Rawang, Selangor merupakan antara bandar yang kian membangun. Dengan pelbagai pembangunan dan perumahan baru yang disediakan, ia menjadi antara bandar ideal untuk anda dan keluarga. Namun, apakah mudah untuk mencari tempat makan di sana? Sudah tentu! Mari kami kongsikan 11 tempat makan menarik di Rawang yang mesti dicuba untuk anda sekeluarga.

11. Biri Biri Cafe

Biri biri Cafe Rawang - Gambar Restoran
Sumber: Biri Biri Cafe

Jika anda penggemar hidangan kambing, Biri Biri Kafe di Sungai Buaya mesti anda cuba. Terletak hanya 5 minit dari tol Sungai Buaya, kafe ini cukup menarik. Restorannya berwarna hitam dengan papan tanda kuning sangat menyerlah. Dari jauh pon anda akan nampak.

Baca: 39 Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur

Hidangan utama di sini ialah masakan western dan tempatan. Walaupun hidangan kambing seperti lamb chop, sup kambing dan kambing bakar menjadi pilihan ramai, mereka turut menyediakan masakan lain yang tidak kurang hebat. Mereka turut menawarkan hidangan western lain seperti chicken chop dan meatballs.

Biri biri Cafe Rawang - Gambar Makanan
Sumber: arihaysharaf, suzazilah, Biri Biri Cafe

Ada juga aneka spaghetti yang boleh anda pilih, termasuk spaghetti special mereka iaitu Spaghetti Thai Laksa. Mereka turut menyediakan hidangan nasi yang boleh anda pilih untuk makan bersama kambing bakar, ayam goreng kunyit, ayam lemon Thai atau asam pedas. Aneka jenis mee dan bubur turut dihidangkan di sini. Jadi, jangan lupa untuk cuba.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 1, Jalan Kenangasari 2, Bandar Baru Sungai Buaya, 48010 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: 2pm-10.30pm (setiap hari, tutup pada hari Ahad)

10. Boraq Boraq Restaurant

Boraq boraq Restaurant - Gambar Restoran
Sumber: Shahir Affandi

Boraq boraq Restaurant di Bandar Country Homes, Rawang pernah disiarkan di kaca TV melalui rancangan jelajah makanan “Jalan-Jalan Cari Makan”. Jadi, memang tak hairanlah mereka ini sering menjadi pilihan ramai. Tentu sedap, kan?

Restoran ini meenawarkan pilihan menu yang sangat luas. Namun, signature dish mereka adalah nasi kukus ayam berempah dan mee jawa. Mereka juga menawarkan hidangan special yang lain seperti Mee Bandung dan Laksa Johor yang berasal dari Johor.

Boraq boraq Restaurant - Gambar Makanan
Sumber: arzoo Ansar, Azlee Arasah, Boraq Boraq Restaurant, Jeremy Kwan

Makanan western juga turut disediakan di sini. Kiranya, memang lengkaplah untuk setiap cita rasa pelanggan. Di kedai ini juga mereka menyediakan sebuah kiosk kecil di mana kudap-kudap dijual seperti choco tub, domisi cookies, kuih kapit dan banyak lagi. Nak rasa sendiri keistimewaan restoran Boraq Boraq ini, datanglah sendiri.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: no, 36, Jalan Desa 1/1, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: 12pm-8pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)

9. Mohd. Chan Restaurant

Mohd. Chan Restaurant - Gambar Restoran

Restoran Mohd. Chan memang tidak asing lagi dengan cawangan-cawangan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Di Rawang, cawangan mereka terletak di Pusat Bandar Rawang. Kedainya simple, bersih dan kemas. Jadi, anda dan keluarga tentu selesa ketika berkunjung ke sini.

Menawarkan pelbagai masakan authentic Cina, Mohd. Chan memastikan semua cawangan-cawangan mereka halal dan bersih. Antara signature dish mereka ialah Rich Man’s Fried Rice, Soft Shell Crab with Salted Egg sauce, Butter Prawns, Thai Style Steamed Fish dan banyak lagi.

