Cakap sahaja tentang negara Jepun, mesti ramai yang terbayang-bayangkan kotaraya Tokyo yang sentiasa sibuk, kereta api yang laju, tandas yang berteknologi tinggi ataupun Geisha kan? Tapi, anda tahu tak sebenarnya tarikan yang terdapat di Jepun ini adalah jauh lebih banyak daripada itu?
Di dalam artikel ini, MaiSinggah menyenaraikan 10 buah tempat menarik yang terdapat di negeri-negeri Jepun yang mesti dilawati iaitu Tokyo, Kyoto, Nagoya, Nara dan Osaka. Jangan buang masa lagi, mai kita baca senarai tempat menarik di Jepun ini.
TOKYO
Sampai sahaja ke Tokyo pasti membuatkan anda terasa seperti di dalam filem sains fiksyen, manakan tidak, bangunan-bangunan di bandaraya ini kebanyakannya memiliki reka bentuk futuristik, tambahan lagi dengan kewujudan segelintir golongan remaja yang berpakaian seperti dalam watak anime, memang terasa seperti dalam mimpilah!
Tapi jangan terkejut pula, walaupun sebahagian besar kawasannya serba moden, kawasan-kawasan tokong lama yang terbina indah dan taman-taman hijau mekar yang terletak di Tokyo tetap terjaga dengan baik. Nak tahu dengan lebih terperinci tentang tempat-tempat menarik di Tokyo? Teruskan membaca senarai di bawah.
50. Shinjuku Gyoen National Garden
Shinjuku Gyoen National Garden yang berkeluasan 144 ekar ini menawarkan keindahan 3 jenis taman dengan konsep yang berbeza iaitu Taman Rasmi Perancis, Taman Lanskap Inggeris dan Taman Tradisional Jepun. Siap dibina pada tahun 1906, taman ini merupakan taman yang penting pada Era Meiji.
Kalau anda datang ke sini pada bulan April, anda dapat menikmati pemandangan indah pokok negara Jepun yang terkenal, tak lain tak bukan, pokok sakura. Selain pokok-pokok sakura, anda juga dapat melihat kolam-kolam ikan koi yang banyak di sekitar taman.
Alamat: 11 Naitocho, Shinjuku 160-0014, Tokyo Prefecture
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 4.00pm) | 29 Dis – 3 Jan, Isnin (Tutup)
Bayaran: 200 Yen
49. Tokyo Camii & Turkish Culture Center
Selepas bermulanya pemerintahan Soviet Rusia pada tahun 1917, segelintir komuniti Turki berpindah keluar dari negara itu dan sesetengahnya bermigrasi ke Tokyo. Komuniti Turki yang datang ke sini disambut baik oleh masyarakat Jepun yang banyak membantu mereka dari segi sosial dan ekonomi.
Pada tahun 1938, Tokyo Camii dibina dan dijadikan sebagai tempat umat Islam berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti Islamik. Reka bentuk masjid terbesar di Jepun ini cukup indah dengan seni binaan timur tengah.
Selain itu, yang turut menarik tentang masjid ini adalah khutbahnya yang disampaikan dalam 3 bahasa iaitu Jepun, Turki dan Inggeris.
Kalau anda nak tahu lebih banyak info tentang masyarakat Turki di Jepun pula, anda boleh singgah ke Turkish Cultural Centre yang terdapat di sini.
Alamat: 1-19 Oyamacho, Shibuya 151-0065, Tokyo Prefecture
Waktu Operasi:
- Tokyo Camii: Dibuka Untuk Solat 5 Waktu
- Turkish Culture Center: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)
48. Meiji Jingu Shrine
Sebaik sampai ke Meiji Jingu Shrine anda akan terlihat pintu gerbang besar untuk memasuki kawasan tokong yang siap dibina pada tahun 1920.
Walaupun terletak di tengah-tengah kotaraya yang sibuk, Tokyo, atmosfera di sekitar Tokong Meiji Jingu ini sungguh menenangkan kerana ribuan pokok yang tumbuh meliar di sekitarnya memisahkan kawasan ini dengan kemodenan Tokyo.
Kalau anda sekeluarga bernasib baik, dapatlah anda melihat majlis perkahwinan tradisional Jepun yang selalu diadakan di sini. Sewaktu majlis ini, wanita-wanita akan berpakaian kimono dan lelaki pula akan memakai baju suit. Satu suasana yang cukup klasik dan fotogenik.
Alamat: 1-1 Yoyogi Kamizonocho, Shibuya 151-0052, Tokyo Prefecture
47. Asakusa
Nak lihat bagaimana Jepun sebagai sebuah bandaraya klasik? Anda boleh menyelami kehidupan masa lalu masyarakat Jepun yang juga digelar zaman Edo Jepun ini dengan melawati Asakusa.
Terletak di sekitar tokong Sensoji, pekan Asakusa ini dipenuhi dengan gerai-gerai yang menjual bermacam barangan antik, dari cenderamata hinggalah ke pakaian, barulah gempak bawa balik barangan sebegini sebagai hadiah kepada orang tersayang apabila pulang daripada melancong.
Selain meriah dengan jualan barangan antik, Asakusa juga turut terkenal dengan pelbagai sambutan festival tahunan seperti festival yang sering diadakan pada setiap bulan Mei iaitu Festival Sanja.
Alamat: Asakusa, Taito, Tokyo 111-0032, Japan
46. Senso-ji Temple
Di dalam Pekan Asakusa, terletaknya sebuah tokong yang sangat hebat auranya, Senso-ji Temple yang menyerlah dengan warna dan kehalusan seni binanya. Kalau anda berjalan ke dalam kawasan tokong ini, anda dapat menikmati keindahan kawasan taman kecilnya.
Apa-apa pun, sekiranya anda ingin datang ke sini untuk bergambar, datanglah selepas pukul 7 malam kerana gambar pada waktu malam di tokong ini cukup menarik di samping dapat mengelakkan gangguan orang ramai daripada ter‘photobomb’ di dalam gambar percutian anda.
