61 Tempat Menarik Di Pahang (2026) | Senarai Destinasi Terbaik

Negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia, Pahang adalah sebuah negeri yang cukup bertuah, kaya dengan kawasan tanah tinggi dengan oksigen menyegarkan, hutan rimba dengan flora dan fauna yang terpelihara, pantai-pantai dengan pemandangan yang mempesona dan banyak lagi.

Negeri dengan 11 buah daerah berbeza ini kurang dipromosikan tarikan-tarikan yang ditawarkannya walaupun ia sebenarnya sebuah destinasi yang tidak kurang hebatnya dengan negeri-negeri lain.

Tak percaya? Jom kita lihat tempat menarik di Pahang yang membuatkan ianya sebuah negeri yang wajib anda lawati bila tiba musim cuti akan datang.

01. Bukit Fraser

Bukit Fraser Pahang Gambar
Sumber: Unsplash.com

Tak perlu ke negara Eropah untuk menikmati udara sejuk dan melihat seni bina yang indah, kerana pakej lengkap seperti berada di luar negara ini ditawarkan di Bukit Fraser.

Dengan suhu serendah 17 ke 24 darjah celsius yang tidak ubah seperti berada di dalam aircond, anda turut disajikan dengan pemandangan yang menarik di mana bangunan-bangunan di sekitar memiliki reka bentuk seperti binaan yang terdapat di England, cukup sesuai dengan gelaran yang diberikan kepada Bukit Fraser sebagai โ€˜The Little England of Malaysia.โ€™

Selain ini semua, Bukit Fraser turut menawarkan banyak lagi tarikan menarik lain untuk anda sekeluarga lawati seperti Hemmant Trail Fraser Hil, Menara Jam Bukit Fraser, Air Terjun Jeriau, Taman Flora Bukit Fraser, The Paddock Fraser Hill, Bird Interpretive Centre dan banyak lagi!

Alamat: Fraser’s Hill, Pahang


02. Sungai Palas BOH Tea Plantion

Sungai Palas BOH Tea Plantion Pahang
Sumber: Sungai Palas BOH Tea Plantion

Sungai Palas BOH Tea Plantion adalah sebuah struktur unik yang berdiri indah dengan latar belakang kehijauan ladang teh yang terbentang luas.

Bangunan ini menempatkan cafรฉ yang menawarkan hidangan-hidangan ringan seperti pie, kek, roti dan sandwich yang disempurnakan dengan teh BOH segar dari ladang yang datang dalam aneka rasa.

Sambil menikmati teh panas, anda boleh menyejukkan mata dengan pemandangan ladang hijau yang disajikan.

Selain dapat menikmati saat-saat indah di kafe, anda juga boleh melawat sendiri ladang teh ini untuk bergambar dengan sepuas hati dan melihat daun teh dengan lebih dekat. Setelah itu, anda boleh melawat kilang teh, galeri teh BOH dan akhir sekali kedai cenderamata.

Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (9.00 am โ€“ 4.30 pm) | Isnin (Tutup)


03. Bilut Extreme Park

Bilut-Extreme-Park-Pahang
Sumber: @BilutExtremePark

Bagi penggemar aktiviti lasak seperti bermain ATV di kawasan berbukit, Bilut Extreme Park menawarkan cabaran ini kepada anda. Terletak di Bentong, aktiviti lasak ini dilakukan di kawasan hutan dan pinggir ladang kelapa sawit.

Antara aktiviti yang disediakan ialah menunggang ATV (All terrain vehicle), paintball, bertempur dengan panah, memanah, target shooting, bubble soccer dan mendaki bukit botak.

Dengan melakukan aktiviti menunggang ATV, anda akan dibawa merentasi kawasan berbukit yang sukar di kawasan Bilut.

Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan dan anda tidak perlu bimbang kerana sebelum aktiviti, anda akan diberi taklimat dan latihan untuk mengendali ATV. Selain itu, eksplorasi ke kawasan hutan juga akan diawasi oleh marshal terlatih.

Jika anda ingin โ€˜berperangโ€™ bersama rakan-rakan, anda juga boleh bermain paintball. Pakej yang ditawarkan adalah mengikut bilangan peluru (pelet) iaitu dari 200 hingga 400 pelet.

Anda lebih gemar memanah? Di sini terdapat satu aktiviti lasak iaitu archery tag. Anda boleh โ€˜bertempurโ€™ dengan rakan-rakan anda dengan menggunakan busur panah yang disediakan. Jangan bimbang, anak panah untuk aktiviti ini tumpul dan tidak akan mencederakan anda.

Purata aktiviti ini dijalankan dari tempoh 40 minit hingga 60 minit. Aktiviti berkumpulan lain yang ditawarkan ialah bubble soccer iaitu bermain bola sambil badan anda dibungkus dengan bola angin gergasi. Pasti ia akan menjadi aktiviti yang mencuit hati.

Sekiranya anda kurang gemar โ€˜berperangโ€™, anda juga boleh melakukan aktiviti memanah biasa iaitu memanah ke arah sasaran atau menembak dengan menggunakan paintball marker tanpa perlu bertempur dengan rakan-rakan.

Pihak Bilut Extreme Park juga ada menawarkan pakej mendaki Bukit Botak yang boleh dilakukan secara berkumpulan. Kelengkapan keselamatan untuk mendaki juga disediakan oleh pihak pengurusan.

Untuk berkunjung ke sini, anda perlu membuat tempahan awal bagi mengelak sebarang kesulitan terutama jika anda hadir dengan kumpulan lebih 10 orang. Fasiliti di sini pula lengkap dengan ruang berehat, tandas, bilik mandi dan tempat letak kereta percuma.

Alamat: Lot 6776 Jalan Bilut Raub,Lurah Bilut, 28800 Bentong

Waktu operasi: Isnin โ€“ Ahad (9.30 am โ€“ 6 pm) | (Tutup hari Rabu)

Harga tiket: Bermula dari RM78 seorang


04. Taman Negeri Rompin

Taman Negeri Rompin Pahang Side
Sumber: malek husaini, Nur Syafiqah, Khairul Anwar Muhd Rosland, Shaiful Othman, Ali Shamsul Bahar

Pahang sememangnya memiliki hutan hijau yang masih menebal disamping khazanah alam yang boleh dijadikan tempat untuk bercuti.

Taman Negeri Rompin yang terletak di Kuala Rompin merupakan salah satu daripada hutan tropika tertua di dunia yang terletak di kawasan hutan simpan Endau-Rompin.

Digazet pada tahun 2000, hutan seluas 31,797 hektar ini memiliki air terjun Seri Mahkota, Gunung Keriong, Padang Tujuh serta kejernihan air sungai Ulu Kemapan dan Sungai Kinchin.

Pengunjung akan disajikan dengan pameran info mengenai khazanah hutan Rompin di Rainforest Discovery centre. Di sini terdapat banyak info yang wajib anda ketahui sebelum melakukan aktiviti eksplorasi di hutan simpan.

Antara khazanah flora dan fauna yang masih terpelihara adalah kewujudan beberapa jenis mawas antaranya lotong kokah (hanya terdapat di Pahang dan Johor) dan Ungka Tangan Putih.

Jangan terkejut, di hutan simpan ini juga mempunyai satu jenis spesis pokok yang hanya terdapat di Malaysia iaitu livistona endauensis atau nama tempatannya pokok bertam.

Aktiviti eksplorasi boleh dilakukan dengan berkunjung ke menara pemerhati haiwan liar disamping melalui jambatan gantung yang melintasi Sungai Kinchin.

Jambatan gantung atau dikenali di sini sebagai Canopy Bridge adalah salah satu tarikan utama yang wajib anda rasai.  Aktiviti ringan yang lain seperti merentas hutan, berkayak dan bermandi manda di sungai kinchin juga boleh dilaksanakan disini.

Eksplorasi anda pasti menemui keterujaan apabila singgah ke air terjun Seri Mahkota. Tingginya 50 meter dan mengalir deras sambil meniup titisan air sejuk ke muka anda.

Pastinya percutian ke taman negeri ini tidak boleh dilakukan dalam masa satu hari. Anda boleh menginap di chalet berfasiliti lengkap yang dikelilingi hutan menghijau.

Lokasi: Taman Negeri Rompin, Jalan Taman Negeri Rompin Selendang, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Harga tiket:

  • Warganegara: Dewasa (RM30), Kanak-kanak (RM10), Warga emas (RM15), OKU (percuma)
  • Bukan Warganegara: Dewasa (RM50), Kanak-kanak (RM30), Warga emas (RM30), OKU (percuma)
  • Kumpulan pelajar lebih 30 orang: RM100 (warganegara), RM200 (bukan warganegara)

05. Taman Tasik Sultan Abu Bakar

Taman Tasik Sultan Abu Bakar
Sumber: Shahrul Izzudin

Ingin beriadah bersama keluarga di waktu petang? Salah satu lokasi yang boleh anda tuju adalah Taman Tasik Sultan Abu Bakar. Taman rekreasi awam ini terletak di sepanjang Jalan Pekan โ€“ Kuantan.

Setibanya di taman ini nanti, anda akan terlihat tasiknya yang sungguh luas, menyegarkan mata yang memandang.

