Petaling Jaya adalah antara kawasan yang paling luas di Klang Valley. Malah, bahagian-bahagian kawasannya yang terbahagi mengikut seksyen juga bersempadan dengan bandar lain seperti Bandar Sunway, Subang Jaya, Shah Alam, Puchong, Damansara dan banyak lagi. Jika anda ingin mencari makanan yang lazat, tentulah cukup mudah. Mari kami kongsikan 9 tempat makan menarik di Petaling Jaya.
9. Soru Station
Untuk makan masakan western yang berbaloi, pastikan anda cuba Soru Station yang terletak di Kota Damansara. Hidangan yang ditawarkan ialah 100% western. Tetapi cukup klasik dan mengikut selera masyarakat Malaysia.
Walaupun dibuka dari tengah hari, namun suasananya di waktu malam memang cukup istimewa. Dengan lampu-lampu yang digantung, memang nampak happening. Dari jauh pun, pasti tertarik.
Di sini, portion makanannya agak besar jadi sangat berbaloi dengan harga. Antara yang popular tentulah Grilled Chicken Chop dan Roasted Chicken. Didatangkan bersama salad jagung, kentang putar dan simbahan sos pilihan, memang cukup puas hati.
Selain itu, anda juga boleh memilih untuk makan pasta dan spaghetti yang didatangkan dalam pelbagai jenis. Mereka juga menawarkan berbagai jenis burger yang dibuat dengan patty homemade.
Untuk kumpulan besar, mereka juga turut menawarkan hidangan platter yang merupakan kombinasi pelbagai hidangan dalam 1 dulang besar. Bolehlah kongsi beramai-ramai. Mari makan besar, makan murah, hanya di Soru Station.
Alamat: No.40, Jalan PJU 5/20B, 28 Residency Sunway Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 12pm-11pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)
8. Selera Jaya 223
Medan selera 223 ini tidak perlu lagi diperkenalkan. Ramai sudah cukup kenal dengan medan selera ini kerana telah pun beroperasi selama bertahun-tahun. Mereka terkenal dengan nasi lemak panas yang menjadi kegemaran ramai. Tetapi suasananya yang lebih santai dan selesa juga merupakan antara tarikan natural tempat ini.
Dibuka dari pagi sehingga tengah malam, medan selera Jaya 223 ini sedia menawarkan makanan dari sarapan pagi, makanan tengah hari hingga ke makan malam. Seperti yang dikatakan tadi, nasi lemak mereka ini adalah yang paling popular di sini.
Malah, memang panjang orang beratur untuk nasi lemak di sini. Selain itu, sup kambing juga sangat popular di sini. Anda juga boleh menikmati makanan lain seperti otak-otak, kerang bakar dan banyak lagi. Memang rambang mata bila makan di sini. Apa lagi, ajaklah keluarga atau kawan-kawan makan beramai-ramai.
Alamat: Medan Selera Jaya, 223, Jalan 51a/223, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 7am-12am (setiap hari)
7. The Humble Food Company Kelana Jaya
The Humble Food Company ini terdapat banyak cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Namun, jika anda berada di sekitar Petaling Jaya, boleh singgah cawangan mereka di Kelana Jaya.
Menawarkan masakan asia, fusion dan western, The Humble Food Company ini kian menjadi tempat makan kegemaran ramai. Restorannya yang modern dan simple menjadikan suasananya lebih hip dan bertenaga. Kemas, bersih dan selesa, memanglah selalu ramai yang datang.
Menu mereka memang sangat banyak. Jadi, anda pasti akan memuaskan selera semua. Antara yang cukup diminati ramai ialah hidangan pasta mereka iaitu TPC Carbonara dan the Humble Mac.
Laksa Johor dan Laksa Goreng juga ada di sini untuk anda cuba. Bagi yang mahu makan nasi, mereka sediakan Kam Heong Chicken with Rice. Mereka juga merupakan restoran mesra kanak-kanak jadi menu untuk kanak-kanak juga disediakan. Kami syorkan anda datang segera untuk cuba sendiri keistimewaan mereka.
