Sekinchan meningkat popular kebelakangan ini, bukan? Jika anda merancang untuk ke sana, pasti anda ingin tahu tempat-tempat makan yang menarik yang boleh dijumpa di Sekinchan. Mari kami kongsikan 12 tempat makan menarik di Sekinchan.

12. Abah Bonda Ikan Bakar

Abah Bonda Ikan Bakar (1)
Sumber: @Azam Zakwan

Di Sekinchan memang banyak restoran makanan laut dan restoran bakar-bakar. Namun, antara yang paling popular di sana ialah Abah Bonda Ikan Bakar. Lokasinya yang terletak di tepi jalan memang mudah untuk dijumpa dan menu utama mereka sudah tentu ikan bakar.

Abah Bonda Ikan Bakar (2)
Sumber: @abahbondaikanbakar

Ikan Bakar di sini dihidang bersama beberapa kuah untuk dicicah seperti air asam dan sambal. Malah, bukan sahaja ikan, anda juga boleh menikmati udang, kerang dan ketam.

Sekiranya anda lebih sukakan makanan laut ini dimasak dalam cara lain, jangan risau, goreng pon ada. Makan pula bersama nasi panas, pasti puas hati.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Kuala Selangor – Teluk Intan, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi:

Isnin, Rabu-Ahad9am-4pm
SelasaTutup

11. N16 Bus Cafe Sekinchan

N16 Bus Cafe Sekinchan (1)
Sumber: @_mikmlhkm

Walaupun dengan nama yang ringkas, Bus Cafe Sekinchan ini antara tempat makan yang menjadi tarikan ramai. Mana taknya, kafe ini terletak dalam sebuah bas. Ya, bas.

Bas ini telah diubah suai untuk menjadi sebuah kafe yang menyajikan pelbagai hidangan. Tetapi kafe ini menjadi viral pada awal penubuhannya kerana keunikannya yang dibuat daripada bas 2 tingkat, dan lokasinya yang terletak di tengah bendang.

Baca: 11 Tempat Makan Menarik Di Kuala Selangor

Antara makanan yang disediakan di sini ialah Chicken Chop yang dihidangkan bersama pasta. Pasta lain juga ada di sini seperti carbonara dan aglio olio. Jika anda sukakan ayam goreng Korea, mereka pon ada.

N16 Bus Cafe Sekinchan (2)
Sumber: @ah_teu

Pencuci mulut di sini juga tidak kurang hebat dengan variasi kek yang menjadi kegemaran ramai. Tetapi yang paling istimewa di sini ialah minuman mereka. Mereka menghasilkan koleksi teh dan kopi tersendiri yang didatangkan dalam bentuk botol kaca. Classy.

Terdapat 5 minuman yang dibrew sendiri iaitu Honey Citron Tea, Honey Lemon Pea Flower, Rosemary Green Tea, Iced White Coffee dan Iced Black Coffee.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: F4V7+7V, Kampung Parit Empat, 45400 Tanjong Karang, Selangor
Waktu Operasi: 11.30am-7pm (Jumaat-Ahad sahaja)

10. Kedai Bawah Pokok 2

Kedai Bawah Pokok 2 Sekinchan (2)
Sumber: Sharifah Marliana

Kedai Bawah Pokok 2 terkenal di kalangan penduduk tempatan kerana variasi makanan ya yang luas. Bukan menu sahaja luas, tempatnya juga luas. Sangat sesuai dijadikan port lepak dan makan secara beramai-ramai.

Kedai Bawah Pokok 2 Sekinchan (1)
Sumber: Sharifah Marliana

Antara makanan yang menjadi tarikan ialah roti canai melayu mereka. Dengan kepelbagaian jenis dari roti kosong ke roti tampal, roti sardin ke roti sarang burung, semua mereka ada. Masakan panas seperti goreng-goreng dan sup kaki ayam juga ada di sini. Bagi yang sukakan pencuci mulut, anda boleh pekena ABC di sini.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: 5.30pm-8pm (setiap hari)

9. Warung Amai Mentarang

Warung Amai Mentarang Kedai Bawah Pokok 2 Sekinchan (1)
Sumber: Elin Farizza

Kerana Sekinchan merupakan destinasi yang berdekatan dengan laut, makanan laut sudah tentu antara makanan yang mudah di jumpa di sini. Warung Amai Mentarang ini dikenali sebagai kedai makanan laut yang dibakar. Saiz makanan-makanan laut di sini juga agak besar dan memuaskan.

