52 Tempat Menarik Di Melaka (2026) | Panduan Melawat Negeri Bersejarah

Melaka Destinasi Popular Hujung Minggu
Sumber: sharonang

Melaka, sebuah bandar yang menawan yang kaya dengan khazanah sejarah, budaya dan makanan yang lazat. Sama ada anda seorang peminat sejarah, penggemar makanan atau hanya mencari percutian yang santai, Melaka mempunyai sesuatu untuk sesiapa sahaja yang sudi melawatnya.

Daripada kubu A Famosa yang ikonik hinggalah ke Pasar Malam Jonker Street yang meriah, anda akan temui banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Untuk mereka yang ingin mengetahui destinasi terbaik di negeri bersejarah ini, kami telah menyediakan senarai tempat menarik di Melaka sebagai inspirasi untuk merancang percutian anda ke Melaka nanti.

[toc]


01. Kota A Famosa

Kota A Famosa - Suasana meriah pada waktu tengahari
Sumber: khairymercury

Kalau anda hanya boleh melawat satu sahaja destinasi semasa berada disini nanti pastikan anda ke Kota A Famosa, juga dikenali sebagai Porta de Santiago.

Ia bukan sebarang kubu lama; ia adalah salah satu karya seni bina Eropah tertua di Asia. Penakluk Portugis membinanya pada tahun 1511 di bawah pimpinan Alfonso de Alburquerque untuk memastikan tanah baru mereka terkawal. Kubu itu bertahan selama 130 tahun sehingga Belanda datang pada tahun 1641.



02. Melaka 3D Street Art

Melaka Street Art
Sumber: @KellyTravels

Untuk peminat seni dan peminat OOTD, jangan lepaskan peluang untuk melawat Street Art di Melaka, terutamanya di kawasan sekitar Jalan Hang Tuah.

Bermula pada tahun 2012 dengan projek River Art, kini banyak kedai di sepanjang Sungai Melaka telah dihias dengan mural yang menarik. Mural-mural ini bukan sahaja mempersembahkan warisan budaya Melaka tetapi juga elemen-elemen kontemporari.


Tempat Menarik Untuk Kanak-Kanak Di Melaka

03. Zoo Melaka

Zoo Melaka & Dinosaur Encounter

Zoo Melaka, hanya 90 minit sahaja drive dari Kuala Lumpur, adalah syurga haiwan yang menanti ketibaan anda. Ditubuhkan pada tahun 1963, zoo seluas 54 ekar ini adalah rumah kepada lebih 450 spesies haiwan, menjadikannya zoo kedua terbesar di Malaysia.

Dari harimau Malaya yang megah, hinggalah badak Sumatera yang hampir pupus, terdapat pelbagai jenis haiwan untuk dilihat.


04. Encore Melaka

Encore Melaka
Sumber: Encore Melaka

Encore Melaka merupakan teater canggih yang menggunakan produksi seni innovative untukย  mempersembahkan pertunjukan dalam genre baru yang memukau.

Teater ini direka menggunakan teknologi terkini dan menampilkan auditorium berputar 360 darjah dilengkapi dengan audio canggi.

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Melaka

05. Taman Botanikal Melaka

Taman Botanikal Melaka
Sumber: kakigambar.asha

Tidak jauh dari Skytrek Melaka terdapat sebuah tarikan yang tidak sepatutnya anda lepaskan peluang untuk mengunjunginya, iaitu Taman Botanikal Melaka.

Taman botani ini, yang pada asalnya dikenali sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh, mempunyai keluasan sehingga 92.5 hektar, penuh dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga.


06. Magic Art 3D Museum

Magic Art 3D Museum - Gambar Tarikan
Sumber: @danial_dane19

Tepat bersebelahan dengan Bayou Lagoon, terdapat sebuah tempat yang sesuai untuk sesi fotografi keluarga iaitu Magic Art 3D Museum. Tempat ini begitu besar hingga memori kamera anda pasti akan penuh dalam sekelip mata!

Muzium ini sebenarnya merupakan muzium 3D yang kedua terbesar di Malaysia, kecil sedikit sahaja daripada yang terdapat di Langkawi.


