39 Tempat Menarik Di Pattaya | Bandar Peranginan Tepi Pantai Yang Menawan

Masih tak ada idea nak ke mana cuti nanti semasa berada di Thailand nanti? Lepas baca artikel ni dah tak pening kepala lagi sebab satu-satunya destinasi yang anda tak sabar nak pergi adalah Pattaya!

Kalau anda nak tahu, tarikan-tarikan yang terdapat di Pattaya ni dapat mengujakan jiwa sesiapa sahaja, dari struktur-struktur bangunan dengan seni bina yang unik, tarikan alam semula jadi yang masih terpelihara hinggalah kepada muzium yang terbesar.

Segala yang anda inginkan daripada sebuah destinasi percutian cukup mudah untuk ditemui di Pattaya. Nak tahu secara terperinci tempat menarik di Pattaya? Teruskan membaca.

39. Nong Nooch Tropical Botanical Garden

Salah satu taman yang terindah di dunia, Nong Nooch Tropical Botanical Garden pada asalnya telah dibeli oleh Khun Pisit dan Khun Nongnooch Tansach pada tahun 1954 yang pada ketika itu hanyalah ditumbuhi pokok-pokok mangga, oren dan kelapa.

Namun tak lama selepas tu, lanskap taman ini telah berubah 100% selepas pemiliknya mendapat inspirasi daripada seluruh negara yang pernah dijejaki.

Baca: 29 Destinasi Popular Di Hatyai & Songkhla

Di sini, anda dapat melihat taman dengan hampir 700 spesies orkid dan banyak lagi jenis pokok dan bunga-bungaan yang lain.

Sepanjang masa anda tenggelam dalam keindahan taman ini, anda akan melalui pelbagai jenis taman dengan tema berbeza seperti taman Perancis abad ke-17, taman zaman European Renaissance, dan taman-taman lain yang khas untuk spesies tertentu.

Kalau jalan kaki je memang tak sempat nak lihat semua ni, sebab itulah anda kena ringankan hati untuk menyewa basikal yang disediakan untuk kepuasan yang sebenar.

Di samping ini semua, anda juga dapat melihat pelbagai persembahan secara langsung di Thai Cultural Hall seperti perlawanan pedang, tarian tradisional Thai, tomoi, dan banyak lagi.

Alamat: 34/1 Moo 7 Na Jomtien, Sattahip

Waktu Operasi: 8.00 AM – 6.00 PM

Bayaran Masuk: 500 Baht


38. Jomtien Beach

Jomtien Beach Image
Sumber: Pescov / CC By 4.0

Percutian yang sempurna adalah apabila anda dapat melegakan fikiran daripada segala masalah, salah satu pengubat jiwa yang efektif adalah dengan melawat tarikan alam semula jadi.

Kalau di Pattaya ni, salah satu tarikan semula jadinya adalah Jomtien Beach. Berjarak 4km daripada kawasan bandar, pantai ini terpisah daripada hiruk-pikuk kota.

Di sini anda boleh berlindung di bawah pokok-pokok yang ada sambil menikmati pemandangan dan bayu laut. Tak suka duduk diam? Ada banyak aktiviti air yang anda boleh cuba di pantai ni seperti bermain jetski, kitesurfing, windsurfing, parasail dan lain-lain lagi.

Alamat: Jomtien Beach, Chon Buri, Thailand


37. Sanctuary of Truth

Berdiri pada ketinggian 105 meter mencecah awan, Sanctuary of Truth adalah sebuah struktur unik yang diperbuat daripada kayu.

Dari kejauhan lagi keindahan infrastrukturnya telah terserlah. Jangan tersalah anggap pula, sebenarnya binaan ini bukanlah tokong Buddha sepertimana bangunan lain dengan rekaan yang lebih kurang sama.

Sanctuary of Truth ini sebenarnya telah dibina oleh seorang ahli perniagaan untuk dijadikan lokasi refleksi.

Setiap bahagian bangunan ni, dalam dan luarnya memiliki ukiran yang sangat terperinci. Ruangan-ruangan yang ada pada bangunan ini telah didekorasi dengan tujuan untuk memberikan penghormatan kepada agama-agama dan falsafah purba.

Alamat: 206/2 Moo 5, Soi Naklua 12 , Naklua, Banglamung


36. Sriracha Tiger Zoo

Berkeluasan mencecah 400,000 meter persegi, Sriracha Tiger Zoo adalah sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati bersama keluarga terutama sekali dengan anak-anak kecil. Zoo yang luas ini terbahagi kepada 4 zon berbeza iaitu Tiger Breeding Zone, Talent Show Zone, Crocodile Zone dan Animal Zone.

Daripada kesemua tarikan yang ada, bahagian yang paling mendapat sambutan ramai adalah bilik untuk anak-anak harimau. Dengan caj tambahan anda boleh memberi makan dan bergambar dengan anak-anak harimau yang ada di sini.

Selain itu,  Sriracha Tiger Zoo turut menempatkan Elephant Museum yang mempamerkan banyak koleksi berkaitan gajah seperti arca gajah bersaiz sebenar.  Tarikan lain yang ada di zoo sini adalah pertunjukan harimau, pertunjukan buaya dan juga pertunjukan gajah.