Selain tasik, taman ini turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung seperti pondok rehat, taman permainan kanak-kanak dan juga menara pemerhatian. Fasiliti lain adalah seperti Pusat Sukan Komuniti dan Pusat Penerangan Pelancongan.

Alamat: Taman Tasik Sultan Abu Bakar, 26600 Pekan, Pahang


06. Genting Highland

Genting Highlands Pahang
Sumber: Ian Sutton

Terletak hanyalah 45 minit dari Kuala Lumpur, Genting Highland adalah pusat peranginan dan hiburan yang menjadi kegemaran ramai warga kota setiap kali tiba hari cuti. Apa yang tiada di Genting? Segala keseronokan yang dapat menghilangkan beban fikiran ditawarkan di sini.

Baca: Panduan Destinasi Menarik Di Genting Highlands

Dari pengalaman melihat kelip-kelip yang penuh dengan magikal, aktiviti flying fox yang memacu adrenalin sehingga ke tahap maksimum, taman tema indoor dan outdoornya yang sangat menyeronokkan hinggalah kepada pengalaman bershoppingnya.

Genting Highland sememangnya terapi untuk sesiapa sahaja yang ingin menghilangkan tekanan dan berseronok bersama keluarga tercinta.

Alamat: Genting Highland, Pahang


07. Air Terjun Pelangi

Air Terjun Pelangi Pahang
Sumber: Elsa Chua

Bukan mudah untuk melihat pelangi memancarkan warnanya, tapi kalau anda ke Air Terjun Pelangi, fenomena pelangi ini dapat anda nikmati hampir setiap hari pada waktu sekitar 8 ke 11 pagi.

Sinaran cahaya matahari di waktu pagi yang terbias dengan air terjun di sini menghasilkan pelangi yang cukup mempesonakan.

Untuk menuju ke sini, anda perlu melalui jalan yang berbatuan dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda, dan kemudiannya berjalan kaki untuk meredah anak sungai. Seterusnya, anda perlu mendaki kawasan hutan yang berbukit sebelum tiba ke kawasan air terjun.

Betullah seperti apa orang kata โ€œbersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian,โ€ cukup sesuai dengan situasi ini, perjalanan untuk ke sini memang agak mencabar, namun keindahan yang menanti anda dapat menghilangkan segala lelah perjalanan yang ditempuhi. Jangan lupa untuk menyediakan kasut yang bersesuaian sebelum ke sini ya?

Alamat: Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing, Pahang


08. Cameron Highland

cameron-highland-tea-fields-by-will-ellis-content

Cameron Highland adalah sebuah kawasan yang meliputi beberapa buah pekan berbeza iaitu Kampung Raja, Tanah Rata, Tringkap, Brinchang dan Ringlet.

Kawasan tanah tinggi ini dinamakan Cameron Highland yang merupakan nama kepada penerokanya iaitu Sir William Cameron. Sejak dari penemuannya, ramai penjajah British menjadikan lokasi ini sebagai tempat percutian mereka pada suatu ketika dulu.

Baca: Senarai Lengkap Tempat Menarik Di Cameron Highlands

Dengan aliran zaman dari masa ke masa, semakin banyak tarikan yang wujud di sekitar Cameron. Antaranya adalah Taman Rama-Rama Kea Farm, Muzium Time Tunnel, Cactus Valley, Lavender Garden, Air Terjun Parit dan banyak lagi!

Tapi jangan lupa untuk melawat ladang-ladang yang banyak terbentang luas di sekitar Cameron ni seperti ladang teh, anggur, strawberry dan lain-lain lagi!

Alamat:  Cameron Highland, Pahang


09. Santuari Gajah Kuala Gandah

Santuari Gajah Kuala Gandah Pahang
Sumber: santuari gajah kuala gandah

Santuari Gajah Kuala Gandah menempatkan lebih daripada 20 ekor gajah yang telah diselamatakan dari kawasan hutan yang mana habitat mereka kian terancam kerana pemburuan haram.

Di dalam taman santuari ini, anda sekeluarga dapat memberi makan atau minum kepada gajah yang ada. Anda boleh menghulurkan makanan seperti tembikai, akar kayu, rumput, tebu atau pisang kepada gajah yang meminta untuk disuap bila mengeluarkan belalai mereka.

Jangan risau, gajah yang ada di sini telah dilatih supaya lebih jinak dan telah diletakkan di dalam pagar besi.

Selain itu, santuari ini turut menempatkan galeri yang padat dengan pelbagai informasi berkaitan gajah yang terdiri daripada infografik, kisah bagaimana gajah diperangkap, tengkorak gajah, koleksi gading dan banyak lagi.

Sebelum pulang, jangan lepaskan peluang untuk melihat aksi gajah yang menggelikan hati ketika mereka dimandikan di sungai.

Alamat: Kuala Gandah, Lanchang, Pahang, 28500, Lanchang, Pahang

  • Waktu Operasi: Isnin โ€“ Ahad (8.00 am โ€“ 1.00 pm, 2.30 pm โ€“ 4.30 pm) | Jumaat (8.00 am โ€“ 12.30 pm, 2.30 pm โ€“ 4.30 pm)
  • Jadual Waktu Aktiviti: Link

10. Gunung Tahan

Gunung Tahan
Sumber: Azroi Roy

Puncak yang tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan memiliki ketinggian mencecah lebih daripada 2000 meter.

Bayangkanlah berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke puncak dan betapa banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Ya, ini adalah salah satu gunung yang agak ekstrem untuk didaki.

Sekiranya anda memiliki stamina yang tinggi untuk perjalanan naik dan turun gunung, merentasi sungai, sanggup berkhemah untuk beberapa malam di dalam hutan, serta mampu melalui perjalanan yang panjang, ini boleh menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan.

Alamat: Taman Negara National Park, Pahang


11. Air Terjun Sungai Pandan

Air Terjun Sungai Pandan Pahang
Sumber: Air Terjun Sungai Pandan

Kawasan air terjun yang besar dengan pemandangan air bercurahan yang menakjubkan, Air Terjun Sungai Pandan yang terletak di Kuantan ini adalah sebuah destinasi yang wajib dilawati di Pahang. Keindahannya wajib diabadikan di dalam kamera paling hi-tech yang anda miliki.

Di sini, anda boleh berkelah di tepian sungai sambil menikmati pemandangan dan udara segar yang sentiasa menemani. Dah puas menyimpan lanskap indah ini di dalam memori, anda boleh terjun ke dalam sungai untuk menyegarkan badan.

Airnya juga tidak begitu dalam menjadikan ianya selamat untuk kanak-kanak yang berusia dalam sekitar 5 tahun dan keatas.

Sebagai sebuah destinasi yang menarik, pelbagai fasiliti disediakan seperti tandas, surau, bilik persalinan, tempat meletak kereta, titian gantung, kawasan bbq, gazebo, laluan pejalan kaki, dan juga gerai jualan makanan.

Alamat: Air Terjun Sungai Pandan, 26400 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Isnin โ€“ Khamis (9.00 am โ€“ 5.00 pm) | Sabtu & Ahad (9.00 am โ€“ 6.00 pm) | Jumaat (Tutup)

Harga Tiket: Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM2


12. Masjid Sultan Ahmad Shah

Masjid Sultan Ahmad Shah
Sumber: Ibnu ariff

Masjid Sultan Ahmad Shah ataupun Masjid Tempurung adalah masjid negeri Pahang yang agak besar sehingga mampu menampung 8000 jemaah pada satu-satu masa.

Disiapkan pada tahun 1992, masjid ini pada asalnya memiliki kubah yang berbentuk seperti sebuah tempurung sebab itulah ia turut digelar Masjid Tempurung.

Menjejakkan kaki ke bahagian dalam masjid, anda dapat melihat tulisan khat pada kubah utamanya dan dinding masjid pula dihiasi oleh tulisan Asmaโ€™ al-Husna. Seni yang dapat mendamaikan jiwa apabila diamati.

Tidak cukup dengan itu, masjid ini juga diberikan sentuhan artistik geometri yang penuh dengan warna-warni menjadikan ianya kelihatan persis Masjid Biru Istanbul. Sinaran berwarna kuning dan biru daripada cermin kaca menaikkan lagi seri masjid ini.

Turut digunakan untuk memperindahkan masjid ini adalah batuan marmar yang bercorak. Secara kesuluruhannya, masjid ini mendapat inspirasi seni binanya daripada binaan bangunan pada zaman Uthmaniyah.

Alamat: Jalan Mahkota, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, 25000 Kuantan, Pahang


13. Kubang Gajah Waterpark

Kubang Gajah Waterpark
Sumber: Kubang Gajah Waterpark Temerloh Pahang

Jom mandi-manda sepuas hati di Kubang Gajah Waterpark selepas seharian makan angin di sekitar Pahang. Dengan bayaran masuk yang tidak lebih daripada RM10 seorang, anda sekeluarga boleh berโ€™kubangโ€™ di dalam kolam renang dan berseronok dengan gelongsor airnya sampailah hilang tenaga.

