Seremban merupakan sebuah daerah yang cukup terkenal dengan jolokan lubuk makanan orang “Nogori” untuk diterokai apatah lagi jika anda pertama kali menjejakkan kaki ke sini.

Tambahan pula jika anda seorang yang gilakan masakan pedas dan asli, maka Seremban adalah destinasi yang paling tepat untuk anda terokai. Rata-rata masakan di sini mendapat pujian dan cukup viral di kalangan food hunter.

Kami mengambil kesempatan ini untuk berkongsi beberapa tempat makan menarik di Seremban yang cukup popular serta menyajikan pelbagai jenis masakan untuk santapan anda sekeluarga. Sudah pasti anda teruja, bukan? Jom kita lihat tempat makan paling best di Seremban pilihan foodie.

30. Restoran Selera Nogori

Restoran Selera Nogori - Gambar Restoran
Sumber: Restoran Selera Nogori

Sesiapa saja yang pernah berkunjung ke restoran ini pasti akan menjadi pelanggan tetap. Tak percaya? Dengan suasana restoran yang cukup selesa dan ekslusif serta lebih dari 100 juadah kampung dan moden yang sedia terhidang pasti memikat hati setiap pelanggan yang berkunjung. Namakan saja lauk apa yang anda inginkan, semuanya ada di sini. Memang rambang mata dibuatnya.

Baca: 27 Tempat Makan Best Di Kajang

Lihat sahaja nama restoran anda sudah boleh mengagak apa menu yang paling popular di sini. Sudah tentu masakan salai masak lemak cili api, asam pedas Negeri Sembilan serta banyak lagi untuk anda nikmati.

Restoran Selera Nogori - Gambar Makanan
Sumber: Restoran Selera Nogori

Bukan itu sahaja, Restoran Selera Nogori turut menyediakan pelbagai jenis kuih muih tradisional melayu yang menggiurkan. Yang menariknya susun atur juadah yang mengasingkan jenis masakan dan pencuci mulut sangat menarik dan ia sangat memudahkan pelanggan.

Jam 12.00 sehingga 2.30 merupakan waktu puncak di restoran ini dan anda bakal lihat orang ramai berasak-asak untuk menikmati juadah yang dihidang. Jadi, anda dinasihat untuk datang lebih awal dan nikmatilah waktu makan anda dengan tenang dan selesa.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: 602 & 603 Jalan Haruan 4/8 Oakland, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari Isnin- Sabtu

29. Restoren Kemangi

Restoran Kemangi Seremban - Gambar Restoran
Sumber: Aizat

Bagi anda yang sukakan suasana makan malam bersama keluarga yang selesa serta meriah, Restoren Kemangi adalah lokasi yang sangat sesuai dan tepat untuk anda sekeluarga. Rata-rata pengunjung yang berkunjung ke sini kebanyakannya untuk meraikan tarikh atau majlis keluarga seperti sambutan hari lahir, hari ulang tahun serta banyak lagi.

Ruang makan keluarga yang selesa, hiasan yang menarik serta perkhidmatan pelanggan yang 5 bintang adalah faktor utama yang menarik ramai pengunjung ke restoran ini.

Restoran Kemangi Seremban - Gambar Makanan
Sumber: Restoran Kemangi

Antara pilihan masakan yang disediakan untuk anda di sini adalah masakan barat, masakan melayu dan juga masakan Thai.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: Jalan Kuala Pilah, Persimpangan Taman Pinggiran Golf, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Waktu Operasi: Setiap hari (4.00 petang – 1.00 pagi)

28. Haji Shariff’s Cendol, Seremban

Haji Shariff's Cendol, Seremban - Gambar Restoran
Sumber: MHafiqAR

Siapa yang tidak sukakakn cendol? Tambahan pula pada waktu petang yang panas terik serta selepas penat dari meronda-ronda seharian. Dapat pekena cendol semangkuk pasti hilang haus di tekak dan lesap segala lenguh-lenguh urat.

Haji Shariff’s Cendol adalah lokasi yang wajib anda singgah sekiranya berkunjung ke Seremban. Jika dahulu ia hanyalah gerai kecil yang diusahakan di tepi jalan namun sekarang ia sudah berkembang dan berjaya mendapatkan tapak perniagaannya sendiri.

Haji Shariff's Cendol, Seremban - Gambar Makanan
Sumber: Haji Shariff’s Cendol, Seremban

Di sini terdapat beberapa jenis cendol serta pelbagai jenis perisa untuk dinikmati. Antara yang popular adalah cendol jagung, kacang merah, pulut dan banyak lagi. Bukan itu saja, anda juga boleh menempah rojak di premis ini. Barulah lengkap menu waktu minum petang anda sekeluarga nanti.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: 44 Jalan Yam Tuan, Seremban
Waktu Operasi: Setiap Ahad-Jumaat (10 pagi-6petang)

27. Nasi Arab Damsyik

Nasi Arab Damsyik - Gambar Restoran
Sumber: Syafiq Rahman

Inginkan kelainan dalam menikmati makan malam bersama keluarga? Apakata anda cuba hidangan nasi arab di restoran nasi arab Damsyik. Ruang makan yang membolehkan pelanggan makan sambil bersila sememangnya cukup menggamit memori serta merapatkan lagi kemesraan hubungan ahli keluarga.

