Jika dilihat di peta dunia, cukup berbeza saiz negara Malaysia dengan Indonesia, keluasannya meliputi sehingga 17,000 buah pulau! Cukup luas, tidak mungkin dapat habis melawat segalanya walau dalam masa setahun.

Disebabkan begitu banyak destinasi menarik yang ditawarkan, Maisinggah telah menyenaraikan antara destinasi yang terbaik untuk dilawati di beberapa daerah terkenal di Indonesia. Nak tahu di mana? Teruskan membaca senarai tempat menarik di Indonesia ini.

Jakarta

Tiada tempat lain yang lebih happening daripada Jakarta di dalam negara seluas Indonesia ini. Sebagai ibu negara, daerah ini tidak pernah henti sibuk dan sunyi daripada sebarang aktiviti. Boring? Itu bukannya Jakarta. Di sinilah berpusatnya banyak tarikan bertaraf dunia dan tempat membeli-belah yang menarik.

Disebalik bangunan-bangunan moden yang terdapat di bandar ini juga jangan terkejut sekiranya anda terjumpa kawasanyang ibarat langsung tidak terkesan dengan perubahan masa buat berdekad lamanya.

40. TMII – Taman Mini Indonesia Indah

Taman Mini Indonesia Indah (TMII) adalah sebuah tarikan bertemakan budaya yang berkeluasan sekitar 150 hektar.

Cukup luas, kerana di sinilah berpusatnya budaya daripada pelbagai suku yang wujud di keseluruhan 33 wilayah yang terdapat di Indonesia (pada tahun 1975). Taman mini ini terbahagi kepada 6zon berbeza iaitu Papua, Maluku, Nusa Tenggara, Bali, Sulawesi, Kalimantan, Jawa dan Sumatera.

Di dalam zon-zon ini terdapat struktur bangunan yang menunjukkan reka bentuk tradisional suku-suku di negara ini. Dan di dalam bangunan ini dipamerkan sejarah, hasil seni dan tradisi mereka.Selain ini semua, tarikan lain adalah kawasan rekreasi, taman flora dan fauna, muzium-muzium, tempat pertunjukan teater, teater Imax dan kemudahan yang lain.

Alamat: JL. Raya Taman Mini, Jakarta Timur, DKI Jakarta

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 5.00 pm)

Bayaran Masuk: Pintu Masuk  Rp. 10.000 | Bayaran Berbeza Untuk Pelbagai Tarikan Lain


39. Dufan

Taman Dufan Indonesia

Dufan ini sebenarnya adalah ‘nama manja’ bagi ‘Dunia Fantasi.’ Memang macam apa yang dikatakan, Dufan adalah tarikan yang dapat membuat anda terlupakan dunia sebenar. Bukan sedikit tarikan yang ditawarkannya, tak cukup sehari untuk mencuba segalanya!

Terdapat lebih daripada 40 permainan untuk dicuba dan keseronokan yang menanti. Untuk pengetahuan anda, taman tema ini terbahagi kepada 8 bahagian iaitu Jakarta, Indonesia, Asia, Afrika, Amerika, Eropah, and Fantasi Hikayat.

Tarikan lain yang terdapat di sini adalah Atlantis Water Adventure, Ocean Dream Samudra, Sea World Ancol, padang golf, kemudahan untuk pelbagai permainan lain (salah satunya adalah Bowling), 4 buah pantai indah dan banyak lagi!

Alamat: Jalan Lodan Timur No.7 RW.10, RW.10, Kota Tua, Ancol, Pademangan, Kota Jkt Utara, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 14430, Indonesia

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 6.00 pm) | Sabtu & Ahad (10.00 am – 8.00 pm)

Bayaran Masuk: Pintu Masuk Rp. 25.000 | Jumlah Bayaran Semua Tarikan Rp. 290.000


38. Menteng

Salah satu perkara yang wajib dibuat sekiranya bercuti ke Jakarta adalah bershopping. Bukan sekadar bershopping mewah di pusat membeli-belah, tapi, juga mencuci mata melihat jualan barangan antik di pasar karat yang terletak di Jalan Surabaya.

Bukanlah pasar biasa, sebab pasar karat ini pernah dilawati oleh orang-orang yang terkenal seperti Mick Jagger, Bill Clinton (bekas presiden United States) dan Sharon Stone. Kalau orang yang terkenal pun sanggup meluangkan masa untuk ke sini, kenapa tidak anda?

Alamat: Jl. Surabaya No.12, RT.15/RW.5, Menteng, Kota Jakarta Pusat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 10310, Indonesia

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)


37. Monas Tower

Monumen kebangsaan, Monas Tower / Menara Monas adalah sebuah menara yang berketinggian 433 kaki ataupun 132 meter yang terletak di tengah-tengah Dataran Merdeka, Jakarta Tengah. Struktur ini telah dibina sebagai simbol perjuangan Indonesia untuk mencapai kemerdekaan.

Di dalam menara yang dibina pada tahun 1961 ini terdapat Muzium Sejarah Kebangsaan yang mempamerkan lebih daripada 50 jenis diorama.

Antara pameran yang dapat dilihat di sini adalah diorama keadaan Indonesia ketika zaman prasejarah, pembinaan Borobudur, era Majapahat dan Srivijaya, diikuti dengan zaman kedatangan penjajah Eropah, Jepun sehinggalah revolusi Indonesia. Muzium yang wajib dilawati sekiranya anda ingin lebih mendalami ‘aura sebenar’ Indonesia.

