Setia Alam merupakan antara bandar yang kian meningkat dari segi pembangunan dan juga populasi penduduk. Semakin hari, semakin banyak kedai makan dan restoran yang dibuka. Mari kami kongsikan antara 7 tempat makan menarik di Setia Alam yang mesti anda cuba.

7. Momento Cafe, Setia Alam

Momento Cafe, Setia Alam - Gambar Restoran
Sumber: Momento Cafe, Setia Alam

Restoran Momento Cafe di Setia Alam ini memang menarik. Dengan dekorasi berwarna warni, estetika ini mereka bawakan dalam cara mereka menghidang makanan juga. Suasananya yang ceria dan upbeat membuatkan ia tempat makan yang tepat untuk dikunjungi untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Momento Cafe, Setia Alam - Gambar Makanan
Sumber: Momento Cafe, Setia Alam

Menu mereka yang sangat diverse juga membantu anda mendapatkan variasi dan memberikan anda pilihan yang tidak terbilang. Restoran yang mesra kanak-kanak ini juga menyediakan kids meal yang pasti si kecil anda suka.

Menu utama mereka adalah western, seperti pasta, pizza, grilled chicken, seafood dan macam-macam lagi. Namun, mereka turut menyediakan Asian cuisine seperti omurice, nasi goreng, donburi, nasi lemak dan lain-lain. Jadi untuk pengalaman makan yang cukup indah, datang ke Momento Cafe.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Seksyen U13, 39, Jalan Setia Indah X U13/X, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 11am-11pm (setiap hari)

6. Tappers Cafe Setia Alam

Tappers Cafe Setia Alam - Gambar Restoran
Sumber: tapperscaffe

Tappers Cafe memang sudah dikenali di kalangan penduduk Kuala Lumpur. Kalau anda nak tahu, mereka juga membuka cawangan terbaru di Setia Alam. Restoran ini memang sinonim dengan hiasan minimalis yang digabungkan dengan estetika countryside. Cantik, elegan dan classy, suasana di sini sangat tenang dan menawan.

Tappers Cafe Setia Alam - Gambar Makanan
Sumber: tapperscaffe, kingsley1058

Menu mereka agak diverse. Mereka menyediakan masakan western lazat seperti Hainanese Chicken Chop, Hainanese Fish & Chips, Salted Egg Carbonara dan macam-macam lagi. Tetapi menu yang paling popular di sini ialah hidangan chicken parmigiana dan spaghetti carbonara. Makanan tempatan turut disediakan di sini seperti mee siam, golden salted egg chicken rice, nasi lemak dan sebagainya. Tetapi antara yang digemari di sini ialah dessert mereka iaitu mille crepe cake. Jangan lupa cuba!

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 15-1-2, Jalan Setia Prima D U13/D, Batu 5 1/2, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 9am-9.30pm (setiap hari)

5. OG Street Kitchen

OG Street Kitchen Setia Alam - Gambar Restoran (1)
Sumber: OGStreetKitchen

Mana geng nasi lemak? Anda mesti cuba OG Street Kitchen. Sebuah kedai makan yang sangat popular dengan hidangan nasi lemak ini membawa suasana yang santai dan relaks. Kiranya macam port lepak la. Hiasan sekitar restoran yang funky dan simple, membawa suasana yang lebih modern dan urban.

OG Street Kitchen Setia Alam - Gambar Makanan
Sumber: OGStreetKitchen

Hidangan nasi lemak adalah hidangan utama di sini. Dengan pelbagai nasi lemak yang disediakan, anda pilih saja mengikut selera anda hari itu. Nasi lemak ayam goreng crispy, udang crispy, sotong crispy dan antara kesukaan ramai nasi lemak chicken skin crispy. Keistimewaan OG Street Kitchen ini ialah sambal nasi lemak ya yang dikatakan pedas, manis dan padu. Jom, kita cuba.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Setia Impian U13/3P Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 4pm-12am (setiap hari)

4. Homst Seafood Setia Alam

Homst Seafood Setia Alam - Gambar Restoran
Sumber: zincofer42

Bagi yang inginkan makanan laut, boleh cuba Homst Seafood Setia Alam. Homst memang merupakan antara kedai seafood yang dimasak Chinese style terkenal kerana mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur. Cawangan di Setia Alam masih mengekalkan look, vibe dan rasa yang sama.