Konsep ruang makan sebegini pastinya menarik lebih ramai pengunjung kerana ia menerbitkan suasana makan yang santai dan bersahaja. Bahkan dekorasi restoran yang bercirikan timur amat sesuai untuk dijadikan background yang menarik bagi setiap detik gambar yang dirakam.

Nasi Arab Damsyik - Gambar Makanan
Sumber: Nasi Arab Damsyik

Jadi tak hairan lah jika restoran ini sering dijadikan tempat makan malam koperat seperti annual grand dinner syarikat dan lain-lain majlis. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan di sini cukup murah dan berbaloi untuk semua pakej.

Antara menu yang menarik di sini yang boleh anda cuba adalah nasi mandy dan juga kebab.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: Jalan Paroi – Senawang, Taman Melati Indah, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari rabu-isnin (11.00 pagi-11.00 malam)

26. Restoran DPantai

Restoran Dpantai - Gambar Restoran
Sumber: Restoran D’Pantai

Tentu syok dapat pekena kambing panggang, ikan tilapia serta ikan siakap yang dibakar special di tepi pantai sambil menghirup udara nyaman pada waktu malam, bukan?

Tambah-tambah lagi jika terdapat pelbagai menu masakan yang menarik serta layanan yang diberikan pula first class. Restoran DPantai sememangnya menjanjikan sesuatu menarik dan istimewa buat anda sekeluarga.

Restoran Dpantai - Gambar Makanan
Sumber: Restoran D’Pantai

Restoran DPantai merupakan sebuah restoran yang diusahakan sejak 2008 oleh penduduk kampung bagi memperkenalkan kampung halaman mereka kepada para pelancong. Berkat serta usaha gigih mereka akhirnya membuahkan hasil yang cukup lumayan kerana lokasi ini sering dijadikan tempat berkumpul dan sesak dengan kunjungan ramai.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: Lot 1, Batu 6, Jalan Jelebu, 71770 Seremban
Waktu Operasi: Ahad-Khamis (4.30 petang-11.30 malam), Jumaat-Sabtu (4.30 petang-12.30 tengah malam)

25. Nasi Lemak Senawang

NASI LEMAK Senawang - Gambar Restoran
Sumber: Nasi Lemak Senawang

Nasi lemak yang disajikan di restoran Nasi Lemak Senawang bukan sekadar nasi lemak biasa. Ia lebih dari itu. Nasi lemak soft shell crab with salted egg sauce dan nasi lemak sotong with salted egg sauce antara menu yang paling laris dan wajib anda cuba.

Sos yang diperbuat daripada telur masin yang berkrim dipadankan pula dengan nasi lemak sotong atau ketam goreng yang rangup adalah kombinasi yang terbaik di abad ini!

NASI LEMAK Senawang - Gambar Makanan
Sumber: Nasi Lemak Senawang

Bukan itu sahaja, jika anda mengidam nasi lemak yang tradisional dan asli, Restoran Nasi Lemak Senawang turut menyediakan sambal serta lauk seperti sambal sotong, sambal kerang, paru goreng, hati pedal, sambal tempe dan macam-macam lagi untuk anda semua.

Jika anda berkesempatan ke Seremban jangan lupa untuk merasai sendiri keenakan nasi lemak Senawang ye!

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: No.9, Jalan Cattleya 2, Persada Cattleya Senawang, 70450 Seremban.
Waktu Operasi: Setiap hari Khamis-Selasa

24. Mr Manshor Kopitiam Power

Mr Manshor Kopitiam Power - Gambar Restoran
Sumber: Faisal Rahim

Anda seorang penggemar kopi yang tegar? Sering kecewa dengan air kopi yang kurang menyengat dan padu? Jangan risau kerana di Mr Manshor Kopitiam Power semua masalah anda bakal selesai.

Di sini anda boleh melepaskan gian anda terhadap kopi sepuasnya dan mungkin secawan kopi tidak cukup untuk anda nikmati. Kopi tongkat ali, kacip fatimah, kopitiam power dan kopi burung walit antara kopi yang disyorkan dan laris di sini.

Mr Manshor Kopitiam Power - Gambar Makanan
Sumber: Mr Manshor Kopitiam Power

Mr Manshor Kopitiam Power cukup terkenal dengan kelazatan kopinya. Malahan ia turut dijadikan port lepak memandangkan ruang makan di sini cukup luas dan selesa. Jadi tidak hairanlah mengapa restoran ini sering sesak dengan kunjungan orang ramai!

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: Lot 717, Jalan Kuala Pilah – Seremban, 70400 Seremban
Waktu Operasi: Setiap hari Selasa-Ahad (8.00 pagi-3.00 petang, 4.00 petang-1.00pagi)

23. Restoran Wadi Ar-Raudhah

Restoran Wadi-Ar Raudhah - Gambar Restoran
Sumber: Bunga Larangan

Restoran ini tidak kurang hebatnya. Populariti Restoran Wadi Ar-Raudhah dalam menyediakan menu masakan yang bervariasi sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Di sini juga anda boleh menikmati lebih dari 40 jenis masakan kampung yang asli terutamanya masakan Nogori.