Alamat: 2-3-1 Asakusa, Taito 111-0032, Tokyo Prefecture
Waktu Operasi: 6.00am – 5.00pm
Bayaran: Percuma
45. Samurai Museum
Selalu tengok dalam tv je kan? Nak lihat secara live pedang-pedang dan pakaian Samurai ini? Jom ke Samurai Museum yang terletak di Shinjuku-ku ini.
Terbahagi kepada dua bahagian, tingkat bawah muzium ini terdapat kedai yang menjual cenderahati serta ruangan pameran perisai yang disusun mengikut zaman iaitu dari zaman Muromachi (1336-1573) hinggalah ke zaman Edo (1600-1868).
Di tingkat atas muzium ini pula terdapat pelbagai jenis pameran yang terdiri daripada pameran pedang samurai, helmet kabuto, perisai yoroi, senapang dan banyak lagi.
Untuk pengalaman yang lebih menarik, anda boleh melihat demonstrasi pedang Samurai yang diadakan 4 kali sehari, mengikuti kelas kaligrafi, ataupun yang paling best sekali, anda boleh cuba memakai perisai Jepun!
Alamat: Shinjuku-ku, Tokyo Kabukicho 2-25-6
Waktu Operasi: 10.30am – 9.00pm
Bayaran: Dewasa 1800 Yen | Kanak-kanak 4 – 12 Tahun 800 Yen | Kanak-kanak 3 Tahun dan Ke Bawah Percuma
44. Nezu Museum
Nezu Museum ditubuhkan untuk mengumpulkan dan memelihara koleksi hasil seni pra-moden dari negara Jepun dan Asia Timur. Asalnya, koleksi-koleksi di muzium ini mula dikumpulkan oleh Nezu Kaichirō (1860-1940) yang selepas pemergiannya, legasinya disambung oleh anaknya Kaichirō Jr.
Antara pameran yang terdapat di sini adalah terdiri daripada kaligrafi, ukiran, seramik, kraf buluh, spesimen arkeologi, lukisan dan banyak lagi. Memang puas hatilah kalau datang ke sini!
Alamat: Tokyo-to, Minato-ku, Minami-Aoyama 6-chome 5-1
Waktu Operasi: 10.00am – 5.00pm
Bayaran: 1000 Yen
43. Meiji Jingu Gaien Park
Meiji Jingu Gaien Park yang terletak di tengah kota Tokyo ini dibina untuk memperingati Maharaja Meiji yang mangkat pada tahun 1926. Taman ini cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan sukan seperti batting cages, gelanggang futsal, ice-skating rink dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja yang ada di sini, kalau anda nak menyaksikan perlawanan sukan, anda boleh singgah ke Jingu Stadium untuk melihat permainan besbol. Pendek kata, macam-macamlah ada di sini untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Alamat:1-1 Kasumigaokamachi, Shinjuku, Tokyo 160-0013
42. The National Art Center, Tokyo
Peminat seni kalau dah sampai ke Tokyo tapi tak datang ke sini, memang peliklah! Kalau tak berapa minat pun, mai je cuci mata dengan pameran-pameran yang ada di sini, mesti ada yang menarik hati.
Dengan keluasan 14,000 meter persegi, The National Art Center Tokyo merupakan tapak pameran yang terbesar di negara Jepun. Nak tahu apa yang dipamerkan di sini? Anda kenalah lawati laman web The National Art Center ini sendiri kerana pameran yang diadakan di sini berubah dari masa ke masa.
Alamat: Kokuritsu-Shin-Bijutsukan, The National Art Center, Tokyo 7-22-2 Roppongi Minato-ku Tokyo 106-8558 Japan
Waktu Operasi: Isnin (10.00am – 6.00pm) | Rabu & Khamis (10.00am – 6.00pm) | Jumaat & Sabtu (10.00 am – 8.00pm) | Ahad (10.00am – 6.00pm) | Selasa (Tutup)
Bayaran: Bergantung Kepada Pameran
41. Tokyo City View Observation Deck (Roppongi Hills)
Apa lagi cara yang lebih syok untuk menikmati cahaya malam kawasan bandar kalau bukan dari bangunan pencakar langit? Cahaya bergemerlapan bangunan-bangunan di sekitar bandar Tokyo yang cukup mengasyikkan ini dapat anda lihat dengan sepuas hati dari dek pemerhatian Tokyo City View Roppongi Hills Mori Tower yang terletak 250 meter dari aras laut.
Kalau nak lagi syok, alang-alang dah sampai ke sini, naik terus ke Sky Deck untuk pemandangan langit malam yang dipenuhi bintang. Sekali-sekali berbelanja untuk pengalaman macam ni apa salahnya kan?
Alamat: 53F, Roppongi Hills Mori Tower, 6-10-1 Roppongi, Minato-ku, Tokyo
Waktu Operasi: Isnin – Khamis, Ahad (10.00am – 11.00pm) | Jumaat & Sabtu (10.00am-11.00pm) | Skydeck (11.00am – 8.00pm)
Bayaran: 1800 Yen | Skydeck 500 Yen
KYOTO
Kalau di kotaraya lain di Jepun sudah dimamah kemodenan, lain pula ceritanya dengan Kyoto.
Di Kyoto terdapat lebih daripada 1000 buah tokong Buddha yang berwarna-warni serta taman-taman Jepun yang menenangkan jiwa, kalau anda ingin mengenali budaya tradisional Jepun, Kyoto adalah sebuah destinasi yang wajib dilawati.
40. Kinkakuji Temple
Tokong berkonsep Zen, Kinkakuji Temple yang terletak di utara Kyoto ini pada asalnya merupakan villa seorang shogun, Ashikaga Yoshimitsu yang di dalam wasiatnya menyatakan hasrat unutk menjadikan rumah peninggalannya ini sebagai tokong Rinzai.
