Tak menyempat nak berbbq? Anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan laut bbq atau bakar di Ikan Bakar Adnan bin Hassan Teluk Tempoyak Penang.

Disalut dengan daun pisang, kesedapan hidangannya sukar diungkapkan dengan kata-kata. Antara yang dihidangkan panas-panas di sini adalah ikan merah, ikan bawal talang, ikan siakap, ikan jenahak, ikan kerapu, ketam nipah dan udang.

Masakannya bukan sahaja sedap, tapi juga ditawarkan dalam harga yang cukup murah! Sambil menikmati hidangan, anda boleh melihat pemandangan pantai yang tenang serta bot-bot nelayan yang tersadai.

Kalau anda nak tahu, makanan laut yang disajikan di sini diambil segar daripada nelayan yang menggunakan bot-bot yang dapat dilihat di kawasan pantai ni. Boleh bayangkan betapa segarnya seafood di sini?

Alamat: Jalan Teluk Tempoyak, Kampung Teluk Tempoyak Besar, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (6.00 pm – 11.00 pm) | Isnin (Tutup)


28. Restoran Ida Mee Udang Sungai

Restoran Ida Mee Udang Sungai Penang
Sumber: ida mee udang sungai dua original

Restoran Ida Mee Udang Sungai cukup terkenal dengan menu mee udangnya. Tapi apa istimewanya mee udang restoran ini dengan kedai lain?

Jika dibandingkan dengan kedai lain, Restoran Ida memberikan anda pilihan sama ada ingin menikmati mee udang yang dimasak dengan menggunakan udang bela ataupun udang laut. Udang bela berharga lebih murah jika dibandingkan dengan udang laut.

Tapi, udang laut jauh lebih besar dan manis rasanya. Alang-alang diberikan pilihan, apa kata cuba yang best teruskan? Kuah mee udangnya juga antara yang paling sedap pernah dinikmati di Penang.

Dah puas makan mee udang? Jangan risau, ada banyak lagi hidangan lain yang sama sedapnya. Antara menu yang ditawarkan adalah seperti mee ketam, kuey teow goreng, nasi goreng udang, mee rebus dan banyak lagi.

Alamat: 3640, Jalan Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (1.00 pm – 1.00 am) | Selasa (Tutup)


29. Roti Canai Mamu Penaga

Roti Canai Mamu Penaga
Sumber: Mamu Roti Canai Terbang Penaga

Bermula dengan hanya berniaga di tepi jalan, kini kedainya kian berkembang kerana keunikan yang ditawarkan di mana pembuat roti canainya mampu menerbangkan roti canai ke udara tanpa melekat di siling.

Kalau anda nak tahu, pemilik Roti Canai Mamu Penaga ini sendiri pernah terbang sehingga ke 13 buah negara seperti Perancis, Jepun, Azerbaijan, Filipina, Korea dan London untuk menyertai pelbagai pertandingan dan karnival kerana kebolehannya untuk membuat roti canai terbang.

Bagi anda yang datang ke sini, selain berpeluang untuk menyaksikan persembahan roti canai terbang, anda juga boleh menikmati roti canai yang dimasak dengan cara dibakar tanpa menggunakan minyak. Barulah sedap hati nak makan sebanyak mana pun kan?

Alamat: Jalan Haji Hashim, Penaga, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (8.00 am – 3.00 pm) | Selasa (Tutup)


30. Nasi Melayu Lidiana

Nasi Melayu Lidiana Penang
Sumber: Kedai Makan Lidiana

Kedai Nasi Melayu Lidiana atau Nasi Melayu Masjid Terapung ini menyediakan tersangatlah banyak lauk-pauk untuk dinikmati bersama dengan nasi yang panas.

Memang susah nak buat pilihan lebih-lebih kalau anda datang pada waktu makan tengahari yang agak sibuk.

Kalau tak pasti apa yang nak diletakkan di atas pinggan, anda boleh ambil cencaru sumbat sambalnya yang sungguh lazat rasanya. Daging ikannya sungguh lembut berjus dengan isian bawang dan cili, menggandakan lagi nikmat menjamu selera.

Hidangan lain yang juga menarik adalah ikan terubuk goreng, ayam goreng dan juga kari.

Lokasinya, terletak di Medan Selera Tanjung Bunga yang hanyalah 20 minit pemanduan dari Georgetown.

