Kota Sherlock Holmes, Harry Potter, William Shakespeare atau apa sahaja yang anda ingin panggil, banyak perkara ikonik yang sinonim dengan kota London. Siapa sahaja yang tidak meletakkan London sebagai salah satu destinasi impian untuk dilawati? London sememangnya padat dengan pelbagai tarikan epik yang mampu membuat sesiapa sahaja teruja!

Tarikan-tarikannya ada yang telah berusia lebih daripada seabad! Penuh dengan nostalgia dan keindahan alam semula jadi yang mempesonakan, London bukanlah destinasi pelancongan biasa.

Jangan terkejut, di lokasi yang tidak disangka-sangka pun boleh tersorok khazanah London yang mengubah dunia dan yang mampu membuat jiwa anda teruja! Nak tahu apakah yang ditawarkan kota ini?

Teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel tempat menarik di London ini! Jangan salahkan kami kalau anda terpaksa berbelanja untuk membeli tiket penerbangan ke London sebaik habis membaca!

45. Rooftop Film Club

Rooftop Film Club London
Sumber: Rooftop Film Club

Terfikir-fikir aktiviti unik yang menarik untuk dibuat semasa berada di kota London? Apa kata kalau anda sekeluarga pergi menonton filem di atas bumbung bangunan yang berlatar belakangkan pemandangan pencakar-pencakar langit di sekitar London?

Rooftop Film Club ditubuhkan untuk memberikan pengalaman luar biasa di mana wayang bersatu dengan pemandangan dan udara segara di luar. Siapa kata nak tengok wayang mesti duduk dalam tempat tertutup?

Baca:ย 31 Tempat Menarik Di Tokyo

Bukan itu sahaja, kerusi yang disediakan juga sangat comfy dengan sesetengah tempat lengkap dengan headphone berkualiti tinggi untuk anda mendengar dialog tanpa sebarang gangguan bunyi. Pernah jumpa aktiviti macam ni di Malaysia?

๐Ÿ“ Alamat
Alamat: Roof A, Bussey Building, 133 Rye Ln, London SE15 4ST

44. Madame Tussauds London

Madame Tussauds London
Sumber: Roxana Costache

Anda mungkin pernah dengar tentang muzium patung lilin manusia yang realistik ni di mana-mana bandar besar di dunia, tapi kalau anda nak tahu Madame Tussauds London adalah muzium original patung lilin ni. Ianya mula diwujudkan pada tahun 1836 di Baker Street London.

Walaupun harga tiketnya bukanlah murah, tapi anda sekeluarga dapat mendekati ramai selebriti dan orang-orang besar di dunia untuk bergambar dengan mereka walaupun sekadar patung. Sangat real!

Di sini terdapat lebih daripada 250 buah nama besar untuk anda โ€˜temuiโ€™ dan bergambar bersama. Antara tarikan menarik yang ada di sini adalah patung lilin Prince Harry dan Meghan, yang menariknya, anda boleh memilih latar belakang di mana anda ingin โ€˜menemuiโ€™ mereka, sama ada di pantai, semasa wedding dan banyak lagi.

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: Marylebone Rd, Marylebone, London NW1 5LR, UK
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 4.00 pm) | Sabtu & Ahad (9.00 am – 4.00 pm)
Bayaran Masuk (Online): Dewasa (16 Tahun & Keatas) ยฃ29

43. Leadenhall Market

Leadenhall Market
Sumber: Wonderful World

Leadenhall Market adalah pasar tertutup London yang terletak di Gracechurch Street. Pasar ini merupakan salah satu pasar yang tertua wujud di London.

Berapa tua? Ianya telah wujud sejak abad ke-14 lagi! Pasar yang dulunya dipenuhi dengan jualan daging dan barangan basah yang lain kini merupakan lokasi shopping yang padat dengan pelbagai jenis kedai seperti butik, restoran, kafe dan lain-lain lagi.

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi
Alamat: Gracechurch St, London EC3V 1LT
Waktu Operasi:

  • Waktu Berjual Beli: Setiap Hari (7.00 am – 11.00 pm)
  • Gerai-Gerai: Isnin – Jumaat (11.00 am – 4.00 pm)

42. Eel Pie Island,ย Richmond-upon-Thames

Eel pie Island Richmond upon Thames
Sumber: Bruce J Biege

Eel Pie Island adalah sebuah pulau kecil yang bersaiz hanyalah 8 ekar yang terletak di River Thames di Twickenham. Walaupun kecil, pulau ini sebenarnya menyimpan sejarah yang sangat menarik untuk didengar.

Untuk pengetahuan anda, pada suatu ketika dulu pulau ini pernah memiliki sebuah hotel yang terkenal dengan pelbagai pertunjukan muzik seperti Rolling Stones, David Bowie, The Who, Pink Floyd dan banyak lagi! Namun kini, hotel tersebut telah dijadikan muzium.

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di London

Selain dapat melawati pulau yang pernah dijejaki nama-nama besar dalam industri muzik pada suatu ketika dulu, anda juga dapat melawat studio-studio kaki seni yang dibuka di sini kepada orang awam dari bulan Jun ke Disember setiap tahun.

๐Ÿ“ Alamat
Alamat: Eel Pie Island, Richmond upon Thames

41. The Hunterian Museum, Holborn

The Hunterian Museum Holborn
Sumber: James Edward Hughes

The Hunterian Museum adalah sebuah muzium yang terletak di tengah-tengah bandaraya Londonย  di Royal College of Surgeons of England.

