12 Tempat Menarik Di Kluang (2023) | Jom Lihat Destinasi Terbaik Bandar Ketiga Terbesar Johor

Daerah Kluang merupakan salah satu daerah di Johor yang dikelilingi darat atau landlocked. Terletak di tengah-tengah negeri Johor, Kluang berkongsi sempadan dengan daerah-daerah lain di Johor.

Dikategorikan sebagai underrated, Kluang kini makin mendapat perhatian. Mari kami kongsikan 12 tempat menarik yang boleh anda lawati di Kluang.

12. UK Farm Agro Resort

UK Farm Agro Resort - Gambar Kambing Berkeliaran
Sumber: UKAgroResort

Dengan keluasan 100 ekar, UK Farm merupakan ladang ternakan kambing dan biri-biri terbesar di Malaysia. Di sini juga terdapat 20 ekar kebun buah-buahan.

Baca: 58 Destinasi Terbaik Di Johor

Di sini, anda dan keluarga dapat bergaul mesra dengan haiwan-haiwan ternakan dan Cuba aktiviti menggembala kambing. Ada juga horse riding atau tunggang kuda.

UK Farm Agro Resort - Gambar Ternakan dan kawasan ladang

Selain aktiviti bersama haiwan, mereka juga menyediakan aktiviti-aktiviti lain seperti membuat jus buah markisar, menanam secara hidroponik, dan unggun api. Untuk ketahui lebih lanjut, klik di sini.

Mereka juga menyediakan penginapan. Ada 2 jenis penginapan di sini, berbentuk chalet dan dormitory. Untuk maklumat lanjut tentang penginapan mereka, klik di sini. Destinasi serba lengkap dan menarik ini sering menjadi pilihan ramai. Jangan lepaskan peluang untuk ke sini jika anda ke Kluang.

Alamat: Plot 8, Projek Pertanian Moden Kluang, KM13 Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, Johor, Malaysia

Waktu Operasi: 9am-6pm setiap hari


11. Kluang Mall

Kluang Mall - Gambar Luar
Sumber: Kluang Map

Jangan sangka daerah Kluang ni tak ada pusat membeli-belah. Kluang Mall, terletak di pusat bandar Kluang.

Kluang Mall - Gambar Dalam
Sumber: Khairul Idham, Kee Ng, Subash Vesonathan, Am Am

Bukan sahaja jenama ternama seperti H&M, Uniqlo dan lain-lain ada di sini, malah wayang Golden Screen Cinema dan pusat bowling Ampang Bowl pon ada.

Alamat: Jln Rambutan, Taman Suria, 86000 Kluang, Johor


10. Galeri Terompah Mastor

Galeri Terompah Mastor - Gambar Mastor Membuat Topi Koboi
Sumber: Tourism Johor

Anda tahu apa itu terompah? Terompah ialah sejenis kasut atau sandal yang diperbuat dari kayu. Pada zaman dahulu, terompah sangat popular dan boleh digunakan untuk basahan atau kalau yang cantik sikit, sebagai kasut jalan.

Galeri Terompah Mastor - Gambar Dalam Workshop
Sumber: Tourism Johor

Terompah Mastor ini berusaha mengelakkan dan meneruskan seni reka terompah. Ada pelbagai jenis terompah yang dihasilkan dari kayu durian, kayu getah, kayu jati, kayu pulai dan kayu pine yang diimport. Terompah juga dihias dan diwarnakan dengan seni lukis yang cantik-cantik. Di sini, kraftangan lain juga ada untuk dijual sebagai cenderahati. Pastikan anda datang ke sini tau.

Alamat: Kg. Parit Hassan, Simpang Renggam, Kluang

Waktu Operasi: 8.30am-5.30pm


9. Gunung Lambak

Gunung Lambak - Gambar Papan Tanda Dibawah
Sumber: khadejazainal

Bagi yang mencari aktiviti yang lebih fizikal, boleh cuba hiking di Gunung Lambak. Ada 2 gunung dalam list ni, Gunung Lambak ini adalah yang rendah sedikit. Dengan ketinggian 510m sahaja, namun ada yang kata hiking di sini agak mencabar.

Gunung Lambak terletak dalam sebuah taman rekreasi. Masa 5-7 jam diperlukan untuk naik dan turun dari Gunung Lambak ini, terpulang kepada kudrat masing-masing.

Gunung Lambak - Gambar Jalan Naik Gunung dan Trail Trekking
Sumber: syrinx_boo, wannan2707, fousxi

Di kaki Gunung Lambak ini terdapat taman rekreasi air kecil di mana kanak-kanak dapat bermain. Waktu operasi taman air ni dari 9am-7pm. Harga tiket yang dikenakan pun sangat minima, RM5 untuk orang dewasa, RM3 untuk kanak-kanak dan percuma untuk warga OKU dan warga emas.

