Subang Jaya, sebuah bandar yang tak jauh dari hiruk piruk Kuala Lumpur yang menempatkan pelbagai fasiliti mengelilingi kawasan perumahan yang telah lama bertapak di negeri Selangor. yang Aktiviti menarik di Subang Jaya menjadikan ia satu hub yang menjadi kunjungan penduduk setempat dan orang luar.

Subang Jaya juga menempatkan banyak restoran-restoran yang sangat fresh dari segi idea dan in trend, masing-masing menawarkan pengalaman gastronomi yang luar biasa dengan bilangan kompleks membeli-belah yang boleh ditemui di Subang Jaya seperti Empire Shopping Gallery dan Sunway Pyramid, tak hairan kalau Subang Jaya menjadi lubuk orang orang muda dan keluarga yang mengidamkan pengalaman makanan savoury mahupun manisan.

Paling kurang pun ada juga sanggup datang untuk menikmati ambience restoran dan café yang ada di sana sambil menikmati secawan kopi di waktu siang mahupun tengah malam. Terdapat sesuatu yang menarik membuatkan orang menikmati bandar yang sibuk ini, jadi mari kita menyelam 23 tempat makan menarik di Subang Jaya untuk pengalaman yang terbaik.

23. Nasi Lemak Warisan Sambal Opah

Nasi Lemak Sambal Opah - Gambar Restoran
Sumber: Azwan Dahlan

Siapa yang tak makan Nasi Lemak? Tak kira apa pun bangsa, warga Malaysia rata rata semua menikmati juadah yang sudah menjadi ikon menu sarapan pagi di setiap ceruk dan menjadi makanan yangversatile dinikmati tak kira waktu. Apa yang istimewa tentang Nasi Lemak Sambal Opah ni?

Baca: 35 Tempat Makan Best Di Shah Alam

Pastilah kesedapan dalam setiap suapan! Yang mejadi kegilaan disini adalah bintang utamanya iaitu sambal ikan bilis yang pedas mengecurkan air liur dibungkus kemas dengan daun pisang menaikkan lagi aroma dan selera para pengunjung.

Nasi Lemak Sambal Opah - Gambar Makanan.jpg
Sumber: Nasi Lemak Sambal Opah

Yang paling rare sekali adalah harganya sebungkus seringgit datang dengan telur rebus dan sambal ikan bilis.

Memang puas hati! Lauk sampingan jangan dilupa seperti paru goreng dan sambal sotong. Orang Muar pun jangan risau sebab sini sate pun ada! Baru lah sempurna kan? Senang cerita, kena datang dan cuba.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 7, Jalan USJ 9/5p, Subang Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa (5pm-5am)

22. Rojak Cendol SS/15

Rojak Cendol SS15 - Gambar Restoran
Sumber: Rojak Cendol SS15

Cuaca bulan Januari pun ni boleh tahan panas, pukul 11 pagi sahaja dah mencecah 32 darjah celcius. Tekak meminta minta untuk dipuaskan tapi apa yang boleh menghilangkan rasa dahaga anda diiringi rasa nikmat tak terhingga?

Kita Malaysia pastilah cari cendol! Kalau anda ada di Subang Jaya, jangan fikir panjang, terus ke SS/15 kerana di sana ada cendol terbaik menunggu ada dan kalau boleh datang awal sebab kalau tak, anda memang tak sempat lah nak dapat tempat duduk sebab beratur panjang sudah menjadi kebiasaaan.

Rojak Cendol SS15 - Gambar Makanan
Sumber: Rojak Cendol SS15

Paling mantap kat sini adalah kuah kacangnya. Ditambah pula dengan sambal sotong menjadikan rojak disini memang terbaik.

