81 Tempat Menarik Di Penang (2023) | Destinasi Terbaik Di Pulau Pinang

Jika anda mencari destinasi percutian yang mempunyai pantai pasir putih berserta laut yang nyaman tetapi tidak mahu meninggalkan segala kemudahan bandar yang moden, anda tidak akan kecewa memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian seterusnya.

Sebelum anda datang ke Pulau indah ini, kami telah menyenarai 81 tempat menarik di Penang untuk memudahkan anda merancang percutian anda ke sana nanti.

81. Kids CEO Playland Penang

Kalau anda mahu berikan percutian hebat dan menyeronokkan kepada si kecil anda, jangan lepaskan peluang untuk ke Kids CEO Playland di Bukit Mertajam. Taman permainan indoor setinggi 4 tingkat ini menempatkan pelbagai aktiviti dan mainan.

Menggunakan konsep learn through play, Kids CEO Playland menerapkan imaginasi dan pemikiran kanak-kanak dalam pembentukan taman ini.

Pada aras paling bawah, terdapat ball pool yang besar, trampolin, mini basikal dan sensory video games. Tingkat 1 menempatkan taman gelongsor, gelongsor berpusing, jungle gym, rock climbing dan taman permainan crochet berwarna-warni. Tingkat 2 merupakan tempat anak-anak beriadah dan berimagunasi dengan pit bola berwarna pastel, tempat bermain kostum, bahagian Lego, bahagian Pasir dan sebuah kafe. Aras atas sekali ialah tempat event di mana anda boleh meraikan pelbagai majlis untuk si kecil.

Waktu Operasi: Selasa-Sabtu (12pm-9.30pm) | Ahad (10am-9.30pm)

Alamat: No 3, Jalan Perda Jaya, Kawasan Perniagaan Perda Jaya, 14000 Bukit Mertajam, Penang, Malaysia


80. Street Art @ Balik Pulau

Bukan di Georgetown sahaja yang padat dengan Street Art, mural yang dihasilkan dengan penuh ketelitian ini juga boleh didapati sekiranya anda mengunjungi Balik Pulau.

Daerah yang terletak di bahagian barat daya Pulau Pinang ini memiliki beberapa buah mural yang diinspirasikan daripada kisah penduduk setempat. Antara mural yang terkenal di sini adalah mural tukang perak yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevich. Kalau anda nak tahu, beliau juga menghasilkan karya seni di sekitar Georgetown.

Mural lain yang dapat dilihat adalah seperti mural silat, nelayan dan penoreh getah yang dihasilkan oleh pelukis wanita dari Russia, Julia Volchkova. Sebenarnya ada banyak lagi mural lain yang boleh anda temui kalau dilihat dengan teliti, walaupun di celah-celah ruangan yang tidak disangka-sangka. Tunggu apa lagi? Teroka jangan tak teroka.

GPS Beberapa Buah Lokasi Mural:

  • Mural Tukang Perak: 35268, 100.23627
  • Mural Silat: 34942, 100.23378
  • Mural Nelayan: 35159, 100.2355

Alamat: Balik Pulau, Pulau Pinang


Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Pulau Pinang


79. Design Village Penang

Hangpa suka shopping? Mai singgah ke Design Village Penang. Di sinilah tempatnya untuk anda bershopping sakan berjam-jam lamanya memandangkan terlalu banyak pilihan jenama yang ada, dahlah banyak pilihan, murah-murah lagi tu kalau nak dibezakan dengan shopping mall lain disebabkan statusnya sebagai “outlet mall” sepertimana JPO di Johor dan Genting Premium Outlets di Genting.

Berapa banyak diskaun yang boleh enjoy kat sini? Jangan terkejut, ada yang sampai mencecah 80% daripada harga asal!
Berkeluasan  400,000 kaki persegi, mall yang berkonsep terbuka dan moden ini menempatkan dalam sekitar 150 buah kedai, cukup banyak sehinggakan ianya dikatakan sebagai salah satu mall yang terbesar di Penang. Sebagai mall berkonsep outdoor, sambil-sambil bershopping tu anda boleh menikmati pemandangan pokok-pokok hijau di sekitar taman tropika.
Dah puas bershopping di sini, anda boleh terus mendapatkan khidmat shuttle percuma yang disediakan untuk ke IKEA. Apa yang boleh ‘dipelajari’ daripada kisah ini adalah, anda kena bersedia untuk meluangkan sehari suntuk hanya untuk bershopping di Penang.

Alamat: 733, Jalan Cassia Barat 2, Bandar Cassia, 14110, Penang


Baca: 46 Tempat Makan Menarik Di Penang | Sedap & Best


78. Upside Down Museum

Selain dapat merasai kelainan bershopping dalam konsep terbuka seperti yang ditawarkan Design Village Penang, anda juga boleh merasai ‘kelainan dunia’ sekiranya ke Upside Down Museum.

Mana tak lainnya, semua objek yang ada di dalam muzium ini seolah-olah terapung di udara, segalanya melawan graviti. Pekerja-pekerja di muzium ini juga sangat mesra pelanggan dan bersemangat untuk mengajar anda cara berposing untuk mendapatkan hasil yang menarik.

Sepanjang berada di muzium ini, anda sekeluarga akan bergelak sakan melihatkan gelagat masing-masing semasa cuba untuk bergaya bersesuaian dengan props yang ada. Hasil gambar ini nanti dapat menampakkan anda seolah-olah terbang atau memiliki kuasa luar biasa.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.45 am – 6.30 pm) | Sabtu, Ahad (8.45 am – 7.30 pm)

Harga Tiket: Dewasa RM19 | Kanak-Kanak RM10

Alamat: 45, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang


77. Guar Petai

Guar Petai atau juga turut dikenali dengan banyak lagi nama lain seperti Frog Hill dan Guar Perahu adalah sebuah tarikan yang agak tersembunyi daripada pandangan pelancong yang terletak di bahagian utara Seberang Perai.

Berkeluasan 60 hektar, pada asalnya, kawasan ini merupakan ladang getah milik persendirian sebelum menjadi tapak kuari pada tahun 1970-an. Kewujudan Guar Petai ini mula disedari selepas sekumpulan peserta aktiviti lasak berbasikal mendaki sehingga ke puncak bukit dan terlihat panorama tasik yang berwarna biru kehijauan.

Merancang untuk ke sini? Pastikan anda memakai kasut yang sesuai kerana anda perlu mendaki dalam sekitar 5 minit sebelum sampai ke puncak. Jangan lupa juga untuk pakai sunblock dan membawa minuman yang secukupnya, lebih-lebih lagi sekiranya cuaca agak panas.

Sekiranya anda datang dari Bukit Mertajam, masa yang diambil untuk ke sini adalah dalam sekitar 30 minit pemanduan.

Alamat: Kampung Guar Petai, 14400 Tasek Gelugor, Penang


Penang State Museum and Art Gallery menempatkan pelbagai hasil seni dari tahun 1965 hinggalah yang terkini. Muzium seni ini pada asalnya bertempat di Lebuh Farguhar sebelum dipindahkan ke Dewan Sri Pinang pada tahun 1994.

Terdapat dua bahagian galeri di muzium ini iaitu galeri tetap yang terletak di tingkat 3 dan galeri seni kontemporari (sementara) di tingkat bawah Dewan Sri Pinang. Galeri atau pameran tetap menempatkan pelbagai jenis koleksi yang termasuklah karya lukisan, ukiran, printing, foto, seni bina, seni rekaan, pertunjukan, filem, seramik dan banyak lagi. Manakala untuk ruangan seni sementara pula mempamerkan hasil seni visual yang dipilih berdasarkan tema pameran yang telah ditetapkan.

Selain pameran seni, muzium ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh diikuti seperti forum, bicara seni, workshop, pertandingan dan sebagainya.

Harga Tiket: Percuma

Alamat: Lebuh Farquhar, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang


75. Chew Jetty

Chew Jetty Penang
Sumber: Chew Jetty

Terletak di Pengkalan Weld, Chew Jetty adalah salah satu daripada beberapa buah jeti yang terdapat di dalam kawasan yang sama.

Daripada kesemua jeti yang ada, Chew Jetty adalah yang paling terkenal dalam kalangan pelancong kerana kemeriahannya yang mana rumah-rumah terapung di sini menjual pelbagai jenis barangan yang boleh dibeli untuk dijadikan cenderamata.

Antara tarikan lain yang terdapat di sini adalah kewujudan aktiviti atau sukan air yang boleh dicuba. Selain ini semua, Chew Jetty turut mendapat populariti kerana salah satu daripada lukisan mural yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevic (pelukis Penang Street Art) yang diberikan nama ‘Mirrors George Town’ terletak di sini.

Masa yang diambil untuk habis meneroka jeti ini adalah dalam sekitar 1 jam. Alang-alang dah berada di sini, jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan pemandangan dari jeti ini ketika matahari terbenam.

Alamat: Pengkalan Weld, 10300 Pulau Pinang


74. Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum

Dark Mansion - 3D Glow In The Dark Museum
Sumber: darkmansionpenang

Muzium unik in dinamakan Dark Mansion. Ini kerana suasana di dalam muzium ini memang sentiasa gelap untuk menaikkan lagi hasil seni lukis yang glow in the dark atau bercahaya dalam.

Muzium ini terletak di Jalan Kimberley, Georgetown mengambil inspirasi dari fenomena art muzium dan trick art muzium dan menggunakan idea yang sama dalam medium yang lebih unik iaitu menggunakan cat khas glow in the dark.

