
Cameron Highlands destinasi impian bagi mereka yang mengejar percutian dingin yang santai berlatarbelakangkan alam semulajadi.
Bayangkan: bukit-bukit hijau yang luas, udara sejuk yang segar, dan ladang teh yang tiada hujungnya. Siapa kata syurga dunia ni tak wujud!
Semasa anda menjelajah syurga tanah tinggi ini, anda akan menemui bandar-bandar kecil yang menawan, setiap satu dengan suasana tersendiri.
Terdapat juga banyak aktiviti seronok yang menanti anda sekeluarga. Dari meneroka ladang teh terbesar di Malaysia hinggalah memetik dan mencuba buah strawberi segar terus dari pokoknya.
Jadi, sama ada anda pencinta alam, foodie, atau hanya mencari tempat untuk bersembunyi dari kesibukan hidup bandar, Cameron Highlands mempunyai sesuatu yang istimewa untuk anda. Oleh itu, apa tunggu lagi, jom lihat semua tempat menarik di Cameron Highland.
Anda Mungkin Suka:
- Senarai Tempat Makan Menarik Di Cameron Highlands
- Tempat Menarik Di Pahang
- Destinasi Percutian Terbaik Di Ipoh
01. Cameron Highlands Flora Park

Diselubungi kehijauan Kea Farm, Taman Flora Cameron Highlands menyajikan landskap indah yang penuh dengan flora pelbagai warna, hanya beberapa langkah dari Pasar Kea Farm.
Baca LagiBagi penggemar bunga, tempat ini seperti mimpi yang menjadi kenyataan. Taman di sini persis taman-taman popular yang dilihat di eropah. Kawasan yang luas ini terbahagi kepada beberapa taman, setiap satu dengan temanya yang tersendiri.
Selain daripada bersiar-siar sambile bergambar, disini ada tersedia beberapa โPiknik Spotโ yang berbayar untuk pelawat yang mahukan sesuatu yang lebih santai.
Mudah cerita, tempat ni memang layak masuk senarai tempat wajib bergambar di Cameron.
Waktu Operasi: 9.30am-6pm (setiap hari)
Alamat: Lot 191, 39010 Brinchang, Pahang
Tutup02. Animal Feeding Rainbow Garden

Anak-anak suka lihat gelagat haiwan kecil yang comel? Jom serbu Animal Feeding Rainbow Garden. Antara haiwan yang akan menyambut anda disini termasuk arnab, burung merak, guinea pig, kura-kura, kambing dan alpaca.
Baca LagiKalau anak anda 12 tahun dan kebawah, memang amat sesuai kerana haiwan disini bukan hanya untuk di lihat tetapi ada yang boleh di sentuh.
Walaupun ia bukan tempat yang besar, dan mempunyai pilihan haiwan taklah sebanyak tarikan yang serupa di Cameron ini, pengalamanya masih menyeronokkan.
Tambahan pula, dengan tiket yang berharga RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak, menjadikannya satu pilhan destinasi yang amat berbaloi terutamanya bagi orang bandar yang inginkan anak-anak merasa keseronokkan sebenar berinteraksi dengan haiwan.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.30pm)
Alamat: Tapak MDCHDN 26065 Lot 15321 Robinson Fall, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia
TutupLihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Cameron Highland
03. The Sheep Sanctuary

Nak lihat gelagat lucu kambing-kambing fluffy baka Merino yang comel? Kalua macam tu jom ke The Sheep Sanctuary di Cameron Highlands.
Baca LagiBukan sekadar melihat, disini anda dapat memberi makan, memegangan dan selfie bersama kambing kerana disini haiwan tersebut berkeliaran dengan bebas. Tempat ini amat popular dengan kanak-kanak, kerana biri-birinya sangat lembut dan jinak
Kalua anda merancang untuk melawat tempat ini anda perlu tahu bahawa Kawasan Kea Farm ni memang sangat sibuk kerana terdapat bayak destinasti tumpuan pelancong di sini dan mencari tempat letak kereta agak mencabar.
The Sheep Sanctuary ini tidak mempunyai parkingnya sendiri oleh itu anda boleh pilih untuk meletak kereta di 2 tempat parkir berbayar yang berhampiran.
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30 am โ 5.00 pm)
Alamat: Kea Farm Market, Cameron Highlands, Pahang
04. KHM Strawberries & Jam