Cendolnya pula tak jauh beza dengan cendol ditempat lain tapi yang istimewa disini adalah ais sagatnya yang sangat halus. Itu yang nikmat dengan gula melaka, santan dan pulut dalam satu mangkuk yang penuh rasa lemak dan menyegarkan. Apa lagi? Kena singgah la kan baru tahu.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan SS 15/4g, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (10.30am-7pm)

21. Jibby Chow

Jibby Chow - Gambar Restoran
Sumber: Jeremie Ting

Kalau tak rasa nak makan di kaki lima, ada lagi tempat di SS/15 yang menjadi sebutan orang. Courtyard SS/15 menempatkan satu restoring yang menghidangkan Chinese cuisine.

Halal ke tak? Jibby Chow pasti dijamin halal dan ramai orang Melayu datang berkunjung membawa seisi keluarga di sini untuk menikmati makanan Cina disini. Siapa yang teringin nak makan daging itik, anda memang tak salah tempat sebab Pulled Spiced Roasted Duck mereka memang A’.

Jibby Chow - Gambar Makanan
Sumber: Jibby Chow

Selain dari itu, Steamed Mantao, XO Sauce, Julienne Cucumber dan Pressed Plum Jam mereka mendapat review yang baik.

Namun tak sempurna kalau anda tak cuba Soft Shell Crab yang rangup diluar dan juicy dibahagian dalam dan saiz hidangan pun memang puas hati. Ikan kukus mereka tiada tandingannya dibandingkan dengan restoran Cina halal yang lain. Terliur kan? Jadi apa tunggu lagi? Bawa keluarga ke sana hujung minggu ini.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: SS15 Courtyard, Jalan SS 15/4d, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (10am-10pm)

20. Mezcla Burrito Bar

Mezcla Burrito Bar - Gambar Restoran
Sumber: Mezcla Burrito Bar

Malaysia bukan lagi seperti zaman dahulu, dunia serba moden ini menjadikan Malaysia dibanjiri pelbagai bangsa asing yang menjadi expatriate di negara kita. BIla dah melalui fasa cultural fusion, negara kita pun menyajikan hidangan dari negara negara luar seperti makanan yang berasal dari Mexico.

Bertempat di SS/9, Mezcla Burrito Bar ini menhidangkan hidangan Mexico halal seperti Burritos, Burrito Bowls, Tacos, Quesadillas dan Nachos, semuanya dibuat dengan bahan-bahan segar dan paling best sekali, condiments mereka adalah buatan sendiri. Keunikan mereka adalah pada nama Mezcla bermaksud mix it up jadi anda boleh customize hidangan anda dengan selera tekak anda setiap anda ke sini.

Mezcla Burrito Bar - Gambar Makanan
Sumber: Mezcla Burrito Bar

Spiced Grilled Chicken dia menu wajib anda kena cuba padat dengan bahan seperti nasi tomato, sos jagung, kacang pinto, guacamole dan salad. Pilihan sos Red Jalapeno Mayo, Green Jalapeno Mayo dan Garlic Mayo antara pilihan hangat disini.

Fish N Mango with Corn Shell juga ada bagi yang mahukan based makanan laut. Kena datang sebab memang berbaloi.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 18-1, Jalan USJ 9/5q, Subang Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu (12-10pm)

19. Mozer’s

Mezcla Burrito Bar - Gambar Restoran
Sumber: Mozers Subang Jaya

Mozer’s ni kalau dengar dari namanya seperti restoran hidangan barat tapi bukan, mereka adalah diner yang menghidangkan makanan asli Syria dan gabungan Arab.

Yang lebih menarik lagi tentang mereka adalah mereka juga menghidangkan menu untuk mereka yang mengamalkan diet vegetarian dan vegan, memang mesra pelanggan.

Mezcla Burrito Bar - Gambar Makanan
Sumber: Mozers Subang Jaya

Suasana yang tenang dan lapang, Mozer’s boleh menempatkan ramai pelanggan dalam sesuatu masa dan mengekalkan suasana yang tidak sesak. Makanan mereka tiada keraguan, memang sedap!

Lamb Bazli Rice, Chicken Mandy, Lamb Maqlouba, Hummus, Shawarma dan Churros antara pilihan menu yang menjadi sebutan semua pelanggan yang datang ke sini. Rata rata sering datang kembali yang pernah berkunjung sebab kualiti dan kuantiti memang betul betul padu!