Di hadapan tokong ini terdapat sebuah kolam besar yang menimbulkan atmosfera menyenangkan. Sekiranya anda melihat ruangan dalam tokong ini, anda dapat menyaksikan keindahan seni binaannya yang berbeza untuk setiap tingkat.
Alamat: 1 Kinkakujicho, Kita-ku, Kyoto 603-8361, Kyoto Prefecture
Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm
Bayaran: 400 Yen
39. Katsura Imperial Villa
Katsura Imperial Villa ini seperti yang boleh anda teka dari namanya, adalah sebuah taman yang sangat antik yang siap dibina pada tahun 1645. Dahulunya merupakan tempat tinggal keluarga Katsura yang merupakan keturunan diraja Jepun.
Kalau anda ingin melawat villa ini, anda perlu menempah lawatan di pejabat Imperial Household Agency yang terletak di sini, jangan lupa untuk membawa pasport anda sekali.
Alamat: Katsuramisono, Nishikyo-ku, Kyoto 615-8014, Kyoto Prefecture
Waktu Lawatan: Isnin – Jumaat (8.45am – 12.00pm & 1.00pm – 5.00pm)
38. Nijo-jo Castle
Istana yang dibina pada tahun 1603 ini pada asalnya merupakan tempat tinggal Tokugawa Ieyasu, seorang shogun pada zaman Edo (1603-1867). Istana ini, Nijo-jo Castle, diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1994.
Istana lama ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, ruangan Honmaru yang merupakan bulatan pertahanan utama, ruangan Ninomaru bulatan pertahanan yang kedua dan bahagian yang terakhir adalah kawasan taman yang mengelilingi kedua-dua pertahanan ini.
Datanglah ke Nijo-jo Castle untuk menikmati keindahan seni bina istana ini yang cukup terperinci dari penggunaan warnanya hinggalah ke lukisan-lukisan yang terdapat pada sekitar bangunan istana. Terasa seperti melawat muzium seni!
Alamat: 541 Nijojo-cho, Horikawa-nishiiru, Kyoto 604-8301, Kyoto Prefecture
Waktu Operasi: 8.45am – 5.00pm | Selasa Dalam Bulan Januari, Ogos Dan Disember (Tutup)
Bayaran: 600 Yen
37. Arashiyama
Nak tahu tak di mana golongan diraja pada zaman Heian atau lebih spesifik lagi pada zaman kuno 794 ke 1185 bersantai? Inilah dia lokasinya, Arashiyama yang menawarkan pemandangan yang sangat mengasyikkan pokok bunga sakura.
Antara yang terkenal di sini adalah jambatan Togetsukyo yang berlatarbelakangkan pokok-pokok mekar di kawasan gunung. Nak tenangkan fikiran atau nak bergambar, ini adalah lokasi yang mesti anda lawati.
Alamat: Togetsukyo, Saga, Ukyo-ku, Kyoto 616-8383, Kyoto Prefecture
36. Gion
Tak sah kalau tak bergambar dengan Geisha kalau ke Jepun, setuju tak? Inilah salah satu tarikan unik yang ada di negara Jepun. Di daerah Gion, Kyoto, anda dapat melihat bersepah kedai-kedai, restoran dan rumah teh Jepun yang menyediakan pelayan tradisional Jepun, Geisha.
Kalau anda berjalan-jalan di sekitar daerah ini pun, besar kemungkinan anda akan terserempak dengan wanita yang berpakaian Geisha ini, walau bagaimanapun, jangan melayan mereka seperti objek ya, kerana pekerjaan Geisha ini sebenarnya dianggap sebagai bidang kerjaya yang dihormati.
Alamat: Togetsukyo, Saga, Ukyo-ku, Kyoto 616-8383, Kyoto Prefecture
35. Sagano Romantic Train
Tak perlu habiskan masa yang lama pun kalau anda nak menikmati keindahan menyeluruh sekitar Sungai Hozugawa.
Dalam masa 20 ke 25 minit perjalanan menaiki Sagano Romantic Train ini anda akan disajikan dengan kecantikan alam semulajadi kawasan sungai yang mengalir tenang dan hutan hijau yang terdapat di sekeliling.
Jangan risau, pergerakan kereta api ini perlahan untuk anda bergambar dan menikmati lanskap dengan sepuas hati sesuailah dengan namanya, kereta api romantik.
Alamat: Saga Tenryuji Kurumamichicho, Ukyo-ku, Kyoto 616-8373, Kyoto Prefecture
Waktu Operasi: Setiap Jam Dari 9.00am – 4.00pm | Rabu Dari 30 Dis Hingga Akhir Feb (Tutup)
Bayaran: 620 Yen
34. Fushimi Inari-taisha Shrine
Fushimi Inari-taisha Shrine merupakan sebuah Tokong Shinto yang terpenting di selatan Kyoto. Yang menjadikan tokong ini unik dari tokong lain yang ada di sini dan sebab utama kenapa anda sekeluarga mesti datang ke sini adalah kerana ribuan gerbang torii yang mengelilingi ruangan berjalan kaki yang terletak di belakang bangunan utama tokong.
Laluan yang diselubungi gerbang torii ini membawa anda menuju ke Gunung Inari yang terletak 233 meter dari kawasan tokong. Untuk pengetahuan anda, setiap gerbang ini disumbangkan oleh pelbagai syarikat dan individu yang mana nama mereka diabadikan pada tiang-tiang gerbang.
Alamat: 68 Fukakusa Yabunouchicho, Fushimi-ku, Kyoto 612-0882, Kyoto Prefecture
Waktu Operasi: Setiap Masa
Bayaran: Percuma
33. Philosopher’s Walk
Cool juga kan nama taman ini? Untuk pengetahuan anda, taman indah ini dinamakan sebagai Philosopher’s Walk kerana dahulunya ia menjadi tempat seorang ahli falsafah yang terkenal Jepun, Nishida Kitaro bermeditasi setiap kali menuju ke Universiti Kyoto.