Di dalam muzium ini tedapat beribu-ribu koleksi spesimen anatomi! Memang banyak memandangkan muzium ini sudah lama wujud iaitu sejak tahun 1799 lagi.

Salah satu spesimen yang paling menarik dipamerkan adalah rangka Charles Byrne yang juga digelar sebagai โ€œIrish Giantโ€ kerana merupakan manusia tertinggi di dunia pada suatu ketika dahulu dengan ketinggian 7 kaki 7 inci.

Diingatkan, muzium ini bukanlah untuk anda yang cepat geli melihat benda-benda sebegini. Nak tahu anda geli atau tak, salah satu pameran yang ada di sini adalah kaki mumia. Berani tengok?

Notis: Sedang Ditutup Untuk Pembaharuan & Akan Dibuka Kembali Pada Musim Panas 2021

๐Ÿ“ Alamat๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: Hunterian Museum, Royal College of Surgeons, 35-43 Lincoln’s Inn Fields, London WC2A 3PE
Bayaran Masuk: Percuma

40. Hyde Park

Hyde Park London
Sumber: Hyde Park

Hyde Park boleh dikatakan sebagai salah satu taman yang paling terkenal di London dan juga yang paling luas. Kenapa ianya terkenal?

Taman ini sering dijadikan pilihan untuk demonstrasi dan protes besar-besaran di Londonย  dan ini termasuklah pergerakan wanita untuk mendapat hak mengundi (Suffragettes) pada tahun 1908.

Taman yang berkeluasan 142 hektar ini dipenuhi dengan lebih daripada 4,000 pokok, sebuah tasik yang besar, taman-taman bunga dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.

Terasa ingin melakukan aktiviti riadah semasa di London bersama keluarga? Anda boleh datang ke Hyde Park untuk berenang, bermain tenis, atau membawa anak-anak bermain di taman permainannya yang cukup menarik.

๐Ÿ“ Alamat
Alamat: Hyde Park, London

39. Westminster

Westminster London
Sumber: El Vuelo del Drone

Kalau di Malaysia, Putrajaya adalah lokasi di mana terletaknya bangunan-bangunan kerajaan, kalau di London pula, Westminster adalah tempatnya. Di sinilah terletaknya bangunan-bangunan parlimen dan juga jam ikonik London, Big Ben yang berbunyi pada setiap jam.

Sekiranya anda berpeluang ke sini, jangan lupa untuk singgah ke Parliament Square di mana terletaknya tugu-tugu orang yang penting dalam politik iaitu Winston Churchill dan Nelson Mandela. Tarikan lain yang terdapat di Westmister adalah Buckingham Palace.

๐Ÿ“ Alamat
Alamat: Westminster, London

38. Camden Town

Camden Town London
Sumber: Alejandro Strassera

Apa yang menariknya tentang kawasan kejiranan Camden ini adalah kewujudan tempat-tempat jualan yang tiada penghujungnya. Di sini terdapat lebih daripada 1000 kedai-kedai unik, gerai-gerai kecil dan kafe.

Anda boleh menemui banyak kedai yang menjual hasil seni yang unik, kedai pakaian vintage, kedai buku secondhand dan lain-lain lagi!

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi
Alamat:

  • Camden: London Borough of Camden, London
  • Camden Market: Camden Lock Pl, Camden Town, London NW1 8AF
Waktu Operasi: Camden Market: Setiap Hari (10.00 am – 6.00 pm)

37. London Eye

London Eye
Sumber: FRii Bali Echo Beach

Tak sah kalau melancong ke London tanpa melawat London Eye. The London Eye adalah nama yang diberikan kepada ferris wheel di London yang bersaiz gergasi. Sesiapa sahaja yang bertuah dapat menaiki roda ferris ini dapat melihatย  pemandangan yang luas sekitar kota London.

Pada waktu malam, roda ferris ini akan dinyalai dengan cahaya warna-warni yang memukau pandangan mata.

Berminat untuk ke sini? Anda boleh memilih untuk berkongsi kapsul / pod roda ferris dengan pelawat yang lain atau mendapatkan pod peribadi sendiri. Jangan lupa untuk rakam pemandangan di luar!

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: Lambeth, London SE1 7PB
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 6.00 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa (16 Tahun & Keatas) ยฃ28 | Kanak-Kanak (3 – 15 Tahun) ยฃ23

36. Thames Cruise

Thames Cruise City Cruises
Sumber: City Cruises

Selain London Eye dan bas merah dua tingkat di London, Thames River adalah satu lagi tarikan yang menjadi trademark di London.

Sebagai tarikan yang terbesar, tidak cukup untuk sekadar melihat pemandangan sungai ini, cara yang terbaik untuk menikmati percutian sebenar di London adalah dengan menaiki bot atau kapal menyelusuri Thames River.

Selain dapat merasai udara segar dari atas kapal, anda juga berpeluang menikmati pemandangan di sekitar London dari perspektif yang berbeza dan sangat mempesonakan.

๐Ÿ“ Alamat
Alamat:ย  River Thames, London

35. Hampstead Heath Park

Hampstead Heath Park London
Sumber: Elin Robinsonโ€Ž

Hampstead Heath adalah salah satu taman yang terbesar di London dengan keluasan 790 ekar. Taman ini terletak di salah satu kedudukan tertinggi di London.

Bayangkanlah pemandangan yang dapat anda nikmati dari kawasan ini? Di sinilah antara lokasi terhebat untuk anda sekeluarga menikmati pemandangan di sekitar bandar.

