15 Tempat Menarik Di Sekinchan (2023) | Jom Terokai Keindahan Jelapang Padi Selangor

Sekinchan adalah antara tempat yang kian mendapat perhatian ramai untuk diterokai, terutama sekali ketika hujung minggu.

Suasana desa yang harmoni, makanan laut yang sedap dan pemandangan yang cantik menjadikan Sekinchan tempat yang tepat untuk weekend getaway atau escape hujung minggu dari kesibukan kehidupan harian, ibu kota. Mari kami kongsikan 15 tempat menarik di Sekinchan yang perlu anda kunjungi.

15. Pantai Cermin (Sky Mirror)

Pantai Cermin (Sky Mirror) - Gambar Pelanggan
Sumber: fikri_zamri

Sebuah lagi fenomena unik di perairan Kuala Selangor ialah Sky Mirror atau Pantai Cermin. Sky Mirror ialah sebuah pantai yang muncul secara tiba-tiba di tengah perairan yang menjadikannya cetek dan membolehkan anda terokai dan bergambar di sini.

Baca: 12 Tempat Makan Menarik Di Sekinchan | Restoran Best Wajib Cuba

Ianya muncul hanya 3-4 jam pada waktu pagi yang menimbulkan refleksi awan yang sangat nyata, seperti cermin.

Pantai Cermin (Sky Mirror) - Gambar Kumpulan
Sumber: fikri_zamri

Apa yang lebih unik ialah fenomena ini hanya berlaku pada hari pertama, kedua, keempat belas, kelima belas, keenam belas dan ketiga puluh setiap bulan. Sungguh misteri, bukan? Sama seperti Salar de Uyuni di Bolivia yang merupakan air masin rata di sana. Ramai pengunjung ke sini untuk dapatkan gambar yang cukup menarik. Malah, ada yang datang untuk gambar wedding outdoor tau. Cantik sangat.

Alamat: 215, Jalan Pasir Penambang, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi: 8am keatas

Warganegara DewasaRM80
Warganegara Kanak-kanakRM65
Bukan warganegara DewasaRM100
Bukan Warganegara Kanak-kanakRM90

14. Blue Tears

Tahukah anda di Kuala Selangor ni, terdapat sebuah perairan yang akan bercahaya di waktu malam? Tempat ini dinamakan Blue Tears. Fenomena bioluminescence ini terjadi secara semulajadi disebabkan sejenis algae atau plankton yang ada dalam air yang mengeluarkan cahaya biru kehijauan. Anda boleh naiki bot dari jeti sky mirror untuk menyaksikan sendiri fenomena luarbiasa ini.

Menurut pakar, waktu terbaik untuk menyaksikan dan menikmati Blue Tears ialah pada jam 9pm ke atas. Lebih gelap, lebih terang cahaya yang akan anda saksikan. Anda dinasihatkan untuk membawa equipment penggambaran yang berkualiti atau yang mempunyai mode malam untuk dapatkan gambar yang terang. Selain itu, jangan lupa bawa sekali ubat penghalau nyamuk dan air minuman.

Alamat: 215, Jalan Pasir Penambang, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi: 8pm/9pm/10pm (setiap Malam)

Harga Tiket: 

Warganegara DewasaRM30
Warganegara Kanak-kanakRM20
Bukan warganegara DewasaRM50
Bukan Warganegara Kanak-kanakRM40

13. Ah Ma’s House

Ah Ma's House Sekinchan - Gambar Depan
Sumber: Money Yau

Siapa di sini merupakan peminat kuih tradisional masyarakat Cina iaitu Kuih Kapit? Di Sekinchan ini terdapat sebuah kedai lama yang cukup sinonim dengan kuih tradisional ini. Ah Ma’s House sudah pun beroperasi selama bertahun-tahun. Malah, pembuatan kuih Kapit mereka tetap dengan cara dan alatan tradisional. Jadi, rasanya juga cukup authentic dan asli.

Ah Ma's House - Gambar Pameran dan Kedai
Sumber: CK Tan, Kervin Chang, BrYan LeE, Joseph Ng

Selain dari kuih Kapit, mereka turut menjual kuih-muih lain. Namun, kuih Kapit memang menjadi tarikan utama la. Ah Ma’s House ini juga sangat menarik kerana hiasan dalamannya yang menempatkan dan mencerminkan tradisi masyarakat Cina dari zaman dahulu. Banyak barangan antik menghiasi kedai ini. Nak bergambar pon cukup menarik.

