Chiang Mai adalah bandar terbesar di bahagian utara Thailand. Dengan saiz yang sedemikian, bayangkanlah betapa banyaknya tarikan yang ditawarkan bandar ini.

Namun jangan anda fikir Chiang Mai ni hanyalah sebuah kota yang biasa, kerana ia sebenarnya sebuah destinasi pelancongan unik yang dapat membawa anda sekeluarga mengembara ke zaman lampau.

Bukan itu sahaja, walaupun sering dibanjiri dengan pelancong yang datang dari serata dunia, Chiang Mai secara magikalnya tetap mampu mengekalkan atmosfera yang mendamaikan jiwa, jauh berbeza dengan kotaraya lain seperti Bangkok.

Pasti anda tertanya-tanya apa yang terlalu memukau tentang kota ini sehinggakan ianya menjadi destinasi pilihan ramai pelancong bukan? Kalau nak tahu, teruskan membaca senarai tempat menarik di Chiang Mai hingga ke penghujung.

32. Wat Phra That Doi Suthep

Doi Suthep Chiang Mai
Sumber: Camp Thailand

Wat Phra That Doi Suthep adalah sebuah kuil yang paling penting di dalam daerah Chiang Mai, Thailand. Usia bangunan ini cukup tua kerana ianya dikatakan telah dibina pada tahun 1383!

Walaupun telah berabad lamanya, kuil ini masih lagi digunakan sehingga sekarang. Anda sekeluarga pasti teruja melihat reka bentuk, patung-patung, mural dan tempat penyembahan yang terdapat di sini, segalanya diberikan sentuhan yang cukup teliti.

Baca:Β 29 Destinasi Pelancongan Paling Popular Di Hatyai

Setibanya anda ke kuil ini yang terletak di atas bukit yang terkenal di Chiang Mai, Doi Suthep, jangan terkejut pula!

Anda akan terlihat sebuah tangga yang tinggi dengan 300 anak tinggi untuk dinaiki, memang jauh dan melenguhkan, tapi jangan risau, di sini juga terdapat kemudahan lif untuk naik ke atas dan anda boleh menggunakan tangga untuk turun nanti.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Β Tambon Suthep, Amphoe Mueang, Chaing Mai
Waktu Operasi: 6.00 am – 5.00 pm

31. Nimmanhaemin Road

Nimmanhaemin Road Updated
Sumber: WCities Travel Guide

Nimmanhaemin Road adalah sebuah lokasi hipster dimana terletaknya banyak pilihan kedai-kedai kopi yang stylish!

Dah pekena kopi untuk mendapatkan tenaga, anda boleh meneruskan penerokaan di kawasan sekitar dengan melawat tempat-tempat seperti One Nimman kalau anda berminat untuk melihat fabrik lokal yang penuh warna-warni, galeri seni seperti Gongdee Gallery yang mempamerkan arca-arca kayu yang unik, C.A.P. Studio yang mempamerkan cetakan edisi terhad dan banyak lagi! Atmosfera kawasan ni memang betul-betul artistik.

πŸ“ Alamat
Alamat: Nimmanahaeminda Road, Amphoe Mueang Chiang Mai, Chang Wat Chiang Mai

30. Baandam Museum / Black House Museum

Black House Museum Chiang Mai
Sumber: Mai Ngα»₯y

Baandam Museum / Black House Museum adalah sebuah muzium bertemakan hitam di negara ini yang menempatkan tinggalan pelbagai jenis haiwan seperti kulit, gigi, tulang dan sebagainya.

Muzium Baandam merupakan sebuah projek hasil minda kreatif Thawan Duchanee, seorang designer. Inspirasi untuk mewujudkan muzium ini datang daripada reka bentuk tradisional Suvarnabhumi, Lanna dan Lan Chang.

Untuk pengetahuan anda, dalam bahasa Thai β€˜baan’bermaksud rumah, manakala β€˜dam’ pula membawa maksud hitam.

πŸ“ Alamat
Alamat: 414 Baandam Nanglae Moo 13 Tumbol Nanglae, Mueang, Chiang Rai 57100 Thailand

29. San Kamphaeng Road

San Kamphaeng Road Chiang Mai
Sumber: dranreb lepac

San Kamphaeng Road ataupun dalam bahasa Inggerisnya β€œthe handicraft highway” adalah sebatang jalan yang menuju ke arah tenggara dari Chiang Mai dengan kepanjangan 10 km sehingga ke kawasan perkampungan San Kamphaeng.

