71 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur (2023) | Destinasi Terbaik Di Ibu Kota

Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur merupakan sebuah kota yang hidup tidak kira siang atau malam. Di sekitar kota ini ada sahaja yang menarik untuk dilakukan tak kisahlah secara percuma atau berbayar, tua ataupun muda, rajin tak rajin nak discover je sebenarnya.

Sangat banyak aktiviti menarik untuk dibuat di bandaraya yang bertaraf dunia ini. Dari aktiviti yang lasak ke aktiviti yang santai, banyak yang sesuai untuk dilakukan bersama keluarga. Di sini, kami senaraikan 71 tempat menarik di Kuala Lumpur untuk dilawati, jangan buang masa lagi, jom kita terokai kota yang penuh warna-warni ini!

71. 99 Wonderland Park

99 wonderland park kuala lumpur Taman Tema
Sumber: 99WonderlandPark

Terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, taman rekreasi seluas 23 ekar ini menjanjikan satu percutian keluarga yang interaktif. Taman ini memiliki beberapa jenis haiwan liar, petting zoo dan tempat untuk bergambar!

Di sini anda boleh mengenal beberapa haiwan liar tempatan dan juga luar negara. Haiwan tempatan yang dipamerkan antaranya tapir malaya dan beruang matahari. Selain itu terdapat juga ladang rusa, burung unta, taman burung, burung merak, buaya tembaga dan ular. Bagi yang mempunyai anak kecil, arca gergasi dinosaur setinggi 3.5 meter pasti akan membuatkan mereka teruja.

Lanskap di sini juga sangat cantik dengan Magical Bridge, Broadwalk, 2 Colourful Water Fountains, Golden Waterfall, 12 zodiac Walkway dan Sky Fountain with Koi Fish. Anda disarankan untuk datang pada waktu malam kerana taman ini akan dipenuhi dengan limpahan cahaya lampu LED yang sangat cantik. Bolehlah anda abadikan gambar kenangan atau OOTD di sini.

Taman ini juga menawarkan perkhidmatan bot pelayaran yang boleh memuatkan 26 penumpang dalam satu masa. Bot ini akan menyusuri tasik disekeliling habitat yang terdapat di sini.

Untuk sampai ke sini juga mudah. Jika anda dari Kuala Lumpur, anda perlu melalui Jalan Kuching menghala ke Rawang. Masuk susur sebelah kiri selepas papan tanda 99 Wonderland Park. Dari arah utara pula (Rawang), anda perlu melalui jejambat menuju terus ke taman rekreasi ini.

Baca Review Penuh: 99 Wonderland Park

Harga Tiket:

  • Dewasa (12 – 59 tahun): RM30
  • Kanak-kanak: RM18
  • Warga Emas: RM18
  • Dewasa (OKU): RM18
  • Kanak-kanak (OKU): RM9

*Harga tiket berbeza mengikut hari dan sesi. Amaun yang dipamer di bawah merupakan harga paling minimum. Anda disaran menempah tiket di laman web 99 Wonderland Park.

Alamat: Jalan 13a, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor


70. Muzium Telekom

Muzium Telekom - Kuala Lumpur
Sumber: Mohd Tamizi

Muzium Telekom adalah sebuah muzium yang terletak di dalam bangunan yang pada suatu ketika dulu pernah menjadi tempat di mana ibusawat telefon manual diletakkan dan ruangan bawah tanahnya pula terdapat kabel-kabel untuk peralatan komunikasi.

Kini, fungsinya telah berubah menjadi Muzium Telekom. Telah mencapai usia hampir seabad, bangunan yang dibina pada tahun 1928 ini telah diwartakan sebagai mercu tanda bersejarah oleh Arkib Negara Malaysia.

Bangunan 3 tingkat ini terletak di persimpangan Jalan Gereja dan Jalan Raja Chulan, KL. Dari segi reka bentuknya, bangunan klasik ini memiliki pengaruh gaya seni bina Greek. Bukan sekadar memiliki reka bentuk yang menarik dan antik, muzium ini sendiri sungguh menarik untuk dilawati kerana di sinilah anda dapat melihat perkembangan teknologi telekomunikasi yang pernah dilalui dunia, dari kod morse hinggalah kepada teknologi komunikasi digital.

Nak bersantai sekejap sebelum membuka langkap ke destinasi lain di KL? Anda boleh chill di zon wifi yang terletak di tingkat atas, di sini terdapat banyak tempat duduk dan iPad yang boleh digunakan.

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Cuti Umum (9.00 am – 5.00 pm)

Harga Tiket: Dewasa RM6 | Kanak-Kanak RM3

Alamat:  Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


69. Pavilion KL

Pavilion Kuala Lumpur
Sumber: Pavilion Kuala Lumpur

Dibuka pada tahun 2007, Pavilion KL adalah sebuah kompleks berkeluasan 1.37 juta kaki persegi yang menawarkan pengalaman membeli-belah outdoor dan indoor kepada para pengunjung. Bukan sekadar kompleks membeli-belah, Pavilion KL juga menempatkan blok pejabat dan dua buah menara residen.

Dengan tapak yang sebegini luas, sudah semestinya pilihan kedai yang ada tak terkira banyaknya, ya, bukan sikit, tapi mencecah 450 buah kedai! Memang tak cukup sehari untuk habis melihat semuanya. Ingin berhibur? Anda boleh berkaraoke di Red Box atau menonton movie terbaru di Golden Screen Cinemas.

Berhadapan dengan ruang masuk utama Pavilion KL terdapat pancuran air Liuli Crystal yang tertinggi di Malaysia. Kalau dah sampai ke sini nanti, jangan lepaskan peluang untuk bergambar pula ya?

Alamat:  Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur


68. Taman Tugu

Taman Tugu Kuala Lumpur
Sumber: Jamaludin Yusof

Rasa lemas diselubungi dengan bangunan-bangunan yang tinggi di tengah kota? Tak perlulah membawa diri jauh dari KL, anda hanya perlu set dalam waze untuk ke Taman Tugu. Jangan terkejut, lokasi rimba hijau ini rupa-rupanya masih lagi di tengah-tengah bandaraya KL.

Laluan berjalan kakinya dikelilingi oleh kehijauan pokok-pokok yang tumbuh mekar. Lengkap dengan pelbagai fasiliti, di sepanjang ruang berjalan kaki terdapat banyak tempat duduk dan buaian untuk anda bersantai sambil memejamkan mata dan menhirup udara segar. Bagi yang berkerusi roda, jangan risau, anda boleh menggunakan laluan khas bercat ungu yang disediakan dengan penuh keselesaan.

Mengenai kemudahannya, taman ini lengkap dengan surau dan tandas yang bersih. Ruang untuk berkelah juga cukup banyak. Sekiranya anda datang pada waktu pagi, bolehlah bersarapan dengan membeli makanan daripada food truck yang ada.

Alamat: Taman Tugu PT88, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur, 50480


67. Suria KLCC

Suria KLCC KL
Sumber: Javier Gonzales

Suria KLCC adalah pusat membeli-belah yang merupakan sebahagian daripada bangunan KLCC. Dari mall ini, anda dapat menyaksikan pemandangan di sekitar Taman KLCC dan juga Lake Symphony.

Secara keseluruhannya, terdapat lebih daripada 380 buah lot kedai. Selain kedai jualan, di dalam bangunan yang sama juga turut menempatkan beberapa buah tarikan popular dalam kalangan pelancong di KL seperti Aquaria KLCC, Galeri Petronas, Petrosains dan Dewan Filharmonik Petronas.

Alamat:  Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


66. Masjid Jamek

Masjid Jamek Kuala Lumpur
Sumber: Louis Ng

Masjid Jamek atau nama rasminya Masjid Jamek Sultan Abdul Samad adalah salah satu daripada bangunan masjid yang tertua di Kuala Lumpur.

Gaya seni bina masjid ini telah direkabentuk oleh Pemangku Arkitek KL pada ketika itu iaitu Arthur Benison Hubback (A. B. Hubback) yang mendapat inspirasi daripada gaya seni bina India Muslim Mughal. Untuk pengetahuan anda, selain Masjid Jamek, A. B. Hubback juga merupakan arkitek sama yang terlibat dalam projek pembinaan stesen keretapi Kuala Lumpur dan Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar.

Masjid klasik ini memiliki 3 buah kubah yang mana kubah yang terbesarnya mencapai ketinggian sehingga 70 kaki. Ruang solat di dalam masjid ini terletak di bawah kubah-kubah yang besar ini.

Selepas pembukaan rasminya pada tahun 1909, masjid ini telah menjadi masjid utama di KL sehinggalah terbinanya Masjid Negara pada tahun 1965.

Alamat: Jalan Tun Perak, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


65. Plane in the City

Plane In The City Kuala Lumpur
Sumber: Daniel Tan

Untuk pengalaman percutian atau keseronokan hujung minggu yang mustahil dapat dilupakan, anda boleh merancang untuk melawat Plane in the City. Di sini, anda berpeluang untuk merasai pengalaman ‘menaiki’ kapal terbang Boeing 737.

Bukan sekadar untuk dilihat, pakej yang ditawarkan adalah termasuk dengan hidangan untuk dinikmati di ruangan dalamnya, ya, Plane in the City adalah satu-satunya restoran dalam kapal terbang yang wujud di Malaysia.

Setiap sesi di Plane in the City ini adalah berjangkamasa 1.5 jam yang mana sepanjang berada di sini anda berpeluang untuk berjalan di atas sayap kapal (Wing Walk), memasuki ruang kokpit di mana anda boleh bergaya seolah-olah juruterbang dan menikmati hidangan mewah. Jangan risau, makanan yang disediakan memiliki status Halal.

Ingin membawa si kecil menikmati pengalaman di sini? Pastikan mereka berusia sekurang-kurangnya 6 tahun. Mengenai pakej-pakej yang ditawarkan, anda boleh memilih sama ada Economy Class (RM259/pax), Business Class (RM499/pax) atau First Class (RM999/pax).