Alamat: Lot 10376, Jalan Tali Air 5, 45400 Sekinchan

Waktu Operasi: 10am-6pm (setiap hari)


12. Eagle Feeding di Pasir Penambang

Eagle Feeding di Pasir Penambang - Pelanggan Dalam Bot
Sumber: ellia.anuar

Pernah tak anda melihat burung helang dalam elemen semulajadinya? Selalunya kita dapat melihat burung helang di zoo atau taman burung, kan? Di Sekinchan anda boleh melihat burung helang dalam keadaan dan suasana alaminya. Eagle Feeding di Pasir Penambang adalah antara pengalaman yang perlu anda alami walau sekali seumur hidup.

Eagle Feeding di Pasir Penambang - Gambar Helang Tengah Makan
Sumber: euyevios

Dalam pengalaman ini, anda akan dibawa di atas bot ke tengah perairan. Setelah itu, enjin bot akan dipadankan bagi mengelak burung helang lari. Dari atas bot, seorang pemandu bot akan mencampakkan makanan helang yang berupa kulit ayam ke dalam air.

Dari saat ini, anda perlu bersedia bersama kamera anda untuk menangkap gambar. Tidak lama selepas itu, anda akan melihat 30-40 ekor burung helang akan terbang turun dari langit untuk mencapai makanan. Memang sebuah pengalaman yang cukup istimewa.

Alamat: 215, Jalan Pasir Penambang, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Oeprasi: 3pm-6.45pm (setiap hari)

Harga Tiket:

Warganegara DewasaRM25
Warganegara Kanak-kanakRM20
Bukan warganegara DewasaRM40
Bukan Warganegara Kanak-kanakRM30

11. Bukit Melawati

Bukit Melawati - Gambar Drone Dari Atas
Sumber: Mohd Zafuan Wan

Merupakan pusat pelancongan yang cukup menarik dengan kepelbagaian aktiviti dan cerita-cerita sejarah Kuala Selangor, Bukit Melawati adalah antara destinasi hujung minggu yang ideal. Anda dan keluarga boleh luangkan masa menaiki tram, mengeni sejarah Kuala Selangor dan bergambar dengan latar belakang yang cukup cantik.

Bukit Melawati - Gambar Taman Dan Menara
Sumber: ELinFaRiZza

Di puncak Bukit Melawati, terletaknya Kota Melawati yang bukan saja menawarkan pemandangan indah, ia juga menempatkan kubu lama dari kurun ke 16 yang dibina boleh kerajaan kesultanan Melayu Melaka. Di sini juga terdapat rumah lampu Kuala Selangor atau Altinburg Lighthouse. Anda juga boleh menyaksikan spesis monyet yang dinamakan Silvery Lutong yang berkeliaran di sekitar Bukit ini. Muzium Sejarah Kuala Selangor juga ada di sini.

Alamat: 45000 Kuala Selangor, Selangor


10. Pasar Jerami Ban Kenal

Pasar Jerami Ban Kenal - Gambar Papan Tanda Masuk
Sumber: snappostcaptionlater_lah

Pasar Jerami Ban Kenal adalah antara tempat yang cukup unik. Hanya ada di sekitar Kuala Selangor saja tau. Jadi jika anda bercuti atau berkunjung ke Sekinchan, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke sini. Pasar Jerami Ban Kenal merupakan sebuah tempat tarikan yang berunsur pasar petang. Hanya beroperasi pada hujung minggu, pasar petang di sini memang meriah.

Pasar Jerami Ban Kenal - Gambar Pasar Dan Tarikan
Sumber: Nur Shaza, 2 Swing, Muzairee Daud, dekna.bieeeeee

Pasar petang di sini bukan sahaja membawakan gerai-gerai makanan, malah gerai-gerai menjual baju dan mainan juga ada di sini. Selain dari pasar petang, Pasar Jerami Ban Kenal ini juga dikunjungi kerana keunikan suasana di sini. Pagar masuk ke tempat ini sahaja sudah menjadi tarikan ramai dengan susunan jerami bergulung menghiasi pintu masuk. Ramai suka bergambar di sini kerana latar belakangnya yang nampak seperti negeri Texas di Amerika Syarikat.