07. Kompleks Falak Al-Khawarizmi

Kompleks Falak Al-Khawarizmi
Sumber: Muhamad Isa Abdul Aziz

Kompleks Falak Al-Khawarizmi merupakan satu kompleks ilmu falak dan astronomi dibawah pengurusan Kerajaan Negeri Melaka yang terletak di Tanjung Bidara. Di dalam kompleks ini, terdapat sebuah Planetarium, Balai Cerap, dan pusat latihan yang dilengkapi dengan berbagai fasiliti seperti bilik penginapan, auditorium, bilik kuliah, dan makmal komputer.


08. Pantai Pengkalan Balak

Sumber: @haffismusthafa

Terletak di perairan Selat Melaka yang tenang Pantai Pengkalan Balak merupai tempat yang sesuai untuk percutian pantai. Di sini, anda boleh menikmati pelbagai aktiviti, daripada berenang hingga bersiar-siar santai di sepanjang pantai, berkhemah di bawah bintang, atau melihat keindahan matahari terbenam.

Pasir bewarna emas yang lembut di pantai mengajak anda untuk membuka kasut untuk merasa pasir halus di antara jari kaki anda.


09. Masjid Tengkera

Masjid Tengkera
Sumber: Melaka Tourist Attractions

Dibina pada tahun 1728, Masjid Tengkera telah berusia hampir 300 tahun. Pada mulanya, masjid ini merupakan masjid negeri Melaka sebelum Masjid Al Azim di Bukit Palah dibina pada tahun 1990.

Perlu diketahui bahawa kedudukan Masjid Tengkera telah diubah dari lokasi asalnya antara tahun 1750 hingga 1780.


10. Menara Taming Sari

Menara Taming Sari Waktu Siang Hari
Sumber: Hakim Shahrom

Menara Taming Sari merupakan sebuah menara unik yang menawarkan pengalaman menarik bagi para pengunjungnya. Dengan ketinggian mencapai 110 meter, menara ini memungkinkan pengunjung untuk menikmati pemandangan indah kota Melaka dari ketinggian 80 meter dengan jarak pandang hingga 5 km. Menara ini boleh memuatkan sebanyak 80 pelawat pada bila-bila masa.


11. Masjid Negeri Melaka

Masjid Negeri Melaka (Masjid Al-Azim)
Sumber: kakigambar.asha

Masjid Al Azim ialah Masjid Negeri Melaka, terletak berhampiran Bandaraya Melaka. Dibina dari 1984 hingga 1990, ia telah dirasmikan oleh Sultan Azlan Shah. Reka bentuk masjid ini adalah gabungan gaya tradisional Melaka dan Cina.


12. Masjid Cina

Masjid Cina
Sumber: Lensfungus

Pada pandangan pertama, sukar untuk menganggap bangunan ini sebagai masjid. Reka bentuknya sangat mirip dengan bangunan tradisional China, tidak hairanlah ramai mengenalinya sebagai Masjid Cina Melaka walau nama sebenar masjid ini ialah Masjid Al Muttaqin.


13. Asahan Water Park

Laman Tiga Budaya Taman Tema Air
Sumber: Asahan Water Theme Park

Asahan Water Theme Park di Melaka adalah destinasi keluarga terbaik untuk berkhemah, glamping, atau kunjungan sehari. Terletak di persimpangan unik tiga negeri Malaysia, taman air ini menawarkan pelbagai jenis penginapan.

Baca: 53 Tempat Makan Menarik Di Melaka


14. AK Extreme Go-Kart & Paintball

Sumber: AK Extreme Go-Kart & Paintball

Ingin mencuba aktiviti lasak tanpa perlu berjemur di bawah terik matahari? Anda sekeluarga boleh turun ke AK Extreme Go-Kart & Paintball.


15. Galeri Lebah Melaka

World's Bees Museum
Sumber: Victor Tan

Galeri Lebah Melaka, dahulunya dikenali sebagai Muzium Lebah Dunia, terletak di Ayer Keroh, Melaka, Malaysia, dan ditubuhkan pada tahun 1988. Muzium ini mempamerkan sekitar 250 spesimen jenis sarang lebah dan sarang tebuan serta menampilkan pertunjukkan “Bee Man Show”.