Alamat:  231, Bukit Bintang Street, Imbi, 55100 Kuala Lumpur


64. Tugu Negara

Tugu Negara Kuala Lumpur
Sumber: Tugu Negara

Bukan mudah untuk mencapai kemerdekaan, banyak nyawa yang telah terkorban demi mempertahankan negara. Untuk menghargai jasa pahlawan-pahlawan yang tidak gentar mempertaruhkan nyawa demi tanah air ini, Tugu Negara telah dibina.

Bila dilihat dengan teliti, di atas batu asas tugu ini terdapat tujuh ukiran tembaga manusia untuk melambangkan tujuh perkara iaitu pengorbanan, kepimpinan, perpaduan, kewaspadaan, kesengsaraan, kekuatan dan keberanian.

Tugu Negara cukup menarik untuk dilawati bersama anak-anak kecil untuk mendidik mereka berkaitan dengan jerih-perih yang dilalui sebelum negara mencapai kemerdekaan. Setelah selesai sesi lawatan sambil belajar dengan anak-anak di sini, anda sekeluarga boleh meneruskan aktviti dengan melawat Taman Tasik Perdana yang hanyalah beberapa tapak dari tugu ini.

Alamat: Jalan Parlimen, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


63. Taman Tasik Permaisuri

Taman Tasik Permaisuri - Kuala Lumpur
Sumber: Taman Tasik Permaisuri

Hanyalah 6 km dari pusat bandar, Taman Tasik Permaisuri adalah sebuah kawasan taman dalam bandar yang mula dibangunkan pada tahun 1984.

Berkeluasan 49.4 hektar ataupun 122 ekar, pembukaannya telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultanah Zanariah, D.K Raja Permaisuri Agong ke-8 dan dibuka kepada orang awam pada tahun 1989.

Di sini, anda dapat menikmati ketenangan dalam dunia semula jadi di mana terletaknya tasik yang luas, sambil berlindung di bawah pohon-pohon rendang.

Mengenai fasilitinya, taman tasik ini lengkap dengan gelanggang futsal, taman permainan kanak-kanak, gazebo, surau, trek jogging, khidmat sewaan basikal, tandas awam dan sebagainya.

Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 8.00 pm)

Alamat: Taman Tasik Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur


62. Dinner In The Sky Malaysia

Dinner In The Sky Kuala Lumpur
Sumber: Dinner In The Sky

Untuk pengalaman restoran yang unik, selain daripada apa yang ditawarkan oleh Plane in the City, anda juga boleh mencuba Dinner in the Sky Malaysia andai kata tak kisah untuk berbelanja lebih demi mencipta memori terindah bersama yang tersayang.

Seperti namanya, “Dinner in the Sky,” anda dapat menikmati hidangan di atas meja dan kerusi yang tergantung pada ketinggian 50 meter. Bayangkanlah hasil foto yang boleh anda perolehi dari pengalaman ni, cool habis!

Rasanya, walau sedap macam mana sekali pun hidangan yang disediakan, berkemungkinan besar mustahil untuk anda khusyuk menikmati makanan disebabkan pemandangan yang dapat disaksikan dari sini yang terlampau mengujakan. Apatah lagi bila ditemani dengan alunan muzik yang sedap didengar, kalau boleh, setiap bulan nak rasa pengalaman yang sama.

Bagi yang datang untuk hidangannya pula, jangan risau, rasanya tidak mengecewakan. Mana tidaknya, hidangan yang bakal anda nikmati di sini disediakan oleh seorang chef daripada sebuah hotel  bertaraf 5 bintang. Sebagai info, Dinner in the Sky menyediakan tempat untuk 22 orang tetamu, seorang chef, seorang pelayan dan seorang penghibur pada satu-satu masa.

Waktu Operasi: 4.00 pm – 12.00 am

Alamat: 231, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 55100


61. District 21

Sumber: District 21

Keluasan playground ‘orang dewasa’ District 21 yang terletak di IOI Mall Putrajaya ini adalah 70,000 kaki persegi, bayangkan betapa banyaknya aktiviti interesting yang berlaku di satu tapak yang sama ni.

Kalau anda suka menonton American Ninja Warrior ataupun Fear Factor dan sudah lama teringin nak merasa sendiri bagaimana nervous dan syoknya buat semua ni, District 21 adalah lokasi yang sempurna!

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh anda buat untuk mengepam adrenalin anda adalah seperti Sky Trail, The Maze, Power Station untuk mencuba wall climbing, Roller Glider untuk merasai pengalaman ber’flying fox’, Go Pedal untuk bermain go kart, Pump Track untuk bermain basikal, skuter ataupun skateboard, Launch Pad untuk anda yang suka bermain trampolin tapi ini versi yang gempak punya, Free Fall, Low Ropes dan akhir sekali Tubby Ride.

Semuanya membuatkan jantung anda berdetak laju. Kalau anda datang bersama anak-anak kecil, jangan risau sebab terdapat juga permainan yang disediakan untuk mereka di mini playground dan juga carousel.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (12.00pm – 8.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah (10.00am – 8.00pm)

Harga Tiket: Isnin – Jumaat RM58/pax | Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah RM75/pax

Alamat: District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya


Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Kuala Lumpur


60. Taman Burung Kuala Lumpur

Taman Burung Kuala Lumpur
Sumber: KL Bird Park

Banyak tarikan yang terdapat di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur, dan salah satunya adalah Taman Burung ini dengan tapak yang berkeluasan 20.9 ekar. Di sini, anda dapat melihat sangkar habitat burung-burung yang eksotik yang didatangkan daripada seluruh dunia.

Taman Burung Kuala Lumpur ini terbahagi kepada 4 zon yang berbeza. Anda dapat melihat burung-burung berterbangan bebas dalam Zon 1 dan Zon 2, di Zon 3 pula merupakan habitat bagi burung-burung enggang, dan di zon yang terakhir sekali iaitu Zon 4 adalah tempat pertunjukan burung dan juga tempat pembiakannya.

Lagi satu sebab kenapa anda kena melawat Taman Burung Kuala Lumpur ini adalah kerana ia merupakan yang terbesar di dunia. Pencinta burung tunggu apa lagi?

Baca: Taman Burung Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari Termasuk Cuti Umum & Cuti Sekolah (9.00am – 6.00pm)

Harga Tiket: Dewasa Warganegara: RM25, Biasa: RM63| Kanak-kanak (3-11 Tahun) Warganegara: RM12, Biasa: RM42

Alamat: KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur


59. Petrosains

Petrosains Kuala Lumpur
Sumber: Chinnian

Dengan keluasan 7,000 kaki persegi, banyak sekali yang dapat anda dan keluarga terokai di Petrosains ini. Antara pameran yang terdapat di sini adalah Dark Ride (persembahan audio visual dari zaman pra-sejarah sehingga ke zaman moden di Malaysia), Space (pameran tentang sains angkasa lepas), Speed (pameran kereta Formula 1), Molecule Nano World, 3D Theatre dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Selasa –  Jumaat (9.30am – 5.30pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (9.30am – 6.30pm) | Isnin Kecuali Cuti Umum dan Cuti Sekolah (Tutup)

Harga Tiket: Dewasa MyKAD: RM19.60, Biasa: RM29.70 | Kanak-kanak 3-12 Tahun MyKAD: RM7.95, Biasa: RM17.50 | Kanak-kanak 2 Tahun & Kebawah Percuma | Warga Emas MyKAD: RM9.50, Biasa: RM14.80

Alamat: Level 4, Suria KLCC, PETRONAS Twin Towers, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan


58. Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara Bukit Kiara
Sumber: psn.gov

Pusat Sains Negara ini dibuka pada tahun 1996 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Pameran sains di sini dibahagikan kepada beberapa bahagian berbeza mengikut tema.

Konsep yang digunakan di Pusat Sains Negara adalah untuk menghubungkan penemuan saintifik dengan alam sekitar, nilai-nilai agama, ilmu dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan aplikasinya dalam kehidupan seharian manusia.

Bagi anda yang tak begitu meminati subjek sains pun pasti akan teruja dengan cara-cara info sains dan teknologi disampaikan kepada pelawat di pusat sains ini yang penuh dengan kreativiti.

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9.00am – 5.00pm)

Harga Tiket: Dewasa: RM6 | Kanak-Kanak: RM3 | OKU: Percuma

Alamat: National Science Centre, Ministry of Science, Technology and Innovation, Persiaran Bukit Kiara, 50662 Bukit Kiara, Kuala Lumpur


57. Platenarium Negara

Tangga Depan Planetarium Negara Malaysia
Sumber: Typing El

Lokasi Planetarium Negara ini adalah di Taman Tasik Perdana, dari jauh lagi anda dapat melihat rekabentuk bangunan ini yang begitu unik sekali hasil gabungan seni bina Islam dan futuristik.

Bangunan yang unik ini adalah salah satu daripada destinasi yang sangat menarik untuk dilawati untuk pengalaman mengembara ke angkasa, lain daripada yang lain bukan?

Di sini terdapat persembahan video di space theater yang mengujakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Selain daripada itu, terdapat galeri sains angkasa yang mempamerkan enjin Arianne IV yang digunakan untuk melancarkan MEASAT 1.

Kemasukan untuk ke galeri sains ini adalah percuma. Jika anda ke dek pemerhatian atau observatory terdapat teleskop yang bersaiz 14 inci. Sangat menarik untuk dilawati bersama keluarga untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan saintifik berkaitan angkasa.

Waktu Operasi: Tayangan Bermula Pada Jam 10.00 am Hingga 4.00 pm. (Kecuali Jumaat – Tiada Tayangan Pada Jam 1.00 – 2.00 pm)

Harga Tiket (Tayangan Planetarium): Dewasa MyKAD: RM6, Biasa: RM12 | Kanak-kanak MyKID:RM4,Biasa: RM8

Alamat: Planetarium Negara, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, 53, Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur


56. Berjaya Times Square

Berjaya Times Square
Sumber:: IQ Remix

Merupakan bangunan kesembilan yang terbesar di dunia dengan 700,000 kaki persegi, Berjaya Times Square menempatkan lebih daripada 1000 kedai. Kalau anda nak shopping di sini, sehari memang tak cukup untuk ke semua kedai yang ada di sini.

Harga-harga pun bermacam-macam, ada murah, ada mahal, boleh rambang mata kalau bershopping di sini. Kedai makan pula terdapat dalam 65 buah untuk dipilih mengikut selera anda.