Alamat: 15, Jalan SS5B/6, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 11am-10pm (setiap hari)
6. Periuk Belanga Restoran
Di sekitar kawasan Kelana Jaya ini juga terdapat sebuah restoran yang bernama Periuk Belanga Restaurant. Terletak di sekitar Dataran Glomac, tempat letak kereta bukan sebuah isu. Restoran ini cukup sesuai untuk pengunjung yang berselera kampung kerana hidangan yang mereka tawarkan ialah masakan kampung.
Antara yang popular di sini ialah set nasi bersama asam pedas ikan kembung, set nasi bersama ayam lemak cili api dan Nasi ayam penyet. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk menikmati makanan shell-out yang boleh dimakan beramai-ramai. Makanan laut yang dimasak dan dihidang cara shell-out ini memang antara hidangan yang digemari kerana kuahnya cukup rasa dan kepelbagaian makanan laut.
Makanan panas dan goreng serta set nasi berlauk juga sediakan di sini. Tetapi antarabyang perlu anda cuba di sini ialah menu dessert mereka. ABC special dan cendol special mereka cukup istimewa dan didatangkan bersama 1 scoop aiskrim. Memang puas hati. Jangan lupa datang dan cuba sendiri.
Alamat: B-G-09, Jalan SS 6/20, Dataran Glomac, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 1pm-8pm (setiap hari)
5. William’s Corner
William’s Corner ini antara restoran yang popular dengan portion makanannya yang besar. Kalau anda datang ke sini untuk makan, disyorkan anda memesan 1 hidangan untuk dikongsi sekiranya tidak mempunyai selera makan yang banyak.
Memang berbaloi dengan harga, William’s Corner selalu menjadi pilihan pengunjung. Terletak di Plaza Mayang, restoran ini lebih kepada suasana santai dan open-air. Ada juga tempat duduk indoor tetapi ramai pelanggan lebih gemar duduk di bahagian luar.
Sambil melepak, pesanlah makanan. Antara yang popular di sini ialah Spaghetti Carbonara mereka. 1 pinggan di sini boleh dimakan bersama sehingga 2-3 orang. Ya, memang sangat banyak jika nak dimakan sendirian.
Menu di sini adalah campuran antara masakan asia, seperti roti naan dan cheese naan, nasi goreng berbagai jenis dan banyak lagi. Makanan western seperti lamb chop, baked pasta dan seafood risotto juga antara yang mesti cuba di sini.
Mereka juga menyajikan dessert yang sangat menarik seperti Panna cotta, Pavlova dan créme brulé. Banyak sungguh pilihan di sini. Jangan lepaskan peluang untuk cuba ya, jika anda berada di Petaling Jaya.
Alamat: Taman Mayang Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 4pm-12am (setiap hari) 5pm-12am (Sabtu sahaja)
4. Restoran Thai Nyonya BBQ, Ara Damansara
Terletak di Ara Damansara, terdapat sebuah restoran yang cukup unik iaitu Restoran Thai Nyonya BBQ. Restoran yang menyediakan hidangan masakan Thai ini memang sangat comel. Dari luar, ia nampak seperti tempat percutian yang memberikan suasana tropical dan nyaman.
Di dalam pula, kedai kelihatan kemas dan simple masih mengekalkan holiday vibe. Untuk anda yang rindu untuk bercuti ke Thailand atau ingin merasa sendiri makanan masakan Thai yang asli, bolehlah datang ke sini.
Menu di sini memang cukup lengkap dengan menawarkan pelbagai jenis masakan tradisional Thai untuk setiap daging dan sayuran. Dari kerabu mangga asli Thai, Kari Hijau Thailand yang cukup popular, Tom Yam asli Thailand, Pad Thai, hingga ke masakan makanan laut ala Thai, anda dimanjakan dengan pilihan makanan yang sangat banyak.
Jika anda datang berkumpulan, lebih mudah, pesan sahaja hidangan dalam bentuk set Yang boleh dimakan bersama-sama. Selepas makan, jangan lupa mencuba pemanis mulut istimewa mereka iaitu Aiskrim Kelapa yang dihidangkan dalam tempurung kelapa. Untuk berasa seperti berada di Thailand, datanglah ke sini.