Nak lebih motif untuk datang ke sini? Untuk pengetahuan anda, Sriracha Tiger Zoo adalah zoo yang terbesar di Asia yang menempatkan sehingga 300 ekor harimau. Tak hairanlah kenapa zoo ni dinamakan zoo harimaukan?

Alamat:  341 Moo 3, Nongkham, Sriracha, Chonburi 20110, Thailand

Waktu Operasi: 8.00 am – 6.00 pm


35. Xbungy – Pattaya Bungy Jump

Untuk aktiviti yang memacu adrenalin anda sehingga ke langit biru, anda boleh mencuba Xbungy ataupun aktiviti bungee jumping. Di sini, anda berpeluang untuk merasai tepisan angin selepas melompat daripada platform yang berketinggian 60 meter dari permukaan tasik.

Selain bungee jumping aktiviti lain yang turut ditawarkan adalah paintball, Human Slingshot, ATV dan sebagainya. Untuk aktiviti Human Slingshot, anda akan ditolak seperti slingshot sehingga mampu bergerak dengan kelajuan mencapai 150 km/j dengan pergerakan ke hadapan yang berkepanjangan sehingga 90 meter.

Namun sebelum itu, pastikan anda membuat tempahan awal secara online kerana tarikan ini boleh jadi dipenuhi dengan orang ramai, siapa sanggup nak beratur panjang?

Alamat: 12 Thep Prasit Rd, Muang Pattaya, Bang Lamung District,Chon Buri 20150, Thailand

Waktu Operasi: 10.00 am – 9.00 pm

Bayaran: Bungee Jump 2500 Baht |  The Humn Slingshot 1400 Baht | Pakej 4200 Baht


34. Kann Show Pattaya

Thailand bukan sahaja dihiasi oleh keindahan kawasan pantainya, tapi juga dengan budaya dan sejarahnya yang tersendiri. Di sebalik kemodenan kota Pattaya yang sibuk dengan kedatangan pelancong dari pelbagai pelusuk dunia, terdapat sebuah tarikan yang dapat membawa anda kembali ke era klasik negara ini.

Hasil daripada kerjasama 600 profesional yang kreatif dan mengambil masa dalam 3 tahun, terbentuklah sebuah pertunjukan yang dapat membawa keterujaan kepada sesiapa yang melihat. Di Kaan Show Pattaya, anda dapat melihat antara persembahan sejarah, sastera dan budaya Thailand yang paling hebat, menggabungkan teknologi, aksi live dan paparan skrin. Keasyikan menjadi penonton pertunjukkan ini mustahil dapat dilupakan.

Persembahan di atas pentas yang digabungkan dengan paparan skrin memberikan efek 3D yang membuatkan mata anda terbuka luas. Rasai sendiri pengalaman berada di sini, sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, memang teruja habis!

Alamat: 168 Thep Prasit Rd, Muang Pattaya, Bang Lamung District, Chon Buri 20150, Thailand

Waktu:

  • Operasi: Setiap Hari (2.30 pm – 9.30 pm)
  • Persembahan: Setiap Hari (7.30 pm) | Pintu Mula Dibuka Pada Pukul 6.45 pm

Bayaran: Dari 1500 Baht


33. Sukhawadee House

Sukhawadee House adalah sebuah struktur bangunan berwarna pink dan biru yang dibina di dalam kawasan yang indah dikelilingi oleh taman yang menghijau dengan pelbagai jenis tumbuhan.

Dibina di atas tapak yang berkeluasan 128,000 meter persegi, anda boleh menikmati ketenangan berjalan-jalan di sekitar kawasan ini setelah seharian melawat kawasan yang padat dengan pelancong.

Alamat: 219, Moo 2, Sukhumvit Road, Na klua Sub-district, Bang La Mung District, Chonburi province, 20150


32. The Million Years Stone Park & Pattaya Crocodile Farm

The Million Years Stone Park & Pattaya Crocodile Farm adalah antara tarikan utama yang mesti anda luangkan masa untuk lawati bersama keluarga. Di sini anda sekeluarga dapat menyaksikan pertunjukan buaya yang diadakan beberapa kali dalam sehari.

Dalam pertunjukan ini anda dapat melihat penjinak bermain dengan buaya dalam aksi-aksi yang mendebarkan. Selain pertunjukan, anda juga boleh melihat pelbagai jenis buaya yang ditempatkan di setiap kedudukan masing-masing di sekitar taman buaya. Dengan caj tambahan, anda turut dapat bergambar dengan haiwan pemangsa ini atau memberi mereka makan daging mentah yang disediakan.

Walaupun diberi nama sebagai taman buaya atau Crocodile Farm, di sini turut terdapat haiwan lain seperti harimau, zirafah dan gajah. Anggaran masa yang diperlukan untuk habis pusing satu kawasan taman ini adalah dalam sekitar 4 jam, ya memang luas!

Sambil-sambil melihat haiwan yang ada, di sepanjang laluan turut terdapat banyak tanaman tumbuhan yang indah di mana bunga-bungaan yang berwarna-warni berkembang mekar di samping pokok-pokok yang rendang. Selain itu, seperti namanya “Stone Park,” anda turut dapat melihat pelbagai bentuk batuan bersaiz gergasi dengan bentuk-bentuk yang unik.