Sama seperti YZ Agro Farm, KHM Strawberries & Jam juga merupakan ladang milik bumiputera. Di sini, pengunjung berkesempatan untuk mengunjungi kawasan kebun dan melihat dengan mata sendiri process penanaman buah strawberi, dari benih ke buah, serta berpeluang untuk memetik strawberi tersebut sendiri.
Baca LagiWalaupun pertanian itu bukan sesuatu yang memberansangkan tetapi percayalah makan buah yang dipetik sendiri ni pengalaman yang sangat rare, terutamanya bagi warga kota. Selalu kita dengar konsep makanan โdari ladang ke pingganโ tapi di sini bukan ke pinggan tapi terus ke mulut anda. Sungguh menggiurkan!
Jika Strawberri segar tak dapat memikat hati jangan risau, disini terdapat sebuah kafe yang menyajikan pelbagai aneka hidangan ala strawberi yang sedap.
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)
Alamat:KHM Strawberries & Jam, No. 9, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000, Cameron Highland, Pahang
Tutup05. Ladang Teh BOH Sungai Palas

Setiap hari meneguk teh BOH di rumah, namun belum pernah melihat ladangnya? Ingin tahu bagaimana proses pembuatan teh harian anda? Kunjungilah Ladang Teh BOH yang terletak di Sungai Palas.
Baca LagiSelain menyaksikan proses pembuatan teh , anda juga dapat mengunjungi kafe ikonik yang sudah menjadi sinonim dengan Cameron ini. Di sini anda pilih daripada pelbagai jenis pencuci mulut untuk digandingkan dengan minuman kegemaran anda.
Dah habis minum jangan balik dulu, siggahlah sebentar di kedai cenderamata untuk membawa pulan uncang teh BOH paling fresh dalam negara. Mana taknya, ladang ada depan mata!
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00 am – 4.30 pm)
Alamat: Sungai Palas Garden, 39100 Brincahng, Cameron Highlands, Pahang
06. YZ Agro Farm (Kebun Strawberry & Kafe)

Kalau anda mencari ladang strawberi yang diusahakan oleh anak muslim tempatan silakan ke YZ Agro Farm di Tanah Rata. Apa yang membezakan ladang strawberry ini dengan yang lain di Cameron? Dekat bukan sahaja strawberi tempoyak patin pun ada, mana lagi nak jumpa!
Baca LagiSelain itu terdapat juga pilihan makanan kegemaran ramai seperti nasi lemak, nasi campur dan mee kari. Untuk menutup tirai anda boleh mengahiri sesi santapan anda dengan pecuci mulut popular seperti scone, wafel dan ais skrim bertoppingkan starberri sudah tentu.
Tak lapar? takpe, anda boleh order strawberry smoothie atau strawberry shake segar untuk menghilangkan dahaga.
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)
Alamat: YZ Agro Farm, No. 22, Kamping Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang
Tutup07. Cameron Valley Tea House 1 & 2

Cameron Valley House Tea 1 dan Cameron Valley House Tea 2 adalah dua dari tiga ladang teh yang diusahakan oleh Ladang Teh Bharat.
Baca LagiCameron Valley House Tea 1, yang lebih kecil, terletak di jalan utama diantara Tanah Rata dan Habu. Jalan yang menghala ke rumah teh pertama ini agak sempit oleh itu anda perlu berjalan kaki menaiki tangga kecil untuk ke sana.
Di sini, terdapat sebuah rumah teh di mana anda dapat melihat keindahan ladang teh terbentang luas didepan mata sambil menghirup teh panas, pengalaman yang sukar dicari ganti.
Hanya berjarak 700 meter dari ladang yang pertama, Cameron Valley House Tea 2 pula adalah yang terbesar dari tiga rumah teh yang dikelola oleh Bharat Group. Berbanding dengan ladang pertama, anda boleh memandu kereta untuk sampai ke sini.
Sama seperti di House Tea 1, di Cameron Valley House Tea 2 juga terdapat kafe dan kedai cenderamata.
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (8.30 am – 6.00 pm) | Jumaat & Sabtu (8.00 am – 7.00 pm)
Alamat: Bharat Tea Plantations Sdn. Bhd. Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang
Tutup08. Cameron Valley Tea House Kuala Terla

Cameron Valley Tea House Kuala Terla merupakan salah satu dari tiga rumah teh yang dimiliki oleh Bharat Group. Berlokasi di Kuala Terla, di bagian utara Cameron Highlands, rumah teh ini jarang dikunjungi dibandingkan dengan yang lain kerana lokasinya yang agak terpencil.
Baca LagiJika anda berkesempatan, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan di kafenya yang menawarkan menu seperti sup cendawan, puff, ais krim, dan berbagai pencuci mulut lainnya.
Tempat ini terletak berdekatan dengan Cameron Adventurous. Tempat sesuai untuk mengecas tenaga sebelum menerus kan pengembaraan anda.
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (8.30 am – 6.00 pm) | Sabtu – Ahad (8.00 am – 7.00 pm)
Alamat: Cameron Valley Tea House KT, 49th Mile Kuala Terla, Cameron Highlands, 39000, Tanah Rata, Pahang
Tutup09. Cactus Point