Yang bestnya lagi, dalam pusat membeli-belah ini juga terdapat taman tema indoor yang memiliki banyak permainan yang menyeronokkan termasuklah roller coaster, ya, roller coaster di dalam bangunan, cukup menarik bukan?

Alamat: Berjaya Time Square, No. 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur


Baca: 73 Destinasi Menarik Di Selangor


55. Petaling Street

Pintu Gerbang Masuk Petaling Street Kuala Lumpur
Sumber: @db.fajardo

Percutian yang paling heaven adalah bila dapat berjalan-jalan sambil bershopping dalam harga bajet. Kalau ini yang anda ingin lakukan, luangkan masa untuk menuju ke pasar malam di Petaling Street.

Segala macam barangan diniagakan di sini, dari t-shirt, jam murah, beg, tali pinggang dan sebagainya.

Tapi ingat, anda wajib nego dengan para peniaga sebab kebiasaannya mereka meletakkan harga yang 3 ke 4 kali lebih mahal daripada kos sebenar. Kalau pandai bernego, barulah syok nak beli macam-macamkan?

Dah penat tekak bertawar-menawar dengan peniaga? Anda boleh menghilangkan kepenatan dengan menikmati hidangan atau minuman yang dijual di sini. Pastikan makanan yang dijual halal terlebih dahulu.

Alamat: Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


54. Stesen Keretapi Kuala Lumpur

Kuala Lumpur Railway Station
Sumber: Wikipedia.com

Pada tahun 1910, bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur ini telah didirikan dengan gaya binaan yang menggabungkan elemen timur dan barat oleh arkitek A.B. Hubbock.

Selain memiliki reka bentuk yang menarik, stesen ini turut lengkap dengan ruang menunggu yang berpendingin hawa. Anda dapat menikmati ketenangan sepanjang berada di sini memandangkan keadaannya yang tidak begitu padat dengan orang ramai berbanding dengan tarikan-tarikan lain di sekitar KL.

Sambil melihat keindahan reka bentuk bangunan stesen keretapi ini, anda juga boleh melanjutkan perjalanan melihat banyak lagi bangunan-bangunan lain di sekitarnya yang juga dibina dengan gaya binaan tidak kurang menariknya. Pastikan bateri kamera anda penuh!

Alamat: Jalan Sultan Hishamuddin, Kampung Attap, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur


53. Royal Selangor Visitor Centre

Royal Selangor Visitor Centre Kuala Lumpur
Sumber: Royal Selangor Visitor Centre

Royal Selangor atau nama lamanya Selangor Pewter menubuhkan Visitor Centre untuk dilawati sesiapa yang berminat melihat pelbagai hasil tangan berasaskan piuter yang dibuat dengan penuh teliti.

Selain melihat koleksi di ruangan pamerannya, anda juga dapat menyaksikan demonstrasi bagaimana piuter digilap dan dikemaskan. Cukup padat dengan info!

Berminat untuk menghasilkan barangan piuter sendiri? Anda boleh menyertai bengkel yang diadakan. Dah pandai buat sendiri nanti, bolehlah berbisneskan?

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)

Harga Tiket: Masuk adalah Percuma caj hanya dikenakan untuk workshop:

  • Hard Knocks RM72
  • The Foundry RM175

Alamat: 4, Jalan Usahawan 6, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


52. Bukit Tabur

Bukit Tabur Kuala Lumpur
Sumber: Dawn Ng Song Hiang

Dah puas makan sana-sini di sekitar KL, mesti risau takut perut membulatkan? Untuk menyelamatkan keadaan, apa kata anda buat aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti mendaki Bukit Tabur?

Bukan je dapat menguruskan badan, anda juga dijanjikan pemandangan matahari terbenam antara yang terindah di KL.

Untuk pengetahuan anda, di Bukit Tabur ni ada dua laluan berbeza iaitu Tabur East dan Tabur West. Bagi anda yang masih baru dalam dunia pendakian ni, digalakkan untuk melalui jalan Tabur West yang lebih mudah dan mesra pengunjung.

Dengan ketinggian sehingga 396 meter, masa yang diambil untuk sampai ke puncak adalah dalam sekitar 3 ke 4 jam bergantung kepada stamina.

Alamat: Bukit Tabur, Taman Melawati, Kuala Lumpur


51. KL Tower Mini Zoo

Sumber: @KLTowerMiniZooMalaysia

Bawa anak kecil semasa bercuti di KL? Gembirakan hati mereka dengan membawa mereka bertemu dengan haiwan di KL Tower Mini Zoo. Bermacam spesies boleh ditemui di zoo ini iaitu daripada kura-kura yang terbesar di dunia hinggalah kepada sejenis kuda yang terkecil!

Bukan itu sahaja, turut terdapat ruang khas untuk haiwan yang boleh disentuh dan diberi makan seperti arnab, burung kakak tua dan banyak lagi. Anda juga boleh bergambar dengan burung yang berwarna-warni ini untuk mengabadikan memori lawatan ke sini. Lokasinya hanyalah bersebelahan dengan menara KL.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 9.00 pm)

Harga Tiket: Dewasa RM32 | Kanak-Kanak RM27

Alamat: Ground Floor, Menara Kuala Lumpur, WP, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur


50. Malaysia Tourism Centre (MaTiC)

Malaysia Tourism Centre
Sumber: Malaysia Tourism Centre (MaTiC)

Sebagai pelancong di bandaraya KL, dengan wujudnya Malaysia Tourism Centre (MaTiC) banyak perkara menjadi mudah. Di sini para pengunjung dapat menggunakan kemudahan yang disediakan seperti zon internet percuma, kaunter ejen pelancongan, kafe, perhentian bas KL Hop-On Hop-Off dan kemudahan pertukaran wang.

Bukan itu sahaja, pada setiap pukul 3 petang setiap hari (kecuali hari Ahad) terdapat pertunjukan budaya yang boleh disaksikan secara percuma!

Selain itu, turut terdapat di sini adalah pejabat polis pelancong, kedai cenderamata dan kedai coklat.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 6.00 pm)

Alamat: Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur


49. Taman Metropolitan Kepong

Taman Metropolitan Park Kepong
Sumber: dilajamaludin

Tak larat nak berhiking atau melakukan aktiviti ekstrem lain untuk kekal fit? Mai singgah ke Taman Metropolitan Kepong. Taman ini lengkap dengan laluan khas untuk anda berjogging atau berbasikal sambil mengelilingi tasik.

Antara kemudahan lain yang disediakan adalah tempat meletak kereta, khidmat sewaan basikal, ruang terbuka untuk bermain layang-layang, gerai jualan makanan, tanah lapang untuk berkelah, taman permainan kanak-kanak, laluan refleksologi, menara pemerhatian, tandas dan lain-lain lagi.

Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00 am – 8.00 pm)

Alamat: Jalan Lingkaran Tengah 2, Kepong Metropolitan Lake-garden, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


48. TAPAK Urban Street Dining

Tapak Food Truck Kuala Lumpur
Sumber: Tripadvisor.com.my

Dah puas berjalan-jalan, mesti rasa lapar kan? Tapi masalahnya tak pasti nak makan apa, masakan western ke, Itali ke, Mexico ke, Mediterranean ke atau tempatan?

Tak perlu pening kepala, datang je ke TAPAK Urban Street Dining. Segala jenis makanan dijual di sini dalam harga dari sekitar RM5 ke RM20.

Terletak bersebelahan dengan Corus Hotel dan tidak jauh dari menara berkembar KL, TAPAK Urban Street Dining dikatakan menempatkan dalam sekitar 20 ke 25 buah food truck.

Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00 pm – 1.00 pm)

Alamat: 2A, Persiaran Hampshire, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


47. Taman Rimba Bukit Kerinchi

Taman Rimba Bukit Kerinchi
Sumber: Michael Ong

Taman Rimba Bukit Kerinchi adalah sebuah tarikan semula jadi yang terletak bersebelahan dengan Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Kalau anda nak tahu, Taman Rimba Bukit Kerinchi ini adalah pintu masuk untuk ke Bukit Gasing dari Kuala Lumpur. Selain rimba hijau, di sini juga terdapat kolam-kolam kecil dan sungai.

Pendakian bukit ini cukup mudah bagi anda yang ingin berekreasi bersama keluarga. Anda juga boleh merancang untuk berkhemah, berkelah atau berbbq. Antara kemudahan yang disediakan adalah tandas, laluan bersimen, jambatan gantung dan tapak meletak kereta.

Alamat:  Taman Rimba Bukit Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur


46. Flight Experience Kuala Lumpur

Flight Experience Kuala Lumpur
Sumber: Flight Experience Kuala Lumpur

Bukan semua orang mampu menjadi juruterbang, tapi dengan adanya Flight Experience Kuala Lumpur sesiapa pun dapat merasai pengalaman menerbangkan flight.

Di satu-satunya simulasi penerbangan yang dibuka kepada orang awam ini anda dapat memilih sehingga 24,000 buah lapangan terbang di seluruh dunia sebagai lokasi tujuan atau bertolak, lengkap dengan visual dan audio yang sangat realistik. Jangka masa yang diberikan untuk anda ‘feeling’ menjadi pilot ini adalah dari 30 ke 90 minit.

Penerbangan yang lebih panjang membolehkan anda menempuhi lebih banyak cabaran seperti perubahan cuaca yang bergantung kepada tahap keyakinan anda untuk mengawal.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 10.00 pm)

Harga Tiket: Dari RM250

Alamat: Jln Pavilion, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


45. Jadi Batek

Kelas Batik Jadi Batek
Sumber: Jadi Batek Gallery

Berkeluasan sehingga 30,000 kaki persegi, Galeri Batik JADI adalah lokasi di mana anda dapat melihat sendiri bagaimana corak pada batik dihasilkan. Teringin mencanting batik sendiri?

Anda boleh mencubanya sendiri dengan menyertai kelas yang disediakan, tapi kenalah book awal-awal dulu.

Sebelum pulang, jangan lepaskan peluang untuk membeli barangan batik dan kraftangan yang dijual ya?