Alamat: 22 Nong Pla Lai, Bang Lamung District, Chon Buri 20150, Thailand

Waktu Operasi: 8.30 am – 6.30 pm

Bayaran: 300 Baht


31. Pattaya Dolphin World

Jom kita jumpa dengan haiwan akuatik yang dikatakan bijak, ikan lumba-kumba di Pattaya Dolphin World. Semasa berada di sini, anda sekeluarga dapat menyasikan pertunjukan ikan lumba-lumba yang mengambil masa dalam sekitar 40 minit.

Selain melihat persembahan ikan lumba-lumba yang cukup menghiburkan, anda turut boleh melakukan banyak aktiviti lain lagi yang ada seperti memberi kambing makan, aktiviti menembak, melawat zon koboi, memandu ATV, menunggang kuda, rock climbing dan sebagainya. Masa yang diambil untuk tiba ke sini dari bandar adalah dalam sekitar 30 minit.

Alamat: 44/8 ม.9 Muang Pattaya, Bang Lamung District, Chon Buri 20150, Thailand

Waktu Operasi:  Setiap Hari (8.30 am – 5.30 pm)

Bayaran: Dewasa 500 Baht | Kanak-Kanak 250 Baht


30. Wat Yansangwararam

Wat Yansangwararam ataupun Wat Yan telah dibina untuk didekasikan kepada King Bhumibol Adulyadej pada tahun 1988 sebagai meraikan tahun ke-42 pemerintahannya.

Lawatan ke sini dapat membuka mata anda tentang seni bina Thailand yang unik dan mengagumkan. Sewaktu berada di sini, anda boleh menuju ke bahagian sebelah kanan tokong untuk menikmati pemandangan yang disajikan.

Di bahagian yang sama juga anda dapat menyaksikan pemandangan taman tasik yang indah lengkap dengan pavilion China yang menempatkan pelbagai barangan antik dan artifak.

Alamat: 999 หมู่ 11 Muang Pattaya, Amphoe Bang Lamung, Chang Wat Chon Buri 20260, Thailand


29. Koh Larn (Coral Island)

Koh Larn Coral- sland Pattaya
Sumber: Dan Zabroda

Koh Larn atau nama lainnya Coral Island terletak hanyalah 30 minit dari Pattaya dengan menggunakan bot laju, perjalanan dengan feri pula memakan masa selama 45 minit.

Di pulau yang kecil dengan kepanjangan hanyalah 4 km dan kelebaran 2 km ini terdapat 6 buah pantai untuk anda jadikan tempat bersantai. Antara kawasan pantai tersebut adalah Tawaen Beach (paling popular), Samae Beach, Naon Beach dan lain-lain lagi.

Antara aktiviti yang anda boleh rancang untuk lakukan adalah seperti parasailing, snorkelling dan banyak lagi aktiviti menyeronokkan yang lain.

Info: Feri Bertolak Daripada Bali Hai Pier (Pattaya) Ke Na Ban Beach (Ko Lan) Dari Pukul 7.00 AM – 6.00 PM Setiap Hari


28. Art in Paradise Pattaya

Cuaca terlalu panas atau hujan semasa di Pattaya? Alamak! Nak buat apa ni? Salah satu tarikan indoor yang patut pertama sekali terlintas di fikiran anda adalah Art in Paradise.

Pameran di dalam Art in Paradise ini terbahagi kepada 10 bahagian tema yang berbeza seperti haiwan liar, alam semula jadi, haiwan purba, zaman purba, ilusi optikal dan banyak lagi! Secara keseluruhannya terdapat lebih daripada 100 hasil lukisan 3D di sini. Banyak betulkan?

Baca: Senarai Tempat Menarik Di Phuket

Tak kisahlah anda jenis yang suka bergambar atau tak, sampai je di tempat ni, tangan tak akan terhenti-henti nak berfoto sana-sini. Bayangkanlah, hanya dengan lukisan, anda yang berada dekat dengan lukisan tu terasa seperti berada di dalam dunia mereka.

Hasil seni 3D yang memang menakjubkan! Apatah lagi bila dilihat di dalam foto, interaksi anda dengan lukisan ni kelihatan jauh lebih realistik!

Alamat: 78/34 Pattaya Sai 2 Road, Muang Pattaya, Nongprue, Bang Lamung, Chonburi Chang Wat Chon Buri 20150

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 AM – 9.00 PM)

Bayaran Masuk: 400 Baht


27. Underwater World Pattaya

Underwater World Pattaya adalah sebuah lagi tarikan indoor yang sangat menarik di kota Pattaya. Kalau sebelum ni anda hanya bersantai di tepi pantai atau berenang-renang di permukaan air tanpa tahu apa sebenarnya ada di dalam dunia bawah airnya, anda wajib melangkahkan kaki ke Underwater World Pattaya.

Tak kira usia, tua atau muda, sesiapa pun akan teruja melihat pamerannya kerana di sinilah satu-satunya lokasi untuk anda mendekati hidupan marin Thailand.

Untuk pengetahuan anda, akuarium ini terbahagi kepada beberapa seksyen berbeza seperti touch pool di mana anak-anak boleh menyentuh hidupan marin Thailand yang terdapat di kawasan air cetek. Seksyen yang lain adalah Coral Reef Zone yang mempamerkan pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni.