Di sepanjang San Kamphaeng Road ini anda akan menjumpai pelbagai jenis jualan kraftangan yang termasuklah produk-produk tembikar, batu, perak, kertas, ukiran, perhiasan, produk sutera dan arca.

Jangan lupa untuk singgah ke sebuah kedai yang bernama Shinawatra Thai Silk, sebab mendiang Puteri Diana sendiri pernah membeli barangan dari sini! Antara yang dijual adalah perhiasan, fabrik scarf, tie,Β  aksesori, barangan rumah dan banyak lagi!

πŸ“ Alamat
Alamat: San Kamphaeng Road, Tambon San Klang, Amphoe San Kamphaeng, Chiang Mai, 50130, Thailand

28. Warorot Market

Warorot Market Chiang Mai
Sumber: Shangri-La Hotel, Chiang Mai

Terletak di tepian Sungai Ping, Warorot Market adalah pasar tertutup di dalam bangunan 3 tingkat yang cukup meriah! Mana tidak meriahnya, sebab di pasar ni anda boleh beli hampir apa sahaja yang terbayang di fikiran!

Dari sayuran, bunga, roti, pakaian, kasut, kosmetik, sutera, kraftangan, seramik sehinggalah kepada peralatan elektronik, macam-macam ada di sini! Bukan itu je, barangan yang diniagakan juga diletakkan pada harga yang sangat murah!

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Chiang Mai

Cara terbaik untuk anda ke pasar ini adalah dengan berjalan kaki, tuk-tuk atau pengangkutan awam lain yang ada, jangan bawa kenderaan sendiri sebab agak susah untuk jumpa tempat parking.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 90 Wichayanon Rd, Tambon Chang Moi, Amphoe Mueang Chiang Mai, Chang Wat Chiang Mai 50300, Thailand
Waktu Operasi: Setiap Hari (5.00 am – 11.00 pm)

27. Sungai Mae Ping

mae ping river chiang mai
Sumber: Blue Yonder With Kids

Sungai Mae Ping adalah sebatang sungai yang mengalir melalui taman negara di bahagian utara Thailand.

Anda sekeluarga boleh menaiki perahu panjang atau long tail boat untuk menyelurusi sungai ini dan menikmati pemandangan yang disajikan di sekitar sambil mengambil udara segar.

πŸ“ Alamat
Alamat: Sungai Ping

26. Elephants At a Sanctuary

Chiang Mai Elephant Sanctuary Image
Sumber: Chiang Mai Elephant Sanctuary

Pernah melihat gajah di depan mata? Kalau tak pernah, alang-alang dah berada di Thailand ni, jangan lepaskan peluang untuk melihat dan mendekati haiwan yang dikatakan memiliki memori yang kuat ni!

Memang banyak tempat di Thailand yang menawarkan peluang yang sama, namun salah satu yang paling terkenal adalah Elephants at a Sanctuary.

Di sini, anda berpeluang untuk memberikan gajah makan dengan menggunakan tangan sendiri atau memandikan gajah! Kalau dah dekat dengan gajah mesti anda teringin nak bergambar kan? Jangan risau, anda boleh mendapatkan perkhidmatan jurugambar yang disediakan di pusat ini tanpa sebarang caj tambahan!

πŸ“ Alamat⌚ Waktu OperasiπŸ’² Harga Tiket
Alamat: 119/10 Thapae Rd, Chang Klan, Chiang Mai 50100, Thailand
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 10.00pm)
Bayaran Masuk: Bermula dari 1,300 Baht

25. Catmosphere Cafe / The Cat CafΓ©

The Cat CafΓ© Chiang Mai
Sumber: Catmosphere CafΓ© Chiang Mai

Bagi para pencinta kucing, anda wajib singgah ke kafe yang sangat-sangatlah best ni! Bayangkan lepak dan makan sambil dikelilingi kucing-kucing belaan yang comel! Tak ke tersenyum panjang je?

Di Catmosphere Cafe atau The Cat CafΓ© inilah anda dapat menceriakan diri, melupakan masalah dan beban yang tersimpan, kerana secara automatik segala aura negatif ni hilang sebaik terlihat kecomelan kucing-kucing yang ada!

Waktu-waktu yang terbaik untuk anda datang ke sini adalah pada waktu pagi dan petang waktu di mana kucing akan menjadi agak aktif!

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Catmosphere Cat CafΓ© Chiang Mai, 233/5 Huay Kaew Road, Chiang Mai 50200
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 8.00 pm)

24. Grand Canyon Chiang Mai

Grand Canyon Chiang Mai
Sumber: Us Against the World

Teringin ke Grand Canyon di US tapi masalahnya terlalu jauh beribu batu? Untuk merealisasikan impian anda yang ingin melawati Grand Canyon ni, anda boleh sahaja ke Chiang Mai.

