Hanoi tersenarai sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang terbaik di dunia pada kedudukan yang ke-12 berdasarkan review Trip Advisor mengalahkan Tokyo dan Dubai. Memang tidak menghairankan kerana ibu negara Vietnam Utara ini sememangnya sebuah syurga Instagram. Cukup banyak lokasi yang dapat memberikan kepuasan deria mata.

Sebagai negara yang pernah menjadi tanah jajahan Perancis, kesan jajahannya masih kekal sehingga kini, campuran gaya timur dan barat yang klasik dapat dilihat di mana sahaja pandangan dihalakan. Nak tahu apa lagi yang menarik di sini? Teruskan membaca senarai tempat menarik di Hanoi.

42. Halong Bay

Halong Bai Hanoi Image
Sumber: AVS Holidays Pvt. Ltd

Terletak di bahagian utara Vietnam, Halong Bay adalah sebuah teluk yang juga merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Di sekitar teluk ini terdapat taburan pulau-pulau batu kapur kecil yang mencecah sehingga lebih daripada 1600 buah.

Untuk menikmati keindahan pemandangan taburan kepulauan tropika ini anda boleh daripada pelbagai pilihan pakej kapal persiaran yang ditawarkan di Hanoi. Kebanyakan pakej cruise yang ada menawarkan khidmat pick-up dari hotel, pengangkutan pergi balik dan makan tengahari.

Untuk aktiviti ini, jangan lupa untuk membawa sunscreen, baju mandi dan peralatan snorkeling supaya anda dapat terjun ke dalam air dan menikmati keindahan panorama marin yang penuh dengan warna-warni.


41. Heritage House / Memorial House

Heritage House Hanoi Image
Sumber: Heritage House Hanoi

Heritage House ataupun Memorial House adalah sebuah rumah peninggalan dengan aura klasik yang sungguh menyerlah. Terletak di Old Quarter, rumah lama ini adalah salah satu daripada beberapa buah rumah yang telah dibina pada sekitar akhir abad ke-19.

Lawatan ke rumah dengan gaya tradisional Cina ini dapat mendedahkan anda kepada suasana penempatan pedagang tempatan pada masa lalu yang tinggal di Old Quarter. Sepanjang berada di sini juga, anda dapat melihat dua kawasan halaman yang indah.

Sebelum pulang, jangan lupa untuk membeli buah tangan, kerana di sini turut terdapat ruangan jualan barang cenderamata yang terdiri daripada hasil rotan, teaset dan aksesori yang diperbuat daripada perak.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 87 Phố Mã Mây, Hàng Buồm, Hoàn Kiếm, Hà Nội, Vietnam
Waktu Operasi: 8.30 am – 12.00 pm, 1.00 pm – 5.30 pm

40. Hoàn Kiém Lake / Lake of the Restored Sword

Lake of the Restored Sword Hanoi
Sumber: Hanoi Pearl Hotel

Apa lagi cara yang lebih baik daripada memulakan penerokaan di sesebuah destinasi pelancongan dengan melawati tempat yang dapat memberikan anda ketenangan minda dan udara yang segar.

Salah satu lokasinya di Hanoi adalah Hoàn Kiém Lake. Tasik ini cukup indah untuk dilawati terutama sekali pada waktu lewat petang atau malam ketika kawasan ini disirami cahaya lampu.

Hoàn Kiém Lake ataupun Lake of the Restored Sword mendapat namanya daripada sebuah kisah lagenda yang dikatakan pernah terjadi pada suatu ketika dahulu.

Al-kisahnya, pada suatu masa dahulu terdapat seorang maharaja yang sedang menaiki bot di sekitar tasik ini apabila dia tiba-tiba disapa kura-kura emas yang meminta sebilah pedang ajaib.

Selain Hoàn Kiém Lake, tasik ini turut dikenali sebagai tasik Luc Thuy yang bermaksud tasik hijau.

📍 Alamat
Alamat: Hoàn Kiếm Lake, Hàng Trống, Hoàn Kiếm, Hanoi

39. Cafe Pho Co

Cafe Pho Co Hanoi
Sumber: @elodie_london

Kalau melawat Vietnam, tak sah kiranya anda tak melawat mana-mana kafe yang ada di sini untuk mencuba kopi yang terkenalnya iaitu kopi telur. Dengar macam tak sedapkan? Jangan tertipu dengan bunyinya, kerana keenakan kopi ni ibarat menikmati ais krim yang mencair di lidah, rasa yang lemak berkrim.

Salah satu lokasi menarik untuk anda mencuba kopi telur ini adalah di sebuah rooftop cafe iaitu Cafe Pho Co. Di sini, anda dapat menikmati kopi sambil melihat pemandangan tasik yang terhidang di depan mata.

Sambil menunggu kopi tiba, anda boleh menggunakan kemudahan wifi percuma yang disediakan dan menikmati teh jasmin.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 11 Hang Gai (4th floor) | Lalulan Masuk Melalui Kedai Sutera, Hanoi 10000, Vietnam
Waktu Operasi: 8.00 am – 11.00 pm

38. Ho Chi Minh Mausoleum

Ho Chi Minh Mausoleum
Sumber: Taylor Stevens

Ho Chi Minh Mausoleum adalah makam tokoh revolusi Vietnam, Ho Chi Minh yang diberikan penghormatan dan penjagaan yang sangat tinggi oleh warga Vietnam. Untuk ke sini, anda diwajibkan berpakaian dengan sopan dan tidak membawa kamera (tempat menyimpan barangan disediakan).