Selain menawarkan pemandangan yang menyejukkan mata, di dalam taman ini turut terdapat kolam renang dan juga sebuah muzium, Kentwood House yang menarik untuk dilawati oleh para pencinta sejarah.

๐Ÿ“ Alamat
Alamat: Hampstead Heath, London

34. Brick Lane

Brick Lane London
Sumber: Takumi Suganumaโ€Ž

Brick Lane adalah sebuah tempat menarik di London yang dipenuhi dengan komuniti Bangladesh. Kalau anda teringin nak makan kari, tandori dan sebagainya, bolehlah singgah ke kawasan ini yang menawarkan bermacam jenis kedai makan untuk dicuba.

Selain kedai makan halal, di sini juga terdapat pasar-pasar yang menjual barangan antik, pakaian dan banyak lagi barangan menarik lain.

Di samping itu, Brick Lane juga terkenal dengan street artnya sehinggakan ianya sering dijadikan lokasi pergambaran video-video muzik. Apa lagi? Sediakan kamera dan terjah lokasi ni untuk meriahkan instagram anda.

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi
Alamat: Brick Lane, Shoreditch, ย E1 6QL
Waktu Operasi (Brick Lane Market): Ahad (10.00 am – 5.00 pm)

33. London Zoo

London Zoo
Sumber: London Zoo

Ingin memberikan pengalaman yang mustahil dilupakan anak-anak? Jangan lupa untuk merancang lawatan ke London Zoo.

Antara tarikan yang terdapat di sini adalah Penguin Beach, Buttterfly Paradise, Land of the Lions, Meet the Monkeys dan banyak lagi. Secara umumnya di zoo ini terdapat lebih daripada 750 spesies haiwan untuk didekati.

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: London NW1 4RY
Waktu Operasi: Dibuka Setiap Hari Kecuali Hari Krismas

  • 20 Oktoberย  2018 – 27 Oktober 2018: 10.00 am – 5.00 pm
  • 28 Oktober 2018 – 15 Februari 2019: 10.00 am – 4.00 pm
Bayaran Masuk: Dewasa ยฃ25 | Kanak -Kanak (3 – 15 Tahun) ยฃ19.50

32. Oxford Street

Oxford Street London
Sumber: Jayna Johnson

Oxford Street adalah lokasi membeli-belah yang paling meriah di Eropah dan sudah semestinya yang tersibuk di London. Kebanyakan kedai yang terdapat di sini adalah butik-butik berjenama mewah.

Sekiranya anda berjalan dari Oxford Circus ke Tontenham Court Road, terdapat kedai-kedai seperti American Apparel dan Topshop. Sepanjang Oxford Circus dan Bond Street pula terdapat banyak kedai-kedai pakaian berjenama terkenal seperti Zara, Gap dan H&M. Dari Marble Arch ke Bond Street, terdapatย  Marks & Spencer, New Look, Selfridges dan Primark.

Selain pakaian, sekiranya anda berjalan-jalan di sekitar Charing Cross Road dan Denmark Street, terdapat banyak kedai buku dan peralatan muzik. Sementara itu di Edgware Road pula terdapat jualan pelbagai barangan elektronik.

๐Ÿ“ Alamat
Alamat: Oxford St, London

31. Leicester Square

Leicester Square London
Sumber: oceanoutdoor.com

Leicester Square adalah dataran yang terletak di West End London. Di dalam dataran ini terdapat sebuah taman yang menghijau untuk anda yang ingin merehatkan mata daripada pemandangan bangunan yang terdapat di sekitar.

Tarikan lain yang terdapat di Leicester Square adalah tempat-tempat untuk menonton wayang atau teater yang banyak seperti di Cineworld, ODEON Leicester Square, dan Vue.

Dah puas menonton, anda boleh melawat banyak kedai menarik seperti kedai M&M terbesar di Eropah, kedai LEGO terbesar di dunia, kedai jualan barangan Jepun di Japan Centre dan macam-macam lagi!

๐Ÿ“ Alamat
Alamat: Leicester Square, London

30. Harrods

Harrods London
Sumber: London Underground

Harrods adalah sebuah pusat membeli-belah mewah 7 tingkat yang telah wujud lebih daripada 160 tahun! Di dalam pusat membeli-belah ini terdapat 330 kedai yang menjual pelbagai barangan rumah, teknologi, pakaian dan makanan.

Di Harrods Food Halls, anda boleh menemui pelbagai pilihan teh, coklat dan makanan segar yang lain.

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi
Alamat: 87-135 Brompton Rd, Knightsbridge, London SW1X 7XL
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Ahad (10.00 am – 9.00 pm) | Ahad (11.30 am – 6.00 pm)

29. Platform 9 ยพ

Platform 9ยพ Harry Potter Shop Kings Kross
Sumber: Chris Loh

Salah satu perkara yang tak boleh ditinggalkan sekiranya bercuti di London adalah menjejaki kawasan yang pernah dijejaki Harry Potter apatah lagi kalau anda peminat tegar filem ini. Salah satu lokasinya adalah Platform 9 ยพ yang terletak di Kingโ€™s Cross Station. Di stesen inilah pelajar-pelajar Hogwarts School of Withcraft & Wizardy menunggu Hogwarts Express.

Dalam dunia Harry Potter, Harry dan kawan-kawannya akan menuju ke platform ini dengan melalui dinding batu-bata antara platform 9 dan 10.

Untuk bergambar di sini, tak perlu mengeluarkan bayaran. Di sebelah platform ini juga terdapat sebuah kedai Harry Potter untuk anda membeli skarf HP sebagai prop bergambar. Baru nampak real!