Tak cukup lagi? Anda boleh menuju ke Open Ocean Zone untuk melihat pelbagai jenis haiwan bersaiz gergasi seperti ikan jerung. Zon-zon lain yang ada di sini adalah seperti Jellyfish dan Giant of Siam Zone.

Selain ini semua, Underwater World Pattaya turut menawarkan banyak aktiviti lain lagi seperti menyelam skuba dan camping untuk kanak-kanak.

Alamat: 22/22 Moo 11,Sukhumvit Rd.,Nongprue, Banglamung

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 AM – 6.00 PM)

Bayaran Masuk: Dewasa 500 Baht | Kanak-Kanak 300 Baht


26. Ramayana Water Park

Dikatakan sebagai taman tema air yang terbesar dan paling best di Thailand, apa yang anda buat sebenarnya masa di Pattaya kalau tak melawat tarikan gempak ni? Di Ramayana Water Park anda sekeluarga dapat berseronok dengan lebih daripada 20 tarikan air.

Gelongsor-gelongsor yang mendebarkan jantung, kolam renang berombak, kolam kanak-kanak yang lengkap dengan pancuran air dan banyak lagi!

Bukan itu sahaja, anda juga boleh berseronok dengan banyak lagi aktiviti lain seperti Zumba, volleyball dan water polo.

Alamat: 9 Moo 7 Ban Yen Rd., Na Chom Thian Sattahip District

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 AM – 6.00 PM)

Bayaran Masuk: Dewasa & Kanak-Kanak Bawah 122 CM 1,489 Baht | Kanak-Kanak 1,089 Baht | Warga Emas 1,489 Baht | Locker 120 Baht


25. Four Regions Floating Market

Pattaya Floating Market
Sumber: Piyali Dutta

Four Regions Floating Market adalah satu-satunya pasar terapung yang terdapat di Pattaya. Dinamakan sebagai Four Regions Floating Market kerana pasar ini terbahagi kepada 4 bahagian berdasarkan rantau di Thailand.

Setiap bahagian di pasar ini menawarkan barangan yang sinonim dengan kawasan tersebut. Bahagian-bahagian tersebut adalah bahagian utara, selatan, tengah dan timur laut.

Untuk sebuah pengalaman yang lebih menarik, anda boleh mendapatkan perkhidmatan bot supaya dapat melihat suasana sekitar pasar terapung dengan lebih dekat dan untuk bergerak dengan lebih mudah.

Alamat: 451/304 Moo 12, Sukhumvit Road Pattaya

Waktu Operasi: 10.00 AM – 11.00 PM


24. Naklua Fish Market

Naklua Fish Market Pattaya
Sumber: David Herd‎

Teringin nak berbbq atau masak sendiri masa bercuti di Pattaya? Anda boleh singgah ke Naklua Fish Market yang terletak hanyalah dalam sekitar 10 minit perjalanan teksi ke arah utara dari Pattaya.

Harga yang ditawarkan juga cukup murah. Di samping hasil laut yang segar, terdapat juga banyak jualan buah-buahan.

Alamat: Pattaya-Naklua, Muang Pattaya, Amphoe Bang Lamung, Chang Wat Chon Buri 20150, Thailand


23. Mini Siam

Nak trick kawan-kawan Insta anda yang konon-kononnya anda pernah jejakkan kaki di seluruh dunia? Kalau macam tu, jom ke Mini Siam dan Mini Europe yang terletak di Sukhumvit Road ni.

Baca: Panduan Destinasi Paling Popular Di Krabi

Di dalam taman yang berkeluasan 46,000 meter persegi ini, anda dapat melihat bermacam struktur bersaiz kecil mercu tanda yang penting di sekitar Thailand dan Eropah. Antara yang boleh anda temui adalah monumen Demokrasi Ayutthaya Thailand, Statue of Liberty, Mount Rushmore, Angkor Wat, Eiffel Tower dan banyak lagi!

Selain dapat membawa anda ‘travel’ di sekitar Eropah dan Thailand, terdapat juga replika daripada negara-negara lain seperti Romania, Greece dan Mesir.

Alamat: 387 Moo 6 Sukhumvit Road, Pattaya City Naklua, Banglamung

Waktu Operasi: 7.00 AM – 9.00 PM

Bayaran Masuk: Dewasa 300 Baht | Kanak-Kanak 150 Baht


22. Frost Magical Ice of Siam

Dah lama teringin nak merasa musim salji? Tarikan yang telah dibuka pada bulan Oktober 2016 ini, Frost Magical Ice of Siam adalah lokasi di mana anda boleh merasai cuaca musim sejuk yang hanya wujud di negara-negara bermusim.

Di sini, anda dapat menikmati cuaca berkesejukan serendah -10 darjah celcius sambil berjalan-jalan melihat ukiran-ukiran ais yang telah dihasilkan berdasarkan daripada budaya dan tarikan-tarikan yang terdapat di Thailand.

Selain  mencuci mata dan feeling seperti di luar negara, anda sekeluarga juga dapat berseronok bermain dengan gelongsor salji. Jangan lupa pakai baju tebal kalau tak nak menggigil ya?