Kelaparan selepas bermandi-manda? Anda dibenarkan untuk membawa masuk makanan sendiri. Kalau terlupa atau tak sempat untuk menyediakan makanan sendiri, jangan risau, kerana waterpark ini terletak berdekatan dengan banyak kedai makan menarik.

Alamat: Kampung Sungai Rabit, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin & Rabu (9.00 am โ€“ 7.00 pm) | Isnin, Rabu Kecuali Cuti Sekolah (Tutup)

Harga Tiket:

  • Hari Biasa: Dewasa RM7 | Kanak-Kanak RM5 | Kanak-Kanak (<2 Tahun) Percuma | OKU & Warga Emas RM3
  • Hari Cuti: Dewasa RM10 | Kanak-Kanak RM8 | Kanak-Kanak (<2 Tahun) Percuma | OKU & Warga Emas RM5

14. Taman Rekreasi Wadi Al-Amin

Taman Rekreasi Wadi Al-Amin
Sumber: Taman Rekreasi Wadi Al-Amin

Ingin berenang dalam keadaan yang lebih selesa? Anda boleh ke Taman Rekreasi Wadi Al-Amin yang terletak hanyalah dalam sekitar 6 km dari Bandar Temerloh. Di sini terdapat kolam renang asing untuk wanita dan lelaki.

Lapar selepas puas bermain air? Anda boleh membeli makanan dan minuman ringan yang dijual di sebuah mini mart yang dibuka di dalam taman rekreasi ini.

Tidak jauh dari taman ini juga iaitu dalam sekitar 200 meter terdapat kedai yang menjual masakan panas.

Diingatkan, kalau boleh elakkan daripada datang pada waktu tengahari kerana cahaya mentari pada ketika ini boleh jadi agak terik.

Alamat: Kolam Tahfiz Berhala Gantang, Kampung Durian Burung, 28050, Temerloh, Pahang

Waktu Operasi: Selasa โ€“ Jumaat (3.00 am โ€“ 6.30 pm) | Sabtu โ€“ Ahad (9.00 am โ€“ 6.30 pm) | Cuti Umum (9.00 am โ€“ 6.30 pm) | Cuti Sekolah (10.00 am โ€“ 6.30 pm) | Isnin Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum (Tutup)

Harga Tiket: Dewasa (>18 Tahun) RM5 | Kanak-Kanak (1 โ€“ 17 Tahun) RM3 | Warga Emas (>70 Tahun) Percuma | OKU Percuma


15. Gua Charas Kuantan

Gua Charas Kuantan
Sumber: Gua Charas Kuantan

Terletak hanya dalam sekitar 40 minit dari Bandar Kuantan, Gua Charas Kuantan adalah sebuah tarikan semula jadi yang boleh anda lawati untuk melihat pembentukan stalagmit dan stalagtit yang unik.

Untuk mendaki menuju ke kawasan gua, masa yang diambil adalah dalam sekitar 5 ke 10 minit bergantung kepada stamina.

Bukan sekadar gua, ia turut dilawati oleh penganut agama Hindu dan Buddha kerana di dalamnya turut terdapat patung-patung Buddha serta kuil Hindu.

Daripada kesemua patung yang terdapat di sini, salah satunya adalah patung Buddha berbaring. Patung ini menarik perhatian ramai pengunjung kerana kedudukannya yang agak pelik daripada biasa.

Yang menariknya, anda boleh meneroka sekitar gua ini dalam keadaan yang agak selesa kerana pengudaraannya yang cukup baik. Kalau anda nak tahu, udara di dalam gua ini agak sejuk tidak ubah seperti berada di dalam bilik berpenghawa dingin.

Alamat: Jalan Gua Charas, 26090 Kuantan, Pahang

Harga Tiket: Seorang RM2 | Parking RM3


16. Ana Ikan Bakar Petai

Ana Ikan Bakar Petai
Sumber: Ana Ikan Bakar Petai

Sebagai sebuah kawasan yang pernah menjadi perkampungan nelayan, tidak mengejutkan sekiranya anda terjumpa banyak restoran masakan laut.

Tapi daripada kesemua restoran yang ada, restoran Ana Ikan Bakar Petai adalah yang paling terkenal dan yang paling anda kena singgah!

Restoran berkonsep terbuka ini menawarkan pelbagai hidangan yang dibuat dengan menggunakan pelbagai teknik masakan iaitu daripada teknik stim hinggalah kepada yang dibakar.

Yang wajib sekali dicuba di sini adalah sudah semestinya seperti nama kedai ini sendiri iaitu Ikan Bakar Petai di mana ikan dimasak dengan bawang, sambal dan petai. Untuk aroma yang lebih menggoda, daun pisang digunakan untuk membalut ikan sebelum diletakkan di atas grill. Pergh!

Alamat: Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap Hari (5.30 pm โ€“ 12.00 am)


17. Coastal Store

Coastal Store Pahang
Sumber: Coastal Store

Coastal Store adalah sebuah kafe menarik yang agak โ€˜tersorokโ€™ sampaikan ramai lagi penduduk Kuantan sendiri yang tak tahu kewujudannya. Kalau anda dah ke sini, boleh dikira sebagai traveller level prolah!

Melangkah masuk ke dalam kafe ini, terasa seperti kembali ke era 1970-an kerana anda akan dikelilingi oleh hiasan dalaman berkonsep retro. Anda boleh memilih melepak di sini sambil menikmati kopi yang kaw, kek, roti, keropok lekor dan banyak lagi.

Untuk pengalaman yang lebih menarik, anda boleh datang ke sini pada hari Ahad malam untuk sesi Acoustic Nights ketika mana pemuzik tempatan akan mempersembahkan lagu-lagu mereka dalam suasana santai.

Bukan sekadar kafe, di sini anda turut boleh membeli pelbagai jenis buku, kaset dan vinyl yang dijual.

Alamat: 4E, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap Hari (12.00 pm โ€“ 6.00 pm, 9.00 pm โ€“ 11.30 pm)


18. 90 Degrees Cafรฉ & Art

90 Degrees Cafรฉ & Art
Sumber: 90 Degrees Cafรฉ & Art

90 Degrees Cafรฉ & Art menawarkan hidangan asia dan juga barat di dalam kafe dengan dekorasi dalaman bergaya boho yang sangat instagrammable! Setiap sudut kafe ini dihiasi oleh langsir panjang, fairy light, bantal bercorak tribal dan juga perabot kayu yang dikatakan telah dihasilkan oleh pemilik kafe ini sendiri.

Berkaitan dengan makanan yang dihidangkan, antara yang terkenal di sini adalah kek pelangi, sandwich, burger dan juga waffle. Dalam banyak-banyak hidangan yang ada, yang menjadi kegemaran paling ramai orang adalah Hong Kong Salted Egg Yolk Waffle.

Sudah kenyang? Anda boleh menuju ke tingkat dua kafe untuk melihat ruangan galeri seni yang memaparkan karya-karya daripada pelukis tempatan. Tertarik untuk menghasilkan karya sendiri? Anda boleh mengikuti kelas seni yang seringkali dianjurkan di sini.

Alamat: B-882, Jalan Air Putih, Taman Imbi, 25300 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Isnin, Rabu, Khamis (10.00 am โ€“ 11.00 pm) | Jumaat, Sabtu, Ahad (10.00 am โ€“ 12.00 am) | Selasa (Tutup)


19. Sungai Lembing Mines

Sungai Lembing Mines
Sumber: Sungai Lembing Mines

Sungai Lembing Mines adalah sebuah peninggalan lama yang terletak di tengah-tengah pekan Sungai Lembing. Wujud dari tahun 1888 lagi, perlombongan bijih timah di sini telah dimulakan oleh penjajah British.

Kalau diikutkan, saiz sebenar lombong ini adalah jauh lebih panjang dan dalam daripada yang dapat dilihat. Jangan terkejut, kepanjangan sebenarnya mencecah sehingga 332 km, menjadikannya ladang bijih timah kedua terdalam dan terbesar di dunia (selepas lombong Cornwall di UK). Namun begitu, hanya sebahagian daripada lombong ini dibuka kepada orang awam.

Semasa memasuki kawasan lombong ini, anda akan dibawa menaiki sebuah keretapi kecil yang digunakan pelombong untuk masuk sehingga ke dalam sekitar 100 meter. Anda kemudiannya perlu berjalan kaki sepanjang 1 km di dalam laluan yang dicahayai dengan lampu sambil melihat infografik berkaitan perlombongan.

Selain itu, anda turut dapat melihat peralatan-peralatan yang pernah digunakan dalam perlombongan pada suatu ketika dulu.

Anda juga dapat lebih memahami situasi sebenar ketika kerja-kerja perlombongan dilakukan dengan melihat patung pelombong dengan aksi tersendiri yang diletakkan di sekitar.

Berkaitan dengan fasilitinya untuk para pengunjung, keseluruhan kompleks ini lengkap dengan kemudahan seperti tandas, tempat meletak kereta yang luas, restoran dan kedai cenderahati.

Alamat: Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang


20. Janda Baik

Janda Baik Pahang Image
Sumber: Shamy Shamsudin

Memiliki cuaca yang dingin daripada 22 ke 28 darjah celcius setiap hari, Janda Baik adalah salah sebuah kawasan perkampungan Melayu yang sungguh mendamaikan.