Cactus point antara tarikan yang tertua di Cameron ini dan suatu destinasi ideal terutamanya untuk pencinta kaktus. Ia terletak di antara Kea Farm dan bandar Brinchang. Disini mereka menjual pelbagai jenis tanaman, bunga, dan kaktus dengan harga yang berpatutan.
Baca LagiMereka mempunyai segala-galanya, dari kaktus kecil hinggalah yang besar yang hampir menyentuh siling.
ย Walaupun anda tidak berhasrat untuk membeli apa-apa, masih berbaloi untuk melawat hanya untuk melihat koleksi yang mengagumkan.
Apa yang lagi best adalah anda boleh parking dengan percuma di tempat letak kereta besar yang disediakan, jadi tidak perlu risau tentang mencari parking untuk kenderaan anda. Oh sebelum kami lupa, masuk adalah percuma, memang mesra dompet.
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)
Alamat: Cactus Point, Brinchang, 39000 Cameron Highland, Pahang
Tutup10. Highlands Apiary Farm

Sebuah lagi ladang lebah popular di Cameron yang terletak di Ringlet adalah Highlands Apiary, berdekatan dengan Ladang The Boh. Ia bawah urusan yang sama dengan gerai madu di kea farm dan pasar malam Brinchang.
Baca LagiDi sini lebah menjadi bintang pertunjukkan dan anda dapat melihat lebah tersebut secara dekat. Jangan risau, lebah ini disimpan disebalik cermin yang tebal, anda tidak akan disengat.
Selain dari pameran lebah anda boleh menikmati taman bunga yang indah, kolam ikan berbentuk hati, dan ladang strawberi.
Di kedai tambahan cenderamata pula bersedia untuk rambang mata melihat bermacam-macam produk madu yang ada seperti madu botol dan jeli diraja.
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 6.00pm)
Alamat: 1/2 Jalan BOH, Tanah Rata, 39000 Ringlet, Pahang
Tutup11. Bazaar Kea Farm

Sekiranya masih ada tempat kosong dalam kenderaan anda, jangan tergesa-gesa pulang! Mari berkunjung ke Bazaar Kea Farm. Bazaar ini terletak hanya sekitar 2 ke 3 km dari Brinchang dan Tringkap, Kawasan yang sudah lama terkenal dengan keluaran hasil segar yang tiada tandingan. Tak percaya?
Baca LagiTempat di mana anda dapat menemui pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan segar, termasuklah strawberi, oren, jagung mutiara, kobis, pelbagai jenis jem, teh berperisa, dan banyak lagi.
Keistimewaan pasar ini terletak pada kebanyakan hasil pertanian segar yang dijual adalah daripada tanaman peniaga itu sendiri.
Ini bermakna anda berpeluang untuk menikmati buah-buahan terus dari ladang tanpa perlu melalui orang tengah perantaraan.
Ada juga beberapa kedai yang menawarkan kraftangan tempatan jika anda berminat. Similarly, the diversity of roses is astounding. The flowers come in various shades from red to yellows. Roses are prized for their beauty and aroma.
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)
Alamat: Kea Farm, 39100 Brinchang, Pahang
Tutup12. O&R Garden

Mari kita bersiar-siar di O&R Garden, Terletak di Kea Farm, sebuah tempat tarikan popular terletak di antara Copthorne Cameron Highlands dan Cameron Square. Bayangkan berjalan di antara lebih dari 100 jenis orkid dan 30 jenis bunga mawar yang mekar.
Baca LagiJangan lupa untuk mengagumi bunga daisy, yang memamerkan warna mereka dari merah hingga putih. Tapi itu bukan semua! Ada juga zoo mini di mana anda boleh berinteraksi dekat dengan haiwan comel seperti landak, ayam belanda, dan kambing.
Alamat: Rose & Orchid Garden, 74, Green Cow, 39000 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang
Tutup13. Arked Peladang Cameron Highlands

