31 Tempat Menarik Di Tokyo | Jom Jelajah Keindahan Ibu Kota Jepun

Kalau anda rasa KL dah sibuk dan padat dengan pelbagai tarikan menarik, kota metropolitan Tokyo adalah 100 kali ganda lebih daripada ini!

Apa yang menjadikan bandar ini unik adalah bagaimana sebuah kota boleh menggabungkan kesemua elemen moden, trendy, futuristik dan era lama dalam satu bandar yang sama?

Kota yang meriah dengan pelancong yang datang daripada pelbagai sudut dunia ni juga masih memiliki kawasan tarikan yang tersorok dari mata pelancong dengan atmosfera menarik dan padat dengan peninggalan lama, tapi di mana? Nak tahu?

Anda perlu baca senarai ini satu persatu untuk mengupas sedikit demi sedikit tentang tarikan-tarikan yang terdapat di kota ini. Hati-hati, keinginan untuk ke Tokyo tak akan dapat ditahan sebaik habis baca artikel ni. Tak percaya? Teruskan membaca senarai tempat menarik di Tokyo ini.

31. Senso Ji

Senso Ji Tokyo Image
Sumber: YuLi Wan‎

Senso Ji adalah sebuah tokong Buddha yang terletak di Asakusa. Tokong ini merupakan antara tempat penyembahan yang paling berwarna-warni dan terkenal di Tokyo!

Baca: 50 Tempat Menarik Di Jepun

Jangan terkejut, tokong ini juga sebenarnya adalah tokong yang tertua di Tokyo, ianya siap dibina pada tahun 645! Betapa tuanya usia tokong ni kan? Untuk menuju ke kawasan tokong ini, anda akan melalui shopping street yang berkepanjangan 200 meter yang digelar Nakamise.

Alamat: 2 Chome-3-1 Asakusa, Taitō, Tokyo 111-0032, Japan

Waktu Operasi:

  • Main Hall: Setiap Hari (6.00 am – 5.00 pm) | Oktober – Mac (6.30 am – 5.00 pm)
  • Tapak Sekitar: Sentias Dibuka

Bayaran Masuk: Percuma


30. Yayoi Kusama Museum

Yayoi Kusama Museum adalah sebuah muzium yang didedikasikan untuk seorang seniman Jepun yang cukup terkenal dengan rekaan designnya yang bermotifkan polka dot.

Yayoi Kusama merupakan seorang wanita yang dilahirkan pada tahun 1929 di Nagano. Beliau telah mula melukis sejak kecil lagi dan apa yang dihasilkannya merupakan corak-corak yang terbayang di fikirannya sendiri.

Bukan calang-calang, ketika berusia 27 tahun, beliau telah berpindah ke US dan berjaya mencipta nama di sana. Salah satu karyanya yang pernah terjual adalah bernilai 7.1 juta pada tahun 2014, ini juga merupakan bayaran tertinggi pernah diterima untuk seorang karyawan wanita yang masih hidup.

Nak selami dunia karyawan hebat di Jepun ni? Anda boleh lawati muzium ini, namun tiket perlu dibeli dengan awal secara online untuk menempah slot waktu.

Alamat: 107 Bentencho, Shinjuku, Tokyo 162-0851, Japan

Waktu Operasi: Khamis – Ahad (11.00 am – 5.30 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa JPY1,000 | Kanak-Kanak (6 – 18 Tahun) JPY600


29. Shinjuku Gyoen National Garden

Shinjuku Gyoen National Garden adalah salah satu taman yang paling besar dan terkenal di Tokyo. Terletak hanyalah beberapa tapak dari Shinjuku Station, taman dengan kemasukan yang berbayar ini menawarkan kawasan yang cukup luas dan mendamaikan untuk diterokai.

Taman pun berbayar? Kalau anda tahu nilai sejarahnya serta betapa indahnya pemandangan di dalam taman ini, anda mesti tak akan berfikir 2 kali. Shinjuku Gyoen National Garden sebenarnya telah wujud sejak zaman Edo (1603 – 1867) lagi yang pada awalnya merupakan tempat tinggal para bangsawan. Kawasan ini kemudiannya dijadikan taman botani sebelum diberikan kepada keluarga Diraja pada tahun 1903.