Dikelilingi oleh hutan belantara yang kehijauan, kampung ini menawarkan pelbagai tarikan alam semula jadi yang begitu menakjubkan untuk diteroka.

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik

Dengan keindahan yang dimilikinya, Janda Baik cukup terkenal untuk sesiapa yang ingin meluangkan masa bercuti bersama keluarga dengan menginap di banyak penginapan berlanskap menarik yang ditawarkan.

Antara penginapan yang terkenal di sini adalah seperti Dโ€™Villa Janda Baik, Aman Rimba Private Estate, Saujana Janda Baik Homestay, Saufiville Boutique Resort dan banyak lagi.

Alamat: Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang


21. Bukit Gambang Safari

Bukit Gambang Safari Pahang
Sumber: Bukit Gambang Safari

Memiliki keluasan mencecah 138 ekar, anda sekeluarga dapat melihat pelbagai jenis fauna di Bukit Gambang Safari.

Di dalam satu kawasan yang seluas ini, sehari pastinya masih tidak cukup untuk melihat segalanya.

Antara pertunjukan dan aktiviti yang terdapat di sini adalah Indiana Stunt Show, African Yabara Fire Show, Wonderful Birds Show, Multi-Animal Show dan banyak lagi.

Jenis-jenis haiwan yang ada adalah seperti kuda, beruang, unta, arnab dan lain-lain.

Alamat: Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Pahang

Waktu Operasi: Selasa โ€“ Khamis (1.00 pm โ€“ 9.00 pm) | Jumaat โ€“ Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum (11.00 am โ€“ 9.00 pm) | Isnin (Tutup Kecuali Cuti Umum/ Cuti Sekolah)

Bayaran Masuk: Dewasa RM32 | Kanak-Kanak RM22 | 3 Tahun & Kebawah Percuma


22. Tasik Biru Bukit Ibam Muadzam

Tasik Biru Bukit Ibam Muadzam Pahang
Sumber: RLENS AerialShots

Sudah puas makan angin di pelbagai tarikan yang terkenal di Pahang?

Tiba masanya untuk anda mula meneroka lokasi menarik yang tersorok pula. Kalau di Pahang ni, salah satunya adalah Tasik Biru Bukit Ibam Muadzam.

Terletak tidak jauh dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Tasik Biru ini adalah sebuah tasik indah yang terbentuk kesan daripada projek perlombongan yang pernah terjadi pada suatu ketika dulu.

Biru menyala tidak ubah seperti langit yang cerah, siapa yang tak terpesona? Namun begitu, air tasik ini dikatakan tidak selamat untuk dijadikan lokasi bermandi-manda, buktinya, tiada satu pun hidupan akuatik yang boleh ditemui.

Alamat: Tasik Biru Bukit Ibam Muadzam, 26700 Muadzam Shah, Pahang


23. Hutan Lipur Lentang

Lentang Forest Recreational Park Pahang
Sumber: Nicholas Yu

Hutan Lipur Lentang adalah sebuah hutan rekreasi di Bukit Tinggi yang menjadi laluan kepada sebatang sungai indah iaitu Sungai Benus.

Sungai ini dikatakan menjadi peyumbang kepada keindahan lanskap hutan hijau ini kerana terbentuknya kolam-kolam kecil dan air terjun yang dapat memukau jiwa sesiapa sahaja yang memandang.

Sebagai sebuah hutan rekreasi yang indah, Hutan Lipur Lentang menjadi lokasi yang cukup terkenal, terutama sekali pada hujung minggu.

Untuk memudahkan para pengunjung, pelbagai kemudahan telah disediakan seperti gerai jualan makanan, tandas, tapak perkhemahan, gazebo dan laluan pejalan kaki. Tempat meletak kereta yang luas juga turut disediakan.

Tertarik untuk ke sini? Bermacam aktiviti yang boleh anda lakukan, antaranya adalah seperti berkelah, berenang, memancing, berkhemah dan berfotografi.

Alamat: Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang


24. Istana Abu Bakar

Istana Abu Bakar Pekan Pahang
Sumber: dirajapahang.my

Istana Abu Bakar adalah sebuah struktur indah yang dijadikan sebagai istana rasmi untuk pelbagai majlis adat istiadat seperti majlis pengurniaan darjah kebesaran.

Bangunan yang menjadi mercu tanda Pekan ini telah dibina pada awal tahun 1960-an.

Istana ini diberikan nama Istana Abu Bakar sempena nama Sultan Pahang yang keempat iaitu Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah.

Sebagai salah sebuah bangunan yang ikonik di Pekan, Pahang, pastikan anda berhenti seketika di gerbang besar pintu masuknya untuk bergambar kenangan.

Alamat: Kampung Padang Manggis, 26600 Pekan, Pahang


25. Tasik Chini

Tasik Chini Pahang
Sumber: Lake Chini Resort

Dah pening kepala terhidu asap kereta di kota? Jom legakan dada dengan menarik nafas sepuas hati di Tasik Chini. Tasik air tawar kedua terbesar di negara ini.

Sebelum menuju ke sini, teringin Mai Singgah kongsikan salah satu kepercayaan yang dikaitkan dengan tasik ini. Kalau anda nak tahu, ada yang mempercayai bahawa di dasar Tasik Chini ini wujudnya bandar Khmer Tua yang telah tenggelam.

Betul atau tidak, masih tidak diketahui. Mungkin anda sendiri berminat untuk merungkai misteri ni?

Tertarik untuk datang ke sini? Waktu yang terbaik untuk anda mengunjungi Tasik Chini adalah antara bulan Ogos ke September ketika mana kawasan tasik dilitupi oleh ribuan bunga teratai yang berwarna putih dan merah jambu. Dapat bayangkan keindahannya? Kawasan tasik kelihatan seolah-olah taman terapung.

Alamat: Tasik Chini, 26650 Chini, Pahang


26. Pusat Pengembangan Tenun Pahang

Pusat Pengembangan Tenun Pahang DiRaja Kg
Sumber: Tenun Pahang Diraja

Tenun Pahang adalah fabrik mewah yang kebiasaannya disarungkan oleh keluarga diraja Pahang termasuklah Sultan sendiri. Menarik untuk diketahui bahawa tenun Pahang ini dikatakan telah dibawa ke tanah Melayu pada 16 Masihi oleh pembesar Bugis dari Sulawesi ataupun Riau.

Nak tahu lebih mendalam tentang kain diraja ini? Anda boleh ke Pusat Pengembangan Tenun Pahang DiRaja yang terletak di Kg. Soi.

Di sinilah anda dapat mengetahui banyak perkara menarik berkaitan kain tenun Pahang. Anda juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pakaian yang pernah digunakan keluarga diraja Pahang serta menyaksikan demonstrasi bagaimana kain tenun dihasilkan.

Sebelum pulang dan sekiranya tidak kisah untuk berbelanja lebih, anda boleh membuat tempahan kain tenun atau membeli pelbagai jenis pakaian tenun yang dijual di sini seperti samping, tudung dan sebagainya. Bukan sahaja pakaian, kain tenun yang dijadikan cenderamata pun ada.

Alamat: Kompleks Pengembangan, Tenun Pahang Diraja Sultan Haji Ahmad Shah, Kg. Soi, Jalan Kempadang Perdana 1, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Waktu Operasi: Isnin โ€“ Sabtu (8.00 am โ€“ 5.00 pm) | Ahad (10.00 am โ€“ 5.00 pm)


27. Royal Pahang Polo Club

Pahang Royal Polo Club
Sumber: Ng Ghim Eng

Apa lagi sukan mewah yang menjadi hobi keluarga diraja selain golf atau menunggang kuda? Jawapannya adalah sukan polo.

Untuk mengetahui lebih banyak berkenaan dengan aktiviti polo ini, anda boleh melawat Royal Pahang Polo Club. Tapi kalau anda nak melihat acara polo ini sendiri, bolehlah ambil tahu tentang tarikh perlawanan yang kebiasaannya diadakan dalam sekitar bulan Ogos.

Tak sempat nak melawat semasa hari acara? Tak apa, anda masih boleh datang ke sini untuk melihat monumen bersejarah atau menggunakan kemudahan padang yang luas ini untuk berekreasi dengan aktiviti seperti menunggang kuda atau berjogging. Kedudukannya hanyalah bersebelahan dengan Istana Abu Bakar.

Alamat: Jalan Padang Polo, 26600 Pekan, Pahang


28. Pasar Sehari Temerloh

Pasar Sehari Temerloh
Sumber: Usahawan Hijrah

Apa lagi nak dibeli di pasar ya? Ulang-ulang benda yang sama je kan? Persoalan ini tidak akan terjadi kalau anda datang ke Pasar Sehari Temerloh. Melampau banyak pilihannya, mana tidaknya, pasar ini rupa-rupanya pasar hari yang terpanjang di Semenanjung Malaysia!

Terletak berhampiran dengan Sungai Pahang di Jalan Lurah Semantan, Pasar Sehari Temerloh padat dengan jualan bermacam jenis barangan,ini termasuklah pakaian, cenderamata, makanan, bahan basah dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk membeli makanan signature Temerloh ikan patin tempoyak yang banyak dijual di sini.

