19 Tempat Menarik Di Kota Tinggi (2023) | Temui Rahsia Masa Lampau Disini

Kalau bercakap tentang tarikan bersejarah di Malaysia, mesti ramai yang terbayangkan bandaraya Melaka. Jangan tak tahu, selain Melaka, Johor juga menyimpan khazanah peninggalan ratusan tahunnya sendiri.

Kalau ini yang anda cari, tempat yang perlu dituju adalah di Kota Tinggi, Johor. Berjarak 42 km dari Johor Bahru, Kota Tinggi bukan sahaja menjadi destinasi pilihan pencinta sejarah, tarikan lainnya seperti air terjun, kawasan pantai, taman buaya dan banyak lagi menjanjikan memori yang mustahil dapat dilupakan!

Tak percaya? Artikel ini pasti akan ‘memukau’ anda untuk menjadikan Kota Tinggi sebagai destinasi percutian yang akan datang. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih mendalam tentang tempat menarik di Kota Tinggi.

19. Kota Tinggi Firefly Park

Kota Tinggi Firefly Park
Sumber: Kota Tinggi Firefly Park, Elaine Tham

Salah satu tempat yang wajib anda lawati jika berkunjung ke Kota Tinggi ialah Taman Kelip-Kelip atau Firefly Park. Tarikan ini hanya dibuka pada waktu malam bagi anda menikmati keindahan lampu alam semulajadi yang datang dari kelip-kelip ini. Sebenarnya kalau anda nak tahu, kota tinggi ini memang secara alaminya menjadi habitat kepada haiwan ini. Ia bukannya dibela atau dibawa ke sini.

Di sini, anda akan dibawa menaiki bot Di sepanjang sungai yang dikelilingi dengan kelip-kelip. Dengan latar belakang langit gelap dihiasi bintang, digabungkan pula dengan suasana malam yang dihiasi dengan lampu kelip-kelip ini, memang sangat cantik dan istimewa. Sememangnya kanak-kanak juga akan teruja melihat kelip-kelip. Berikut adalah waktu cadangan ideal untuk menikmati firefly park ini:

Cruise Pertama-7.30pmWaktu terbaik melihat kelip-kelip
Cruise kedua-8.30pmKelip-kelip berkurangan 0-20%
Cruise ketiga-9.30pmKelip-kelip berkurangan 0-40%
Selepas 10pmSituasi istimewa sahaja

Alamat: Kota Tinggi Firefly Park, Jalan Kota Tinggi, Johor, 81900 Kota Tinggi, Johor, Malaysia

Waktu Operasi: 1pm-11pm (setiap hari)

Harga Tiket: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM12


18. Taman Eko Rimba, Panti Kota Tinggi

Taman Eko Rimba, Panti Kota Tinggi
Sumber: Lewis Mindy, Encik Joe

Hanya 9km dari Bandar Kota Tinggi, Taman Eko Rimba yang terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Panti menyediakan suatu pusat hiking dan beriadah untuk anda dan keluarga. Taman ini di bawah penjagaan Jambatan Perhutanan Negeri Johor. Jadi, sudah pasti ianya dijaga dengan baik.

Taman Eko Rimba ini memberikan ruang untuk para pendaki meneroka hutan simpan dan pengunjung lain untuk beriadah. Terdapat kawasan yang disediakan untuk aktiviti berkelah dan bersantai sambil menikmati keindahan alam sekitar. Di sini juga terdapat beberapa informasi yang disediakan bagi tujuan mendidik masyarakat tentang alam sekitar. Jangan lupa untuk singgah ke Taman Eko Rimba Panti bila berkunjung ke Kota Tinggi!

Alamat: 81900 Kota Tinggi, Johor, Malaysia

Waktu Operasi: 8am-5pm (setiap hari)

Bayaran Masuk: Percuma


17. Gunung Panti

Gunung Panti Kota Tinggi
Sumber: Gunung PANTI

Berketinggian mencecah sehingga 485 meter, Gunung Panti adalah sebuah tarikan alam semula jadi yang terkenal sebagai lokasi untuk memerhati burung dari pelbagai spesies berbeza.

Untuk menuju ke puncak gunung ini, anda perlu melalui denai yang telah tersedia. Apa-apa pun, jangan lupa untuk memakai pakaian yang sesuai dan sentiasa berhati-hati dengan kehadiran pacat!

Baca: 11 Pulau Di Johor Yang Menarik

Masa yang diambil untuk mendaki puncak ini adalah dalam sekitar dua setengah jam. Manakala untuk turun dari puncak bukit pula adalah dua jam.