๐Ÿ“ Alamat
Alamat: Platform 9 3/4, Kingโ€™s Cross Station Concourse

28. Buckingham Palace

Buckingham Palace London
Sumber: Londra

Buckingham Palace adalah istana yang menjadi tempat tinggal rasmi Ratu Elizabeth. Selain istana ini, Ratu Elizabeth turut tinggal di Windsor Castle dan Balmoral. Sebelum ke sini, anda perlu tahu bahawa Buckingham Palace hanyalahย  dibuka kepada orang awam ketika musim panas yang kebiasaannya dari bulan Ogos ke September.

Antara yang boleh anda lihat sekiranya melawati istana ini adalah 19 buah bilik menyambut tetamu yang dihias dengan indah, the Throne Room (bilik yang sering digunakan dalam fotografi perkahwinan diraja), tangga mewah istana, pameran khas, karya seni dan lawatan sambil mendengar penerangan audio yang menggunakan suara Prince Charles!

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat:ย Buckingham Palace, Westminster, London SW1A 1AA
Waktu Operasi: Hanya Dibuka Semasa Musim Panas (Ogos – September 2018 | Julai 2019 – September 2019)
Bayaran Masuk: Dewasa ยฃ24.00 | Kanak-Kanak (5 – 16 Tahun) ยฃ13.50

27. Greenwich Market

Greenwich Market
Sumber: Stefania Tavazzaniโ€Ž

Inginkan kraftangah asli dari London? Jangan lupa untuk singgah ke Greenwich Market. Bermacam barangan yang boleh dijadikan buah tangan untuk orang tersayang atau sebagai tanda ingatan daripada London boleh didapati di pasar ini.

Maklumat tambahan tentang Greenwich Market:

  • Hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad: Jualan barangan seni, kraf dan barangan designer.
  • Hari Selasa, Khamis dan Jumaat: Jualan barangan antik dan koleksi berharga yang lain.
๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi
Alamat: 5B Greenwich Market, London SE10 9HZ
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 5.30 pm)

26. National Gallery

National Gallery London
Sumber: Diego Delso / CC by 4.0

Ada banyak sebab untuk anda melawat National Gallery yang terletak di Trafalgar Square ini. Tak kisahlah anda pencinta seni atau tidak, lawatan ke galeri ini pasti akan membuat anda teruja melihat karya-karya yang dipamerkan.

Di galeri ini terdapat lebih daripada 2,300 koleksi lukisan untuk diamati keseniannya dan ini termasuklah karya daripada pelukis legend Leonardo da Vinci, Vincent van Gogh dan ramai lagi!

Melihat saja tak cukup? Anda boleh menyelami kisah atau inspirasi di sebalik lukisan ini dengan mengikuti lawatan sambil belajar yang ditawarkan. Yang bestnya, masuk adalah percuma!

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: The National Gallery, Trafalgar Square, London WC2N 5DN
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (10.00 am – 6.00 pm) | Jumaat (10.00 am – 9.00 pm) | 1 Januari & 24 – 26 Disember Tutup
Bayaran Masuk: Percuma

25. Natural History Museum

Natural History Museum London
Sumber: Nam Hoai Bao

Natural History Museum adalah rumah kepada lebih daripada 70 juta spesimen dengan sekurang-kurangnya 500,000 spesimen baru dimasukkan setiap tahun. Ini menjadikan ia muzium dengan koleksi sejarah semula jadi yang terbesar di dunia!

Muzium yang ditubuhkan pada tahun 1754 ini (beralih ke lokasi sekarang sejak tahun 1881) mempamerkan koleksi seperti batuan dari bulan, tumbuhan eksotik, fosil dinasour dan tulang dodo.

Untuk pengetahuan anda, Natural History Museum adalah salah satu daripada 3 buah muzium yang terpenting di London selepas British Museum dan The Victoria & Albert Museum.

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: Cromwell Rd, Kensington, London SW7 5BD
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 5.50 pm) | 24 – 26 Disember Tutup
Bayaran Masuk: Percuma

24. Science Museum

Science Museum London
Sumber: Geni / CC By 3.0

Science Museum London adalah muzium sains dan teknologi yang paling kerap dilawati di benua Eropah. Muzium ini mempamerkan lebih daripada 15,000 koleksi.

Secara spesifiknya, antara tarikan yang terdapat di sini adalah seperti:

  • Making the Modern World Gallery: Terletak di tingkat bawah (GF) merupakan pameran stim lokomotif roket Stephenson dan โ€˜Apollo 10 command capsule.โ€™
  • The Atmospehere Gallery: Di tingkat 2, mempamerkan info berkaitan iklim, dan masa depan iklim.
  • The Flight Gallery: Di tingkat 3, pameran tentang perkembangan dunia penerbangan dan banyak lagi!
๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: Exhibition Rd, Kensington, London SW7 2DD
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 6.00 pm)
Bayaran Masuk: Percuma

23. Victoria and Albert Museum (V&A)

Victoria and Albert Museum
Sumber: Victoria and Albert Museum

Victoria and Albert Museum (V&A) adalah muzium seni rekaan yang terbaik di dunia. Muzium ini mempamerkan kreativiti manusia yang telah wujud sejakย  lebih daripada 3,000 tahun.

Bahan-bahan pameran di sini merentasi pelbagai era yang telah berlalu. Koleksi yang dipamerkan terdiri daripada lukisan, ukiran, reka bentuk, seramik, perabot, tekstil, fesyen, fotografi, gelas, barangan kemas, barangan besi serta sejarah pertunjukan dan teater.