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan Kemajuan Subang, Ss 16, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (10am-11.30pm)

18. K Street Café

K Street - Gambar Restoran
Sumber: K Street

Kalau anda peminat K Pop atau Korean Drama, anda pasti tertarik dengan makanan mereka yang nampak menarik dan membuat anda kecur bibir setiap kali melihat mereka makan di dalam TV menjadi sebab ramai netizen yang mengilakan Korean Cuisine sampai menjadi satu trend untuk jadikan makanan Korea didalam bucket list.

Baca: 15 Tempat Makan Menarik Di Putrajaya

K Street Café yang ditubuh pada 2008 dengan keunikan rekaan dalaman yang memberikan rasa authentic yang tersendiri seperti anda berasa makan di restoran di Korea dan paling penting dijamin halal.

K Street - Gambar Makanan
Sumber: K Street

Menu wajib Korean BBQ Chicken, On Fire Fire Fried Chicken dan Fried Chicken Raboki adalah hidangan yang anda kena cuba kalau anda datang kesini.

Sos Teriyaki yang manis dan likat cukup menyelerakan dan sesiapa sukakan rasa pedas On Fire Fried Chicken memang superb! Selain dari itu, set Baked Salmon dia memang must try, dengan gabungan rasa asli Korea. Dakgalbi dan Bulgogi mereka juga menu laris di sini. Matsida!

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 28, Jalan SS 15/8, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-11pm)

17. Naj & Belle

Naj-& Belle - Gambar restoran
Sumber: Naj & Belle

Bagi golongan Hipster di luar sana, anda kena  ke Naj & Belle. Suasana yang dihiasi lampu terang menjadikan tempat ini sangat inviting dan boleh menempatkan kumpulan yang ramai pada satu satu masa.

Terdapat banyak pilihan menu disini, Salmon Smoked Fettuccine dengan bawang Sepanyol, daun basil, tomato kering, sos Napoli dan sentuhan krim memang  terasa seperti bolognese klasik.

Naj & Belle - Gambar Makanan
Sumber: Naj & Belle

Carbonara Soft Shell CrabTempura akan membuat  anda pasti ke sini lagi. Mana nak dapat soft shell crab dengan sos dan pasta yang seimbang dari segi rasa.

Soft shell crab dimasak dengan sempurna dengan pasta yang al dente, sos krim mentega mempunyai rasa kuning telur masin menjadi hidangan ini menu popular. Yang nak makan nasi pula, Beef Ribeye Rice dia pun padu dengan rasa Teppanyaki datang dengan Garlic Rice. Terliur dibuatnya.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: SS15 Courtyard, SS 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (10am-10pm)

16. Warung Cikgu USJ1

Warung Cikgu @ USJ1 - Gambar Restoran
Sumber: mohamad iqbal

Lapar nasi pula tengahari ini, kebetulan kat kawasan Subang Jaya tapi mana spot yang mantap? Jom ke Warung CIkgu nak merasai Nasi Manggey mereka. Nasi Manggey ini seakan akan Nasi Kak Wok. Yang padu tentang Nasi Manggey kat sini adalah kari dan sambal belacan mereka.

Warung Cikgu @ USJ1 - Gambar Makanan
Sumber: Warung Cikgu

Dengan kari yang berlemak penuh rasa rempah yang seimbang, sambal belacan yang pedas kemanis manisan bila digaul mesra dengan ayam yang diperap sempurna memang terbaik! Nasi Berlauk Ikan Tongkol pun ada bagi yang tak makan ayam.