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Hanoi

Ya, anda tidak dibenarkan sama sekali untuk menangkap gambar semasa berada di kawasan ini dan tidak memasukkan tangan di dalam poket sebagai tanda hormat.

Walaupun banyak peraturan yang perlu diikuti, ianya tetap sebuah tarikan yang sangat popular di Vietnam sehinggakan anda perlu beratur panjang sebelum dapat masuk.

Penantian untuk anda masuk ke dalam kawasan ini terasa cukup berbaloi melihatkan keindahan kawasan sekitarnya yang cukup mendamaikan jiwa. Masuk pun percuma, tak akan nak lepaskan?

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: 2 Hùng Vương, Điện Bàn, Ba Đình, Hà Nội 100000, Vietnam
Waktu Operasi: Selasa – Khamis (7.30 am – 10.30 am) | Sabtu & Ahad (7.30 am – 11.00 am)
Bayaran Masuk: Percuma

37. Vietnam Military History Museum

Vietnam Military History Museum
Sumber: Where ever we go

Untuk para pencinta sejarah, tak sahlah lawatan anda ke Vietnam kalau tidak singgah ke Vietnam Military History Museum. Bahan pameran yang terdapat di sini bukanlah sedikit, tetapi lebih daripada 200,000 kesemuanya! Koleksi yang dipamerkan adalah daripada zaman pra-sejarah hinggalah ke zaman revolusi 1947 dan pembentukan Republik Demokratik Vietnam.

Bukan itu sahaja, bangunan yang menempatkan muzium ini juga boleh dikatakan sebagai salah satu ‘koleksi’ antik muzium ini, dengan reka bentuk indochina yang memukau pandangan mata.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: 28A Dien Bien Phu, Ba Dinh District Hanoi, Vietnam
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 11.30 pm) | Selasa – Khamis, Sabtu & Ahad (2.00 pm – 4.00 pm)
Bayaran: Masuk VND 30,000 | Kamera VND 20,000

36. Lenin Park / Thong Nhat Park

Lenin Park Vietnam
Sumber: Thomas Hon Wing Polin

Terletak di jalan Dien Bien Phu, Lenin Park adalah sebuah taman rekreasi yang menjadi pilihan ramai penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti riadah seperti berbasikal, bermain bola sepak, tai-chi, skateboard, roller skate dan sebagainya.

Walaupun terletak di tengah kota Hanoi, memasuki taman ini dapat mengembalikan udara segar kepada segenap deria tubuh badan sebelum merancang perjalanan seterusnya.

📍 Alamat
Alamat: 28A Điện Biên Phủ, Điện Bàn, Ba Đình, Hà Nội 100000, Vietnam

35. Dong Ho Painting Village Hanoi

Dong Ho Painting Village Hanoi
Sumber: Vietnam photos

Terletak di tepian sungai Duong, Dong Ho Painting Village adalah sebuah perkampungan tradisional yang kerap dilawati para pelancong untuk suasana yang jauh lebih relaks daripada bandaraya Hanoi dan untuk melihat penghasilan dan karya lukisan tradisional Vietnam yang dipanggil Dong Ho, sempena nama kampung ini.

Lukisan-lukisan tradisional Vietnam ini kebiasaannya dihasilkan untuk sambutan tahunan Tet Festival (Tahun Baru Lunar) dengan menggunakan warna-warna yang terang dan penuh warna-warni dengan tema kehidupan seharian, mitos, sejarah, simbol kekayaan, simbol kebahagiaan  dan sebagainya.

📍 Alamat
Alamat: Bac Ninh, Thuan Thanh District, Bac Ninh Province, Vietnam

34. Thang Long Water Puppet Theater

Thang Long Water Puppet Theater
Sumber: Andrew Pielage Photography

Kalau di Malaysia ada wayang kulit, hiburan tradisional kebanggaan Vietnam pula adalah water puppet ataupun boneka airnya. Sekiranya anda ke Hanoi, lokasi terbaik untuk anda menikmati persembahan ini adalah di Thang Long Water Puppet Theater.

Teater ini mempersembahkan lebih daripada 500 pertunjukan setiap tahun. Persembahan boneka air ini berinspirasikan daripada kisah-kisah tempatan berkaitan kehidupan petani, nelayan dan buruh dalam menjalankan aktiviti seharian mereka.

Yang menariknya lagi, pertunjukan ini turut dilengkapi dengan penggunaan teknologi moden seperti muzik dan pencahayaan untuk menjadikan persembahan jauh lebih mengujakan.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: 57B Đinh Tiên Hoàng, Hàng Bạc, Hoàn Kiếm, Hà Nội 100000, Vietnam
Waktu Operasi: Setiap Hari (3.00 pm, 4.10 pm, 5.20 pm, 6.30 pm, 8.00 pm)
Bayaran Masuk: VND 60,000 – 100,000

33. Chùa Trấn Quốc

Chùa Trấn Quốc
Sumber: Nguyen Tan Quoc

Terletak di West Lake, Hanoi, Chùa Trấn Quốc adalah sebuah pagoda atau tokong Buddha yang tertua di daerah ini. Untuk pengetahuan anda, pagoda ini telah dibina pada abad ke-6 ketika zaman pemerintahan Lý Nam Đế (544 – 548), menjadikan pagoda ini telah berusia lebih daripada 1450 tahun! Suka benda-benda klasik? Anda wajib melawat tarikan ni!