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: : Cromwell Rd, Knightsbridge, London SW7 2RL
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 5.45 pm) | Jumaat (10.00 am – 10.00 pm) | 24 – 26 Disember Tutup
Bayaran Masuk: Percuma

22. British Museum

The British Museum
Sumber: Hayden Dyson

British Museum adalah sebuah muzium yang telah wujud semenjak tahun 1753 dengan hasil koleksi sejarah manusia sejak lebih daripada 2 juta tahun. Antara bahan pameran yang paling terkenal di dalam muzium ini adalah batu Rosetta, mumia-mumia Mesir, arca Parthenon dan banyak lagi.

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: Great Russell St, Bloomsbury, London WC1B 3DG
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 a – 5.30 pm)
Bayaran Masuk: Percuma

21. Isabella Plantation

Isabella Plantation London
Sumber: David Drori

Isabella Plantation adalah sebuah taman berkeluasan 40 ekar dengan gaya Viktoria. Taman ini mula dibuka pada tahun 1953 dengan koleksi bunga penuh warna-warni yang mekar terutama dari akhir April hinggalah awal Mei. Antara bungaan yang menjadi tarikan besar di taman ini adalah Azalea, Rhododendron dan bunga Camelia.

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: 173 Clarence St, Kingston upon Thames TW10 5HP
Waktu Operasi: Sepanjang Masa
Bayaran Masuk: Percuma

20. Covent Garden

Covent Garden
Sumber: Henry Kellner / CC By 3.0

Covent Garden adalah sebuah tarikan yang cukup best di London. Sambil berjalan-jalan di sekitar kawasan ini anda dapat melihat banyak pertunjukan jalanan yang kadangkala mengumpulkan sehingga 200 penonton pada satu-satu masa.

Dah puas melihat persembahan ini, anda sekeluarga boleh singgah ke mana-mana kedai kosmetik dan kecantikan yang terdapat di sekitar seperti Chanel, Clinique dan Dior Beauty Garden.

Selain itu, tarikan menarik lain yang wajib dilawati adalah Royal Opera House. Di sini sering diadakan pertunjukan ballet dan opera. Inilah peluang untuk merasai dunia London yang sebenar bukan?

๐Ÿ“ Alamat
Alamat: Covent Garden, London WC2E 8RD

19. St. James’ Park

St James' Park
Sumber: Rajesh Taylor

St. James’ Park adalah sebuah taman diraja yang berkeluasan 57 ekar. Dari taman indah ini anda dapat menikmati pemandangan bangunan ikonik London di sekitar seperti Buckingham Palace, Clarence House dan Whitehall.

Baca: Senarai Destinasi Paling Popular Di Korea

Sekiranya anda bercadang untuk ke sini, jangan lupa untuk membawa makanan untuk diberi kepada itik-itik dan tupai yang menjadikan taman ini tempat tinggal mereka, anda mesti tak kecewa!

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi
Alamat: Barrack Rd, Newcastle upon Tyne NE1 4ST
Waktu Operasi: 5.00 am – 12.00 pm

18. Portobello Market Notting Hill Gate

Portobello Market
Sumber: portobelloroad.co.uk

Pernah tonton filem Julia Roberts yang bertajuk Notting Hill? Di awal-awal filem ini ditunjukkan suasana di pasar Portobello Market Notting Hill Gate yang cukup sibuk dengan orang yang datang berjual-beli.

Bermacam barangan boleh dijumpai di sini, daripada buah-buahan, roti, poster, seramik, pakaian hinggalah muzik, suasana pasar ini memang sangat meriah.

Pada hari Jumaat, anda boleh menemui gerai-gerai yang menjual pakaian vintage dan barangan rumah.

Bagi para peminat barangan antik, hari Sabtu adalah hari di mana terdapat beratus gerai jualan barangan antik dibuka berdekatan dengan stesen Notting Hill.

Antara barangan antik yang diniagakanย  adalah perabot hinggalah koleksi-koleksi berharga yang lain. Sedar tak sedar, dah lebih 2 ke 3 jam melihat barangan yang ada, boleh rambang mata!

Pada hari Ahad, anda boleh menuju ke Westway di sekitar kawasan yang sama untuk pasar lambak.

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi
Alamat: Portobello Rd, London
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (8.00 am – 6.30 pm)

17. Kensington Palace

Kensington Palace London
Sumber: Irving Scott

Kensington Palace adalah kediaman peribadi keluarga diraja Inggeris. Walaupun ianya merupakan tempat kediaman rasmi diraja, Kensington Palace tetap dibuka kepada orang awam yang boleh melalui kawasan sekitar apartment Kingโ€™s State, apartment Queenโ€™s State dan taman. Di samping itu, anda juga boleh melihat pameran + kedai di The Orangery cafe di sini.

Antara tarikan utama di sini adalah The Kingโ€™s Staircase, The Kingโ€™s Gallery, dan The Privy Chamber.

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: Kensington Gardens, London W8 4PX
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 4.00 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa (18 Tahun & Keatas) ยฃ19.50 | Kanak-Kanak (Bawah 16 Tahun) ยฃ9.70

16. Biscuiteers Boutique and Icing Cafรฉ

Biscuiteers Boutique and Icing Cafรฉ
Sumber: Vacayo

Sesiapa pun akan terpesona melihat keindahan kedai Biscuiteers Boutique and Icing Cafรฉ. Lokasi yang tepat untuk dijadikan latar belakang foto bercuti di London!