Ingin tambah koleksi tumbuhan taman anda di rumah? Anda telah datang ke tempat yang betul, di sini anda boleh bawa pulang anak pokok yang datang terus dari ladang.
Baca LagiBerjarak hanya 500 meter dari Pekan Brinchang, Arked Peladang Cameron Highlands merupakan deretan kedai yang menjual pelbagai jenis anak pokok dan kaktus untuk hiasan rumah ataupun buah tangan.
Di sini, anda dapat menemui pelbagai jenis bunga seperti bunga lavendar, bunga raya, bunga matahari, dan banyak lagi. Memang wangi kereta sepanjang perjalanan balik ke rumah.
Walaupun ia terkenal dengan hasil semulaji ada beberapa kedai yang menjual cenderamata dan strawberi.
Waktu Operasi: Setiap Hari 8.30am – 6.00pm
Alamat: Farmers Arcade Cameron Highlands, 39000, Brinchang, Cameron Highlands, Pahang
Tutup14. Taman Pertabalan Tanah Rata

Nak bawak keluarga bersiar-siar tanpa perlu mengeluarkan modal setelah sampai, Taman Pertabalan Tanah Rata antara tempat menarik percuma di Cameron Highlands. Terletak di pusat kota, destinasi ini sesuai untuk menikmati udara bersih sambil mengagumi keindahan lanskap sekeliling.
Baca LagiSuhu di taman ini terutama pada pagi dan senja hari sangat sejuk, menjadikannya tempat yang ideal untuk jogging dan aktiviti rekreasi bersama keluarga.
Para anak dapat menikmati waktu bermain di area permainan yang tersedia. Selain itu, terdapat juga penyewaan basikal untuk anda berkeliling taman dengan nyaman.
Ingin pengalaman yang lebih menyenangkan? Mengapa tidak membeli buah-buahan atau makanan segar dari sekitar Cameron Highlands sebelum berkunjung ke sini untuk piknik? Dengan pemandangan yang memukau, makanan segar, dan udara sejuk, apa lagi yang dibutuhkan untuk liburan yang sempurna?
Alamat: Taman Pertabalan Tanah Rata, 12, 59, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang
Tutup15. ZooMania Butterfly Farm

Jika anda berminat untuk mempelajari lebih lanjut tentang kitar hidup semulajadi rama-rama atau ingin melihat pelbagai spesis rama-rama yang indah cepatlah datang ke Zoomania Deโ Butterfly Farm di Brinchang.
Baca LagiDi taman tertutup ini, rama-rama berkeliaran secara bebas oleh itu jangan terkejut jika ada yang singgah seketika di pakaian anda, berbanggalah kerana anda adalah insan terpilih.
Selain itu, terdapat juga pelbagai haiwan comel yang menunggu kedatangan anda seperti arnab, kanguru kerdil dan kambing biri-biri yang mesra.
Bagi kanak-kanak, pasti mereka akan teruja kerana mereka dapat mengusap kambing tersebut sambil memberikan mereka snek haiwan yang telah disediakan.
Anda juga boleh memerhati tingkah laku haiwan liar lain seperti ular, biawak dan serangga aneh yang mengagumkan.
Waktu Operasi: Isnin โ Jumaat ย (9.00am โ 6.00pm) | Sabtu – Ahad (9.00am – 7.00pm)
Alamat:ย Batu 43, Kea Farm, 39100, Cameron Highland
Tutup16. MARDI Agrotechnology Park

Taman Agroteknologi Mardi Tanah Rata adalah destinasi terkenal di Cameron Highland yang berjaya menarik lebih kurang 65,000 pengunjung setiap tahun. Ia merupakan pusat penyelidikan MARDI yang di Malaysia.
Baca LagiDi lokasi ini, pengunjung boleh menemui 40 varieti bunga ros, 10 varieti strawberi, dan berbagai jenis pokok buah-buahan.
Taman Agroteknologi ini dibahagikan kepada enam zon utama, iaitu Taman Ros, Taman Herba, Taman Orkid, Taman Inggeris, Pusat Penyelidikan, dan kedai cenderamata.
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (8.00 am – 5.00 pm) | Selasa Tutup | Cuti Umum & Cuti Sekolah
Alamat: JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.
Tutup17. Muzium Time Tunnel