Alamat: 75/6 Moo 3, Nong pla lai, Banglamung, Chonburi, Thailand 20150

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 AM – 11.00 PM)

Bayaran Masuk: 250 Baht | 195 Baht


21. Cartoon Network Amazone

Bukan Disney je ada Disneyland, Cartoon Network pun ada taman temanya sendiri yang diberi nama Cartoon Network Amazone.

Kalau anda nak tahu, ini merupakan satu-satunya taman tema Cartoon Network di dunia! Sudah sampai ke Pattaya kalau tak jadikan ini sebagai salah satu destinasi untuk dilawati memang rugi!

Di sini, anda dapat berseronok bermandi-manda bersama keluarga dengan pelbagai tarikan yang ada sepeti splash pool, gelongsor-gelongsor air, Goop Loop yang mendebarkan dan lain-lain lagi.

Sambil-sambil berseronok, anda dan anak-anak juga dapat bertemu dengan pelbagai karakter kartun Cartoon Network seperti Powerpuff Girls, watak Adventure Time, Dexter’s Laboratory dan banyak lagi!

Alamat: 888 Moo 8  Najomtien, Chonburi, Thailand 20250

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 AM – 6.00 PM)

Bayaran Masuk (Day Pass): Dewasa (13 – 64 Tahun) 1,290 Baht | Kanak-Kanak (3 – 12 Tahun) 990 Baht | Warga Emas (65 Tahun & Keatas) 990 Baht


20. Pattaya Sheep Farm

Dibuka pada tahun 2013, Pattaya Sheep Farm adalah satu-satunya lokasi di Thailand yang dapat memberikan peluang kepada anda dan anak-anak untuk mendekati kambing biri-biri yang comel.

Di dalam ladang ini, anda dapat berinteraksi secara bebas dengan kambing yang ada, sambil mengusap, anda boleh juga membeli botol berisi susu yang telah disediakan untuk diberikan kepada haiwan-haiwan di sini.

Di samping itu, terdapat juga tempat bermain trampoline dan pony ride untuk anak-anak berseronok. Satu pengalaman yang pasti sukar dilupakan!

Alamat: Nong Pla Lai, Pattaya City, Amphoe Bang Lamung, Chang Wat Chon Buri 20150, Thailand

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00 AM – 7.00 PM) | Sabtu & Ahad (9.00 AM – 7.00 PM)

Bayaran Masuk: Dari 267 Baht


19. Harbor Land Pattaya

Masih tak puas lagi berseronok? Apa kata kalau anda teruskan lagi aktiviti best dengan melawat Harbor Land Pattaya.

Terletak di dalam pusat membeli-belah Harbor adalah taman permainan indoor yang padat dengan pelbagai permainan yang rasa macam sehari pun tak cukup nak habis main semua! Macam-macam boleh anda sekeluarga enjoy di taman indoor ini.

Dari memanjat dinding seperti Spiderman hinggalah kepada gelongsor-gelongsor bersaiz gergasi, tak ada apa yang dapat menghentikan anda daripada menikmati setiap saat yang diluangkan di sini.

Permainan lain yang turut disediakan adalah seperti tricycle, mini-bike, jungle gym yang lengkap dengan tali-tali untuk bergayut, permainan arcade dan banyak lagi!

Alamat: Na Kluea, Bang Lamung District, Chon Buri, Thailand

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 AM – 9.30 PM)

Bayaran Masuk: Dari 100 Baht


18. Horseshoe Point

Terletak di kawasan resort Horseshoe Point Resort, Horseshoe Point adalah salah satu tarikan yang ditawarkan di dalam kawasan taman tema milik resort ini.

Di Horseshoe Point, anak-anak dapat belajar bagaimana untuk menaiki kuda, akan dibawa berjalan dengan kuda dan juga menyaksikan pertunjukan tunggangan kuda. Dah lama teringin nak cuba aktiviti ni? Jangan lepaskan peluang untuk ke sini di Pattaya nanti.

Bukan itu sahaja, di resort ini juga terdapat taman aktivitinya yang padat dengan banyak lagi aktiviti lain seperti ATV, paintball, belon air, ping pong dan lain-lain lagi!

Alamat: 100 Moo 9, Tambon Pong | Amphur Banglamung Chonburi, Pattaya 20150, Thailand


17. Ripley’s Believe It or Not Museum Pattaya

Ingat lagi rancangan terkenal Ripley’s Believe It or Not dulu? Kalau anda suka menonton rancangan ni, anda pasti akan enjoy sepanjang masa selama berada di dalam Ripley’s Believe It or Not Museum.

Di dalam muzium ini anda dapat melihat lebih daripada 300 benda yang pelik dan mengejutkan yang diasingkan dalam 10 ruang pameran berbeza. Ini termasuklah peralatan yang digunakan untuk menyeksa, spesimen yang meremangkan bulu roma dan banyak lagi!

Selain ini semua, terdapat juga tarikan lain yang boleh anda cuba seperti Infinity Maze, Haunted Adventure, 12D Moving Theatre dan Louis Tussaud’s Waxworks. Ini memang betul-betul ‘macam-macam ada’! Dari benda yang pelik, tak masuk akal hinggalah yang menggerunkan.