Memang rugi kalau tak ke sini! Pemandangan yang disajikan memang lain daripada yang lain, bayangkanlah berdiri di atas tebing yang dikelilingi oleh air, cukup unik untuk difotokan.

Untuk pengetahuan anda, Grand Canyon Chiang Mai pada asalnya bukanlah sebuah kawasan tarikan untuk dilawati orang awam, sampaikan pernah diletakkan tanda yang menghalang mana-mana pelawat daripada terjun ke dalam air tu, tapi kini tidak lagi.

Yang menariknya lagi tentang tarikan ini adalah kerana ianya bukanlah terbentuk secara semula jadi. Kisahnya bermula pada sekitar 10 tahun lalu ketika mana sekumpulan pekerja telah menggali kawasan ini untuk menghasilkan kolam bagi tujuan komersial, namun, ianya diabaikan.

Tanah yang telah dikorek ni dibanjiri air dan menghasilkan pemandangan yang mempesonakan secara tidak sengaja.

πŸ“ Alamat
Alamat: 244 M.3 T.Namphrae A.hangdong, Chiang Mai, Thailand 50230

23. Tiger Kingdom

Tiger Kingdom Chiang Mai
Sumber: Gregory GWild Sonnier

Apa lagi haiwan eksotik yang teringin anda dekati atau bergambar walau sekali dalam hidup selain dengan gajah? Satu lagi haiwan yang menarik adalah harimau. Nak dekat dengan harimau kalau dalam hutan memang tak akan pernah berlakulah kan? Inilah yang menjadikan lawatan untuk ke Tiger Kingdom suatu yang wajib anda buat di Chiang Mai.

Bukan setakat bergambar, anda sekeluarga juga boleh tahu bagaimana rasanya bila dapat menyentuh bulu si belang ni tanpa rasa risau kerana harimau-harimau di sini telah dijinakkan.

Nilai bayaran untuk mendekati harimau adalah berdasarkan usia atau saiz harimau yang ingin didekati, sama ada yang baru lahir, harimau paling kecil, harimau bersaiz sederhana atau pun harimau dewasa.

Tip: Waktu terbaik untuk anda melawati Tiger Kingdom adalah dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu OperasiπŸ’² Harga Tiket
Alamat: 51/1 Moo 7 | Rim Tai, Mae Rim 50180, Thailand
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)
Bayaran Masuk: Bermula dari 799 Baht

22. The Night Bazaar

Chiang Mai Night Bazaar
Sumber: 101 Countries Together

The Night Bazaar adalah tempat shopping paling utama di Chiang Mai dan boleh dikatakan juga di negara Thailand. Bilangan gerai yang ada di The Night Bazaar ni tak terkira jumlahnya!

Cukup banyak dan bermacam-macam barangan yang boleh anda jumpa. Antara yang diniagakan di sini adalah kasut, sutera Thailand, jam, dompet, permainan video, cenderamata, barangan kereta, rempah-ratus, luggage dan banyak lagi!

Antara tarikan utama di bazaar ni adalah pilihan CD / DVDnya yang tak terkira banyaknya! Jangan lupa untuk cuba tawar-menawar dengan para peniaga di pasar ni, tak kisahlah dah murah macam mana pun harga yang diletakkan, tak ada masalah untuk anda cuba nego dengan penjual, sentiasa cuba untuk mendapatkan diskaun sekitar 20% ke 30% daripada harga jualan. Baru syok nak shopping!

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Simpang di antara Tha Pae, Chang Klang Roads
Waktu Operasi: 6.00 pm – 10.30 pm

21. Wat Phra Singh

Wat Phra Singh Chiang Mai
Sumber: Thaizer Thailand

Wat Phra Singh adalah salah sebuah daripada kuil yang penting dan menarik di Chiang Mai! Tahun binaannya tidak begitu jauh dari kuil Wat Phra That Doi Suthep yang dibina pada tahun 1383 kerana kuil ini dibina pada tahun 1345! Ianya dibina oleh Raja Phayu yang ingin menyediakan kuil tempat penyimpanan abu bapanya.

Bangunan kuil ini telah melalui pembaikpulihan di bawah Raja Kawila yang menjadi pemerintah Chiang Mai pada tahun 1782.

Kalau anda melawat kuil ini, anda berkemungkinan dapat melihat pelajar-pelajar sekolah bermain bola sepak atau takraw di sekitar halaman kuil.