Menahan pedas kena ada air kan? Kelapa Baldi dan Shakegui pasti menghilangkan rasa pedas dan kombo sempurna untuk wash down tekak anda selepas makan. Jom serbu.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No 43, Jalan USJ 1/1c, Regalia Business Centre, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (Sabtu – 10am-11pm) Ahad-Jumaat (10am-12am)

15. JIBRIL

JIBRIL SS15 - Gambar Restoran
Sumber: JIBRIL

Bukan seperti yang anda sangka, JIBRIL SS/15 sudah lama menjadi sebutan dan banyak kali juga disiarkan di televisyen. Yang tak pernah ke sini, jangan terkejut bila Waze tapi tak jumpa, yang dijumpai adalah parlor ice cream Sangkaya. Jangan risau sebab anda memang berada di tempat yang betul.

Tetapi itu lah keunikan Jibril Café, restoran rahsia yang kelihatan seperti di zaman Eropah tahun 1920 an dengan pintu dinding batu bata sebahagian daripada dinding memberikan rasa seperti Platform 9 ¾ dalam Harry Potter.

Cukup klasik dan retro dengan ambience yang menarik. Menu pun menarik dengan jolokan nama artis popular Amerika klasik seperti Marilyn Monroe dan paling hot sekali adalah Butterbeer yang diambil dari filem Harry Potter; rutbir dengan rasa butterscotch yang lembut tapi ketara.

JIBRIL SS15 Subang - Gambar Makanan
Sumber: JIBRIL

Salted Egg Chicken Butter adalah hidangan must-try untuk pengunjung baru dan pelanggan tetap. Dengan hidangan ayam bersalut mentega, mentega telur masin adalah campuran sempurna masin dan manis yang terbaik digaul bersama nasi yang datang sekali didalam satu set. Memang kena pergi dan rasai makanan dan suasana untuk di JIBRIL.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 25, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (12pm-12am)

14. Pizza VS Satay

Pizza Vs Satay - Gambar Restoran
Sumber: Pizza Vs. Satay

Terletak di USJ 11, Pizza VS Satay menghidangkan hidangan fusion yang mengabungkan makanan dari Italy dan hidangan nusantara yang terkenal di Indonesia dan Malaysia.

Kalau singgah ke sini memang selesa dengan ruang letak kereta yang convenient dan tiada kerisauan dari segi layanan dan masa menunggu makanan untuk dihidangkan kerana mereka sangat efisyen cuma disini sesak terutamanya waktu lunch hour.

Pizza Vs Satay - Gambar Makanan
Sumber: Pizza Vs. Satay

Makanan disini mendapat review yang sangat positif maka ternyata sedap. Seperti nama yang diberi, satay dan pizza adalah signature mereka dan menjadi kegemaran ramai.

Florentina, Napolitana dan All In One Pizza adalah pilihan yang hangat disini. Bagi yang mahu kan hidangan selain pizza dan satay, anda boleh cuba egg white pasta yang kaya dengan keju. Nasi lemak kat sini pun A’ juga jadi kena datang dan cuba fusion Italy dan Nusantara mereka.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 2, Jalan USJ 11/3j, Usj 11, 47620 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (7am-11pm) Jumaat (3pm-11pm)

13. Murni Discovery USJ 9

Murni Discovery USJ - Gambar Restoran
Sumber: Murni Discovery USJ 9

Cawangan yang ketiga terletak di USJ 9 ini mudah dijumpai, bertentangan dengan Taipan di USJ 10. Murni Discovery di sini lebih teratur seperti membayar bil dan mendapatkan pelayan untuk melayan pesanan anda.

Dengan ruang yang lebih luas, restoran ini dapat menempatkan lebih banyak pengunjung pada satu satu masa. Makanan kat sini pun pelbagai dan minuman pun menarik. Antara yang mantap kat sini adalah Mango dan Ribena Special mereka.

Dengan isi nata de coco, cebisan tembikai, longan dan laici. Anda pun boleh pilih saiz minuman anda samada kecil, sederhana dan besar. Paling rare kat sini ada Beckham, tapi bukan Beckham pemain bola tapi roti telur yang dibalut dengan keju, tuna, hirisan ayam belanda dan bacon dan memang laris kat sini sebab memang unik dan sedap.