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 5.30 pm) | Sabtu, Ahad, Cuti (9.00 am – 5.00 pm)

Harga Bengkel: Sapu Tangan RM50 | Skarf RM90 | Pareo RM150 | T-Shirt RM80

Alamat: 30, Jalan Inai, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Kuala Lumpur City Gallery
Sumber: Kuala Lumpur City Gallery

Kuala Lumpur City Gallery adalah satu-satunya galeri yang wajib anda lawati sekiranya ke KL. Lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang jarang-jarang dapat sampai ke ibu kota ni.

Di sini, anda sekeluarga dapat melihat galeri berkaitan masa lalu atau sejarah KL, masa kini dan masa depan KL. Selain itu turut terdapat banyak model miniatur lokasi-lokasi ikonik di sekitar KL. Kalau ada masa, luangkan hanya 10 minit untuk menonton persembahan berkaitan bandaraya KL yang sangat menarik untuk disaksikan.

Sebelum pulang, jangan lupa untuk bergambar dengan tulisan bersaiz gergasi ‘I ❤️ KL’ yang terletak di luar galeri ni. Kalau tak, macam mana pengikut di Instagram nak tahu anda dah pernah teroka KL kan?

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.30 pm)

Alamat: Dataran Merdeka, 27, Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur


43. Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC)

Kuala Lumpur Performing Arts Centre
Sumber: The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac)

Dikelilingi oleh pokok-pokok yang mekar dan taman yang luas, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) adalah sebuah tarikan menarik yang terletak di sebalik bangunan batu-bata era kolonial.

Di sebaliknya terdapat pentas dan ruang untuk persembahan-persembahan diadakan. Lokasinya, berdekatan dengan KTM Sentul.

Alamat: Jalan Sultan Azlan Shah, Sentul, 51100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


42. The River of Life

The River of Life Kuala Lumpur
Sumber: Dz Ketari

Tersenarai antara 10 waterfront terbaik di dunia, The River of Life yang terletak berdekatan dengan Pasar Seni dan Chow Kit ini menawarkan pemandangan yang cukup mengujakan.

Sekiranya anda sampai sebelum mentari terbenam, anda dapat melihat pemandangan di sekitar dengan jelas di mana terletaknya sungai dengan air pancuran serta laluan yang cantik. Di dalam air ini juga anda dapat melihat ikan Koi berenang dengan riang.

Pada waktu malam, iaitu selepas pukul 8 malam, cahaya di sepanjang waterfront ini mula menyala dengan gaya yang bersesuai dengan muzik, seri keindahan pemandangannya ditambah lagi dengan latar belakang bangunan di sekitar yang turut memancarkan cahaya.

Alamat: Jalan Tun Perak, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


41. Museum of Illusions Kuala Lumpur

Museum Of Illusions Kuala Lumpur
Sumber: Museum of Illusions Kuala Lumpur

Ilusi di Illusion 3D Art Museum masih tak cukup lagi? Mai datang ke Museum of Illusions Kuala Lumpur. Apa ilusi mata yang anda pernah dengar sebelum ni? Segalanya dapat dirasai di sini.

Antara ilusi yang dapat anda lihat atau cuba secara live di muzium ini adalah Hollow Face Illusion, Rubin’s Vase, The Bottomless Pit, The Chair Illusion, Stereogram, Ames Room, The Vortex Tunnel, Infinity Room, Anti-gravity Room, Holograms dan banyak lagi!

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Harga Tiket: Dewasa RM35 | Kanak-Kanak RM25

Alamat: Tingkat 1, Ansa Hotel Kuala Lumpur, (Antara Fahrenheit 88 dan Lot 10 Mall), 101, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur


40. OUR ArtProjects @ The Zhongshan Building

OUR ArtProjects @ The Zhongshan Building
Sumber: Pakhruddin Sulaiman

Pencinta seni? Ini adalah ‘pulau tropika’ anda. Berlokasi di bangunan Zhongshan di Kampung Attap, inilah hab seni visual di KL yang telah direalisasikan oleh OUR ArtProjects.

Selain menempatkan galeri OUR ArtProjects sendiri, di dalam bangunan yang sama turut terdapat Malaysia Design Archive, Bogus Merchandise,  Artist Studio, Rumah Attap Library and Collective, kafe dan banyak lagi!

Bagi peminat muzik, di tingkat dua bangunan ini terdapat Tandang Store yang merupakan kedai muzik yang padat dengan vinyl, kaset, buku dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan muzik. Memang cool!

Kalau anda nak tahu, bangunan Zhongshan ini adalah sebuah rumah kedai lama tahun 1950-an yang telah diperbaharui.

Waktu Operasi: Selasa – Sabtu (11.00 am – 7.00 pm)

Harga Tiket: Percuma

Alamat: 80, Jalan Rotan, Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


39. Little India Brickfields

Little India Brickfields
Sumber: Shesmax

Little India Brickfields adalah lokasi di mana anda dapat menemui segalanya yang berkaitan dengan seni, budaya, makanan dan gaya hidup masyarakat India seperti pakaian tradisional, bunga-bungaan, rempah-ratus, kedai muzik Bollywood dan macam-macam lagi.

Sepanjang perjalanan di sekitar kawasan ini, anda tidak sesaat pun ‘dilanda’ kesunyian kerana ianya sentiasa dihidupkan dengan irama-irama Bollywood yang berkumandang dari kedai-kedai jualan.

Terasa lapar? Banyak kedai makan yang menghidangkan makanan-makanan seperti roti canai, tosei, chappati dan sebagainya.

Waktu Operasi: 10.00 am – 9.00 pm

Alamat: Jalan Travers ke Jalan Tun Sambanthan, Brickfields


38. Rumah Penghulu Abu Seman

Rumah Penghulu Abu Seman
Sumber: Binatech Mag

Rumah ini merupakan rumah tradisional melayu yang dibina antara tahun 1910 ke awal 1930-an. Pemilik asalnya adalah ketua kampung Mukim Bagan Samak yang terletak di Kedah dan lokasi asal rumah ini adalah di Kampung Sungai Kechil.

Pada tahun 1996 Badan Warisan Malaysia telah menyelamatkan rumah ini daripada kerosakan dan dialihkan ke lokasinya sekarang di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur untuk dijadikan contoh rumah melayu lama kepada generasi moden. Rumah ini dikelilingi oleh taman yang ditumbuhi pokok-pokok herba tradisonal.

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (11.00am – 3.00pm) | Ahad, Cuti Umum (Tutup)

Bayaran: Sumbangan Minimum Adalah RM10

Alamat: 2, Jalan Stonor, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Baca: 32 Tempat Menarik Di Putrajaya


37. Taman Rama-Rama KL

Taman-Rama-Rama-Kuala-Lumpur
Sumber: Andrea Puglisi

Dengan keluasan 80,000 kaki persegi, taman rama-rama ini merupakan yang terbesar di dunia. Anda dapat melihat sendiri lebih daripada 6000 spesis rama-rama yang wujud di sekitar tumbuhan eksotik yang dijadikan habitat haiwan comel ini.

Walaupun ia merupakan taman yang dikhaskan untuk rama-rama tetapi terdapat juga haiwan lain di sini seperti unggas, penyu, ikan koi Jepun dan serangga eksotik.

Selain daripada taman yang dipenuhi haiwan, taman rama-rama ini turut memiliki muzium yang mengumpulkan koleksi rama-rama dan serangga eksotik yang wujud di seluruh dunia.

Kalau anda dah puas berjalan-jalan melihat haiwan-haiwan ini anda boleh singgah ke kedai cenderamata yang terdapat di pintu keluar untuk membeli spesimen kumbang dan rama-rama untuk dijadikan hiasan ataupun kenangan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)

HargaTiket: Dewasa Warganegara: RM11, Pelancong: RM24 | Kanak-kanak Warganegara: RM6, Pelancong: RM13

Alamat: Kuala Lumpur Butterfly Park, Jalan Cenderasari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur 50480


36. Aquaria KLCC

Aquaria KLCC
Sumber: @hairulnizamrosli

Aquaria KLCC yang terbesar di dunia ini terletak di dalam salah satu bangunan yang tertinggi di dunia, apa lagi sebab untuk anda tidak datang ke sini? Menempatkan lebih daripada 150 spesis hidupan laut.

Yang menjadi tarikan utama di akuarium ini adalah ikan jerung, ular laut, kuda laut dan lain-lain lagi. Pengalaman ke akuarium ini pasti akan menjadi pengalaman yang sangat indah buat ahli keluarga anda.

Selain daripada melihat hidupan-hidupan laut ini yang terbahagi dengan kaca akuarium, anda juga boleh menyertai program Diving with Sharks yang mana sekiranya anda memiliki lesen menyelam anda boleh mendekati jerung ini di dalam air, kalau tak ada lesen pun anda masih boleh menyertai program Cage Rage di mana anda akan dimasukkan di dalam sangkar yang akan diselamkan di dalam air.

Jangan risau ya, sebab ikan jerung di akuarium ini telah dijinakkan dan selamat untuk didekati. Pengalaman yang pasti menyeronokkan!

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 8.00pm)

Harga Tiket: Dewasa MyKAD: RM49, Biasa: RM69 | Kanak-kanak MyKID: RM39, Biasa: RM59 | Warga Emas MyKAD: RM39, Biasa: RM49

Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur


35. Sky Bridge KLCC

Skybridge KLCC
Sumber: Noor Azam

Pengalaman yang menakjubkan apabila dapat naik ke bangunan tertinggi di Malaysia, Sky Bridge merupakan jambatan yang menghubungkan kedua-dua menara KLCC ini, dari sini anda boleh pergi ke dek pemerhatian untuk menyaksikan pemandangan sekitar bandaraya Kuala Lumpur yang begitu indah.

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (9.00am – 9.00pm)

Harga Tiket: Dewasa 13-60 Tahun MyKAD: RM30, Biasa: RM85 | Kanak-kanak 3-12 Tahun MyKAD: RM15, Biasa: RM35 | Warga Emas 61 Tahun & Keatas MyKAD: RM15, Biasa: RM45

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur


34. Kuala Lumpur Upside Down House

Sumber: Kuala Lumpur Upside Down House

Rumah terbalik yang terletak di Menara Kuala Lumpur ini adalah yang pertama di Kuala Lumpur dan merupakan rumah terbalik yang tertinggi di Malaysia. Kesemua kedudukan barangan tidak kira dari luar mahupun dalaman rumah ini adalah dalam kedudukan yang terbalik.