Alamat: Jl.Medan Merdeka, Central Jakarta, Indonesia.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 3.00 pm) | Ditutup Pada Setiap Hari Isnin Terakhir Setiap Bulan


Bandung

Terletak di antara 3 buah gunung, Bandung terkenal dengan cuaca indah yang menyegarkan jiwa sehinggakan ianya diberi gelaran sebagai Paris van Java. Jika anda inginkan percutian seolah-olah berada di Eropah sewaktu di Indonesia, bercutilah ke Bandung.

Pemandangan yangindah, tempat-tempat makan yang menarik dan tempat bershopping yang tidak berpenghujung menanti anda di sini.

36. Kampung Daun

Apa tempat makan yang wajib dicuba di Indonesia? Tanpa perlu berfikir panjang, jawapannya adalah Kampung Daun.Di sini, anda bukan sekadar dapat menikmati pelbagai jenis makanan enak dalam harga yang berpatutan, tapi semua ini dapat dinikmati sambil melihat pemandangan alam semula jadi di sekitar yang penuh kehijauan serta air terjun dan sungai yang sungguh menyegarkan jiwa.

Alamat: Perumahan Villa Triniti Blok RR1 Jl. Sersan Bajuri No.88 Km.4,7, Cihideung, Parongpong, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40154, Indonesia

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Sabtu (10.00 am – 10.00 pm) | Sabtu (10.00 am – 11.00 pm)


35. Kawah Putih

Ingin tahu bagaimana rasanya bila jatuh cinta? Lawatilah Kawah Putih. Tarikan yang terletak dalam 2 jam perjalanan daripada bandar Bandung ini menawarkan pemandangan yang sangat luar biasa. Terletak di kawasan tanah tinggi, Kawah Putih merupakan tasik sulfur yang terhasil daripada letusan volkano Gunung Patuha.

Betapa indahnya pemandangan di sini sehinggakan ianya sering dijadikan latar belakang untuk filem-filem, lukisan dan fotografi pre-wedding. Kalau anda peminat filem Indonesia, filem ‘Heart’  lakonan Irwanshah dan Acha Septriasa pernah menjadikan Kawah Putih sebagai salah satu lokasi pergambaran.

Alamat: Kawah Putih, Sugihmukti, Pasirjambu, Bandung, Jawa Barat

Waktu Operasi: 7.00 am – 5.00 pm

Bayaran Masuk: Rp.50.000


34. Tangkuban Perahu

Tangkuban Perahu terletak hanyalah 1.5 jam daripada Bandung. Tarikan ini juga merupakan salah satu daripada kesan letusan gunung berapi yang pernah berlaku pada ketika dahulu.

Gunung yang berketinggian 2,084 meter daripada paras laut ini memiliki udara yang sangat sejuk mencecah 17 darjah celcius pada waktu siang dan 2 darjah celcius pada waktu malam. Sambil menghirup udara segar di atas gunung ini, anda juga dapat menyejukkan mata melihat pemandangan di sekitar yang begitu mempesonakan.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah melawati tiga buah kawah yang terdapat di gunung ini iaitu Kawah Ratu, Kawah Upas dan Kawah Domas.

Alamat: Cikahuripan, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat.

Waktu Operasi: 8.00 am – 5.00 pm

Bayaran Masuk: Rp 50.000


33. The Lodge Maribaya

Begitu banyak tarikan indah yang terdapat di Bandung bukan? Tak cukup dengan kedai makan yang menyatukan anda dengan alam semula jadi di Kampung Daun, dan udara segar di Tangkuban Perahu, tarikan The Lodge Maribaya bukan sekadar tempat untuk mencuci mata dan menghirup udara segar.

Di dalam alam hijau lodge ini anda turut dapat menggunakan perkhidmatan jurugambar profesional untuk menangkap gambar anda di sebalik latar belakang yang cukup epik! Antaranya adalah gambar anda menaiki belon udara, menaiki zip bike, sky wing dah banyak lagi!

Alamat: Jalan Maribaya No.149/252, Kp Babakan, Gentong, Cibodas, Lembang

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)

Bayaran Masuk: 

  • Isnin – Jumaat Rp 20.000
  • Sabtu – Ahad Rp 25.000
  • Cuti Umum Rp 35.000
  • Bayaran Berbeza Untuk Setiap Tarikan (Bermula Daripada Rp 15.000)

Bali

Terkenal di seantero dunia, Bali adalah destinasi percutian yang wajib dilawati walau sekali dalam seumur hidup.

Padat dengan tarikan alam semula jadi yang mustahil dapat dilupakan keindahannya, daerah ini juga menyimpan banyak tapak-tapak bersejarah yang telah wujud berabad lamanya. Setiap pelusuk Bali tidak akan mengecewakan jiwa kembara anda sekeluarga!

32. Puncak Danau Buyan Wanagiri

Sumber: Nuri Berbudi

Konsep yang tidak ubah seperti di TheLodge Maribaya, di Puncak Danau Buyan Wanagiri juga anda boleh mengambil gambar yang menarik dengan latar belakang alam semula jadi.

Kedudukannya hanyalah beberapa minit daripada Bedugul. Anda boleh menyewa skuter pada kadar sekitar Rp.50.000 sehari ataupun pemandu peribadi dalam sekitar Rp.500.000 sehari.