Alamat: Parit 14 Ban Kenal, Simpang Lima, 45300 Sungai Besar, Selangor

Waktu Operasi: 1pm-7pm (Sabtu & Ahad sahaja)


9. Perkampungan Nelayan Sekinchan

Perkampungan Nelayan Sekinchan - Gambar Pelawat Menikmati Pemandangan
Sumber: Aisyah Humaira

Sekinchan yang terkenal dengan suasana sawah padinya, juga sinonim dengan suasana perkampungan nelayan. Malah, di sini, anda dapat mengalami pelbagai suasana. Perkampungan Nelayan Sekinchan memang sangat popular dan digemari golongan yang sukakan sukan memancing.

Perkampungan Nelayan Sekinchan - Gambar Bot Tersusun
Sumber: Haffis Musthafa

Bukan sahaja anda dapat memancing bersama, anda juga boleh menikmati keindahan suasana perkampungan nelayan yang cukup tenang. Sangat berbeza dengan suasana kota yang sentiasa sibuk dan penuh dengan tekanan. Di sini, anda boleh bergaul mesra dengan para nelayan dan memahami cara hidup yang berbeza. Jangan lupa juga untuk singgah di kedai-kedai makan di sini untuk nikmati hasil tangkapan yang cukup segar.

Alamat: Bagan Sekinchan, 45400, Sekinchan


8. MSekin Wonderland

MSekin Wonderland - Gambar Pintu Masuk
Sumber: SekinWonderland

Tahu tak, dekat Sekinchan ni ada taman tema air? Hebat, kan? Pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk membawa anak-anak dan kaum keluarga ke MSekin Wonderland apabila datang ke Sekinchan nanti.

MSekin Wonderland ini terletak berdekatan dengan Pantai Redang Sekinchan dan bersambung dengan Sekin Hotel & Resort. Jadi, jika anda akan ke sini, bolehlah menginap sekali di hotel.

MSekin Wonderland - Gambar Kolam renang
Sumber: SekinWonderland

Kalau anda nak tahu, Di MSekin Wonderland ini terdapat lebih kurang 10 kolam yang dilengkapi dengan gelongsor, pancutan air atau aktiviti-aktiviti menarik. Pasti anda dan anak-anak perlukan masa sehari suntuk untuk puas bermain di sini. Tambahan pula, ia bersebelahan dengan pantai. Boleh mandi laut sekali!

Alamat: No 358, Jalan Pantai Redang, Bagan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: 

Isnin-Jumaat9am-8pm
Sabtu-Ahad9am-11pm
*Cuti umumTutup pada jam 12am

Harga Tiket:

Harga TiketWarganegara (Mykad & Mykid)Bukan Warganegara
Walk-inOnlineWalk-inOnline
DewasaRM25RM25RM30RM30
Kanak-kanak (1-12 tahun)RM20RM20RM25RM25
Warga Emas (60 tahun ke atas)RM25RM25RM30RM30

7. Pantai Redang Sekinchan

Pantai Redang Sekinchan - Gambar Pantai
Sumber: نورليذا عزيز

Sekinchan memang terkenal dengan kawasan sawah padi dan suasana kampungnya. Namun, ia juga popular dengan kawasan pantai dan kampung nelayan. Jika anda ingin bersiar-siar dan meneroka Sekinchan, tidak lengkaplah jika tidak ke Pantai Redang Sekinchan. Nikmati angin pantai sambil berkelah atau bermain layang-layang bersama keluarga anda. 

Di Sekitar kawasan Pantai Redang Sekinchan ini juga terdapat banyak kedai-kedai makan makanan laut. Jadi, jika anda terasa nak makan seafood, kawasan inilah yang tepat untuk anda kunjungi.

Pantai Redang Sekinchan - Gambar Papan Tanda dan Pantai Dari Atas
Sumber: Kelly Yap, Wilfred Loy Yong Kang, Vincent, masros_tukiran

Makanan-makanan laut di sini juga segar-segar belaka. Maklumlah, perkampungan nelayan kan. Di Pantai Redang Sekinchan ini juga, kemudahan awamnya lengkap. Ada tandas awam dan kawasan tempat duduk awam yang disediakan. Kalau anda tunggu di pantai sehingga 7pm, bolehlah saksikan matahari terbenam bersama keluarga. Cantik sangat.