Sepanjang perjalanan anda di ruang berjalan kaki berbatu yang berkepanjangan sekitar 2 km ini, anda dapat menikmati pemandangan indah pokok-pokok bunga sakura yang menyejukkan mata, dan mungkin juga anda boleh mendapat inspirasi untuk menulis sebuah puisi?
Alamat: Sakyo-ku | between Ginkaku-ji and Nyakuoji-jinja, Kyoto, Kyoto Prefecture
32. Kiyomizu-dera Temple
Kalau anda nak tahu, maksud Kiyomizudera adalah Tokong Air Jernih kerana terletak berdekatan dengan Air Terjun Otowa. Pada asalnya ia merupakan tokong agama Buddha yang tertua, Hisso yang dibina pada tahun 780. Tua tak tua? Disebabkan betapa klasiknya bangunan ini, Tokong Kiyomizudera diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1994.
Yang terkenal di sini adalah ruangan balkoni kayunya yang bersambung dengan dewan utama bangunan. Balkoni ini terletak 13 meter dari kawasan bukit yang terdapat di bawah. Dari sini anda dapat menikmati pemandangan menakjubkan pokok kebanggaan Jepun, sakura serta pokok maple.
Notis: Dewan utama Kiyomizudera ditutup dari Feb 2017 hingga Mac 2020 untuk kerja perbaikan bumbung.
Alamat: 1-294 Kiyomizu, Higashiyama-ku, Kyoto 605-0862, Kyoto Prefecture
Waktu Operasi: 6.00am – 6.00pm
Bayaran: 400 Yen
31. Bamboo Forest Street
Berjalan-jalan di sekitar Bamboo Forest Street ini anda dapat menenangkan fikiran mendengar bunyi tiupan angin dan desiran daun-daun buluh. Nak lagi best, anda sekeluarga boleh sewa basikal untuk menikmati pemandangan di sekitar dengan tiupan angin yang lagi mengasyikkan.
Alamat: Sagaogurayama Tabuchiyamacho, Ukyo-ku, Kyoto 616-8394, Kyoto Prefecture
NAGOYA
Nagoya adalah sebuah bandaraya urban dengan populasi yang keempat terbesar di Jepun. Bagi peminat teknologi, inilah negeri yang patut anda lawati di Jepun. Dari Toyota, Mitsubishi dan bermacam lagi, di sinilah pusatnya.
Walaupun begitu, jangan anda anggap Nagoya ini sebagai sebuah bandaraya yang langsung tiada tarikan alam semulajadi, ada. Tak percaya? Baca senarai-senarai di bawah ini.
30. Toyota Commemorative Museum of Industry and Technology
Siapa tak kenal kereta buatan Toyota? Takkanlah tahu model-model kereta buatan Toyota je, jom kita discover banyak lagi info sejarah dan teknologi Toyota dengan melawat Toyota Commemorative Museum of Industry and Technology. Dah melawat ke muzium ini barulah best nak share dengan orang lain pengalamannya nanti.
Alamat: 1-35, Noritake Shinmachi 4-chome, Nishi-ku, Nagoya 451-0051 Japan
Waktu Operasi: 9.30am – 5.00pm | Isnin, Atau Selasa Sekiranya Isnin Hari Cuti (Tutup)
Bayaran: Dewasa 18 Tahun Dan Ke Atas 500 Yen | Kanak-kanak 300 Yen & 200 Yen | Warga Emas 65 Tahun Dan Ke Atas Percuma
29. Port of Nagoya Public Aquarium
Port of Nagoya Public Aquarium merupakan kawasan akuarium yang agak besar dan menarik untuk dilawati bersama keluarga. Pameran di sini dibahagikan kepada 5 kawasan akuatik berbeza yang terletak antara Jepun dan Lautan Antartika. Antara hidupan laut yang dapat anda dekati di sini adalah ikan lumba-lumba, ikan jerung beluga dan banyak lagi.
Alamat: 1-3 Minato-Machi, Minato-ku, Nagoya
Waktu Operasi: Pertengahan Mac – Nov (9.30am – 5.30pm) | Dis – Pertengahan Mac (9.30am – 5.00pm) | Musim Panas dan Golden Week (9.30am – 8.00pm) | Isnin, Atau Selasa Sekiranya Isnin Hari Cuti (Tutup)
Bayaran: 2000 Yen
28. SCMAGLEV and Railway Park
Jangan tak tahu, salah satu teknologi kebanggaan Jepun adalah kereta api berkelajuan tingginya. Oleh itu, tak sahlah pelancongan anda ke Jepun kalau tak ke SCMAGLEV and Railway Park. Di sini anda dapat melihat pameran 39 buah kereta api yang pernah digunakan di landasan-landasan kereta api Jepun.
Anda juga dapat mengetahui lebih banyak lagi tentang komponen-komponen berbeza yang terdapat pada kereta api ini serta cara ia dioperasikan. Dah puas melihat pameran, jangan lupa untuk mencuba simulator kereta api ini, masa inilah nak bergambar cun-cun, ye tak?
Alamat: 3-2-2, Kinjofuto, Minato-ku, Nagoya 455-0848, Aichi Prefecture
Waktu Operasi: 10.00am – 5.30pm | Selasa, 28 Dis, 1 Jan (Tutup)
Bayaran: 1000 Yen | Simulator (Caj Tambahan 100/ 500 Yen)
27. Nagoya Castle
Dibina pada permulaan era Edo, Istana Nagoya merupakan antara istana yang terbesar di negara Jepun. Di sekitar istana ini terdapat taman yang menjadi lokasi terkenal untuk aktiviti hanami ataupun untuk menikmati pemandangan pokok bunga sakura terutamanya pada akhir bulan Mac hingga awal April.
Memasuki kawasan dalam istana ini pula, anda dapat melihat rekaan dalamannya yang cukup moden, ruangan dalaman istana ini kini digunakan sebagai muzium pameran kehidupan pejuang Jepun, Samurai.