Murni Discovery USJ - Gambar Makanan
Sumber: Murni Discovery USJ 9

Mee Raja kat sini pula rare sebab datang dengan isi udang dan ketam dan menggunakan mee wantan. Ada 3 rasa yang anda boleh pilih iaitu lada hitam, tom yam dan original. Memang spot yang baik bagi muda mudi yang mencari tempat makan sambil bersantai dengan rakan di waktu malam.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Jalan USJ 9/5p, Subang Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (12pm-2am)

12. Tryst Café

Trsyt - Gambar Restoran
Sumber: Andrew Yaw

Kadang kadang, bila nak makan bila bawa isteri atau keluarga anda mahukan tempat yang boleh menghidangkan course meal yang lengkap dengan  suasana yang malap, romantic dan menenangkan. Kalau itu yang anda cari, Trsyt café pilihan anda.

Apa yang special disini? Tyrst café adalah espresso bar yang menghidangkan minuman berasaskan espresso dan juga.

Trsyt - Gambar Makanan
Sumber: Tryst

Tryst tampil dengan moto ‘we make simple things extraordinary’. Anda boleh datang ke sini untuk sarapan pagi, lunch, dinner atau sekadar mahu menikmati kopi bersama teman teman dan bersosial. Jadi apa yang mesti cuba kat sini? TRYST Pancake Sandwich, Breakfast Platter, dan hidangan pancake mereka yang lain yang memang sedap kerana hasil yang gebu dan lembut. Memang spot sempurna untuk nightlife dikalangan pelajar dan belia.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 74, Jalan SS 15/4c, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (10am-2am) Jumaat (4pm-2am)

11. Meteora Café

Meteora-Cafe-Subang-Jaya-Gambar-Restoran
Sumber: Meteora Cafe

Kalau mereka yang duduk di Subang Jaya, kalau teringin nak makan Churros, mesti datang ke Meteora Café tapi bukan sekadar Churros sebab di Meteora anda boleh memesan dari hidangan utama sampai lah ke pencuci mulut. Café yang beroperasi sejak 2013 ini dimiliki oleh keluarga Muslim jadi dijamin halal jadi jangan was was bila nampak banyak bangsa lain yang juga minum disini.

Meteora - Gambar Makanan
Sumber: Meteora Cafe

Kalau anda memesan set hidangan, hidangan anda akan datang bersama churros yang cukup rangup diluar dan lembut di dalam dan tidak berminyak kerana di goreng sempurna. Menu gourmet burger dengan nama unik seperti Chicaroostah, Lambrogini, Nudist dan Lambulence antara hidangan terkenal disini.

Selain dari pelbagai jenis pasta, mereka juga menawarkan Local Set Lunch dan pada gadis gadis diluar sana, kalau nak 10% potongan harga, anda boleh datang bawa kawan kawan setiap selasa dengan minimum 4 pesanan hidangan.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 54-1, Jalan USJ 9/5p, Subang Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-11pm)

10. Garage 51

Garage 51 - Gambar restoran
Sumber: Garage 51

Garage 51 by Café Societe ini terletak di Bandar Sunway dibuka sejak 2013 dengan konsep ruang terbuka dan semestinya dekorasi yang sangat fresh dan berkonsepkan industrial design. Jangan terkejut kalau datang anda tak berkesempatan nak dapat tempat duduk kerana Garage 51 memang mengekalkan kualiti mereka sejak hari pertama jadi tak hairan kedai mereka sentiasa full house.

Dibuka pada pukul 11 pagi, anda boleh mencuba pilihan set brunch mereka yang memang buat kecur air liur. Kalau anda newcomer, kena cuba set brunch Awesome Garage Breakfast 2.0; dengan beef salami, jumbo sausage, dengan sunny side egg dengan kuning telur cair,cendawan Enokitake, guacamole dan kepingan sourdough bread dan sos mentega kacang.