Jangan hanya bergambar dengan kedai! Anda tidak patut melepaskan peluang mencuba aktiviti menarik yang ditawarkan kedai ini! Ya, bukan sekadar kafe!

Inilah satu-satunya kafe di mana anda boleh belajar membuat icing! Tapi jangan lupa untuk tempah slot awal-awal!

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat:

  • Notting Hill Icing Cafรฉ: 194 Kensington Park Road, Notting Hill, W11 2ES
  • Northcote Road: 13 Northcoteย Road, Battersea, SW11 1NG
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Ahad (10.00 am – 6.00 pm) | Ahad (10.00am – 5.00 pm)
Bayaran Aktiviti: ยฃ15 – ยฃ95

15. Kew Gardens

Kew Gardens London
Sumber: Trotoise

Kew Gardens dapat membawa anda sekeluarga bersatu dengan alam semula jadi seperti mana taman-taman yang lain. Namun begitu, ada sesuatu yang membuatkan taman ini berbeza daripada yang lain.

Bukan hanya kerana terdapat bermacam jenis tanaman, tetapi anda juga dapat menyelami sejarah taman sejak daripada 250 tahun yang lampau.

Antara tarikan yang ada di sini adalah Temperate House iaitu sebuah rumah gelas zaman Viktoria yang terbesar di dunia, tanaman yang terdapat di sini ada juga dari spesies yang jarang ditemui.

Seterusnya adalah Marianne North Gallery di mana anda dapat melihat sebanyak 833 lukisan tumbuh-tumbuhan yang dilukis teliti oleh pelukis zaman Viktoria, Marianne North yang telah mengelilingi dunia.

Tarikan lain yang terdapat di sini adalah Palm House, The Hive, Princess of Wales Conservatoru, Arboretum, Bamboo Garden, Childrenโ€™s Garden, Japanese Garden dan banyak lagi!

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: London Borough of Richmond upon Thames, England
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 3.30 pm)
Bayaran Masuk: Dewasaย ยฃ12.50 |ย  Kanak-Kanak (4 โ€“ 16 Tahun)ย ยฃ3.50

14. Sea Life London Aquarium

Sea Life London Aquarium
Sumber: SEA LIFE London Aquariumโ„ข

Sea Life London Aquarium adalah salah satu lokasi paling best untuk dilawati bersama keluarga semasa di London. Di sini, anda sekeluarga dapat menerokai dunia dalam air dengan melalui laluan terowong bercermin lutsinar dikelilingi oleh akuarium.

Di dalamnya terdapat ikan pari, ikan jerung, Nemo, penyu, dan bermacam lagi hidupan air yang berwarna-warni. Memori yang tercipta sewaktu berada di sini mustahil untuk dilupakan, cukup magikal!

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: County Hall, Westminster Bridge Rd, Lambeth, London SE1 7PB
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 5.00 pm) | Sabtu & Ahad (9.30 am – 6.00 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa ยฃ26.00 | Kanak-Kanak ยฃ21.00

13. Fortnum & Mason

Fortnum & Mason
Sumber: theguardian.com

Ingin bershopping di mana keluarga diraja England bershopping? Datanglah ke pusat membeli-belah Fortnum & Mason. Kalau bernasib baik, anda mungkin dapat terserempak dengan mereka! Dah tak perlu melawat Madame Tussauds untuk jumpa keluarga diraja!

Selain kemungkinan bertembung dengan mereka, di sini jugalah anda dapat melihat antara hasil makanan segar yang terbaik di dunia. Bukan itu sahaja, bagi para pencinta teh, di Fortnum & Mason terdapat jutaan pilihan teh yang boleh dibeli! British dan teh tak boleh dipisahkan, namun pilihan yang ada di pusat membeli-belah ini memang luar biasa.

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi
Alamat: Fortnum & Mason, Piccadilly, London
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 9.00 pm) | Ahad (11.30 – 7.00 pm)

12. Twinings Tea Shop

Twinings Tea Shop
Sumber: Perspectives

Pernah minum teh Twinings? Salah satu sebab admin beli teh ini walaupun mahal adalah kerana tertulisnya perkataan โ€œBy appointment to her Majesty Queen Elizabeth IIโ€ pada kotaknya. Bila dikaji, jenama teh Twinings ini telah wujud dalam sekitar 300 tahun bermula daripada tahun 1706.

Pada asalnya, Thomas Twining telah membuka kedai Tomโ€™s Coffee House, namun kedainya lebih terkenal dengan air teh yang disajikan sehinggalah ini yang menjadi fokus utama perniagaan.

Lokasi kedai Twinings Tea Shop kekal sama, dengan logo sama yang tidak pernah berubah sejak tahun 1787. Pada tahun 1837, Queen Victoria memberikan keistimewaan kepada syarikat ini untuk menyediakan teh kepada keluarga diraja. Rugi kalau tak melawat kedai yang penuh sejarah ni bukan?

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi
Alamat: 216 Strand, London WC2R 1AP
Waktu Operasi: Ahad (11.00 am – 5.00 pm) | Isnin – Jumaat (9.30 am – 7.00 pm) | Sabtu (10.30 am – 5.30 pm)

11. The Ruins of St. Dunstan-in-the-East

The Ruins of St Dunstan in the East
Sumber: Ilenia NanaMalefica

The Ruins of St. Dunstan-in-the-East adalah salah satu daripada sisa kehancuran akibat serangan pengeboman besar-besaran London yang tidak henti-henti selama hampir 60 malam pada tahun 1940.