Alamat: 25, Jalan Jpt, 45400 Sekinchan, Selangor


6. Laman Tebu Aidil

Laman Tebu Aidil - Gambar Pelanggan Di Kelililngi Pokok Tebu
Sumber: tunkuanwar

Bila anda di Sekinchan, jangan lupa singgah ke Laman Tebu Aidil & Aidil Orked yang terletak di Sungai Besar. Laman Tebu Aidil ni memang sangat popular dengan minuman tebu fresh dari ladang tebu mereka.

Sebenarnya ia merupakan sebuah ladang tebu dan Bunga Orkid. Namun, terdapat sebuah gerai di sini Di mana mereka merah air tebu secara langsung. Memang sedap, terutama sekali ketika cuaca panas.

Laman Tebu Aidil - Gambar makanan dan Restoran
Sumber: jomzz_jenjalan, Zainiesta Channel, AcAi Azfar, sepinggan_putih

Mereka turut menyajikan pelbagai makanan lain di sini tau. Ada laksa, nasi impit, nasi lemak, kepak ayam madu, buah-buahan dan macam-macam lagi.

Memang seronok makan di sini sambil menikmati suasana ladang tebu yang juga menjadi port bergambar kegemaran ramai. Memang insta-worthy la tempat ini kerana suasananya dan latar belakang yang berlainan.

Alamat: Kampung Parit Empat, 45300 Sungai Besar, Selangor

Waktu Operasi: 11.30am-7.30pm (setiap hari, tutup pada hari Selasa & Rabu)


5. Galeri Padi Sekinchan

Galeri Padi Sekinchan - Gambar Geleri Dari Depan
Sumber: Yousoff Effendy Mohd Ali

Galeri Padi Sekinchan merupakan sebuah kilang, muzium, galeri dan kedai, 4 dalam 1. Jomlah ajak anak-anak dan keluarga pelajari dan ketahui tentang padi dan beras. Lagipun, setiap hari makan nasi, kan? Di Sekinchan inilah anda boleh pelajari tentang makanan asasi orang kita. 

Di sini, anda akan dibawa ke galeri padi di mana anda boleh menonton sebuah dokumentari tentang sejarah padi di Selangor ini, cara is ditanam pada zaman dahulu dan sejarah perkembangan teknologi penanaman dan penyemaian padi.

Galeri Padi Sekinchan - Gambar Pameran Dan Kilan Proses Beras
Sumber: Lynny Wynny, Danny Phoon

Di sini, anda juga boleh menyaksikan sendiri proses penanaman PADI dari mula ia ditanam sehingga ke proses pengilangan yang akhirnya menjadi sepaket beras yang kita beli dari pasaraya.

Alamat: Lot No, Ban 2, 9990, Jalan Tali Air 5, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: 9am-12.30pm / 2pm-5.30pm (setiap hari)

Harga Tiket: RM5 (Kanak-kanak bawah 95cm masuk percuma)


4. Sawah Padi Sekinchan

Sawah Padi Sekinchan - Gambar Dari Atas
Sumber: zenderc

Sawah Padi di Sekinchan ini memang antara lokasi yang popular di kalangan orang kita. Sebut sahaja nama Sekinchan, mereka terus terbayang sawah padi yang hijau dan luas terbentang. Sawah Padi di Sekinchan ini memang cantik.

Bila kita tengok, ia sangat luas sehingga nampak garisan bumi hijau ini bertemu dengan langit biru. Kecantikan inilah yang membuatkannya antara tarikan utama di Sekinchan.

Sawah Padi Sekinchan - Gambar Orang Menikmati Pemandangan
Sumber: thefrugalcampers

Seringkali dijadikan tempat bergambar, terutama sekali untuk para pengantin, sawah padi Sekinchan ini sebenarnya hijau sebelum musim menuai sahaja. Selepas padi dituai, nampak tanah sahaja la.

Jadi, jika anda ingin ke sini untuk bergambar, pastikan anda datang sekitar bulan Mac hingga pertengahan bulan Mei dan awal September sehingga pertengahan November. Ini kebiasaannya la. Kadang kala tidak menentu.


3. Sekinchan Coconut Farm

Sekinchan Coconut Farm - Gambar Tempat Makan
Sumber: Sekinchan Coconut Farm

Sekinchan memang banyak menempatkan ladang dan kebun buah-buahan. Jadi, jika anda ke Sekinchan, banyak sangat tempat yang boleh anda kunjungi untuk dapatkan sayuran dan buah-buahan yang segar.