Alamat: 11200 Tanjong Bungah, Penang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Ahad (7.00 am – 9.00 pm) | Ahad (Tutup)


31. Restoran Nasi Padang Minang

Restoran Nasi Padang Minang International
Sumber: Nasi Padang Internasional

Bagi yang tak tahu, nasi padang adalah sejenis gaya masakan dari Sumatera Barat, Indonesia yang banyak menggunakan cili padi yang ditumbuk kasar.

Bagi anda yang suka makan pedas-pedas, Restoran Nasi Padang Minang pasti menjadi kedai kegemaran.

Banyak lauk-pauk yang akan mencuri hati anda seperti ayam goreng bercili, sambal hijau, ikan sumbat sambal, kari nangka, ayam masak rempah, ulam-ulaman dan lain-lain lagi.

Lokasinya, adalah berhadapan dengan Caltex di persimpangan A.S Manshoor dan Transfer Road.

Alamat: 92, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 11.00 am – 3.00 pm


32. Idrus Ikan Bakar Bayan Lepas Penang

Idrus Ikan Bakar Bayan Lepas Penang
Sumber: Idrus Ikan Bakar Bayan Lepas Penang

Idrus Ikan Bakar Bayan Lepas Penang adalah sebuah kedai yang terkenal dengan hidangan ikan bakar, ikan 3 rasa, tom yam, cendawan goreng, sotong goreng dan banyak lagi.

Semua seafood yang digunakan di kedai ini diambil segar daripada nelayan tempatan setiap hari.

Untuk masakan celup tepung atau yang digoreng, restoran ini menggunakan tepung yang dibuat sendiri untuk menghasilkan rasa enak yang unik. Hasil gorengannya cukup rangup memberikan nikmat tak terhingga sehinggalah ke gigitan terakhir.

Alamat: No. 3,Idrus Ikan Bakar Batu Uban, Pengkalan Polis Marin Wilayah Utara Lebuh Raya, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari (5.00 pm – 1.00 am)


33. Burger Ayam Goreng Njoy

Burger Ayam Goreng Njoy Penang
Sumber: Burger Ayam Goreng Njoy

Lalu sahaja di depan kedai Burger Ayam Goreng NJoy, anda pasti tak dapat menahan diri daripada terliur dengan aromanya.

Antara menu yang dihidangkan di sini adalah seperti burger grill, oblong, sosej, ayam goreng special dan banyak lagi.

Bukanlah burger biasa, anda akan dikejutkan dengan warna roti burger yang berwarna-warni, warna hijau, biru, merah dan hitam, dengan inti burger yang tebal  dan rangup, berbeza daripada gerai burger biasa. Tergoda nak cuba?

Alamat: Hadapan Taman Desa Wangsa, Permatang Damar Laut, Batu Maung

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Selasa (7.00 pm – 1.00 am) | Selasa (Tutup)


34. Restoran Minah

Restoran Minah Penang
Sumber: Minah Restaurant

Dibuka pada tahun 1957, kedai makan yang ‘sebaya’ dengan kemerdekaan negara ini adalah sebuah spot makan tengahari yang cukup popular. 

Dengan usia yang sebegini klasik, anda dapat menjangkakan masakan Melayu tradisional yang sebenar.

Antara hidangan yang dicadangkan untuk anda cuba sekiranya singgah makan di sini adalah ayam goreng specialnya (ayam goreng dengan sos bawang masam manis), asam pedas ikan pari dan juga kari kepala ikan.

Kalau anda nak tau, kari kepala ikannya dihasilkan dengan menggunakan rempah-ratus yang dibuat sendiri oleh tukang masak restoran ni.

Alamat: Jalan Sultan Azlan Shah, Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (8.00 am – 6.00 pm) | Isnin (Tutup)


35. Rockstarz Burger

Rockstarz Burger Penang
Sumber: Rockstarz Burger

Bukan seperti burger biasa yang boleh anda jumpa di tepi jalan, di Rockstarz Burger, daging dan sos yang digunakan dihasilkan sendiri oleh mereka. Memang unik! Ketebalan daging burgernya bakal membuatkan perut anda membulat kekenyangan.

Nama-nama burgernya juga sangat unik kerana mereka menggabungkan konsep Food, Music & Art.

Antara nama burger yang bakal anda lihat di sini adalah seperti The Black Sabpper, The Santanaz, The Red Hot Curry Chilleez dan banyak lagi.