Walaupun teruk dibom, gereja ini telah diperindahkan sebagai taman orang awam sehingga memenangi anugerah Landscape Heritage Award pada tahun 1976.

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: St Dunstan’s Hill, London EC3R 5DD
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 7.00 pm)
Bayaran Masuk: Percuma

10. London Transport Museum

London Transport Museum
Sumber: London Transport Museum

London Transport Museum adalah sebuah tarikan yang terletak di tengah-tengah Covent Garden. Di dalam muzium ini anda sekeluarga dapat melihat pameran yang penuh dengan warna-warni, cahaya dan pergerakan.

Segalanya cukup interaktif! Antara koleksi yang dapat dilihat di sini adalah kenderaan-kenderaan lama, poster, hasil seni, foto, filem, video, lukisan kejuruteraan, uniform, tanda stesen dan tiket-tiket.

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: Covent Garden Piazza, London WC2E 7BB
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 6.00 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa ยฃ17.50 | Kanak-Kanak Percuma

9. Shakespeare’s Globe

Shakespeare's Globe
Sumber: Shakespeare’s Globe

Siapa tak kenal sasterawan terkenal barat William Shakespeare, dari kisah Romeo & Juliet hinggalah Hamlet, hasil penulisannya menjadi bahan pementasan dan kajian di seluruh dunia.

Walaupun zaman Shakespeare telah lama berlalu, anda masih dapat merasakan suasana sebenar teater ketika mana persembahan teater hasil penulisan Shakespeare diadakan pada zaman kehidupannya.

Shakespeare’s Globe adalah sebuah teater klasik yang dibina dengan berdasarkan daripada pelan rumah teater asal pada tahun 1599 pada era Elizabeth. Segalanya tentang teater ini tidak ubah seperti struktur yang asal! Selain ruang persembahan teater, di sini juga terdapat ruang pameran hasil kerja Shakespeare dan kisah hidupnya.

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi
Alamat: 21 New Globe Walk, London SE1 9DT
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)

8. Novelty Automation

Novelty Automation
Sumber: Jeff Hartzog

Bukan tempat bermain game arcade biasa, Novelty Automation adalah tempat di mana anda dapat bermain banyak mesin pelik yang telah dicipta oleh Tim Hunkin. Pelik macam mana?

Mesin-mesin ini bukanlah mesin game biasa, kerana semuanya bertemakan isu yang wujud di Britain. Memang lain daripada yang lain! Penciptanya sememangnya luar biasa kreatif!

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: 1A Princeton St, London WC1R 4AY
Waktu Operasi: Rabu – Sabtu (11.00 am – 6.00 pm) | Khamis (12.00 am – 8.00 pm)
Bayaran Masuk: Masuk Adalah Percuma Dengan Bayaran ยฃ1 Untuk Satu Mesin

7. 221b Baker Street – Sherlock Holmes Museum

221b Baker Street
Sumber: Shanta Tawhida

Bagi peminat kisah penyiasatan, sudah semestinya anda kenal dengan Sherlock Holmes. Kalau perasan, di dalam cerita hasil penulisan Sir Arthur Conan Doyle ini, ada menyebut nama lokasi tempat tinggal spy hebat ini iaitu di 221b Baker Street.

Bila anda melalui kawasan ini, anda pasti dapat merasakan betapa familiarnya suasana di sekitar.

Untuk lebih menyelami kehidupan Sherlock Holmes, anda boleh melawat Sherlock Holmes Museum yang juga terletak di Baker Street. Di dalam muzium ini, anda dapat melihat adaptasi realistik rumah Sherlock Holmes dan Doctor Watson.

Daripada ruang tamu, tempat makan, makmal dan bilik-bilik, kesemuanya dihias dengan perabot daripada zaman dan dunia Sherlock Holmes.

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: 221b Baker St, Marylebone, London NW1 6XE
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30 a – 6.00 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa ยฃ15ย | Kanak-Kanak (Bawah 16 Tahun) ยฃ10

6. Hamleys Toys London – Regent Street

Hamley Toys London
Sumber: Hamleys Regent Street, London

Kalau anda rasa ToysRus adalah kedai mainan terbesar yang pernah dimasuki, anda sememangnya tak pernah masuk lagi ke dalam Hamleys London – Regent Street. Bukan kedai mainan biasa,ย  kerana kedai mainan ini adalah โ€˜pusat membeli-belahโ€™ mainan 7 tingkat menjadikan ia kedai mainan terbesar di dunia!

Secara keseluruhannya kedai ini dipadatkan dengan lebih daripada 50,000 jenis mainan, termasuklah game komputer, patung, gajet terbaru, permainan klasik dan ruangan koleksi khas.

Kanak-kanak mahupun dewasa akan jadi hyper sebaik masuk ke dalam Hamleys London. Yang menariknya lagi, kebanyakan mainan di kedai ini tidak diletakkan di dalam kotak, anda bebas untuk bermain dengan semua mainan yang ada!

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi
Alamat: 188-196 Regent St, Soho, London W1B 5BT
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 8.00 pm) | Sabtu (9.00 am – 8.00 pm) | Ahad (12.00 pm – 6.00pm)

5. The London Dungeon

The London Dungeon
Sumber: Beรกta Szabรณ-Lล‘rincz

The London Dungeon adalah sebuah tarikan taman tema yang menyatukan lakonan teater, kesan khas, babak, pentas dan aktiviti-aktiviti yang mengujakan!