Garage 51 - Gambar Makanan
Sumber: Garage 51

Kalau yang mahukan hidangan yang ringan anda boleh cuba Morning Sunshine dengan telur kuning cair, kepingan ayam panggang, avocado dan salad. Tak sempurna kalau tak dibilas dengan milkshake mereka dengan jolokan nama Garage Messed Up Family dengan 4 pilihan mengikut citarasa anda.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-11pm)

9. Upstairs Café

Upstairs Café - Gambar Restoran
Sumber: Upstairs Café

Terletak di  SS/12 bersebelahan dengan Subang Jaya Medical Center, kafe ini menyajikan pilihan kek, pencuci mulut, latte dan menyediakan ruang santai bagi mereka yang ingin bersantai sambil berehat dari  kesesakan hidup bandar. Dengan latar muzik Jazz dimainkan  memberikan suasana yang elegan, menarik perhatian pengunjung untuk duduk dan mencuba kepakaran mereka dalam penyediaan hidangan seperti kek Red Velvey, Spaghetti Carbonara, Chocolate Brownie, Hazelnut Latte.

Upstairs Café - Gambar Makanan
Sumber: Upstairs Café

Dimana kesemuanya dibuat dengan teliti dan mengunakan  bahan-bahan berkualiti. Sama ada anda singgah dengan rakan atau keluarga, anda boleh menikmati suasana yang menenangkan sesuai untuk gathering waktu malam anda.

Sebagai tempat makan di mana keselesaan dan makanan yang berkualiti sebagai ethos mereka, Upstairs Café pasti  menjadi tempat baru untuk dicuba membuatkan anda pasti datang lagi.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No. 12A, Jalan SS 12/1, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad (10am-11pm)

8. Cor Blimey SS15

Cor Blimey SS15 - Gambar Restoran
Sumber: Cor Blimey SS15

Siapa kat sini yang merasa duduk sebagai pelajar di Great Britain? Balik Malaysia kadang kadang mengidam pula makanan ruji di sana seperti FIsh and Chip. Tak silap alamat lagi, kalau anda mahukan sesuatu yang mengimbau masa anda sewaktu belajar dulu, Cor Blimey adalah tempat yang menyajikan English Staple yang asli.

Mana nak cari malt vinegar dan mushy peas kan sebab kebanyakan tempat memang tak disediakan. Kalau anda pertama kali datang, Sharing Platter mereka is a must try; datang dengan filet ikan dory, scampi udang, kepah, sotong, jejari ikan, homemade chips dan garlic butter rice.

Cor Blimey SS15 - Gambar Makanan
Sumber: Cor Blimey SS15

Tak lengkap pengalaman anda kalau tak cuba deep fried batter Mars bar mereka untuk pencuci mulut. Yang penting disini dijamin halal sesuai untuk Muslim yang teringin nak makan.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 23, Jalan SS 15/4, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (Jumaat, Sabtu & Ahad – 12pm-10pm) Selasa-Khamis (5pm-10pm)

7. Serai @ Empire

Serai @ Empire - Gambar Restoran
Sumber: Syaril Ezzuddeen

Pada sesiapa yang bercadang membeli belah di Empire Shopping Gallery, apa kata anda makan di Serai terletak di SS/16 yang menyediakan hidangan masakan Melayu, Barat dan Fusion seperti Penne Rendang Daging, Nasi Kerabu dan Nasi Ambeng, Deep Fried Salted Egg Squid.

Serai @ Empire - Gambar Makanan
Sumber: Serai @ Empire

Apa yang menarik disini adalah hidangan masakan Melayu mereka mengekalkan resepi asli dan mempunyai rasa yang tradisional. Serai Platter juga signature mereka yang popular; nasi minyak datang bersama asam pedas ekor lembu, sotong goreng madu, ayam goreng rempah dan acar.

Semuanya disediakan dengan sempurna dan rasa yang mesra. Sang Har Yin Yong; gabungan mee dan mee hoon dengan udang segar dan sayuran didalam kuah telur pun antara menu yang sedap disini.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: LG37, Empire Shopping Gallery, Jalan SS16, 47500, Subang Jaya, Selangor, 47500
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-10pm)

6. Thyme Out KL

Thyme Out Subang - Gambar Restoran
Sumber: Rebecca Lai

Bermula dengan sebuah trak makanan ke warung makanan hingga kepada restoran, Thyme Out dah beroperasi di Subang bagi peminat hidangan Tex-Mex yang memang mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang padat dengan rasa.