Pernah mendapat liputan dari beberapa stesen radio dan televisyen seperti ASEAN Heritage Food Trail with Chef Wan, Jalan-Jalan Cari Makan TV3, Negeri Sembilan Food Trail dan juga GengPagiHot Radio Hot FM menjadikan Restoran Wadi Ar-Raudah cukup istimewa dan wajib diterjah.

Restoran Wadi-Ar Raudhah - Gambar Makanan
Sumber: Restoran Wadi Ar-Raudhah

Bukan itu sahaja jika anda datang secara berkumpulan, maka steamboat adalah santapan yang terbaik untuk dinikmati. Pelbagai jenis pilihan makanan, seafood segar dan juga grilled siap terhidang.

Teringin masakan timur tengah seperti nasi mandy kambing dan ayam? Jangan risau kerana di Restoran Wadi Ar-Raudhah semuanya ada. Memang rambang mata dibuatnya!

📍 Alamat
Lokasi: 1, 2, Jalan Seri Rahang 1, Taman Seri Rahang, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

22. N9 Stick Factory

N9 Stick Factory Seremban - Gambar Restoran
Sumber: N9 Stick Factory

Sebuah restoran yang cukup popular di Sereman dan ia juga turut viral di media social. Diikuti oleh lebih 9 ribu pengikut di Facebook dan Instagram sudah membuktikan N9 Stick Factory adalah restoran yang wajib dimasukkan ke dalam list anda ketika berkunjung ke Seremban.

Bukan itu saja, ia sering dikunjungi oleh selebriti tanah air dan pernah mendapat liputan dari rancangan Jalan-jalan Cari Makan TV3 menjadikan N9 Stick Factory trending di kalangan foodies. Lebih-lebih lagi penggemar masakan barat. Di sini menu yang paling hot selling adalah smoked duck quesadilla, creamy mushroom soup, golden egg soft shell crab dan macam-macam lagi.

N9 Stick Factory Seremban - Gambar Makanan
Sumber: N9 Stick Factory

Selain itu, dengan dekorasi restoran yang cukup menarik serta suasan makan yang berprivasi tidak hairan ia makin mendapat tempat di hati pengunjung terutamanya bagi meraikan event yang cukup bermakna sering hari ulangtahun perkahwinan, majlis hari jadi dan banyak lagi.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: No 99, Persiaran S2 B1, S2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari (5.00 petang- 12.00 malam)

21. Bayu Village Restaurant

Bayu Village Restaurant - Gambar Restoran
Sumber: Bayu Village Restaurant

Berita baik bagi hantu seafood sekalian. Bayu Village Restaurant merupakan sebuah restoran yang mempertaruhkan masakan yang berasaskan seafood sebagai menu utama. Semua jenis makanan lauk seperti ketam, sotong, ikan, kerang dan bermacam-macam jenis lagi untuk dipilih.

Bukan itu saja, cara masakan bagi setiap makanan laut yang diambil juga boleh dipilih. Namakan saja masakan yang bagaimana anda inginkan, 15 minit saja ia sudah terhidang di depan mata.

Bayu Village Restaurant - Gambar Makanan
Sumber: Bayu Village Restaurant

Sotong celup tepung yang rangup, ketam masak sambal, kerang bakar, siakap bakar berempah antara menu yang patut anda cuba. Tambah-tambah lagi jika dipadankan pula dengan tomyam seafood pedas serta kailan ikan masin pasti makan malam anda sekeluarga jadi lebih sempurna.

📍 Alamat
Lokasi: No.23385, Jalan Paroi, Senawang, Tmn Kiambang Indah, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

20. Dapur Berasap

Dapur Berasap - Gambar Restoran
Sumber: Dapur Berasap

Masakan yang sedap serta portion hidangan yang diberikan pula banyak pasti memikat hati setiap pengunjung yang datang. Dapur berasap sememangnya terkenal dengan jolokan king of western food di sini.

Pada waktu malam anda boleh lihat fenomena orang ramai berkumpul bersama-sama keluarga dan juga teman-teman sambil menikmati masakan barat di sini. Hampir setiap malam dapur berasap full house! Dan yang paling menariknya masakan di sini dihidangkan dalam talam di mana ia boleh dinikmati beramai-ramai. Wah, makin erat hubungan sesama ahli keluarga.

Dapur Berasap - Gambar Makanan
Sumber: Dapur Berasap

Jadi, sekiranya anda berkesempatan untuk bercuti ke Seremban jangan lupa untuk ke sini bersama keluarga ye.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: 6, Jalan Taman Komersial Senawang, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari Sabtu-Ahad (4.00 petang-12.00 malam)

19. City Park Oriental Seremban 2

City Park Oriental Seremban - Gambar Restoran
Sumber: City Park Oriental Seremban 2

Inginkan sesuatu yang istimewa dan lain dari kebiasaan untuk dijadikan menu santapan anda sekeluarga? Apakata pekena masakan Chinese Muslim di City Park Oriental Seremban 2. Makanan di restoran ini dijamin halal dan bersih. Anda tak perlu ragu-ragu lagi dan nikmatilah Chinese Muslim sepuasnya.

City Park Oriental Seremban 2 dibuka pada waktu pagi sehingga lewat malam. Nak rasa menu traditional tionghwa yang asli? Jemput datang ke restoran ini pada waktu bagi kerana ia sangat popular dan disediakan untuk sarapan pagi.