Terdapat 4 bahagian tarikan di sini di mana yang utama sekali adalah hasil seni dari Edgar Mueller, seorang pelukis Germany yang terkemuka bertajuk Fire & Water: Tribute to Darwin yang memaparkan transisi siang ke malam tanpa cela.

Bahagian lain ialah Tropical Pandora yang menonjolkan Alam flora dan fauna, Infinity Room: Origins of Eywa yang membawa konsep angkasa lepas, dan My Toy Story yang membawa seni 3 dimensi karakter-karakter mainan kegemaran anda dari tahun 80an-90an. Jom bawa sekeluarga!

Harga Tiket: RM22 ke atas

Alamat: 145, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang


73. Bukit Hijau, Cangkat Tembaga Hiking Trail

Bukit Hijau Cangkat Tembaga Hiking Trail
Sumber: RavenWraith

Sukakan aktiviti outdoor dan lasak? Jom pergi hiking di Bukit Hijau, Cangkat Tembaga Hiking Trail. Kurang dari ketinggian 200 meter dari aras laut, Bukit Hijau tetap memberikan para hikers pemandangan yang cantik dan luar biasa bila sampai ke puncak.

Ketika hiking di sini, anda bukan sahaja akan dapat menikmati suasana yang indah dari kehijauan pepohon dan alam semulajadi, terdapat juga air terjun dan tasik di dalam Bukit Hijau ini.

Boleh lah anda berkelah atau picnic ketika hiking bersama keluarga atau kawan-kawan nanti. Jangan lupa untuk membawa bekalan air dan snek-snek supaya ada sesuatu untuk makan jika terasa lapar nanti.

Alamat: Cangkat Tembaga, Taman Greenview, Jelutong, Pulau Pinang


72. Muzium & Galeri Tengku Fauziah

Muzium & Galeri Tengku Fauziah
Sumber: Wiang Choun

Sudah sampai ke Penang ini, ambilah peluang untuk melawat Muzium & galeri Tuanku Fauziah. Ia terletak dalam Universiti Sains Malaysia (USM).

Muzium dan galeri ini telah ditubuhkan dengan objektif untuk menjadi pusat pembelajaran, eksplorasi dan kajian untuk dunia seni, budaya dan sains teknologi yang relevan untuk generasi kini tanpa mengorbankan adat, budaya dan kepakaran kita.

Tarikan utama di sini ialah bahagian muziumnya yang menempatkan pelbagai artifak dan replika barangan yang menceritakan sejarah Malaysia. Bolehlah anda mengajar dan belajar bersama anak-anak tentang sejarah kita.

Selain itu, pelbagai pameran berunsur seni dan sains dipamerkan di bahagian galeri di sini. Mereka juga menyediakan ruangan untuk anda menjalankan pameran atau workshop bagi mengajar dan membawa perhatian orang ramai terhadap dunia seni dan sains teknologi.

Waktu Operasi: 10am-4pm (setiap hari)

Alamat: 808, Jalan Pemimpin, 11800 Gelugor, Pulau Pinang


71. Air Terjun Titi Kerawang

Air Terjun Titi Kerawang Penang
Sumber: Penang Kini

Pernah dengar tentang Air Terjun Titi Kerawang? Tak pernah atau dah pernah dengar, mesti ada yang tertanya-tanya apa maksudnya Titi Kerawang ni kan?

Untuk pengetahuan anda, ‘Titi Kerawang’ yang dijadikan nama air terjun ini sebenarnya membawa maksud titi kayu beluti yang disusun terputus-putus secara bersimpang-siur.

Tak pastilah pula kenapa nama ini diberikan kepada kawasan air terjun ni, mungkin juga orang pertama yang menemui kawasan air terjun ni perlu melalui titian yang bersimpang-siur seperti yang dikatakan.

Tak kiralah macam mana pun kisahnya, apa yang penting, destinasi ini tidak kurang menariknya untuk dilawati sekiranya anda mendambakan udara  dan pemandangan yang menyegarkan. Terletak tidak jauh daripada laluan antara Balik Pulau dan Bayan Lepas, air terjun di kawasan ini cukup dingin, memang syok untuk mandi-manda.

Alamat: Jalan Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang


70. Colonial Penang Museum

Colonial Penang Museum adalah di mana anda dapat melihat dunia masa lalu berkaitan dengan gaya hidup dan budaya masyarakat Baba Nyonya.

Suasana muzium ini cukup unik jika dibezakan dengan muzium lain kerana koleksi-koleksi yang dipamerkan bukan sekadar antik, tapi juga bernilai estetika. Antara barangan yang dipamerkan adalah meja bergaya elegan yang berasal dari Perancis hasil buatan pada tahun 1890, tab mandian marmar, lukisan kaca berwarna yang dihasilkan oleh tukang kaca Dublin dan banyak lagi.

Sepanjang lawatan ini juga, anda akan diberikan penerangan mengenai kisah ataupun sejarah disebalik barangan antik yang dipamerkan. Sebelum melangkah keluar, anda boleh membeli barangan antik yang dijual di kedai muzium ini.

Harga Tiket: Dewasa RM20 | Kanak-Kanak RM12

Alamat: 7, Jalan Ds. Ramanathan Scott RD, Taman Pulau Pinang, Penang


69. Penang House of Music

Selain melihat artifak peninggalan masa lampau dan juga seni bina kolonial, untuk menyempurnakan lagi penerokaan sejarah Penang, anda boleh menuju ke Penang House of Music untuk mendalami sejarah muzik di negeri ini. Unikkan? Bukan senang nak jumpa tempat yang menceritakan sejarah muzik.

Selain dapat mendalami sejarah dunia muzik di Penang, anda sekeluarga juga dapat mempelajari banyak perkara tentang budaya-budaya berbeza yang wujud di negeri ini. Turut terdapat di sini adalah pusat sumber yang boleh anda masuki untuk melihat koleksi vinyl, rakaman audio / video / interview yang tidak disebarkan kepada awam dan sebagainya.

Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 8.00 pm) | Kemasukan Terakhir (7.00 pm)

Harga Tiket: Dewasa RM20 | Kanak-Kanak RM10

Alamat: KOMTAR, L4-02, Level 4, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang


68. Glass Museum Penang

Glass Museum Penang
Sumber: Wy Sit

Kalau anda perasan, banyak sekali muzium yang unik di Penang ni, begitu jugalah lokasi yang seterusnya ini iaitu Glass Museum Penang. Sebaik memasuki muzium kaca ini anda akan disambut oleh refleksi daripada cermin-cermin yang tersusun indah dengan bentuk geometri.

Dalam dunia cermin ini, anda berpeluang untuk mendapatkan hasil foto yang mengujakan.

Selain itu, turut dipamerkan adalah seni kaca yang menarik, antaranya adalah gelas kaca dengan motif batik yang dihasilkan dengan menggabungkan pelbagai teknik berbeza, gelas bermotif batik ini juga adalah antara yang terpanjang pernah anda temui sehingga diiktiraf di dalam Malaysia Book of Records.

Selain dapat mencuci mata melihat hasil-hasil yang kreatif ini, anda juga boleh menyertai kelas pembuatan kaca kreatif yang ditawarkan sesuai untuk semua peringkat usia. Kaca kreatif yang telah dihasilkan boleh dibawa pulang untuk dijadikan hiasan.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.30am – 6.00 pm) | Sabtu (9.30 am – 5.00 pm) | Ahad, Cuti Umum (Tutup)

Harga Tiket: Dewasa RM23 | Kanak-Kanak RM13

Alamat: No.6, Wisma Cheok Holdings, Burma Road 10050 Penang


67. Bukit Mertajam Recreational Forest

Bukit Mertajam Recreational Forest atau Hutan Lipur Bukit Mertajam merupakan sebuah destinasi yang menjadi pilihan penduduk di sekitar Bukit Mertajam untuk mendapatkan udara yang sejuk dan segar dari kawasan hutan yang berketinggian 457 meter dari paras laut ini.

Banyak aktiviti outdoor yang boleh dilakukan antaranya adalah berjogging, hiking dan berbasikal. Setelah puas beraktiviti, anda boleh terjun ke dalam air sungai atau kolam semula jadi yang terbentuk di sini. Tak puas hanya sehari? Anda boleh juga merancang untuk bercamping atau menginap di chalet yang disediakan pihak hutan lipur.

Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00 am – 7.00 pm)

Alamat: Jalan Kolam, Mukim 15, Cherok Tok Kun, 14000 Penang


66. Straits Quay

Straits Quay Penang

Straits Quay adalah salah satu daripada lokasi membeli-belah dan juga marina yang terletak di Seri Tanjung Pinang. Dibuka pada tahun 2010, pusat membeli-belah tepi pantai ini juga lengkap dengan pusat konvensyen, spot untuk berekreasi, Performing Arts Centre dan juga apartment mewah.

Berkeluasan 270,000 kaki persegi, Straits Quay menempatkan dalam sekitar 100 buah lot kedai. Antara yang boleh ditemui di sini adalah Papparich, Starbucks, Subway, Royal Selangor dan sebagainya.

Bercadang untuk bershopping di tepi laut? Anda boleh menaiki bas perlancongan Rapid Penang iaitu bas Hop-On Hop-Off yang mana salah satu lokasi perhentiannya adalah Straits Quay.