Alamat: 128, Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari (5.00 pm – 1.00 am)


36. Ilyana Cafe, Teluk Kumbar

Ilyana Cafe Teluk Kumbar
Sumber: Restoran Ilyana Café

Nak makan seafood segar yang kesedapannya bakal membuat anda terkesima? Singgahlah ke Ilyana Cafe yang terletak di Teluk Kumbar.

Antara hidangan yang disyorkan ramai pengunjung yang pernah mencuba masakan di sini adalah mee udang, kari kepala ikan, ketam masak cabai, tom yam dan banyak lagi. Tak menyesal cuba!

Alamat: 10, Gerai JKKK, Jalan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, 11910 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Khamis (3.00 pm – 1.00 am)


37. NS Nasi Kandar

NS Nasi Kandar Penang
Sumber: ns nasi kandar

NS Nasi Kandar adalah sebuah gerai nasi kandar yang kecil terletak di Jalan Burma. Walaupun tidak sebesar kedai lain, nasi kandar di gerai ini sebenarnya boleh tahan juga rasanya, baunya sahaja sudah cukup untuk menambat selera.

Harga? Jauh lebih murah daripada kedai makan nasi kandar terkenal yang lain.

Namun begitu, meja makan yang disediakan agak sedikit, kalau anda tak kisah menanti meja atau nak makan secara takeaway, singgahlah ke sini.

Alamat: 142-I, Jalan Burma, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 24 Jam


38. Nurul Ikan Bakar

Nurul Ikan Bakar Bayan Baru
Sumber: nurul ikan bakar special

Terletak berdekatan dengan lebuhraya pantai Pulau Pinang, Restoran Nurul Ikan Bakar adalah port yang patut anda singgah untuk menikmati ikan bakar atau apa sahaja hidangan seafood.

Anda boleh memilih mana-mana seafood mentah yang jelas terpancar kesegarannya untuk dimasak mengikut selera, nak masak stim? Celup tepung? Bakar? Atau apa sahaja, semuanya boleh dihasilkan di dapur kedai ni. Hasilnya? Bukan main sedap lagi.

Alamat: Tun Dr. Lim Chong Eu Highway, 10100 Gelugor, Penang


39. Restoran Fisherman’s Grill

restoran fishermans grill penang
Sumber: Fisherman’s Grill

Makan sambil menikmati pemandangan indah daripada lukisan-lukisan bersaiz gergasi di Restoran Fisherman’s Grill. Suasananya juga sungguh romantik dengan tema kebiruan seolah-olah berada di sekitar lautan, sesuai sekali dengan nama kedainya.

Hidangan yang disediakan di restoran ini tiada yang tak segar, segalanya secukup rasa, tak ubah seperti menikmati hidangan di restoran mewah. Layanan yang diberikan juga cukup efisen.

Sebaik makanan tiba, anda pasti akan tersenyum puas hati melihat saiz hidangannya yang sungguh mengenyangkan, memang sesuai sekali untuk disinggah kalau kelaparan.

Antara hidangan yang terkenal di sini adalah seperti masakan ikan siakap, kerapu, jenahak dan banyak lagi seafood lain. Bukan hanya seafood, menu berasaskan kambing, ayam dan lembu juga turut ditawarkan.

Alamat: 300-X-1, Jalan Dato Ismail Hashim, Desa Ria, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (4.30 pm – 11.00 pm) | Isnin (Tutup)


40. Mee Goreng Bangkok Lane

Mee Goreng Bangkok Lane Penang
Sumber: Bangkok Lane Mee Goreng

Terletak hanyalah bersebelahan dengan kedai kopi Seng Lee Coffeeshop adalah sebuah kedai mamak, Mee Goreng Bangkok Lane yang menyajikan mee goreng yang terbaik keenakannya.

Masakan mereka cukup sedap, dihasilkan dengan menggunakan sos sotong dan dihidangkan juga dengan sotong. Anda mesti terus nikmati hidangan ini di saat masih panas berasap.

Alamat: Seng Lee Coffeeshop, 280, Jalan Burma, 10350 George Town, Penang

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8.30 am – 6.30 pm) | Isnin (Tutup)


41. Kesum Art Restaurant

Kesum Art Restaurant Penang
Sumber: Kesum Art Restaurant

Sambil makan, sambil melihat karya seni, inilah yang dapat anda lakukan sekiranya menikmati hidangan di Kesum Art Restaurant di mana hasil lukisan dilihat menghiasi hampir seluruh dinding restoran.