πŸ“ Alamat
Alamat: 2 Samlarn Rd, Phra Sing, Amphoe Mueang Chiang Mai, Chang Wat Chiang Mai 50200, Thailand

20. Peninggalan Wat Chedi Luang

The Ruins Of Wat Chedi Luang
Sumber: George W Russell

Peninggalan Kuil Wat Chedi Luang adalah sebuah tapak di mana struktur tinggalan kemusnahan bangunan kuil yang dibina pada tahun 1441 dapat diamati.

Kalau diikutkan, struktur kuil ini boleh menjadi binaan yang terbesar di Chiang Mai, namun begitu ianya dianggarkan termusnah ketika gempa bumi yang berlaku pada sekitar abad ke-16 ataupun ketika serangan Burma pada tahun 1775.

πŸ“ Alamat
Alamat: 103 Road King Prajadhipok Phra Singh, Muang District, Chiang Mai 50200, Thailand

19. Bai Orchid & Butterfly Farm

Bai Orchid And Butterfly Farm Chiang Mai
Sumber: Sergio Mireles

Bai Orchid And Butterfly Farm adalah sebuah tarikan yang menggabungkan 4 buah kebun orkid dan taman rama-rama. Kalau anda teringin melihat dunia penuh dengan keceriaan warna-warni, ini adalah salah satu tempatnya.

Sebelum meninggalkan Bai Orchid & Butterfly Farm, anda boleh membeli pokok orkid yang turut dijual di sini. Warna vibrant daripada bunga orkid ni pasti akan menaikkan aura rumah!

πŸ“ Alamat⌚ Waktu OperasiπŸ’² Harga Tiket
Alamat: 3/1 Moo 7, Samoeng Rd, Off Route 1096, Just 800m meters from the Route 1096 & Route 107 Intersection, Mae Raem
Waktu Operasi: 7.30 am – 5.00 pm
Bayaran Masuk: 40 Bhat

18. The Long Neck Karen Village

Long Neck Karen Tribe Chiang Mai
Sumber: Emmanuel Correiaβ€Ž

The Long Neck Karen Village adalah sebuah kawasan perkampungan yang unik dimana penduduk wanitanya memiliki leher yang panjang kerana memakai rantai yang berlapis-lapis.

Pengalaman melawat kawasan kampung ini pasti tidak dapat anda sekeluarga lupakan disebabkan keunikannya yang agak luar biasa sehingga terasa macam wartawan majalah National Geographic!

Baca:Β 30 Destinasi Menarik Di Krabi

Untuk pengetahuan anda, suku kaum Karen ni sebenarnya terdiri daripada masyarakat Myanmar (atau Burma) yang datang dari sempadan Thai.

Wanita daripada suku kaum ini memakai gelungan besi bukan sahaja pada bahagian leher mereka, tapi juga pada pergelangan tangan dan betis. Kebiasaannya di bahagian leher, mereka akan memakai sehingga 25 gelang besi!

πŸ“ Alamat
Alamat: Mae Raem, Mae Rim District, Chiang Mai 50180, Thailand

17. Chiang Mai Night Safari

Chiang Mai Night Safari Main Image
Sumber: Chiang Mai Night Safari

Di Thailand ni sangatlah banyak peluang untuk anda mendekati fauna yang ditawarkan di dalam hutan rimbanya, dan salah satunya adalah dengan melawati Chiang Mai Night Safari.

Tanpa perlu menempuhi hutan belantara yang penuh dengan cabaran, anda boleh melihat segalanya di Night Safari ni! Di dalamnya terdapat dalam sekitar 134 spesies haiwan liar seperti gajah, zirafah dan juga zebra!

Anda perlu menaiki tram Safari yang akan membawa anda ke sekitar taman di dalam zon Safari Savannah untuk melihat aktiviti haiwan-haiwan eksotik ini.

Selepas itu, anda boleh meneruskan eksplorasi dengan berjalan kaki melalui Jaguar Trail untuk melihat haiwan-haiwan di sekitar tasik seperti kura-kura, flamingo dan burung emu yang tersorok di sebalik pokok-pokok.