City Park Oriental Seremban - Gambar Makanan
Sumber: City Park Oriental Seremban 2

Selain itu, dim sum pula menjadi signature dish di sini kerana keenakannya yang sangat terserlah. Bahkan bahan-bahan yang digunakan untuk memproses dim sum di sini adalah daripada bahan-bahan yang segar dan berkualiti tinggi. Di samping itu, anda boleh juga menonton demo penyediaan mee tarik secara live kerana mereka memproses mee ini secara terbuka.

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana bukan mudah untuk mencari restoran yang menyediakan masakan Chinese Muslim yang halal.

📍 Alamat
Lokasi: 111, 102, Jalan S2 D32, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

18. Koffeekabin

Koffeekabin Seremban - Gambar Restoran
Sumber: ruggedmom

Nak hari lebih ceria? Apakata kita ngopi-ngopi dulu di Koffeekabin. Semua menu sarapan di sini memang terbaik dan sedap belaka.

Pernah mendapat liputan dari rancangan Jalan-jalan Cari Makan TV3 serta TV Al-Hijrah, Koffeekabin bukan calang-calang restoran. Pastinya terselit sesuatu yang istimewa sehingga menarik perhatian pihak media untuk menerbitkan slot khas untuk mereka di media massa.

Koffeekabin Seremban - Gambar Makanan
Sumber: Koffeekabin

Dekorasi restoran yang berkonsepkan element eksklusif dan santai serta menyajikan bermacam-macam masakan merupakan kunci utama ia sentiasa sesak dengan kunjung ramai.

Apa yang lebih menariknya lagi mengenai restoran ini adalah mereka turut bekerjasama dengan foodpanda. Jika anda lapar tetapi malas untuk keluar apakata guna saja perkhidmatan foodpanda. Sekelip mata saja anda boleh menikmati masakan dari Koffeekabin.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: No 435 Jalan Pusat, Jln Bandar Senawang 18, Pusat Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari Sabtu-Khamis (10.30 pagi-10.30 malam)

17. Polperro Steak House Seremban 2

Polperro Steak House Seremban - Gambar Restoran
Sumber: Google

Stik yang lembut serta juicy menjadi idaman setiap orang lebih-lebih lagi mereka yang meminati stik dan western food. Tetapi bukan mudah sebenarnya nak mencari steakhouse yang menyediakan hidangan ini yang kena dengan citarasa dan tekak orang melayu seperti kita.

Polperro Steak House Seremban 2 sebuah restoran yang cukup mahsyur di Seremban di mana ia menyajikan pelbagai jenis westen food yang menjanjikan kepuasan untuk anda semua. Diusahakan oleh anak melayu pada tahun 2016 kini restoran ini sudah mempunyai 4 buah cawangan di sekitar Negeri Sembilan dan juga Shah Alam.

Polperro Steak House Seremban - Gambar Makanan
Sumber: Polperro Steak House Seremban 2

Menu yang paling top dan laku keras di sini adalah Lamb preme, Chicken Chop, Spaghetti dan banyak lagi.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: No 1, Jalan S2B15, Pusat Dagangan, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari, 5.00 petang-12.00 malam

16. Rumah Makan Cibiuk Seremban Gateway

Rumah Makan Cibiuk Seremban Gateway - Gambar Restoran
Sumber: Rumah Makan Cibiuk Seremban Gateway

Rumah Makan Cibiuk Seremban Gateway merupakan sebuah restoran yang menyajikan para pelanggan dengan keistimewaan masakan Sunda Indonesia yang asli.

Ruang makan di restoran yang cukup selesa, perkhidmatan pelanggan yang cekap serta masakan pula yang disajikan sedap-sedap belaka menjadikan ia sentiasa penuh dengan pelanggan. Kalau anda merancang ke sini bersama kumpulan yang agak besar kami sarankan anda membuat tempahan terlebih dahulu.

Rumah Makan Cibiuk Seremban Gateway - Gambar Makanan
Sumber: Rumah Makan Cibiuk Seremban Gateway

Antara menu yang paling laris dan rare di sini adalah ngariung kampung bebek, nasi liwet bebek bakar, set Jakarta, tilapia goreng kipas, sambal udang dan banyak lagi. Tengok senarai makanan di sini pun boleh meleleh air liur apatah lagi melihat persembahan pada setiap makanan yang dihidang.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: No 3-G Gerbang Seremban, Off Jalan Sungai Ujong, Seremban, 70200 Seremban
Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi-11.00 malam)

15. Mee Kari Railway Rasah

Mee Kari Railway Rasah - Gambar Restoran
Sumber: Farrah Yaacob

Tak kenal maka tak cinta. Begitu juga dengan mee kari di restoran ini, mungkin tampak biasa di mata anda tetapi apabila disuap ke dalam mulut pasti anda akan teringat keenakannya sampai bila-bila. Tekstur kuah yang tidak terlalu pekat dan rasanya yang cukup seimbang menjadikan mee kari di sini antara yang terbaik.

Mee Kari Railway Rasah merupakan sebuah restoran yang cukup terkenal di kalangan penduduk di Seremban dan ia boleh digelar kedai legend kerana telah beroperasi lebih dari 10 tahun lamanya.