Dibuka pada tahun 2007, Time tunnel Museum ini penuh dengan harta karun dari masa lampau. Muzium ini dibuka oleh Encik See Kok Shan, seorang pengumpul barang antik yang tegar.
Baca LagiIa seperti melangkah ke dalam mesin masa, dikelilingi oleh barang-barang yang akan membawa anda kembali ke zaman kecil anda, terutamanya jika ada sudah berusia.
Muzium ini dibahagikan kepada bahagian setiap satu dengan temanya tersendiri.ย Ada sudut yang didedikasi untuk Orang Asli, penduduk asal kawasan itu, dengan foto dan maklumat tentang kehidupan mereka.
Bagi peminat sejarah, ada bahagian khas untuk tempoh Darurat, dengan dokumen dan poster dari masa itu.
Untuk mereka yang suka nostalgia pula, ada foto-foto lama, bahan iklan, dan bahkan replika kedai kopi tradisional, lengkap dengan muzik lama. Ada juga gerai makanan bergerak dan kedai gunting rambut, lengkap dengan semua perhiasan era emas.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)
Alamat: UT/MR/F-255, Jalan Sungai Burong, Brinchang, 39100 Cameron Highlands.
Tutup18. Cactus Valley

Jarang sekali kita berpeluang mengunjungi taman yang dipenuhi dengan berbagai jenis kaktus, bukan? Namun, di Cactus Valley, anda dapat merasai pengalaman berjalan di taman indah dihiasi dengan pelbagai spesies kaktus.
Baca LagiDari pekan Brinchang, anda hanya perlu berjalan kaki untuk tiba ke Cactus Valley. Selain daripada menikmati pemandangan pokok kaktus, anda juga boleh memilih untuk membeli kaktus sebagai kenangan untuk dibawa pulang jika berminat.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 6.00pm)
Alamat: Cactus Valley, Pekan lama, Brinchang, 39100, Cameron Highlands.
Tutup19. Lata Iskandar

Dalam perjalanan menuju Cameron Highland, 25 kilometer sebelum tiba di pekan Ringlet, terdapat air terjun popular yang dikenali sebagai Lata Iskandar.
Baca LagiBaru-baru ini kawasan ini telah di naik tarafkan dan sekarang ia lengkap dengan pelbagai fasiliti untuk memudahkan lebih ramai orang menikmati keindahan air terjun istimewa ini.
Pada hujung minggu, ia penuh dengan pelancong dan penduduk tempatan yang mencari tempat untuk menyejukkan badan.
Tutup20. Pasar Malam Pekan Brinchang

Lokasi Pasar Malam Cameron telah dipindahkan dari Pekan Brinchang ke Sungai Ruil, berhampiran dengan Cameron Golden Hills Resort. Disarankan untuk tiba di sini seawal mungkin untuk mengelakkan kesulitan mencari tempat parkir, atau lebih senang lagi, tinggal di hotel yang berdekatan dengan pasar malam.
Baca LagiMengapa pasar malam ini menjadi salah satu tarikan utama di Cameron? Di sini, bukan sekadar pasar malam biasa. Anda boleh menemui pelbagai produk segar dari ladang, termasuk strawberi, aneka sayuran segar, serbuk teh, tanaman hiasan, dan berbagai cenderahati menarik.
Alamat: Jalan Sungai Ruil, Brinchang, 39000, Pahang
Tutup21. Lavender Garden

Pernahkah anda mengunjungi Cameron Highlands? Kalau belum, anda pasti terlepas sesuatu yang menarik! Salah satu tempat yang paling menawan di sana ialah taman lavender yang menakjubkan. Rasanya macam masuk ke syurga ungu, dengan lavender di setiap sudut mata memandang.
Baca LagiDan bukan hanya lavender – ada macam-macam bunga dan tumbuhan cantik. Tempat ni memang sesuai untuk ambil gambar yang cantik untuk media sosial. Lagi best bila cuaca sejuk, boleh lepak dengan kawan-kawan dan nikmati keindahan persekitaran yang tenang. Lepas dah jelajah taman, jangan lupa cuba kek strawberi dan ais krim lavender di kafe. Memang sedap gila, wajib cuba!
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 6.00am) | Jumaat – Ahad (9.00am – 7.00pm)
Alamat: Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100 Cameron Highlands.
Tutup22. Air Terjun Robinson

Laluan untuk ke Air Terjun Robinson ini bermula dari Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands dan menawarkan satu jalan yang indah menuju Air Terjun Robinson.
Baca LagiSepanjang perjalanan, anda akan melintasi sungai dan disajikan dengan pemandangan yang menakjubkan.
Kawasan air terjun ini popular di kalangan penduduk tempatan, yang sering datang ke sini untuk berkelah dan mandi. Jangan lupa membawa repelan serangga untuk adventure ini!
Laluan ini agak mudah dan mengambil masa kira-kira 30 minit. Oleh itu ia sangat sesuai untuk sesiapa yang mencari aktiviti luaran yang tak begitu mencabar.
Dibuka sepanjang tahun, laluan ini setia menanti ketibaan anda untuk mempamerkan keindahannya, tidak kira musim.
Alamat:ย Tanah Rata, 39000 Cameron Highland.
Tutup23. Mossy Forest