Alamat: Gunung Lambak Recreational Forest, 86000 Kluang


8. Gunung Belumut

Bagi fanatik hiking, Gunung Lambak mungkin tidak cukup mencabar. Cuba Gunung Belumut. Dengan ketinggian mencecah 1,010 meter persegi, ia akan mengambil lebih kurang 4 hingga 5 jam untuk naik dan 3 hingga 4 jam untuk turun.

Pemandangan dari summit sangat cantik. Namun, dinasihatkan sesiapa yang mendaki di sini untuk membawa windbreaker atau jaket kerana cuaca mungkin agak sejuk di atas. Terdapat 4 checkpoint sepanjang trail, jadi bolehlah berehat-rehat bila dah penat.

Gunung Belumut - Gambar Jalan Naik Dan Tapak Bermula
Sumber: rjn_azura, hoifarid, zulkarnain_mohdyusof, amazingtrekkersclub

Yang istimewanya Gunung Belumut ini, ialah pemandangan sepanjang trail yang penuh kehijauan. Ia terletak di dalam Hutan Simpan Kluang, jadi alam semulajadi di sini sangat terjaga. Ada juga air terjun di sini jadi bolehlah anda mandi dan menikmati picnic.

Alamat: Gunung Belumut Recreational Forest, 86000 Kulai, Johor

Waktu Operasi: 7am-6pm setiap hari

Bayaran Masuk: Masuk adalah percuma


7. Kluang Rail Coffee

Kluang Rail Coffee - Gambar Dalam Kedai
Sumber: Syahrul Sapri

Di Kluang ni ada satu kedai kopi yang akan membawa anda balik ke masa lampau. Macam time travel. Kluang Rail Coffee ni memang dikenali di Johor. Yang istimewa tentang kedai kopi ini bukan sahaja kopi lama authentic nya, malah kedainya juga sangat nostalgik.

Kluang Rail Coffee - Gambar Kopi dan Makanan Yang Ditawarkan
Sumber: OriginalKluangRailCoffee, Alric Tong

Kedai original Kluang Rail Coffee ini terletak di sebelah Station Keretapi Kluang. Duduk di kedai yang betul-betul sebelah dengan trek keretapi, anda akan dengar bunyi keretapi lalu, memang macam masa lampau.

Dengan hidangan kopitiam original seperti nasi lemak, roti bakar dan telur separuh masak, digandingkan dengan kopi panas, layan sungguh. Terdapat beberapa cawangan yang sudah dibuka di Kluang. Untuk mencari lokasi yang berdekatan, klik di sini. Tapi yang original tetap tiada tandingan.

Alamat: KTM, Jalan Station, 86000 Kluang, Johor

Waktu Operasi: 

IsninTutup
Selasa6.30am-6pm
Rabu-Ahad7am-6pm

6. La Dairy Goat Farm

La Dairy Goat Farm merupakan suatu taman haiwan ternakan. Haiwan-haiwan seperti kambing, lembu, ayam, itik dan lain-lain dapat dilihat di sini. Kanak-kanak pasti seronok. Ya lah, jarang sekali dapat tengok haiwan-haiwan dalam lagu “Old McDonald Had A Farm” mereka.

La Dairy Goat Farm - Gambar Dalam Ladang Dan Binatang Peliharaan
Sumber: Puvana SS, sherrysfootsteps, watiroses

Di sini, anda juga boleh membeli Susu kambing segar. Susu kambing sangat berkhasiat untuk kita. Selain dari mengekalkan tulang yang kuat, ia juga membantu melembapkan dan mencantikkan kulit. Susu kambing di sini tidak berbau kerana segar dari ladang.

Alamat: No. 160, Jalan Yap Tau Sah, Kampung Yap Tau Sah, 86000 Kluang, Johor

Waktu Operasi: 

Isnin-Jumaat8.30am-5pm
Sabtu8.30am-12pm
Ahad12pm-4.30pm

5. Zenxin Organic Park

Zenxin Organic Park - Gambar Sign Depan
Sumber: yuezhuzh

Sejak di buka pada tahun 2001, Zenxin Organic Park ini telah mengeluarkan bahan-bahan makanan organik buat penduduk Malaysia dan Singapura. Kini, mereka membuka pintu untuk orang ramai supaya dapat berkongsi ilmu tentang pemakanan sihat dan petua-petua bercucuk tanam.

Mereka menyediakan tour sekeliling taman dan anda dapat melihat bagaimana sayuran dan buah-buahan ditanam dengan penuh kasih sayang. Anda juga dapat melihat hasil-hasil tanaman yang ada di sini.