Mee Kari Railway Rasah - Gambar Makanan

Terdapat juga menu lain untuk anda cuba antaranya nasi lemak, roti bakar telur goyang, bihun kari serta banyak lagi.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: 97, Persiaran S2 B1, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari Sabtu-Ahad (8.00 pagi-4.00 petang)

14. Eid Authentic Korean Cuisine – Seremban

Eid Authentic Korean Cuisine Seremban - Gambar Restoran
Sumber: Jazli Aziz

Sebut sahaja Mukbang pasti semua orang tahu. Populariti page Mukbang di Facebook yang memaparkan demo makan makanan Korean sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Boleh meleleh air liur dan rasa nak terbang ke Korea untuk menikmati sendiri kelazatan makanan Korean.

Tetapi kenapa perlu ke Korea sedangkan di Seremban sudah ada restoran yang menyajikan bermacam-macam jenis Korean cuisine. Di sini anda bukan sahaja dapat merasai sendiri Korean cuisine bahkan dengan dekorasi kedainya yang cantik anda pasti akan rasa seolah-olah berada di Korea.

Eid Authentic Korean Cuisine Seremban - Gambar Makanan
Sumber: Eid Authentic Korean Cuisine – Seremban

Info yang menarik mengenai Eid Authentic Korean Cuisinine adalah ia merupakan sebuah restoran makanan Korean yang pertama mendapat sijil halal di Itaewon, Seoul. Apabila mendapat perhatian dan permintaan yang tinggi daripada pelancong Malaysia, mereka mengambil keputuan untuk melebarkan empayar business ini ke Malaysia. Dan Seremban merupakan cawangan kedua yang dibuka di Malysia selepas Bandar Baru Bangi.

Jadi, jika anda peminat setia makanan Korea dan teringin untuk merasai Korean Cuisine yang asli jangan teragak-agak untuk singgah ke Eid Authentic Korean Cuisinine.

Antara menu yang disyorkan di sini adalah Yangnyeom Dakganjung, Honey Dakganjung, Kimchi Fried Rice dan banyak lagi.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: 3-Level 1, Seremban Gateway
Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi-11.30 malam)

13. Melewar Kitchen

Melewar Kitchen Seremban - Gambar Restoran
Sumber: Khairul Anuar

Buat peminat masakan tradisi Minang, Jawa dan Nogori yang pedas serta padu, Melewar Kitchen adalah lokasi terbaik yang disyorkan untuk anda. Sebut saja masakan apa yang anda hajati semuanya ada di sini. Masak lemak cili api, masak lemak daging salai, ikan keli berlado, tempe goreng dan ayam thai antara menu yang paling diminati dan mendapat permintaan tinggi setiap hari.

Keaslian dalam setiap masakan serta ruang makan yang selesa antara daya tarikan utama restoran ini sering dikunjungi ramai. Bukan itu sahaja, Melewar Kitchen juga menyediakan ruangan khas bagi mereka yang inginkan privasi untuk menyambut apa-apa majlis atau keramaian.

Melewar Kitchen - Gambar Makanan
Sumber: Melewar Kitchen

Yang paling bestnya, Melewar Kitchen sangat komitmed dalam memenuhi setiap permintaan pelanggan mereka termasuklah membuat dekorasi bagi setiap majlis, menjayakan surprise atau kejutan serta banyak lagi.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: No 114-115, Pusat Perniagaan Lavender Heights, Jalan Lavender Heights 1, Senawang, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari Isnin-Sabtu (11.00 pagi-11.30 malam), Ahad (9.00 pagi-11.30 malam)

12. Hanif Kitchen

Hanif Kitchen - Gambar Restoran
Sumber: Poernawan Zuhri

Bagi anda yang tercari-cari masakan warisan melayu nogori yang betul-betul asli, jemput singgah ke Hanif Kitchen. Semua masakan di sini dimasak oleh chef-chef yang berkelayakan dan arif tentang selok-belok resepi asal masakan melayu nogori. Pendek kata anda tidak akan menyesal sama sekali mencuba setiap menu yang ada.

Masak lemak cili api Tenggiri maman, burung puyuh goreng berlada, ayam golek special adalah menu yang wajib untuk anda cuba sekiranya anda ke sini. Rasa lemak yang cukup, pedas yang menyengat dalam setiap masakan pasti membuatkan anda ketagih untuk menikmati hidangan di sini lagi.

Hanif Kitchen - Gambar Makanan
Sumber: Hanif Kitchen

Selain itu, Hanif Kitchen turut menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan, katering dan layanan di meja makan. Berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini? Anda boleh berurusan dengan Tuan Hanif, pemilik Hanif Kitchen.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: Batu 2 1/2 jalan seremban-jelebu ampangan, 70100 Seremban
Waktu Operasi: Setiap hari Jumaat-rabu (12.00 tengahari-9.30 malam)

11. Mama One Stop Bakery & Café

Mama One Stop Bakery & Café - Gambar Restoran
Sumber: Fathee Muhammad

Donut yang gebu serta dihiasi dengan topping yang coklat yang meleleh pasti akan memikat hati sesiapa saja yang datang berkunjung ke sini. Apatah lagi jika dessert yang disediakan pula beraneka jenis dan dijual dengan harga yang berpatutan. Jika dilihat dan dinilai café ini oleh dikatakan setanding dengan café tersohor iaitu Dunkin Doughnut dan juga Big Apple.