Homst Seafood Setia Alam - Gambar Makanan
Sumber: Jry Umie

Makanan seafood yang dimasak ala cina ini bukan sahaja halal, malah sangat sedap. Antara menjadi kegemaran ramai ialah udang butter, siakap sweet & sour, salted egg yolk crab dan banyak lagi. Mereka juga menyajikan makanan cina lain seperti Mee Wantan, sup Szechuan, Mongolian Beef, Nyonya Curry mee dan lain-lain. Jadi, jangan lupa singgah ke Homst Seafood.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 1, Jln Setia Dagang AJ U13/AJ, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 

Isnin-Khamis, Sabtu-Ahad11am-10pm
Jumaat3pm-10pm

3. Restoran Musira 2

Restoran Musira 2 - Gambar Restoran (1)
Sumber: restoranmusira2

Jika anda mencari masakan panas dan goreng-goreng, boleh datang ke Restoran Musira 2. Masakan panas dan goreng-goreng seperti nasi goreng pataya, nasi goreng kampung, nasi goreng padprik dan macam-macam lagi memang ada di sini.

Mereka juga menyediakan seleksi masakan mee dan Maggi dan sup yang boleh anda cuba. Kiranya, apa-apa masakan panas dan goreng-goreng yang anda suka, ada saja di sini.

Restoran Musira 2 - Gambar Makanan
Sumber: restoranmusira2

Restoran yang simple ini membuatkan anda berasa cukup selesa. Bak kata orang putih, feels like home. Dengan menyediakan makanan yang digemari ramai, restoran ini menjadi tempat tumpuan seharian selepas bekerja sepanjang hari. Apa lagi, marilah cuba.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No 5-1, Seksyen U13, 2, Jalan Setia Prima D U13/D, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 8am-8pm (setiap hari)

2. Kambing Bakar Kontena

Kambing Bakar Kontena - Gambar Restoran (1)
Sumber: Muhammad Qazreen

Walaupun nama kedai ini ialah Kambing Bakar Kontena, ironinya ia sebenarnya sebuah restoran dan bukan dalam sebuah kontainer mahupun membawakan konsep kontainer ini ke dalam hiasan. Itulah uniknya kedai ini, selain dari masakan kambing bakar yang sangat sedap.

Kambing Bakar Kontena - Gambar Makanan
Sumber: Siti Rosliza

Menu utama dan menjadi pilihan ramai ialah set nasi kambing bakar yang dihidang bersama nasi putih, sup dan sambal. Memang sedap. Sup Kambing dan Set nasi sotong giant juga popular di sini. Kalau nak rasa Western sikit, boleh cuba Kambing Bakar Potato Wedges juga. Kedai ini selalunya ramai orang, jadi pastikan anda datang cepat, ya.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No.1-GF, Seria 88 Business Centre, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 11am-11pm (setiap hari)

1. Jeligho Molek Restaurant

Jeligho Molek Restaurant - Gambar Restoran (1)
Sumber: @nasijeligho

Jeligho Molek Restaurant merupakan restoran yang menghidangkan menu Kelantan dari resepi warisan keluarga pemilik. Walaupun menu mereka dikira resepi lama, restoran ini dihias dengan gabungan modern dan rustic. Kedai yang cantik dan kemas bergaya ini cukup selesa. 

Jeligho Molek Restaurant - Gambar Makanan
Sumber: @nasijeligho

Menu utama yang ditawarkan ialah nasi kerabu daging bakar. Namun, pilihan nasi kerabu lain juga ada seperti nasi kerabu ikan celup tepung, ayam bakar, ayam percik dan lain-lain. Selain dari Nasi Kerabu, nasi dagang dan sup tulang claypot juga ada di sini. Mereka turut menawarkan hidangan shell-out tau. Bolehlah anda sekeluarga datang mencuba.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Seksyen U13, 31, Jalan Setia Perdana BE U13/BE, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: 11.30am-10pm (setiap hari, tutup pada hari Jumaa)

Menarik kan senarai kami? Jadi jangan risau-risau. Jika anda berada berdekatan atau dalam kawasan Setia Alam ataupun akan berkunjung ke Setia Alam, mudah saja mencari tempat makan yang best. Cubalah mana-mana tempat makan menarik di Setia Alam di senarai kami ini. Selamat menjamu selera!