Dah nak balik? Eh! Nanti dulu! Anda kena singgah ke gerai yang paling legend di pasar ni iaitu gerai kopi segar milik seorang warga emas Cina yang telah menjalankan perniagaan sejak lebih 40 tahun lalu.

Di sini, anda boleh melihat kopi yang dibeli dikisar di depan mata, aromanya sangat menggoda orang yang lalu-lalang. Beli jangan tak beli! Rasanya sangat enak!

Alamat: Pekan Hari Temerloh, Jalan Lurah Semantan, Temerloh

Waktu Operasi: Ahad (7.00 am โ€“ 1.00 pm)


29. Air Terjun Lata Bujang

Air Terjun Lata Bujang
Sumber: apapunxboleh.blogspot.com

Sekiranya anda bukan yang cepat gentar dengan cabaran, lawatan ke Air Terjun Lata Bujang boleh dijadikan satu rancangan yang menarik untuk dilakukan di Pahang.

Untuk sampai ke sini, laluan yang perlu dilalui bukan biasa-biasa dugaannya, dari laluan yang licin, curam hinggalah kepada laluan yang dihalang dengan pokok tumbang, semuanya perlu cuba ditempuhi dengan stamina yang tinggi. Kalau anda yakin boleh melalui semua ini, sediakan kasut hiking anda dan jangan buang masa lagi.

Memang penat menempuhi perjalanan ke sini, tapi anda akan dihadiahkan dengan pemandangan air terjun yang tidak terkira keindahannya.

Alamat: Air Terjun Lata Bujang, Krau


30. Krau Wildlife Reserve

hutan simpan krau pahang
Sumber: Alchetron

Wujud sejak dari zaman penjajahan British lagi, Krau Wildlife Reserve adalah rezab hidupan liar yang terluas di Semenanjung Malaysia dengan keluasan lebih daripada 60,000 hektar.

Di dalam kawasan tanah rezab ini terdapat pusat penyelidikan yang terkenal di peringkat antarabangsa sebagai pusat pengkajian kelawar dan juga burung.

Selain pusat penyelidikan ini, Krau Wildlife Reserve turut menjadi lokasi Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan dan juga Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan.

Alamat: Bukit Rengit, 28500, Lanchang, Pahang


31. Bukit Gambang Resort City

Bukit Gambang Resort City
Sumber: integratedinfo.com.my

Tak sah kalau bercuti bersama keluarga tanpa berseronok di water parknya kan? Untuk tujuan ini, anda boleh menuju ke Bukit Gambang Resort City.

Bermacam aktiviti menarik yang ditawarkan di water park resort ini, dari pelbagai jenis gelongsor air yang dapat melajukan degupan jantung hinggalah kepada lazy river bagi anda yang ingin bermain air dalam keadaan lebih santai.

Bukan itu sahaja, resort ini turut menawarkan banyak lagi tarikan lain seperti Safari Park yang merupakan salah satu taman safari terbesar di Malaysia.

Tarikan seterusnya adalah Active Academy yang dapat memuaskan jiwa lasak anda dengan pelbagai aktiviti mencabar seperti ATV, flying fox, paintball dan memanah.

Sangat padat dengan bermacam aktiviti best bukan? Tunggu apa lagi? Pergi jangan tak pergi.

Alamat: Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Kuantan

Waktu Operasi:

  • Water Park: Isnin, Rabu & Khamis (11.00 am – 6.30 pm) | Jumaat, Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah (9.30 am – 6.30 pm)
  • Safari Park: Selasa, Rabu & Khamis (12.00 pm – 9.00 pm) | Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum (10.00 am – 9.00 pm) | Isnin Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum (Tutup)
  • Active Academy Outdoor Park: Setiap Hari Ketika Cuti Sekolah (9.00 am – 12.00 pm & 3.00 pm – 6.00 pm)

Bayaran Masuk: Dari RM18


32. Taman Negara Pahang

Taman Negara Pahang
Sumber: bembalyfe.com

Taman Negara Pahang adalah hutan simpan yang terbesar di Semenanjung Malaysia yang telah pun berusia lebih daripada 150 juta tahun! Sudah semestinya cukup kaya dengan flora dan fauna.

Untuk meneroka sekitar taman rimba ini anda boleh berjungle trekking atau menyelusuri sungai dengan menaiki bot yang disediakan.

Selain jungle trekking dan menyelusuri sungai, aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sekitar Taman Negara ini seperti melalui canopy walkway, melawat perkampungan orang asli, meneroka gua, melawat kawasan air terjun dan banyak lagi!

Alamat: Taman Negara Pahang, Kuala Tahan, Pahang


33. Kuantan River Cruise

Kuantan River Cruise
Sumber: Faizal Rahim

Sempurnakan percutian anda sekeluarga di sekitar Pahang dengan menyaksikan keindahan ibu kota Pahang dan kawasan sekitarnya dari sungai Kuantan.

Anda dapat menikmati pengalaman ini dengan mengikuti Kuantan River Cruise yang ditawarkan di jeti yang terletak hanyalah bersebelahan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Sekiranya anda menginap di Hotel Sentral Kuantan, anda boleh terus berjalan kaki untuk ke sini.

Kuantan River Cruise menawarkan pelbagai pakej yang berbeza seperti River Mouth Tour, Mangrove Park Tour, Kuantan River Discovery Tour, Kuantan River Night Tour dan Special Kuantan River Discovery Tour, bergantung kepada pengalaman yang ingin anda rasai.

Dengan harga permulaan hanya RM280 untuk bot yang dapat memuatkan sehingga 12 orang, cukup murah bukan?

Alamat: Jalan Tanah Putih, Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap Hari (09.00AM – 09:00PM)

Bayaran Masuk: Dari RM280


34. Pulau Tioman

Pulau Tioman Gambar Pahang
Sumber: Drones Kaki Official

Sudah puas meneroka kawasan kota? Teruskan perjalanan anda ke Pulau Tioman untuk mendapatkan pengalaman mengujakan iaitu percutian dalam suasana tropika dikelilingi oleh perairan yang menarik untuk diteroka.

Bagi yang pandai menyelam skuba, memang untung! Banyak sekali lokasi menyelam skuba menarik yang boleh anda explore untuk menyaksikan keindahan hidupan marin di Pulau Tioman ini.

Tarikan pulau ini tidak terhenti di situ, sungguh banyak lokasi yang boleh anda lawati di sekitarnya seperti Pusat Taman Marin, Monkey Bay, Salang, Kampung Tekek, Air Terjun Asah dan sebagainya.

Pulau Tioman turut terletak berdekatan dengan banyak lagi pulau lain seperti Pulau Tulai, Pualu Renggis, Pulau Labas dan lain-lain lagi.

Alamat: Pulau Tioman, Pahang


35. Pantai Cherating

Club Med Cherating

Tidak jauh dari Kemaman, Terengganu dan hanyalah dalam sekitar 30 minit pemanduan dari bandar Kuantan adalah sebuah tarikan alam semula jadi iaitu Pantai Cherating yang dapat membawa anda sekeluarga tenggelam dalam ketenangan selepas seharian menempuh kesibukan kota.

Baca:ย 27 Tempat Menarik Di Cherating Untuk Percutian Pantai Yang Seronok

Dah puas menghirup udara segar di sekitar pantai ini anda boleh melawat banyak tarikan lain yang terletak tidak jauh dari Pantai Cherating seperti Sungai Yah-Yah, Zoo Kemaman dan banyak lagi!

Alamat: Pantai Cherating, Kuantan, Pahang


36. Deerland Park Lancang

Deerland Park Lancang Pahang
Sumber: Deerland Park Lancang

Seperti memasuki ke dalam hutan mini, Deerland Park Lancang Pahang adalah salah satu lokasi yang mesti anda lawati untuk melihat pelbagai jenis haiwan eksotik seperti burung unta, rusa, ular sawa albino, burung merak dan lain-lain lagi yang dibawa bukan sahaja dari dalam negara tapi juga dari pelbagai negara lain di seluruh dunia.

Masa yang diambil untuk puas melihat kesemua yang ditawarkan di dalam taman ini adalah dalam sekitar 20 ke 30 minit. Sebelum pulang, kalau anda jenis yang berjiwa kental, anda boleh mengambil peluang untuk bergambar sambil memegang ular sawa.

Cukup menarik bukan? Bayaran masuknya juga tak lebih dari RM10 seorang, sesuai untuk anda yang ingin berjimat tapi tetap ingin memberikan keseronokan kepada seluruh ahli keluarga.

Alamat: Jalan Bukit Rengit, 28500, Lanchang, Pahang

Waktu Operasi:

  • Isnin – Khamis (10.30 am – 4.30 pm)
  • Sabtu & Ahad (10.30 am – 5.00 pm)
  • Jumaat (Tutup)

Bayaran Masuk: Dewasa; RM7 | Kanak-Kanak RM4


37. Bukit Tinggi

Bukit Tinggi Pahang
Sumber: Sky Strider

Kalau anda betul-betul nak menjejaki semua tarikan yang menarik di sekitar Pahang ini, Bukit Tinggi adalah salah satu destinasi yang tak patut dilepaskan.