Alamat: Jalan Seri Tanjung Pinang 10470 Tanjong Tokong, Penang


65. Hin Bus Depot

Hin Bus Depot Pulau Pinang
Sumber: Hin Bus Depot

Hin Bus Depot adalah sebuah lokasi yang padat dengan pelbagai jenis hasil seni kreatif. Yang menariknya, hasil-hasil seni yang dipamerkan di sini ditukar dari masa ke masa. Jadi kalau anda tercari-cari idea kreatif, bolehlah singgah ke sini.

Ingin melihat lebih daripada street art? Anda boleh datang ke sini pada hari Ahad dari pukul 11.00 pagi hingga 5.00 petang untuk melihat kemeriahan sebenar suasana di sekitar Hin Bus Depot, ini kerana, pada waktu itu terdapat jualan pelbagai hasil kraftangan yang kreatif. Pada hari yang sama juga terdapat pertunjukan-pertunjukan yang dapat menghiburkan jiwa.

Selain itu, di sini juga terdapat taman permainan kanak-kanak, studio pembuatan barangan tembikar Jepun dan banyak lagi. Terasa lapar atau kehausan selepas seharian berjalan? Di sini juga terdapat banyak kafe atau kedai kopi yang boleh dijadikan lokasi melepaskan kepenatan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 10.00 pm)

Harga Tiket: Percuma

Alamat: 31A Jalan Gurdwara, George Town, Pulau Pinang, 10300, Malaysia


64. Teddy Ville Museum

Terletak di dalam DoubleTree Resort, Teddy Ville Museum dapat memberikan anda kepuasan dua dunia iaitu dunia teddy bear dan dunia sejarah serta budaya Penang.

Pendek kata, muzium ini cukup menarik untuk dilawati seisi keluarga tanpa mengira usia, kanak-kanak mahupun dewasa.

Bahagian pameran berkaitan dengan sejarah Penang ini juga menjadi 2 kali ganda lebih menarik daripada muzium lain kerana mereka menggunakan teddy bear sebagai karakter. Memang unik!

Masa yang diambil untuk selesai menyaksikan segala pameran di dalam muzium ini adalah dalam sekitar 3 jam. Sebelum pulang, jangan lupa untuk membawa pulang cenderamata yang boleh didapati dari kedai muzium ini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM36 | Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) RM25

Alamat: Ground Floor, DoubleTree Resort by Hilton Penang, 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang


Baca: 12 Destinasi Menarik Di Pulau Tioman


63. Pantai Tanjung Bungah

Pantai Tanjung Bungah
Sumber: Jan / CC BY 2.0

Pantai yang indah ini boleh dijumpai di Tanjung Bungah yang terletak di antara Gurney dan Batu Ferringhi dan hanya 30 minit saja jika anda memandu dari Georgetown.

Pantai ini merupakan destinasi popular di Pulau Pinang dan menjadi meriah dengan pelancong pada musim cuti sekolah. Ini kerana disini terdapat banyak aktiviti sukan air sesuai untuk seisi keluarga seperti Jet Ski, Banana Boat dan Parasailing.

Alamat: Tanjung Bungah, Pulau Pinang.


62. Countryside Stables Penang

Terletak di Sungai Burong, Countryside Stables Penang ini merupakan tempat diamana anda dapat belajar menunggang kuda sambil menikmati persekitaran alam semulajadi yang indah.

Dibuka pada tahun 2012 tempat ini mempunyai sebanyak 30 ekor kuda yang terdiri daripada baka berbeza seperti Pure Bred Arabian Horse, Pony, Kuda Thai, Myanmar dan Kuda Malaysia.

Jika anda belum bersedia untuk menunggang kuda tidak perlu risau kerana anda juga dapat memberi makan sambil melihat gelagat kuda yang menarik.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 12.00pm & 2.00pm – 7.00 pm)

Bayaran (Joy Ride): Dewasa RM20 | Kanak-Kanak RM20

Alamat: Lot 603 Jalan Hilir Sungai Burung, Kampong Jalan Baru, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.


61. Muzium Pinan Peranakan

Muzium Pinan Peranakan
Sumber: Susan Wall

Kalau anda ingin tahu tentang budaya dan cara hidup kaum Peranakan anda boleh ke muzium Pinan Peranakan di George Town.

Di sini terdapat beberapa pameran yang menunjuk kehidupan harian kaum peranakan seperti baju tradisional dan jenis perabut yang diguanakan untuk menghias rumah mereka.
Reka bentuk dan susunan perabot yang dilihat didalam bangunan ini berjaya membuat anda rasa seperti kembali ke zaman peranakan dahulu.

Bayaran Masuk: Dewasa RM20

Alamat: 29 Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang.


60. Tropical Spice Garden

Asalnya Tropical Spice Garden merupakan sebuah ladang getah yang terbiar dan pengasasnya David dan Rebecca Wilkison bersama beberapa rakan mereka menukar tempat ini menjadi satu destinasi eco-pelancongan yang bertaraf antarabangsa.

Taman dengan keluasan 8 ekar ini menjadi rumah kepada 500 jenis flora dan fauna pelbagai rupa. Jika anda teliti, logo tempat ini adalah bunga kantan sebuah rempah tempatan yang digunakan didalam masakan tempatan popular seperti laksa.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah Garden Tour, Children Tour dan Nigh walks. Selain daripada itu mereka juga membuka tempat ini untuk acara team-building dan acara korporat.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9:00am – 6:00pm)

Bayaran:

  • Audio Tours: Dewasa RM31 | Kanak-Kanak RM18 | Warga Emas RM25
  • Guided Tours:  Dewasa RM48 | Kanak-Kanak RM25 | Warga Emas RM38
  • Night Walks: Dewasa RM85 | Kanak-Kanak RM65 | Warga Emas RM58.50
  • (Dapat Diskaun Sekiranya Tiket Dibeli Secara Online)

Alamat: Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang.


59. Escape Theme Park

Escape Theme Park
Sumber: Escape

Kepada mereka yang lebih gemar aktiviti lasak jangan lepaskan peluang untuk ke Escape Penang. Terletak berhampiran dengan kawasan Batu Ferringhi Ia merupakan tempat dimana anda dapat membuat pelbagai aktiviti lasak (Adventureplay) diatas pokok seperti, Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (ZipLining), Atan Leap (Bungie Jumping), dan banyak lagi!

Dah puas dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh? Anda boleh meneruskan keseronokan dengan bermain di Waterplaynya yang padat dengan pelbagai permainan air. Sehari memang tak cukup!

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10:00am – 6:00pm

Bayaran Masuk: 4 – 12 Tahun RM97 | 13 – 60 Tahun RM147 | 61 – 100+ Tahun RM97 (Harga Tiket Lebih Murah Dibeli Online & Lebih Awal)

Alamat: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.


58. Penang Street Art

Sempena festival Georgetown, beberapa bangunan lama di bandar itu dihiasi dengan lukisan artist jalanan Ernest Zacharevic. Lukisan yang berbagai konsep ini dapat dilihat bukan di beberapa tempat sekitar Bandar Georgetown. Hasil karya beliau unik kerana ia menceritakan kisah hidup harian penghuni pulau tersebut.

Alamat: Bandar George Town, Pulau Pinang.


57. Cheong Fatt Tze – The Blue Mansion (Guided Tours)

Mustahil untuk melawat tempat menarik di penang sebab kesuntukan masa? Kalau macam tu, jadikan Cheong Fatt Tze – The Blue Mansion sebagai salah satu lokasi pertama yang anda lawati sebaik menjejakkan kaki di Penang supaya tidak terlepas!

Destinasi ini adalah salah sebuah tarikan terpenting dan berkemungkinan paling mengujakan yang pernah anda jejaki di Penang.

Rumah agam yang berwarna biru dengan gaya seni bina Cina ini adalah sebuah peninggalan klasik dan bersejarah yang pernah mendapat anugerah ‘UNESCO’s Most Excellent Project Asia Pacific Heritage Awards’ pada tahun 2000 dan disenaraikan dalam Lonely Planet sebagai salah sebuah ‘Greatest Mansions in the World’ pada tahun 2011.

Waktu Sesi Lawatan (45 Minit / Sesi): Isnin – Jumaat (11.00 am / 2.00 pm / 3.30 pm) | Sabtu & Ahad (11.00 am / 2.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM18 | Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) RM9.50

*Caj Tambahan RM1 Dikenakan Untuk Pembelian Online

Alamat: 14, Leith St, Georgetown, 10200 George Town, Penang


56. Pasar Lorong Kulit

Pasar Lorong Kulit Penang

Pasar Lorong Kulit adalah satu-satunya pasar karat yang terbesar di Penang yang juga beroperasi setiap hari menjadikan ianya sebuah tarikan yang boleh anda lawati pada bila-bila masa lapang.

Syurga bagi para pengumpul barangan antik, anda boleh menemui bermacam khazanah lampau dari duit-duit lama, setem,  tongkat, radio dan banyak lagi. Jangan lupa untuk bernego dengan peniaga.

Bukan sahaja barangan antik, di sini juga terdapat jualan pelbagai lagi barangan yang boleh anda temui di pasar biasa seperti makanan, buah-buahan, aksesori handphone, pakaian bundle dan banyak lagi.

Tapi, berwaspada dengan penyeluk saku dalam kawasan yang sentiasa padat dengan orang ramai ni. Waktu yang diambil untuk puas melihat semuanya adalah dalam sekitar 1 jam lebih.

Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00 am – 1.00 pm)

Info Waktu: Waktu Terbaik Untuk Pergi Adalah Dalam Sekitar 11.00 am Ketika Kebanyakan Gerai Telah Dibuka.