Alamat: 218 Royal Garden Plaza (2nd Floor), 20-21 Moo 10 Beach Road, Nongprue, Banglamung, Chonburi 20260

Waktu Operasi: 10.00 AM – 9.00 PM

Bayaran Masuk: Dari 250 Baht (Berbeza Mengikut Tarikan)


16. Pattaya Kart Speedway

Pattaya Kart Speedway
Sumber: Pattaya Kart

Nak buat aktiviti yang gerenti best semasa di Pattaya? Jom ke Pattaya Kart Speedway! Di sini, anda sekeluarga dapat bermain kart sambil berangan kononnya tengah berada dalam perlumbaan F1 di dalam litar yag disediakan.

Untuk anda yang ingin menaiki kart yang sama dengan anak, anda boleh juga mendapatkan kart dua tempat duduk yang turut ditawarkan.

Dah puas berangan F1, anda juga boleh mencuba banyak lagi aktiviti lain yang ditawarkan di Pattaya Kart Speedway ini seperti ATV, bungee jumping dan paintball! Memang seronoklah!

Alamat: 248/2 Moo.12 Pattaya, Thep Prasit Rd., Nongprue, Banglamung, Chonburi Thailand, 20260

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 AM – 6.00 PM)

Bayaran Masuk: Baby Kart 150 Baht | Standard Kart 300 Baht | Two-Seat Kart 350 Baht | Special Kart: 400 Baht | STD Engine Kart: 400 Baht | Racing Kart: 600 Baht


15. Koh Samet

Selain tempat-tempat menarik di Pattaya yang penuh keseronokan, kalau anda merindukan suasana mendamaikan jiwa, anda boleh menjadikan Koh Samet sebagai spot untuk dijejaki yang seterusnya. Pulau ini agak mudah untuk diakses sama ada dari Pattaya atau Bangkok.

Baca: 37 Destinasi Menarik Di Bangkok

Menawarkan 10 buah kawasan pantai yang indah dengan kawasan berbukit-bukau, cukup banyak ruang untuk anda terokai sebaik tiba di pulau ini. Ingin lebih nikmat? Anda boleh menyelam skuba atau bersnorkelling untuk menyaksikan keindahan panorama dalam airnya.

Alamat: Ko Samet, Phe, Mueang Rayong District, Rayong, Thailand


14. Teddy Bear Museum Pattaya

Apa yang lebih menyeronokkan? Dapat hadiah Teddy Bear atau dapat melawat muzium Teddy Bear yang terbesar?

Teddy Bear Museum yang terletak di Pattaya ini adalah salah satu muzium yang terbesar di Thailand! Terbahagi kepada 12 zon, anda dapat melihat pameran dalam bermacam tema berbeza seperti Inca Zone, Under the Sea Zone, Thailand Zone, Dinosaur Zone, Fossil Zone, Africa Zone dan banyak lagi!

Sekiranya anda sekeluarga datang pada hari Sabtu dan Ahad pula, dapatlah anda menyaksikan pertunjukan yang menarik oleh Captain Teddy Bear & Friends yang diadakan sebanyak 3 kali sehari. Sebelum pulang, jangan lupa singgah ke Teddy Bear Gift Soft untuk bawa balik teddy bear yang anda jumpa dalam muzium ni!

Alamat: 436/49 Moo 9 Soi 1, Beach Road, Nong Prue, Banglamung, Chonburi 20150

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Cuti Umum (9.00 AM – 10.00 PM)

Bayaran Masuk: 500 Baht


13. Tuxedo Illusion Hall

Setelah seharian kepenatan melakukan aktiviti yang memerlukan tenaga fizikal, tibalah masa untuk anda isi masa yang ada dengan aktiviti yang lebih santai. Salah satunya adalah dengan mononton pertunjukan magik di Tuxedo Illusion Hall.

Anak-anak pasti teruja melihat bagaimana silap mata-silap mata ini dilakukan. Digabungkan lagi dengan efek cahaya dan bunyi, orang dewasa pun akan terpesona dengan pertunjukan magik ni.

Alamat: 149 soi 2, Thanon Pattaya Sai 2, Pattaya, Bang Lamung District, Chon Buri 20150, Thailand

Waktu Operasi: 1.00 PM – 9.00 PM

Bayaran Masuk: 500 Baht


12. Khao Kheow Open Zoo Pattaya

Satu lagi tarikan yang tak boleh kalau tak pergi sekiranya anda bercuti bersama keluarga di Pattaya ni adalah Khao Kheow Open Zoo Pattaya. Zoo dengan konsep inovatif ini menempatkan sekitar 8,000 ekor haiwan yang terdiri daripada 300 spesies berbeza.

Mesti anda tertanya-tanya, apa yang inovatif sangat pasal zoo ni? Kalau selama ni untuk mengelilingi sekitar zoo anda perlu berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat, di Khao Kheow Open Zoo Pattaya anda boleh menjejaki seluruh kawasan yang seluas 400 ekar ini dengan memandu kereta sendiri.

Terdapat banyak perhentian sepanjang perjalanan untuk anda mendekati dan memberi makan haiwan yang ada. Tak bawa kereta sendiri? Tak apa, sebab anda boleh menyewa golf buggie yang mereka sediakan dalam bayaran sekitar 350 baht.