Jika dilihat dengan dekat, dapat diamati ukiran motif bunga lotus pada dindingnya. Keindahan seni binanya disempurnakan lagi dengan latar belakang tasik. Waktu yang terbaik untuk ke sini adalah ketika matahari terbenam.

📍 Alamat
Alamat: Thanh Niên, Yên Phụ, Tây Hồ, Hà Nội, Vietnam

32. Ô Quan Chưởng

Ô Quan Chưởng
Sumber: Cửa ô Quan Chưởng / CC By 2.0

Di sebelah utara Hoan Kiem Lake anda dapat melihat The Old Gate atau Ô Quan Chưởng yang dibina pada tahun 1749. Pintu gerbang ini merupakan satu-satunya yang masih berdiri di bandaraya tua ini dengan reka bentuk asalnya.

Peninggalan yang telah berabad ini sesuai untuk dijadikan latar belakang foto anda semasa bercuti di Hanoi. Selain bergambar, anda juga boleh melihat aktiviti dan kerenah orang ramai.

📍 Alamat
Alamat: Utara Hoan Kiem Lake

31. Vietnamese Women’s Museum

Vietnamese Women’s Museum
Sumber: Go VietNam Travel

Seperti namanya, Vietnamese Women’s Museum adalah muzium yang mengangkat martabat wanita di Vietnam. Di sini anda dapat melihat pameran tentang peranan yang telah dimainkan wanita dalam masyarakat, adat, dalam peperangan di Vietnam dan banyak lagi.

Antara bahan pameran yang terdapat di sini adalah koleksi-koleksi poster propaganda, kostum, bakul tradisional, fabrik dengan motif daripada etnik-etnik yang berbeza di Vietnam.

Secara keseluruhannya, terdapat lebih daripada 20,000 koleksi bahan pameran yang telah dikumpulkan dari sekitar 1970-an. Kesemua pameran ini lengkap dengan label dalam bahasa Inggeris.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: 36 P Ly Thuong Kiet
Waktu Operasi: 8.00 am – 5.00 pm
Bayaran Masuk: VND 30,000

30. Old Propaganda Poster

Old Propaganda Poster Shop Hanoi
Sumber: Arief Prasetyo

Terfikir-fikir apa nak dibawa pulang daripada Vietnam sebagai tanda anda pernah ke sini? Salah satu tanda yang terbaik adalah poster lama Vietnam. Anda bukan sahaja dapat membawa pulang sesuatu yang bernilai antik, tapi juga dengan gaya seni tersendiri. Lokasi paling terkenal untuk tujuan ini adalah di Old Propaganda Poster.

Berlokasi di Hang Bac, anda dapat melihat beratus poster original dan juga cetakan di dalam satu kedai yang sama.

📍 Alamat
Alamat: 43A Hang Be, Hoan Kiem District | 100 Ma May, Hoan Kiem, Old Quarter Hanoi, Vietnam, Hanoi 10000, Vietnam

29. Temple of Literature

Temple of Literature Hanoi
Sumber: Footsteps Travel

Temple of Literature telah dibina pada tahun 1070 untuk memperingati ahli falsafah terkenal, Confucius. Dengan pembinaannya di sini, Temple of Literature merupakan universiti yang pertama di Vietnam. Namun begitu, pada awal penubuhannya, universiti ini hanya dibuka untuk golongan kaya dan keluarga diraja. Graduan yang berjaya akan mendapat penghormatan di mana nama mereka akan diukir pada batuan kura-kura.

Selain bangunan universiti ini, sekitar tapak purba ini turut memiliki kawasan tasik yang dipenuhi bunga teratai, laluan pejalan kaki, halaman dan pavilion.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: 58 Quoc Tu Giam, Van Mieu, Dong Da, Hanoi
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8.30 am – 11.30 am &1.30 am – 4.30 pm)
Bayaran Masuk: VND 10,000

28. Imperial Citadel of Thang Long

Imperial Citadel of Thang Long
Sumber: TrepTrekker

Diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2010, Imperial Citadel of Thang Long adalah sebuah kompleks purba yang menjadi simbol kepada Hanoi.

Pada suatu ketika dahulu, di sinilah lokasinya pusat politik Dinasti Li (1010) sehinggalah Dinasti Nguyen. Binaan ini telah melalui kerosakan yang teruk ketika kedatangan pihak Perancis dan pada abad ke-20 pula, banyak struktur bangunan telah dirobohkan.

Kedatangan abad ke-21 telah mengubah nasib kompleks purba ini ketika mana kegiatan ekskavasi secara sistematik mula dilakukan.