Warung Amai Mentarang (2)
Sumber: @rizal_i

Antara makanan laut yang boleh anda pesan nanti termasuk ketam, udang dan mentarang. Kalau anda tak pernah cuba mentarang, mesti cuba tau.

Jika anda kurang berminat dengan bakar-bakar, mereka juga boleh menyediakan makanan laut ini dalam bentuk berlauk seperti masak lemak cili api, masak tiga rasa dan banyak lagi.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan lapis, 1, Jalan Tali Air 7, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari)

8. Cendol Pulut Was Sekinchan

Cendol Pulut Was Sekinchan (1)
Sumber: @asri_musneb

Jika cuaca agak panas di Sekinchan ketika anda berkunjung, mesti tekak Inginkan sesuatu yang sejuk, kan? Cendol Pulut Was Sekinchan tentu port tepat untuk anda. Dengan berbagai jenis cendol, pasti memuaskan. Cendol durian, pulut, cendol aiskrim pon ada.

Cendol Pulut Was Sekinchan (2)
Sumber: @amyliazahari

Selain daripada cendol, Cendol Pulut Was Sekinchan juga menawarkan makanan seperti goreng pisang cheese, nasi lemak dan rojak. Jadi buat yang terasa lapar tu, ada la pilihan makanan sambil menjamu selera makan cendol.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Tali Air 6, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: 11am-11pm (setiap hari)

7. Restoran D’Masri

Restoran D’Masri (1)
Sumber: @naelsahlan

Restoran ini popular dengan hidangan istimewa mereka yang dinamakan ayam pasu. Ayam yang dibakar perlahan dalam pasu menggunakan arang, memang sedap dan unik.

Restoran ini juga dibuka untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, dengan menu yang berbeza-beza untuk setiap waktu makan. Hebat kan?

Restoran D’Masri (2)
Sumber: @naelsahlan

Sarapan pagi, anda akan dijamu dengan makanan seperti nasi lemak, bihun goreng, kuih-muih dan banyak lagi. Pada waktu tengah hari mereka menawarkan masakan nasi berlauk. Pilihan lauk mereka sangat banyak dan harga pon berpatutan.

Nasi ayam pasu juga menjadi antara hidangan pilihan ramai. Di sebelah petang, mereka sediakan masakan panas, laksa, soto dan bihun.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 24/4B, Taman Ria, Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari)

6. Mee Bandung Udang Pantai B.M

Mee Bandung Udang Seaview (1)
Sumber: Mee Udang Pantai B,M

Berbekalkan pemandangan laut, restoran Mee Bandung Udang Pantai B.M ini sangat nyaman suasananya.

Malah, ramai pelanggan suka datang ke sini pada sebelah petang dan malam untuk menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Menu yang dihidangkan di sini juga sedap-sedap belaka. Specialty mereka sudah tentu mee bandung udang.

Mee Bandung Udang Seaview (2)
Sumber: cik_yanz_chubby

Kerana lokasinya yang berdekatan dengan laut, sudah tentu hidangan mereka juga berasaskan makanan laut. Selain mee bandung udang mereka, terdapat juga hidangan laut lain seperti sup belut yang menjadi antara kegemaran pelanggan. Nasi putih bersama lauk-pauk, masakan goreng-goreng juga ada di sini.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Kampung Batu 23, Sungai Nibong, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari) 11.30am-12pm (rehat)

5. Restoran selera Rimba

Restoran selera Rimba (1)
Sumber: Mohd Syahmi

Restoran selera rimba ini sesuai dengan suasananya yang dikelilingi pokok-pokok. Malah, menu mereka juga berasaskan binatang eksotik tau. Restoran ini juga sangat popular di kalangan golongan berkonvoi dan sering dijadikan pit stop.

Restoran selera Rimba (2)
Sumber: Chip Munk

Berbalik kepada menu eksotik tadi, jangan terkejut. Antara masakan eksotik yang mereka sediakan ialah daging landak, rusa, ikan baung, arnab, kijang, dan udang galah, yang dimasak dalam pelbagai juadah seperti masak rendang, pedas atau berkicap. Bagi anda yang ingin mencuba keunikan masakan eksotik ini, bolehlah berkunjung ke sini.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Kampung Belia 2, Jalan Sungai Panjang, 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu Operasi: 

Sabtu-Khamis11am-5pm
JumaatTutup

 

4. AZR Mentarang Fresh Sekinchan

Mis Mentarang Bakar (1)
Sumber: Johari Junid

Mentarang memang cukup popular di Sekinchan. Buat pengetahuan anda, mentarang ialah sejenis haiwan laut yang berkerang. Di AZR Mentarang Fresh Sekinchan, ia dimasak dalam keadaan fresh tau.