Alamat: 1-1 Hommaru, Naka-ku, Nagoya 460-0031, Aichi Prefecture
Waktu Operasi: 9.00am – 4.30pm | 29 Dis – 1 Jan (Tutup)
Bayaran: 500 Yen
26. Atsuta Jingu Shrine
Atsuta Jingu Shrine merupakan tokong Shinto yang paling penting yang telah wujud sejak 1900 tahun yang lalu. Dikatakan bahawa di dalam tokong ini terdapat pedang Kusanagi yang sangat berharga. Namun, pedang ini tidak ditayangkan kepada umum. Untuk menuju ke tokong ini, anda akan melalui kawasan tenang dikelilingi pokok-pokok besar di selatan Nagoya.
Alamat: 1-1-1 Jingu, Atsuta-ku, Nagoya 456-8585, Aichi Prefecture
25. Higashiyama Zoo & Botanical Garden
Terletak di Chikusa-ku, adalah dua tarikan menarik iaitu Higashiyama Zoo & Botanical Garden. Kawasan taman yang merupakan salah satu tarikan yang terbesar di Asia ini telah wujud sejak tahun 1937 lagi, di zoo di sini anda dapat melihat lebih daripada 125 spesis haiwan seperti zirafah, koala, harimau, singa dan banyak lagi.
Di kawasan taman botaninya pula terdapat pelbagai tarikan flora yang menyejukkan mata. Cukup lengkap dengan pelbagai jenis flora dan fauna tanpa perlu penat menerokai kawasan hutan.
Alamat: 3-70 Higashiyama Motomachi, Chikusa-ku, Nagoya 464-0804, Aichi Prefecture
Waktu Operasi: 9.00am – 4.50pm | Isnin, Atau Selasa Sekiranya Isnin Hari Cuti (Tutup) | 29 Dis – 1 Jan (Tutup)
Bayaran: Dewasa 500 Yen | Sky Tower Joint Pass 640 Yen
24. Nagoya City Science Museum
Nak tahu di mana letaknya salah satu planetarium yang terbesar di dunia? Di Nagoya City Science Museumlah tempatnya. Memang puaslah dapat lihat pertunjukan fenomena astronomi pada skrin sfera gergasi di sini.
Selain planetarium ini, anda sekeluarga juga dapat melihat pelbagai pameran saintifik yang interaktif seperti Tornado Lab, Deep Freezing Lab dan Electric Discharge Lab. Dengar pun macam best kan?
Alamat: 2-17-1 Sakae, Naka-ku, Nagoya 460-0008, Aichi Prefecture
Waktu Operasi: 9.30am – 5.00pm | Isnin, Atau Selasa Sekiranya Isnin Hari Cuti (Tutup) | 29 Dis – 3 Jan (Tutup)
Bayaran: 400 Yen | Termasuk Persembahan Planetarium 800 Yen
23. Tokugawa Garden & Art Museum
Banyak juga muzium seni di Jepun ini kan? Di muzium seni Tokugawa, anda sekeluarga dapat melihat pameran pelbagai barangan antik termasuklah pedang samurai, peralatan membuat teh, peta-peta, baju kostum dan banyak lagi.
Dah puas melihat pameran ini, keluar sahaja dari muzium, anda akan disajikan dengan pemandangan indah taman Jepun yang mengelilingi kawasan tasik.
Alamat: 1001 Tokugawacho, Higashi-ku, Nagoya 461-0023, Aichi Prefecture
Waktu Operasi:
- Tokugawa Art Museum: 10.00am – 5.00pm | Isnin, Atau Selasa Sekiranya Isnin Hari Cuti (Tutup) | 14 Dis – 4 Jan (Tutup)
- Tokugawa-en Garden: 9.30am – 5.30pm | Isnin, Atau Selasa Sekiranya Isnin Hari Cuti (Tutup) | 29 Dis – 1 Jan (Tutup)
Bayaran:
- Tokugawa Art Museum: 1200 Yen
- Tokugawa-en Garden: 300 Yen
- Kombo: 1350 Yen
22. Shirotori Garden
Banyak sekali tempat untuk relaks di Jepun ini. Di Shirotori Garden, anda boleh relaks di restoran yang ada di sini sambil menghirup air teh hijau dan dalam masa yang sama menikmati pemandangan indah lanskap taman ini melalui tingkap besarnya.
Memang santai habislah! Kalau anda datang ke sini pada musim luruh, rasanya setiap pelusuk taman ini akan menarik perhatian anda, rambang mata nak memilih tempat bergambar!
Alamat: 2-5 Atsutanishimachi, Atsuta-ku, Nagoya 456-0036, Aichi Prefecture
Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm | Isnin, Atau Selasa Sekiranya Isnin Hari Cuti (Tutup)
Bayaran: Dewasa 300 Yen | Kanak-kanak Percuma
21. Midland Square Sky Promenade
Nak tahu bangunan apa yang tertinggi di Nagoya? Bangunan yang tertinggi di daerah ini adalah Midland Square. Berketinggian 247 meter, pada 3 tingkat terakhir bangunan ini anda dan keluarga boleh menikmati panorama indah sekitar Nagoya. Bayangkanlah pemandangan waktu malam dari Sky Promenade ini, boleh terbawa ke mimpi.
Alamat: 4-7-1 Meieki, Nakamura-ku | Midland Square, Nagoya 450-0002, Aichi Prefecture
Waktu Operasi: Mac – Jun (11.00am – 10.00pm) | July – Sep (11.00am – 11.00pm) | Jan – Feb (1.00pm – 9.00pm)
NARA
Nara merupakan legasi budaya tradisional negara Jepun yang kedua selepas Kyoto. Nara merupakan ibu negara pertama negara Jepun dari tahun 710 ke 794. Kalau anda melawat Nara, anda dapat melihat lebih daripada 7 buah lokasi yang diwartakan sebagai Tanah Warisan Dunia oleh UNESCO.
20. Nara Park
Bayangkanlah sewaktu berjalan anda dikelilingi oleh rusa yang comel dan manja-manja, tak ke best? Macam dalam mimpi pula, inilah yang dapat anda rasai kalau anda ke Nara Park.