Antara penemuan yang berjaya dilakukan adalah tapak-tapak asas istana lama, jalan lama, kolam-kolam dan telaga lama. Selain itu, terdapat juga penemuan lain seperti barangan seramik, duit syiling gangsa dan banyak lagi yang dipercayai datang daripada pelbagai tempat di sekitar Asia.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: 19C Hoàng Diệu, Quán Thánh, Ba Đình, Hà Nội 100000, Vietnam
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8.00 am – 5.00 pm)
Bayaran Masuk: VND 30,000

27. Hanoi Old Quarter

Hanoi Old Quarter
Sumber: Yum Yum Cha

Hanoi Old Quarter adalah sebuah lokasi yang agak padat dengan orang ramai kerana bukan sahaja penuh dengan penduduk setempat, tetapi juga para pelancong. Sekiranya anda ke sini, anda dapat melihat betapa meriahnya kawasan sekitar dengan gerai-gerai jualan.

Sambil melihat kerenah orang ramai dan aktiviti yang ada, anda juga boleh mencuci mata melihat keunikan reka bentuk bangunan di kawasan sekitar. Waktu inilah anda patut mengeluarkan kamera untuk mengabadikan pelbagai keunikan yang dilihat di Hanoi.

Sebuah lokasi yang kelihatan cukup klasik, membuatkan anda terasa seperti hidup di zaman beratus tahun yang lampau. Cara yang terbaik untuk anda menikmati semua ini adalah dengan menaiki cyclo ataupun beca.

📍 Alamat
Alamat: Hanoi Old Quarter

26. Taman Negara Ba Vi

Taman Negara Ba Vi
Sumber: Lewys’ Photography

Selain tarikan peninggalan masa lampau, Hanoi turut memiliki tarikan alam semula jadi taman negara yang cukup kaya dengan flora dan faunanya. Di Taman Negara Ba Vi yang berkeluasan 26,720 ekar ini anda dapat melihat pelbagai spesies tumbuhan, burung dan haiwan-haiwan lain yang hidup dengan bebas.

Setelah puas menikmati pemandangan dan udara segar yang ditawarkan, anda boleh menghilangkan lenguh dengan merendamkan badan di dalam kolam air panas yang ada di sini. Lokasinya, hanyalah 48 km dari Hanoi yang boleh anda sampai dalam masa sekitar 2 jam.

📍 Alamat
Alamat: Ba Vì, Hanoi, Vietnam

25. Hanoi Opera House

Hanoi Opera House
Sumber: Wim De Groof

Lengkap dengan kemudahan teater moden, Hanoi Opera House bukanlah sebuah teater biasa. Teater dengan reka bentuk gah ini telah dibina dengan tema Gothic pada tahun 1911 dengan inspirasi daripada Paris Opera House yang wujud di negara Perancis.

Ingin rasa bagaimana perasaan menjadi golongan aristokrat di zaman dahulukala? Tempah tiket dengan awal sebelum ke sini untuk menonton persembahan yang ada. Kebanyakan persembahan yang diadakan di Hanoi Opera House adalah berdasarkan daripada kisah klasik barat. Tempat duduk?

Tak kisahlah di mana pun tempat yang duduk yang anda pilih di sini, anda dijanjikan pengalaman yang sempurna kerana kedudukan pentasnya yang berketinggian 3 meter, memberikan keselesaan tontonan kepada semua.

📍 Alamat💲 Harga Tiket
Alamat: 1 Trang Tien St, Hanoi, Vietnam
Bayaran Masuk: VND 100.000 – VND 500.000

24. Hanoi’s Train Street

Hanoi's Train Street
Sumber: Explore the world

Unik, tak pernah ada di tempat lain dan agak menggerunkan bagi yang tak biasa, Hanoi’s Train Street adalah sebuah landasan yang terletak di tengah-tengah bangunan kejiranan. Di sesetengah tempat, jarak antara kereta api dan bangunan hanyalah beberapa inci sahaja daripada bersentuhan.

Kereta api dikatakan akan melalui kawasan ini pada sekitar 3 petang dan 7 petang setiap hari. Ketika ia sedang melalui kawasan tersebut, pakaian-pakaian yang disidai penduduk, basikal dan kanak-kanak akan dibawa masuk ke dalam rumah.

Ada yang akan merapatkan badan pada dinding dan menunduk badan di ruangan pintu. Pelik bagaimana mereka boleh menempuhi saat-saat yang sepatutnya dianggap menyeramkan ini setiap hari kan? Pemandangan unik yang wajib anda lihat sewaktu berada di Hanoi.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Di Antara Jalan Le Duan Dan  Jalan Kham Tien Di Hanoi Old Quarter.
Waktu Operasi: Sekitar Pukul 3.00 pm & 7.00 pm

23. Van Phuc Silk Village

Van Phuc Silk Village
Sumber: Tinny Travel

Van Phuc Silk Village adalah sebuah kawasan kampung yang aktif dengan aktiviti jualan dan penghasilan pakaian suteranya. Telah wujud sejak lebih daripada seabad yang lalu, kampung ini kini bukan sahaja menghasilkan sutera untuk dijual di Hanoi tetapi juga dieksport sehingga ke seluruh pelusuk dunia.

Antara hasil sutera yang boleh dibeli di sini adalah baju, dress, tie termasuklah kraftangan dan cenderamata lain.

