Puncak Alam sekarang bukan sekadar kawasan perumahan yang semakin berkembang. Pilihan makan pun makin banyak, daripada sajian tempatan yang sudah lama menjadi kegemaran seperti nasi kerabu selera Pantai Timur dan nasi kandar utara, sampailah ke sajian yang semakin popular seperti menu Korea, masakan fusion dan kafe artisan menyediakan pelbagai pilihan kopi yang luarbiasa.
Tempat makan di Puncak Alam tidak tertumpu pada satu kawasan sahaja. Di sini terdapat tiga kawasan tumpuan yang berada sekitar Puncak Bestari dan Hillpark, manakala Eco Grandeur pula mempunyai kelompok restoran dan kafe yang agak besar. Jadi kalau datang ke Puncak Alam untuk mencari makan, pilihan sebenarnya lebih luas daripada yang mungkin disangka.
Tunggu apa lagi? Jom lihat senarai tempat makan menarik di Puncak Alam yang sesuai untuk pengalaman menyantap yang luarbiasa.
Baca: 37 Tempat Makan Menarik Di Shah Alam | Restoran Paling Best
1. Dulang Tokwan

Kalau sekadar bayangan asam pedas, gulai lemak atau sambal tumis pun sudah cukup menaikkan selera anda, Dulang Tok Wan memang restoran wajib singgah penggemar lauk kampung bila berada di Puncak Alam.
Restoran ini membawa masakan kampung Melayu tradisional dengan sentuhan citarasa Perak dan menyajikan pelbagai pilihan lauk tradisional yang memang sesuai dinikmati bersama sepinggan nasi panas.

Antara menu yang sering mencuri perhatian ialah Gulai Lemak Udang Harimau, Asam Pedas Ikan Sembilang, Gulai Lemak Siput Sedut, Sambal Tumis Udang Galah, Ikan Loma Pekasam dan Gulai Lemak Ketam.
Selain menu ala carte, Restoran Dulang Tokwan turut menawarkan konsep makan dulang. Disini anda boleh pilih set mengikut bilangan orang, jadi datanglah seorang diri ataupun bersama keluarga, pasti ada set yang sesuai dengan citarasa semua. Dalam satu dulang pula , lauk, nasi, ulam, sambal dan gulai disusun untuk dikongsi bersama. Memang lagi seronok bila makan ramai-ramai.

Restoran ini juga dimiliki 100% Melayu Muslim dan menyediakan suasana yang bersih dan selesa untuk seisi keluarga menjamu selera. Kalau anda sedang mencari tempat makan di Puncak alam yang menyajikan lauk kampung yang mengekalkan cara masak orang dulu-dulu, Restoran Dulang Tokwan memang tempat pertama yang patut anda cuba.
Review Penuh: Restoran Dulang Tokwan
Media Sosial: Facebook | Instagram | TikTok
Waktu Operasi: 07.00 pagi hingga 06.00 petang
Alamat: 17, Jalan Hillpark 11/10, Pusat Perdagangan Hillpark, 42300 Puncak Alam, Selangor
No Tel: 013 465 5884
2. Suhaila Nasi Kerabu Berlauk

Nama di papan tanda mungkin sudah bertukar, tapi tarikan yang buat orang singgah ke sini masih sama: nasi kerabu berlauk yang buat orang sanggup beratur.
Dulunya dikenali sebagai Mekla Nasi Kerabu, restoran ini kini beroperasi dengan nama Suhaila Nasi Kerabu Berlauk. Konsep makanannya masih berpegang pada cita rasa Pantai Timur, dengan nasi kerabu biru yang dilengkapkan ulam, sambal kelapa dan keropok sebelum dipadankan dengan lauk pilihan.