Unik dan pastinya satu pengalaman yang mengujakan terutama bagi kanak-kanak. Daya tarikan Upside Down House ini bukan sahaja pada rekaannya yang melawan graviti dan tak masuk dek akal, tapi juga dengan penggunaan warna-warninya yang begitu ceria, memang syok untuk bergambar kalau dah sampai ke sini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 7.00pm)

Harga Tiket: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM15

Alamat: Off, Jalan P Ramlee & Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur (KL Tower)


33. Dewan Filharmonik Petronas

Dewan Filharmonik PETRONAS
Sumber: @DewanFilharmonikPETRONAS

Bagi pencinta muzik, di sinilah syurga untuk anda melayani irama lagu dan orkestra dengan kualiti yang sangat mengasyikkan. Pemandangan di dalam dewan ini sendiri begitu mengujakan dan kelihatan mewah sekali.

Di sinilah banyak persembahan-persembahan muzikal yang bertaraf dunia telah diadakan. Tiada sebab untuk anda tidak meluangkan masa untuk ke dewan ini, jangan lupa untuk berpakaian yang sesuai di tempat yang grand ini ya.

Alamat: Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur


32. Muzium Tekstil Negara

Muzium Textile Kuala Lumpur
Sumber: Muzium Tekstil Negara

Terletak di sebuah bangunan bersejarah di Dataran Merdeka, bangunan ini memiliki ciri seni bina Mughal iaitu gabungan seni bina Turki, Persia, Asia-Selatan dan juga Islam. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1905 dan digunakan sebagai ibu pejabat Keretapi Persekutuan Tanah Melayu.

Mulai tahun 2010, bangunan ini digunakan sebagai Muzium Tekstil Negara. Terbahagi kepada 2 tingkat dengan 4 galeri yang berbeza. Untuk tingkat yang pertama terdapat Galeri Pohon Budi yang menempatkan pameran bahan-bahan dan teknik-teknik pembuatan tekstil sejak zaman dahulu.

Kemudian di Galeri Pelangi terdapat pameran jenis-jenis batik yang berbeza serta koleksi-koleksi tekstil daripada kaum Cina, dan komuniti Baba Nyonya serta tekstil daripada etnik Sabah dan Sarawak.

Di Galeri Teluk Berantai pula anda dapat melihat pameran motif-motif tekstil kaum Melayu dan lain-lain lagi. Di bahagian yang terakhir iaitu Galeri Ratna Sari terdapat pameran aksesori-aksesori tradisional yang digunakan oleh komuniti-komuniti yang wujud di Malaysia. Banyak yang dapat dipelajari di muzium ini terutama sekali tentang kekayaan budaya yang wujud di Malaysia. Sangat menarik untuk dilawati.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)

Harga Tiket: Percuma

Alamat: National Textile Museum, 26 Jalan Sultan Hishamuddin, 50500 Kuala Lumpur.


Bank Negara Art Gallery
Sumber: Bank Negara Museum & Art Gallery

Di Bank Negara Museum & Art Gallery anda dapat belajar lebih banyak lagi tentang ekonomi di Malaysia serta sejarahnya. Selain itu, terdapat juga info-info tentang perbankan Islam, galeri yang memaparkan hasil seni kontemporari dan banyak lagi.

Terbahagi kepada 6 galeri iaitu Galeri Seni, Galeri Perbankan Islam, Galeri Numismatik, Galeri Kanak-kanak, Galeri Ekonomi dan Galeri Bank Negara Malaysia. Cara yang terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga sambil mengisi ilmu di dada, masuk pun percuma, jadi apa lagi?

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)

Harga Tiket: Percuma

Alamat: Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur


30. Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad
Sumber: Kuala Lumpur City Tours

Berhadapan dengan Dataran Merdeka, dinamakan sempena nama Sultan Selangor pada tahun ia mula dibina iaitu pada 1894. Bangunan ikonik di Kuala Lumpur ini telah diwartakan oleh Jabatan Warisan Negara sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2007.

Bangunan yang turut memiliki menara jamnya ini telah dirasmikan buat pertama kalinya pada ulang tahun kelahiran Queen Elizabeth pada tahun 1897.

Yang menjadikan bangunan ini begitu penting dalam sejarah di Malaysia adalah pada ketika di mana waktu bagi Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura diseragamkan pada 1 Januari 1982. Lawatilah bangunan ini untuk melihat sendiri lokasi di mana banyak peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Malaysia telah berlaku.

Waktu Operasi: Setiap Hari (24 Jam) Kecuali Sabtu dan Ahad

Alamat: Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur


29. Dataran Merdeka

Dataran Merdeka
Sumber: Phalin Ooi

Nama asal dataran ini adalah Selangor Club Padang ataupun Padang. Namun setelah hari yang paling bersejarah bagi rakyat Malaysia diraikan di sini, iaitu pada 31 Ogos 1957 di mana kemerdekaan Malaysia telah dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman, padang ini telah digelar sebagai Dataran Merdeka.

Di sinilah Union Flag telah diturunkan iaitu tepat pada pukul 12 tengah malam, 31 Ogos, sebagai simbol kebebasan negara daripada penjajahan. Untuk pengetahuan anda, tiang bendera yang mengibarkan jalur gemilang di sini merupakan yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 95 meter.

Kalau anda datang ke sini bersama keluarga, anda boleh bersantai di padang ini, banyak juga permainan yang dijual di tepi padang untuk dibelikan kepada anak-anak supaya mereka dapat bermain di padang yang luas ini. Anda pula boleh menikmati pemandangan sekeliling yang sangat memukau.

Alamat: Dataran Merdeka, 57000 Kuala Lumpur


28. Muzium Of Asian Art

Museum Of Asian Art Kuala Lumpur
Sumber: Canadian Society For Asia Arts

Terletak di Universiti Malaya, muzium ini terkenal dengan koleksi kendi yang terbanyak di dunia. Anda dapat melihat lebih daripada 2000 hasil-hasil seramik yang dikumpulkan daripada Malaysia, India, Iran, Khmer, Vietnam, Thailand, China dan Jepun.

Selain itu, terdapat juga galeri-galeri lain yang menempatkan koleksi hasil seni Islam, hasil lukisan daripada karyawan Malaysia, senjata-senjata, ukiran batu dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 1.00pm & 2.00pm – 5.00pm) | Jumaat (9.00am – 12.15pm & 2.45pm – 5.00pm) | Sabtu, Ahad & Cuti Umum (Tutup)

Harga Tiket: Percuma

Alamat: Museum of Asian Art, University Malaya, Kuala Lumpur, 50603


27. Taman KLCC

Sumber: cathybee16

Kalau anda ke KLCC jangan lupa untuk bersantai di Taman KLCC. Penuh dengan kehijauan, lanskap taman ini telah direka bentuk oleh Roberto Burle Marx, seorang arkitek lanskap Brazil yang terkenal di dunia, dikatakan bahawa ini merupakan hasil seni agungnya yang terakhir sebelum pemergiannya.

Taman yang berkeluasan 50 ekar ini turut memiliki laluan joging, ruang santai, hiasan air terjun, kolam, tasik dan taman permainan kanak-kanak. Waktu yang paling menarik untuk lepak di taman ini adalah pada waktu malam dan waktu ketika pertunjukan air diadakan iaitu setiap hari semasa tengah hari dan senja.

Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00am –  10.00pm)

Alamat: Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur


26. Hutan Simpan Bukit Nenas (Teman Eko Rimba KL)

Hutan Simpan Bukit Nenas
Sumber: Doan Vu Hoang Minh

Hutan Simpan Bukit Nenas ini adalah hutan simpan yang paling tua di Semenanjung Malaysia. Dikenali sebagai ‘green lung’ Kuala Lumpur kerana terletak di tengah-tengah bandaraya metropolitan yang dipenuhi bangunan tinggi.

Sebagai hutan yang tertua di semenanjung, anda dapat melihat pelbagai jenis flora dan fauna di sini, bagaikan jauh dari kota.

Anda boleh ke sini bersama keluarga kerana hutan ini turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti pondok untuk bersantai, padang permainan, tempat berkhemah dan laluan joging. Bolehlah anda merancang bersama keluarga untuk ke sini kalau tiada apa-apa untuk dibuat pada hujung minggu.

Waktu Operasi: Setiap Hari Termasuk Hujung Minggu dan Cuti Umum (7.00am – 6.00pm)

Harga Tiket: Percuma

Alamat: Hutan Simpan Bukit Nenas, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur


25. Taman Orkid Kuala Lumpur

Taman Orchid Kuala Lumpur
Sumber: The Jerny

Bagi anda yang suka bercucuk-tanam ataupun pencinta tumbuh-tumbuhan yang penuh warna-warni ini, apa kata kalau anda dan keluarga melawat Taman Orkid Kuala Lumpur ini, terletak dekat sahaja dengan Taman Burung KL, di taman orkid ini anda dapat melihat lebih daripada 3000 jenis pokok orkid yang disusun atur dengan menarik sekali.

Taman ini menjadi pusat jualan orkid-orkid yang hidup segar pada setiap hujung minggu, kalau anda ingin menghias rumah dengan tumbuhan segar datanglah ke taman ini pada hujung minggu.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Isnin – Jumaat Percuma | Sabtu, Ahad, Cuti Umum RM1

Alamat: Jalan Perdana, Taman Tasik Perdana, Wilayah Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur


24. Istana Budaya

Istana Budaya Malaysia
Sumber: abdulhafiez83

Terletak berdekatan dengan Tasik Titiwangsa, bangunan yang memiliki seni bina kebudayaan Melayu ini merupakan tempat pementasan pelbagai persembahan sama ada lakonan, tarian mahupun muzik.

Bukan calang-calang persembahan-persembahan yang boleh diadakan di sini. Jadi kalau anda berpeluang, bawalah keluarga anda menikmati persembahan berkualiti tinggi di Istana Budaya. Anda boleh melihat jadual persembahan di laman web Istana Budaya.