Di Puncak Danau Buyan Wanagiri ini terdapat 6 lokasi dengan tarikan berbeza untuk anda berhenti dan menikmati pemandangan serta bergambar. Ada spot yang lengkap dengan buaian yang kelihatan seperti sarang burung, tempat pemerhatian daripada buluh dan macam-macam lagi.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Jl. Raya Wanagiri, Pancasari, Sukasada, Kabupaten Buleleng, Bali 81161, Indonesia[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk: Rp 20.000 – 40.000[/su_tab][/su_tabs]


31. Waterbom Bali

Sumber: WATERBOM BALI

Terletak di tengah-tengah Kuta, Waterbom Bali menawarkan keseronokan yang tidak berpenghujung kepada para pelawat. Nak cuba sesuatu yang mendebarkan? Boleh menaiki ride yang berkelajuan 70 km / hour yangdipanggil Climax.

Tapi sekiranya anda ingin keseronokan yang lebih santai, boleh berchill di atas pelampung di Lazy River. Nak tahu apa lagi yang ada disini? Mai singgah!

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Jl. Kartika Plaza Tuban, Kuta – Bali 80361 Indonesia[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk:  Rp. 327.000[/su_tab][/su_tabs]


30. Bali Safari and Marine Park

Sumber: Bali Safari Park

Aktiviti apa lagi yang akan membuat kananak-anak excited selain daripada taman tema? Di mana lagi kalau bukan tempat terkumpulnya banyak haiwan, Bali Safari and Marine Park!

Memang rugi sekiranya anda melepaskan peluang untuk melawati taman ini kerana di safari ini turut terdapat spesies-spesies haiwan yang terancam seperti Naga Komodo, Orang Utan dan burung Jalak Bali.

Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 80 spesies dan sekitar 400 spesimen haiwan yang didatangkan daripada 3 kawasan berbeza iaitu Indonesia sendiri, India dan Afrika.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Jalan Bypass Prof. Dr. Ida Bagus Mantra, Gianyar[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk: Adventure Bermula Dari Rp 513.000 | Jungle Hopper Bermula Dari Rp. 720.000 & Banyak Lagi Aktiviti Lain Dengan Bayaran Berbeza[/su_tab][/su_tabs]


29. Bali Underwater Scooter

Sumber: Bali Fans

Teringin melihat panorama dalam air tapi tidak pandai menyelam? Ini adalah aktiviti yang tidak patut anda lepaskan! Tak payah ada lesen, tak perlu sertai kelas belajar menyelam, sebab anda hanya perlu datang, bayar dan tenggelam dalam dunia indah bawah air di Bali Underwater Scooter.

Skuter bawah air ini memiliki kelajuan sehingga 2 km/jam. Sebaik anda tenggelam dengan teknologi hi-tech ini, penyelam profesional akan turut menemani perjalanan anda dan menunjukkan lokasi di mana letaknya pemandangan eksotik flora dan fauna dunia dalam lautan.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Ceningan Island, Bali[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran: Bali Underwater Scooter & Ceningan Day Tour Rp. 1.330.000[/su_tab][/su_tabs]

Baca: 48 Destinasi Terbaik Di Bali


Surabaya

Surabaya adalah bandar kedua yang terbesar di Indonesia selepas Jakarta. Dengan keluasan sebegini, tarikan yang ditawarkannya bukanlah sedikit.

Bandaraya ini memiliki reputasi yang cukuppenting dalam sejarah Indonesia, padat dengan mercu tanda-mercu tanda yanghebat dan tarikan alam semula jadi yang mempunyai pesona tersendiri.

28. Bukit Kapur Sekapuk

Sumber: Terecya Theremy

Bukit Kapur Sekapuk adalah sebuah tarikan alam semula jadi yang terbentuk secara tidak sengaja selepas aktiviti pelombongan.

Bentuk-bentuk yang terlihat pada dinding tebing ini kelihatan tak ubah seperti sisa-sisa bangunan purba di Greek ataupun di Mesir. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini!

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Desa Sekapuk, Kecamatan Ujung Pangkah, Kabupaten Gresik[/su_tab][/su_tabs]


27. Monumen Kapal Selam

Sumber: Eco Sun Travel

Tak mengenal usia, muda atau tua, sesiapa pun akan teruja bila dapat mendekati Monumen Kapal Selam (Monkasel) ni. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu yang kapal selam ini adalah kapal sebenar yang pernah digunakan semasa zaman Soviet dalam banyak misi pada sekitar tahun 1960-an.

Kapal ini didatangkan daripada Vladivostok, Uni Soviet dan menjadi milik rasmi Indonesia pada 29 Januari 1962. Sekiranya ke sini, anda berpeluang untuk melihat ruangan dalamannya (Awas: Laluannya agak sempit).

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Jl. Pemuda No. 39, Embong Kaliasin, Genteng, Surabaya[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 9.00 pm)[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk: Rp. 10.000[/su_tab][/su_tabs]


26. House of Sampoerna

Sumber: Tsc Oneoone

House of Sampoerna adalah tempat asalnya jenama rokok yang terkenal di Indonesia. Bangunan kilang ini mula dibina pada tahun 1862 dengan reka bentuk kolonial sebagai pusat pendidikan penjajah Belanda. Bangunan ini kemudiannya dibeli oleh Liem Seeng Tee untuk digunakan sebagai kilang rokok Sampoerna.

Ruangan yang dahulunya merupakan lobi, telah diubah menjadi muzium yang mempamerkan pelbagai koleksi pemetik api, pemegang dan sarung yang kebanyakannya didatangkan daripada Eropah dan sesetengahnya pula daripada dinasti Ming China.