Kalau mahu sesuatu yang familiar, ada ayam bakar madu, ayam goreng berempah, ikan keli goreng dan ikan celup tepung.
Apa yang membuatkan pilihan di sini lebih menarik ialah lauk seperti daging goreng belengas, daging bakar blackpepper, kambing bakar serta lemak bakar blackpepper untuk lauk yang lebih berat.
Bukan peminat nasi kerabu? Mereka juga mempunyai nasi berlauk Kelate dengan nasi putih, kuah kari, sambal belacan dan lauk yang hampir sama. Solok lada, telur masin dan bawang putih jeruk pula boleh ditambah kalau nak lengkapkan lagi satu pinggan.
Daripada deretan lauk dan bekas sambal yang memenuhi kaunter, memang jelas tempat ini lebih kepada pilih lauk ikut selera.
Alamat: No. 23, Jalan Tiaj 1/3, Taman Industri Alam Jaya, 42300 Puncak Alam, Selangor.
3. Satay Pak Wan Puncak Alam

Lalu saja depang kedai Satay Pak Wan ni anda akan di sambut dengan bau satay yang mengiurkan. Terletak di belakang Lotus Puncak Alam, kedai Satay ini sudah lama menjadi pilihan utama penduduk tempatan apabila mengidam Satay.
Selain daripada ayam dan daging, Satay Pak Wan turut mempunyai satay kambing dan satay perut. Kalau juga boleh order satay ayam atau daging tanpa lemak untuk pilihan yang lebih sihat.

Jangan lupa gandingan mantap Nasi impit dan kuah kacang untuk melengkapkan hidangan, manakala menu seperti bakso dan bihun sup padan untuk mereka yang mencari sajian selain daripada satay.
Saiz sate juga sering menjadi salah satu sebab nama Satay Pak Wan disebut apabila orang mencari sate sekitar Puncak Alam dan kawasan berhampiran.
Waktu operasi semasa bermula pada sebelah petang, jadi ini lebih sesuai dijadikan tempat makan petang atau makan malam.
Alamat: Lot 2, Ground & First Floor, Jalan Niaga Bestari 5, Puncak Bestari, 42300 Puncak Alam, Selangor.
4. Restoran Mamu FZ

Bila mood nasi kandar melanda, tak perlu pergi jauh untuk menikmati kari pekat, datang saja ke restaurant MAMU FZ.
Macam biasa kaunter makanannya melimpah dengan pilihan lauk pauk yang biasa menjadi sasarang pencinta nasi kandar seperti ayam goreng, telur sotong, kari kambing dan banyak lagi lauk padu dan kombinasi kuah campur yang menanti anda.

Menunya tak terhad pada nasi kandar sahaja. Mamu FZ turut menyediakan goreng-goreng mamak seperti mee goreng dan nasi goreng ayang serta sajian wajib seperti roti canai dan murtabak, termasuk murtabak ayam, daging dan kambing. Bagus untuk pelbagai selera dan anak kecil yang nak makan ringan-ringan saja.
Kedainya beroperasi dari pagi dan lokasinya pula di Jalan Puncak Alam Jaya menjadikannya salah satu pilihan yang agak mudah dicari dari kawasan utama Bandar Puncak Alam.
Alamat: 13, Jalan Puncak Alam Jaya 10, 42300 Puncak Alam, Selangor.
5. Restoran Makan Place

Kalau anda jenis rambang mata bila nampak pelbagai pilihan lauk kampung tersusun Panjang, Restoran Makan Place tempat makan wajib untuk anda.
Makan tengah hari menjadi antara tarikan utamanya kerana restoran ini menyediakan lebih dari 100 pilihan lauk Melayu, lengkap dengan deretan ulam kampung dan sayur-sayuran segar untuk dipadankan sekali dengan nasi campur yang panas.
Pilihan lauknya memang luas, daripada gulai, masak lemak dan lauk goreng hinggalah ikan, ayam serta hidangan berkuah yang agak leceh kalau kita nak masak kat rumah.