Alamat: Jalan Tun Razak, Titiwangsa, 50694 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


23. Taman Rusa Dan Kancil

Taman Rusa Dan Kancil Kuala Lumpur Baru
Sumber: M Shalan

Juga terletak di Taman Tasik Perdana, taman yang berkeluasan 1.5 hektar ini menempatkan rusa-rusa yang didatangkan dari Belanda dan kancil. Anak-anak anda boleh memberi makan kepada haiwan-haiwan ini.

Pemandangan sekitar taman ini juga agak menarik untuk anda bergambar. Taman ini tidaklah segempak zoo negara, kemasukan pun percuma sahaja, tapi seronok juga dapat melihat haiwan yang rare ini dengan lebih dekat kan?

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 5.00pm)

Harga Tiket: Percuma

Alamat: Taman Rusa & Kancil Kuala Lumpur, Tasik Perdana, Kuala Lumpur


22. Galeri Petronas KLCC

Galeri Petronas
Sumber: Galeri Petronas

Galeri Petronas merupakan lokasi utama galeri seni visual di Kuala Lumpur, dengan keluasan 2000 kaki persegi ini, terdapat lebih daripada 1000 hasil karya yang dihasilkan oleh karyawan tempatan, antarabangsa, kontemporari dan tradisional.

Karya-karya seni yang terdapat di sini bukan sahaja lukisan, malahan juga pakaian, kraftangan dan foto. Mungkin anda boleh mendapat inspirasi untuk menghasilkan karya anda sendiri setelah berkunjung ke sini?

Waktu Operasi: Selasa -Ahad (10.00am – 8.00pm)

Harga Tiket: Percuma

Alamat: Lot 341-343, Level 3, Suria KLCC Kuala Lumpur, Kuala Lumpur City Centre


21. Central Market

Central Market Kuala Lumpur
Sumber: dokimunyu

Untuk anda yang menyukai barangan hasil kraftangan, Pasar Seni ataupun Central Market adalah lokasi yang wajib dikunjungi.

Menawarkan banyak pilihan barangan tempatan, anda pasti rambang mata terutamanya apabila melihat harga yang ditawarkan masing-masing tak nak kalah untuk mendapatkan pelanggan. Sudahlah begitu, sejuk lagi tu dengan penyejuk udara di seluruh pasar ini, anda dapat membeli-belah dalam keadaan yang selesa sekali.

Kalau dah penat membeli-belah, anda boleh ke tingkat satu Pasar Seni ini untuk makan di gerai-gerai yang terdapat di sini. Lepas makan, kalau anda nak cuba mencanting batik pun ada di sini.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00am – 9.30pm)

Alamat: Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur 50050


Lihat Senarai Tempat Menarik Berhampiran Dengan Kuala Lumpur:


20. Perpustakaan Kuala Lumpur

Sumber: Yoong Jie Seow

Dibina pada tahun 1989, perpustakaan ini memiliki koleksi monograf, muzik, majalah, suratkhabar, bisnes, ekonomi, seni dah banyak lagi. Kemudahan lain yang terdapat di perpustakaan ini adalah bilik-bilik mesyuarat, dewan serbaguna, dua buah galeri pameran, kemudahan internet dan juga auditorium.

Kalau anda membawa anak-anak yang berusia 4 ke 12 tahun, bersebelahan sahaja daripada perpustakaan ini adalah Perpustakaan Kanak-kanak Kuala Lumpur. Membaca kan jambatan ilmu, apa lagi yang ditunggu-tunggu?

Waktu Operasi: Isnin (2.00pm – 6.45pm) | Selasa – Jumaat (10.00am – 6.45pm) | Sabtu, Ahad (10.00am – 5.00pm) | Sabtu & Ahad Minggu Pertama Setiap Bulan & Cuti Umum (Tutup)

Yuran Keahlian: Pendaftaran RM6 | Yuran Tahunan RM10

Alamat: No. 1, Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur.


19. Perpustakaan Kanak-kanak Kuala Lumpur

Perpustakaan Kanak-kanak Kuala Lumpur Baru
Sumber: Perpustakaan Kuala Lumpur

Apa yang membezakan perpustakaan kanak-kanak dan perpustakaan biasa ya? Kalau anda nak tahu, bukan sahaja terdapat perbezaan dari segi buku-buku yang ditawarkan di sini tetapi, untuk kanak-kanak, terdapat sesi bercerita, pertunjukan boneka, permainan papan dan macam-macam lagi yang membuatkan kanak-kanak seronok untuk ke perpustakaan.

Selain itu, buku-buku yang mudah untuk dibaca bagi yang baru belajar mengeja diletakkan pada rak yang sama. Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya, nak anak suka membaca, bawalah mereka ke perpustakaan sejak kecil lagi.

Waktu Operasi: Isnin (2.00pm – 6.45pm) | Selasa – Jumaat (10.00am – 6.45pm) | Sabtu, Ahad (10.00am – 5.00pm) | Sabtu & Ahad Minggu Pertama Setiap Bulan & Cuti Umum

Alamat: No. 1, Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur


18. Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa
Sumber: steinygirl_mom

Taman Tasik Titiwangsa ini agak terkenal dalam kalangan warga kota Kuala Lumpur untuk bersantai menenangkan fikiran. Di sini terdapat beberapa buah tasik yang luas di tengah-tengah taman.

Di tasik ini anda boleh melakukan aktiviti menarik seperti menaiki paddle boat dan bermain Unexs waterball. Selain itu, tasik ini turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, laluan joging, trek kereta kawalan jauh dan kemudahan menunggang kuda. Agak meriah jugalah taman tasik ini kalau di hujung minggu.

Untuk anda yang datang untuk bersantai, terdapat beberapa gerai yang menjual makanan dan minuman di sekitar taman tasik untuk dibeli sambil menikmati pemandangan sekeliling.

Alamat: Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur


17. Muzium Polis Diraja Malaysia

Muzium Polis Diraja Malaysia
Sumber: royalmalaysiapolicemuseum

Muzium ini mempamerkan lebih daripada 2,500 koleksi barangan bersejarah. Antara yang dipamerkan di sini adalah senjata-senjata hasil rampasan daripada komunis pada zaman darurat dulu, koleksi keris, pisau Gurkha, pistol Portugis dan senjata-senjata lain hasil pengubahsuaian daripada barangan harian oleh penjenayah di Malaysia seperti daripada rantai basikal dan banyak lagi.

Selain daripada senjata, muzium ini turut mempamerkan pakaian seragam polis pada zaman dahulu serta dokumen-dokumen yang telah dirampas dari komunis. Kedengaran menarik kan?

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10.00am – 6.00pm) | Isnin (Tutup)

Harga Tiket: Percuma

Alamat: 5, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur


16. Pusat Kraftangan Negara

Pusat Kraftangan Negara
Sumber: Malaysian

Bangunan yang mempunyai seni bina tradisional Melayu Terengganu ini sangat menarik untuk dilawati sama ada untuk mempelajari lebih banyak lagi tentang hasil kraftangan di Malaysia ataupun untuk membeli-belah.

Di sini terdapat banyak barangan kraftangan menarik yang bukan sahaja sesuai untuk dijadikan hadiah kepada yang tersayang, malahan, terdapat juga barangan-barangan yang boleh dijadikan dekorasi rumah.

Hasil seni kebanyakan barangan di sini penuh dengan perincian dan sukar untuk ditemui di tempat lain. Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat butik yang menjual pakaian-pakaian tradisional Melayu seperti batik dan sutera.

Tak cukup dengan itu, selepas puas membeli-belah, anda boleh singgah ke Muzium Kraf yang terdapat di sini untuk melihat pameran artifak bersejarah seperti peralatan yang digunakan pada masa dahulu untuk menghasilkan kraf dan banyak lagi.

Kalau anda ke Perkampungan Kraf yang terdapat di pondok-pondok kecil di bahagian bawah bangunan ini pula, anda dapat mencuba sendiri mencanting batik, melihat demonstrasi ukiran kayu, seramik dan macam-macam lagi.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)

Alamat: Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


15. Taman Botani Kuala Lumpur

Taman Botani Kuala Lumpur
Sumber: Phalinn Ooi

Taman rekreasi ini merupakan yang paling popular di Kuala Lumpur. Manakan tak terkenalnya, destinasi-destinasi menarik banyak berada di sekitar taman ini juga seperti Tugu Negara, Taman Orkid, Taman Rama-rama dan banyak lagilah.

Bercakap tentang taman botani ini pula, ia sememangnya syurga bagi pencinta taman dan tumbuh-tumbuhan, kerana rekaan taman ini sangat menarik sekali dengan kepelbagaian tumbuhan dan bunga yang penuh warna-warni, bagi anda yang suka berfotografi, jadikan ini lokasi lawatan anda yang seterusnya, mesti puas hati!

Waktu Operasi: Setiap Hari (5.30am – 8.30pm)

Harga Tiket: Percuma

Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur


14. Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur
Sumber: bijim_

Memang untung orang KL, naik lif je dah dapat naik ke ‘puncak’ yang tinggi untuk menikmati pemandangan yang tak terkira keindahannya. Salah satu lokasi yang menawarkan pemandangan tanpa batasan pada kedudukan mencecah awan ini adalah Menara Kuala Lumpur.

Dibina pada tahun 1994, menara yang berketinggian 421 meter ini memiliki dek pemerhatian pada ketinggian 276 meter, sekurang-kuranganya 100 meter lebih tinggi daripada Skybridge yang terdapat di KLCC. Tak payah fikir dua kali lagi nak pilih yang mana.

Selain melihat pemandangan yang mengujakan, aktiviti lain yang boleh anda lakukan adalah berselfie sepuas hati di dalam Skybox KL Tower, melihat pertunjukan kebudayaan, menaiki simulator F1 dan banyak lagi.

Untuk yang membawa anak kecil pula, salah satu aktiviti best yang boleh dilakukan adalah dengan melawati KL Tower Mini Zoo di mana anda sekeluarga dapat melihat pelbagai jenis haiwan dan ini termasuklah spesies kuda yang paling kecil di dunia dan juga sejenis kura-kura yang terbesar di dunia. Dah puas beraktiviti, apa kata kalau anda cuba menikmati hidangan di restoran berputar Atmosphere 360?