16. Crazy Racing Melaka

Crazy Racing Melaka
Sumber: Crazy Racing Klebang

Selain di AK Extreme Motorsport Station, Crazy Racing Melaka juga merupakan pilihan menarik untuk aktiviti go-kart di bandaraya bersejarah ini. Anda dapat memilih antara dua jenis go-kart yang disediakan, iaitu go-kart 200 cc atau go-kart 270 cc.


17. The Shore Sky Tower

The Shore Sky Tower
Sumber: abgmohdfaiz

Untuk menikmati pemandangan terbaik Bandar Melaka, jangan lepaskan peluang untuk naik ke tingkat 42 The Shore Sky Tower, bangunan tertinggi di kota ini. Bersiaplah untuk pengalaman yang mendebarkan, karena lantai kaca lutsina di sana akan memberikan sensasi berjalan di atas angin.


18. Freeport Afamosa Outlet

Freeport Aโ€™famosa Outlet Village
Sumber: Suffian Zulkiffeli

Freeport A’Famosa Outlet adalah destinasi membeli-belah popular yang terletak di Melaka, Malaysia. Terletak berhampiran dengan A’Famosa Resort, pusat membeli-belah terbuka ini menawarkan pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan dengan harga diskaun.


Tempat Shopping Menarik Di Melaka

19. The Orangutan House

The Orang Utan House
Sumber: The Orang Utan House

Jom singgah The Orangutan House di Jalan Jonker di Melaka. Ini adalah ciptaan Charles Cham, seorang seniman yang sangat berbakat. Galeri dan bengkelnya penuh dengan hasil karya mempersonakan yang sedia menanti ketibaan anda.


20. Rumah Terbalik Melaka

Rumah Terbalik Melaka

Jika anda mencari pengalaman yang menyeronokkan dan unik di Melaka nanti, anda mesti melawat Rumah Terbalik Melaka yang terletak di Bandar Hilir. Ia seperti memasuki dunia di mana segala-galanya terbalik! Bayangkan berjalan ke dalam rumah di mana perabot tergantung di siling dan anda berjalan di atas bumbung โ€“ ia benar-benar mengelirukan minda.


21. Masjid Kampung Hulu

Masjid Kampung Hulu
Sumber: viana_liza_abu_hassan

Masjid Kampung Hulu, terletak di perkampungan nelayan Kampung Hulu berhampiran Sungai Melaka, merupakan satu permata tempatan yang wujud sejak tahun 1728. Masjid bersejarah ini, dibina semasa pemerintahan Belanda di Melaka, dipercayai merupakan hasil idea seorang cina muslim bernama Datuk Haji Shamsuddin. Bukan sahaja beliau membiayai pembinaannya, dia juga disebalik inspirasi seni binanya.


22. Muzium Kapal Selam

Muzium Kapal Selam
Sumber: thatbombninja

Impian anda untuk menjadi kru kapal selam tercapai di Muzium Kapal Selam Melaka. Kapal selam yang dipamerkan di muzium ini dikenali sebagai FS Quessant Agosta 70, yang merupakan kapal selam bekas angkatan laut Perancis.


23. Melaka River Cruise

Melaka River Cruise
Sumber: Melaka River Cruise

Pernah terfikir untuk melihat Melaka dari sudut yang berbeza? Nah, naiklah Melaka River Cruise! lawatan terapung ini akan membawa anda ke satu perjalanan melihat peninggalan masa lampau dan kemajuan masa kini bandar bersejarah ini.


24. The Stadthuys

The Stadthuys
Sumber: c.y_joey

The Stadthuys, sebuah mercu tanda yang terkenal di Melaka, telah selesai dibina pada tahun 1660 dan dianggap sebagai struktur kerajaan Belanda yang paling tua di Asia Tenggara.

Dalam sejarahnya, Stadthuys dikenali sebagai pusat pemerintahan Belanda di Melaka semasa era kolonial Belanda.

Baca: 36 Tempat Menarik Untuk Family Day Di Malaysia

25. Baba Nyonya Heritage Muzium

Baba Nyonya Heritage Muzium
Sumber: The Baba & Nyonya Heritage Museum

Jika anda seorang yang minat belajar sejarah dan budaya kaum-kaum lain di negara kita anda pasti teruja melawat Muzium Warisan Baba & Nyonya di Melaka.