Bayangkan hutan yang sudah ada sejak zaman dinosaur lagi. Itulah Mossy Forest di Malaysia, tempat di mana waktu seolah-olah berhenti. Memang agak jauh untuk ke sini, tapi percayalah, jika anda kaki hiking atau juggle trekking ia sangat berbaloi.
Baca LagiPerjalanan untuk ke titik permulaan Mossy Forest pun best sebab anda akan melihat bukit-bukit yang diseliputi dengan pokok the hijau terbentang luas. Tahukah anda ini adalah tempat pemanduan tertinggi di asia Tenggara?
Tiba saja di sana anda seolah-olah anda melangkah ke dalam dunia fantasi. Hutan ini diselimuti lumut yang tebal, digandingkan pula dengan udara berkabus dapat menciptakan satu pengalaman ibarat satu dalam sejuta.
Ini adalah syurga bagi pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan yang tidak wujud di tempat lain. Tetapi berhati-hatilah, laluan boleh menjadi sedikit rumit, jadi disyorkan anda datang dengan guide tempatan.
Jika anda berani, dari sini anda boleh mendaki ke Gunung Irau, puncak tertinggi di Cameron Highlands. Hanya RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak untuk berjalan 200m. Jadi, jika anda mencari pengembaraan yang menyejukkan dan mendebarkan, Mossy Forest adalah tempatnya.
Alamat:ย Mossy Forest, Brinchang, 39000 Cameron Highland
Tutup24. Ladang Lebah Ee Feng Gu

Ladang Lebah Ee Feng Gu adalah tempat wajib dikunjungi berhampiran Kea Farm, tak jauh dari pusat bandar Brinchang. Di sini, anda dapat belajar tentang proses pembuatan madu dan teknik penjagaan lebah yang betul. Tempat ini disusun seperti Maze menambah kepada keseronokkan berjalan di sini.
Baca LagiTurun saja dalam taman anda dapat melihat alat-alat penjagaan lebah lama dan kotak-kotak kecil yang terpacak di setiap pelusuk taman. Kalau anda nak tahu, kotak tulah sarang lebah buatan manusia.
Ada juga tarikan selain dari lebah disini seperti taman bunga dan kolam penuh dengan ikan koi Jepun.
Tempat ini buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 7 malam, dan cuba teka? Masuk ke ladang lebah adalah percuma!
Semasa anda berjalan ke bawah ke taman, anda akan melihat beberapa peralatan lebah lama. Sebelum balik singghlah sebertar di kafe untuk menikmati minuman madu dan kedai cenderahati untuk membeli produk madu seperti madu asli, propolis atau royal jelly.
Bayaran Masuk: Percuma
Alamat:ย 75, Batu 43, Green Cow, Kea Farm, Brinchang, 39100ย Cameron Highlands
Tutup25. Gunung Irau

Gunung Irau merupakan salah satu destinasi sasaran pencinta aktiviti outdoor yang datang ke Cameron Highlands ini. Kabus yang tebal dan pokok besar dengan akarnya yang menjalaran melahirkan satu suasana misteri yang susah untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Baca LagiSemasa hiking anda akan rasa seperti berjalan di atas karpet. Ini kerana tanah disini ditutup oleh lumut, daun-daun mati dan lumpur.
Sepanjang perjalanan anda akan melihat pelbagai jenis tumbuhan seperti paku-pakis, orkid, dan periuk kera. Jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat melihat bunga Rafflesia yang jarang ditemui.
Seelok-eloknya anda elakkan dari datang pada musim hujan, November hingga Januari, kerana jalan boleh menjadi berbahaya akibat hujan lebat.
Tutup26. Big Red Strawberry Farm

Ingin menikmati kesegaran strawberi yang baru dipetik? Di Ladang Stroberi Big Red, anda boleh merasai kelazatan strawberi segar. Kebanyakan strawberi di Malaysia datang dari Cameron Highlands, dan di sini anda dapat menyaksikan proses penanam strawberi.
Baca LagiDengan bayaran yang rendah, anda juga berpeluang untuk memetik strawberi sendiri. Selain strawberi, terdapat juga Kafe, kedai cenderamata, dan kedai sayur organik segar di sini.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.30am – 6.00pm)
Alamat: Big Red Strawberry Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highland.
Tutup27. Cameron Adventurous