Beratus-ratus ekor rusa terdapat di sekitar taman ini, semuanya tak kekok beramah mesra dengan manusia. Anda boleh membeli makanan rusa yang dijual di gerai-gerai tepi jalan dalam harga sekitar 150 Yen sahaja.
Alamat: 469 Zoshicho, Nara 630-8211, Nara Prefecture
19. Nara Prefectural Art Museum / Nara National Museum
Nara Prefectural Art Museum ataupun Nara National Museum ini terletak di dalam Nara Park. Di dalam bangunan yang siap dibina pada tahun 1889 ini anda dapat melihat pameran seni Buddha Jepun seperti lukisan, patung-patung, skrol dan banyak lagi.
Alamat: 10-6, Noboriojicho, Nara, Nara Prefecture
Waktu Operasi: 9.30am – 5.00pm | Isnin, Atau Selasa Sekiranya Isnin Hari Cuti (Tutup) | 1 Jan (Tutup)
Bayaran: 520 Yen
18. Kasuga Grand Shrine
Kasuga Grand Shrine merupakan tokong yang agak terkenal di daerah Nara. Setiap 20 tahun, bangunan tokong ini akan dibaikpulih pada ketika era Edo. Tokong ini agak menarik untuk dijadikan lokasi bergambar kerana terdapat banyak tanglung lampu di sekitarnya, mencecah ratusan juga bilangannya.
Dapat anda bayangkan bagaimana suasananya kalau tanglung-tanglung ini menyala pada waktu malam? Namun begitu, tanglung-tanglung ini hanya dinyalakan 2 kali dalam setahun, iaitu sewaktu Festival Tanglung pada awal bulan Februari dan pertengahan Ogos.
Alamat: 160 Kasuganocho, Nara 630-8212, Nara Prefecture
Waktu Operasi: Apr – Sep (6.00am – 6.00pm) | Okt – Mac (6.30am – 5.00pm)
Bayaran: 500 Yen
17. Isuien Garden
Isuien adalah sebuah taman Jepun yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu taman di bahagian hadapan dan taman di bahagian sisi. Kawasan yang paling antik di Isuien Garden ini adalah taman hadapannya yang telah wujud sejak abad ke-17 lagi.
Bersebelahan dengan taman ini terdapat muzium yang menempatkan koleksi pelbagai jenis artifak dari zaman purba Korea dan China.
Alamat: 74 Suimoncho, Nara 630-8208, Nara Prefecture
Waktu Operasi: 9.30am – 4.30pm | Selasa, Atau Rabu Sekiranya Selasa Cuti Umum Kecuali Bulan Apr, Mei, Okt, Nov & Cuti Tahun Baru (Tutup)
Bayaran: 900 Yen
16. Mt. Wakakusa
Bersebelahan dengan Nara Park, terletaknya Mount Wakakusayama yang berketinggian 350 meter. Kalau anda gigih mendaki gunung ini, anda dapat menikmati pemandangan seluas pandangan bandar Nara.
Walaupun penat kerana masa untuk sampai ke puncak agak lama, pendakian ke puncak bukit ini tidak begitu mencabar, yang penting, hati mesti sabar menuju ke puncak.
Waktu paling best sekali untuk melihat pemandangan dari kawasan gunung ini adalah pada waktu malam, ketika cahaya-cahaya lampu bandar dinyalakan, memang cunlah!
Alamat: Zoshicho, Nara 630-8211, Nara Prefecture
Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm | Pertengahan Dis – Lewat Mac (Tutup)
Bayaran: 150 Yen
15. Naramachi Mechanical Toy Museum
Jangan ingat dah dewasa anda tak akan terhibur lagi dengan mainan, cuba datang ke Naramachi Mechanical Toy Museum untuk membuktikan kebenaran teori itu. Dah datang ke sini baru anda tahu yang sebenarnya anda masih ada naluri kanak-kanak.
Siapa pun tak mampu menahan keterujaan melihat pameran mainan-mainan mekanikal antik ini. Permainan-permainan yang dipamerkan di sini adalah penghasilan semula permainan era Edo Jepun. Sudahlah masuk pun percuma, anda dapat main lagi tu semua permainan ni, sah! Wajib untuk singgah ke sini kalau berada di Nara.
Alamat: 7, Inyocho, Nara 630-8338, Nara Prefecture
Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm | Rabu, Atau Khamis Sekiranya Rabu Cuti Umum (Tutup) | Akhir Tahun dan Tahun Baru (Tutup)
Bayaran: Percuma
14. Todai-ji
Todai-ji Temple yang dibina antara tahun 735 dan 749 ini dikatakan sebagai bangunan diperbuat daripada kayu yang terbesar di dunia. Di sini juga terdapat sebuah patung Buddha yang bukan main besar lagi, berketinggian 72 kaki dan diselaputi dengan 300 paun emas! Sebuah tokong yang ternyata cukup menakjubkan!
Alamat: 406-1 Zoshicho, Nara 630-8211, Nara Prefecture
13. Horyuji Temple
Horyuji Temple merupakan antara sebuah tokong tertua di dunia. Dibina pada tahun 607 oleh Putera Shotoku yang merupakan antara orang penting dalam penyebaran agama Buddha di Jepun.
Disebabkan usia tokong ini yang sudah merentasi beribu zaman, Tokong Horyuji telah dijadikan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1993. Pagoda 5 tingkat di tokong ini merupakan struktur bangunan yang paling menarik, lihat dalam gambar pun dah teruja melihat kecantikan bangunan ini, bagaimana pula kalau depan mata.
Alamat: 1-1 Horyuji Sannai, Ikaruga-cho, Ikoma-gun 636-0115, Nara Prefecture
Waktu Operasi: 8.00am – 5.00pm
Bayaran: 1500 Yen
12. Mount Yoshino
Memang banyak tempat menarik untuk melihat keindahan pokok bunga sakura, tapi kalau nak tahu, tempat yang paling terkenal sekali untuk menyaksikan pokok yang menyejukkan mata ini adalah di kawasan Gunung Yoshino.