Mantapkan stamina dulu sebelum merancang untuk menakluki gunung ini. Percayalah, segala jerih-perih yang dilalui sepanjang perjalanan akan terbayar sebaik menikmati pemandangan indah seluas 360 darjah yang terpampang di depan mata.

Alamat: Hutan Rekreasi Gunung Panti, Gunung Panti 81900 Johor


15. Air Terjun Kota Tinggi

Syoknya kalau dapat berehat-rehat menghirup udara segar sambil mendengar bunyi aliran air masa cutikan? Anda dapat menikmati kedamaian ini sekiranya melawati Air Terjun Kota Tinggi.

Terletak hanyalah 15 km dari Pekan Kota Tinggi, kawasan Air Terjun Kota Tinggi ini turut lengkap dengan gelongsor buatan manusia yang dapat menambahkan keseronokan tak ubah macam berada di taman tema air. Seharian di kawasan air terjun ni masih tak puas lagi? Anda boleh menyewa bilik di resort yang terdapat di sini.

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Kota Tinggi

Selain bermandi-manda, aktiviti lain yang boleh anda rancang untuk lakukan adalah berkelah dan juga berbabeku.

Alamat: Air Terjun Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor


14. Pantai Desaru

Pantai Desaru adalah sebuah destinasi indah yang menggoda jiwa ramai orang bukan sahaja dari Malaysia sendiri, tapi juga pelancong dari Singapura.

Bukan sekadar tempat untuk anda menikmati pemandangan mempesonakan, tapi juga kerana di sinilah anda dapat memuaskan jiwa untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik lain  bagi mengisi masa lapang bersama keluarga.

Antara aktiviti yang terkenal di sekitar kawasan pantai ini adalah river cruise, bermandi-manda, memancing dan banyak lagi!

Alamat: Pantai Desaru, Benut, 81900 Kota Tinggi, Johor


13. Muzium Nelayan

Muzium Nelayan Tanjung Balau
Sumber: Aliem M Zain

Hari-hari makan makanan laut, tapi masih tak dapat membayangkan bagaimana hasil-hasil ini dibawa ke darat? Segalanya didedahkan di Muzium Nelayan yang terletak di Tanjung Balau, Kota Tinggi yang juga tidak jauh dari kawasan yang dahulunya merupakan sebuah perkampungan nelayan.

Antara barangan yang dipamerkan adalah seperti jaring, model-model kapal, diorama, filem, poster dan banyak lagi. Bukan selalu dapat peluang melihat pameran selengkap ini tentang dunia nelayan yang ramai tak tahu!

Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Galeri Nelayan yang mempamerkan kehidupan seorang nelayan tradisional, kepercayaan tahyul mereka dan sebagainya.

Seterusnya adalah Galeri Geologi yang mempamerkan lebih daripada 100 jenis batuan. Galeri Lautan yang akan mendedahkan anda tentang navigasi di lautan, komunikasi dan keselamatan. Akhir sekali adalah Galeri Kapal Karam Desaru yang mempamerkan informasi berkaitan kapal-kapal karam di kawasan setempat.

Alamat: Tanjung Balau, 81930 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)

Bayaran Masuk: RM4


12. Koref Desaru Leisure Farm

Koref Desaru Leisure Farm Kota Tinggi
Sumber: Tam Chow Meng

Baru sahaja dibuka kepada orang ramai pada tahun 2016, Koref Desaru Leisure Farm yang terletak di dalam Desaru Ecological Park ini adalah sebuah tarikan yang dapat membuatkan anda terlupa akan kehidupan di kota.

Antara tarikan yang terdapat di sini adalah pondok-pondok atas pokok, kawasan tanaman padi berteres, tasik untuk memancing dan menaiki bot, tempat berflying fox dan banyak lagi!

Alamat: Lot 1722, Kampung Sedili Kechil, 81910 Sedili Kechil, Johor


11. Kebun Buah Desaru

Kebun Buah Desaru adalah sebuah kebun buah-buahan yang berkeluasan 100 ekar. Yang menariknya, anda bukan dapat datang ke sini sekadar untuk melihat buah-buahan yang tumbuh pada pokok, tapi juga boleh memetik buah-buah yang ada di samping memempelajari banyak perkara tentang kesemua buahan tropika yang ada di sini.

Selain kebun buah, Kebun Buah Desaru juga memiliki tanaman 10 spesies tumbuhan lain, zoo, kolam ikan koi dan lain-lain lagi.