26. Masjid Selat Melaka

Masjid Selat Melaka

Masjid Selat Melaka ini didirikan diatas pulau buatan manusia yang dikenali sebagai Pulau Melaka. Ketika air laut pasang, masjid ini kelihatan seolah-olah terapung di atas permukaan air Selat Melaka.


27. Muzium Penjara Malaysia

Muzium Penjara Malaysia
Sumber: Elli Rozlee

Jika anda ingin menghayati kehidupan di dalam penjara tanpa perlu dihukum, lawatilah Muzium Penjara Malaysia. Bangunan muzium ini pada asalnya merupakan bekas penjara dan kini diubah suai menjadi muzium.


28. Mamee Jonker House

Mamee Jonker House
Sumber: Mamee Jonker House

Siapa yang tidak gemar menikmati keropok Mamee yang crispy dengan pelbagai perisa menarik, dari BBQ hingga karipap? Memang enak dan rangup!


29. The Shore Oceanarium

The Shore Oceanarium
Sumber: The Shore Oceanarium

The Shore Oceanarium bukan sahaja popular dengan kanak-kanak sahaja, orang dewasa pun teruja, menjadikannya destinasi percutian keluarga hebat di Melaka.


30. Muzium Budaya Cheng Ho

Muzium Cheng Ho
Sumber: Cheng Ho Cultural Museum Melaka

Muzium Budayaan Cheng Ho adalah tempat yang penuh dengan sejarah, hanya beberapa langkah dari Jonker Street yang sibuk.


31. Masjid Kampung Kling

Masjid Kampung Kling
Sumber: ding_ding_lavie

Masjid Kampung Kling yang terletak di Jalan Harmoni ini telah dibangunkan pada tahun 1748. Dari pandangan pertama, tampak jelas pengaruh seni bina Jawa dan Oriental di setiap sudut masjid. Berbeza dengan kebanyakan masjid yang memiliki kubah bulat, kubah di masjid ini berbentuk seperti pagoda.


32. Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka

Taman Ramaโ€“Rama Melaka
Sumber: Taman Rama-Rama

Bayangkan melangkah ke tanah ajaib yang terbentang seluas 11 ekar, di mana rama-rama berwarna-warni terbang dengan bebas dan reptilia bersantai dengan malasnya.

Selamat datang ke Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, syurga bagi pencinta alam semula jadi sejak tahun 1991. Terletak di Melaka, taman ini pada mulanya merupakan syurga bagi penggemar rama-rama sahaja.


33. Taman Buaya & Rekreasi Melaka

Taman Buaya
Sumber: Taman Buaya & Rekreasi Melaka

Sebuah lagi tarikah bertema alam semulajadi yang sudah lama menjadi sasaran pelancong yang datang ke sini adalah Taman Buaya dan Rekreasi Melaka.


34. Melaka Wonderland Theme Park

Melaka Wonderland Theme Park
Sumber: Mohamad Amirul Syafiq

Mencari aktiviti seronok yang menyegarkan? Melaka Wonderland Theme Park & Resort di Ayer Keroh adalah tempatnya! Ini adalah taman tema air baru yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat – keluarga, kanak-kanak, remaja, dan pemburu keseronokan.


35. A Famosa Resort

 A Famosa Resort
Sumber: Afamosa Resort

Bukan sahaja satu tapi tiga taman tema mantap menanti anda di A’Famosa Resort. Di sini pelawat dapat menikmati keseronokan luarbiasa di tiga taman tema berbeza iaitu Old West Carniva, Water Theme Park, dan Safari Wonderland, setiap satu dengan temanya yang tersendiri.


36. Skytrex Melaka

Melaka Skytrex
Sumber: f.4.h.m.1

Skytrex Melaka ini adalah cawangan ketiga taman cabaran popular dari Skytrex yang di buka di negara kita. Ia menawarkan beberapa cabaran unik penuh adrenalin, termasuk Skybike pertama di Malaysia, UFO, dan Bungee Tarzan yang mendebarkan.