Bagi penggemar aktiviti lasak, terdapat pelbagai pilihan yang sesuai untuk semua di Cameron Adventurous. Walau bagaimanapun, aktiviti ATV hanya dibuka untuk individu berumur 16 tahun ke atas sahaja. Sementara itu, aktiviti 4ร4 Safari terbuka untuk semua lapisan usia.
Baca LagiBerlokasi di ladang teh Cameron, Kuala Terla, yang berjarak hanya 22 km sahaja dari Tanah Rata, Cameron Adventurous menawarkan pengalaman penuh adrenalin sambil menikmati udara segar dan pemandangan indah ladang teh dengan cara yang menggembirakan seisi keluarga.
Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (10.00 am – 6.00 pm) | Sabtu – Isnin (9.00 am – 6.30 pm)
Alamat: Cameron Valley, Kuala Terla, 39000 Cameron Highlands
Tutup28. Avant Chocolate Cameron Highlands

Gemar makanan manis-manis? Avant Chocolate merupakan destinasi impian untuk penggemar pencuci mulut. Jangan salah sangka, tempat ini bukan sekadar kafe biasa.
Baca LagiAvant Chocolate menawarkan dua daya tarik utama:
- Strawberry Moment Dessert Cafรฉ: Tempat sempurna untuk menikmati pelbagai pilihan pencuci mulut seperti coklat, strawberi dan ais krim.
- Green Garden View: Lokasi ideal untuk mengagumi keindahan alam. Selain itu, terdapat tarikan seperti lorong Make A Wish dan House of Lavender, yang pasti buat anda teringat-ingat setelah balik rumah nanti.
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.30 pm)
Alamat: 11, Taman Matahari Cerah, Kampung Raja, 39010, Cameron Highlands
TutupBaca: Senarai Destinasi Menarik Di Kuantan
29. 200 Seeds Cafรฉ

Rindukan makanan melayu? Jom berkunjung ke 200 Seeds Cafรฉ. Menu beraneka pilihan ditawarkan di sini, dan seperti yang diharapkan, berada di Cameron Highlands bererti banyak hidangan yang mengandungi unsur-unsur strawberi. Salah satu hidangan yang wajib dicuba adalah nasi lemak sambal strawberinya yang memang luar biasa!
Baca LagiSelain daripada makanan kafe, 200 Seeds Cafรฉ juga menawarkan berbagai produk lain yang sesuai untuk dibawa pulang.
Untuk informasi Anda, 200 Seeds Cafรฉ cukup dikenali dengan produk-produk unik seperti Sambal Strawberi Ikan Masin, Kordial Strawberi, dan Jem Strawberi.
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu (8.00 am – 8.00 pm) | Rabu (8.00 am – 5.00 pm)
Alamat: No 27, Kampung Taman, Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands
Tutup30. KC Kwang & Sons Grape Farm

Kalau anda suka anggur dan kehidupan ladang, anda pasti akan suka KC Kwang & Sons, atau dikenali sebagai Ladang Twin Diamond. Ia adalah tempat menarik di Lembah Biru, Kampung Raja, di mana mereka menanam anggur ‘Kyoho’ yang besar dan manis.
Baca LagiMereka memetiknya dua kali setahun, pada bulan Jun dan Disember, dan kebanyakan dieksport keluar negara.
Bukan hanya anggur, ladang ini juga menanam tomato, labu, dan sayur-sayuran lain yang boleh dibeli apabila musimnya tiba.
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)
Alamat: No. 33 Main Road, Kg Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang
Tutup31. Tanโs Camellia Garden

Taman Camellia Tan adalah ‘taman tersembunyi’ yang dibangun oleh pemiliknya, Puan Tan dan suaminya, yang memiliki latar belakang dalam botani. Mereka telah mengubah banglo bergaya Inggeris ini menjadi sebuah taman yang menakjubkan dengan lebih dari 200 jenis tumbuhan, termasuk bunga lili, azalea, gardenia, magnolia, orkid liar, dan berbagai tanaman lain termasuk pohon herba.
Baca LagiTaman ini bukan hanya indah dipandang, tetapi anda juga dapat membeli anak pokok dengan harga yang berpatutan.
Jika anda gemar melihat burung, tempat ini juga sangat sesuai untuk anda. Hanya 20 minit sahaja berjalan kaki dari jalan utama di pejabat pos Tanah Rata, lokasi ini mudah diakses dan pasti akan memukau anda.
Alamat: Tan’s Camellia Garden, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands
Tutup32. Raju Hill Strawberry Farm