Mohd. Chan Restaurant -Gambar Makanan
Sumber: ana roziana, SyAhRiL BoB Dx, Izzah Ahmad

Kiranya, jika anda penggemar masakan makanan laut style Cina, Mohd.Chan memang anda perlu cuba. Mereka juga menawarkan makanan a-la carte seperti Wantan Mee, yam basket of fries, Char Kuey Teow dan banyak lagi. Yang paling menarik di sini ialah sup Szechuan dan dim sum mereka. Memang lain dari yang lain. Jangan lupa untuk cuba.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 39, Jalan Bandar Rawang 10, Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: 11am-11pm (setiap hari)

8. Azza Kitchen

Azza Kitchen - Gambar Restoran
Sumber: azza_kitchen_bukitsentosa

Untuk makan malam yang lengkap dan mempunyai banyak pilihan, datang ke Azza Kitchen yang terletak di Bukit Sentosa, Rawang. Restoran ini sangat simple dan selesa. Malah, ia menyediakan tempat duduk di dalam dan outdoor. Jadi anda bolehlah pilih mengikut keselesaan anda.

Menu di sini berteraskan masakan western dan fusion. Masakan special mereka ialah chicken chop dan grilled chicken. Ia juga boleh dipesan dengan gandingan nasi goreng. Mereka juga menyediakan makanan western lain seperti lamb chop, meatballs dan spaghetti.

Azza Kitchen - Gambar Makanan
Sumber: Mohd Hafizi Azlan, Nurul Sabrina, sarah ahmad,

Kalau anda nak tahu, ramen pon ada di sini. Malah, kesemua makanan ini boleh dipesan dalam 1 dulang yang dinamakan sebagai mix plate. Bagi yang nak makan makanan tempatan, masih ada seperti biasa. Masakan panas seperti goreng-goreng, Tom yam dan makanan laut semua ada. Lengkap untuk seisi keluarga.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 11, Jalan Bunga Kertas 1b/2, Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: 5pm-11pm (setiap hari, tutup pada hari Selasa)

7. De Anjung Seafood

De Anjung Seafood - Gambar Restoran
Sumber: De Anjung Seafood

Untuk yang teringin nak makan seafood atau hidangan makanan laut, boleh datang ke De Anjung Seafood. Restoran ini memang menarik. Dengan hiasan dalaman dan rekaan yang simple, gabungan tradisional dan modern, suasana di sini sangat mengenyangkan. Ada tempat duduk di luar dan di dalam. Kalau bawa kanak-kanak pun, tentu mereka suka.

De Anjung Seafood - Gambar Makanan
Sumber: De Anjung Restaurant

 Menu utama di sini tentulah berteraskan makanan laut. Jadi hidangan seperti ikan siakap stim limau atau tiga rasa, bersama kailan ikan masin, udang butter, Tom yam campur, daging merah, kerabu mangga yang dihidangkan bersama nasi putih panas, pasti menjadi antara pilihan ramai.

Sesuai dikunjungi bersama keluarga atau dalam kumpulan yang besar, makanan di sini cukup mengenyangkan. Apa lagi bila makanan ini digandingkan bersama jus buah segar seperti jus tembikai atau jus lemon, sangat puas hati.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No.1-47 jln seri pagi 1, pusat perdagangan seri pagi, Sungai Choh, 48000 Rawang, Selangor

Waktu Operasi: 

Isnin-Ahad12pm-8pm
Khamis sahaja10am-8pm

6. Alang Western Rawang

Alang Western Rawang - Gambar Makanan
Sumber: alangwestern_rawang

Kalau anda nak makan makanan western dalam bajet yang rendah, boleh cuba ke Alang Western Rawang yang terletak di Taman Mawar. Ia terletak di sebelah 7 Eleven jadi senang untuk anda mencari. Walaupun ia hanyalah stall kecil, mereka menyediakan ruang makan yang cukup selesa.