Jadi, bagi anda yang baru nak cuba buat pertama kali, memang sesuai rasa di sini. Mentarang yang fresh dimasak dengan cara berbeza-beza. Bakar, masak lemak, dan lain-lain masakan selera kampung akan membangkitkan lagi kemanisan mentarang.

Mis Mentarang Bakar (2)
Sumber: Yatt Shr

Makanan laut lain juga ada di sini. Ikan siakap 3 rasa, kerang bakar, ketam nipah masak cili api adalah antara hidangan yang menjadi kesukaan ramai.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Tali Air 7, Kg Sg Leman, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: 11am-8pm (setiap hari)

3. Chef Danial Halal Chinese Cuisine

Halal Chinese Cuisine by Chef Danial (1)
Sumber: Chef Danial

Untuk yang mencari kelainan di Sekinchan dan suka dengan masakan cina, bolehlah singgah ke Chef Danial Halal Chinese Cuisine. Dimulakan oleh Chef Danial Abdullah yang berpengalaman bekerja di Holiday Inn Subang Jaya selama 15 tahun. Kini, beliau menyediakan makanan masakan cina yang murah dan halal.

Halal Chinese Cuisine by Chef Danial (2)
Sumber: Adrew Day

Antara masakan yang menjadi signature di sini ialah sup ketam, ayam masak gajus dan cili kering, ikan stim teow chew, dan udang butter. Mereka juga menyajikan makanan lain seperti nasi ayam Hainan, Yee Mee, Wantan Mee dan Mee udang yang digelar Har mee. Bagi anda yang suka masakan cina, singgah ke restoran Chef Danial Halal Chinese Cuisine.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan masjid, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: 

IsninTutup
Selasa-Ahad12pm-10pm
Rehat7pm-8pm

2. Sekinchan Coconut Farm

Sekinchan Coconut Farm (1)
Sumber: Mohd Nuruli Azahari Azmi

Terletak di dalam ladang kelapa, kafe di2 Sekinchan Coconut Farm bukan sahaja menawarkan pemandangan yang cantik. Malah, menu mereka dengan mempelbagaikan buah kelapa turut menarik.

Anda boleh menikmati buah kelapa fresh di sini, atau rasa air kelapa pandan yang dijual dalam botol. Selain itu, mereka juga menyajikan coconut shake yang sangat sedap.

Sekinchan Coconut Farm (2)
Sumber: Sekinchan Cocunut Farm

Antara makanan yang ada di sini adalah rojak, nasi lemak, dan ah mah kuih. Walaupun kafe dipunyai oleh peniaga cina, jangan risau, rojak dan nasi lemak dimiliki oleh peniaga melayu dan makanan-makanan di sini adalah halal.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot 14307, Jalan Tali Air 4,  Sekinchan, 45400 Selangor Darul Ehsan.
Waktu Operasi: 10am-5pm (Sabtu & Ahad sahaja)

1. Restoran Sri Sekinchan

Restoran Sri Sekinchan (1)

Restoran ini menawarkan suasana mesra keluarga dan menyediakan pelbagai hidangan dari sarapan pagi hingga ke makan malam. Di waktu pagi, anda bolehlah mencuba lempeng dan roti canai mereka.

Pada waktu tengah hari, mereka menyediakan lauk-pauk masakan kampung yang cukup menyelerakan seperti ikan keli masak lemak, sotong sambal dan sayur-sayuran dimakan dengan nasi putih panas. Dikatakan antara yang2 special di sini ialah kari kambing mereka.

Restoran Sri Sekinchan (2)

Pada sebelah petang dan malam, sajian utama mereka berasaskan makanan laut. Makanan laut seperti ikan, sotong, ketam, udang, lala dan pepahat dimasak dengan pelbagai cara. Antaranya ialah masak 3 rasa, stim limau, sambal, masam manis dan buttermilk.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 15, Jln Mawar, Taman Sekinchan Jaya, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari)

Itu dia 12 tempat makan menarik di sekitar Sekinchan. Kami harap dapat membantu anda ketika bercuti atau berkunjung ke Sekinchan. Lebih kepada makanan laut, namun tidak kurang dengan aneka makanan yang lain. Selamat menjamu selera di Sekinchan!

Baca: 15 Tempat Menarik Di Kuala Selangor

5/5 - (1 vote)