Anda juga boleh membeli mana-mana lukisan yang berjaya menarik perhatian untuk dijadikan hiasan di rumah.

Kembali kepada tujuan utama anda singgah ke restoran ini yang tak lain tak bukan, untuk menghilangkan rasa lapar, di sini, anda boleh menikmati pelbagai sajian menyelerakan daripada selatan semenanjung Malaysia seperti soto, laksa Johor, asam pedas, lontong dan lain-lain.

Sambil menunggu hidangan disediakan, anda boleh naik ke tingkat atas restoran untuk melihat ruangan galeri yang mempamerkan lebih banyak lukisan lain.

Sambil-sambil melihat lukisan ini, anda turut diberikan penerangan oleh pelayan yang ada di sini berkaitan dengan latar belakang pelukis-pelukis yang menghasilkannya.

Kalau anda sukakan seni, inginkan suasana makan yang selesa dengan pendingin hawa dan ingin menikmati makanan yang sempurna rasanya, bolehlah datang ke Kesum Art Restaurant.

Alamat: 57, Stewart Ln, Georgetown, 10200 George Town, Penang, George Town, 12000 georgetown, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (12.00 pm – 8.00 pm) | Jumaat (Tutup)


42. Pasembur Gurney Drive

Pasembur Gurney Drive Pulau Pinang
Sumber: Pasembur Gurney Drive

Pasembur Gurney Drive atau nama-nama lainnya Pasembur Pulau Mutiara dan Pasembur Menari adalah satu kedai yang sama.

Kalau terlupa mana satu gerainya dek kerana nama yang terlalu banyak, bila datang sahaja ke Persiaran Gurney, anda cari sahaja penjual rojak yang menyanyi lagu “Rojak Rojak” sambil  memotong buah. Itulah kedai yang dimaksudkan.

Bila dah berjaya mendapat tempahan pasempur yang diinginkan daripada ‘penyanyi’ tadi, anda bolehlah bergambar terlebih dahulu dengan hidangannya yang berkuah merah ‘memancor.’ Kalau nak tahu, pada kuah inilah tersimpan kesedapannya. Jangan lupa singgah!

Alamat: George Town Stall 100, Persiaran Gurney, Penang, 10250


43. Mee Pitchay

Sumber: Kahirul Amir

Mee Pitchay? Apa benda pula ni kan? Sebenarnya ianya sama sahaja dengan mee goreng mamak. Namun begitu, mee goreng di kedai ini semacam sedapnya.

Ramai yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menikmati mee di kedai ini. Memang tak rugi kalau cuba.

Sumber: Muhammad F

Selain terkenal dengan mee goreng mamaknya, hidangan lain yang turut disyorkan ramai juga adalah seperti pasembor dan mee rebus.

Alamat: Kompleks Medan Suri Sungai Nibong, 11900 Gelugor, Penang


44. Jeruk Madu Pak Ali

Jeruk Madu Pak Ali
Sumber: jeruk madu pak ali penang

Destinasi yang satu ni memang wajib anda datang kalau bercuti di Penang.

Nak datang ke sini pun cukup mudah, ada banyak cawangan yang boleh anda lawati seperti di Gelugor, Seberang Jaya, Simpang Ampat, Georgetown dan banyak lagi.

Sekiranya anda mengunjungi kedai Pak Ali yang terletak di Georgetown, lokasinya adalah di sekitar Pasar Chowrasta dan hanyalah beberapa tapak dari Transfer Road.

Alamat: 423 & 425, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00 am – 8.00 pm) | Jumaat – Ahad (8.30 am – 8.30 pm)


45. Cucur Udang Chowrosta

Cucur Udang Chowrasta Penang
Sumber: Cucur Udang Chowrosta

Tercari makanan untuk melapik perut sebelum meneruskan eksplorasi sekitar Penang? Anda boleh singgah ke Cucur Udang Chowrosta yang terletak di Lebuh Tamil.

Cucur udangnya memiliki kesedapan yang agak melampau, rangup dan bertambah sedap apabila dinikmati bersama kuah kacang yang disediakan. Memang silap kalau anda tak cuba sebelum habiskan percutian di Penang!