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Tokyo

Namun begitu, ketika Perang Dunia Ke-2, taman ini hampir musnah secara keseluruhan dan kemudiannya dibaikpulih sebelum dibuka kepada orang awam pada tahun 1949.

Taman ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Taman Lanskap Jepun, Taman Perancis dan Taman Lanskap Inggeris.

Antara waktu yang paling best untuk melawat taman ini adalah dari pertengahan Nov ke Dis ketika musim luruh untuk melihat perubahan warna daun yang cukup mengujakan pandangan.

Alamat: 11 Naitomachi, Shinjuku, Tokyo 160-0014, Japan

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (9.00 am – 4.30 pm) | Isnin Tutup Kecuali Cuti Umum Akan Cuti Pada Hari Berikutnya

*Cherry Blossom Season (Akhir Mac – Awal April) & Chrysanthemum Exhibition (awal ke pertengahan November) Dibuka Setiap Hari

Bayaran Masuk: JPY200


28. Ginza Six

Ginza Six Tokyo Image
Sumber: GINZA SIX

Kalau di Malaysia, anda boleh shopping sepuas hati di 1 Utama, tapi kalau di Tokyo, Ginza Six adalah lokasi shopping yang 2 ke 3 hari pun tak semestinya dapat habis pusing.

Di dalamnya terdapat 241 jenama berbeza untuk pakaian, seni, kosmetik dan macam-macam lagi. Untuk merasakan keseronokan luar biasa semasa berada di shopping mall ni, sediakan duit yang tebal atau kad kredit paling power.

Dalam banyak-banyak kedai yang ada di mall ni, jangan lepaskan peluang untuk melawat Tsutaya Books yang terletak di tingkat 6 mall ini. Kedai buku ini menawarkan bukan sahaja bermacam buku tapi juga turut memiliki ruang pameran dan galeri seni!

Alamat: 6 Chome-10-1 Ginza, Chūō, Tokyo 104-0061, Japan

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.30 am – 8.30 pm)


27. Don Quijote

Kalau anda cuba Google ‘Don Quijote’, lain yang keluar, tapi kalau Don Quijote Tokyo, lain pula result yang ditunjukkan. Kenapa? Sebabnya Don Quijote yang terletak di Tokyo ni adalah nama bagi kedai yang padat dengan bermacam barangan yang best-best dalam harga yang murah.

Don Quijote ni kalau di Malaysia macam Daiso atau Mr. DIY, tapi rasanya, kalau melihat dari segi kepadatan barangan dalam kedai, Don Quijote adalah pemenangnya.

Yang menariknya lagi, anda boleh temui banyak cawangan kedai ni di sekitar Tokyo yang kebanyakannya dibuka selama 24/7! Pastikan luggage anda muat nak angkut semua barang!

Alamat: Ada Banyak Lokasi Di Sekitar Tokyo Salah Satunya Beralamat: 1 Chome-16-5 Kabukicho, Shinjuku, Tokyo 160-0021, Japan


26. Nakameguro

Nakameguro adalah salah satu tempat kejiranan yang paling terkenal di Tokyo kerana kehadiran Meguro River yang dikelilingi oleh pokok Sakura yang cukup indah dipandang mata. Di sepanjang sungai ni juga terdapat kedai-kedai untuk dilawati.

Selain pokok Sakura, Nakameguro juga sebenarnya merupakan kawasan kejiranan yang menjadi pilihan tempat tinggal ramai selebriti.

Sebab lain untuk anda meneroka Nakameguro sekiranya berada Tokyo adalah kerana kewujudan banyak lagi tarikan lain seperti Nakameguro Park, Meguro Sky Garden, Shokakuji Temple dan kawasan hipster, Daikanyama.