Alamat: Lorong Kulit Flea Market, 625 Jalan Dato Keramat Georgetown, George Town, Pulau Pinang


55. Asia Comic Cultural Museum

Hati-hati, sedar tak sedar dah berjam-jam anda ada berada di dalam Asia Comic Cultural Museum ni. Cukup banyak untuk dilihat, dari majalah Gila-Gila, Ujang hinggalah kepada komik-komik antarabangsa seperti Naruto dan One Piece segalanya ada di muzium ini.

Dunia komik yang terlibat di dalam muzium ini adalah dari negara Jepun, Korea, China, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia sendiri.

Antara info yang boleh anda dapati daripada muzium ini adalah berkenaan dengan sejarah komik, kontroversi dan masalah yang pernah dilalui negara-negara asia dalam penghasilan komik sejak 150 tahun lalu.

Destinasi ini juga menarik untuk dilawati bagi menikmati udara sejuk di bawah pendingin hawa selepas seharian berpanasan bergambar dengan mural di sekitar street art Penang.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00 am – 7.00 pm) | Sabtu & Ahad (11.00 am – 9.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) RM10

Alamat: 2nd level ICT Mall, Komtar, 10000 George Town, Penang


54. Magic World Penang (Phantamania)

Kalau selama ini anda sekeluarga hanya pernah menonton pertunjukan magik melalui kaca tv, dengan melawati Magic World Penang (Phantamania) anda dapat merasai sendiri dunia penuh magikal ini di depan mata sendiri!

Dunia magik ini anda akan terus ‘tempuhi’ sebaik melangkah masuk ke dalam bangunan Magic World Penang di mana anda perlu melalui lorong berliku atau ‘maze’ kaca. Selepas berjaya keluar dari maze ini anda akan menemui banyak ilusi optikal.

Selain itu, anda juga dapat menyaksikan pertunjukan magik yang cukup menarik bukan sahaja untuk kanak-kanak tapi juga orang dewasa. Sebelum pulang, jangan lupa untuk singgah ke kedai aksesori untuk membawa pulang barangan magik!

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 7.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM16 | Kanak-Kanak RM12

Alamat: Magic World Penang, 193, Lebuh Victoria, Georgetown, George Town, Penang


53. Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam

Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam adalah kawasan paya darat yang berkeluasan sekitar 11 hektar di mana anda boleh menemui dua sungai besar iaitu Sungai Kereh dan Sungai Air Hitam.

Sepanjang penerokaan hutan ini, anda berkemungkinan akan bertembung dengan penduduk tempatan yang memancing di sungai, beberapa spesies burung daripada 150 jenis yang ada dan banyak lagi spesies fauna lain seperti monyet, memerang dan biawak. Anda juga dapat melihat hidupan dalam hutan paya air tawar berenang dengan penuh kebebasan.

Berkenaan dengan kemudahan yang disediakan, hutan ini cukup lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti pondok rehat, laluan pejalan kaki, jambatan gantung, dek pemerhatian dan tandas.

Alamat: 13310 Air Hitam, Penang


52. The Top

The Top Penang
Sumber: The Top

Selain Jurassic Research Centre dan Rainbow Skywalk, sebenarnya terdapat banyak lagi tarikan menarik lain yang layak mendapat deskripsi khasnya sendiri.

Yang menariknya, kesemua tarikan ini berpusat di The Top yang merupakan taman tema indoor yang terbesar di Pulau Pinang.

Secara keseluruhannya terdapat 18 buah tarikan yang wajib anda lawati seperti 7D Discovery Motion Theater, Tech Dome Penang, Ocean Explorer, Penang Boutique Aquarium, The Gravityz, Penang State Gallery, UFO-X, Magic Mirror Maze, Zombie Outbreak, Dance Oki, Augmented Reality dan banyak lagi!

Bayaran Masuk (The Top Fun Pass): Dewasa RM78 | Kanak-Kanak, OKU & Warga Emas RM48

Info Bayaran: Kemasukan Hari Sama Untuk Semua Tarikan Di Avenue of Adventures & Rainbow Skywalk Kecuali Augmented Reality Virtual, Formula One, The Gravityz & TOP Capsule.

Alamat: The Top Penang, 1, Jalan Penang, Georgetown, George Town, Penang


51. Tropical Fruit Farm

Tropical Fruit Farm Pulau Penang
Sumber: Mohd Zaidi

Tahukah anda terdapat 370 jenis buah –buahan yang boleh di makan di Malaysia? Kalau anda nak merasa buah-buahan tempatan yang aneka jenis datanglah ke Tropical Fruit Farm Penang.

Destinasi Agro Tourism ini terletak di Teluk Bahang ini mempunyai keluasan 25 ekar dan dibuka untuk memelihara baka buahan-buhanan exotic yang terdapat di negara kita.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)

Bayaran Guided Farm Tour: Dewasa RM40 | Kanak-Kanak (5 – 12 Tahun) RM30

Alamat: Batu 18, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.


50. Muzium Perang

Muzium Perang
Sumber: Zamri

Kerana kedudukannya yang strategik Pulau Pinang ini antara tempar terawal yang jatuh ke tangan penjajah British. Tempar terbaik untuk anda belajar sedikit mengenai zaman gelap ini adalah di Muzium Perang Pulau Pinang.

Sebelum ia di ubah suai menjadi muzium, asalnya tempat ini berfungsi sebagai kubu dan kem kerajaan British semasa perang dunia kedua.

Didalam muzium ini anda dapat bersiar sambil melihat pelbagai pameran dan bangunan peningalan tentera british seperti bilik yang digunakan untuk menyiksa tahanan perang dan tempat mereka menyimpan senjata.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 11.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM22 | Kanak-Kanak RM12

Alamat: Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, 11960 Pulau Pinang


49. Rumah P. Ramlee

Tahukah anda Seniman Negara yang terkenal P. Ramlee telah berasal dari negeri Pulau Pinang? Rumah P. Ramlee dipelihara hingga ke hari ini dan jika anda mahu mengenali seniman kesayangan negara kita jangan lupa untuk singgah sebentar.

Masuk kedalam anda dapat mendengar lagu beliau di mainkan tanpa henti dan di setiap pelusuk rumah tersebut dipamerkan kisah hidup, pencapaian dan jasa beliau untuk industri filem dan musik tanah air.

Waktu Operasi: Selasa – Khamis (9.00 am – 5.00 pm) | Jumaat (9.00 am – 12.00 pm & 3.00 pm – 5.00 pm) | Sabtu & Ahad (9.00 am – 5.00 pm) | Isnin Kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah (Tutup)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: Lot 2180, Jalan P Ramlee, Taman Kampar, George Town, 10460 Pulau Pinang.


48. Saanen Dairy Goat Farm

Saanen Dairy Goat Farm ini percuma untuk dilawati dan pengunjung diberi peluang untuk memberi makanan kepada kambing-kambing di sini.

Ladang ini terletak berhampiran dengan Jalan Sungai Pinang dan ia mengeluarkan berbagai produk yang di hasilkan oleh susu kambing seperti susu, yogurt dan jelly kambing.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10:00am – 5:00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: 298 MK 1, Sungai Pinang, Balik Pulau, 11010 Pulau Pinang.


47. Toy Museum Heritage Park

Muzium tak seharusnya boring, di Toy Muzium Heritage Park anda dapat melihat koleksi peribadi seorang penggemar permainan yang dikumpul selama 40 tahun.

Di heritage garden ini anda berpeluang untuk melihat sebanyak 120,000 permainan dan patung baru dan antic watak kartun terkenal bertema filem Hollywood, computer game dan komik.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM15| Kanak-Kanak RM10

Alamat: Toy Museum Heritage Garden, 1370, MK2, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.


46. Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling
Sumber: Visit Penang

Masjid Kapitan Keling ini bina pada tahun 1801 oleh tentera East India Company yang beraga islam. Ia merupakan antara masjid terawal yang didirikan di Georgetown dan meminjam namanya dari ketua komuniti askar india muslim bernama Cauder Mydin Merican.

Masjid ini merupakan masjid utama di negeri ini sebelum masjid negeri Pulau Pinang dibina.

Alamat: 14, Jalan Buckingham, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang.


45. Made in Penang Interactive Museum

Made in Penang Interactive Museum adalah salah satu tarikan yang wajib anda jejaki untuk mencipta memori yang menyeronokkan semasa bercuti di Penang.

Setibanya anda di sini, anda akan disambut oleh the Great Wall of Penang. Apabila melangkah masuk ke ruang dalamnya anda dapat melihat ‘masa lalu’ Pengkalan Weld melalui model miniatur yang dihasilkan dengan penuh teliti.

Selepas itu, anda boleh meneruskan penerokaan dengan menuju ke seksyen 3D Art Gallery yang mempamerkan dengan interaktif tradisi, bangunan terkenal dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan Penang. Jangan lihat je! Jadi sebahagian daripada karya yang dipamerkan dengan bergambar sepuas hati.

Tarikan lain yang ditawarkan adalah Games Room dan bengkel penghasilan seni tradisional Malaysia seperti layang-layang dan batik.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 6.30 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-Kanak RM15

Alamat: 3, Pengkalan Weld, George Town, George Town, 10300 Pulau Pinang.


Baca: Senarai Tempat Percutian Paling Popular Di Malaysia


44. Feri Pulau Pinang

Selain daripada menaiki jambatan untuk merentas laut untuk ke pulau ini, anda juga boleh menaiki feri. Feri Pulau Pinang ini merupakan perkhidmatan yang paling lama beroperasi di negara kita.