Bahagian ulam pula bukan sekadar satu dua jenis. Pilihan sayurnya seperti lautan hijau terbentang luas memberi pelbagai seleksi ulam-ulam tradisional untuk digandingkan dengan lauk kegemaran anda untuk kombinasi yang mengancam.
Sajian selain dari nasi campur pun ada, seperti Nasi ayam, lontong dan nasi impit bersama ayam rendang antara pilihan yang popular. Untuk sarapan pula mereka menyediakan menu seperti lempeng, roti jala dan nasi lemak.
Makan Place terletak di kawasan Dataran Suria. Kalau anda mencari syurga lauk untuk makan tengahari yang meriah jangan lupa serbu restoran ini.
Alamat: 31, Jalan Dataran Suria 15/7, 42300 Puncak Alam, Selangor.
6. Kolumpo Kopitiam

Suasana kopitiam memang mempunyai daya tarikannya sendiri, terutama kalau anda ingin menikmati roti bakar dengan secankir kopi kaw. Untuk menu makanan anda boleh pilih dari hidganan kopitiam seperti nasi lemak ayam dara berempah, bubur ayam, nasi goreng kampung dan kuey teow goreng.
Tambahan pula ada juga bihun goreng Singapore dan beberapa jenis mi berkuah. Kalau buka dengan yang berat kenalah tutup dengan yang ringan seperti roti bakar dengan kaya atau mentega tebal sambil ditemankan dengan secawan kopi atau teh.

Kopitiam ini berada di Eco Grandeur dan sudah dibuka dari awal pagi lagi. Kalau anda mahu menjelajah beberapa kedai makan di kawasan ini, lokasinya juga strategik kerana banyak restoran dalam senarai ini berada di sekitar Eco Grandeur dan Utopia.
Alamat: 20, Jalan Eco Grandeur 1/3D, 42300 Puncak Alam, Selangor.
Baca: Senarai Restoran Terbaik Di Kota Damansara
7. KEDUA by Waks Shake

Kalau nak tengok kedai ni sedap ke tak berhenti kejap dan pegi tengok review, lebih dari 2000+ ulasan positif, ini bukan calang-calang kedai.
Antara hidangan yang sering dikaitkan dengan restoran ini ialah spaghetti carbonara, grilled chicken, chicken chop dan spaghetti carbonara. Tambahan pula portion Ada juga pilihan pasta lain serta hidangan fusion, menjadikannya lebih sesuai untuk kumpulan yang datang dengan selera berlainan.

Suasananya pula berada di tengah-tengah antara restoran dan kafe. Ia tidak terlalu formal tetapi masih sesuai kalau mahu duduk lama bersama keluarga atau orang Istimewa. Jadi kalau tekak dah jemu dengan makanan melayu boleh lah datang untuk menikmati sajian western yang menarik.
Alamat: No. 27-G, Jalan Esplanad 1/8B, Eco Grandeur, 42300 Puncak Alam, Selangor.
8. Akarr Cafe

Seorang nak nasi lemak, seorang teringin pasta, yang lain pula craving makanan Thai. Daripada pening kepala fikir nak makan di mana datang saja ke Akarr Cafe Eco Grandeur.
Menunya menggabungkan masakan Melayu, Thai dan Western, jadi memilih sajian yang kena dengan citarasa tak menjadi masaalah.
Untuk sarapan, terdapat set seperti nasi lemak, nasi ayam bakar percik dan Pasta aglio olio seafood.