Alamat: Nakameguro, Meguro, Tokyo 153-0061, Japan


25. The Meiji Shrine

The Meiji Shrine Tokyo
Sumber: Ping Piyamed

The Meiji Shrine adalah sebuah tokong yang didekasikan untuk Maharaja Meiji dan Maharani Shoken. Lokasinya adalah bersebelahan dengan Harajuku Station yang agak sibuk dengan orang ramai.

Namun begitu, tokong ini terletak sebarisan dengan Yoyogi Park, sebuah taman dengan pokok menghijau yang rimbun, jauh beza atmosferanya dengan hiruk-pikuk bandar.  Tokong yang siap dibina pada tahun 1920 ini sebenarnya pernah musnah ketika Perang Dunia Kedua, namun ianya dibina kembali tak lama selepas kejadian.

Alamat: 1-1 Yoyogikamizonocho, Shibuya, Tokyo 151-8557, Japan


24. Tokyo National Museum

Mungkin anda boleh menulis bucket list antara lokasi tertua untuk dilawati di Tokyo, sebab memang banyak! Salah satunya adalah Tokyo National Museum. Bukan sahaja tertua di Jepun, muzium ini juga merupakan yang terbesar di negara ini.

Pada awalnya, ia dibina di Yushima Seido Shrine pada tahun 1972, namun dipindahkan ke lokasi sekarang beberapa tahun kemudian. Muzium ini menempatkan antara koleksi arkeologi dan seni yang terbaik di Jepun.

Secara keseluruhannya, ada 110,000 koleksi yang dimiliki muzium ni, dan 4000 daripadanya dipamerkan pada satu-satu masa.

Tokyo National Museum bukanlah muzium dengan sebuah bangunan, tetapi ianya merupakan kompleks muzium yang terbahagi kepada 6 bangunan berbeza. Bangunan utamanya, Honkan, mempamerkan pelbagai hasil seni Jepun sejak zaman kuno hinggalah ke abad ke-19.

Bangunan Hyokeikan pula adalah bangunan muzium yang tertua di kompleks ini, dibina pada tahun 1909 yang digunakan untuk pameran-pameran sementara.

4 lagi bangunan lain dengan pameran yang berbeza di dalam kompleks ini adalah Kuroda Memorial Hall, Horyuji Homotsukan, Heiseikan dan Toyokan. Sangat banyak untuk dilihat, mungkin sehari pun tak cukup!

Alamat: 13-9 Uenokoen, Taitō, Tokyo 110-8712, Japan

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.30 a – 5.00 pm) | Isnin Tutup

Bayaran Masuk: Pameran Kekal JPY620 | Pameran Istimewa JPY1000 – 15000


23. Nezu Museum

Nezu Museum adalah sebuah tarikan di mana anda dapat melihat lebih daripada 7,400  hasil seni yang datang daripada sekitar Korea, China dan Jepun. Antara yang dapat dilihat di sini adalah hasil kaligrafi, lukisan, seramik dan tekstil.

Bangunan muzium dan juga bilik-bilik pamerannya diberikan sentuhan yang elegan dan simple, di bahagian luar muzium ini pula terdapat sebuah taman Jepun tradisional yang berkeluasan 17,000 meter persegi.

Alamat: 6-5-1 Minami Aoyama, Minato-ku

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10.00 am – 5.00 pm) Pintu Masuk Ditutup Pada Pukul 4.30 pm | Isnin Tutup

Bayaran Masuk:  JPY600 – 1100


22. Yoyogi Park

Yoyogi Park Tokyo
Sumber: In Japan

Yoyogi Park adalah salah satu daripada taman bandar yang terbesar di Tokyo. Sepertimana kebanyakan taman yang terdapat di Jepun, Yoyogi Park turut menawarkan keindahan pokok sakura yang sangat mengujakan untuk dilihat pada musim bunga.

Untuk pengetahuan anda, Yoyogi Park pernah dijadikan sebagai lokasi Olympic Village ketika Olimpik Tokyo pada tahun 1964.