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 10.00 pm)

Alamat: Jalan Puncak, Off Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur City Centre


13. Illusion 3D Art Museum

Illusion 3D Art Museum Kuala Lumpur
Sumber: Lam Trà

Jom tenggelam dalam dunia ilusi di Illusion 3D Art Museum. Bagi pencinta seni, anda pasti akan terpana melihat betapa powernya penghasilan lebih daripada 30 buah lukisan yang terpamer di muzium ini.

Bukan sekadar untuk dilihat, tujuan utama lukisan 3D ini dihasilkan adalah untuk anda berposing dengan latar belakang lukisan ini. Anda boleh berpura-pura menjadi tukang gunting rambut kepada Tunku Abdul Rahman, berlawan dengan Darth Vader dan banyak lagi.

Tak cukup lagi? Dah puas berposing di samping lukisan-lukisan yang realistik ini anda juga dapat merasai pengalaman unik yang dipanggil Augmented Reality di mana animasi akan dipaparkan menggunakan skrin besar di sekitar anda!

Sepanjang berada di dalam bilik ini, anda boleh beraksi secara kreatif kerana pihak muzium akan merakam video dan menangkap gambar sepanjang masa anda di dalam dunia AR ni.

Sekiranya anda merancang untuk ke sini, anda boleh menuju ke Central Market dan naik ke level 2, kedudukannya adalah berhampiran dengan bahagian belakang pasar.

Waktu Operasi: 10.00 am – 9.30 pm

Alamat: Level 2 Central Market Annexe, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur 50050


12. Masjid Negara

Masjid Negara Malaysia
Sumber: mh_arslan

Tengah seronok makan angin sekitar KL ni, tiba-tiba terdengar bunyi azan, tapi di mana nak solat? Untuk tujuan ini, mai singgah solat di Masjid Negara. Sambil-sambil tu, bolehlah melihat keindahan masjid yang menjadi lambang keagungan agama Islam di Malaysia ni.

Untuk pengetahuan anda, masjid yang dibina antara tahun 1963 dan 1965 ini terletak di dalam kawasan seluas 13 ekar dengan bangunan utamanya berdiri di atas kawasan berkeluasan 3 ekar.

Sebelum pembinaan masjid ini, arkiteknya, Baharuddin Abu Kassim telah melakukan kajian ke atas masjid-masjid yang terdapat di Sepanyol, UAE, Arab Saudi, Iran, Pakistan, India dan Turki.

Ingin melihat sendiri keindahan pembinaannya? Datanglah ke Masjid Negara kalau ke KL nanti ya?

Alamat: Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


11. Balai Seni Negara

Balai Seni Negara Kuala Lumpur
Sumber: Balai Seni Negara

Balai Seni Visual adalah galeri seni Malaysia yang rasmi yang terletak di dalam bangunan dengan bumbung berbentuk piramid berkaca biru.

Dari bangunannya lagi sudah terpancar kesenian galeri ini. Kalau anda nak tahu, galeri ini sebenarnya menggantikan Galeri Seni Negara yang pernah ditubuhkan pada tahun 1958 di Jalan Ampang.

Di dalam galeri Balai Seni Visual ini, anda dapat melihat sehingga 4000 karya yang dihasilkan oleh karyawan yang terkenal tempatan dan luar negara. Antara koleksi yang terkenal di galeri ini adalah seni batik dan pop art. Di tingkat bawah galeri ini pula ditempatkan pameran sementara.

Selain galeri, Balai Seni Visual turut menjadi lokasi bengkel dan kelas seni yang diadakan mengikut jadual.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 6.00 pm)

Harga Tiket: Percuma

Alamat: No. 2, Jalan Temerloh, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


10. Blastacars Malaysia

Blastcars Malaysia Kuala Lumpur
Sumber: Blastacars Malaysia

Terletak di tingkat 5 Sungei Wang Plaza, Blastacars Malaysia adalah sebuah trek indoor yang berkepanjangan 200 meter di mana anda boleh berlumba sepuas hati menggunakan Drift Karts yang disediakan.

Tahap keselamatannya? Jangan risau, kart yang dihasilkan dari New Zealand ini telah direkabentuk dengan teliti untuk memenuhi standard keselamatan ketat yang telah ditetapkan oleh negara tersebut. Di samping itu, sebelum bermulanya perlumbaan, anda akan diberikan briefing dalam bentuk video dan juga training daripada kakitangan mereka sendiri.

Terdapat 3 pilihan ‘speed setting’ yang ditawarkan iaitu Novice, Advance dan Pro. Untuk menaiki kart Pro yang memiliki enjin berkuasa 390cc, anda perlu menunjukkan kemampuan mengawal kart Advance terlebih dahulu. Kalau staff di sini mendapati anda layak, anda akan menerima ‘Black Card License’ yang membolehkan anda membawa kart Pro.

Sampai bila nak tengok orang lain berlumba dan driftkan? Inilah peluangnya untuk cuba sendiri!

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 12.00 pm)

Harga Tiket:

  • Novice:  RM60
  • Advance: RM90
  • Pro (Dengan Black Card): RM100

Alamat: Sungei Wang Plaza (5th Floor), Kuala Lumpur


9. Memorial Tunku Abdul Rahman

Memorial Tunku Abdul Rahman Putra
Sumber: Eu Jin Ang

Memorial Tunku Abdul Rahman telah dilancarkan oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 11 November 1994 untuk memperingati sumbangan Almarhum Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1957 sehingga 1970.

Terletak di Jalan Dato’ Onn, memorial yang dikelilingi oleh taman indah ini mempamerkan legasi yang ditinggalkan Tunku yang termasuklah foto, dokumen, cenderamata, petikan berita, perabot dan pakaian beliau. Anda juga dapat melihat paparan audiovisual berkaitan Tunku.

Juga sebahagian daripada memorial ini adalah tempat tinggal rasmi Tunku yang telah pun berusia lebih daripada 100 tahun namun masih terjaga dengan baik. Di bahagian luar rumah ini terdapat 2 buah kenderaan klasik yang pernah digunakan Tunku ketika berkhidmat sebagai PM iaitu kereta Cadillac Fleetwood 1959 dan Vintage Car Model Nash Rambler Custom Convertible 1951.

Ingin mengenali dengan lebih dekat Bapa Kemerdekaan kita? Datanglah ke memorial yang padat dengan pelbagai info ini.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10.00 am – 5.30 pm) | Jumaat (Tutup Sementara Pada Pukul 12.00 pm – 3.00 pm)

Harga Tiket: Percuma

Alamat: Jalan Dato Onn, , Off Jalan Sultan Salahuddin, Kuala lumpur


8. Muzium Negara

Sumber: Jesús Arroyo

Siapa yang tak tertarik dengan bangunan yang satu ni, terletak di tengah-tengah bandaraya moden KL adalah sebuah bangunan dengan seni bina istana Melayu klasik, Muzium Negara. Sesuailah dengan fungsinya yang mempamerkan koleksi peninggalan lama sejak sebelum wujudnya negara Malaysia sehinggalah masa kini.

Muzium ini terbahagi kepada beberapa buah galeri iaitu Galeri Pra-Sejarah / Sejarah Awal yang terletak di tingkat satu di mana anda dapat melihat pameran tentang pembentukan kepulauan Melayu dan artifak yang ditemui di tapak-tapak arkeologi.

Seterusnya adalah galeri Kerajaan-Kerajaan Melayu, galeri Era Kolonial dan terakhir sekali adalah galeri Malaysia Kini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)

Harga Tiket: Dewasa RM2 | Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) RM1

Alamat: Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, Tasik Perdana, 50566 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


7. Pustaka Peringatan P. Ramlee

Pustaka Peringatan P.Ramlee Kuala Lumpur
Sumber: Yob Kuale

Pustaka Peringatan P. Ramlee atau turut dikenali sebagai Memorial P. Ramlee, adalah sebuah destinasi yang wajib dilawati peminat seniman yang telah banyak menyumbang kepada industri hiburan negara pada suatu ketika dulu.

Bagi sesiapa yang menceburkan diri dalam industri perfileman atau sebarang bentuk kesenian, di sini, anda boleh mendapatkan pembakar semangat dan inspirasi.

Bukan sekadar sebuah memorial, bangunan di mana pameran berkaitan P. Ramlee ini diadakan juga adalah sebenarnya banglo yang pernah menjadi kediaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sendiri sehinggalah pemergian beliau pada tahun 1973.

Berkeluasan 7,200 kaki persegi, rumah ini adalah tanda perghargaan kepada P. Ramlee yang diberikan oleh Shaw Brothers (syarikat penerbitan filem).

Waktu Operasi: Selasa – Khamis (9.00 am – 5.00 pm) | Jumaat (9.00 am – 12.00 pm, 3.00 pm – 5.00 pm) | Sabtu & Ahad (9.00 am – 5.00 pm) | Isnin Kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah

Harga Tiket: Percuma

Alamat: 22, Jalan Dedap, Taman P Ramlee, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


6. Breakout

Breakout Kuala Lumpur Escape Rooms
Sumber: Eila Sidek

Nak test tahap keberanian dan kecekapan anda? Mai try Breakout! Di sini anda akan memasuki bilik yang menyeramkan tak ubah macam dalam novel seram Stephen King.

Kalau anda nak tahu, Breakout adalah satu-satunya escape game di dunia yang menggabungkan permainan berperanan (role-play). Karakter yang akan dimainkan oleh sesiapa yang terlibat dalam permainan ini adalah seseorang yang memiliki kuasa untuk mendapatkan masa tambahan (Time Bender), pembawa cahaya (Light Bringer) atau pembuka kunci (Lock Master). Lagi ramai geng anda, lagi banyak kelebihan yang dimiliki.

Waktu Operasi: Pilih Slot Melalui Website Breakout

Alamat:

  • Cawangan NU Sentral: L4 – 09A , Level 4, Nu Sentral, 201, Jalan Tun Sambathan, 50470, Kuala Lumpur
  • Cawangan Avenue K: L2-16 (Level 2), AVENUE K Address: 156, Jalan Ampang, Kuala Lumpu

5. Muzium Kesenian Islam Malaysia

Muzium Kesenian Islam Malaysia Kuala Lumpur
Sumber: Chongkian

Muzium Kesenian Islam Malaysia yang terletak di Tasik Perdana ini menempatkan sekitar 7 ribu artifak di dalam 12 buah galerinya yang dibahagikan mengikut jenis bahan pameran.

