Puchong adalah antara bandar yang paling besar di Lembah Klang. Bersempadan dengan banyak bandar lain seperti Subang Jaya, Petaling Jaya, Damansara dan Shah Alam, tentulah ia menempatkan pelbagai restoran dan kafe menarik. Mari kami senaraikan 12 tempat menarik untuk anda sekeluarga di Puchong.
12. Warong Wok
Anda gemar dengan makanan Kelantan? Atau anda berasal dari Kelantan dan merindui masakan di sana? Jangan risau, Warong Wok ada di Puchong.
Terletak di Bandar Puchong Jaya, Warong Wok mengetengahkan makanan Kelantan yang merupakan specialty mereka. Restoran mereka yang kemas, simple dan selesa ini memang best.
Menu special mereka tentulah Nasi Kak Wok dan Nasi Kukus Ayam Berempah. Tetapi, mereka juga menyediakan makanan Kelantan kegemaran orang ramai iaitu Nasi Kerabu. Nasi Kerabu mereka dihidangkan bersama pilihan ayam berempah atau ikan.
Makanan pantai timur lain yang mereka bawakan seperti nasi dagang, roti titab dan nasi pulut juga sangat sedap. Jadi, jangan lupa singgah ke sini bila anda berada di Puchong. Memang rasa macam di Pantai Timur.
Alamat: 1 – 2, Jalan Kenari 12a, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari)
11. Bayou Diner Kinrara
Hidangan western merupakan menu utama di Bayou Diner Kinrara. Namun, rekaan dan hiasan restoran ini turut mendapat perhatian ramai.
Dengan gaya yang kontemporari dan modern, Bayou Diner Kinrara ini nampak sangat classy dan membawa suasana yang elegan dan sofistikated. Mereka terletak di BK5, Bandar Kinrara.
Makanan di sini memang berteraskan ala diner di negara barat. Dengan hidangan seperti burger patty homemade, pizza dan pie, Bayou Diner membawa comfort food barat untuk pelanggan-pelanggan mereka. Selain itu, resepi western tersendiri mereka seperti lamb shank, honey lemon chicken, lamb chop dan fish & chips yang dicelup batter rangup, memang menjadi antara keistimewaan mereka. Anda juga boleh mendapatkan makanan seperti meatloaf, beberapa jenis pasta dan makanan Tex-Mex untuk dinikmati.
Yang inginkan makanan tempatan, jangan risau, mereka ada menyediakan hidangan Tom yum, goreng-goreng dan lain-lain. Datang dan rasai sendiri keistimewaan restoran Bayou Diner Kinrara.
Alamat: 51, Jalan BK 5a/2, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 11.30am-10pm (setiap hari)
10. Saba’ Kingdom Restaurant
Senarai kami tentu tidak lengkap jika tidak memasukkan restoran Saba’ Kingdom Restaurant ini. Jenama Saba’ memang dikenali ramai dengan cawangan restoran di serata Kuala Lumpur dan Selangor. Namun, di Puchong ini ia dikenali sebagai Saba’ Kingdom Restaurant dan terletak di Taman Saujana Puchong.
Menu istimewa mereka tentulah pilihan nasi Arab mereka iaitu nasi kabsah, mandy, dan haneeth yang boleh dipilih bersama ayam ataupun kambing. Tetapi mereka juga menyediakan makanan staple Arab lain seperti kebab, tikka, shawarma dan banyak lagi.
Salad Arab seperti fatoush dan hummus, dan dessert Arab seperti falafel dan kunafa juga ada di sini. Namun, antara yang digemari ramai di Saba’ ialah teh Turki yang mereka bawakan khas. Nak cuba, pastikan anda datang ke Saba’ Kingdom Restaurant.
Alamat: No 09-G, Jalan SP 3/4, Taman Saujana Puchong, 47110 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 11am-11pm (setiap hari)
9. Mios Kitchen Bandar Kinrara
Satu lagi kedai makanan western yang perlu anda cuba di Puchong ialah Mios Kitchen Bandar Kinrara. Jika anda pernah lalu di BK5, tentu pernah nampak papan tanda mereka yang berwarna hitam dengan tulisan kuning menyerlah. Restoran ini cukup selesa dan menarik tau.
Mereka menyajikan makanan western dan fusion. Antara menu popular di sini ialah Grilled Chicken Chop with Barbeque Sauce, Crunchy Chicken Burger dan Spicy Chicken Ramen. Di sini ada makanan barat, dan ada makanan Asia.