Alamat: 2, Jalan PJU 1a/1, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10am-3pm, 5.30pm-10pm (setiap hari)
3. Zainul Nasi Kandar Original No.90
Zainul Nasi Kandar yang terletak di Medan selera di Petaling Jaya. Kedai bernombor 90 ini memang dikenali sebagai antara kedai nasi kandar terbaik di Kuala Lumpur.
Kerana ia terletak di dalam sebuah medan selera, tempat duduk memang banyak tersedia. Suasananya juga lebih relaks dan kasual. Kalau terasa rindu dengan Nasi Kandar Penang, datanglah ke sini.
Nasi Kandar di sini tentunya dihidangkan dengan kuah campur dan berbagai jenis makanan sampingan. Yang paling disukai ramai ialah ayam goreng rangup mereka. Namun, anda juga boleh memilih untuk makan bersama ikan masak Kari, sotong goreng tepung, ayam masak kicap atau Kari dan juga ikan goreng rangup.
Sayuran yang ditawarkan di sini boleh dipilih antara sayur taugeh atau kobis goreng. Untuk melengkapkan lagi nasi kandar anda, jangan lupa telur masin. Best betul dapat pekena nasi kandar.
Alamat: Medan Selera Kompleks C, Lorong Sultan, Seksyen 52 Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 8am-5pm (setiap hari), 8am-12am (Rabu & Sabtu Sahaja)
2. Cendol Hawa
Siapa terasa nak makan cendol? Kalau anda berada sekitar Petaling Jaya, boleh datang ke Cendol Hawa yang terletak di Terminal Bas Wan’s Central, Damansara Damai.
Kafe Cendol kecil ini cukup menarik untuk anda berehat atau meluangkan masa selepas bekerja atau hari yang panjang. Tempat duduk outdoor yang selesa memberikan pemandangan luas dan suasana yang nyaman.
Menu utama di sini tentulah cendol. Mereka menawarkan pelbagai jenis cendol. Dari cendol pulut ke cendol aiskrim durian, memang sedap. Selain itu, mereka turut menawarkan makanan simple seperti Laksa penang dan Mee Kari.
Anda juga boleh mendapatkan aiskrim berperisa ataupun nikmati sago gula Melaka. Makan waktu hari yang panas, pasti rasa segar kembali. Jangan lupa untuk datang makan cendol beramai-ramai tau.
Alamat: BT 22, Terminal Bas Wan’s Central, Jalan PJU 10/3a, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10am-7.15pm (setiap hari)
1. Sköhns Canteen
Sköhns Canteen terletak di Damansara Perdana dan sudah beroperasi lebih kurang 10 tahun. Makanan di sini sangat sedap sehingga berjaya mengumpul pelanggan tetap yang ramai. Restoran ini mempunyai vibe yang ecclectic dan modern. Suasananya sangat selesa dan santai. Tetapi yang sering diperkatakan ialah kualiti masakan mereka yang sangat baik.
Jika anda datang ke sini, anda perlu mencuba hidangan popular mereka iaitu Country Fried Steak dan Deep Fried Chicken Chop. Anda juga boleh mencuba Lamb Chop mereka yang juga menjadi kegemaran ramai. Seleksi burger Di sini juga antara menu yang disukai kerana sangat berlainan.
Anda Perlu mencuba Lock, Stock & Two Smoking Burgers Yang merupakan burger dua patty bersama cheese atau soft shell crab burger. Bagi kanak-kanak, mereka tentu akan memilih lasagna atau Mac & cheese. Memang sentiasa ada sesuatu untuk setiap ahli keluarga. Marilah jadikan Sköhns Canteen kedai makanan keluarga anda.
Alamat: The Place, G-13, Jalan PJU 8/5g, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 11am-10pm (setiap hari)
Itu dia 9 restoran yang boleh anda cuba dan kunjungi apabila berada di sekitar Petaling Jaya. Kawasan yang luas ini tidak akan kurang dengan pilihan untuk masyarakat mencuba. Kami harap anda puas hati bila mencuba makanan di restoran-restoran ini. Selamat menjamu selera!