Zenxin Organic Park - Gambar Ladang Dan Kedai Serbaneka
Sumber: Goh Kong Ling, josephmosesgoh, Zenxin Organic Park

Mereka juga menyediakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti Organic Kitchen di mana anda boleh belajar konsep Farm to Table iaitu memasak hasil tanaman sendiri, Knock For Fun di mana dewasa dan kanak-kanak dapat memilih bunga-bunga dan menindihnya dengan sehelai kain lalu mengetuk untuk mengeluarkan warna alami dari bunga-bunga itu, dan banyak lagi. Memang tak rugi kalau datang ke sini.

Alamat: 25, Jalan Merdeka, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor

Waktu Operasi: 8.00am-5.00pm


4. Kluang Street Art

Kluang Street Art - Gambar Orang Sedang Menghargai Lukisan
Sumber: asz_lan

Fenomena street art atau lukisan mural jalanan yang bermula di Penang, dah sampai di Kluang. Ya, di Kluang pun ada street art. Sebahagian dari Laman Kreatif Kluang, Kluang Street art merupakan seni mural sepanjang 250 meter.

Kluang Street Art - Gambar Lukisan Jalanan Yang Dipamerkan
Sumber: jomtaralets

Lukisan-lukisan mural di atas dinding-dinding bangunan lama di sini berbeza-beza. Namun, tidak kurang cantiknya. Ada juga trick art di mana lukisan di atas dinding atau jalan raya nampak seolah-olah 3D. Kalau nak bergambar untuk followers-followers Instagram anda, di sini la lokasi terbaik.

Alamat: 25, Jalan Merdeka, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor


3. Laman Kreatif Kluang

Laman Kreatif Kluang - Gambar Jalan
Sumber: Ahmad Munzir

Laman Kreatif Kluang merupakan hub seni di Kluang. Selain Kluang Street Art yang kami sebutkan tadi, Laman Kreatif Kluang juga menempatkan Laman Pesona di mana hasil-hasil seni dari para pelukis dan artist Johor terpampang di bangunan-bangunan di sini.

Laman Kreatif Kluang - Gambar Seni Lukisan
Sumber: Jess yap

Di Laman Kreatif Kluang ini juga kebanyakan lukisan mural menceritakan keunikan budaya dan sejarah negeri Johor. Jika anda sukakan sejarah dan seni, marilah ke sini.

Alamat: 1956, Jln. Dato Kaptain Ahmad, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor


2. Kluang Container Hotel

Kluang Container Hotel - Gambar Depan Hotel
Sumber: kluangcontainerhotel

Jika anda mencari penginapan yang selesa di Kluang, bolehlah cuba Kluang Container Hotel. Penginapan berkonsep kontainer ini dilengkapi dengan kolam renang besar yang ada gelongsor air.

Kluang Container Hotel - Gambar Kolam Renang
Sumber: kluangcontainerhotel

Sesuai dijadikan tempat untuk family day atau majlis harijadi, Kluang Container Hotel ini juga mempunyai laman outdoor yang luas. Malah kalau dijadikan lokasi perkahwinan juga sangat cantik. Pastikan anda ikuti laman sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.

Alamat: Jalan Dua,Taman Bersatu, 86000 Kluang, Johor, Malaysia


1. Taman Tasik MPK Kluang

Taman Tasik MPK Kluang - Gambar Tasik
Sumber: Alex Quek

Taman riadah yang sesuai untuk semua golongan, Taman Tasik MPK Kluang ini menjadi tempat pilihan ramai untuk meluangkan masa dengan aktiviti sihat.

Sama ada anda ingin bersenam, jogging, atau sekadar membawa anak-anak bermain di taman permainan, Taman Tasik MPK Kluang boleh dikunjungi pada waktu pagi ataupun petang.

Taman Tasik MPK Kluang - Gambar Persekitaran Taman dan Aktiviti yang boleh dilakukan
Sumber: Alex Quek, Adi, Patrick Cheng, Razlan Omar, Azhar ishak

Fasiliti-fasiliti yang disediakan juga cukup lengkap. Berjogging mengelilingi tasik di sini membawa suasana yang santai dan aman. Malah, waktu malam pon boleh jogging.

Pada waktu malam, agak meriah di sini dengan gerai-gerai kecil yang dibuka. Untuk aktiviti sihat, santai dan relaks, bolehlah berkunjung ke Taman Tasik MPK Kluang.

Alamat: Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan, 86000 Kluang, Johor


Baca: 20 Tempat Menarik Di Batu Pahat

Itu dia, 12 tempat menarik di Kluang yang boleh anda lawati bila-bila anda berkunjung ke selatan tanah air. Pastinya, bila kita bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang, semua tempat jadi menarik.

4/5 - (5 votes)