37. Maritime Samudera

Maritime Muzium
Sumber: galleryphoto07

Tidak jauh dari Stadthuys, terletaknya Muzium Samudera, sebuah khazanah sejarah pelayaran tempatan. Ia terletak betul-betul di seberang Medan Samudera, hab untuk kraftangan, cenderamata dan barangan tempatan.


38. Kolam Air Panas Jasin

Kolam Air Panas Jasin
Sumber: Norfaezah J

Bayangkan berendam di dalam kolam air panas semula jadi yang santai sambil menenangkan minda. Kalau itu idaman anda jom turun ke kolam Air Panas Jasin di Bemban.


39. Muzium Istana Kesultanan Melaka

Muzium Kesultanan Melayu Melaka
Sumber: Karen Li

Saksikan secara langsung kehidupan harian penghuni istana di Muzium Istana Kesultanan Melaka. Anda berpeluang untuk menyelami apa yang tersembunyi di balik dinding-dinding istana dan memahami adat istiadat Kesultanan Melayu.


40. Pantai Klebang

Pantai Klebang
Sumber: silvana.stela_

Pantai Klebang terkenal dengan bukit pasir putih dan suasana pantai pasir putih yang istimewa. Ia amat sesuai untuk bersantai bersama keluarga, menunggang kuda, bermain laying-layang, dan menikmati suasana Pantai yang tenang.


41. Muzium Sejarah dan Etnografi

Muzium Sejarah dan Etnografi
Sumber: virtuosok

Muzium Sejarah dan Etnografi, terletak di bangunan kolonial Stadthuys dan terbahagi kepada dua bahagian. Tingkat pertama menceritakan tentang sejarah Melaka mulai dari tahun 1400 hinggalah kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.


42. Hang Tuah Center

Hang Tuah Centre
Sumber: mmybella

Pernahkah anda mendengar ungkapan ‘Tak Melayu hilang di dunia’? Ungkapan ini diucapkan oleh Hang Tuah, pahlawan legenda nusantara. Jika anda ingin mengenal lebih jauh tentang kisah Hang Tuah, jom ke Hang Tuah Center di kampung jambatan duyung. Pusat ini merupakan galeri yang mempamerkan segala aspek kehidupan dan kepahlawanan Hang Tuah.


43. Galeri Cheng Ho

Galeri Cheng Ho
Sumber: Cheng Ho Gallery

Pernahkah anda mendengar cerita tentang puteri Cina yang menikahi Sultan Melaka? Cerita ini berkaitan dengan Laksamana Cheng Ho. Jika anda mengunjungi Galeri Cheng Ho, anda dapat mempelajari bagaimana Cheng Ho tiba di tanah Melaka.


44. Hutan Rekreasi Sungai Udang

Hutan Rekreasi Sungai Udang
Sumber: Joe 2023

Hutan Rekreasi Sungai Udang merupakan destinasi alam semula jadi yang terdiri daripada hutan dipterokarp pamah seluas 335 hektar.


45. Muzium Senibina Malaysia

Muzium Senibina Malaysia
Sumber: Chongkian

Muzium Senibina Malaysia yang terletak di sebuah bangunan dua tingkat berwarna merah, sebuah warna yang sinonim dengan negeri Melaka merupakan bangunan bersejarah yang pada mulanya adalah bangunan pentadbiran pada zaman penjajahan Belanda di abad ke-18.


46. Pantai Tanjung Bidara

Pantai Tanjung Bidara
Sumber: aimnsyzwn

Jika anda bosan dengan kesibukan bandar dan ingin menikmati udara segar, singgahlah ke Pantai Tanjung Bidara. Tempat ini sesuai untuk berehat dan menikmati keindahan alam.

Banyak aktiviti seronok yang boleh dilakukan di sini. Anda boleh bermain air dan mengambil gambar yang menarik. Jangan risau tentang keselamatan kerana ada Menara Kawalan dari Jabatan Pertahanan Awam yang memantau keadaan.


47. Muzium Islam Melaka

Muzium Islam Melaka
Sumber: Omar Rotili

Ketika anda tiba sahaja di Jalan Kota, Melaka, mata anda tentu akan tertarik pada sebuah bangunan berwarna merah yang menonjol.