Alamat: Sungai Chemaran, Desaru, Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30 am – 6.00 pm)


10. Desaru Ostrich Farm

Nak lihat burung unta di depan mata? Di sinilah syurga burung unta yang wajib anda sekeluarga lawati sekiranya berada di Kota Tinggi.

Desaru Ostrich Farm bukanlah sebuah ladang yang biasa, kerana di dalam ladang ini terdapat lebih daripada 300 ekor burung unta yang ketinggiannya lebih tinggi daripada manusia!

Baca: 50 Destinasi Pelancongan Menarik Di Johor

Anak-anak pasti seronok sebab bukan sahaja dapat tengok burung eksotik ini dengan dekat, tetapi berpeluang untuk belajar banyak perkara tentang spesies unik ni di samping memberi mereka makanan.

Dah penat-penat tu, jangan balik dulu! Anda wajib singgah ke kedai cenderamata yang dibuka di ladang ni, ada banyak barangan berasaskan burung unta yang boleh anda temui. Antara barangannya adalah kasut, beg, minyak, dompet, dan bermacam-macam lagi.

Alamat: EMR 15, Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 6.00 pm)


9. Sungai Lebam

Tiada yang lebih romantik daripada pengalaman melihat kelip-kelip bersama yang tersayang. Pemandangan indah penuh magikal ini dapat anda nikmati sekiranya meluangkan waktu malam di Sungai Lebam.

Tapi ingat, semasa berada di sini, jangan sesekali melakukan bunyi bising atau mengambil gambar dengan flash kalau tak nak serangga bercahaya ni lari. Waktu yang terbaik untuk datang ke sini adalah sekitar 1 ke 4 jam selepas matahari terbenam.

Alamat: Sungai Lebam, 81930 Bandar Penawar, Johor

Waktu Melihat Kunang-Kunang: 8.00 pm – 11.00 pm


Baca: 11 Pulau Di Johor Untuk Pengembaraan Pulau Yang Luarbiasa

8. Firefly Valley Leisure Park

Selain di Sungai Lebam, satu lagi lokasi menarik untuk anda melihat cahaya ‘ajaib’ kunang-kunang atau kelip-kelip ini adalah dengan melawati Firefly Valley Leisure Park yang terletak di Jalan Jemaluang. Apa salahnya pergi ke dua-dua lokasi untuk pengalaman unik ni, betul tak?

Alamat: Jalan Jemaluang, 81900 Kota Tinggi, Johor

Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-Kanak RM12


7. Taman Buaya Teluk Sengat

Taman Buaya Teluk Sengat adalah taman buaya yang terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 1000 ekor buaya. Nak tahu usia buaya yang paling tua di sini? Usianya dah mencecah lebih daripada 150 tahun!

Kalau anda nak tahu, kebanyakan buaya yang ada di sini adalah daripada spesies buaya air tawar (Crocodylus Porosus). Semakin jauh anda teroka taman buaya ni, semakin besar saiz buaya yang dapat dilihat.

Untuk menjadikan lawatan ke taman buaya ni lebih bermakna, anda boleh ke tepi air untuk ‘mengacau’ buaya yang ada. Ada berani?

Alamat: Lot 128 & 1290, Jalan Sembilan, Kampung Belading, Teluk Sengat, 81940 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM8 | Kanak-Kanak RM4


6. Muzium Kota Tinggi

Muzium Kota Tinggi
Sumber: Chongkian

Muzium Kota Tinggi adalah sebuah muzium yang telah dibina pada tahun 1997 dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 2002.

Dengan melawati muzium ini, anda sekeluarga dapat mendalami banyak perkara tentang sejarah kesultanan Johor bermula selepas daripada kejatuhan kesultanan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511.

Dah melawat Kota Tinggi, mesti terasa nak tahu sejarahnya kan? Dalam muzium ini, anda dapat mengetahui pelbagai info tentang betapa pentingnya Kota Tinggi semasa zaman kesultanan Johor yang lampau.

Alamat: Kampung Makam, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9.00 am – 4.00 pm) | Jumaat Tutup

Bayaran Masuk: Percuma


5. Muzium Kota Johor Lama

Muzium Kota Johor Lama adalah sebuah muzium kecil yang mempamerkan sejarah tentang kubu pertahanan tempatan pada abad ke-16 serta sejarah Johor dari awal pertubuhannya sehinggalah ia menjadi pusat perdagangan dan pertembungan budaya.

Yang menariknya, muzium ini terletak dalam struktur binaan istana tradisional yang diinspirasikan daripada kerajaan Johor Lama.