Anda juga boleh menuju ke tingkat dua untuk melihat bagaimana pekerja di kilang ini menyiapkan rokok dengan begitu pantas sehingga 300 batang dalam masa sejam.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat:  Taman Sampoerna No. 6, Krembangan Utara, Pabean Cantian[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 7.00 pm)[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk: Tiada Bayaran Masuk Namun Kedatangan Perlu Diatur Dengan Pihak House of Sampoerna Terlebih Dahulu[/su_tab][/su_tabs]

Baca: 40 Destinasi Menarik Di Surabaya


Banda Aceh

Mungkin tidak ramai yang memilih Banda Aceh sebagai destinasi percutian, namun daerah ini sebenarnya menawarkan tarikan yang tidak kurang hebatnya dengan kawasan-kawasan lain di Indonesia.

Selain pantai-pantai yang indah, anda juga dapat melawat banyak muzium-muzium yang menarik, dan melihat bangunan-bangunan dengan seni reka bentuk yang tersendiri.

25. Aceh Tsunami Museum

Sumber: Aris Munandar

Siapapun tidak dapat melupakan peristiwa terburuk yang pernah terjadi pada tahun 2004, tsunami yang telah membunuh hampir 200,000 nyawa disebabkan kedatangannya yang tak disangka-sangka. Aceh adalah kawasan yang menerima impak paling dahsyat dalam tragedi itu.

Untuk mengingati peristiwa ini, Aceh Tsunami Museum telah ditubuhkan. Salah satu pameran di dalam muzium ini, anda dapat merasa sendiri bagaimana keadaannya ketika tsunami berlaku di dalam sebuah dewan yang gelap dengan efek bunyi air yang jatuh dari atas. Di bahagian lain pula terdapat foto-foto dan video berkaitan dengan tragedi tersebut.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Nombor 3, Sultan Iskandar Muda Road, Sukaramai, Baiturrahman, Banda Aceh, 23243 Aceh[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: 9.00 am – 4.30 pm[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk: Percuma[/su_tab][/su_tabs]


24. Gunung Bromo

Sumber: Simon Friedrich

Berjiwa ekstrem? Ada berani untuk melawat salah satu gunung berapa yang masih aktif di Indonesia? Jom buka langkah ke Gunung Bromo! Gunung yang memiliki ketinggian sehingga 2,329 meter dari paras laut ini menawarkan udara yang sejuk bawah daripada 10 darjah celcius!

Antara tarikan yang boleh anda explore sewaktu berada di Gunung Bromo adalah seperti Penanjakan 1 dan Penanjakan 2 yang menawarkan pemandangan matahari terbit terindah. Seterusnya adalah Padang Rumput Savana, Bukit Mentigen, Bukit Teletubies, spot untuk melihat milky way dan Pasir Berbisik.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Gunung Bromo, Podokoyo, Tosari, Pasuruan, Jawa Timur[/su_tab][/su_tabs]


23. Pulau Weh

Sumber: Buchari Heri‎

Tidak jauh daripada Banda Aceh adalah Pulau Weh yang boleh diakses daripada pelabuhan Ulue-lue untuk mendapatkan feri ke sana. Masa yang diambil untuk sampai ke pulau ini adalah dalam sekitar 1 jam.

Setibanya anda di pulau ini nanti, ada beberapa lokasi yang wajib disenaraikan dalam checklist untuk dilawati. Kawasan-kawasan ini adalah Iboih, Gapang dan Sumur Tiga. Pantai Iboih adalah di mana anda boleh menemui banyak restoran tepi pantai dan rumah tumpangan yang terkenal dalam kalangan backpackers.

Gapang pula adalah lokasi yang lebih tenang di mana anda boleh melawat kawasan-kawasan air terjun, pantai yang indah dan berjungle trekking.

Akhir sekali, di Sumur Tiga, terdapat kawasan pantai yang menjadi pilihan ramai untuk menikmati pemandangan matahari terbit yang sungguh mengujakan.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Pulau Weh[/su_tab][/su_tabs]


22. Museum Negeri Banda Aceh

Sumber: Muhammad Bagus Andreas Taufani

Museum Negeri Banda Aceh adalah salah sebuah muzium yang tertua di Indonesia. Muzium yang dibina ketika zaman penjajahan Belanda ini memiliki reka bentuk rumah tradisional Aceh.

Di dalamnya, terdapat banyak ruangan galeri menarik untuk dilihat dengan koleksi yang terdiri daripada tekstil, senjata, peralatan pertanian dan barangan unik penduduk tempatan yang lain.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Jl. Sultan Mahmudsyah No.10, Peuniti, Baiturrahman, Kota Banda Aceh, Aceh 23116, Indonesia[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8.00 am – 12.00 pm & 2.00 pm – 4.15 pm) | Isnin Tutup[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk: Rp. 5.000[/su_tab][/su_tabs]


Lombok

Lombok adalah ibarat bayangan Bali, penuh dengan pantai-pantai yang indah dan tempat-tempat makan yang menarik.

Namun begitu, yang istimewanya, daerah ini jauh lebih tenang di mana anda boleh berjalan ke mana-mana tanpa perlu berlanggar bahu dengan pelancong lain. Ingin mendapatkan ketenangan minda sewaktu bercuti? Jadikan Lombok sebagai destinasi.

21. Narmada Water Park

Sumber: Sheraton Senggigi Beach Resort

Narmada Water Park bukanlah taman tema seperti yang anda sangkakan, ia sebenarnya adalah kawasan kolam yang terletak di dalam taman yang dibina pada tahun 1727 oleh Raja Anak Agung Gede Ngurah Karang Asem.