Selain itu, Mama One Stop Bakery & Café sebuah café yang mempunyai identitinya yang tersendiri. Memilih untuk mengetengah konsep santai serta ala-ala hipster, café ini sering menjadi pilihan keluarga untuk makan tengahari dan juga minum petang di sini.

Mama One Stop Bakery & Café - Gambar Makanan
Sumber: Mama One Stop Bakery & Café

Café ini bukan hanya menyediakan menu dessert semata-mata, bahkan anda boleh juga menikmati makanan berat seperti nasi lemak, mee kari udang dan banyak lagi Jadi, jika anda berkesempatan untuk ke Seremban, jangan lupa untuk singgah ke Mama One Stop Bakery & Café ye.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: Kampung Sentosa, 70400 Seremban
Waktu Operasi: Setiap hari Selasa-Ahad (8 pagi-7 malam)

10. Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd

Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd - Gambar Restoran
Sumber: Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd

Kalau ke Seremban dan tak pekena masakan masak lemak cili api memang tak sah. Tak lengkap rasanya percutian anda ke sana. Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd merupakan sebuah restoran yang sangat terkenal dengan keenakan masakan tradisi Negeri Sembilan lebih-lebih lagi masakan lemak cili api.

Di sini terdapat lebih dari 20 tray lauk-pauk yang sedia terhidang untuk anda nikmati. Pasti rambang mata dan rasa teruja melihat kesemua lauk-pauk ini.

Mementingkan kualiti dalam setiap masakan serta menggunakan resepi asli menjadikan masakan restoran ini digemari ramai. Cukup lemak, cukup pedas dan semua masakan di sini dimasak dengan penuh rasa cinta. Sepinggan nasi belum tentu cukup untuk anda nikmati.

Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd - Gambar Makanan
Sumber: Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd

Antara menu lain yang sering mendapat permintaan yang tinggi adalah masak salai, kari, asam pedas, masak lemak puyuh dan banyak lagi. Bukan itu saja, di sini juga anda berpeluang menjamah lauk yang agak rare dan susah untuk dijumpai di luar seperi perut masak lemak dan gulai pisang. Pendek kata, Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd ini diibaratkan one stop centre untuk lauk-pauk tradisi Negeri Sembilan.

📍 Alamat
Lokasi: Wisma PBNS, P/3, 102, Jalan Zaaba, Rahang Kechil, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

9. Burger Ijan Paroi Seremban (Ijan Station Corner)

Burger Ijan Paroi seremban - Gambar Restoran
Sumber: AcAi Azfar

Jika anda ke Seremban secara konvoi atau dalam kumpulan yang besar, Burger Ijan Paroi seremban (Ijan Station Corner) ternyata lokasi yang sesuai buat anda semua. Ruang makan yang terbuka dan lapang memberikan suasana makan yang selesa dan santai untuk anda nikmati burger ataupun roti john sambil berborak.

Burger Ijan Paroi seremban - Gambar Makanan
Sumber: AcAi Azfar

Apa yang istimewa mengenai restoran ini adalah daging burgernya diproses daripada bahan-bahan yang segar dan ianya adalah 100% homemade. Bahkan Burger Ijan Paroi seremban (Ijan Station Corner) bukan hanya menawarkan daging ayam dan lembu seperti di gerai kaki lima. Mereka turut menawarkan burger daging arnab, burger daging burung unta, burger daging kambing dan juga burger ikan.

📍 Alamat
Lokasi: 408, Jalan Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban

8. 99 KEBAB Seremban

99 KEBAB Seremban - Gambar Restoran
Sumber: 99 Kebab

Ramai yang cakap 99 KEBAB Seremban ini berhantu dan bersaka. Bukan apa, setiap kali datang ke sini pasti rambang mata dan rasa hendak mencuba ke semua menu yang ada. Bukan sekadar tertumpu kepada masakaan barat sahaja, di sini juga anda boleh menikmati masakan tradisi Negeri Sembilan.

Ruang makan yang cukup luas serta dekorasinya yang tampak eksklusif menerbitkan suasana yang harmoni. Sangat sesuai untuk dijadikan lokasi makan malam anda sekeluarga.

99 KEBAB Seremban - Gambar Makanan
Sumber: 99 Kebab

Mozarella Mushroom Cheese Burger, Fresh PATTY Burger Beef & Lamb, Platter Kebab dan Mix Grilled Platter antara menu yang paling hot di sini. Anda patut mencubanya jika berkesempatan ke sini.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: Lavender Height Business Square, 70400 Seremban
Waktu Operasi: Setiap hari (5.00 petang-11.00 malam)

7. Restoran Dqalisha Steamboat & grill

Restoran Dqalisha Steamboat & grill - Gambar Restoran
Sumber: Restoran Dqalisha Steamboat & grill

Mantap! Cukup hanya dengan satu patah perkataan sahaja bagi menggambarkan servis, menu dan keenakan makanan di Restoran Dqalisha Steamboat & grill.