Alamat: 2-1 Yoyogikamizonocho, Shibuya, Tokyo 151-0052, Japan

Waktu Operasi: Sentiasa Dibuka


21. Tokyo Skytree

Tokyo Skytree adalah bangunan menara penyiaran dan juga mercu tanda di Tokyo. Dengan ketinggian 634 meter, Tokyo Skytree pada awal pembinaannya merupakan bangunan yang tertinggi di Jepun dan kedua tertinggi di dunia. Bahagian bawah bangunan ini digunakan sebagai pusat membeli-belah dan juga akuarium.

Tapi perkara yang paling best sekali untuk dilakukan kalau berpeluang ke menara ini adalah untuk ke dek pemerhatiannya yang berada pada ketinggian 350 dan 450 meter, dengan ketinggian sebegini, bayangkanlah pemandangan yang dapat dinikmati. Anda sekeluarga dapat melihat pemandangan di sekitar Tokyo dengan sepuas hati!

Alamat: 1 Chome-1-2 Oshiage, Sumida, Tokyo 131-0045, Japan

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00 am – 10.00 pm)

Bayaran Masuk:

  • First observatory: JPY2060
  • Second observatory: Tambahan Lagi JPY1030

20. Edo Museum

Edo Museum Tokyo
Sumber: Ishii Noboru

Edo Museum adalah sebuah muzium yang terletak di dalam bangunan yang sangat unik. Sekali pandang terasa macam dalam filem Star Wars pun ada. Di dalam muzium ini anda dapat melihat pameran berkaitan masa lalu Tokyo, dari zaman Edo hinggalah sekarang.

Pameran di dalam muzium ini merangkumi seni bina Zaman Edo, warisan budaya, gaya hidup masyarakat, perubahan politik dan banyak lagi berdasarkan daripada model-model bersaiz mini dan juga bersaiz sebenar yang terdapat di sini.

Baca: Senarai Destinasi Terbaik Di Korea

Sambil mengisi kotak fikiran dengan kisah-kisah lalu Tokyo, jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan banyak kenderaan dan barangan antik yang ada di sini!

Alamat: 1 Chome-4-1 Yokoami, Sumida, Tokyo 130-0015, Japan

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.30 am – 5.30 pm) | Isnin Tutup Kecuali Cuti Umum Akan Ditutup Hari Berikutnya

Bayaran Masuk: JPY600


19. Mocha Cat Café

Mocha Cat Café Tokyo
Sumber: Pat Thomson

Kalau anda nak tahu, bukan senang nak dapat tempat tinggal yang membenarkan penginapnya membela haiwan di kota Tokyo ni. Dengan kewujudan cafe kucing atau Mocha Cat Café ni, terubatlah kempunan para pencinta kucing untuk bermain-main dengan haiwan comel ni sepuas hati.

Mocha Cat Café ni bukanlah macam kafe biasa, sebab ruang dalamnya cukup stylish!  Pendek kata segalanya tentang kafe ni boleh buat anda rasa relaks!

Selain itu, di Mocha Cat Café ni juga anda boleh caj phone andai kata bateri low setelah banyak guna gps untuk cari jalan spot-spot menarik di Tokyo ni kan. Tak payah bawa charger sendiri sebab kedai ni dah sediakan charger daripada pelbagai jenis untuk kemudahan para pelawat.

Alamat: 3F Nishi Ikeburkuo, Toshima-ku, Tokyo

Waktu Operasi: 10.00 am – 10.00 pm

Bayaran Masuk: 10 Minit JPY200 | Minuman JPY350 | Makanan Kucing JPY500


18. Origami Kaikan

Suka main origami? Tak kisahlah sama ada ini pernah jadi hobi kegemaran anda masa kecil dulu atau tak, sebaik melawat Origami Kaikan ni, anda akan jadi peminat tegar seni origami. Namanya pun origami, mesti dah dapat agak yang seni ini sebenarnya berasal dari Jepun.

Sebaik anda memasuki muzium ini, anda akan dapat melihat sebuah ruang pameran yang dipenuhi dengan bermacam hasil seni origami. Dah puas cuci mata, anda boleh meneruskan perjalanan dengan menuju ke tingkat 3 di mana terletaknya kedai yang menjual pelbagai material untuk membuat origami.