📍 Alamat
Alamat: Di Nhue River, 10 km Barat Daya Dari Hanoi Old Quarter, Hanoi, Vietnam

22. Dong Xuan Market

Dong Xuan Market
Sumber: Đinh Mạnh Hà

Dong Xuan Market adalah sebuah pasar tertutup yang terletak di dalam bangunan 4 tingkat dengan barangan jualan yang pelbagai. Salah satu daripada barangan jualan yang terdapat di sini adalah cenderamata yang dijual dalam harga yang cukup murah, tapi jangan lupa nego habis-habisan dulu.

Telah ditubuhkan sejak tahun 1889, bangunan dengan gaya seni bina Soviet ini juga adalah pasar tertutup yang terbesar di Hanoi. Antara barangan lain yang diniagakan di sini adalah hasil segar, aksesori, pakaian, barangan elektronik dan perkakasan rumah.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Dong Xuan Street, Hoan Kiem District, Hanoi
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00 am – 7.00 pm)

21. Hanoi Zoo

Hanoi Zoo
Sumber: Hanoi Zoo

Hanoi Zoo atau nama asalnya Bachthao Gardens, adalah sebuah zoo yang menempatkan sekitar 800 ekor haiwan yang terdiri daripada 80 spesies berbeza.

Setelah melihat dengan lebih dekat pelbagai haiwan yang terdapat di sini, anda boleh mengambil udara segar sambil menaiki bot pedal di kawasan tasik yang terdapat di dalam taman zoo. Sebelum pulang, jangan lupa untuk singgah ke kedai cenderamata.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Ngọc Khánh, Ba Đình, Hanoi 100000, Vietnam
Waktu Operasi: 8.00 am – 10.00 pm

20. Quang Ba Flower Market

Quang Ba Flower Market
Sumber: Asia Senses Travel

Terletak di Tay Ho (West Lake) dan hanyalah berjarak 7 km atau 25 minit pemanduan daripada utara Old Quarter adalah Quang Ba Flower Market yang meriah dengan jualan bunga-bungaan segar.

Semasa melalui kawasan meletak kereta pasar ini, anda dapat melihat banyak lori sibuk menurunkan bunga-bunga yang segar dengan motorsikal-motorsikal di sepanjang koridor mengangkut dan menurunkan bunga. Antara bungaan yang dapat dilihat di sini adalah bunga matahari, bunga lili, orkid, ros dan banyak lagi.

📍 Alamat
Alamat: Âu Cơ, Nhật Tân, Tây Hồ, Hà Nội, Vietnam

19. Hoa Lo Prison

Hoa Lo Prison
Sumber: Tham Nguyen

Terletak di tengah-tengah kota Hanoi, Hoa Lo Prison adalah sebuah penjara yang dikatakan paling kejam di Vietnam dengan pelbagai peralatan hukuman yang dianggap moden pada ketika ianya digunakan.

Penjara ini pada awalnya digunakan oleh penjajah Perancis untuk banduan politik dan kemudiannya oleh Vietnam Utara untuk banduan perang US ketika perang Vietnam. Hoa Lo Prison turut dikenali sebagai Hanoi Hilton oleh banduan perang Amerika.

Kawasan penjara telah dimusnahkan sekitar tahun 1990-an, namun rumah gerbangnya masih dikekalkan yang kini dijadikan muzium. Kebanyakan bahan pameran yang ada adalah berkaitan dengan penggunaan penjara sehingga pertengahan tahun 1950-an.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: 1 Hoả Lò, Trần Hưng Đạo, Hoàn Kiếm, Hà Nội
Waktu Operasi: 8.00 am – 5.00 pm
Bayaran Masuk: Dewasa VND 30,000 | Kanak-Kanak Percuma

18. One Pillar Pagoda

One Pillar Pagoda Hanoi
Sumber: Sein Lann Myanmar Travels & Tours Co.,Ltd

Dibina antara tahun 1028 dan 1054 ketika di bawah pemerintahan Maharaja Ly Thai Tong, One Pillar Pagoda adalah sebuah tokong yang didirikan di tengah-tengah kolam teratai.

One Pillar Pagoda dikatakan dibina sedemikian untuk menampakkannya seperti teratai yang tumbuh daripada air dan menjadi simbol kepada pencerahan agama Buddha.

Pagoda ini juga sering dijadikan simbol penting Hanoi dan kekal sebagai salah satu lokasi terindah di daerah ini.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Chùa Một Cột, Đội Cấn, Ba Đình, Hà Nội 100000, Vietnam
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 5.00 pm)
Bayaran Masuk: Percuma

17. Vietnam Museum of Ethnology

Vietnam Museum of Ethnology
Sumber: Joel Medalle

Vietnam Museum of Ethnology adalah salah satu daripada pecahan Vietnam Academy of Sosial Sciences. Muzium ini digunakan sebagai pusat kajian serta muzium yang dibuka kepada orang ramai untuk melihat pameran / info berkaitan kesemua 54 etnik berbeza di Vietnam.

Koleksi yang dipamerkan di muzium ini terdiri daripada pakaian, barangan kemas, dan pelbagai barangan yang berkaitan dengan perkahwinan, pengkebumian, termasuklah barangan kegunaan harian seperti bakul dan pisau.