Alamat: 235 Moo 7 | Bang Phra subdistrict, Si Racha 20110, Thailand

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 AM – 6.00 PM)

Bayaran Masuk: Dewasa 250 Baht | Kanak-Kanak 100 Baht


11. Flight of the Gibbon in Chonburi

Flight of the Gibbon in Chonburi
Sumber: Asia Thailand

Bagi anda yang berjiwa lasak, Flight of the Gibbon in Chonburi adalah aktiviti yang gerenti akan memuaskan hati anda!

Mana tidak syoknya, bayangkanlah anda dapat ‘terbang’ di atas hutan Thailand, bergayut dari pokok ke pokok ibarat tarzan atau ‘Gibbon’ (ungka) sepertimana nama yang diberikan untuk aktiviti ni. Aktiviti lasak ini dianggap sebagai salah satu eko-kembara yang terbaik di Asia Tenggara.

Apa yang berlaku semasa anda sampai ke sini adalah anda akan dapat menerokai kawasan hutan sepanjang 3 km dalam masa 3 jam dengan melalui 24 platform untuk menggunakan zipline-zipline yang disediakan.

Zipline yang terpanjang di sini memiliki kepanjangan sebanyak 300 meter! Sambil memacu adrenalin, anda juga dapat belajar banyak tentang flora dan fauna hutan ini daripada tour guide.

Alamat: Flight of the Gibbon ChoBang Phra, Si Racha District, Chon Buri 20110, Thailand

Bayaran Masuk: 3999 Baht


10. Pattaya Elephant Jungle Sanctuary

Kalau dah berada di bumi Thailand ni, memang tak sah kalau tak dengar tentang tempat perlindungan gajahnya.

Tapi apa-apa pun sebelum anda memilih untuk ke mana-mana tarikan yang menempatkan gajah ini, pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu tentang layanan yang diberikan terhadap haiwan eksotik ini sama ada penuh dengan etika atau tidak.

Untuk memudahkan anda membuat pilihan, salah satu lokasi yang terbaik di Pattaya ni adalah di Pattaya Elephant Jungle Sanctuary. Jangan lupa untuk bawa kamera!

Alamat: 3 347 Pattaya 3rd Rd, Muang Pattaya, Amphoe Bang Lamung, Chang Wat Chon Buri 20150, Thailand


9. Ban Amphur Beach

Ban Amphur Beach Pattaya
Sumber: Geoff Sloman

Setelah seharian menghabiskan masa di kawasan kota Pattaya, memasuki kawasan pantai Ban Amphur ini terasa seperti berada di dalam dunia yang berbeza.

Apa yang membuatkan pantai ini berbeza adalah kerana Ban Amphur Beach terletak di dalam perkampungan nelayan yang sunyi daripada kesibukan orang ramai. Rindukan ketenangan? Inilah destinasi untuk dituju. Lokasinya, hanyalah 14 km dari pusat bandar Pattaya.

Alamat: Ban Amphur Beach (Sattahip)


8. Central Festival

Anda kaki shopping? Kalau dah suka bershopping tu, memang tak sah kalau tak beli-belah di mana je anda travel kan? Untuk kepuasan membeli-belah yang luar biasa semasa berada di Pattaya, datanglah ke Central Festival.

Bershoppinglah sepuasnya kerana pusat membeli-belah ini adalah yang terbesar dan yang terpenting di Pattaya.

Apa je yang tak ada? Bermacam jenama terkenal terkumpul di sini, dari Armani hinggalah Calvin Klein.

Beratus-ratus kedai menanti untuk anda singgahi. Selain bershopping, anda juga boleh meluangkan masa di panggung wayang dan bermain bowling. Sambil-sambil tu, bolehlah sejukkan badan selepas berjam-jam berpeluh di bawah pancaran matahari.

Alamat: 333/99 Moo 9, Pattaya Beach Road, South Pattaya

Waktu Operasi: 11.00 AM – 11.00 PM


7. Khao Yai National Park

Khao Yai National Park adalah taman negara yang terbesar di negara Thailand yang telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Hutan ini merupakan salah satu hutan monsun atau hutan tropika terbesar yang masih wujud.

Sebagai salah satu hutan tropika yang terbesar, sudah semestinya ia kaya dengan bermacam jenis flora dan fauna, dan ini termasuklah pelbagai spesies burung yang terbang bebas serta syurga air terjun-air terjun yang indah.

Salah satu tarikan terkenal di hutan ini adalah air terjun Haew Narok yang dilawati ramai orang sepanjang tahun. Anda juga boleh melihat gajah bergerak bebas di kawasan jalan, dapat meneroka puncak bukit yang menyajikan pemandangan mempesonakan dan melihat gua-gua yang ada.

Kedengaran seperti percutian yang anda impikan?

Alamat: Khao Yai National Park, Hin Tung, Mueang Nakhon Nayok District, Nakhon Nayok 26000, Thailand


6. Koh Si Chang

Koh Si Chang
Sumber: JingJun / CC By 1.0

Jiwa adventurous anda masih tak puas lagi? Kalau macam tu, apa kata kalau anda menuju ke Koh Si Chang di mana anda dapat menyelami keindahan pulau ini sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti berkayak, meneroka teluk-teluk kecil yang terbentuk di sini atau menyewa basikal yang disediakan untuk melihat pagoda-pagoda dan tokong yang menghiasi segenap lanskap pulau.