Selain cucur udang, hidangan menarik lain di sini adalah tofunya yang cukup lembut.

Di samping cucur udang dan tofunya, anda boleh melengkapkan hidangan dengan mencuba sirap campur yang  juga dijual di sini.

Apa yang ada dalam sirap campur ni? Sejenis minuman yang agak unik, di dalamnya terdapat campuran biji selasih, sirap dan juga kelapa. Bolehlah cuba buat di rumah nanti.

Alamat: 2-36, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang


46. Rumah Kacha

Rumah Kacha Penang - Gambar Restoran
Sumber: rumahkacha

Rumah Kacha yang terletak di Georgetown ialah sebuah restoran yang memang sebijik gambaran yang anda dapat dari namanya.

Restoran yang mengetengahkan konsep glass atau kaca ini dikelilingi dengan tingkap.

Jadi dari setiap sudut restoran ini, anda akan dapat menikmati pemandangan outdoor sambil menjamu selera. Konsep bersiling tinggi ini juga memberikan suasana yang terasa luas, selesa dan santai.

Rumah Kacha - Gambar Makanan
Sumber: rumahkacha

Menu yang mereka bawakan fokus kepada masakan dan hidangan western. Namun, tentunya yang popular di sini ialah pilihan burger dan pasta mereka.

Burger mereka yang menggunakan daging dan ayam premium sangat diminati ramai.

Manakala, pasta mereka yang digabungkan dengan profil rasa masakan tempatan menjadikannya sangat menarik.

Contohnya, squid ink tomyam with seafood pasta dan masak lemak cili api with chicken pasta. Chicken chop dan lamb chop mereka tidak kurang hebatnya. Datanglah ke sini bila berada di Penang!

Alamat: 31a, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Selasa-Jumaat (6pm-8.30pm) | Sabtu-Ahad (12pm-3pm) | Isnin (Tutup)


47. Dim Sum Valet

Dim Sum Valet - Gambar Restoran
Sumber: dimsumvalet

Terletak di dalam sebuah bangunan kedai lama, Dim Sum Valet memang membawa suasana nostalgik dan tradisional.

Kedai 2 tingkat ini masih mengekalkan struktur dan fixture original bangunan ini. Namun, ia menambahkan lagi vibe yang unik, suasana yang familiar dan mesra ini.

Dim Sum Valet - Gambar Makanan
Sumber: dimsumvalet

Di sini, mereka membawakan makanan cina yang halal. Dari nama, kita sedia main menu utama mereka ialah dim sum. Dim sum mereka halal belaka jadi anda jangan risau, makan tanpa was-was.

Chicken Siew Mai, Lobster & Caviar Ball, Lotus Leaf Rice dan macam-macam lagi dim sum kegemaran anda disediakan di sini. Dim sum goreng juga ada.

Selain itu anda juga boleh dapatkan sajian masakan cina lain seperti Mee Wantan, char kuey teow, mee udang, chee chong fun, Mua chee dan macam-macam lagi. Jangan lupa datang ke sini.

Alamat: 16, Lebuh Keng Kwee, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 9am-6pm (setiap hari, tutup pada hari Selasa)


48. Halab Penang

Halab Penang - Gambar Restoran
Sumber: Hong Aun

Restoran Timur Tengah di dalam bangunan kolonial lama di Penang, tentunya sesuatu yang menarik dan berbeza dari yang lain.

Halab Penang di Chulia Street ini adalah sebuah restoran yang mesti dikunjungi bila sampai ke Penang.

Dekorasi dan hiasan kedai yang unik dari luar hingga ke interior, anda pasti akan dapat menangkap gambar-gambar berkualiti untuk dimuat naik ke media sosial anda.

Halap Penang - Gambar Makanan
Sumber: Goon Hoong Tatt, Yoga Raju, dianaanakpakazis, sripattel

Menu mereka tentunya fokus dengan hidangan juadah dari Timur tengah. Hidangan popular di sini ialah nasi Mandi mereka yang didatangkan dengan pilihan ayam atau kambing.

Mereka juga membawakan masakan grill yang berbagai.

Dari shish tawook ke kebab, masakan grill mereka cukup meliurkan. Jangan lupa juga untuk menikmati hidangan masakan Arab yang lain seperti shawarma, hummus dan falafel.