Ferry yang mula membawa penumpang pada tahun 1920 ini berkhidmat dari terminal Sultan Abdul Halim di Butterworth ke terminal ferry Raja Tun Uda di George Town Penang.

Waktu Operasi:

  • Feri Pertama Butterworth – Georgetown: 5.20 am
  • Fer Terakhir Ke Penang: 12.10 am
  • Feri Pertama Penang – Butterworth: 5.40 am
  • Feri Terakhir Ke Butterworth: 12.40 am

Alamat: Pengkalan Weld, George Town, 10300 Pulau Pinang.


43. Penang 3D Trick Art Museum

Mungkin anda sudah melihat gambar 3D Trick Art Musem Pulau Pinang ini di kongsi di media sosial. Didalam Penang 3D Art Muzium ini anda dapat melihat berbagai lukisan yang dapat mengelirukan mata yang memandang.

Antara tarikan yang ada adalah ilusi Aerial Skydiving, Panda Village, The Clan Jetty, Ride the Bullock Cart dan banyak lagi!

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm) | Sabtu & Ahad (9.00 am – 8.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM10

Alamat: 10 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 Pulau Pinang.


42. Taman Rama-Rama Penang (Entopia)

Taman Rama-Rama Penang
Sumber: Entopia

Entiopia atau nama lamanya Taman Rama-Rama Penang adalah destinasi sasaran ramai pengunjung Penang. Pada tahun 2016, taman ini telah dinaiktarafkan, menjadikan ia lebih moden dan luas.

Disini anda melihat pelbagai jenis rama-rama yang berterbangan secara bebas sambil bersiar di taman yang dihias bunga berbagai warna. Tarikan yang mesra kanak-kanak sesuai untuk seisi keluarga bersantai sambil memupuk sikap cinta alam semulajadi.

Bukan itu sahaja, Entopia Pulau Pinang ini turut menempatkan banyak lagi serangga lain seperti kelip-kelip, pepatung, kumbang, mentadak dan banyak lagi haiwan invertebrata lain seperti kala jengking, labah-labah dan ulat gonggok.

Baca:Entopia Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM49 | Kanak-Kanak  & Warga Emas RM29

Alamat: No 830, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang


41. Adventure Zone

Adventure Zone merupakan tempat hiburan keluarga yang terletak didalam bangunan Shangri-la Rasa Sayang Resort & Spa. Kawasan permainan modular ini berhawa dingin dan mempunyai tiga jenis gelongsor yang berbeza dan banyak permainan yang menguji kebolehan anak anda mengatasi rintangan. Selain daripada itu, di sini terdapat tempat makan, toddle zone, kids club dan banyak kemudahan yang lain.

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10:00am-7:00pm)

Bayaran Masuk (Kanak-Kanak):

  • Pengunjung: RM33 (Sesi 2 jam)
  • Penginap Resort: Kanak-Kanak RM45 (Pakej Separuh Hari)

Alamat: Golden Sands Resort, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Tanjung Huma, George Town, 11100 Pulau Pinang.


40. Muzium Kamera

Boleh dikatakan setiap orang suka bergambar, apatah lagi orang yang bercuti, tapi tahukah anda sejarah disebalik kamera?. Kamera juga berubah mengikut zaman dan di Muzium Kamera Pulau Pinang anda berpeluang untuk melihat jauh mana beza kamera zaman dulu dengan sekarang. Jangan lupa bawa kamera!

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 8.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-Kanak RM15 | Warga Emas RM15

Alamat: B3, Astaka Bukit Bendera, Penang


39. Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut

Pusat konservasi Penyu atau lebih dikenali dengan nama Penang Turtle Sanctuary ini terletak di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang dan dimulakan dengan tujuan untuk memelihara penyu supaya tidak lupus dari muka bumi. Pantai Kerachut ini adalah salah satu tempat dimana penyu Agar datang bertelur.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10:00am – 4.30pm)

Harga Tiket: Percuma

Alamat: Pantai Kerachut, Teluk Bahang, Tanjung Bungah, Pulau Pinang


38. Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang
Sumber: Sobri Yaacob

Taman Negara Pulau Pinang adalah taman Negara yang paling kecil di Negara ini dan ia diberi nama hutan simpan Aceh oleh penduduk tempatan. Kalau anda kaki mengembara dalam hutan pastikan anda melawat tempat ini. Kerana ia terletak berhampiran dengan pantai Kerachut, ia juga sebuah tempat popular untuk memancing.

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3

Alamat: Pejabat Taman Negara P. Pinang, Jalan Hassan Abbas, Balik Pulau, 11050 Pulau Pinang.


37. Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel Muzium ini memberi anda peluang melihat setiap fasa penting dalam pembangunan negeri penang dan bagaimana ini telah berubah mengikut zaman. Selain daripada itu anda juga dapat belajar sedikit tentang zaman penjajahan tentera jepun dan bagaimana pulau ini dibom kapal perang mereka.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.15 am – 7.00 pm) | Sabtu, Ahad & Cuti Umum (9.15 am – 7.30 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM18 | Kanak- Kanak RM10

Alamat: 39, Jalan Green Hall, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang.


36. Amazing World Studio

Lagi satu studio foto inetraktive di penang yang mempamerkan lukisan 3d menarik adalah Amazing World Studio. Jika anda gemar menangkap gambar dan mencari satu tarikan mesra kanak-kanak, tempat ini sesuai untuk anda.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.30 pm)

Alamat: 4 Weld Quay, George Town, 10300 Pulau Pinang.


35. Taman Burung Penang

Taman Burung Pulau Pinang merupakan Taman Burung yang pertama dan terbesar dibuka di negara kita. Kawasan sebesar 5 ekar ini menjadi rumah kepada 300 spesis burung yang berlainan.

Burung di sini terbang bebas kerana tempat ini tertutup dengan jaring yang besar. Tempat ini direka untuk menyerupai habitat semulajadi burung-burung tersebut. Terdapat air terjun buatan manusia dan kolam yang luas dimana anda dapat melihat burung pelican dan flamingo.

Selain daripada burung anda juga berpeluang untuk melihat haiwan liar seperti sang kancil, ikan arapaima gergasi, ular sawa, buaya dan kura-kura.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 7.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-Kanak RM15 | OKU Percuma

Alamat: Jalan Todak, Perai, 13700 Pulau Pinang.


34. Padang Kota Lama

Padang Kota Lama
Sumber: Virgin Mojito

Padang Kota lama merupakan padang yang dibina oleh kerajaan British untuk tempat berkumpul dan berarak. Terletak dalam kawasan the Espelande, Padang Kota Lama tempat terawal di tubuhkan di George Town.

Kerana ia berhampiran dengan laut anda dapat merasa tiupan angin laut yang nyaman sambil berjalan di padang ini.

Alamat: Padang Kota Lama, George Town, 10450 Pulau Pinang.


33. Kilang Batik Penang

Kilang Batik Penang
Sumber: Vander Goods

Dibuka pada tahun 1973 di Teluk Bahang, Kilang Batik Penang sudah lama menghasilkan pelbagai jenis produk batik yang menarik. Free tour disediakan setiap hari di kilang ini dimana anda dapat melihat bagaimana batik dihasilkan.

Disini juga terdapat kedai dimana anda boleh membeli produk batik yang beraneka jenis. Jika anda mahu mereka batik anda sendiri anda boleh menyertai bengkel batik yang diadakan khas buat pelawat yang berminat.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30pm)


Alamat: Mk2, 651, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

32. Masjid Terapung Tanjung Bungah

Masjid Terapung Tanjung Bungah
Sumber: Faazawaanz

Masjid Terapung Tanjung Bungah ini merupakan masjid terapung yang pertama di bina di negara kita. Kerana masjid ini terletak di pertenghan diantara Georgetown dan Batu Ferringhi, ia menjadi tempat bagus untuk anda singgah sebentar untuk beribadat sambil merehatkan diri.

Alamat: Jalan Batu Ferringhi, Taman Tanjung Bunga, Tanjung Bungah, 11200 Pulau Penang.


31. Little India

Little India Pulau Pinang
Sumber: Cherry Chenli

Anda boleh menjumpai Little India Penang di Queen Street, George Town. Semasa berjalan di sini anda seolah-olah berjalan di Delhi ataupun Chennai, memang suata pengalaman yang unik. Di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual kain dan baju dengan harga yang berpatutan.

Alamat: Lebuh Pasar, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang


Baca: 42 Destinasi Menarik Di Langkawi Untuk Percutian Pulau Istimewa

30. Pasar Malam Batu Ferringhi

Pasar Malam Batu Ferringhi
Sumber: RSE Homestay

Jika anda berada di Batu Ferringhi, pastikan anda luangkan masa pada waktu malam untuk melawat Pasar Malam Batu Ferringhi. Pasar ini dibuka setiap hari dari petang hingga ke lewat malam dan di sini anda dapat membeli cendera mata atau menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan yang dijual di situ.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (7:00pm -12:00am)

Alamat: Jalan Batu Ferringhi, Ayer Itam, 11100 Pulau Pinang.


29. Taman Botani Penang

Taman Botani Penang ini mempunyai keluasan 29 hektar dan amat sesuai untuk bersantai atau berpiknik bersama kerluarga. Taman ini terletak di jalan kebun bunga daerah Pantai Barat. Ramai penduduk tempatan datang sini untuk bersenam.