Sesiapa yang datang ke sini pasti akan teruja melihat seni bina taman ini yang dikatakan mencerminkan Gunung Rinjani iaitu puncak yang tertinggi di Lombok.

Kawasan taman ini telah dibina oleh raja tersebut kerana tidak dapat melakukan penziarahan ke tempat suci Hindu di puncak Gunung Rinjani yang terlampau tinggi.

Di dalam taman ini, dia telah membina Segara Anakan yang menjadi simbol kepada gunung tersebut dan sebuah kolam yang melambangkan tasik yang terdapat di Gunung Rinjani.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Jl. Raya Mataram – Labuhan Lombok, Lembuak, Narmada, Kabupaten Lombok Barat, Nusa Tenggara Bar. 83371, Indonesia[/su_tab][/su_tabs]


20. Sukarara Village

Sumber: saputrafebryan92

Sukarara Village terletak hanyalah 25 km daripada Mataram dan 5 km daripada Praya. Apa yang menariknya di kampung ini adalah kerana keunikan budayanya yang tak mungkin dapat dilihat di tempat lain.

Untuk pengetahuan anda, wanita-wanita di Sukarara perlu belajar bagaimana untuk menenun kain sehinggakan ianya menjadi salah satu kriteria penting sebelum boleh berkahwin.

Kebiasaannya aktiviti menenun ini dilakukan di ruangan depan rumah dan inilah pemandangan yang dapat anda lihat setiap kali melalui jalan-jalan di sepanjang perkampungan ini.

Teringin membawa pulang kain tenunan masyarakat di sini? Harga yang ditawarkan untuk setiap kain yang ditenun ini bergantung kepada motif yang dibuat dan masa yang diambil untuk siap.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Nusa Tenggara Bar. 83561, Sukarara, Jonggat, Kabupaten Lombok Tengah, Nusa Tenggara Bar. 83561[/su_tab][/su_tabs]


19. Ampenan Mataram Cakranegara Sweta

Sumber: Smailing DMC

Ampenan-Mataram-Cakranegara-Sweta adalah 4 buah pekan yang terletak pada sepanjang 8 km perjalanan dari barat ke timur. Di sekitar kawasan ini anda dapat melihat gaya hidup sebenar masyarakat Indonesia yang melakukan pelbagai aktiviti.

Ampenan adalah sebuah kota tua yang mengandungi bangunan-bangunan lama Belanda. Seterusnya, Mataram adalah ibu kotabagi Nusa Tenggara Barat yang dipenuhi dengan bangunan kerajaan dan pejabat.

Cakranegara pula adalah pusat komersial di pulau ini yang padat dengan pusat membeli-belah dan pasar. Akhir sekali, Sweta pula adalah tempat terletaknya perhentian bas di pulau ini.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Kota Mataram, Nusa Tenggara Barat[/su_tab][/su_tabs]


18. Kampung Sasak

Sumber: Lombok

Kampung Sasak adalah kawasan perkampungan tradisional yang terletak di tengah Lombok dengan perjalanan sekitar 1 jam pemanduan dari bandar Mataram. Setibanya di sini, anda akan terlihat banyak rumah-rumah yang diperbuat daripada kayu dan buluh, cukup klasik.

Selain dapat mengamati budaya yang tidak berubah walau berdekad lamanya, anda juga dapat menikmati pemandangan pantai yang terjaga dengan baik. Pendek kata, inginkan suasana harmoni dan klasik, datanglah ke kawasan perkampungan ini, anda pasti tak kecewa.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Lombok, Nusa Tenggara Barat[/su_tab][/su_tabs]

Baca: 38 Destinasi Menarik Di Lombok


Makassar

Makassar, daerah ini menjanjikan syurgakawasan pantai yang penuh privasi dan gaya hidup moden walaupun dikelilingioleh bangunan klasik di sekitarnya.

Bandar yang terbesar di Kepulauan Sulawesi ini juga kian terkenal dalam kalangan pelancong yang sudah semakin menyedari pesonaunik yang ditawarkannya.

17. Pulau Samalona

Sumber: Barry Kusuma

Terletak hanyalah 7 km dari Jeti Kayu Bangkoa, Pulau Samalona adalah sebuah pulau yang sempurna untuk dijadikanlokasi menyelam atau bersnorkeling.

Sudah puas melihat keindahan alam sekitar,apa kata sekiranya anda teruskan keseronokan percutian anda dengan meneroka panorama dalam air yang ditawarkan.

Pulau yang bersaiz hanyalah sekitar 2 hektar ini walaupun kecil, lengkap dengan pelbagai fasiliti penting seperti tempat penginapan dan kedai. Anda juga boleh menyewa peralatan diving dan snorkeling yang lengkap sewaktu berada di sini.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Pulau Samalona (7 KM Daripada Jeti Kayu Bangkoa)[/su_tab][/su_tabs]


16. Bantimurung Park

Sumber: MC KC Jones

Dah puas berjalan, pasti terasa penat bukan? Untuk melegakan badan supaya lebih segar untuk perjalanan yang seterusnya, apa kata kalau anda sekeluarga bermandi-manda atau berkelah di Bantimurung Park?

Ingin meneroka lebih mendalam sewaktu melawat kawasan air terjun ni? Anda boleh menuju ke Goa Mimpi yang merupakan salah satu daripada 200 buah gua yang terbentuk di sekitar.