Alamat: 381, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Waktu Operasi: 10.30am-2am (setiap hari)


49. Cafe Lagenda

Cafe Lagenda - Gambar Restoran
Sumber: cafelagenda

Cafe Lagenda di Georgetown membawakan konsep Asian fusion dalam masakan mereka.

Kafe unik ini terletak di dalam sebuah bangunan kedai lama zaman kolonial dahulu.

Diberikan nafas baru tanpa menghilangkan identiti dan sejarah bangunan ini, kafe ini memberikan suasana yang menggabungkan vibe tradisional dan modern.

Cafe Lagenda - Gambar Makanan
Sumber: jowiepeace

Makanan Asian fusion di sini sangat menepati citarasa rakyat Malaysia kerana tidak lari jauh dari palet rasa yang kita biasa makan.

Masakan seperti gado-gado yang popular dari Indonesia, satay dan tauhu sumbat yang sinonim dengan Malaysia menjadi pembuka selera.

Main dish mereka berunsur nasi yang dihidangkan dalam bentuk kon, digulung dalam kon daun pisang, dihidangkan bersama lauk pilihan seperti beef rendang, fish/squid Kam Heong, ikan bakar, ayam masak merah dan banyak lagi. Pencuci mulut mereka juga sangat menarik. Anda perlu mencuba banana bakar, pengat pisang, sago Do Re Mi mereka dan banyak lagi.

Alamat: 2, Lebuh Carnarvon, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (12pm-10pm) | Sabtu-Ahad (12pm-11pm)


50. Alamak-Trendy Mamak Stall

Alamak Mamak Penang - Gambar Restoran
Sumber: Afif Jafre

Alamak merupakan kafe berkonsep mamak yang trendy dan boleh dikatakan mamak trendy yang pertama di Penang. Suasananya ceria dan lebih santai menjadikannya spot lepak pilihan golongan muda dan belia Penang.

Namun, ia juga tetap menarik perhatian golongan lebih matang dan berkeluarga. Pada waktu malam, Alamak dihiasi dengan lampu-lampu yang tentunya menarik perhatian ramai.

Alamak Mamak Penang - Gambar Makanan
Sumber: jowiepeace, Eric Lee, Seng Chye Lee, Mr. J, mar777vin

Menu utama mereka ialah makanan staple mamak iaitu nasi lemak dan Maggi goreng. Dengan pilihan tambahan ayam, telur atau double, anda boleh menikmati hidangan ini mengikut citarasa anda.

Selain itu, mereka turut menyediakan masakan western, burger dan spaghetti. Macam-macam ada di sini. Memang sesuai untuk anda lepak dengan santai apabila bercuti di Penang.

Alamat: 175, Jalan Argyll, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 11am-10pm (setiap hari, tutup pada hari Rabu)


51. Nasi Kandar Line Clear

Nasi Kandar Line Clear Penang
Sumber: Restoran Nasi Kandar Line Clear Penang Road

Nama Nasi Kandar Line Clear ni tak asing lagi, memang hangat dalam kalangan pencinta nasi kandar.

Terletak di Penang Road, di restoran ini ramai yang datang untuk mendapatkan hidangan nasi kandarnya yang sedap semacam bersama dengan pelbagai jenis lauk yang enak.

Antara lauk yang ada adalah seperti kari kepala ikan, kari ayam, ayam goreng, pelbagai jenis masakan ikan dan banyak lagi.

Jangan risau, walaupun viral, harganya tetap berpatutan. Untuk kari kepala ikan pula, harga adalah berdasarkan saiz kepala ikan yang diambil. Sebelum duduk di meja makan, jangan lupa untuk order teh tarik aisnya yang sangat kaw!

Dibuka selama 24 jam. Sekiranya anda inginkan lebih privasi, bolehlah datang ke sini sebelum pukul 10 pagi.

Alamat: Beside 161 & 177 Penang Road, 10000 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 24 Jam


Sejujurnya, terlampau banyak tempat makan di sekitar Penang yang menarik untuk dimasukkan di dalam senarai ini sampai tak sempat admin nak senaraikan.

Bagi yang hantu makanan tu, inilah “heaven on earth” atau syurga dunia anda.

Baca: 50 Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Awat tunggu lagi? Jom ajak geng-geng sekepala ber’backpacking’ di Penang sekarang! Selamat bercuti dan semoga berseronok memuaskan selera makan di Penang!