Tambahan pula, ia juga merupakan sebuah institusi botani penting di Malaysia. Antara tumbuhan unik yang dapat dilihat disini adalah teratai amazon, dan pokok berusia 100 tahun. Tahukah anda nama pulau pinang mengambil inspirasi dari pokok Palem Pinang? Tidak kurang menarik haiwan yang berkeliaran di sini seperti kera dan monyet.

Waktu Operasi: Isin – Ahad (5:00am – 10:00pm)

Alamat: 673A, Jalan Kebun Bunga, Pulau Tikus, George Town, 10350 Pulau Pinang.


28. Bukit Bendera

Bukit Bendera
Sumber: KP Song

Antara destinasi paling ikonik di Pulau Pinang yang harus anda lawati jika diizinkan adalah Bukit Bendera. Ia merupakan stesyen bukit british yang tertua di Asia Tenggara dan diatas terdapat 52 lot bungalow yang dibina 100 tahun dahulu.

Untuk ke puncak anda tidak perlu berjalan kerana anda boleh menaiki funicular train service. Banyak aktiviti menarik menanti anda di puncak nanti seperti melihat pemandangan Pulau Pinang yang mengkagumkan di Skydeck, melihat gelagat lucu burung hantu di owl museum dan bermacam-macam lagi.

Alamat: 422, Jalan Bukit Bendera, Ayer Itam, 11500 Pulau Pinang.


27. Fort Cornwallis

Fort Cornwallis
Sumber: Shankar S / CC BY 2.0

Jika anda masih ingat kelas sejarah zaman sekolah dahulu anda mesti tahu bahawa Fort Cornwallis ini merupakan tempat pertama Sir Francis Light menjejak kakinya ke bumi Malaysia pada 1876.

Banyak dari infrastucktur asalnya masih berdiri kukuh dan anda berpeluang untuk melihat beberapa bangunan bersejarah yang pada zaman itu memainkan peranan seperti sebagai tempat menyimpan senjata dan kelengkapan perang.

Waktu Operasi: 9.00 am – 10.00 pm

Bayaran Masuk: Dewasa RM10 | Kanak-Kanak RM5

Alamat: Leboh Light, George Town


26. Gurney Drive

Jika anda mencari tempat makan paling menarik di Pulau Pinang jangan lupa singgah ke Gurney Drive. Tempat ini menjadi meriah pada waktu malam dengan setiap warung menyediakan hidangan yang berbeza anda tidak kurang pilihan makanan untuk dipilih.

Kerana laut hanya beberapa minit sahaja dari tempat ini jika anda pilih untuk kesana pada waktu malam anda boleh makan dalam keadaan rileks sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman.

Disebabkan populariti Gurney Drive ini semakin meningkat, terdapat banyak apartment dan hotel baru didirikan di sini dan tempat ini telah menjadikan kawasan perdaganan kedua paling sibuk di pulau tersebut.

Alamat: Gurney Dr, George Town, 10250 Pulau Pinang.


25. Pulau Jerejak

Pulau-Jerejak-Penang-Image
Sumber: Penang Kini

Pulau Jerejak adalah sebuah pulau yang bukan sahaja kaya dengan tarikan flora dan fauna yang mendamaikan jiwa kerana ia juga menyimpan banyak sejarah yang menarik untuk diketahui.

Untuk pengetahuan anda, suatu ketika dahulu, Pulau Jerejak pernah dijadikan sebagai tempat pesakit-pesakit berjangkit ditempatkan iaitu dari tahun 1871 hinggalah 1969. Dan daripada tahun 1948 hingga 1993 pula, Pulau Jerejak digunakan sebagai lokasi untuk pembuangan banduan.

Pulau ini juga dipercayai pernah digunakan oleh pihak Jerman sebagai markas kapal selam ketika peperangan dunia kedua. Banyak sekali ‘memori’ yang disimpan pulau ini.

Bermula daripada tahun 2000, pulau ini telah dibangunkan sebagai pusat eko-pelancongan yang menarik untuk diterokai.

Alamat: Pulau Jerejak


24. Penang Avatar Secret Garden

Bawalah keluarga anda menikmati pengalaman penuh magikal di Penang Avatar Secret Garden! Di sini anda sekeluarga akan tenggelam di dalam dunia ‘avatar’ di mana pokok-pokok di sekitar diterangi dengan cahaya yang penuh warna-warni yang sangat memukau pandangan.

Betapa memukaunya ‘dunia’ di sekitar sampaikan mustahil untuk anda berhenti bergambar di mana sahaja anda menapak. Nak tahu lagi sebab kenapa anda wajib ke sini? Di samping dapat merasai dunia yang berbeza, kemasukan ke dalam Secret Garden ini juga adalah percuma.

Walaupun boleh juga dilawati di siang hari, tapi pada waktu malamlah keidahannya akan mula terpancar.

Bayaran Masuk: Percuma

Alamat: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang


23. Ghost Museum

Anda jenis yang suka menakutkan diri sendiri? Jom ke Ghost Museum yang terletak di George Town ni! Di dalam muzium ni terdapat banyak bilik-bilik yang telah dijadikan lokasi ‘berhantu’ dengan patung-patung yang nampak sangat real dan dipenuhi dengan darah.

Jangan lupa juga untuk bergambar sewaktu berjumpa dengan hantu-hantu yang terdapat di sini, boleh meremang bulu roma kalau dilihat sekali lagi.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 7.00 pm)

Alamat: 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang


22. Jurassic Research Centre

Jurassic Research Centre Penang
Sumber: Adeline Ong

Ingin merasai macam mana keadaannya ketika zaman dinosaur dulu? Anda boleh melawat Jurassic Research Centre bersama dengan keluarga.

Di sini terdapat lebih daripada 200 dinosaur yang ‘dihidupkan kembali’ dengan menggunakan teknologi animatronik. Anda sekeluarga dapat menikmati kehidupan di dalam zaman dinosaur sambil melakukan pelbagai aktiviti interaktif menarik yang ditawarkan.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00 am – 8.00 pm) | Sabtu & Ahad (11.00 am – 9.00 pm)

Bayaran Masuk (The Top Fun Pass): Dewasa RM78 | Kanak-Kanak, OKU & Warga Emas RM48

*Kemasukan Hari Sama Untuk Semua Tarikan Di Avenue of Adventures & Rainbow Skywalk Kecuali Augmented Reality Virtual, Formula One, The Gravityz & TOP Capsule.

Alamat: THE TOP Penang 1, Jalan Penang, 10000 George Town Penang


21. Pasar Chowrasta @ Chowrasta Bazaar

Pasar Chowrasta Penang Image
Sumber: Bernama Radio

Pasar Chowrasta @ Chowrasta Bazaar adalah salah satu daripada 2 pasar komuniti yang terletak di George Town. Macam mana boleh dapat nama Chowrasta ni?

Perkataan Chowrasta sebenarnya berasal dari bahasa Hindi ‘chauk raasta’ yang membawa maksud ‘dataran,’ perkataan ‘chowk’ seringkali digunakan untuk pasar-pasar di negara India.

Apa yang ada dekat pasar ni? Antara yang boleh anda sekeluarga shopping di sini adalah seperti minyak urut, pakaian, dodol, belacan dan macam-macam lagi, termasuklah kedai-kedai buku terpakai.

Waktu Operasi: Setiap Hari (6.30 am – 6.00 pm)

Alamat: Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang


20. Taman Rimba Teluk Bahang

Sudah puas berlanggar bahu dengan orang ramai, apa kata sekiranya anda sekeluarga menenangkan fikiran dengan melawat Taman Rimba Teluk Bahang.

Taman Rimba ini merupakan sebahagian daripada Taman Rekreasi Teluk Bahang yang berkeluasan 873 hektar secara keseluruhannya.

Taman Rimba yang berkeluasan 32 hektar ini ditubuhkan pada tahun 1974 untuk dijadikan lokasi bagi orang ramai mendekati flora dan faunanya.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah meredah hutan melalui laluan yang telah dipetakan, bermandi-manda di dalam kolam-kolam di dalam hutan, berkelah di kawasan yang disediakan, ataupun berkhemah untuk menikmati kesegaran udara hutan sepuas hati.

Untuk menuju ke Taman Rimba Teluk Bahang, hanyalah 15 minit atau 2.2 km daripada roundabout Teluk Bahang.

Alamat: Lorong Rimba, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang


19. The Habitat, Bukit Bendera

The Habitat yang terletak di Bukit Bendera adalah lokasi di mana anda dapat tenggelam di dalam keindahan flora hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun.

Penerokaan anda bermula dari lantai hutan melalui Natural Trail untuk mendekati pelbagai tumbuhan, reptilia, mamalia dan banyak lagi yang terdapat di dalam rimba ini.

Setelah itu, anda boleh berjalan melalui Langur Way Canopy Walk yang menawarkan pemandangan sehingga ke kawasan lembah hutan dan kebiruan lautan Andaman.

Sekiranya Langur Way Canopy Walk masih tidak dapat memuaskan pandangan mata anda di sekitar hutan ni, anda boleh berjalan melalui Curtis Crest Treetop Walk yang terletak pada ketinggian 13 meter dari tanah yang merupakan platform tertinggi di sini. Anda dapat menikmati pemandangan 360 darjah di sekitar Penang dan ini termasuklah sekitar George Town.

Untuk pengetahuan anda juga, di The Habitat terdapat beberapa buah taman bunga yang bertema seperti Fragrant Garden, Ginger Garden, Fern Garden, Butterfly Bank dan Palm Grove. Anda boleh memuaskan semua deria sentuh, rasa, hidu dan pendengaran sewaktu berada di sini.