Di sini dengan hanya sekali bayar anda boleh menikmati berbagai jenis pilihan seafood yang fresh untuk dipanggang, beraneka menu makanan berat untuk dipilih dan yang penting anda boleh makan sepuas hati tanpa perlu risau berapa lama masa yang anda ambil untuk menikmati juadah di sini.

Jika anda bersama rakan-rakan berkunjung ke Seremban, ini adalah lokasi yang wajib anda singgah untuk melepak sambil menikmati steamboat & grill. Bahkan di sini juga sesuai untuk dijadikan tempat bagi meraikan event ataupun sambutan hari lahir. Restoran Dqalisha Steamboat & grill ada menyediakan sudut khas untuk event seperti ini beserta pakej dekorasi mengikut permintaan pelanggan.

Restoran Dqalisha Steamboat & grill - Gambar Makanan
Sumber: Restoran Dqalisha Steamboat & grill

Di samping itu, restoran ini juga mengadakan kempen bagi membantu anak anak Yatim Walidaina dan setiap RM1 dari harga 1 pax dewasa akan disalurkan terus kepada pusat asuhan anak-anak yatim ini. Jadi inilah peluang keemasan untuk anda menikmati steamboat sambil menderma.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: Jalan Matahari Height 1/1, Taman Matahari Height, 70400 Seremban
Waktu Operasi: Setiap hari Jumaat-Ahad

6. Restoran Mama World

Restoran Mama World - Gambar Restoran
Sumber: Restoran Mama World

Satu lagi restoran yang disyorkan untuk anda yang masih tercari-cari masakan tradisi Negeri Sembilan yang asli iaitu Restoran Mama World. Di sini bermacam-macam jenis lauk pauk sedia terhidang panas-panas untuk dinikmati pada waktu makan tengahari.

Namakan saja lauk sejati Negeri Sembilan yang mana anda inginkan semuanya ada di sini. Menu yang paling istimewa yang wajib anda cuba adalah masak lemak cili api pucuk ubi, asam pedas, rendang ayam pucuk ubi serta rendang itik pucuk ubi.

Bukan itu sahaja, nak rasa sesuatu yang unik? Anda boleh cuba rendang pucuk ubi. Ia dimasak dalam tempoh yang lama lebih kurang 8 jam untuk masak sepenuhnya.

Restoran Mama World - Gambar Makanan
Sumber: Restoran Mama World

Restoran Mama World turut menyediakan manisan kegemaran ramai iaitu bubur dan juga pengat. Antara pilihan yang ada ialah bubur pulut hitam, bubur ubi keledek, ubur jagung dan tidak dilupakan juga bubur kacang hijau.

Sepinggan nasi berlaukkan masak lemak cili api puyuh dan digandingkan dengan bubur jagung serta segelas air sirap limau dari Restoran Mama World menjadikan waktu makan anda lebih sempurna.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: No.973, Jln S2F22, Seremban 2, 70300 Seremban
Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi-5.00 petang)

5. Mee Udang Pakar Paroi Kak Zaty

MEE UDANG PAKAR PAROI kak zaty No - Gambar Restoran
Sumber: MEE UDANG PAKAR PAROI

Menikmati semangkuk mee udang special selepas bermandi-manda di Air Terjun Ulu Bendul memang menyeronokkan. Apatah lagi jika mee udang yang disajikan pula penuh dengan udang yang segar dan dimakan pada waktu ia masih panas. Terasa hangat seketika.

Baca: 34 Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Berdekatan dengan kawasan Air Terjun Ulu Bendul, ruang makan yang luas dan selesa serta keenakan mee udang itu sendiri merupakan faktor utama restoran ini sering sesak dengan kunjungan ramai lebih-lebih pada hujung minggu.

MEE UDANG PAKAR PAROI kak-zaty No - Gambar Makanan
Sumber: MEE UDANG PAKAR PAROI

Anda boleh lihat fenomena geng motor konvoi, geng mak cik- mak cik yang mengadakan reniuon dengan rakan sekelas serta keluarga yang datang melepak sambil mee udag special di sini. Cukup meriah.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: KM12 Seremban Kuala Pilah Paroi, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Waktu Operasi: Setiap hari Seasa-Ahad (12.00 tengahari-11.00 malam)

4. Cendol Sagu Rumbia

Cendol Sagu Rumbia - Gambar Restoran
Sumber: Abdul Aziz Mustapha

Dapat menikmati semangkuk cendol pada waktu tengahari yang panas terik memang boleh menghilang rasa dahaga. Lebih-lebih lagi jika cendol yang disajikan penuh rasa krim dan lemak santan.

Cendol Sagu Rumbia antara menu yang sering disyorkan apabila anda berkunjung ke Seremban. Lokasi gerai ini bukanlah di Bandar Seremban tetapi ia terletak di antara Nila-Labu.

Sekiranya anda dalam perjalanan menuju ke Seremban 2 dari Bandar Nilai bolehlah singgah ke Batu 11, Kampung Lambar, Labu untuk menikmati sendiri kelazatan cendol yang diviralkan ini.

Cendol Sagu Rumbia - Gambar Makanan
Sumber: Cendol Sagu Rumbia

Rasanya agak pejal dan lebih sedap dikunyah berbanding cendol hijau yang biasa anda makan kerana ia diperbuat daripada pokok sagu rumbia. Unik, bukan?