Secara spesifiknya, di dalam taman tema ini terdapat sebanyak 19 buah persembahan interaktif, 20 pelakon secara langsung, dan kisah sejarah yang merentasi masa sehingga 1000 tahun yang lampau. Pengalaman yang tak mungkin dapat ditemui di tempat lain!

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: Riverside Building, County Hall, Westminster Bridge Rd, Lambeth, London SE1 7PB
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 4.00 pm) | Sabtu (10.00 am – 6.00 pm) | Ahad (10.00 am – 5.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa ยฃ30.00

4. Pollock’s Toy Museum

Pollock's Toy Museum
Sumber: Will Gregory

Pollock’s Toy Museum adalah gabungan muzium dan juga kedai mainan kecil yang terletak di antara dua bangunan bersejarah di London. Dengar nama muzium ini sahaja sudah dapat terasa aura klasiknya bukan?

Sememangnya disinilah satu-satunya lokasi untuk anda melihat apakah permainan yang dimainkan kanak-kanak pada zaman Viktoria (1837 – 1901) pada ketika dahulu.

Apa yang dicari? Bermacam kategori permainan ada di sini, dari patung, permainan tin, dollhouse, teater, mainan optikal, mainan askar dan bermacam lagi dapat dilihat dengan dekat.

Kebanyakan koleksi yang terdapat di sini adalah hasil pembelian pihak muzium sendiri dan sumbangan daripada kenalan, keluarga dan orang awam.

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: 1 Scala St, Bloomsbury, London W1T 2HL
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 5.00 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa ยฃ7 | Kanak-Kanak ยฃ4

3. Queen Mary’s Garden

Queen Mary's Garden London
Sumber: Fox Lloaโ€Ž

Sudah puas berjalan di sekitar bandar yang sibuk, tiba masanya untuk anda merehatkan diri dengan menikmati udara segar di kawasan taman. Begitu banyak taman di London ini, jadi apa istimewanya Queen Mary’s Garden untuk dijadikan pilihan bersantai?

Taman bersejarah yang telah dibuka kepada orang awam sejak tahun 1932 ini dapat memberikan anda aroma yang terindah pernah dihidu di dalam hidup, kerana di sinilah terletaknya koleksi bunga ros terbesar di kawasan kota dengan lebih daripada 12,000 bunga ros yang terdiri daripada 400 jenis yang berbeza.

Anda boleh bersandar di atas kerusi yang disediakan sambil menikmati pemandangan dan udara yang segar tak terkata.

๐Ÿ“ Alamat
Alamat: Chester Rd, London NW1 4NR

2. Tower Bridge

Tower Bridge London
Sumber: Chris Sia

Tower Bridge bukan sekadar untuk dilihat dari jauh atau sebagai laluan kenderaan kerana anda sebenarnya boleh memasuki menara atau melalui jambatan ini untuk melihat pemandangan London dari sudut yang dapat membuatkan nafas anda terhenti.

Melalui laluan gelas di jambatan ini, anda dapat melihat pemandangan River Thames dari jarak ketinggian 42 meter sambil melihat kereta dan bot yang melalui.

Di samping itu, anda juga boleh mendapatkan lebih info tentang pembinaan jambatan ini di dalam Tower Bridge Exhibition Room dan banyak lagi pameran-pameran menarik yang lain.

๐Ÿ“ AlamatโŒš Waktu Operasi๐Ÿ’ฒ Harga Tiket
Alamat: Tower Bridge Rd, London SE1 2UP
Waktu Operasi:

  • April – September: 10.00 am – 5.30 pm
  • Oktober – Mac: 9.30 am – 5.00 pm
Bayaran Masuk: Dewasa ยฃ9 |ย  Kanak-Kanak ยฃ3.90

1. Piccadilly Circus

Piccadilly Circus London
Sumber: Clรกudio Paulino Photography

Piccadilly Circus adalah sebuah kawasan yang diwujudkan sejak tahun 1819 untuk menghubungkan Regent Street dengan Piccadilly.

Sebenarnya ramai yang akan datang ke sini dan tercari-carikan โ€˜circusโ€™ berdasarkan namanya, namun kecewa bila tahu yang Piccadilly Circus ini bukanlah sarkas tapi adalah sebuah kawasan yang terletak berdekatan dengan banyak tarikan-tarikan menarik untuk membeli-belah dan berhibur.

Di sebelah barat Piccadilly Circus ini juga terdapat sebuah peninggalan lama yang dipanggil โ€˜Police Boxโ€™ yang telah berdiri di tempat yang sama sejak 1935 lagi.

๐Ÿ“ Alamat
Alamat: Piccadilly Circus, London

Bagaimana, ada tempat menarik di London yang memikat hati? Rasa teruja untuk ke London? Daripada dunia keluarga diraja, taman indah yang telah wujud berabad lamanya hinggalah kepada kedai mainan 7 tingkat, segalanya yang bernostagia dan elegan cukup padat di kota ini.

Jika perlu dipilih negara Eropah mana yang mesti dilawat dulu sebaik ada bajet, tak perlu fikir terlalu lama, London adalah lokasi yang pasti tidak akan mengecewakan!

Baca:ย 45 Tempat Menarik Di Perth

Sebelum anda mengorak langkah ke kota ini, jangan lupa untuk melayari booking.com untuk mendapatkan penginapan dalam harga termurah di kota mewah ini! Rugi kalau tak booking di sini!

Jangan buang masa lagi! Cepat-cepat rancang perjalanan ke sini untuk mencipta memori yang tidak akan dilupakan bersama keluarga! Selamat bercuti ke London!