Sebelum pulang, anda dapat menikmati aktiviti best yang ditawarkan di sini seperti Fun Plaza (atau musical fountain) di mana anda boleh melompat atau menari dengan mengikut rentak muzik untuk mengelakkan daripada terkena air serta Laser Light Show.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu OperasiπŸ’² Harga Tiket
Alamat: Hangdong, southwest of Chiang Mai International Airport
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 10.00 pm)
Bayaran Masuk: 50 Baht – 800 Baht

16. San Kamphaeng Hot Springs

San Kamphaeng Hot Springs Chiang Mai
Sumber: Dmitry Baranov

Untuk memberikan kesegaran kepada badan yang dah lenguh-lenguh selepas puas mengintai keindahan yang ditawarkan Chiang Mai, anda sekeluarga boleh menuju ke San Kamphaeng Hot Springs untuk menikmati mandian air panas yang dapat memberikan bermacam manfaat kesihatan.

Di dalam San Kamphaeng Hot Springs ini terdapat dua pancuran air panas yang berketinggian 20 meter! Pada asalnya, air ini memiliki kepanasan sehingga 100 darjah Celsius, tapi habanya berkurang disebabkan oleh tiupan angin. Kepanasan air di San Kamphaeng Hot Springs ini mampu merebus telur!

Sebagai info, San Kamphaeng Hot Springs menawarkan pelbagai fasiliti untuk para pelawat seperti tempat merendamkan kaki, mandian mineral tradisional dan kolam renang mineral.

Anda boleh menikmati mandian di sini sambil merehatkan minda dengan pemandangan indah kawasan gunung-ganang dan taman bunga di sekitar.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Ban Sahakorn sub-district, Mae On district, Chiang Mai
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 6.00 pm)

15. Thapae Gate night market / Sunday Market

Thapae Gate Night Market
Sumber: oatenroute.com

Thapae Gate night market / Sunday Market adalah sebuah pasar yang terletak di tengah-tengah bandaraya lama Chiang Mai. Pasar ini bermula daripada Tha Phae Gate sehinggalah ke Ratchadamnoen Road dengan kepanjangan 1 km.

Di sini anda boleh melihat banyak pilihan barangan kraftangan dan seni yang dihasilkan oleh penduduk utara Thailand. Barangan yang terdapat di sini terdiri daripada pelbagai jenis seperti kayu, seramik, sutera, kertas, fabrik dan banyak lagi.

Pasar ini akan menjadi lebih hidup sebaik tiba waktu malam kerana ketika ini penghibur jalanan seperti pemuzik, penari-penari Thai dan pemain boneka akan memulakan persembahan mereka untuk mengiburkan para pelawat.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Tha Pae to Ratchadamneon Road, Chiang Mai Old City
Waktu Operasi: Ahad (4.00 pm – 12.00 am)

14. Chiang Mai Riverside

Chiang-Mai-Riverside
Sumber: livingnomads.com

Chiang Mai Riverside adalah kawasan di mana anda boleh menyelami sudut klasik Chiang Mai. Di bahagian sebelah kanan sungai ini anda dapat melihat penduduk setempat menangkap ikan dan gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan.

Selepas melalui jambatan yang merentasi sungai ni pula, anda dapat melihat banyak galeri dan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan seperti tekstil, kraftangan, barangan antik dan lain-lain lagi.


13. Bhubing Palace

Bhubing Palace Chiang Mai
Sumber: Tommy Au

Bhubing Palace adalah sebuah istana yang dibina pada tahun 1961 oleh Raja Rama V untuk dijadikan sebagai kediamannya ketika berada di Chiang Mai.

Kawasan di sekitar istana Bhubing ini cukup mendamaikan di mana anda sekeluarga dapat menikmati udara segar dan sejuk berkabus sambil memerhatikan pemandangan pokok-pokok bunga yang menghiasi sepanjang laluan menuju ke istana.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu OperasiπŸ’² Harga Tiket
Alamat: Tambon Suthep, Amphoe Mueang, Chiang Mai,Thailand
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30 am – 4.30 pm) | Jualan Tiket (8.30 am – 3.30 pm) | Januari – Mac Ditutup Sementara Ketika Lawatan Diraja
Bayaran Masuk: 50 Baht

12. Tha Phae Gate

The Phae Gate Chiang Mai
Sumber: Ben Westphalen

Tha Phae Gate merupakan pintu masuk untuk ke kota lama Chiang Mai. Pintu gerbang ini adalah sebahagian daripada tembok yang pernah mengelilingi bandar ini ketika awal pembentukannya. Tujuan ianya didirikan adalah untuk menyekat serangan yang datang daripada Burma. Di samping itu, ia juga melambangkan lautan dan gunung-ganang Thailand.

Pada asalnya, di sekitar bandar lama ini terdapat 8 buah pintu masuk yang menghala ke arah 8 sudut kompas berbeza. Tha Phae Gate merupakan pintu masuk yang menghadap ke arah timur yang membawa simbol kemakmuran Chiang Mai.