📍 Alamat
Lokasi: Batu 11, Kampung Lambar, Labu

3. Grobok Salai

Daging Salai Sabak Salai - Gambar Restoran
Sumber: Halim Salleh

Lokasi yang agak jauh dari Bandar Utama Seremban bukanlah penghalang untuk orang ramai datang berkunjung dan memenuhi ruang restoran ini. Dek keenakan setiap masakan yang disajikan, restoran ini terus mendapat tempat di hati peminat masakan nogori yang pedas!

Lihat saja pada nama restoran ini pasti anda dapat mengagak menu apa yang special, bukan? Sudah tentu masakan masak lemak cili api salai. Pelbagai pilihan masakan salai yang anda boleh cuba antaranya ikan keli salai, itik Sali, puyuh salai, ayam kampung salai dan banyak lagi.

Daging Salai Sabak Salai1 - Gambar Makanan
Sumber Dagin Salai Grobok Salai

Bukan itu saja, buat anda yang sentiasa sibuk seharian bekerja bolehlah beli itik salai yang siap dibungkus rapi untuk dijadikan stok di rumah. Itik salai ini sedia untuk dimakan tanpa perlu dimasak. Memang senang kerja para isteri di dapur nanti.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: No.13, Batu 5 1/2, Kampung Kundur Hulu, 71400 Pedas
Waktu Operasi: Setiap hari Selasa-Ahad (9.00pagi-5.00 petang)

2. Cendol Songkok Tinggi

Cendol Songkok Tinggi - Gambar Restoran
Sumber: Hisayamie

Memang betullah apa yang orang kata, Seremban adalah syurga makanan. Bermacam-macam jenis makanan boleh didapati dengan mudah. Tak kiralah samada di bandar utama ataupun di ceruk kampung.

Cendol Songkok Tinggi turut tidak ketinggalan dalam carta lokasi yang wajib anda singgah sekiranya berkunjung ke Seremban. Menyajikan cendol di tengah-tengah rimbunan pokok yang redup dan menghijau, pastinya akan menbangkitkan lagi mood para pelanggan yang datang berkunjung.

Cendol Songkok Tinggi - Gambar Makanan
Sumber: Cendol Songkok Tinggi

Apa yang unik mengenai gerai ini berbanding gerai-gerai cendol yang lain adalah para petugasnya yang mengenakan songkok tinggi. Bukan itu saja, cendol di sini juga tidak mengandungi sebarang bahan kima seperti pengawet dan juga pewarna tiruan sebaliknya ia diadun menggunakan ekstrak daun pandan. Wangi!

Jadi, jika anda ke sini jangan lupa untuk mencuba cendol special, cendol durian, cendol pulut dan juga cendol jagung. Terdapat juga menu lain seperti mi rebus Johor dan juga laksa Johor.

📍 Alamat
Lokasi: 180 Jalan 1 Kg Jiboi Baru, 70400 Ampangan, Negeri Sembilan

1. Zaini Salai House

Zaini Salai House - Gambar Restoran
Sumber: Zaini Salai House

Mempunyai lebih dari 10 ribu pengikut di laman social serta mendapat review yang cukup positif dari pelanggan, pasti ada sesuatu yang menarik mengenai Zaini Salai House.

Dikelilingi dengan pemandangan yang hijau, berdekatan pula dengan sawah padi serta anak sungai sememangnya menambahkan lagi selera makan anda sekeluarga. Apatah lagi jika lauk pauk yang disajikan pula adalah masakan kampung beserta ulam-ulaman. Memang terbaiklah. Jika anda teringin untuk menjamu selera di lokasi sebegini, maka jangan berlengah lagi dan jom serbu Zaini Salai House dengan segera!

Zaini Salai House - Gambar Makanan
Sumber: Zaini Salai House

Zaini Salai House sebuah restoran yang cukup popular dalam mengetengahkan masakan warisan Negeri Sembilan. Dekorasi restoran yang cukup simple dan kemas, cukup mententeramkan jiwa dan memberikan keselesaan buat pengunjung.

Di sini juga terdapat bermacam-macam pilihan masakan untuk anda nikmati bersama keluarga antaranya masak lemak cili api salai daging, masak lemak cili api udang galah, masak lemak cili api puyuh dan banyak lagi.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Lokasi: No. 33A Kampung Ulu Bendul, Jalan Seremban – Kuala Pilah, 71500 Kuala Pilah
Waktu Operasi: Setiap hari (10.00 pagi-6.00 petang)

Bagi anda yang teringin untuk menerokai masakan Negeri Sembilan yang asli, Seremban adalah lokasi yang tepat untuk anda terjah.

Seremban bukan hanya kaya dengan pilihan masakan tradisi nogori bahkan kesemua lokasi yang kami kongsikan ini amat mudah untuk dikunjungi. Dan yang paling penting masakan-masakan di sini sememangnya enak dan anda dijamin berpuas hati.

Baca: 54 Destinasi Menarik Di Negeri Sembilan

30 tempat makan menarik di Seremban yang kami senaraikan ini belum dapat meliputi keseluruhan port makan terkenal di daerah ini. Apa yang pasti anda tidak akan menyesal mencuba kesemua kedai makan yang kami kongsikan. Tunggu apa lagi? Jom serbu kesemua lokasi ini beramai-ramai.