Mana taknya, di sini terdapat dalam 30,000 batang pokok bunga sakura yang menyelaputi kawasan gunung ini. Nak lihat pemandangan paling indah pokok-pokok ini, anda kenalah datang antara awal dan pertengahan bulan April.
Alamat: Yoshinoyama, Yoshino-cho, Yoshino-gun 639-3100, Nara Prefecture
11. Heijo Palace: The Heart of the Ancient Capital, Nara
Dari tahun 710 hingga 794, Nara merupakan ibu negeri Jepun dengan nama asalnya Heijo-kyo. Pada waktu itu, Heijo Palace digunakan sebagai tempat tinggal Maharaja dan pejabat kerajaaan.
Kini, kawasan ini juga telah dijadikan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Di sekitar bangunan ini pula anda boleh melawat tapak ekskavasi dan Nara Palace Site Museum yang mempamerkan pelbagai artifak, gambar, peta dan lain-lain lagi berkaitan istana dan era Nara.
Alamat: 2-9-1 Sakicho, Nara 630-8577, Nara Prefecture
Waktu Operasi: 9.00am – 4.30pm | Isnin, Atau Selasa Sekiranya Isnin Hari Cuti (Tutup) | 29 Dis – 3 Jan (Tutup)
Bayaran: Percuma
OSAKA
Osaka merupakan kota metropolitan kedua terbesar di Jepun selepas Tokyo. Ia bukan sebuah kota metropolitan yang biasa, kota ini cukup unik, sampai sahaja di Osaka anda dapat merasakan gabungan kedua-dua aura urban dan tradisionalnya.
Lagi satu sebab kenapa anda perlu ke sini adalah kerana bangunan-bangunan pencakar langitnya yang menawarkan pemandangan indah kawasan sekitar.
10. Osaka Aquarium Kaiyukan
Osaka Aquarium Kaiyukan mempamerkan pelbagai jenis hidupan laut yang menarik seperti ikan lumba-lumba, ikan jerung, anjing laut dan banyak lagi. Pameran terbahagi kepada beberapa bahagian berbeza mengikut pembahagian di Lautan Pasifik.
Yang membuatkan lawatan ke sini cukup menyeronokkan adalah kerana berdekatan dengan pintu keluar akuarium ini, anda sekeluarga dapat merasa pengalaman menyentuh ikan pari dan anak ikan jerung. Mana lagi nak dapat peluang macam ini?
Alamat: 1-1-10 Kaigandori, Minato-ku, Osaka 552-0022, Osaka Prefecture
Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm
Bayaran: 2300 Yen
9. Universal Studios Japan
Universal Studios Japan ini merupakan taman tema Universal Studios yang pertama dibina di rantau Asia. Berkeluasan 39 hektar, Universal Studios di Jepun terdiri daripada 8 buah bahagian iaitu Waterworld, Amity Village, New York, Hollywood, San Francisco, Universal Wonderland, The Wizarding World of Harry Potter dan Jurassic Park.
Di taman tema inilah anda dapat melajukan degupan jantung dengan aktiviti roller coastrer yang pelbagai dan mencuba bermacam jenis simulasi filem-filem terkenal seperti Jurassic Park dan Spiderman yang pasti menyeronokkan.
Sehari memang tak cukup untuk anda mencuba semua yang ada dekat sini, jadi datanglah dari awal pagi ya kalau ingin ke sini.
Alamat: 2-1-33 Sakurajima, Konohana-ku, Osaka 554-0031, Osaka Prefecture
Waktu Operasi: Waktu Berbeza Boleh Layari Laman Web Universal Studios Japan, Kebiasaannya 9.00am – 7.00pm
Bayaran: 12 – 64 Tahun 7600 Yen | 4 – 11 Tahun 5100 Yen | 65 Tahun & Ke Atas 6830 Yen
8. Osaka Castle Park
Osaka Castle Park adalah sebuah taman yang lengkap dengan bermacam kemudahan bersukan. Selain itu, ia juga lokasi yang menarik untuk anda sekeluarga bersantai sambil menikmati kecantikan pokok sakura yang tumbuh meliar di sekitar taman.
Berjalan di sekitar taman ini anda dapat melihat jambatan-jambatan indah serta Istana Osaka yang kini dijadikan muzium. Kalau anda dah puas menikmati pemandangan di sekitar taman, jangan lupa untuk singgah ke istana ini pula.
Alamat: Osakajo, Chuoku, Osaka 540-0002, Osaka Prefecture
Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm | 28 Dis – 1 Jan (Tutup)
Bayaran: 600 Yen
7. Kuchu Teien Observatory
Berketinggian 173 meter, bangunan berkembar ini disambungkan dengan jambatan yang juga dek pemerhatian yang digelar Floating Garden Observatory di tingkat 39 bangunan ini.
Untuk menuju ke sini, anda akan melalui eskalator yabg panjang, setibanya di dek pemerhatian, anda dapat menyaksikan pemandangan 360 darjah sekitar bandaraya Osaka seluas pandangan sehinggalah ke kawasan lautan.
Alamat: 1-1-88 Oyodonaka, Kita-ku | Umeda Sky Bldg, Osaka 531-0076, Osaka Prefecture
Waktu Operasi: 10.00am – 10.30pm
Bayaran: 1000 Yen
6. Museum of Oriental Ceramics
Museum of Oriental Ceramics yang mula dibuka pada tahun 1982 ini menempatkan ribuan hasil seramik yang datang daripada pelbagai pelusuk dunia seperti Korea, Persia,Vietnam, China dan Jepun sendiri.
Bukan sahaja datang dari pelbagai negara, seramik-seramik yang dipamerkan di sini juga datang daripada pelbagai era dan dinasti.
Kalau anda rasa anda tak ada minat langsung dengan keindahan seramik ini, lawatan ke muzium ini pasti akan mengubah fikiran anda. Balik je dari muzium ini nanti, anda mesti terasa nak kumpulkan barangan seramik.