Kalau Bukit Fraser dapat membuat anda merasa seperti berada di England, Bukit Tinggi pula adalah peluang untuk anda merasai suasana persis di dalam kawasan perkampungan Perancis.

Siapa sangka, dengan lokasi yang tidak begitu jauh dari KL ini terletaknya sebuah tarikan yang menawarkan keindahan tak terkata dan padat dengan pelbagai tarikan menarik lain seperti Rabbit Farm, Japanese Village, Colmar Adventure Park, Horse Trail Rides dan banyak lagi.

Alamat: Bukit Tinggi, Bentong, Pahang


38. Petrosains Play Smart Kuantan

Petrosains Play Smart Kuantan Pahang
Sumber: Petrosains Play Smart Kuantan

Pernah jumpa perpustakaan yang lengkap dengan tarikan seperti di Petrosains KLCC? Inilah yang dapat anda lihat sekiranya anda meluangkan masa untuk ke Perpustakaan Awam Pahang. Secara percuma, anda dapat menuju ke tingkat bawah bangunan perpustakaan ini untuk ke Petrosains Play Smart Kuantan.

Bukan galeri sains yang biasa, Petrosains ini lengkap dengan pelbagai pameran saintifik yang menarik dan aktiviti yang merangsang minda.

Kalau dah puas mencuba pelbagai aktiviti interaktif yang ditawarkan di Petrosains, anda boleh membawa anak menonton pelbagai jenis kartun best di dalam 3D mini cinema perpustakaan ini.

Bagi anda yang membawa anak remaja pula, perpustakaan ini turut memiliki studio jamming (bilik ekspresi remaja), bilik IT dan lain-lain lagi. Pernah jumpa perpustakaan sebegini di Malaysia?

Alamat: Petrosains Play Smart Kuantan, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Jalan Kamunting, Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi:

  • Selasa – Sabtu (9.00 am – 5.00 pm, Tutup Sementara Dari 1.00 am – 2.00 pm)
  • Jumaat (9.00 am – 5.00 pm, Tutup Sementara Dari 12.00 pm – 2.30 pm)
  • Ahad, Isnin & Cuti Umum (Tutup)

Bayaran Masuk: Percuma


39. Pantai Teluk Chempedak

Pantai Teluk Chempedak Pahang
Sumber: Yi Fang Chia

Tidak jauh dari bandaraya Kuantan yang sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti adalah sebuah lokasi yang dapat membawa anda kembali kepada ketenangan sebenar iaitu Pantai Teluk Chempedak.

Di sini anda boleh bersantai bersama keluarga dan merasai kelembutan pasir di telapak kaki.

Anda juga boleh menyewa beg angin yang kelihatan seakan-akan bean bag untuk menikmati panorama pantai dalam keadaan lebih chill. Anak-anak pula boleh berseronok bermain layang-layang sepuas hati mereka.

Dah puas menyaksikan keindahan yang terpancar di sekitar kawasan pantai ini? Anda boleh menghilangkan dahaga dan lapar dengan melawati medan selera dan restoran fast food yang terletak tidak jauh dari sini.

Alamat: Pantai Teluk Cempedak, 25050, Pahang


40. Bukit Panorama

Bukit Panorama Pahang
Sumber: Simon Chan

Terletak dalam sekitar 45 minit dari Kuantan, Bukit Panorama adalah sebuah tarikan yang menjanjikan panorama sungguh mempesonakan di saat mentari terbit.

Kalau anda bercadang untuk melihat keindahan ini di depan mata sendiri, google terlebih dahulu bila waktu matahari akan mula memancarkan cahaya supaya anda dapat merancang perjalanan ke sini.

Masa yang diambil untuk mendaki ke puncaknya adalah dalam sekitar 40 minit tapi kalau anda memiliki stamina yang power, mungkin mengambil masa hanya sekitar 20 minit.

Untuk menuju ke kawasan puncaknya anda perlu menaiki tangga yang tidak begitu sekata, namun tetap selamat untuk dinaiki. Pastikan anda memakai kasut yang sesuai dan membawa lampu suluh atau headlamp.

Alamat: Panorama Foothills, Sungai Lembing, 26200, Pahang


41. Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak

Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak
Sumber: Hasan Kasmuri

Apa kata sambil-sambil bercuti ni anda sekeluarga menyemarakkan semangat patriotisme dengan melawat Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak?

Terletak di Pekan, rumah ini adalah sebuah pembinaan semula dengan reka bentuk yang sama di atas tapak asal di mana lahirnya Perdana Menteri Malaysia yang ke-2.

Selain dapat melihat suasana sekitar rumah seorang pemimpin yang dikagumi negara sebagai Bapa Pembangunan ini, anak-anak anda juga dapat melihat dengan sendiri bagaimana rupanya sebuah rumah tradisional Melayu yang cukup indah hasil binaannya.

Alamat: Kampung Padang Manggis, 26600 Pekan, Pahang

Waktu Operasi: 8.00 am – 5.00 pm

Bayaran Masuk: Percuma


42. Mini Zoo Park Teruntum

Mini Zoo Taman Teruntum Pahang
Sumber: Kuantan.org

Anak-anak masih tak puas lagi lepas melawat Deerland Park? Bawa pula mereka ke Mini Zoo Park Teruntum. Harga masuknya memang murah semacam!

Tak lebih dari RM2 seorang dan anda sekeluarga sudah dapat melihat pelbagai jenis haiwan dari iguana, kancil, seladang, burung enggang, monyet dan banyak lagi!

Anda juga berpeluang untuk memberi makan arnab dan rusa yang terdapat di zoo ini.

Dah puas melihat segala macam haiwan yang ada, anda boleh membawa anak-anak untuk bermain di taman permainan yang disediakan atau terus sahaja berjalan kaki ke kawasan pantai yang hanyalah 10 minit dari sini.

Alamat: Jalan Padang Golf, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 09.00AM – 06:00PM

Bayaran Masuk: Dewasa RM2 | Kanak-Kanak RM1


43. Air Terjun Lata Jarum

Air Terjun Lata Jarum
Sumber: Wong Yeou Min

Terletak dalam sekitar 35 km dari Raub dengan menggunakan Jalan Kuala Lipis, Air Terjun Lata Jarum adalah sebuah destinasi yang agak popular kerana aliran sungainya yang cukup bersih dengan kesejukan yang dapat menyegarkan segenap tubuh badan.

Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah gerai makanan, tempat meletak kereta, tandas, bangku, surau dan jambatan gantung.

Untuk anda yang ingin meluangkan lebih banyak masa di sini, anda boleh memilih untuk bermalam di chalet yang disediakan oleh penduduk kampung atau menggunakan tapak perkhemahan yang disediakan.

Lokasinya, hanyalah dalam sekitar 2 km dari Pusat Rekreasi Pulau Chekas yang juga merupakan kawasan air terjun yang mesra kanak-kanak.

Alamat: Air Terjun Lata Jarum, Raub, Pahang

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)

Bayaran Parking: RM1


44. Muzium Sungai Lembing

Muzium Sungai Lembing
Sumber: Dien Dien Juan

Kalau anda nak tahu, perlombongan bijih timah adalah salah satu aktiviti ekonomi yang cukup besar di Malaysia pada suatu ketika dulu.

Namun, disebabkan oleh kejatuhan harga pasaran, syarikat-syarikat yang terlibat dalam perlombongan ini menghentikan operasi mereka.

Kini yang tinggal hanyalah peralatan yang pernah digunakan, hasil perlombongan dan pelbagai lagi dokumentasi lain yang pernah dibuat seperti video dan foto. Semua ini dapat anda lihat dengan penuh dipamerkan di Muzium Sungai Lembing.

Bukan itu sahaja, sebenarnya, bangunan muzium ini juga memiliki nilai antiknya sendiri.

Ini kerana sebelum dijadikan muzium, bangunan ini pernah digunakan sebagai rumah pengurus syarikat perlombongan yang merupakan seorang penjajah British.

Anda dapat melihat foto keluarganya dan peninggalan perabot bangunan ini yang telah wujud sejak tahun 1800-an. Sungguh menarik bukan?

Sebelum pulang, jangan lupa untuk singgah ke kedai cenderamata muzium ini.

Alamat: Jalan Muzium, Sungai Lembing, 26200, Pahang

Waktu Operasi: Setiap Hari (09.00AM – 06.00PM)

Bayaran Masuk: Percuma


45. Pantai Batu Hitam

Pantai Batu Hitam Pahang
Sumber: Nikki ร„n

Berangin dan berlanskap memukau jiwa, Pantai Batu Hitam adalah sebuah pantai panjang yang cukup luas untuk anda sekeluarga merasai nikmat ketenangan sebenar sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti bermain ATV, berfotografi atau berkelah.

Ingin mencipta memori yang terindah? Datanglah seawal yang mungkin untuk melihat pemandangan matahari terbit yang disajikan daripada kawasan pantai ini, sungguh menggoda jiwa.

Bukan itu sahaja, di sekitar pantai ini juga terdapat banyak gerai dengan jualan pelbagai jenis makanan seperti sotong celup tepung, mee chalong, keropok lekor dan macam-macam lagi.