48. Malaysia Heritage Studios

Malaysia Heritage Studios
Sumber: Mohamad Amirul Syafiq

Malaysia Heritage Studios sebelumnya dikenali sebagai Taman Budaya Mini Malaysia & Asean, merupakan destinasi yang mempamerkan rumah tradisional dari 13 negeri di Malaysia termasuk rumah kayu Perlis, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, dan sebagainya.


49. Makam Hang Jebat

Makam Hang Jebat
Sumber: drkwanlee

Hang Jebat, pejuang keadilan yang tewas dalam tragedi, telah dibunuh oleh Hang Tuah setelah bertarung selama tiga hari tiga malam.


50. Pusat Konservasi Penyu Padang Kemunting

 Padang Kemunting Turtle Management Centre
Sumber: miriamlo.pez

Pusat Konservasi Penyu di Padang Kemunting adalah tempat perlindungan Penyu Karah (Eretmochelys Imbricata), salah satu jenis penyu yang mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Penyu ini dikenali sebagai ‘hawksbill’ kerana bentuk mulutnya yang mirip paruh burung helang.


51. Perigi Hang Tuah

Perigi Hang Tuah
Sumber: JerulGanu Azrul Azizoon

Jika anda berminat dengan sejarah Hang Tuah, pastikan anda mengunjungi perigi yang digali oleh Hang Tuah sendiri. Terletak di kawasan Kampung Duyong, tempat kelahiran Hang Tuah, perigi ini mempunyai cerita menarik yang diturunkan dari zaman ke zaman di kalangan masyarakat setempat.


52. Jonker Walk

Jonker Walk Melaka Waktu Malam
Sumber: arul_iam

Jonker Street, atau lebih dikenali sebagai Jonker Walk, merupakan nadi kehidupan di Chinatown Melaka. Ia terkenal dengan kedai-kedai yang penuh warna dan makanan jalanan yang lazat.

Bila hujung minggu tiba, jalan ini berubah menjadi pasar malam yang meriah, menarik ramai pengunjung dengan pelbagai pakaian, barang antik, dan cenderamata.


Sudah selesai kami senaraikan destinasi menarik di Melaka dan saya berharap informasi ini berguna bagi anda semasa berkunjung ke sana.

Penginapan Menarik Di Melaka

Pilihan Penginapan Di Melaka Yang Luarbiasa

Anda perlu tahu, selain tempat menarik, Melaka juga menawarkan berbagai pilihan penginapan yang luarbiasa.

Jadi, jika anda mencari penginapan istimewa yang akan melengkapi percutian anda di Melaka, silakan membaca artikel kami mengenai 28 Hotel Menarik di Melaka.

Untuk golongan backpackers atau bajet traveller anda mungkin akan lebih menghargai senarai hotel murah di Melaka yang telah kami himpunkan.

Bagi anda yang lebih suka menginap betul-betul di tengah-tengah kota Melaka, anda dijemput untuk membaca ulasan kami tentang 11 hotel bajet di Bandar Hilir Melaka.

Artikel kami bertajuk homestay murah di Melaka pula sangat sesuai untuk keluarga yang besar ataupun kumpulan yang berhajat untuk melalukan roadtrip ke Melaka.

Akhirnya untuk keluarga yang mahukan sesuatu yang lebih sesuai untuk anak-anak kecil lihatlah senarai 12 Resort di Melaka yang best yang menawarkan pelbagai aktiviti dan fasiliti mesra budak.

Masih belum cukup? Anda dapat menjelajahi Agoda.com untuk pilihan penginapan terbaik tanpa batas dengan harga terkini. Kami berharap senarai tempat menarik di Melaka yang terbentang di atas dapat memberi anda sedikit ilham dalam merancang percutian anda ke bandar bersejarah ini. Pergi dan cipta sejarah manis bersama orang tersayang supaya dikenang sepanjang zaman. Selamat bercuti!

Soalan Lazim

1. Apakah tempat menarik yang wajib dikunjungi di Melaka?

2. Apakah aktiviti yang sesuai dilakukan bersama keluarga di Melaka?

3. Bilakah masa terbaik untuk melawat Melaka?

4. Bagaimana cara terbaik untuk bergerak di sekitar Melaka?

5. Apakah makanan tempatan yang mesti dicuba di Melaka?