Mereka menawarkan menu western seperti grilled chicken chop, grilled lamb chop, roti John cheese, pelbagai jenis burger premium dan banyak lagi. Milkshake pon ada. Yang istimewanya tentang Alang Western ialah semua menu mereka merupakan hasil ciptaan mereka sendiri dan 99% homemade mengikut resepi mereka tersendiri. Kalau nak tempah meja atau nak order untuk take-away, WhatsApp saja mereka. Yang penting, mesti cuba.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 02-17, Blok Teratai, Apartment Kos Sederhana, Persiaran Tun Teja 3, Taman Tun Teja, 48000 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: 8pm-12am (setiap hari, tutup pada hari Isnin)

5. Ikhwan Coffee House

Ikhwan Coffee House - Gambar Restoran

Salah satu restoran Islamic yang berstatus halal & toyyiban ialah Ikhwan Coffee House. Terletak di Bandar Country Homes, jenama Ikhwan ini sudah cukup sinonim dengan perniagaan berteraskan syariat Islam.

Bukan sahaja dalam industri pemakanan, Ikhwan juga berkecimpung dalam industri-industri lain seperti pendidikan dan perubatan. Malah, Ikhwan Coffee House ini terletak bawah daripada Sekolah Menengah Islam Global Ikhwan.

Ikhwan Coffee House - Gambar Makanan
Sumber: Ani Yani, M. Amin S, mrsbenskitchen

Mereka menawarkan pelbagai makanan dari sarapan pagi hingga ke makan malam. Dalam suasana kedai yang cukup menarik dan selesa, Ikhwan Coffee House kelihatan seperti kafe yang sangat classy. Namun, jangan risau, harga makanan di sini cukup berpatutan.

Mereka menawarkan pelbagai jenis kopi dan teh bersama pelbagai jenis makanan. Antara yang istimewa di sini ialah aneka jenis pizza mereka. Mereka juga menawarkan pelbagai pilihan donut dan pastri. Jangan lupa cuba ye.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 25, Jalan Desa 9, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: 8am-10pm (setiap hari)

4. GH Corner Rawang

GH Corner Rawang - Gambar Restoran
Sumber: GISBH Website

Lagi satu restoran halal dan bersih yang perlu anda cuba di Rawang ialah GH Corner. Juga terletak di Bandar Country Homes, GH Corner sangat menyerlah dengan papan tanda Oren biru mereka. Rekaan restoran mereka juga sangat menarik perhatian. Ada elemen Timur tengah yang menghiasi restoran ini. Sangat kemas dan selesa.

GH Corner Rawang - Gambar Makanan
Sumber: RESTORAN GH CORNER RAWANG

Menu di sini pula memang hebat. Memberikan anda kepelbagaian dari masakan panas seperti goreng-goreng dan sup, masakan western seperti chicken chop istimewa mereka, dan hidangan pasta yang sangat menarik. Malah, mereka turut menawarkan shawarma dan nasi Arab. Memang rambang mata lah kalau dah sampai ke sini kerana semuanya nampak sedap-sedap belaka.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 24-G, Jalan Desa 9/3, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: 10am-10pm (setiap hari)

3. Keropok Lekor Tip Top 962

Keropok Lekor Tip Top 962 - Gambar Restoran
Sumber: nyazirah wahab

Siapa yang tak sukakan keropok lekor, kan? Jika anda mencari-cari keropok lekor di Rawang, boleh datang ke Keropok Lekor Tip Top 962 yang terletak di Simpang Sungai Choh. Ia sebenarnya sebuah stall jalanan kecil tetapi hiasan di stall ini yang agak funky memang mencuri perhatian ramai.

Keropok lekor mereka disediakan di sini dan boleh dinikmati dalam pelbagai cara. Jika anda lebih tradisional, boleh dapatkan keropok lekor goreng atau rebus. Kalau yang basic begini, mereka hidangan bersama sos lada. Tetapi jika anda mahukan sesuatu yang lebih innovatif, boleh cuba keropok lekor cheese kebabom atau keropok lekor cheese tarik.