Ladang Strawberi Raju Hill merupakan satu lagi tempat menarik yang terletak hanya 3 km dari Brinchang dan menawarkan dua tarikan menarik di lokasi yang sama.
Baca LagiTarikan utama di sini ialah ladang strawberi yang memukau, di mana anda boleh menikmati pemandangan ladang yang indah dan melihat proses pengeluaran buahnya. Ini adalah tempat yang ideal untuk membeli strawberi segar dengan harga yang sangat berpatutan.
Selain itu, kafe di ladang ini menyajikan pelbagai jenis makanan lazat seperti ais krim, wafel, kek, pastri, dan banyak lagi yang pastinya akan memanjakan selera anda!
Alamat: Raju’s Hill Strawberry Farm 42nd miles, Kea Farm, 39100 Cameron Highlands
Tutup33. Mah Meri Art Gallery

Galeri Seni Mah Meri di Cameron Highlands, Malaysia, adalah tempat yang wajib dikunjungi bagi pencinta seni dan peminat sejarah. Terletak di Tanah Rata, galeri ini mempamerkan bakat unik komuniti Mah Meri, yang dikenali dengan kemahiran ukiran kayu mereka yang luar biasa.
Baca LagiSeni pembuatan topeng, sebuah tradisi yang hampir pupus, diraikan di sini. Topeng-topeng ini bukan sekadar ukiran biasa; ia adalah karya seni rumit, diakui di seluruh dunia untuk kehalusanya bahkan diberi penghargaan UNESCO Seal of Excellence.
Galeri ini bukan hanya tentang mengagumi seni, ia merupakan pengalaman menyelami warisan budaya kaya suku-suku kaum yang menetap di Negara tercinta ini Malaysia. Dan jika anda ingin membawa pulang sebahagian dari tradisi ini, terdapat sebuah kedai cenderamata disini.
Waktu Operasi: 10.30 am – 7.30 pm
Alamat: Mah Meri Art Gallery, No 29 & 30, 1st Floor, Main Road, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands
Tutup34. Rose Valley

Jika anda mencari tempat menarik untuk berfoto di Cameron Highlands, Rose Valley adalah pilihan yang tepat. Ladang bunga ros ini sangat luas dan menjadi rumah kepada ledari 450 jenis bunga ros, anda mungkin rasa 2 jam pun tak cukup untuk menjelajahinya!
Baca LagiMelangkah masuk anda akan dijemput oleh burung merak yang megah sedang menanti dalam sangkarnya.
Di setiap sudut taman ini anda akan menjumpai prop yang dapat digunakan sebagai latar belakang untuk gambar anda.
Waktu Operasi: 8.00 am – 6.00 pm
Alamat: Rose Valley, 148 Tringkap, Cameron Highlands
Tutup35. Green View Garden

Green View Garden merupakan destinasi menarik di Kampung Raja. Jika anda berkunjung ke sini, anda dapat melihat pelbagai sayuran yang ditanam secara hidroponik, kebun strawberi, dan lain-lain.
Baca LagiBagi anda yang datang bersama anak-anak, mereka pasti akan terhibur melihat berbagai jenis haiwan seperti burung, kura-kura, dan arnab di kebun binatang mini.
Anda dan keluarga juga dapat member makan pada haiwan-haiwan tersebut dengan membeli makanan khas yang ada dijual disini. Sebelum pulang, jangan lupa untuk membeli cenderamata seperti tanaman bunga, produk berbahan lavendar, dan banyak lagi.
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.30 pm)
Alamat: 11, Taman Matahari Cerah, 39010, Kampung Raja, 39000 Tanah Rata
TutupPenginapan Di Cameron Highlands

Untuk memudahkan pemilihan tempat penginapan, kami telah tulis 3 entri tentang jenis penginapan di Cameron Highland.
Jika anda mencari penginapan bajet di Cameron Highland, kami telah senaraikan 15 hotel bajet di Cameron yang berbaloi.
Bagi yang inginkan pengalaman penginapan mewah, kami telah sediakan senarai hotel terbaik di Cameron Highland. Dalam entri ini, kami ceritakan tentang hotel mewah dan unik, sesuai untuk mereka yang inginkan keselesaan atau merancang bulan madu romantis di Cameron Highland.
Jika anda cari penginapan luas dan selesa dengan kemudahan lengkap seperti rumah, baca artikel kami tentang Homestay di Cameron Highlands.
Apa pun pilihan anda, saya harap anda bercuti dengan selamat dan kembali dengan kenangan indah bersama orang tersayang.
Selesai sudah senarai tarikan di Cameron Highland, dan saya harap maklumat ini membantu anda merancang percutian anda.