Waktu Operasi: Dibuka Setiap Hari Termasuk Hujung Minggu Dan Cuti Umum

  • Standard Walk: 9.00 am – 5.30 pm (Keluar Sebelum 7.00 pm)
  • Sunset & Night Walk: Selepas 5.30 pm (Kemasukan Terakhir Pada Pukul 7.00 pm (Keluar Pada/Sebelum 8.00 pm)

Harga Tiket:

  • Masuk: Dewasa RM53 | Kanak-Kanak & Warga Emas RM31.80
  • Sunset Walk: Dewasa RM74.20 | Kanak-Kanak & Warga Emas RM42.40

Alamat: The Habitat Penang Hill, Bukit Bendera, 11300 Penang


Baca: 14 Tempat Menarik Di Pulau Perhentian | Panduan Bercuti Ke Syurga Laut Biru


18. Audi Dream Farm

Terletak di Sungai Rusa, Balik Pulau, Audi Dream Farm adalah sebuah kebun di mana anda sekeluarga dapat melihat penanaman pelbagai jenis sayur-sayuran dan pokok bunga yang ditanam secara semula jadi. Antara tanaman yang terdapat di sini adalah petola, pokok betik, bunga matahari dan banyak lagi.

Sambil melihat kehijauan di kawasan sekitar, anda sekeluarga boleh juga melihat pelbagai jenis burung yang diletakkan di dalam sangkar. Anak-anak pasti seronok dapat melihat kerenah burung-burung yang ada.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)

Bayaran Tour: Dari RM45

Alamat: Audi dreamfarm 145, MK B, Sg.Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang


17. PG Gold Museum

Teringin melihat di depan mata tongkol emas yang bernilai ratusan ribu ringgit? Anda boleh melawat PG Gold Museum! Inilah satu-satunya muzium emas yang terdapat di negara Malaysia dan juga di Asia Tenggara.

Di muzium ini anda bukan sekadar boleh melihat pameran, tapi juga dapat melihat  demonstrasi tentang bagaimana emas dan perak diproses dibentuk menjadi bongkah.

Tidak cukup dengan demonstrasi yang menarik ini, para pelawat juga boleh mencuba pelbagai aktiviti interaktif yang ditawarkan seperti mencari emas dan bergambar dengan mural-mural yang ada.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)

Alamat: 95 Bishop Street,10200 George Town, Penang


16. Batik Painting Museum

Batik Painting Museum adalah sebuah muzium yang terletak di Armenian Street di George Town. Muzium ini terletak di dalam sebuah rumah kedai tiga tingkat yang memiliki seni bina gaya unik selat.

Di dalamnya dipamerkan pelbagai karya seni menarik daripada pereka yang memiliki kepakaran dalam teknik seni batik. Di dalamnya terdapat dalam sekitar 70 karya batik untuk anda amati kehalusan seninya.

Salah satu karya batik yang terdapat di sini adalah daripada hasil tangan Dato’ Chuah Thean Teng yang dinamakan Woman with Fruit Basket iaitu sebuah karya yang disiapkan pada tahun 1950.

Waktu Operasi: Setiap Hari Termasuk Cuti Umum (10.00 am – 6.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM10 | Kanak-Kanak RM5

Alamat: 19 Armenian Street, 10200 George Town, Penang


15. The Gravityz

The Gravityz Pulau Pinang Image
Sumber: The Gravityz

The Gravityz, dengar sahaja namanya terbayang bagaimana ianya berkait dengan graviti dan ketinggian. Di sinilah anda dapat menguji keberanian diri yang sebenar atau berhadapan dengan perasaan takut yang ada dalam diri.

Walaupun anda perlu melalui saat-saat yang penuh dengan debaran, dalam waktu yang sama pemandangan yang mengujakan dapat dinikmati. Kalau anda nak tahu, The Gravityz merupakan salah satu daripada lokasi untuk aktiviti altitud tinggi yang terbaik di Asia. Terdapat 6 buah cabaran yang ditawarkan di sini iaitu Confidence Path, High Bench, A Great Bridge, X-Point, Z-wire dan G-Rocky.

Bayaran Masuk: Dari RM149

Alamat: 65th floor THETOP@KOMTAR, 1, Jalan Penang, 10000 George Town Penang


14. Suffolk House

Suffolk House Penang Image
Sumber: Teongei The

Ingin merasai pengalaman berada di masa lampau? Tak perlu bersusah-payah mencari mesin merentas masa, anda sekeluarga boleh membuka langkah kaki untuk ke Suffolk House.

Suffolk House adalah sebuah rumah agam dengan gaya lama Inggeris ataupun secara spesifiknya era Gerorgian pada sekitar awal 1800-an.

Rumah yang pada awalnya merupakan rumah penginapan pegawai British ini telah menerima Awards for Cultural Heritage Conservation pada tahun 2008. Setiap pelusuk rumah ini terjaga dengan baik dan dipenuhi dengan perabot-perabot yang berciri antik Anglo-Indian.

Setelah puas mencuci mata melihat keindahan segenap inci rumah lama ini, anda boleh menghilangkan lapar dan dahaga dengan menikmati makanan yang disediakan di restoran yang terletak di rumah agam yang telah pun berusia 200 tahun ini.

Waktu Operasi Rumah: 11.00am – 11.00pm

Alamat: 250, Jalan Air Hitam Georgetown 10460 Pulau Pinang


13. Wonderfood Museum

Wonderfood Museum Penang Image
Sumber: Joyee Ng

Wonderfood Museum adalah sebuah tarikan yang unik di Penang ni. Macam mana muzium makanan boleh unik pula kan? Sebagai ‘wonder’ food museum, sudah semestinya ada keistimewaan pamerannya.

Terletak di dalam bangunan berekabentuk kolonial 1940-an, muzium ini terbahagi kepada 3 bahagian galeri yang digelar sebagai Info Zone, Wow Zone dan Educational Zone. Di dalam seksyen pertama, dipamerkan 100 jenis street food dan makanan tradisional yang terkenal dalam kalangan komuniti Melayu, India, Cina dan Peranakan yang kesemuanya diletakkan di dalam gelas kaca.

Untuk Zon Info, anda dapat melihat pameran bersaiz mini tentang bagaimana rakyat tempatan menikmati makanan di gerai-gerai di tepi jalan, gerai mamak dan macam-macam lagi.

Daripada kesemua bahagian ini, zon yang paling HOT adalah Wow Zone dimana anda dapat berposing di samping model-model makanan terkenal di Penang yang berbentuk luar biasa besar seerti cendol, char kuey teow, rojak dan lain-lain lagi!

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM10

Alamat: 49, Lebuh Pantai Georgetown 10300 Penang (Sebelah CIMB bank)


12. Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum

Dark Mansion Penang memang sesuai untuk mereka yang mencari aktiviti dalaman yang luarbiasa. Kalau di Avatar Secret Garden anda dapat melihat cahaya lampu magikal pada pokok-pokok, dekat Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum ini pula anda akan dikelilingi oleh cahaya daripada lukisan-lukisan yang berubah daripada 2D kepada ilusi optik 3D.

Antara dunia 3D Glow yang dapat anda nikmati di sini adalah tema-tema seperti misteri hutan tropika, jambatan bercahaya, berjalan di dalam laluan yang dikelilingi cahaya bintang dan banyak lagi! Jangan lupa untuk penuhkan bateri kamera anda sebelum ke sini!

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 6.30 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-Kanak & Warga Emas RM15

Alamat: 145, Lebuh Kimberley, 10100 Georgetown, Penang


11. Clan Jetties Floating Village

Clan Jetties Floating Village Image
Sumber: Ramesh Raja

Clan Jetties Floating Village adalah sebuah kawasan perkampungan Cina yang terletak di atas air ataupun sebuah perkampungan terapung yang sangat menarik untuk dilihat. Di sini terdapat 6 buah kampung berbeza yang mana setiap kampung memiliki kelompok dan tokong mereka sendiri.

Untuk pengetahuan anda, rumah-rumah yang terapung di atas air ini dibina menggunakan sejenis kayu yang istimewa yang mempunyai ketahanan yang tinggi.

Sekiranya anda merancang untuk ke sini, waktu yang terbaik adalah pada awal pagi dalam sekitar pukul 7, kerana pada waktu ini anda dapat melihat bagaimana komuniti di sini memulakan hari mereka yang kebiasaannya menyediakan makanan atau pun ke tokong.

Lokasinya, hanyalah 10  minit berjalan kaki dari Komtar.

Alamat: Weld Quay, 10300 George Town, Penang


Baca: 25 Pulau Di Malaysia Yang Luarbiasa


10. Teluk Duyung (Monkey Beach)

Teluk Duyung sebenarnya amat dikenali ramai sebagai Monkey Beach kerana kehadiran monyet di sekitar kawasan ini.

Walaupun memiliki memiliki kehadiran si monyet, teluk dengan pemandangan yang indah ni tetap menjadi pilihan ramai kaki camping terutamanya bagi para pendaki kerana kawasannya yang terletak di kaki bukit yang menempatkan Rumah Api Muka Head.

Untuk pengetahuan anda, Teluk Duyung (Monkey Beach) adalah sebahagian daripada Taman Negara Penang.

Alamat: Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang


9. Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge

Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge ataupun nama lainnya Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah jambatan yang terpanjang di Malaysia dan juga di Asia Tenggara! Berapa kepanjangannya yang luar biasa ni?