Di bahagian luar muzium ini terdapat taman-taman indah yang menempatkan replika saiz sebenar rumah-rumah yang berbeza di Vietnam.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Nguyễn Văn Huyên, Quan Hoa, Cầu Giấy, Hà Nội 100000, Vietnam
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8.30 am – 5.30 pm)
Bayaran Masuk: VND 40.000

16. Vietnam Museum of Revolution

Vietnam Museum of Revolution
Sumber: Rungbachduong

Sekiranya anda melalui jalan Tran Quang Khai atau Tong Dan, berkemungkinan besar perjalanan anda akan terhenti seketika sewaktu melihat bangunan Vietnam Museum of Revolution yang memiliki reka bentuk Perancis.

Dibina pada tahun 1917 oleh penjajah Perancis, muzium ini kini digunakan untuk mempamerkan pelbagai artifak, dokumentari dan banyak lagi yang berkaitan dengan perjuagan di Vietnam.

Pameran di muzium ini terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu dari 1858 – 1945 (jajahan Perancis), 1945 – 1975 (ketika perang Vietnam) dan 1975 – sekarang (selepas peperangan). Secara keseluruhannya, terdapat lebih daripada 40,000 bahan pameran di sini.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: 216 Đường Trần Quang Khải, Tràng Tiền, Hoàn Kiếm, Hà Nội 110000, Vietnam
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (8.00 am – 11.45 & 1.30 pm – 4.15 pm)
Bayaran Masuk: VND 15,000

15. Long Bien Bridge

Long Bien Bridge
Sumber: Giang Minh Đức

Dibina pada tahun 1899 – 1902 oleh arkitek daripada Paris, Daydé & Pillé, Long Bien Bridge adalah sebuah jambatan yang berkepanjangan 1.68 km menjadikan ianya salah satu daripada jambatan yang terpanjang di Asia pada ketika itu.

Nama lain jambatan ini sebelum kemerdekaan Vietnam pada tahun 1954 adalah Paul-Doumer Bridge. Seramai 3,000 orang Vietnam telah terlibat dalam pembinaannya.

Dengan usia yang telah pun melebihi 100 tahun, Long Bien Bridge telah melalui banyak peristiwa pahit kerana telah menjadi lokasi serangan udara tentera Amerika pada tahun 1967 dan 1972.

Kini, jambatan ini bukan sahaja menjadi penghubung Hoan Kiem dan Long Bien di Hanoi, ianya turut menjadi tempat jualan barangan basah pada waktu tengahari dan lokasi bergambar terutamanya ketika matahari terbenam atau terbit.

📍 Alamat
Alamat: Tran Nhat Duat Street, Hanoi, Vietnam

14. Fine Arts Museum

Fine Arts Museum Hanoi
Sumber: Somsak Chaituch

Bagi pencinta seni dan untuk anda yang ingin menyelami dengan lebih mendalam tentang Vietnam, sejarah dan budayanya, banyak yang dapat anda fahami setelah melawati Fine Arts Museum.

Di dalam bangunan yang didirikan oleh Perancis pada sekitar 1930-an ini terdapat pelbagai koleksi seni daripada seni kontemporari Vietnam hinggalah klasik. Secara keseluruhannya, terdapat dalam sekitar 3,000 hasil seni yang dipamerkan di sini.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: 66 Phố Nguyễn Thái Học, Điện Bàn, Ba Đình, Hà Nội, Vietnam
Waktu Operasi: 8.30 am – 5.00 pm
Bayaran Masuk: Dewasa 40,000 | Kanak-Kanak 20,000

13. Truc Bạch Lake

Truc Bạch Lake
Sumber: Saepul Hidayat

Ingin lari dari kesibukan di Old Quarter Hanoi? Truc Bạch Lake adalah salah sebuah lokasi terbaik untuk memberikan anda ketenangan yang dicari. Kawasan tasik ini penuh dengan privasi dikelilingi oleh pokok yang dapat menyalurkan oksigen yang menyegarkan.

Tasik ini juga tidak ubah seperti Old Quarter Hanoi sebagai salah satu kawasan yang tertua dan penuh sejarah di kota ini. Namun bezanya, ianya jauh lebih tenang dan tidak terlalu sibuk dengan para pelancong.

Di sinilah lokasinya kalau anda tidak mahu berlanggar bahu dengan ramai orang dan ingin menikmati percutian yang lebih santai. Lokasinya pun sangat strategik kerana hanyalah 3.5 km dari Old Quarter.

📍 Alamat
Alamat: Trúc Bạch Lake, Ba Đình, Hanoi, Vietnam

12. Royal City Vincom Mega Mall

vincom mega mall hanoi
Sumber: Louis Hall

Dah puas berjalan di bawah sinaran matahari di sekitar Hanoi, tenangkan kulit anda di bawah kesejukan aircond sambil bershopping di pusat membeli-belah moden yang terkenal di Vietnam, Vincom Mega Mall.

Tak rasa nak bershopping? Anda boleh juga menonton movie terbaru di pawagam yang terdapat di sini. Untuk berseronok pula, di Vincom Mega Mall turut menawarkan taman tema air untuk dinikmati bersama keluarga.