Kalau anda bernasib baik, anda boleh menemui rama-rama penuh warna-warni yang banyak berterbangan sepanjang perjalanan ke sana.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Balai Taman Nasional Bantimurung Bulusaraung, Selatan Sulawesi, Indonesia[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk: Rp. 5.000[/su_tab][/su_tabs]


15. Fort Rotterdam

Sumber: Fort Rotterdam Makassar

Ketika Indonesia berada di bawah jajahan Belanda, Fort Rotterdam telah dibina untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran mereka.

Sekiranya anda ke sini, masa yang diambil untuk habis melihat kesemua khazanah yang ada adalah dalam sekitar 1 jam setengah.

Antara yang dapat dilihat adalah senjata dan pakaian tradisional masyarakat Selatan Sulawesi, model-model bot masyarakat tempatan, sejarah lagenda Makassar dan banyak lagi.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: No.Road, Jl. Ujung Pandang, Bulo Gading, Ujung Pandang, Kota Makassar, Sulawesi Selatan 90171, Indonesia[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: 7.30 am – 6.00 pm[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk: Sumbangan Digalakkan Rp. 10.000 – 20.000[/su_tab][/su_tabs]


Medan

Bandar Medan yang terletak di Utara Sumatera ini tidak akan membenarkan anda lapar walau sesaat. Kenapa? Kerana dimana sahaja anda berjalan, pasti ada kedai makan menarik untuk dicuba.

Bukan itu sahaja, bandar ini turut menjadi pusat terkumpulnya bermacam budaya berbezaiaitu masyarakat China dan pengaruh Tamil.

14. Istana Maimun

Sumber: Mimihitam

Istana Maimun adalah sebuah istana klasik berwarna kuning dengan gaya seni bina Melayu, Sepanyol, India, Itali dan Islam.

Istana kebesaran Kesultanan Deli ini adalah hasil rekaan arkitek Itali pada tahun 1888 sewaktu zaman pemerintahan Sultan Makmun Al Rasyid Perkasa Alamsyah.

Selain dapat melihat seni binanya yang agak unik, anda juga dapat masuk ke ruangan dalam istana untuk melihat foto keluarga diraja Deli, senjata, perabot antik Belanda dan banyak lagi.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Istana Maimun, Jl. Katamso, Medan, Indonesia[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk: Rp. 5.000[/su_tab][/su_tabs]


13. Museum Negeri Provinsi Sumatera Utara

Sumber: indonesia-tourism.com

Museum NegeriProvinsi Sumatera Utara adalah salah satu daripada muzium yang terbaik di sini sekiranya anda ingin tahu dengan mendalam sejarahdan budaya setempat. Di dalam muzium ini anda dapat menemui galeri-galeriberbeza yang menceritakan tentang era-era yang pernah dilalui.

Anda sekeluarga dapat melihat info terperinci berkaitan keadaan dan sejarah ketika era Hindu, Buddha, Muslim dan ketika zaman penjajahan Belanda. Antara koleksi yang dapat dilihat adalah tekstil, senjata, peralatan bertani, arca dan banyak lagi.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Jl. HM. Joni No.51, Teladan Bar., Medan Kota, Kota Medan, Sumatera Utara 20217, Indonesia[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00 am – 4.00 pm) | Jumaat – Ahad (9.00 am – 3.15 pm)[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk: Rp. 10.000[/su_tab][/su_tabs]


12. Tjong A Fie Mansion

Sumber: Tjong A Fie Mansion

Tjong A Fie Mansion adalah sebuah rumah agam 2 tingkat milik seorang pedagang Hakka pada sekitar 1900. Sebaik melangkah masuk ke dalam rumah agam ini, anda pasti akan terpesona dengan reka bentuknya yang seolah-olah tidak terkesan dengan perubahan masa.

Di dalamnya terdapat 35 buah bilik, keluasannya pula adalah 8000 meter persegi. Jika diamati dengan teliti, anda dapat melihat gaya dekorasi China dan Melayu di setiap pelusuk rumah.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: 105 Jl. Jend. A. Yani, Medan 20111, North Sumatera, Indonesia[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 5.00 pm) | Tahun Baru Cina Tutup[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk: Rp. 35.000[/su_tab][/su_tabs]


Padang

Padang adalah ibu kota bagi wilayah Sumatra Barat. Lokasinya strategik di tengah-tengah Barat Sumatra, menjadikan ianya lokasi transit terbaik untuk para pelancong yang ingin melawat pulau-pulau dan daerah lain.

Untuk pengetahuan anda, Padang menjadi laluan ramai backpackers menjadikan ianya padat dengan pelbagai pilihan penginapan bajet.

Selain itu, ia juga cukup terkenal dengan pilihan-pilihan kedai makan menarik untuk memuaskan deria rasa yang kelaparan setelah puas meneroka. Apa lagi yang menarik di sini? Teruskan membaca senarai di bawah.

11. Kepulauan Mentawai

Sumber: Aloita Resort & SPA

Terletak di Sumatera Barat, Kepulauan Mentawai adalah sebuah kawasan tarikan yang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Pagai, Sikakap, Siberut dan Sipora.

Keistimewaan pulau ini adalah keindahan kawasan pantainya dan kesesuaian ombaknya untuk dijadikan tempat bermain papan luncur. Secara keseluruhannya, tidak kurang daripada 400 spot surfing yang ada di sini!