Baca: 27 Tempat Makan Menarik Di Cyberjaya

Dengan menu yang pelbagai, Chicken atau Beef Tacos, Burrito Bowl; nasi berempah dengan kambing kisar dan Chimichangas penuh dengan telur rebus dan guacamole antara pilihan menu yang ada di Thyme Out KL.

Thyme Out Subang - Gambar Makanan
Sumber: thymeoutkl

Mereka juga mesra pelajar dengan menawarkan student promo lunch dengan satu hidangan utama, dua churros dan minuman. anda mempunyai pilihan antara Texas Tacos, Chili Beef Burrito dan Half Quesadilla. Texas Tacos lazat sememangnya lazat. Potongan dada ayam dalam dua taco lembut dengan coleslaw. Saiz hidangan pun memuaskan.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 66, Jalan PJS 11/7, Subang Jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-10pm)

5. Shell Out @USJ

Shell Out USJ - Gambar Restoran
Sumber: Zatara Meowa

Kalau berkunjung ke Main Place di Subang, terasa lapar, apa kata ke Shell Out. Anda boleh pilih set combo mereka mengikut bilangan kumpulan anda yang datang dengan pelbagai kombinasi makanan laut yang sedap. Kalau nak pesanan ala carte pun ada di sini. Octopus and Lala Lunch Combo dengan refill percuma minuman teh hijau dan sup yang dihidangkan.

Shell Out USJ - Gambar Makanan
Sumber: Shell Out USJ

Anda juga boleh memilih sos dengan tahap kepedasan yang anda mahukan. Bamboo Clam with Octopus dihidangkan bersama nasi putih, brokoli, kentang, jagung dan dua pilihan makanan laut dengan sos pilihan anda.

Apa yang istimewa disini adalah sos bawang putih mereka yang berlemak dan pekat. Anda boleh menghidu aroma bawang putih yang dimasak sempurna bersama seafood yang anda pilih.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 1F-16, Level 1, The Main Place,, Jalan USJ 21/10, Persiaran Kewajipan, The Main Place, USJ, 47630 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (10am-10pm)

4. Restoran Serambi Melayu

Restoran Serambi Melayu - Gambar Restoran
Sumber: Mohd Rizal Abdullah

Dengan latar belakang Kejuruteraan Kimia dan Perniagaan, pemilik restoran Jarizan akhirnya memulakan bisnes bersama isterinya Rafidah pada tahun 2002 juga lulusan akademik dalam  bidang statistik, berbakat dalam memasak mengambil keputusan untuk berhenti dari pekerjaan mereka dan memulakan Serambi Melayu.

Restoran Serambi Melayu - Gambar Makanan
Sumber: Restoran Serambi Melayu

Kepakaran mereka dalam juadah masakan Utara menyajikan lebih 60 buah hidangan kepada para pengunjung setiap hari terdiri daripada kari kepala ikan, gulai kawah, Ikan bakar, masak lemak, asam pedas, pelbagai kerabu dan ulam, ubi kayu rebus dan baby crab Santiang. Kalau nak pesan ala carte juga dengan pelbagai pilihan menu. Memang mendapat sambutan yang meriah daripada mereka yang sering datang ke sini untuk makan.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No22, Jalan Putra Mahkota 7/7a, Pusat Bandar Putra Point, 47650 Subang Jaya,
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad (Sabtu – 7am-6.30pm) Isnin-Jumaat (8am-6pm)

3. Kafe Bawang Merah

Kafe Bawang Merah - Gambar Restoran
Sumber: Abdul Rahman Selamat

Terletak di SS/12 bertentangan dengan Sheraton Subang, Kafe Bawang Merah ini menyajikan hidangan masakan Melayu didalam sebuah ruang yang selesa yang berhawa dingin kebanyakan pelanggan adalah warga kerja yang berdekatan.