Ikut saja selera anda nanti nak makan apa. Mereka turut menyediakan pilihan pemanis mulut atau dessert yang menarik. Ada pilihan cake, aiskrim, creme brulé, cream caramel, wow, memang meliurkan. Jadi, jangan lupa untuk mencuba Mios Kitchen Bandar Kinrara.
Alamat: 29b, Jalan BK 5a/2, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 11am-11pm (setiap hari)
8. Makanan Cina Muslim Mohd Adam Ali
Masakan cina memang antara makanan kegemaran orang Malaysia. Yalah, kita dibesarkan dalam masyarakat majmuk, memang sudah biasa menikmati makanan bangsa lain. Di Puchong, jika anda mencari masakan makanan cina yang mesra Muslim dan halal, boleh datang ke restoran Mohd Adam Ali yang terletak di Bandar Puteri.
Menu yang mereka bawakan ialah masakan authentic Cina. Di sinilah anda boleh dapatkan makanan seperti dim sum, sizzling Yee Mee, Kung Pao chicken, Kam Heong Chicken dan macam-macam lagi. Anda juga boleh memesan nasi putih dan lauk pauk kegemaran anda. Jangan lupa untuk menggandingkan meal anda ini bersama teh herba Cina. Barulah puas.
Alamat: 22G & 24G, Jalan Puteri 5/1, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 11am-9.30pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)
7. Asap Steamboat & Grill
Anda suka tak makan steamboat? Di Puchong ini terdapat satu kedai makan steamboat dan grill yang menarik iaitu Asap Steamboat & Grill. Yang menarik tentang restoran ini ialah rekaan dan hiasan restoran yang sangat cantik.
Ada unsur country dan rustic yang digabungkan bersama style yang modern dan fresh, menjadikan suasana di restoran ini cukup istimewa. Ia juga sesuai dijadikan tempat menyambut harijadi atau sambutan istimewa.
Konsep D.I.Y restoran ini memang mudah dan menyeronokkan. Anda akan dibekalkab dengan hotpot dan grill bersama kuah Tom yam pilihan dan butter untuk grill. Makanan lain, anda cuma perlu pilih dan ambil.
Ayam, kambing, ikan, sosej, fish ball, crabstick, kambing, kepah, ketam, udang, namakan saja, ada di sini. Pilihan sayuran mereka juga sangat banyak. Yang paling penting, restoran ini tidak menggalakkan pembaziran. Jadi bagi setiap 100gm makanan yang terbazir anda akan dicas RM20. Makan sampai kenyang tetapi jangan membazir ya.
Alamat: 94, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 6pm-12am (setiap hari, tutup pada hari Isnin)
6. Alissara Restaurant
Satu lagi kedai makan yang menyediakan masakan Thai yang mesti anda cuba ialah Alissara Restaurant yang terletak di Taman Puchong Indah. Restoran cantik, kemas dan bersih ini sangat mesra keluarga. Dengan open kitchen yang membolehkan anda lihat sendiri masakan anda disediakan, memang menarik.
Menu mereka memang masakan Thai yang istimewa. Di sini, anda boleh mendapatkan makanan yang disukai ramai iaitu miang kanom jeeb iaitu sejenis salad special dari Thailand.
Yang teringinkan pulut mangga, nasi goreng Thai, pulut ayam goreng, Tom yam asli Thai, som tam goreng dan banyak lagi makanan masakan Thai, Alissara Restaurant memang tempat yang tepat untuk anda.
Alamat: 1, Jalan Indah 3/2, Taman Puchong Indah, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 3.30pm-10.30pm (setiap hari)
5. Bumbu Bali, Puchong
Dari makanan Thailand, kami bawakan Pula anda ke kedai masakan makanan Bali Yang terletak di Bandar Puteri, Puchong iaitu Bumbu Bali.
Restoran ini memang sangat istimewa. Bukan sahaja makanan mereka yang lain dari lain, rekaan dan hiasan restoran ini juga sangat classy dan elegan. Memang sesuai untuk kunjungan anda ketika sambutan istimewa.
Makanan indonesia-Bali yang mereka bawakan memang berlainan dari restoran masakan Indonesia yang lain. Bila anda ke sini, kami syorkan anda cuba nasi campur yang merupakan nasi putih yang mereka hidangan bersama campuran lauk dan seperti ayam, udang, ikan dan lain-lain.
Soto Ayam dan sop buntut yang menjadi antara makanan popular Indonesia turut disediakan di sini. Anda juga perlu mencuba dessert istimewa mereka di sini seperti pisang bakar, es campur dan lain-lain. Nak rasa seperti di Bali, datang saja ke Bumbu Bali.