Keropok Lekor Tip Top 962 - Gambar Makanan
Sumber: keropoklekor_tiptop962, FM Tube, mommyd_gojesss,

Keropok lekor jenis ini dibulat-bulatkan seperti bola dan berinitikan cheese. Mereka juga ada menyediakan keropok cheese leleh di mana keropok lekor biasa itu dicurahkan sos cheese keatasnya. Sedap sangat nampak. Mesti cuba tau!

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 1, Simpang Sungai Choh, 48200 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: 10am-7pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)

2. Restoran D’Perahu Ikan Bakar

Restoran D'Perahu Ikan Bakar - Gambar Restoran
Sumber: restorandperahu

Satu lagi restoran makanan laut di Rawang yang perlu anda cuba ialah Restoran D’ Perahu. Ia terletak di Bandar Rawang dan mempunyai suasana yang cukup santai. Jika anda nak makan makanan laut bersama keluarga, di sinilah yang terbaik kerana mereka mempunyai pilihan makanan laut yang sangat banyak.

Mereka menawarkan lebih 10 jenis ikan untuk hidangan ikan bakar dan berbagai jenis makanan laut yang boleh dimasak pelbagai cara. Jika anda lebih sukakan hidangan nasi dan Tom yam, bolehlah gandingkan bersama udang butter, sotong goreng tepung, sayur goreng dan macam-macam lagi.

Restoran D'Perahu Ikan Bakar - Gambar Makanan
Sumber: Jamaliah Said, fitsunata, restorandperahu

Tetapi jika anda mahu, boleh juga dapatkan makanan laut ini dalam hidangan shell-out. Hidangan yang mencampurkan semua makanan laut ini dalam 1 lauk shell out dihidangkan bersama nasi dengan sampingan jagung. Pilih saja yang mana anda suka, yang penting anda cuba D’Perahu Ikan Bakar.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 53, Jalan Bandar Rawang 15, Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor
Waktu Operasi: 11am-12am (setiap hari)

1. Azra Grill

Azra Grill - Gambar Restoran
Sumber: Azra Grill

Anda peminat BBQ? Tahukah anda berdekatan dengan Rawang, di Serendah, anda boleh dapatkan makanan BBQ? Ya, hanya di Azra Grill. Yang menarik tentang Azra Grill ini ialah restorannya yang didekorasi penuh seni.

Malah, ada satu bahagian tempat makan yang sangat unik iaitu di dalam bas. Bas lama yang telah diubah suai kepada tempat duduk ala diner. Memang lain dari yang lain.

Azra Grill - Gambar Makanan
Sumber: Hood, azriqamia, Azra Grill

Menu yang ditawarkan di sini lebih kepada makanan digrill. Malah, kebanyakannya dihidangkan di atas hot plate. Jenis daging yang digrill juga banyak variasi seperti ayam, daging, kambing, salmon dan yang paling istimewa, rusa.

Baca: 36 Restoran Sedap Di Shah Alam

Anda juga boleh dapatkan variasi daging grill bersama nasi. Mereka turut menyediakan masakan pasta dan burger. Kalau anda tak terasa nak makan Western ataupun bersama orang-orang yang lebih tua yang mahukan masakan panas, ada saja hidangan goreng-goreng dan sizzling. Apa lagi, jom ke Azra Grill!

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 29, Jalan Seri Pagi 1, Pusat Perdagangan Seri Pagi, 48200 Serendah, Selangor
Waktu Operasi: 6pm-11.30pm (setiap hari, tutup pada hari Rabu)

Boleh disimpulkan bahawa kebanyakan kedai makan dan restoran di Rawang ini menyediakan menu yang pelbagai dan menyeluruh. Jadi, ada sesuatu untuk semua, kan? Jika anda ingin mencari tempat makan menarik di sekitar Rawang, datang saja ke antara 11 tempat makan menarik di Rawang restoran di dalam senarai kami. Selamat menjamu selera!

5/5 - (1 vote)