Kalau anda ingin melihat pertandingan surfing diadakan, datanglah dalam sekitar bulan April hingga Oktober. Tak perlu terbang jauh ke negara barat untuk melihat orang ramai melakukan aktiviti ini.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Kepulauan Mentawai, Sumatra Barat (Sumbar)[/su_tab][/su_tabs]


10. Masjid Raya Sumatera Barat

Sumber: Ikhvan

Masjid terbesar di Sumatera Barat ini, Masjid Raya Sumatera Barat sememangnya bukanlah masjid yang hanya cantik pada pandangan mata, ini kerana, struktur masjid ini memiliki ciri-ciri seni binayang penuh terperinci, cukup kuat sehingga mampu menahan goncangan gempa sehingga mencecah 10 skala richter.

Disebabkan kekukuhannya, masjid ini dijadikan sebagai tempat perlindungan ketika tragedi tsunami.

Selain itu, masjid yang dibina pada tahun 2007 ini bukanlah kecil kerana ianya mampu memuatkan sehingga 20,000 jemaah pada satu-satu masa.

Ingin melihat dengan lebih dekat keindahan seni binanya? Jangan lepaskan peluang untuk bersolat di sini semasa bercuti nanti!

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Jl. Khatib Sulaiman, Alai Parak Kopi, Padang Utara, Kota Padang, Sumatera Barat 25173[/su_tab][/su_tabs]


9. Museum Adityawarman

Sumber: Museum Adityawarman

Muzium yang dibuka secara rasmi pada 16 Mac 1977 ini, Museum Adityawarman adalah sebuah muzium yang menampilkan pelbagai diorama yang menggambarkan sistem adat masyarakat Minangkabau.

Koleksi pameran yang terdapat di sini pula terdiri daripada barangan berkaitan teknologi, biologi, numistik, design, geologi dan lain-lain lagi.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Jalan Diponegoro No. 10, Belakang Tangsi, Padang Barat, Kota Padang, Sumatera Barat 25114[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk: Dewasa Rp 2.000 | Kanak-Kanak Rp 1.000[/su_tab][/su_tabs]


8. Istana Pagaruyung

Sumber: New Pagaruyung Palace

Istana Pagaruyung adalah sebuah istana kuno yang telah berdiri sejak abad ke-17 lagi. Istana 3 tingkat ini diserikan dengan motif khas Minang yang penuh warna-warni. Secara keseluruhannya, terdapat lebih daripada 50 jenis motif yang digunakan di sekitar istana.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan sekiranya anda melawat istana ini adalah bergambar sambil memakai pakaian adat Minang dan menaiki kereta ‘odong-odong.’ Di samping itu, anda juga boleh mendapatkan khidmat tour guide untuk mendapatkan penerangan terperinci mengenai sejarah budaya Minangkabau.

Aktiviti lain yang boleh dibuat adalah meniki kuda, menikmati makanan khas Pagaruyung, berkhemah dan menikmati pemandangan istana ini dari atas Bukit Bungsu.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Sutan Alam Bagagarsyah Road, Nagari Pagaruyung, Tanjung Emas, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat Province.[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: 7.30 am – 6.00 pm[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk: Rp. 15.000[/su_tab][/su_tabs]


Semarang

Semarang adalah daerah di mana dua dunia iaitu China dan Belanda bertembung. Kesan kedatangan mereka dapat dilihat daripada reka bentuk dan hidangan makanan yang boleh ditemui di sini.

Bukan ini sahaja, banyak lagi sebab lain yang mewajibkan kedatangan anda ke daerah ini. Tak percaya? Baca senarai ini untuk tahu antara destinasi paling best di Semarang.

7. Karimunjawa National Park

Sumber: 3PlayGrounds

Karimunjawa National Park adalah tarikan yang terdiri daripada 27 buah pulau yang kebanyakannya masih tidak berpenghuni. Semuanya menanti untuk diteroka! Di sinilah syurga makanan laut yang segar dengan menu yang mengiurkan.

Tidak cukup dengan itu, hidupan flora dan fauna marinnya juga amat menyeronokkan untuk dinikmati. Segalanya dapat dilihat dengan jelas di dalam kawasan perairannya yang begitu jernih. Jangan lupa untuk membawa bekas kalis air untuk melindung kamera anda!

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Karimunjawa, Kabupaten Jepara, Jawa Tengah[/su_tab][/su_tabs]


6. Pondok Kopi

Sumber: Cafe Pondok Kopi Umbul Sidomukti

Tiada perasaan yang lebih indah daripada menikmati makanan enak sambil pipi disapa angin segar dan udara sejuk daripada ketinggian 1700 meter dari paras laut. Inilah yang dapat anda nikmati di Pondok Kopi.

Pemandangan yang disajikan daripada ketinggian ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata kerana ianya sungguh mendamaikan jiwa. Bila kabus menghilang daripada kawasan sekitar, anda dapat menggunakan meja piknik yang disediakan diluar untuk menikmati keindahan lanskap di sekitar.

Pondok Kopi bukan sekadar memancing pelawat dengan lokasinya, kerana hidangan yang disediakan juga tidak mengecewakan. Pendek kata, segalanya tentang kafe ini adalah 100% sempurna!

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Desa Sidomukti, Jl. Goa Jepang, Jimbaran, Bandungan, Manggung, Jimbaran, Bandungan, Semarang, Jawa Tengah 50661[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: 8.00 am – 12.00 am[/su_tab][/su_tabs]


5. Lawang Sewu

Sumber: Irfan Bayuaji

Ingin tahu bagaimana perasaannya hidup di era lama? Datanglah ke Lawang Sewu. Sebaik anda melangkah masuk ke dalam bangunan lama ini, anda akan terasa seperti merentas ke masa lalu sehingga 100 tahun yang lampau.

Betapa klasiknya Lawang Seru sehinggakan cukup mudah untuk anda menemui spot-spot selfie yang menarik.