Alamat: 18 & 18-1, Persiaran Puteri 1, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 11am-9pm (setiap hari)
4. Nasi Kukus Malaya Ayam Cincang Puchong Prima
Restoran Nasi Kukus Malaya Ayam Cincang di Puchong Prima adalah antara restoran yang santai yang sesuai dikunjungi setelah melalui rutin seharian yang panjang. Ia merupakan sebuah restoran yang simple tetapi sangat selesa. Ruang makan di bawah kanopi biru yang besar ini membuatkan kita rasa lebih tenang dengan makanan yang cukup sedap.
Menu utama di sini ialah nasi ayam cincang yang lebih kurang seperti nasi Kak Wok. Menu simple berasaskan nasi putih, ayam dipotong kecil goreng kunyit, kuah Kari dan sambal belacan ini memang simple tetapi comfortable. Ada juga makanan lain seperti char kuey teow yang merupakan resepi asli Penang Mali. Selain itu, makanan seperti ikan patin juga boleh didapati di sini. Satay pon ada. Senang cerita, anda tak perlu mencari-cari tempat yang menyediakan makanan sedap dan berbagai dengan harga berpatutan. Datang saja ke sini.
Alamat: Lot 65089, Persiaran Puchong Prima, Taman Puchong Permai, 47500 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 10am-11pm (setiap hari)
3. Restoran Patin Place
Restoran Patin Place yang terletak di Bandar Puchong Utama adalah antara restoran yang menyediakan masakan Pahang yang mesti dicuba. Restorannya sangat meriah dan nampak funky dengan hiasan papan tanda kawasan negeri Pahang.
Menu yang terkenal di sini ialah ikan patin tempoyak dan sambal petai. Anda juga perlu mencuba Nasi Lemak di sini tetapi jangan terperanjat, nasi lemak di sini berwarna hijau kerana dimasak dengan pandan. Menu lain yang popular ialah Tom yam claypot mereka. Di samping itu, masakan panas seperti goreng-goreng dan mee serta masakan western juga turut disediakan di sini. Semuanya ada. Cubalah.
Alamat: 31, Jalan BPU 5, 14 Miles, Jalan Puchong, Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 11am-10.30pm (setiap hari)
2. Restoran Hazim
Terasa nak makan nasi beriyani? Datang ke restoran Hazim di Taman Putra Perdana. Restoran yang luas ini menyediakan ruang makan yang selesa. Yang menariknya di sini, mereka turut menjual buah-buahan tempatan segar. Bolehlah bawa pulang sebagai pencuci mulut, kan?
Menu utama mereka ialah nasi beriyani. Kalau anda nak tahu, nasi beriyani mereka adalah resepi yang telah dibawa dari Batu Pahat, Johor. Jadi rasanya memang power. Ada nasi beriyani ayam, beriyani daging, beriyani kambing pon ada. Apalagi bila digandingkan dengan acar timun. Puas hati rasanya. Jom la kita cuba!
Alamat: 63, Jalan Putra Perdana 1/2, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 9am-5pm (setiap hari, tutup pada hari Khamis)
1. Dangau Western
Kalau anda seorang riders atau peminat konvoi motosikal, tentu pernah dengar route B11 dan pernah singgah ke Restoran Dangau Western yang terletak di Kampung Pasir Puchong ini. Restoran yang cukup santai dengan ruang makan outdoor ini dikelilingi pokok-pokok dan rasa tenang dan nyaman.
Mereka menyediakan pelbagai makanan yang sedap-sedap belaka. Makanan western seperti buffalo wings, lamb chop, grilled chicken, crispy salmon, pelbagai jenis pasta dan burger dan banyak lagi memang menjadi tumpuan ramai. Kalau nak tahu, crayfish dan lobster pon ada tau. Harganya pon sangat berpatutan. Jom makan sedap dalam suasana tenang.
Alamat: B11, Jln Puchong, Kampung Pasir Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: Isnin, Rabu-Sabtu (10am-11pm) | Selasa (10am-5pm) | Ahad (6pm-11pm)
Itu dia senarai tempat makan menarik di Puchong untuk rujukan anda. Cukup lengkap dengan hidangan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, pastinya anda tidak perlu susah-susah mencari. Cuba saja restoran dalam senarai ini. Selamat menjamu selera!
Berkaitan:
- 8 Tempat Makan Menarik Di Kota Damansara
- 9 Tempat Makan Menarik Di Petaling Jaya
- 29 Tempat Makan Menarik Di Cyberjaya