Berkaitan dengan kemudahan yang disediakan pula, pantai ini lengkap dengan fasiliti seperti surau, tandas, tempat meletak kereta, kedai makan, taman permainan kanak-kanak dan tawaran aktiviti menaiki ATV.

Alamat: Pantai Batu Hitam, Kuantan, Pahang


46. Pantai Air Leleh

Pantai Air Leleh
Sumber: UMPIO Events

Sungguh mendamaikan, Pantai Air Leleh ini agak kurang dilawati bukan kerana ianya kurang cantik daripada pantai-pantai lain, tapi sebab tak ramai pelancong yang tahu tentang kewujudannya.

Namun, ia menjadi pilihan ramai orang sekitar Pekan untuk meluangkan masa lapang.

Antara kemudahan yang disediakan adalah kedai-kedai makan, taman permainan kanak-kanak, kemudahan tempat duduk serta operator banana boat untuk anda yang ingin berseronok.

Pantai yang luas ini cukup mudah untuk anda singgahi dengan menggunakan laluan utama Pekan-Kuantan.

Alamat: Pantai Air Leleh, Pekan, Pahang


47. Taman Warisan Gua Kota Gelanggi

Taman Warisan Gua Kota Gelanggi
Sumber: Taman Warisan Gua Kota Gelanggi

Kalau salah satu impian jiwa lasak anda adalah untuk menjejakkan kaki ke dalam gua, ini adalah syurga yang dicari.

Taman Warisan Gua Kota Gelanggi ini menempatkan sungguh banyak gua seperti Gua Kelawar, Gua Batu Sanding, Gua Kota Balai, Gua Tongkat dan Gua Angin.

Yang menariknya, banyak penemuan arkeologi telah dibuat di dalam gua-gua ini seperti peninggalan peralatan senjata, tembikar, tengkorak purba dan bermacam lagi yang kesemuanya telah dipamerkan di muzium.

Jangan terkejut, suatu ketika dulu gua-gua ini sebenarnya adalah kota-kota lama dengan nama seperti Kota Gelap, Kota Tongkat dan sebagainya sebelum ditukarkan sebagai Gua Gelap, Gua Tongkat dan seterusnya.

Sambil melakukan pengembaraan sekitar gua di sini, anda dapat melihat pembentukan stalagmit dan stalagtit yang dipercayai sudah berusia mencapai jutaan tahun.

Alamat: Kampung Sungai Batu, 27070 Jerantut, Pahang

Waktu Operasi: 08.00AM – 06.00PM

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3


48. Air Terjun Chamang

Air Terjun Chamang Pahang
Sumber: Aifily Pang

Berlokasi di Bentong dan hanya 8 km dari pusat bandar, Air Terjun Chamang adalah destinasi yang terkenal dalam kalangan penduduk sekitar Bentong untuk berkelah di hujung minggu.

Antara kemudahan yang disediakan di kawasan air terjun ini adalah seperti tandas, bbq pit, gazebo, tapak perkhemahan dan titian gantung yang disediakan untuk memudahkan anda merentasi sungai.

Berkaitan dengan kawasan air terjun ini, beberapa kawasan yang digunakan untuk bermandi-manda adalah agak dalam, namun kebanyakannya cetek dan sesuai untuk dijadikan tempat berseronok sambil menyegarkan badan bersama keluarga.

Alamat: Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang

Waktu Operasi: 09.00AM – 05.00PM

Bayaran Masuk: RM2


49. Pusat Rekreasi Air Balok

Pusat Rekreasi Air Balok
Sumber: Mohd Haffizi Mohd Amir

Tak tahu nak buat apa di awal pagi? Jom pergi ke Pusat Rekreasi Air Balok. Suasana pada waktu pagi di sekitar pusat rekreasi ini cukup tenang untuk anda beriadah bersama keluarga dengan melakukan pelbagai aktiviti outdoor.

Selain itu, pusat rekreasi ini turut lengkap dengan banyak prasarana menarik seperti gelanggang, tempat bermain petanque dan lain-lain lagi.

Pusat Rekreasi Air Balok turut lengkap dengan pelbagai lagi kemudahan lain seperti pondok untuk anda berehat menikmati udara segar, surau, tandas dan lain-lain lagi.

Alamat: Pusat Rekreasi Air Balok, Pantai Balok, 26080, Balok, Pahang


50. Muzium Seni Pahang

Muzium Seni Pahang
Sumber: Pahang Darul Makmur

Ingin melihat hasil karya kreatif untuk memberikan anda inspirasi atau ingin menguji fikiran mengkaji makna di sebalik hasil seni yang dilihat? Apa kata kalau anda luangkan masa di Muzium Seni Pahang.

Dengan kemasukan percuma, anda dapat melihat pelbagai karya menarik yang terdiri daripada seni catan, arca dan foto yang dihasilka oleh ramai karyawan terkenal seperti Sivarajah Natarajan, Roslan Ahmad, Sunan Sugio, C Tuck Lee, Sharifah Kirana dan Mohamad Nor.

Selain ini semua, anda turut dapat melihat pameran lain seperti koleksi seramik, mak yong, peralatan muzik tradisional dan pelbagai lagi pameran lain berkaitan dengan budaya di pantai timur.

Turut ditempatkan di sini adalah sebuah galeri berkaitan kaabah. Sebuah muzium yang cukup padat bukan? Rugi kalau tak singgah lebih-lebih lagi kerana anda tak perlu keluarkan duit untuk masuk.

Alamat:  Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi:

  • Isnin – Khamis (9.30 am – 5.00 pm)
  • Jumaat (9.30 am – 12.15 pm, 2.45 pm – 5.00 pm)
  • Sabtu & Ahad (Tutup)

Bayaran Masuk: Percuma


51. Gunung Senyum Recreational Forest

Gunung Senyum Recreational Forest
Sumber: Gunung Senyum

Hanyalah 45 minit pemanduan dari Temerloh, adalah sebuah tarikan bukit batu kapur yang mencapai ketinggian sehingga 478 meter iaitu Gunung Senyum Recreational Forest. Dikatakan, di Gunung Senyum ini terdapat sehingga 25 buah gua!

Antaranya adalah Gua Angin yang sentiasa berangin, Gua Terang Bulan yang mana cahaya mentari yang menembusi sebuah lubang di atas gua ini akan menghasilkan cahaya warna-warni pada dinding, Gua Taman Satu yang menempatkan pelbagai spesies pokok, dan banyak lagi gua-gua lain dengan keistimewaan tersendiri! Cukup menarik untuk diterokai satu persatu.

Selain kaya dengan gua-gua yang menarik, Gunung Senyum turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti gerai jualan makanan, tandas, surau, tapak perkhemahan dan tempat meletak kereta.

Bersebelahan dengan tempat meletak kereta hutan rekreasi ini terdapat sebuah rumah tradisional Pahang yang telah wujud sejak tahun 1907 lagi, satu bonus kalau anda datang ke sini!

Alamat: Pejabat Hutan Daerah Temerloh, 28000, Temerloh, Pahang, Jengka Reserve Forest Kuala Krau


52. 3D Gallery Sungai Lembing

3D Gallery Sungai Lembing
Sumber: Jun Kamarudin

Selain Muzium Seni, di Pahang turut terdapat sebuah lagi tempat menarik di Pahang yang wajib dilawati pencinta seni iaitu 3D Gallery Sungai Lembing.

Terletak di dalam sebuah rumah kedai dua tingkat, tiada siapa dapat menyangka bahawa di dalamnya menempatkan begitu banyak hasil lukisan yang mengujakan.

Di hadapan hasil-hasil karya kreatif 3D ini anda boleh berposing seolah-olah berada di dalam situasi lukisan tersebut dengan gaya yang bersesuaian. Tak tahu macam mana nak posing? Pekerja di galeri ini akan bagi anda idea untuk pose yang terbaik supaya gambar yang ditangkap tu nampak real.

Masa yang diambil untuk selesai melihat segalanya dan berposing adalah dalam sekitar 30 ke 40 minit, ini semua bergantung kepada tahap exitednya anda. Jangan lupa untuk caj bateri kamera sampai full dulu sebelum ke sini!

Alamat: 27, North Canton Street, Sg Lembing, 26300, 26200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: 09.30AM – 06.00PM

Bayaran Masuk: Dewasa RM12 | Kanak-Kanak RM10


53. Pantai Pelindung Kuantan

Pantai Pelindung Kuantan
Sumber: Junaidah Embong

Pantai Pelindung Kuantan adalah sebuah pantai yang menarik untuk dilawati bersama keluarga bukan hanya kerana pemandangan yang dihidangkan tapi juga kerana keadaan pantai yang sangat landai tanpa batuan dan tidak berteluk, cukup sesuai untuk sebarang aktiviti bersama keluarga.

Antara fasiliti yang tersedia di Pantai Pelindung adalah tandas, kedai jualan barangan keperluan, surau dan warung-warung makan yang menarik untuk dicuba.

Dah puas menikmati bayu laut, anda boleh menuju ke sebelah kawasan pantai ini di mana terletaknya Tasik Pelindung untuk anda beriadah atau memancing secara percuma.