Dengan usia yang setua ini, pasti anda tertanya-tanya apa kisah yang disimpannyakan? Kalau anda nak tahu, dahulunya, bangunan ini dibina oleh pihak Belanda sebagai ibu pejabat syarikat kereta api.

Ianya dinamakan sebagai Lawang Sewu yang bermaksud 1000 pintu disebabkan kewujudan pintu dan tingkap yang tak terkira banyaknya di sekitar bangunan.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Komplek Tugu Muda, Jalan Pemuda, Semarang, Jawa Tengah 13220[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: 6.00 am – 6.00 pm[/su_tab][/su_tabs]


Yogyakarta

Tak cukup masa untuk melawat segala yang ditawarkan di Indonesia? Apa kata kalau anda melawat Yogyakarta?

Kerana di bandar ini, boleh dikatakan segalanya terasa cukup seimbang. Dari tempat-tempat membeli-belah, tarikan budaya hinggalah kepada peninggalan kuno, ‘ramuan’ utama Indonesia berpusat di sini.

4. The Lost World Castle

Sumber: yuliyantoagus

Bagi sesiapa yang suka memenuhkan gambar di Instagram, The Lost World Castle adalah lokasi yang sempurna untuk anda lawati. Percayalah, di mana sahaja anda melangkah sewaktu berada di The Lost World Castle ini, mata anda tidak akan terhenti membulat melihat tarikan-tarikan yang ada.

Antara yang terdapat di sini adalah istana Eropah lama, pokok-pokok sakura, pondok Indian, replika Stonehenge, replika dinasour yang mati di sungai kering dan macam-macam lagi yang tak tercapai dek akal untuk dilihat di depan mata.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Alamat The Lost World Castle: Kepuharjo, Cangkringan, Kabupaten Sleman[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (7.00 am – 6.00 pm)[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk: Rp. 25.000[/su_tab][/su_tabs]


3. Pantai Timang

Sumber: Cuti Cuti Yogyakarta

Antara aktiviti yang selalu dilakukan kalau pergi ke pantai adalah sama ada berkelah atau bermandi-mandian bukan? Apa perasaan anda kalau dapat melakukan sesuatu yang lain daripada biasa?

Aktiviti yang ditawarkan ini sukar untuk ditemui di kawasan pantai lain. Kerana di sini, anda dapat merentasi lautan untuk menuju ke Pulau Watu Panjang dengan menggunakan jambatan gantung yang disediakan.

Jambatan ini pada asalnya dibina untuk kemudahan nelayan tempatan menangkap udang kara. Kebiasaannya, hanya orang yang betul-betul berani dapat bawa pulang hasil tangkapan dari jambatan ni. Macam mana? Anda yakin berani untuk merentasnya?

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Tepus, Gunung Kidul, Daerah Istimewa Yogyakarta 55881[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: 9.00 am – 5.00 pm[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk: Rp. 10.000 | Gondola Rp. 200.000[/su_tab][/su_tabs]


2. Taman Sari

Sumber: BeJo

Taman Sari telah dibina oleh orang Portugis ketika mereka menjadikan tanah Jawa sebagai tempat penempatan untukdihadiahkan kepada Sultan Hamengku Buwono I. Ya, ini satu lagi peninggalan purba yang menarik untuk dilawati sewaktu berada di Yogyakarta.

Semasa berada di sini, anda boleh menerokai ruangan-ruangan bawah tanah dan ruang kolamnya. Sesetengah bangunan di dalam taman ini telah menjadi tempat tinggal penduduk setempat.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Jl. Taman, Kraton, Yogyakarta 55133[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: 8.00 am – 2.00 pm[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk: Rp. 3.000[/su_tab][/su_tabs]


1. Borobudur

Sumber: 22Kartika

Borobudur, kedengaran sangat familiarkan? Mana tidaknya, kerana di sinilah tempat suci terbesar agama Buddha di dunia. Disebabkan reputasi ini, Borobudur boleh jadi agak padat pada masa-masa tertentu.

Terletak di atas bukit, pemandangan indah apabila cahaya matahari menembusi lubang-lubang pada stupa adalah sesuatu yang tidak patut dilepaskan.

Untuk pengetahuan anda, kuil ini ditemui pada tahun 1815 di sebalik debu letusan gunung berapi. Pada tahun 1970, kerja-kerja pembaikan dilakukan sehingga terpancarlah kesempurnaan strukturnya yang dikatakan sebagai tempat suci Buddha yang paling lengkap di dunia.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Borobudur Park, Magelang, Central Java[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: 6.00 am – 5.00 pm[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk: Rp. 30.000[/su_tab][/su_tabs]


Apa lagi yang anda tunggu? Tidak terkira banyaknya tarikan hebat yang ditawarkan negara dengan 17,000 buah pulau ini. Seperti yang admin katakan, memang tidak cukup walau setahun untuk meneroka semua keajaiban yang ditawarkan tempat menarik di Indonesia ini.

Baca: 50 Tempat Menarik Di Jepun

Namun begitu, sebelum memulakan ekspedisi anda, jangan lupa untuk menempah penginapan terlebih dahulu ya? Anda hanya perlu layari booking.com untuk melihat pelbagai pilihan penginapan menarik dalam tawaran harga termurah!

Jangan buang masa lagi, spot-spot untuk anda mendapatkan gambar-gambar yang luar biasa unik sedang menanti kedatangan anda sekeluarga! Selamat bercuti ke Indonesia!

4.2/5 - (43 votes)