📍 Alamat
Alamat: Ngách 190/7, Vietnam

11. Ho Tay Water Park

Ho Tay Water Park
Sumber: azlocaltrip.com

Tak puas dengan waterpark yang ada di Vincom Mega Mall? Anda boleh menuju ke waterpark sebenar yang meriah dengan orang ramai di Ho Tay Water Park. Di sini terdapat 10 buah tarikan air yang berbeza untuk dicuba. Dari kolam renang, aneka gelongsor dan lazy river, segala keseronokan air terdapat di sini.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 614 Lạc Long Quân, Nhật Tân, Tây Hồ, Hànội
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (9.00 am – 9.00 pm)

10. West Lake

West Lake District Hanoi
Sumber: TripADeal

Terletak di tengah bandaraya Hanoi, West Lake merupakan destinasi pilihan ramai pelancong kerana di sinilah terletaknya banyak kawasan taman, tempat berekreasi dan hotel.

Berkepanjangan 17 km, West Lake adalah tasik air tawar yang terbesar di sebelah barat laut Hanoi. Antara tarikan lain Hanoi yang terletak di West Lake adalah Trấn Quốc Pagoda dan Quán Thánh Temple.

📍 Alamat
Alamat: West Lake, Tây Hồ, Hanoi, Vietnam

9. Museum of Vietnamese History

Museum of Vietnamese History
Sumber: Peter Elbert Go

Museum of Vietnamese History atau nama asalnya  Musée Blanchard de la Brosse telah dibina pada tahun 1926 oleh Auguste Delaval.

Pada awalnya, muzium ini mengumpulkan dan mempamerkan pelbagai koleksi seni purba dari pelbagai negara di benua Asia, namun setelah muzium ini dibesarkan, ia mula mengumpulkan sekitar 30,000 koleksi artifak daripada awal pembentukan Vietnam hinggalah sekarang.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: 1 Tràng Tiền, Phan Chu Trinh, Hoàn Kiếm, Hà Nội, Vietnam
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am -11.30 am & 1.30 pm – 4.30 pm)
Bayaran Masuk: VND 15,000

8. Lotte Observation Deck Hanoi

Lotte Observation Deck Hanoi
Sumber: Quang Nguyen

Ingin menikmati pemandangan tanpa batasan di Hanoi? Anda boleh menjadikan Lotte Observation Deck Hanoi sebagai salah satu lokasi untuk dilawati semasa di sini.

Dari dek pemerhatian ni, anda dapat melihat pemandangan yang disajikan daripada tingkat 65 Lotte Center. Dek ini terbahagi kepada  4 seksyen iaitu: Attraction Zone, Welcome Zone, Experience Zone dan Romantic Zone.

Harganya juga cukup berpatutan, terutama sekali kalau anda datang pada waktu-waktu tertentu yang menawarkan harga murah sehingga separuh daripada harga biasa contohnya adalah dari seawal pagi 9.00 am ke 10.00 am.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 54 Liễu Giai, Cống Vị, Ba Đình, Hànội
Waktu Operasi: 8.30 am – 11.00 pm

7. Hang Da Market

Hang Da Market
Sumber: VietPlus Travel

Hang Da Market adalah sebuah lagi pasar tertutup di Hanoi. Terletak di dalam bangunan 3 tingkat, pasar ini lebih kecil daripada Dong Xuan Market.

Sebaik masuk ke dalam bangunan pasar ini, anda dapat melihat jualan pelbagai barangan mentah terdiri daripada sayuran dan daging. Di tingkat 2 pula terdapat banyak koleksi pakaian, fabrik, seramik dan hasil tembikar.

Untuk menambahkan keseronokan bershopping, anda digalakkan tawar-menawar sehingga 50% daripada harga asal yang ditawarkan. Tak dapat betul-betul separuh harga pun anda dah dapat harga yang kurang daripada yang sepatutnya.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 1 Hang Da Street, Hoan Kiem District, Hanoi
Waktu Operasi: Setiap Hari (5.00 am – 5.00 pm)

6. Thinh Long Beach

Thinh Long Beach hanoi
Sumber: vietnamtravelblog.info

Thinh Long Beach adalah sebuah pantai indah yang berkepanjangan 3 km dengan pasir putih. Udara yang bertiupan di sini juga agak sejuk. Anda juga boleh menaiki sampan untuk menerokai lautannya yang turut memiliki pulau-pulau batuan.

Di setiap penghujung pantai ini pula terdapat perkampungan nelayan di mana anda boleh melihat aktiviti seharian mereka. Perut lapar? Di sinilah anda boleh mendapatkan hasil laut yang segar!

📍 Alamat
Alamat: 73 Quán Sứ, Trần Hưng Đạo, Hoàn Kiếm, Hà Nội, Vietnam

5. Presidential Palace

Presidential Palace Hanoi
Sumber: Mian Muhammad Hassan Ali

Ditubuhkan pada tahun 1900 oleh seorang arkitek Perancis, Auguste Henri VIldieu, Presidential Palace pada asalnya telah dibina dengan tujuan untuk dijadikan sebagai tempat kediaman rasmi Ho Chi Minh, pemimpin Vietnam yang sangat dihormati.

Namun, beliau menolak dan memilih untuk tinggal di rumah terapung Vietnam atas sebab simbolik.