Untuk hidangan yang berat sikit anda boleh mencuba Akarr Signature Fried Rice, Butter Egg Prawn, nasi ayam bakar percik, grilled chicken thigh, lamb shoulder.
Kalau datang beramai ramai pula bolehlah dapatkan sharing platter dan ada beberapa hidangan lain memang disediakan dalam portion yang agak besar untuk dikongsi.
Suasananya juga menjadi sebahagian daripada tarikan. Ruang dalaman nampak moden dan kemas, memang best untuk makan tengah hari santai bersama keluarga atau makan malam yang tidak terlalu formal tapi tetap luar biasa.
Alamat: 25, Jalan Eco Grandeur 1/8, 42300 Puncak Alam, Selangor.
9. 99 Founder Cafe

Jangan biar perkataan “cafe” dalam namanya mengelirukan. Di sini, makanan Thai yang sebenarnya mencuri perhatian.
Menu 99 Founder Cafe memang panjang, tetapi tak perlu pening nak cuba semuanya. Kalau pertama kali datang, mulakan dengan bahagian Thai.
Khao Mok atau nasi briyani Thai tersedia dengan ayam, daging dan kambing, manakala pilihan seperti Pad Thai, Boat Noodle dan daging Harimau Menangis memberi lebih banyak sebab untuk datang dengan perut kosong. Pad Thai dan hidangan kambing juga antara menu yang kerap disebut dalam ulasan pelanggan.
Kalau datang ramai-ramai, Somtam Dulang pernah menjadi antara hidangan yang cukup sinonim dengan 99 Founder Cafe. Konsepnya memang untuk berkongsi, dengan somtam dan pelbagai lauk disusun dalam satu dulang besar.

Walaupun makanan thai menjadi tumpuan restoran ini ia juga menyajikan makanan popular seperti set ayam gepuk makan tengah hari dengan harga sekitar RM10++.
Selain itu terdapat juga minuman Istimewa seperti matcha latte, strawberry dan mango matcha. Kalau ada ahli keluarga yang mahukan masakan Western pula, chicken chop memang pilihan popular.
Alamat: 34, Jalan Niaga Bestari 1, Puncak Bestari, 42300 Puncak Alam, Selangor.
10. Warung Lubook Kawah

Sampai-sampai saja anda pasti rambang mata melihat pilihan lauk yang dihidangkan di Warung Lubook Kawah ini.
Antara yang paling menarik ialah tempoyak ikan patin, gulai kawah daging, asam pedas daging tetel, daging salai masak lemak dan siput belitung masak lemak. Kalau suka ikan pula, ada pais tempoyak, ikan bakar berlada serta claypot asam pedas dengan pilihan patin, pari dan beberapa jenis ikan lain.

Bahagian ulam juga lengkap dengan sayur kampung segar dan beberapa jenis sambal seperti sambal tempoyak, sambal hijau dan sambal merah.
Ini memang lubok nasi campur makan tengahari
Kalau nak makan nasi campur untuk makan tengah hari jadi pastikan anda datang lapar.
Alamat: No. 12, Pusat Perdagangan Hillpark, Persiaran Hill Park 11/11A, 42300 Puncak Alam, Selangor.
11. Restoran Begums

Dah bosan masakan melayu apa kata anda cuba masakan autentik india di Restoran Begums. Pilihan hidangan autentik india di Begum’s ini memang luas.
Untuk hidangan utama anda wajib cuba Chicken Dum Briyani dan Mutton Dum Briyani mereka. Kalau anda lebih suka makan roti cicah-cicah, padankan naan dengan Butter Chicken Masala atau kari pilihan.
Naan pula bukan setakat versi biasa. Ada garlic naan, cheese naan, Kashmiri naan dan beberapa variasi lain, setiap satu dengan keistimewaan sendiri.

Bahagian grill juga tidak kurang mengancam, dengan ayam tandoori dan kebab yang sesuai diletakkan di tengah meja dan dikongsi dengan keluarga.
Ruang restorannya nampak moden dan selesa, tetapi makanan masih menjadi sebab utama untuk datang. Dengan pilihan sarapan India hinggalah briyani dan hidangan tandoori mesti ada yang kena dengan selera.
Alamat: No. 21, Jalan Eco Grandeur 1/3C, Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, 42300 Puncak Alam, Selangor.
12. Ayam Gepuk Top Global