Jambatan ini memiliki kepanjangan sejauh 15 batu ataupun 24 km yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung. Jambatan ini telah dinamakan sempena Sultan Kedah ke-28, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Alamat: Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Penang


8. Teluk Kampi

Teluk Kampi Penang Image
Sumber: Gerry Ooi

Sekiranya anda ingin menikmati ketenangan yang sebenar setelah puas menempuhi hiruk-pikuk di kawasan lain di Penang ni, anda boleh menuju ke Teluk Kampi.

Untuk menuju ke sini, tidaklah semudah tarikan alam semula jadi lain di negeri ini, kerana anda perlu menaiki bot dari jeti Teluk Bahang ataupun mendaki yang mengambil masa dalam 1 jam untuk sampai.

Anda boleh juga menggunakan laluan yang lebih panjang yang mana anda akan ditemukan dengan laluan kanopi yang akan membawa ke arah kawasan bukit yang bertentangan.

Setelah menggunakan laluan ini, anda akan ditemukan dengan laluan di penghujung pantai yang akan membawa ke arah Teluk Kampi, hati-hati, kerana  laluan ini sebenarnya agak mencabar. Jangan lupa untuk memakai pakaian yang sesuai seperti kasut yang memiliki cengkaman yang kuat.

Alamat: Teluk Kampi


7. Rumah Api Muka Head

Rumah Api Muka Head Pulau Pinang
Sumber: Francis Phuah

Jika anda memiliki jiwa yang lasak, jangan sesekali melepaskan peluang untuk ke Rumah Api Muka Head alang-alang sudah sampai ke Pulau Pinang.

Kenapa kena lasak? Sebabnya, untuk menuju ke sini dari pintu masuk mengambil masa dalam sekitar 2 jam atau 4.7 km.

Apa yang menariknya tentang rumah api ini adalah kerana dari sini anda dapat menikmati panorama 360 darjah di sekitarnya. Sekiranya cuaca baik, anda dapat melihat pemandangan yang menjangkau sehingga ke Pulau Langkawi dan Sumatra, Indonesia!

Sebagai info tambahan, Rumah Api Muka Head ini dibina pada tahun 1883 dan terletak pada ketinggian 242 meter dari paras laut. Tinggi bukan? Dah sampai ke Penang nanti, jangan lupa untuk ke sini! Rugi kalau tak pergi!

Harga Tiket: Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3

Alamat: Taman Negara Pulau Pinang, Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang


6. Khoo Kongsi

Terletak di Jalan Acheh, Khoo Kongsi boleh dikatakan sebagai salah satu tarikan yang paling bersejarah dekat bandaraya George Town ni.

Dibina sekitar 650 tahun yang lalu, Khoo Kongsi atau nama lainnya Dragon Mountain Hall telah dibina oleh orang tukangan yang didatangkan daripada negara China. Di dalam rumah ini terdapat mural-mural yang menggambarkan tarikh-tarikh kelahiran, patung-patung dewa dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)

Alamat: 18 Cannon Square, Georgetown


5. Penang Sky Walk @ The Top (Menara Komtar)

Penang Sky Walk Image
Sumber: Travela

Ingin melihat Penang dari sudut pandangan seperti seekor burung yang terbang tinggi? Anda boleh menuju ke menara Komtar untuk ke The Top atau Penang Sky Walk yang terletak di tingkat 65 dan 68 bangunan ini.

Bukan tempat menikmati pemandangan yang biasa! Sebab di sini anda dapat berasa seperti terapung di udara kerana berjalan di atas gelas kaca dari ketinggian 249 meter sekiranya berada di tingkat 68.

Kalau anda nak melihat pemandangan sambil dalam aircond pula,  adalah boleh menuju ke tingkat 65 yang juga berlantai kaca.

Apa pemandangan yang paling anda ingin lihat dari tingkat yang setinggi ini? Pemandangan Penang di waktu malam atau siang? Rancanglah masa lawatan anda berdasarkan apa yang anda ingin lihat. Jangan lupa untuk membawa kamera HD!

Waktu Operasi: Level 65 Observatory Deck: Ahad – Khamis (11.00 am – 10.00 pm) | Jumaat -Sabtu (11.00 am – 11.00 pm) | Cuti Sekolah/ Cuti Umum (10.00 am – 10.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa RM48 | Kanak-Kanak RM28

Alamat: THE TOP Penang 1, Jalan Penang, 10000 George Town, Penang


4. Penang Bridge

Penang Bridge Image
Sumber: Seasia

Tahukah anda apa jambatan kedua yang terpanjang di Malaysia? Jawapannya adalah jambatan yang dinamakan Penang Bridge/ Jambatan Pulau Pinang.

Jambatan yang berkepanjangan 13.5 km ini menghubungkan Bayan Lepas dan daerah di tanah besar semenanjung, Seberang Perai. Kalau anda nak tahu, setiap tahun, Larian Jambatan Pulau Pinang diadakan di sini.

Alamat: Jambatan Pulau Pinang


3. Pulau Aman

Ya, di Penang bukan hanya ada Pulau Pinang, tapi juga Pulau Aman yang sebenarnya masih ramai tak tahu kewujudannya. Pulau ini adalah salah satu daripada pulau kecil yang dijadikan tempat penempatan di negeri ini.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan sekiranya anda ke pulau ini adalah menikmati pemandangan dan suasana kampung yang ‘pekat’ yang kaya dengan rumah-rumah kayu dan penduduk yang rancak melakukan aktiviti perikanan, menyalai ikan, udang dan lain-lain lagi, anda juga boleh mencuba nasib memancing di pulau ini.

Tarikan lain yang boleh dilihat di sini adalah Telaga Emas, melihat ternakan rusa dan kambing, menikmati makanan laut yang segar, stargazing dan banyak lagi!

Untuk menuju ke sini, anda boleh ke Jeti Batu Musang yang beroperasi setiap hari dari 8.00 pagi ke 8.00 malam. Masa yang diambil untuk sampai ke Jeti Pulau Aman dengan menaiki bot dari sini hanyalah 10 minit.

Alamat: Pulau Aman


2. Chulia Street, George Town

Chulia Street, George Town Penang Image
Sumber: I Love Penang

Chulia Street adalah lokasi di mana terletaknya banyak sekali penginapan-penginapan bajet bagi anda yang ingin meneroka Penang tanpa berbelanja besar untuk penginapan.

Bukan sahaja kaya dengan tempat penginapan, ia juga menjadi lokasi bagi banyak kafe, restoran, kafe siber, dobi, agensi pelancongan dan banyak lagi yang memberikan kemudahan kepada para pelancong.

Untuk pengetahuan anda, Chulia Street adalah salah satu daripada jalan yang tertua di George Town. Dianggarkan nama Chulia Street (atau asalnya Chulier Street) telah wujud sejak tahun 1798 lagi! Wow! Sangat klasik!

Alamat: Chulia St, Georgetown, 10450 George Town


1. Pantai Batu Ferringhi

Kami telah memilih Pantai Batu Ferringhi sebagai destinasi terakhir untuk entri ini. Kepada meraka yang selalu datang ke Pulau Pinang anda pasti setuju bahawa Pantai Batu Ferringhi ini merupakan pantai yang paling popular di Pulau Pinang.

Di sini anda dapat berjalan di atas pantai pasir yang luas sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Selain daripada itu anda juga boleh melakukan dengan aktiviti sukan air seperti jetski dan parasailing.

Alamat: Pantai Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang.


Berakhir sudah senarai tempat menarik di Pulau Pinang dan kami harap anda telah mendapat inspirasi untuk merancang percutian anda ke sana kelak. Tidak kira destinasi mana anda pilih untuk dilawati kami harap anda pulang membawa banyak kenangan manis.

Sebenarnya banyak lagi tempat penginapan yang terdapat di sekitar Penang ni. Kalau anda ingin menikmati penginapan yang best semasa berada di Penang sambil meneroka semua tarikan yang ditawarkannya anda boleh membuat pilihan berdasarkan daripada artikel kami yang bertajuk 27 Hotel Menarik di Penang.

Sekiranya anda menginginkan penginapan yang terletak berdekatan dengan pantai yang meriah di Penang iaitu Pantai Baru Ferringhi, anda boleh memilih mana-mana penginapan di dalam artikel kami bertajuk 21 Hotel Murah di Batu Ferringhi.

Kalau anda nak merasai segala yang ditawarkan di kawasan bandar yang terkenal di Penang, George Town tanpa perlu berbelanja lebih, anda boleh membuat pilihan penginapan berpandukan artikel kami yang bertajuk 21 Hotel Murah di Georgetown.

Untuk memudahkan anda membuat perancangan percutian bajet ke Pulau Pinang pula, kami telah menyediakan senarai 19 hotel murah di Penang yang menawarkan nilai paling bagus untuk wang. Kami harap ia dapat memberi anda sedikit gambaran tetang jenis bilik, kemudahan dan harga yang ditawarkan oleh hotel di pulau tersebut.

Banyak bukan pilihan-pilihan penginapan yang dah kami senaraikan? Jangan tak tahu, sebenarnya banyak lagi penginapan lain yang terdapat di Pulau Pinang. Anda boleh melihat pilihan yang teramatlah banyak dengan melayari booking.com.

Jangan buang masa lagi! Nasi Kandar asli Penang dah memanggil-manggil untuk anda nikmati sebaik tiba di sana nanti! Jangan lupa juga untuk membawa semua kamera yang ada di rumah ke sini! Selamat bercuti ke Penang!

4.4/5 - (223 votes)