Alamat: 1-1-26 Nakanoshima, Kita-ku, Osaka 530-0005, Osaka Prefecture
Waktu Operasi: 9.30am – 5.00pm | Isnin (Tutup)
Bayaran: 500 Yen
5. Shinsaibashi
Tak lengkaplah pelancongan kalau tak membeli-belah. Kalau anda dah puas berjalan melihat keindahan bangunan, pameran di muzium, keindahan alam sekitar, sebelum balik ke negara, jangan lepaskan peluang merasai pengalaman membeli-belah di negara yang dilawati.
Kalau di Jepun, lokasi membeli-belah yang paling syok adalah Shinsaibashi. Antara yang terdapat di sini adalah kedai pakaian, beg, aksesori, kedai kopi dan banyak lagilah.
Kedai-kedai fesyen yang terdapat di sini bukan sahaja dibanjiri kedai fesyen indie anak-anak muda Jepun sahaja, anda juga boleh menjumpai jenama antarabangsa seperti Zara, Forever 21 dan H&M di sini. Macam mana? Terancam juga dibuatnya duit anda kalau ke sini.
Alamat: Shinsaibashisuji, Chuo-ku, Osaka 542-0085, Osaka Prefecture
4. Tempozan Ferris Wheel
Tempozan Ferris Wheel adalah sebuah roda ferris yang terbesar di Osaka. Dari sini, anda dapat melihat panorama menarik lautan berdekatan dan kawasan sekitar bandar termasuklah bangunan-bangunan pencakar langit Osaka.
Daripada 60 buah gondola pada roda ferris ini, 8 daripadanya memiliki lantai yang dibuat daripada gelas, memang syoklah siapa yang dapat naik gondola ini, atas, bawah, depan, belakang, semuanya menyajikan pemandangan yang mengujakan!
Alamat: 1-1-10 Kaigandori, Minatoku, Osaka 552-0022, Osaka Prefecture
Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm
Bayaran: 800 Yen
3. Sumiyoshi Taisha Shrine
Osaka’s Sumiyoshi Taisha merupakan salah satu daripada tokong yang tertua di Jepun. Tokong ini telah wujud sebelum kedatangan agama Buddha lagi iaitu pada abad ke-3. Oleh kerana itu, seni bina bangunan tokong ini adalah antara yang mencerminkan seni bina tradisional Jepun yang paling asli tanpa pengaruh binaan yang lain.
Lihat sahaja reka bentuknya, nampak unikkan? Untuk pengetahuan anda, 2 lagi tokong yang memiliki seni bina asli Jepun adalah Taisha-zukuri dan Shinmei-zukuri.
Di samping memiliki tarikan seni bina yang unik, berdekatan dengan kawasan tokong ini juga terdapat sebuah jambatan iaitu jambatan Sorihashi yang sangat fotogenik. Pantulan bayang-bayang di bahagian air yang terletak di bawah jambatan ini menambahkan lagi keindahannya.
Alamat: 2-9-89 Sumiyoshi, Sumiyoshi-ku, Osaka 558-0045, Osaka Prefecture
Waktu Operasi: 6.00am – 5.00pm | Okt – Mac (Dibuka Bermula 6.30am)
Bayaran: Percuma
2. Abeno Harukas
Bangunan pencakar langit di Osaka, Abeno Harukas ini mencecah ketinggian 300 meter, menjadikan ia bangunan yang tertinggi di negara Jepun. Tarikan yang paling menarik di bangunan ini adalah tak lain tak bukan, dek pemerhatiannya yang digelar Harukas 300. Harukas 300 ini terletak pada 3 tingkat tertinggi bangunan ini iaitu tingkat 58 hingga ke 60.
Kalau anda nak melihat pemandangan sekitar secara 360 darjah, anda boleh terus ke tingkat 60. Selain dek pemerhatian yang berada di ketinggian yang menakjubkan ini, Abeno Harukas turut memiliki tarikan lain seperti Abeno Harukas Art Museum dan ruangan taman di balkoni. Memang rugilah kalau tak ke sini!
Alamat: 1-1-43 Abenosuji, Abeno-ku, Osaka 545-0052, Osaka Prefecture
Waktu Operasi (Dek Pemerhatian): 9.00am – 10.00pm
Bayaran: 1500 Yen
1. Tenjin Festival (Tenjin Matsuri)
Festival yang telah wujud sejak 1000 tahun yang lalu, Tenjin Matsuri ini adalah sebuah festival bot yang terbesar di dunia. Festival yang diraikan di Osaka Tenmangu Shrine pada setiap musim panas ini meriah dengan pelbagai pertunjukan seni.
Yang menariknya, sewaktu festival ini, sekitar 3000 orang yang terlibat dalam perarakan akan mengenakan pakaian klasik abad ke-8 hingga abad ke-12. Mereka yang terlibat dalam perarakan ini akan menaiki 100 buah bot yang terletak berdekatan dengan jambatan Tenmabashi.
Bila tiba waktu senja pula, bunga api akan mula dinyalakan dan tidak berhenti sehinggalah pukul 9 malam. Dapat anda bayangkan kemeriahan ini?
Alamat: 2-1-8 Tenjinbashi, Kita-ku, Osaka City, Osaka Prefecture
Waktu Festival: 24 & 25 Julai (Mungkin Berubah)
Boleh ambil masa berhari-hari sebenarnya kalau nak senaraikan kesemua tarikan yang terdapat di Jepun ini. Cukup banyak! Semuanya memiliki keunikan masing-masing. Boleh pening kepala memikirkan mana nak tuju di Jepun ini.
Untuk memudahkan perjalanan anda sewaktu ke negara matahari terbit ini, rancanglah dengan awal destinasi-destinasi yang anda sekeluarga termimpi-mimpi untuk pergi. Bila dah rancang, barulah senang untuk bergerak dah sampai di sana nanti. Jangan buang masa lagi, mai kita melancong ke negara yang wow teknologinya ini!