Muzium ini menggunakan 2 tingkat untuk galeri tetap dan 2 bahagian galeri untuk pameran sementara. Untuk galeri yang tetap, di tingkat 1 terdapat galeri senibina, quran dan manuskrip, India, China dan Melayu. Tingkat 2 pula menempatkan galeri tekstil, barang kemas, senjata, syiling, besi, kayu dan seramik.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30 am – 6.00 pm)

Harga Tiket: Dewasa RM14 | Kanak-Kanak RM7 | Kanak-Kanak (Bawah 6 Tahun) Percuma

Alamat: Perdana, Jalan Lembah, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur


4. Muzium Etnologi Dunia Melayu

Muzium Etnologi Dunia Melayu
Sumber: Muzium Etnologi Dunia Melayu

Tidak lengkap lawatan anda ke muzium di sekitar KL ini kalau tak menjejakkan kaki ke Muzium Etnologi Dunia Melayu yang terletak begitu hampir dengan Muzium Negara.

Bangunan dengan bahagian depan seperti anjung rumah tradisional Melayu ini menempatkan pelbagai jenis bahan pameran yang didatangkan daripada negara-negara serumpun Melayu seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Kemboja, Afrika Selatan, Melayu Polenesia, Madagaskar dan negara Malaysia sendiri.

Antara koleksi yang dapat dilihat dipamerkan di sini adalah hasil ukiran, barangan tekstil, peralatan logam, peralatan dapur, teknologi pengangkutan, senjata, peralatan muzik, perhiasan diri dan sebagainya.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)

Harga Tiket: Dewasa RM2 | Kanak-Kanak (12 Tahun & Ke Bawah) Percuma | Warga Emas & OKU RM1

Alamat: Jalan Damansara, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


3. Escape Room

Escape Room Kuala Lumpur
Sumber: Sehr schlechtes

Escape Room adalah permainan escape yang terletak di Berjaya Times Square. Di sini, anda dapat menguji kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan puzzle dan kod-kod yang wujud bagi melepaskan diri dalam masa 45 minit.

Kalau anda rasa anda seoang yang tak pernah kalah dalam apa-apa permainan puzzle, mai betul-betul test skill anda di sini. Pengalaman yang sangat menguji minda namun cukup menyeronokkan. Bukan sekadar menyelesaikan masalah, anda juga perlu mengharungi cabaran ini dalam suasana yang menyeramkan.

Yang syoknya, ada 9 jenis bilik yang boleh dipilih dengan tahap kegentingan situasi dan cabaran yang berbeza. Cabaran-cabaran yang ditawarkan adalah diadaptasikan daripada movie-movie terkenal Hollywood seperti Safari Jungle, The Cage, the Haunted House dan Wonderland.

Waktu Operasi: 11.00 am – 10.30 pm

Harga Tiket: Isnin – Jumaat Dari RM32 | Hujung Minggu & Cuti Umum Harga Berbeza

Alamat: Berjaya Times Square Shopping Mall, 07-96, 7th Floor, Entertainment Podium, No.1, Jalan Imbi, Kuala Lumpur 55100


2. Muzium Diraja Negara

Muzium Diraja Kuala Lumpur
Sumber: liamspender

Muzium Diraja Negara adalah sebuah muzium yang terletak di dalam Istana Negara yang lama yang pernah digunakan dari tahun 1957 sehingga tahun 2011.

Ya, bukanlah muzium biasa kerana bangunan ini memiliki nilai sejarahnya yang tersendiri. Untuk pengetahuan anda, bangunan istana lama yang terletak di atas tanah berkeluasan 11 hektar ini telah dibina sejak sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1928 oleh seorang taikun Cina bernama Chan Wing yang mengumpulkan kekayaannya melalui perlombongan bijih timah di lokasi yang kini menjadi tapak bangunan The Mines.

Ketika perang dunia, bangunan istana ini pernah digunakan oleh penjajah Jepun. Setelah itu, ianya menjadi milik British Royal Air Force dan kemudiannya sebagai istana Sultan Selangor. Pada tahun 1957 pula, bangunan ini telah diubahsuai dan diperbaiki untuk dijadikan Istana Negara.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)

Harga Tiket: Dewasa RM5 | Kanak-Kanak (6 – 12 Tahun) RM2

Alamat: Jalan Istana, Istana Negara, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


1. Masjid Wilayah

Masjid Wilayah Persekutuan
Sumber: shahadatsammy

Reka bentuk masjid ini diinspirasikan daripada Masjid Biru yang terletak di Istanbul dengan gabungan seni bina Turki dan Melayu. Masjid ini memiliki ruang solat yang sangat besar sehingga mampu menampung dalam 15,000 jemaah pada satu-satu masa.

Di sekitar masjid ini terdapat air pancut dan juga tumbuhan-tumbuhan hijau yang terjaga dengan baik sekali. Kecantikan Masjid Wilayah ini tidak dapat diluahkan dengan kata-kata dan tidak cukup dengan hanya melihat pada gambar, anda perlu datang sendiri dan lihat dengan lebih dekat lagi sentuhan yang penuh perincian pada setiap sudut masjid ini yang kelihatan begitu tenang dan indah.

Alamat: Masjid Wilayah, 50480 Jalan Duta, Kuala Lumpur


Penginapan Di Kuala Lumpur

Untuk penginapan semasa bercuti di Kuala Lumpur, apa yang anda inginkan? Penginapan yang lengkap dengan pelbagai fasiliti menarik? Atau penginapan dalam harga murah tapi selesa?

Untuk memudahkan anda membuat pilihan berdasarkan kriteria yang diingini, anda dijemput untuk membaca artikel kami tentang hotel yang ditawarkan di sekitar KL ini iaitu:

Untuk mendapatkan tawaran terkini hotel terbaik di Kuala Lumpur anda boleh melawat laman web Booking.com.

Tempat menarik di Kuala Lumpur yang mana menarik hati anda? Mesti ada bukan, apa lagi yang ditunggu, rancanglah percutian anda dari sekarang supaya tak adalah anda sekeluarga kebosanan terperap di rumah sahaja pada hari-hari yang lapang. Jangan buang masa dengan perkara bosan lagi, jom ke KL untuk life yang lebih happening!

Soalan Lazim Tentang Percutian Ke Kuala Lumpur

1. Menara Kembar KLCC– Mercu tanda yang sudah lama menjadi  sinonim dengan Ibu Kota Kuala Lumpur pasti dapat menjanjikan hari yang penuh dengan aktiviti untuk anda sekeluarga. Daripada jenama fesyen antarabangsa hinggalah ke akuarium bertaraf dunia, tak sukar untuk mengisi hari anda dengan aktiviti seronok.

2. Zoo Negara- Destinasi sasaran pencinta haiwan yang wajib anda singgah jika merancang ke KL. Gunakan peluang ini untuk mengenali spesis asli negara seperti Harimau Malay, Tapir dan Sang Kancil.  Fasiliti dan kandang haiwan telah dinaik tarafkan baru-baru ini untuk memberi pelawat pengalaman yang luarbiasa.

3. Aquaria- Aquarium bertaraf dunia ini menampilkan lebih dari 150 spesis hidupan laut untuk dikagumi. Peluang untuk anda sekeluarga menerokai dunia bawah laut yang luarbiasa. Kerana tarikan ini terletak bersebelahan dengan KLCC, selepas sudah melawat Aquria anda boleh terus bergerak ke Menara Kembar untuk makan atau membeli – belah.

4. Taman Tasik Titiwanga- Tampil dengan imej baru Taman Tasik ini antara tarikan percuma popular penduduk bandar ini. Jika anda seorang yang giat melakukan aktiviti rekreasi luaran seperti berbasikal atau jogging, anda boleh berbuat demikian mengelilingi tasik yang luas berlatarbelakangkan kaki langit Kuala Lumpur. Kepada yang berjiwa santai pula jangan lepaskan peluang untuk perpiknik bersama orang yang tersayang.

Realitinya Kuala Lumpur bandar yang sentiasa sibuk jadi bersedialah untuk beratur sedikit untuk memasuki tarikan popular pada musim cuti atau hujung minggu. Anda boleh mengurangkan masa menunggu dengan menempah tiket dengan lebih awal atau pergi pada hari berkerja. Jika anda tidak mempunyai kenderaan sendiri, dinasihati untuk anda mengunakan pengangkutan awam seperti LRT dan MRT. Elakkan dari menggunakanya pada waktu puncak iaitu 7am-9am dan 5pm-7pm semasa orang pergi dan balik kerja.

Untuk pengujung luar bandar yang merancang untuk melawat Kuala Lumpur kami cadangkan anda pergi untuk minimum tiga hari supaya anda dapat menghayati bandar ini dengan sepenuhnya. Kalau anda pilih untuk menginap di pusat bandar seperti KLCC atau Bukit Bintang, anda boleh menggunakan hari pertama untuk melihat tarikan berdekatan seperti Taman KLCC, Pavilion, KL Tower, Aquaria dan Taman Burung kerana kebanyakan daripada destinasi ini jarak berjalan kaki dari hotel anda. Pada hari kedua dan ketiga gunakan LRT atau Grab untuk ke tarikan yang jauh sedikit dari pusat bandar seperti Zoo Negara atau Sunway Lagoon.

Kampung Baru- Syurga makanan ini terletak berhampiran dengan pusat bandar. Disini anda boleh menikmati pelbagai hidangan lazat seperti lauk kampung melayu tradisional, makanan thai dan nasi arab.

Jambatan Saloma- Terletak antara Kampung Baru dan KLCC jambatan saloma satu tarikan baru yang wajib anda pergi kerana paparan cahaya yang dibuka pada waktu malam. Memang tempat sesuai untuk mengambil selfie unik dengan latar belakan paparan cahaya bertemakan bendera Malaysia.

4.6/5 - (132 votes)