Dari kertas warna tradisional Jepun yang dipanggil yuzenshi hinggalah kepada hasil-hasil origami yang dah siap, rasa macam nak beli satu kedai!

Dah penuh beg dengan barangan, anda boleh menuju ke tingkat 4 di mana terletaknya studio untuk mewarnakan kertas yang digunakan dalam origami. Manakala di tingkat 5 dan 6 pula anda boleh belajar sendiri bermacam seni origami yang menarik untuk dicuba dengan caj tambahan.

Alamat: 1 Chome-7-14 Yushima, Bunkyō, Tokyo 113-0034, Japan

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am -6.00 pm) | Ahad & Cuti Umum Tutup

Bayaran Masuk: Percuma


17. Kit Kat Chocolatory

Kit Kat Chocolatory Ginza
Sumber: Adam Antão

Suka makan coklat Kit Kat? Kalau macam tu, berkemungkinan besar duit anda akan banyak habis dekat Kit Kat Chocolatory yang ada dekat Tokyo ni.

Kalau anda ternampak je kedai Kit Kat Chocolatory dan masuk ke dalamnya, anda pasti akan terkejut melihat pilihan Kit Kat yang ada, sangat luar biasa banyak dan unik. Ada yang berbentuk teddy bear, ada perisa Wasabi, Purple Potato, Cinnamon Cookie dan banyak lagi!

Alamat: Ada Banyak Lokasi Tapi Salah Satunya Beralamat Di Takashimaya Shinjuku Store, The First Basement 5-24-2 Sendagaya, Shibuya-ku, Tokyo


16. Odaiba Island

Odaiba Island pada asalnya hanyalah sebuah pulau kecil buatan manusia yang dibina pada akhir zaman Edo untuk melindungi Tokyo daripada serangan luar yang datang daripada laut. Secara bahasanya, Odaiba ini sendiri bermaksud ‘kubu’ kerana inilah tujuan awal kewujudannya.

Lebih daripada seabad kemudian, pulau-pulau kecil ini digabungkan menjadi sebuah pulau besar dan wujudnya projek-projek gergasi yang menjadikan bandar ini futuristik bermula dari 1980-an.

Antara tarikan yang ada di pulau ini adalah Gundam Front Tokyo, Bangunan Utama Fuji Television, Aqua City Odaiba, Palette Town Ferris Wheel, VenusFort dan banyak lagi! Apa-apa pun jangan lepaskan peluang untuk ke Telecom Center Observatory sekiranya anda ingin menikmati pemandangan yang meluas sekitar Odaiba!

Alamat: Odaiba Island


15. Nakamise Shopping Street

Nakamise Shopping Street Tokyo
Sumber: Japan Awaits

Nakamise Shopping Street adalah sebuah laluan membeli-belah yang berkepanjangan 800 kaki di sepanjang perjalanan menuju ke tokong tertua di Tokyo, Sensoji Temple. Dikatakan terdapat dalam sekitar 90 buah kedai yang menjual bermacam barangan daripada snek makanan sehinggalah cenderamata.

Kalau anda tak tahu nak beli di mana cenderamata untuk dibawa pulang daripada Tokyo, ini adalah salah satu lokasi yang terbaik untuk mula bershopping.

Namun begitu, jangan terlepas pandang tanda pada banyak kedai yang terdapat di sini yang mengatakan anda tak boleh menangkap foto sebab kebanyakan barangan yang diniagakan di sini adalah buatan tangan. Mungkin untuk mengekalkan tahap eksklusif produk?

Alamat: 1 Chome Asakusa, Taitō, Tokyo 111-0032, Japan


14. Harajuku

Harajuku adalah sebuah kawasan di sekitar Harajuku Station di Tokyo yang terletak di antara Shinjuku dan Sibuya di Yamanote Line. Apa yang istimewanya dengan Harajuku ini adalah kerana betapa terkenalnya kawasan ini dalam kalangan remaja sebagai pusat fesyen atau trend terkini.