Bangunan 3 tingkat berwarna kuning ini memiliki 30 buah bilik, lengkap dengan taman yang indah dan kolam. Kini, bangunan ini masih digunakan sebagai lokasi pertemuan politik. Pelawat pula boleh melihat kawasan sekitar taman.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: 2 Hung Vuong, Ngoc Ha, Ba Dinh District, Hanoi
Waktu Operasi: Selasa – Khamis (8.00 am – 11.30 pm) | Sabtu & Ahad (2.00 pm – 4.00 pm)
Bayaran Masuk: VND 25,000

4. Ionah Show Hanoi

Ionah Show Hanoi
Sumber: Ionah Show

Pernah dengar tentang petunjukan sarkas Cirque du Soleil? Ionah Show Hanoi tidak ubah seperti pertunjukan ini. Persembahan yang disajikan menggabungkan segala teknik yang mampu membuat sesiapa sahaja terpesona.

Dari tarian moden dan tradisional, muzik, visual, efek pencahayaan dan 3D mapping segalanya digabungkan dalam persembahan yang dijalankan selama 90 minit. Kesannya? Akan kekal menjadi memori penuh magikal anda sekeluarga.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi💲 Harga Tiket
Alamat: Tháp Rùa, Hàng Trống, Hoàn Kiếm, Hanoi, Vietnam
Waktu Operasi: Selasa, Khamis & Sabtu 8.00 pm – 9.30 pm
Bayaran Masuk: Kelas Kedua VND 750,000 | Kelas Pertama VND 950,000

3. Bat Trang Ceramic Village

Bat Trang Ceramic Village Hanoi
Sumber: Tourist Love Vietnam

Kewujudannya sudah berabad lama iaitu sejak abad ke-14 lagi, Bat Trang Ceramic Village adalah sebuah perkampungan yang terkenal dengan penghasilan barangan seramik yang kreatif dengan ciri kesenian tersendiri.

Anda bukan sahaja dapat membeli antara hasil seramik buatan tangan terbaik di Vietnam, tapi juga dapat melihat cara bagaimana ianya dihasilkan di depan mata. Lokasinya, hanyalah 13 km dari tenggara Hanoi.

📍 Alamat
Alamat: Bat Trang Commune, Gia Lam District, Hanoi,Vietnam

2. Sa Pa

Sa Pa Vietnam
Sumber: Cemara Chen

Ada lebih banyak masa semasa bercuti di Vietnam? Apa kata sekiranya anda melanjutkan perjalanan sehingga ke kawasan penanaman padi yang besar dan indah di Vietnam di Sa Pa.

Lokasinya tidaklah dekat dengan Hanoi, tapi ianya boleh dipertimbangkan alang-alang dah sampai ke Vietnam. Walaupun jauh dari Hanoi, perjalanan anda ke sini terasa cukup berbaloi sebaik melihat kehijauan sekitar dan kesegaran udaranya yang tidak dapat dinikmati di tempat lain.

Sambil menikmati pemandangan, anda juga dapat melihat kehidupan pelbagai etnik berbeza yang terdapat di sini iaitu etnik Hmong, Dao, Tay, Giay dan Xa Pho.

Di samping kawasan sawah padi, anda juga boleh melawat gunung tertinggi di Vietnam, Fan Si Pan, yang terletak tidak jauh dari sini. Tarikan lain adalah Cat Cat Village, Ta Phin Village dan juga kawasan gua. Nak berubah angin daripada kota ke tarikan alam semula jadi? Sa Pa adalah jawapannya.

📍 Alamat
Alamat: Sa Pa, Lao Cai, Vietnam

1. Ha Long Bay

Ha Long Bay Vietnam
Sumber: Visit Vietnam

Selain Sa Pa, tarikan indah yang pasti dapat membuatkan jiwa travel anda bergetar semasa di Vietnam adalah Ha Long Bay yang terletak 170 km dari Hanoi. Anda boleh sampai ke sini dengan menaiki bas daripada Hanoi. Kalau ada bajet lebih, anda boleh menaiki helikopter dengan masa perjalanan hanya 1 jam.

Walaupun perlu menempuhi perjalanan yang jauh untuk ke Ha Long Bay, anda akan teruja melihat keindahannya yang tidak ubah seperti di dalam lukisan. Untuk pengetahuan anda, di sekitar teluk ini terdapat sejumlah 1,600 buah pulau batu kapur.

📍 Alamat
Alamat: Hạ Long Bay, Thành phố Hạ Long, Quảng Ninh, Vietnam

Apa yang tiada di Hanoi? Bermacam tarikan yang unik terdapat di sini, ada yang dapat membawa anda menjangkau ke masa lalu dengan seni bina purbakalanya, ada juga yang dapat memberikan kedamaian jiwa kerana pemandangan yang indah tak terkata, dan ada juga tarikan yang memberi keseronokan tak terhingga sehingga dibawa ke mimpi.

Baca: 31 Destinasi Menarik Di Ho Chi Minh City

Hanoi adalah sebuah destinasi yang wajib anda  terokai walau sekali dalam seumur hidup. Tunggu apa lagi? Tempah tiket flight sekarang! Lokasi best sudah pun terbongkar, hanya tinggal untuk dijejaki! Tapi sebelum tu, jangan lupa untuk booking penginapan dulu, untuk mendapatkan tawaran harga yang terbaik, anda boleh melayari booking.com. Selamat bercuti ke Hanoi!