Alamat: Pantai Pelindung Kuantan, 25000, Kuantan, Pahang


54. Muzium Masjid Sultan Abdullah

Muzium Sultan Abu Bakar
Sumber: Karl Shafek Ibrahim

Muzium Masjid Sultan Abdullah adalah sebuah tarikan yang pada suatu masa dahulu merupakan sebuah masjid yang tertua di Pekan, dibina pada tahun 1932.

Dengan adanya masjid-masjid baru lain, Lembaga Muzium Negeri Pahang telah menjadikan masjid ini sebagai Muzium Kesenian & Intelektual Islam Negeri.

Masjid yang telah ditukar fungsi ini siap sepenuhnya daripada proses pengubahsuaian pada tahun 2015 dengan mengekalkan gaya seni bina Moorish yang digunakan pada pembinaan asal.

Antara yang dipamerkan di dalam muzium ini adalah artifak dan pelbagai lagi barangan bersejarah lain yang didatangkan bukan sahaja dari dalam negara tapi juga dari luar negara.

Selain menawarkan pelbagai bahan pameran yang menarik, di luar bangunan muzium ini juga tak kurang menariknya. Lanskapnya cukup indah dengan pemandangan kolam yang mendamaikan jiwa persis di perkarangan istana.

Alamat: Kampung Pancur, 26600 Pekan, Pahang

Waktu Operasi:

  • Selasa – Khamis, Sabtu & Ahad (9.30 am – 5.00 pm)
  • Jumaat (9.30 am – 12.15 pm & 2.45 pm – 5.00 pm)
  • Isnin (Tutup)

Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun, OKU, Warga Emas Percuma


55. Pantai Hiburan Rompin

Pantai Hiburan Rompin
Sumber: Norshazila Ayob

Pantai Hiburan Rompin adalah sebuah pantai berpasir putih yang panjang yang terletak di sebalik pokok-pokok besar.

Selain syok untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga sambil menikmati angin yang bertiupan dan pemandangannya, anda juga boleh berkhemah untuk tidur di sini sambil ditemani bunyi ombak yang mendamaikan jiwa.

Sambil-sambil bersantai tu, jangan lupa untuk buat bbq sekali, memang cepat masak dengan angin betiupan kuat yang dapat membantu membesarkan api. Syoknya dapat menikmati masakan panas sambil merasai bayu lautkan?

Alamat: Pantai Hiburan Rompin, 26800 Kuala Rompin, Pahang


56. Muzium Sultan Abu Bakar

Muzium Sultan Abu Bakar Pekan
Sumber: Trip Advisor

Muzium di dalam taman yang indah, Muzium Sultan Abu Bakar, cukup menarik untuk dilawati bukan hanya kerana kekayaan bahan pamerannya tapi juga kerana betapa indahnya pemandangan di sekitar muzium ini yang lengkap dengan kolam, taman yang menghijau, arca-arca kayu dan replika kenderaan tentera.

Mengenai galeri yang terdapat di dalamnya pula, anda dapat melihat pameran seperti senjata tradisional, barangan kaca dan tembikar peninggalan China purba, peralatan muzik tradisional dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda, dahulunya, bangunan muzium ini pernah menjadi kediaman Residen British pada sekitar 1880-an, kemudian, ia menjadi ibu pejabat tentera Jepun dan seterusnya, digunakan sebagai istana rasmi oleh al-Marhum Sultan Abu Bakar sebelum dijadikan muzium.

Alamat: Sultan Abu Bakar Museum, d/a Lembaga Muzium Negeri Pahang, Jalan Sultan Ahmad, 26600 Pekan, Pahang

Waktu Operasi:

  • Selasa – Khamis, Sabtu & Ahad (9.30 am – 5.00 pm)
  • Jumaat (9.30 am – 12.15 pm & 2.45 pm – 5.00 pm)
  • Isnin (Tutup)

Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun, OKU, Warga Emas Percuma


57. Taman Esplanade Kuantan

Taman Esplanade Kuantan
Sumber: Khairul Azman Muhamad

Untuk aktiviti yang lebih santai, anda boleh membawa keluarga untuk mengambil udara segar di Taman Esplanade Kuantan.

Sambil makan angin di sini, anda boleh memancing ikan sementara anak-anak pula boleh bermain di taman permainan yang disediakan.

Baca:ย 32 Destinasi Percutian Menarik Di Kuantan Pahang

Nak berjogging di awal pagi? Taman ini lengkap dengan laluan pejalan kaki yang berkepanjangan sekitar 1 ke 2 km.

Terasa lapar? Taman Esplanade Kuantan turut lengkap dengan kedai makan yang menyediakan bermacam jenis hidangan menyelerakan seperti ikan bakar dan pelbagai lagi masakan panas yang lain.

Alamat: Jalan Tanah Putih, 25100, Kuantan, Pahang


58. Bukit Pelindung

Bukit Pelindung
Sumber: forestry.gov.my

Salah satu lokasi yang patut anda lawati untuk menyegarkan peparu dengan oksigen yang betul-betul fresh adalah di Bukit Pelindung.

Jauh dari sebarang pencemaran, anda boleh beriadah bersama keluarga dengan melakukan aktiviti seperti berjogging atau berbasikal di sekitar kawasan ini.

Nak naik ke puncaknya? Untuk mendaki sehingga ke puncak Bukit Pelindung, masa yang diambil adalah dalam sekitar 1 jam bergantung kepada stamina anda. Di puncaknya, anda dapat menyaksikan pemandangan sekitar bandar Kuantan yang menakjubkan.

Alamat: Jalan Tengku Muhamad, 25250, Kuantan, Pahang


59. Santuari Penyu Cherating

Santuari Penyu Cherating
Sumber: Turtle Conservation Society of Malaysia

Mula dibuka pada tahun 1998, Santuari Penyu Cherating adalah sebuah pusat perlindungan penyu yang cukup menarik untuk dilawati bersama keluarga kerana anda bukan sahaja dapat mendekati haiwan yang kian sukar ditemui ini tapi juga dapat belajar pelbagai perkara baru berkaitan spesies yang terancam ini.

Antara aktiviti yang ditawarkan adalah lawatan ke tapak penetasan telur penyu, melepaskan anak-anak penyu, melihat pameran dan menyaksikan tayangan video.

Di samping itu, anda juga boleh mengikuti program memerhatikan penyu yang dilakukan pada waktu malam. Satu pengalaman yang sudah semestinya sukar untuk dilupakan.

Alamat: Pusat Penerangan Dan Santuari Penyu, KM 45 Jalan Kuantan-Kemaman, 26080 Kuantan Pahang

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00 am – 5.30 pm)

Bayaran Masuk: Percuma


60. Natural Batik Village

Natural Batik Village Kuantan
Sumber: Natural Batik Village

Sebagai salah satu negeri di pantai timur, Pahang juga tidak ketinggalan dalam industri pembuatan batiknya. Untuk menjadikan percutian anda di negeri ini lebih sempurna, singgahlah ke Natural Batik Village untuk melihat sendiri bagaimana khazanah warisan ini dihasilkan. Yang menariknya, anda juga berpeluang untuk mencubanya sendiri!

Sebelum pulang, apa kata shopping dulu barangan batik yang dijual di sini? Bermacam jenis produk menarik yang dijual dalam harga berpatutan seperti kain sarong, scarf batik, bandana batik, topi dan banyak lagi.

Alamat: Kampung Cengal Lempung, 26100 Balok, Pahang

Waktu Operasi: 10.00 am – 7.00 pm


61. Taman Gelora

Taman Gelora Kuantan Pahang
Sumber: Taman Gelora

Taman Gelora adalah sebuah taman hijau yang boleh anda lawati untuk merelakskan fikiran di awal pagi. Sepanjang berada di taman ini, anda boleh menikmati pemandangan indah kolam yang dihiasi dengan teratai serta pokok-pokok rimbun yang indah.

Kehadiran pokok yang mekar di sekitar taman ini juga menjadikan suasana kekal redup walau pada waktu tengahari.

Taman Gelora adalah lokasi yang cukup sesuai untuk anda berjogging dan berkelah bersama keluarga di hujung minggu. Ingin mengisi perut yang kelaparan? Gerai makan turut tersedia.

Alamat: Jalan Dato Abdullah, Kampung Tanjung Api, 25050 Kuantan, Pahang


Diharapkan artikel ini dapat membantu anda membuat perancangan perjalanan supaya percutian dapat berjalan dengan lancar dan tidak terlepas lokasi-lokasi wajib singgah yang ditawarkan.

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Pahang

Sebagai negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia, tidak hairanlah kenapa begitu banyak sekali tempat menarik di Pahang ini, sebulan pun tak cukup untuk habis jejaki kesemua tarikannya.

Oleh kerana Pahang bukanlah destinasi yang dapat diteroka dalam masa sehari, anda boleh melayari agoda.com untuk melihat pelbagai tawaran penginapan dalam harga berpatutan yang terdapat di sekitar Pahang. Dah jumpa yang sesuai dengan bajet anda, barulah seronok nak bercuti panjang di Pahangkan? Selamat bercuti!