Ayam gepuk memang tengah “take over” selera rakyat Malaysia, terutama generasi muda yang sanggup berpeluh semata-mata nak sambal pedas. Kalau craving ayam gepuk anda datang dan anda berada sekitar Puncak Alam, Top Global antara tempat paling mudah untuk dapatkan fix itu.
Nama Ayam Gepuk Top Global pun mungkin sudah familiar sebab jenama ini mempunyai banyak cawangan di seluruh negara. Datang ke cawangan Puncak Alam pun anda sudah boleh agak apa yang bakal sampai atas meja, iaitu nasi panas, ayam, sambal dan kubis.
Set yang lebih lengkap pula datang dengan tahu, tempe, pedal goreng atau kubis goreng. Menu semasa turut mempunyai pilihan ikan keli dan talapia kalau mahu tukar daripada ayam.

Apa yang menarik lagi kalau datang betul-betul lapar ialah nasi free flow kalau anda dine-in. Jadi tak perlu berkira sangat dengan suapan nasi apabila sambal masih banyak atas pinggan. Tambah nasi dan sambung makan sampai puas.
Tarikan sebenarnya tetap pada sambalnya. Pedas dan menyengat, memang pengalaman wajib apabila makan kedai ayam gepuk.
Alamat: No. 16 & 16-1, Ground Floor & First Floor, Jalan Eco Grandeur 1/3B, Eco Grandeur, 42300 Puncak Alam, Selangor.
13. Meokja Cafe

Craving makanan Korea tapi tak mahu memandu sampai KL? Meokja bawa pengalaman kafe Korea asli terus ke Puncak Alam, siap dengan menu yang memang disesuaikan sedikit supaya lebih ngam dengan selera tempatan. Cawangan ini dibuka pada penghujung 2024 sebagai lokasi kedua Meokja selepas Seberang Jaya.
Menunya memang luas, daripada tteokbokki, kimbap dan kimchi fried rice sampailah ke hidangan berkuah seperti Sundubu Jjigae. Kalau mahu sesuatu yang lebih berat, Jjampong datang dengan kuah pedas dan makanan laut, manakala dosirak pula sesuai kalau suka set lengkap dengan nasi serta banchan.

Satu perkara yang memudahkan pelanggan Muslim ialah Meokja menyatakan hidangannya mempunyai pensijilan halal JAKIM jadi bolehlah menjamu selera tanpa was was.
Ruang makannya pula mempunyai dua tingkat, jadi kapasiti tempat duduk agak besar. Tingkat atas biasanya dibuka pada waktu hujung minggu atau cuti umum.
Alamat: 26, Jalan Hillpark 11/8, Pusat Perdagangan Hillpark, 42300 Puncak Alam, Selangor.
14. P&C Kitchen Restaurant

Kalau satu meja ada yang nak pizza, seorang craving pasta, anak pula mahu mac & cheese, P&C Kitchen memang jenis tempat yang boleh tamatkan perdebatan sebelum order.
Menunya memang besar daripada Western comfort food sampailah ke hidangan Asian fusion, jadi memang mudah datang ramai-ramai tanpa semua orang perlu makan benda yang sama.
Antara menu yang lebih menarik ialah Spaghetti Salted Egg with Calamari, grilled lamb, burger bertingkat dan P&C Seafood Jumbo yang sesuai dikongsi.
Bahagian pizza pula bukan sekadar pilihan biasa. Ada Wagyu Beef Tenderloin Pizza, Smoked Duck Alfredo Pizza, Chicken Pesto serta beberapa lagi topping yang lebih premium.