Sebuah lagi ladang yang perlu anda kunjungi ialah Sekinchan Coconut Farm yang terletak di Jalan Tali Air 4. Sebenarnya, ia merupakan ladang kelapa, tetapi banyak gerai makanan dan minuman dibuka di sini. Jadi anda dan keluarga dapat menikmati makanan dalam suasana yang cukup istimewa.

Sekinchan Coconut Farm - Gambar Fasiliti Dan Makanan Yang Ditawarkan
Sumber: pohkemon, lifeszejie, moridzuan228, Wong Wah Meng

Tentunya tarikan utama ialah gerai menjual air kelapa dan coconut shake. Diperbuat dari kelapa segar, memang sangat best. Makanan lain yang boleh didapatkan di sini termasuk waffle, hot dog, takoyaki dan macam-macam lagi street food. Memang ramai kat sini. Tetapi, sangat berbaloi.

Bukan sahaja dapat makan dan minum sedap-sedap, anak-anak juga dapat bermain kerana ada satu sudut kecil yang ada jongkang jongkit untuk mereka. Selain itu, jangan lupa untuk bergambar sakan ye di sini. Suasana dan pemandangannya sangat cantik.

Alamat: Lot 14307, Jalan Tali Air 4, 45400 Sekincan, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: 10am-5.30pm (setiap Sabtu-Ahad sahaja)


2. Triangle Farm Cottage House

Triangle Farm Cottage House - Gambar Tetamu Bergembira
Sumber: kee_budakmerah

Jika anda merancang untuk tidur semalam atau overnight di Sekinchan, bolehlah Cuba Triangle Farm Cottage House. Maklumlah, dah seharian berjalan dan meneroka Sekinchan, mesti letih, kan? Jadi penginapan unik seperti Triangle Farm Cottage House ini memang sesuai la dengan trip anda. Terletak di Farmville Homestay, Sekinchan, Triangle Farm Cottage House mengetengahkan konsep rumah tiga segi dan glamping sebagai penginapan. Memang comel, unik dan selesa.

Triangle Farm Cottage House - Gambar Halaman, Bilik Dan Kolam Renang
Sumber: city campus, Zarina Emir Hazriel, Nick Loong, Tarsmizi Zainudin, salinanilas

Terdapat berbagai jenis bilik di sini yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian bajet dan saiz keluarga anda. Semua bilik di sini dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik mandi persendirian dan pelbagai lagi amenities yang akan memudahkan anda. Terletak di tengah sawah padi, anda juga dapat menikmati pemandangan yang cukup istimewa dari bilik anda. Apalagi bila ditambah dengan aktiviti-aktiviti yang menarik yang disediakan di sini seperti mini golf, kolam renang dan BBQ.

Alamat: Jalan Ban Kenal, Jalan Parit 5, 45400 Sekinchan, Selangor


1. Padi Box

Padi Box - Gambar Luar
Sumber: sights._n._bites._

Sebuah lagi penginapan di tengah sawah yang boleh anda pilih ialah Padi Box. Penginapan yang diperbuat dari mengubahsuai kontainer ini memang comel-comel belaka. Memang sangat unik dan cantik cara ia direka dan dihias.

Setiap bilik di sini menawarkan pemandangan sawah padi yang cantik dan menghijau. Bayangkan betapa tenang dan damainya bila dapat menikmati matahari terbit dengan pemandangan sawah padi yang luas.

Padi Box - Gamber Halaman, fasiliti dan Bilik
Sumber: ninazahari, Ahmad Farit Bin Mazlan, Cikttie RR

Setiap bilik di sini bukan sahaja dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik mandi persendirian dan pelbagai amenities lain yang akan menjanjikan keselesaan buat anda sekeluarga. Selain dari penginapan, mereka juga menawarkan beberapa aktiviti lain seperti berbasikal dan pengalaman sawah padi. Bolehlah anda sekeluarga alami sendiri Cara menanam dan menuai padi. Unik, kan?

Alamat: Lot 11126, Jalan Tali Air 4, 45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia


Itu dia 15 tempat menarik di sekitar Sekinchan. Menarik, kan? Tak sangka tempat-tempat macam ni wujud, cuma beberapa jam dari bandar Kuala Lumpur. Bolehlah anda dan keluarga atau rakan-rakan berhibur di hujung minggu. Rasa seperti bercuti keluar negeri, walaupun hanya di luar kota. Selamat berjalan-jalan!

4/5 - (8 votes)