Berdasarkan sejarah, pintu ini adalah pintu masuk utama yang menjadi laluan bagi sami, pedagang dan diplomat yang datang ke Chiang Mai.

Untuk pengetahuan anda yang ingin datang melawat, Tha Phae Gate menjadi lokasi bagi pelbagai sambutan di Thailand seperti Festival Bunga Chiang Mai pada bulan Feb, Tahun Baru Songkran Thai pada bulan April dan Festival Loy Krathong pada bulan November.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Thapae Rd, Amphoe Mueang Chiang Mai, Chang Wat Chiang Mai 50300, Thailand
Waktu Operasi: 24 Jam

11. Royal Park Rajapruek

Royal Park Rajapruek Chiang Mai
Sumber: Dudy Around The World

Royal Park Rajapruek pada asalnya dinamakan sebagai Royal Flora Rajapruek. Ia merupakan salah satu destinasi agro-pelancongan di Chiang Mai dan di sini jugalah kajian berkaitan agrikultur dijalankan.

Taman ini terbahagi kepada beberapa zon berbeza seperti zon Thai Tropical Garden yang dikelilingi dengan pelbagai pokok tropika Thai dan juga Zon Taman Raja.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu OperasiπŸ’² Harga Tiket
Alamat: Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50100, Thailand
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa 200 Baht | Kanak-Kanak 150 Baht

10. Hmong Village

Hmong Village Chiang Mai
Sumber: A Touch of Wanderlust

Terletak di atas bukit Doi Suthep, adalah kawasan perkampungan suku Hmong di Thailand. Hmong Tribal Village merupakan sebuah kampung besar yang memiliki banyak taman dengan lanskap yang memukau pandangan mata, muzium dan kedai-kedai cenderamata.

πŸ“ Alamat
Alamat: Doi Suthep-Pui National Park, Chiang Mai

9. Chiang Mai Tribal Museum

Tribal Museum Chiang Mai
Sumber: justgola.com

Chiang Mai Tribal Museum adalah sebuah muzium yang terletak di dalam kawasan King Rama IX Lanna Garden di Chotana Road.

Di dalam muzium ini terdapat pameran berkaitan dengan 9 suku yang tinggal di kawasan bukit seperti Karen (Kariang), Lahu (Musoe), Hmong (Meo), Lisu (Liso), Akha (Iko), Lau,Thin, Mien (Yao) dan Khamu.

Di samping itu terdapat juga pameran tentang masyarakat minoriti Malabri. Muzium ini mempamerkan pelbagai info tentang gaya hidup mereka, kepercayaan dan budaya yang disampaikan melalui banyak objek artistik.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Chotana Road Rd., Chang Phueak, Muang Chiang Mai, Chiang Mai 50000 Thailand
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 4.00 pm)

8. Three Kings Monument

Three Kings Monument Chiang Mai
Sumber: Kung Namwan

Three Kings Monument merupakan monumen yang dibina untuk memperingati kerjasama antara 3 orang raja iaitu Phaya Ngam Meuang dari Phayao, Phaya Mengrai dari Chiang Mai dan Phaya Khun Ramkhamhaeng dari Sukhothai.

Monumen ini juga dianggap sebagai tempat suci bagi masyarakat setempat di mana kebanyakan mereka akan datang untuk meninggalkan pemberian.

πŸ“ Alamat
Alamat: 127/7 Prapokkloa Rd, Tambon Si Phum, Amphoe Mueang Chiang Mai, Chang Wat Chiang Mai 50200, Thailand

7. Chiang Mai City Arts & Cultural Center

Chiang Mai City Arts & Cultural Center
Sumber: Sutichai Jayangkura

Untuk pengetahuan anda, Three Kings Monument terletak betul-betul berhadapan dengan Chiang Mai City Arts & Cultural Center.

Bangunan ini pada asalnya merupakan dewan wilayah yang dibina pada tahun 1924 oleh kerajaan Bangkok yang pada ketika itu membuat keputusan untuk mengawal sepenuhnya kerajaan Lanna.

Tak cukup rasanya kalau melawat bermacam tarikan yang ada di Chiang Mai tanpa cuba mendalami sejarah asal usul daerah ini.