Alamat: Kampong Johor Lama, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)

Bayaran Masuk: Percuma


4. Gunung Muntahak

Gunung Muntahak Kota Tinggi
Sumber: Travel Wander

Lebih tinggi daripada Gunung Panti, sekiranya ekspedisi pendakian Gunung Panti masih tidak dapat memuaskan jiwa lasak anda, gunung seterusnya yang boleh ditawan di sini adalah Gunung Muntahak yang berketinggian 713 meter ataupun 2,339 kaki!

Pendakian untuk menuju ke puncaknya bermula daripada tingkat yang ke-7 daripada air terjun 10 tingkat Ulu Sungai Tengkil. Untuk ke tingkat 7 air terjun ini, anda boleh melalui trek yang disediakan di bahagian kiri air terjun.

Alamat: Gunung Muntahak, Hutan Rekreasi Gunung Panti, 81900, Johor


3. Teluk Mahkota

Teluk Mahkota Kota Tinggi
Sumber: @hayati.chap

Teluk Mahkota atau nama lamanya ketika zaman penjajahan dahulu, Jason’s Bay adalah sebuah kawasan pantai yang terkenal dalam kalangan pelancong kerana keindahan pemandangan Laut China Selatannya.

Di kawasan pantai yang berkepanjangan 12 km ini anda boleh melakukan aktiviti seperti berkelah, berenang atau sekadar bersantai menikmati pemandangan yang disajikan sambil menghirup udara yang menyegarkan.

Alamat: Teluk Mahkota, 81900 Kota Tinggi, Johor


2. Kampung Makam

Kampung Makam Image
Sumber: Chongkian

Terletak tidak jauh dari pekan Kota Tinggi adalah Kampung Makam yang menempatkan banyak makam-makam yang penting dalam sejarah Johor. Salah satu makam yang terkenal di sini adalah makam Sultan Mahmud yang merupakan pemerintah Johor yang ke-10.

Baca: 21 Destinasi Terbaik Di Mersing

Tidak jauh dari makam ini, terdapat kawasan perkuburan muslim yang menempatkan makam Tun Habab yang pernah menjadi Bendahara Johor. Makam terkenal yang lain adalah seperti makam Tauhid dan makam Dagang.

Kawasan perkampungan yang telah wujud sejak 1900 ini cukup terkenal dalam kisah sejarah Melayu. Kalau anda ingin tenggelam dalam dunia lama Johor, di sinilah lokasi yang patut anda jejaki.

Alamat: Kampung Makam, 81900 Kota Tinggi, Johor


1. Bangunan Sultan Iskandar

Bangunan Sultan Iskandar
Sumber: Jpatokal

Pencinta infrastuktur yang luar biasa? Anda pasti akan teruja bila melihat Bangunan Sultan Iskandar yang terletak di Tambak Johor – Singapura ni!

Berlokasi di salah satu jalan masuk ke Malaysia di sempadan Malaysia – Singapura, bangunan yang dinamakan sempena Almarhum Sultan Iskandar Johor ini memiliki keluasan sehingga 232.237 meter persegi.

Bangunan ini digunakan sebagai kompleks imigresen, kastam dan kuarantin (CIQ) di Johor. Dengan keluasannya yang begitu besar, kompleks ini merupakan kompleks CIQ yang terbesar di Malaysia!

Alamat: Bangunan Sultan Iskandar, Pekan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor


Bagaimana? Banyak tempat menarik di Kota Tinggi ni kan? Dari tarikan alam sekitar yang mengujakan jiwa hinggalah kepada peninggalan  bersejarah yang mencecah usia ratusan tahun, Kota Tinggi dapat memberikan pengalaman percutian yang cukup bermakna untuk anda sekeluarga.

Dah tahu nak ke mana dan penginapan pun dah dipilih, gunakan masa yang ada ni untuk tingkatkan stamina anda supaya bertenaga untuk menerokai semua tarikan yang ditawarkan di sini. Kalau tenaga dah mantap, barulah boleh menawan puncak-puncak gunung di Kota Tinggi ni!

Baca: 25 Hotel Bajet Di Johor Bahru

Masih tak puas hati dengan senarai hotel yang kami bagi? Anda boleh layari laman web booking.com untuk melihat lebih banyak penginapan lain dalam tawaran harga yang terbaru.

Jangan buang masa lagi, settlekan booking dan perancangan anda cepat-cepat, ada banyak lagi destinasi hebat lain untuk anda explore di sekitar Malaysia ni! Selamat bercuti ke Kota Tinggi!

4.4/5 - (25 votes)