Kafe Bawang Merah - Gambar Makanan
Sumber: Kafe Bawang Merah

Menu yang kena cuba disini adalah lauk nasi campur terutamanya Rendang Ayam/Daging dan Masak Lemak Daging. Ramai memuji akan kelazatannya. Menu signature; Soto Ayam, Mee Rebus, Cucur Udang, Onde Onde dan Laksa juga mendapat sambutan dari para pelanggan yang mahukan sesuatu yang ringan atau minum petang.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot 12A, Jalan SS 12/1b, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad (9am-9pm)

2. Kay’s Steak & Lobster

Kay's Steak & Lobster - Gambar Restoran
Sumber: Kay’s Steak & Lobster

Seiring dengan nama diberi, Kays’s menghidangkan anda pilihan potongan steak dan juga lobster. Kalau anda newbie tentang steak, jangan risau kerana pekerja disini akan membantu anda membuat hidangan mengikut potongan apa yang anda mahukan. Rata rata yang datang  disini sukakan Wagyu Sirloin sebab semua tahu premium kualiti daging Wagyu.

Kay's Steak & Lobster - Gambar Makanan
Sumber: Kay’s Steak & Lobster

Lobster Garlic Butter dengan Stell Cut Fries bagi pencinta seafood. Bagi yang malas nak kopek kulit lobster boleh order Lobster Roll mereka iaitu isi udang galah yang dimampatkan didalam roti Brioche yang kaya dengan rasa herba dan mentega.

DI Kay’s. juga mereka ada Simple Platter dengan BBQ Chicken Wings, Fried Mozarella Sticks, dan juga Loaded Potato Skin. Banyak pilihan berkualiti disini lebih dari sekadar steak dan udang galah jadi anda kena datang dan nikmatinya sendiri.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 12A, Jalan Putra Mahkota 7/6b, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (Sabtu & Ahad – 1pm-10pm) (Isnin-Jumaat – 5pm-10pm)

1. Kotak Malaysia

Kotak Malaysia - Gambar Restoran
Sumber: KOTAK Malaysia SS15

Unik nama kedai makan di SS/15 ini yang menyajikan hidangan bercili sesuai dengan selera orang Malaysia yang rata rata kuat makan pedas jadi kalau anda di Subang nak makan pedas, jom ke sini. Apa yang beza pedas disini dengan tempat lain? Sudah pasti rahsia mereka yang tersendiri dengan rasa yang berbeza memberikan identity tersendiri dalam masakan.

Kotak Malaysia - Gambar Makanan
Sumber: Kotak SS15

Menu wajib kena cuba kalau kesini adalah set Ayam Geprek yang anda boleh ubah suai tahap kepedasan dari skala 1 hingga 10 dan cili dia sedikit berlainan dari apa yang ada diluar sana kerana cilinya mempunyai rasa tersendiri kerana ditumis bukan sekadar digiling seperti kedai yang lain.

Menu lain yang juga laris disini adalah Cheese Geprek, Sambal Matah, Sambal Hijau Petai, Sate Ayam Kicap dan Mee Sedap Sambal Ayam Panggang.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 7, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (8am-12am) Ahad (8am-11pm)

Jadi bagaimana? Padu tak padu pilihan kedai makanan yang ada di Subang Jaya? Rambang mata bukan? Yang pasti Subang Jaya menempatkan pelbagai pilihan makanan dan kedai makanan yang menepati selera dan tekak anda.

Baca: 34 Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

Jadi lepas ini, kalau berkunjung ke Subang Jaya, jangan pening kepala lagi kerana telah kami kongsikan beberapa hotspot dengan kualiti yang mantap buat peminat makanan dan foodies diluar sana.

Semoga perkongsian senarai tempat makan menarik di Subang Jaya kali ini sedikit banyak membantu anda menentukan dimana anda mahu makan bila anda berada di sana nanti. Bon Appetite!