Bagi memenuhkan ilmu di dada tentang Chiang Mai, anda sekeluarga boleh datang ke muzium ini untuk melihat pelbagai koleksi bahan pameran seperti artifak lama, foto, audio visual dan peta yang menunjukkan perkembangan Chiang Mai dari awal penempatan hinggalah ke pembentukan bandar moden. Anda juga boleh melihat replika kecil sebuah kampung tradional.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu OperasiπŸ’² Harga Tiket
Alamat: Prapokklao Road, Old city, Chiang Mai
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8.30 am – 5.00 pm)
Bayaran Masuk: 90 Baht

6. Buak Hard Public Park

Buak Hard Public Park Chiang Mai
Sumber: Lavander Wu

Buak Hard Public Park adalah sebuah taman awamΒ  yang terletak di bahagian barat daya kota lama Chiang Mai. Taman ini adalah sebuah lokasi yang sangat sesuai untuk dilawati sekiranya anda ingin menyegarkan mata dengan pemandangan penuh kehijauan.

Untuk bersantai di sini, anda boleh merehatkan badan di atas rumput-rumput atau kerusi yang disediakan. Kawasan berumput di dalam taman ini mengelilingi beberapa buah tasik yang sejuk dipandang.

Antara kemudahan lain yang terdapat di sini adalah gelanggang bola keranjang, laluan untuk berjalan yang terlindung dari panahan mentari dan kedai-kedai makan serta minuman.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu OperasiπŸ’² Harga Tiket
Alamat: Corner of Bumrung Buri Rd & Arak Rd, Phra Sing, Chiang Mai
Waktu Operasi: 6.00 am – 9.00 pm
Bayaran Masuk: Percuma

5. Chiang Mai National Museum

Chiang Mai National Museum
Sumber: mychiangmaitour.com

Chiang Mai National Museum memberikan anda sekeluarga peluang untuk mendalami budaya masyarakat orang asli Chiang Mai iaitu masyarakat Lanna berdasarkan daripada pameran artifak dan juga karya seni yang ada.

Antara yang terdapat di sini adalah koleksi barangan tembikar purba. Muzium 3 tingkat ini turut menempatkan banyak barangan yang digunakan dalam kehidupan seharian orang Lanna serta foto-foto bersejarah Chiang Mai.

Secara keseluruhannya muzium ini terbahagi kepada 6 bahagian untuk anda selami bermacam aspek berkaitan sejarah Chiang Mai. Jangan risau, setiap pameran di muzium ini lengkap dengan penerangan di dalam bahasa Inggeris.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu OperasiπŸ’² Harga Tiket
Alamat:Β  Chiang Mai-Lampang Super Highway berdekatan Wat Chet Yot, Amphoe Mueang, Chiang Mai 50300
Waktu Operasi: Rabu – Ahad (9.00 am – 4.00 pm)
Bayaran Masuk: 30 Baht

4. Flight of the Gibbon

Flight Of The Gibbon Chiang Mai
Sumber: Flight of the Gibbon

Flight of the Gibbon merupakan nama bagi sebuah tarikan yang menawarkan pelbagai aktiviti lasak seperti zipline, abseiling, melalui skybridge serta jungle trekking yang dapat memberikan kebahagiaan kepada jiwa kembara anda.

Pasti anda tertanya-tanya kenapa tarikan ini diberikan nama Flight of the Gibbon bukan? Tarikan ini diberikan nama β€˜Gibbon’ (kera) disebabkan kehadiran haiwan ini di sekitar kawasan ziplining. Anda dapat melihat kelibat mereka yang banyak memanjat pokok-pokok tinggi.

Baca: Senarai Tarikan Paling Popular Di Pattaya

Waktu yang terbaik untuk melihat fauna yang terdapat di sini adalah seawal pagi yang mungkin memandangkan kera ini agak aktif dan vokal ketika ini.

πŸ“ AlamatπŸ’² Harga Tiket
Alamat: Kuet Chang, Mae Taeng District, Chiang Mai 50150, Thailand
Bayaran Chiang Mai Zipline Experience: 4199 Baht

3. Chiang Mai Zoo Aquarium

Chiang Mai Zoo Aquarium
Sumber: Chiangmai Zoo Aquarium

Tak semua orang berani atau memiliki kemahiran untuk menyelam skuba, tapi ini tidak bermakna anda tidak dapat melihat dengan dekat hidupan yang terdapat di dalam air. Anda sekeluarga dapat melihat pelbagai hidupan berwarna-warni yang wujud di dalam dunia bawah air dengan melawati Chiang Mai Zoo Aquarium.

Zoo Aquarium ini terbahagi kepada 6 zon iaitu Jungle Explorer, Monster Creature, Ocean Explorer, Under the River, Peculiar & Unbelievable dan Under the Ocean.