Kalau datang bersama anak-anak, tersedia juga pilihan yang lebih simple seperti mac & cheese, nugget, sosej dan kentang goreng. Portion beberapa hidangan nampak agak besar, jadi elok tengok saiz dahulu sebelum terlebih order.
Satu lagi sebab P&C terasa lebih seperti café dining lengkap ialah bahagian pencuci mulutnya. Dalam display boleh nampak pilihan kek, pastries dan croissant, selain minuman kopi dan frappe. Jadi selepas makan berat, tak semestinya terus balik.
Dengan ruang makan yang selesa dan menu yang sangat pelbagai, P&C Kitchen sesuai untuk keluarga atau kumpulan yang selera masing-masing memang susah nak disatukan.
Alamat: 47-G, Jalan Eco Grandeur 1/8, Eco Grandeur, 42300 Puncak Alam, Selangor.
15. Mayamin Seafood

Mayamin Seafood ini sudah lama menjadi antara pilihan restoran dengan harga yang berpatutan sekitar Dataran Suria, terutama kalau selera menuntut masakan Thai.
Tomyam jelas menjadi sasaran utama sampaikan ada ramai pelanggan yang secara khusus memuji tomyam ekor, pilihan yang sedikit luar biasa kalau biasanya sebelum ini kita hanya jumpa sup ekor. Tomyam campur, daging masak merah dan pelbagai masakan panas turut menjadi peneman yang sempurna untuk nasi putih.

Kalau tak terasa nak makan tomyam, banyak pilihan lain popular termasuk mee celup, kerabu kaki ayam, kerabu mangga, nasi ayam Thai. Ini tak masuk lagi menu seafood yang ada.
Makanan yang sedap dengan harga yang mesra poket menjadikan restoran port makan utama untuk keluarga dan pelajar lokal di puncak alam ini.
Alamat: 61-1, Jalan Dataran Suria 15/7, 42300 Puncak Alam, Selangor.
16. SAFA Food Hub Antarabangsa

Seorang nak tomyam, seorang lagi craving chicken chop, anak pula tiba-tiba nak pizza. Kalau ini situasi yang melanda setiap kali nak cari tempat makan takperlu risau turun saja ke SAFA Food Hub, pasti ada yang memikat selera.
Konsep “Antarabangsa” itu bukan sekadar nama. SAFA menghimpunkan lebih 30 gerai dengan pilihan daripada makanan Melayu, Thai dan Cina hinggalah Arab, Indonesia serta Western. Jadi boleh lah setiap orang order di tempat lain tapi makan di meja yang sama, best kan!

Tempat ni memang Ruang makannya besar dan terbuka, dengan deretan lampu tergantung yang membuatkan suasana terasa lebih seperti night food hub daripada food court biasa. Ada juga skrin besar untuk siaran langsung bola sepak, badminton dan acara sukan, jadi kalau kebetulan datang ketika perlawanan besar, suasananya memang lebih meriah.
Siang mungkin nampak biasa, tapi bila malam tiba, SAFA Food Hub ini mula menjadi rancak penuh pengunjung dan suasananya cukup meriah amat sesuai untuk meraka yang mencari tempat lepak waktu malam di Puncak Alam.
Alamat: 9, Jalan Hillpark Niaga 9/2, Bandar Saujana Utama, 42300 Puncak Alam, Selangor.
Puncak Alam mungkin bukan kawasan pertama yang terlintas di minda apabila bercakap tentang lokasi makan popular di Selangor, tapi pilihannya restoran menarik berbanding beberapa tahun memang jauh berbeza. Dalam satu kawasan sahaja anda boleh jumpa nasi kerabu, nasi kandar, sate, makanan Korea dan kafe artisan yang setaraf dengan yang ada di KL.
Kalau datang dari luar Puncak Alam, elok tentukan dahulu kawasan yang mahu diserbu dahulu kerana restoran dalam senarai ini bukan semua di satu tempat ada yang di Hillpark, Puncak Bestari, Bandar Puncak Alam dan Eco Grandeur.
Untuk yang tinggal berdekatan pula, senarai tempat makan menarik di Puncak Alam ini boleh dijadikan titik permulaan untuk mencuba tempat baru mengikut selera dan waktu makan. Apa pun anda pilih, selamat menjamu selera!
Baca: 11 Tempat Makan Menarik Di Kuala Selangor | Restoran Terbaik Untuk Foodie