Info: Anda boleh mendapatkan bas untuk menuju ke jeti Sriracha. Dari jeti ini, anda boleh mendapatkan feri untuk ke Koh Si Chang.

Alamat: Koh Si Chang, Chonburi


5. Koh Talu

Koh Talu adalah sebuah tarikan alam semula jadi pulau dengan pohon-pohon hutan hujan tropika menguasai hampir keseluruhan kawasannya. Anda pasti terpukau melihat betapa indahnya pulau yang tidak ubah seperti gambar pada poskad ini.

Sewaktu berada di sini, anda boleh bersantai di kawasan pantai untuk menikmati angin yang bertiupan dan bersnorkeling melihat keindahan panorama dalam air yang mengujakan. Pelbagai jenis batu karang dan hidupan marin menanti untuk diterokai.

Info: Koh Talu adalah antara pulau yang paling jauh berbanding pulau-pulau lain di sekitar Pattaya. Dari Pattaya anda perlu menuju ke Hua Hin dengan perjalanan selama sekitar 5 jam, dan seterusnya menaiki bot dan van daripada Hua Hin dalam perjalanan selama 2.5 jam.

Alamat: Ko Thalu, Sai Thong, Bang Saphan Noi District, Prachuap Khiri Khan, Thailand


4. Koh Khram

Koh Khram Pattaya
Sumber: ithaka.travel

Menawarkan kawasan-kawasan pantai berpasir putih dan teluk-teluk kecil, Koh Khram adalah sebuah keindahan yang tidak pernah dinodai oleh sebarang bentuk pembangunan. Ini menjadikan ia sebagai sebuah pulau yang wajib dilawati sekiranya anda mendambakan keindahan alam semula jadi yang ‘ori’.

Baca: Destinasi Pelancongan Popular Di Chiang Mai

Diletakkan di bawah kawalan Thai Royal Marine, pulau ini tidak dibenarkan untuk dijadikan tempat penempatan. Namun, tidak salah untuk anda datang ke sini pada siang hari untuk menikmati keindahannya.

Air di kawasan sekitar pulau ini juga cukup jernih untuk anda bersnorkeling dan melihat keindahan hidupan marinnya.

Alamat: Koh Khram


3. Koh Kood

Tarikan pulau yang seterusnya, Koh Kood adalah sebuah lagi pulau yang terjaga. Di sinilah anda dapat menikmati kedamaian yang sebenar dalam penuh privasi. Anda juga boleh menyewa skuter untuk makan angin sepanjang pantai, melalui kawasan hutan dan melihat perkampungan yang penuh dengan kedamaian.

Info: Feri boleh didapati daripada jeti Trat. Untuk menuju ke Trat, anda boleh mendapatkan bas daripada Pattaya.

Alamat: Koh Kood, Trat, Thailand


2. Koh Chang

Sebelum pulang ke rumah, sempurnakanlah percutian anda dengan menjejakkan kaki di pulau indah Koh Chang yang dikelilingi oleh air yang kejernihannya dapat memancarkan keindahan dalam air dengan jelas.

Selain kawasan pantai yang bersih dan air yang jernih, tempat menarik di Pattaya ini turut dilitupi oleh hutan yang menempatkan keindahan tersembunyi beberapa air terjun dengan kolam paling jernih pernah anda lihat.

Tak rasa macam nak balik awal sebaik menjejakkan kaki di pulau ni? Anda boleh juga menginap di mana-mana tempat penginapan yang disediakan, daripada hotel yang mewah hinggalah kepada penginapan bajet.

Info: Masa yang diambil untuk menuju ke jeti Trat dari Pattaya adalah dalam sekitar 4 jam. Dari Trat anda boleh mendapatkan feri untuk ke Koh Chang.

Alamat: Koh Chang, Trat, Thailand


1. Pattaya Beach

Pattaya Beach Image

Selain Ban Amphur Beach, anda juga boleh ke Pattaya Beach yang mempunyai kawasan pantai berkepanjangan 3 km. Untuk menikmati pemandangan pantai dan bunyi ombak di sini, anda boleh menyewa mana-mana kerusi dan payung yang disediakan untuk kegunaan seharian.

Sambil bersantai, anda boleh menghirup air kelapa dan makan buah-buahan yang dijual di tepi pantai ini.

Alamat: Pattaya City, Bang Lamung District, Chon Buri 20150, Thailand


Macam mana? Rasa lapar nasi goreng Pattaya tak lepas baca artikel tempat menarik di Pattaya ini? Ke dah tak sabar nak travel ke Pattaya? Kalau macam tu, jangan buang masa lagi! Ada banyak lagi tarikan lain yang menanti untuk anda terokai sendiri semasa berada di Pattaya.

Sebelum ke sini, jangan lupa untuk layari booking.com terlebih dahulu untuk melihat senarai pelbagai penginapan menarik yang ditawarkan di sini dalam harga yang berpatutan.

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Pattaya

Dah tahu ke mana nak pergi, tunggu apa lagi? Puaskan jiwa kembara anda sekeluarga dengan bercuti ke Pattaya sekarang! Selamat bercuti!

4.6/5 - (16 votes)