Selain dapat melihat pelbagai spesies ikan yang jarang dapat dilihat, anda juga boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan iaitu Scuba Explorer, Snorkeling Explorer, Sky ranger (Zip line), Water Bike, memberi makan ikan koi, ikan pari dan lain-lain. Secara keseluruhannya, terdapat 25,000 ikan yang terdiri daripada 250 spesies berbeza di akuarium ini.

πŸ“ Alamat⌚ Waktu OperasiπŸ’² Harga Tiket
Alamat: Chiangmai Zoo Aquarium 100, HuayKaew Road,Sutep Sub-district, Muang City, Chiangmai
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 4.00 pm) | Sabtu, Ahad & Cuti Umum (9.00 am – 4.30 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa 520 Baht | Kanak-Kanak 390 Baht

2. Tube Trek Waterpark Chiang Mai

Tube Trek Waterpark Chiang Mai
Sumber: Tube Trek Water Park Chiang Mai

Sudah penat berjalan ke sana ke mari di Chiang Mai, tiba masa untuk menyegarkan badan dengan berseronok di Tube Trek Waterpark Chiang Mai. Taman tema air ini merupakan yang pertama di Chiang Mai!

Kalau dah lama, sudah semestinya permainan-permaianan yang ditawarkan juga bukan main banyak lagi kan? Memiliki keluasan 50,000 km persegi, waterpark ini terbahagi kepada 4 zon berbeza iaitu Kid’s Pool Phase, Splash Pool Phase, Wave Pool Phase dan Lazy River Phase.

Anda boleh pilih untuk bermain di mana-mana zon sekalipun, kalau ada masa yang banyak, tak salah untuk menikmati keseronokan yang ditawarkan kesemuanya sekali!

πŸ“ Alamat⌚ Waktu OperasiπŸ’² Harga Tiket
Alamat: Bo Sang Rd. Soi 10, Ton Pao, Amphoe San Kamphaeng, Chang Wat Chiang Mai 50130, Thailand
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.30 am – 7.00 pm)
Bayaran Masuk: 850 Baht

1. Doi Inthanon National Park

Doi Inthanon National Park Chiang Mai
Sumber: Beautiful Places

Ingin melawati sebuah destinasi yang dapat memberikan ketenangan jiwa dan minda? Anda boleh menuju ke Doi Inthanon National Park. Doi Inthanon National Park adalah taman negara yang paling popular di Thailand. Kenapa terkenal sangat taman negara ni?

Sebabnya adalah kerana ianya menawarkan sangat banyak tarikan air terjun, puncak-puncak tinggi untuk menikmati pemandangan serta udara yang menyegarkan.

Kalau anda nak tahu, cuaca biasa di dalam taman negara ini adalah dalam sekitar 10 ke 12 darjah Celcius di bahagian yang tinggi.

Taman negara ini memiliki 362 spesis burung yang pernah direkodkan dan ini menjadikan ia taman negara dengan jumlah spesis burung tertinggi di Thailand! Jangan lupa untuk bawa kamera dan teropong anda sekiranya ke sini!

Antara kawasan air terjun yang ada di sini adalah Mae Ya Waterfall yang merupakan salah satu air terjun yang paling mengujakan di negara ini, Mae Klang Waterfall, Wang Khwai Waterfall, Mae Pan Waterfall (lengkap dengan tapak perkhemahan) dan banyak lagi!

πŸ“ Alamat
Alamat: Ban Luang, Chom Thong District, Chang Wat Chiang Mai 50160, Thailand

Sebenarnya terdapat banyak lagi pilihan penginapan yang ditawarkan bandar Chiang Mai selain daripada 6 penginapan yang kami senaraikan ini. Untuk melihat pilihan yang lebih banyak dengan tawaran harga terbaru, anda boleh melayari booking.com.

Berdasarkan senarai tempat menarik di Chiang Mai, banyak tak lokasi yang anda rasa tak sabar-sabar nak teroka sendiri? Atau mungkin anda nak buat semuanya sekali?

Baca:Β 32 Tempat Menarik Di Phuket

Dari peninggalan-peninggalan kuno, suku kaum yang unik, tarikan yang padat dengan haiwan eksotik, sememangnya Chiang Mai adalah sebuah destinasi pelancongan yang mampu membuka mata anda kepada banyak perkara baru dan unik, mustahil untuk ditemui di tempat lain.

Apa yang anda fikir-fikirkan lagi? Book hotel, rancang perjalanan dan gerak ke Chiang Mai secepat mungkin untuk sebuah percutian yang penuh dengan penerokaan mengujakan! Selamat bercuti ke Chiang Mai!