Kawasan yang menjadi tumpuan utama di sini adalah Takeshita Dori (Takeshita Street) yang mana di sepanjang jalannya terdapat banyak kedai-kedai trendy, dari fesyen hinggalah makanan.

Bukan sahaja perkara yang mengikuti aliran masa, di Harajuku juga terdapat tarikan lain yang sesuai untuk pencinta dunia masa lalu seperti tokong Meiji Jingu dan Nezu Museum.

Alamat: Harajuku, Jingumae, Shibuya, Tokyo 150-0001, Japan


13. Imperial Palace & East Garden

Imperial Palace & East Garden
Sumber: Adam Rydberg

Imperial Palace & East Garden adalah sebahagian daripada ruang dalam istana yang dibuka kepada orang awam. Pada awalnya, lokasi Imperial Palace & East Garden ini adalah tapak asal untuk bulatan pertahanan utama istana Edo iaitu ‘honmaru’ dan ‘ninomaru’.

Bangunan-bangunan utama kawasan istana telah hancur musnah melainkan dinding-dinding, pagar utama dan beberapa buah rumah pengawal.

Apa yang terjadi kepada istana asal? Istana yang siap dibina pada tahun 1638 ini musnah dalam sebuah kebakaran besar di bandar ini pada tahun 1957. Sejak dari itu ia tidak pernah cuba dibina kembali.

Alamat: 1-1 Chiyoda, Tokyo 100-8111, Japan

Waktu Operasi: Selasa – Khamis, Sabtu & Ahad (9.00 am – 4.30 pm) | Isnin, Jumaat Tutup Kecuali Cuti Umum, Akan Ditutup Hari Berikutnya

Bayaran Masuk: Percuma


12. Tokyo Disneyland & DisneySEA

Tokyo Disneyland & DisneySEA
Sumber: 陳仕庭

Dapat jumpa satu taman tema Disney pun dah cukup best, tapi macam mana agaknya kalau ada 2 buah taman tema Disney? Kedua-duanya Disney tapi keseronokan yang ditawarkan agak berbeza, sampaikan anda tak tahu nak melawat yang mana satu dulu. Dua tarikan ini adalah Tokyo Disneyland & DisneySEA yang terletak di dalam Tokyo’s Disney Resort.

Satu-satunya persamaan yang ada pada kedua-dua taman tema ini adalah kepadatan mereka dengan rides-rides yang best, dari yang sesuai untuk kanak-kanak, hinggalah kepada yang sukakan debaran masa beraktiviti.

Untuk Disneyland, salah satu tarikan yang paling best sekali adalah Big Thunder Mountain, di mana anda dapat merasakan pengalaman menaiki roller coaster melalui pekan kecil di negara barat, gua-gua dan banyak lagi laluan yang mendebarkan.

Di DisneySea pula antara yang paling best adalah Toy Story Mania, yang mana anda akan dibawa melalui stesen-stesen berbeza untuk menembak target-target tertentu, mana tak best kan? Ada banyak lagi tarikan lain yang boleh membuatkan jiwa anda berbelah bahagi nak pergi yang mana satu.

Alamat:

  • Tokyo Disneyland: 1-1 Maihama, Urayasu, Chiba Prefecture 279-0031, Japan
  • DisneySEA: 1-13 Maihama, Urayasu, Chiba Prefecture 279-0031, Japan

Waktu Operasi:

  • Tokyo Disneyland: 8.00 am – 10.00 pm
  • DisneySEA: 8.30 am – 10.00 pm

11. Ginza

Lebih kurang macam Bukit Bintang, Ginza adalah sebuah lokasi yang padat dengan banyak shopping complex high-class, tempat-tempat makan dan hiburan. Satu meter persegi tanah dekat daerah ini bernilai lebih daripada 10 juta yen, menjadikan ianya lokasi dengan nilai hartanah yang tertinggi di Jepun.

Pada awalnya, Ginza merupakan sebuah tapak pelombongan, ianya mula dibangunkan selepas kejadian gempa bumi pada tahun 1923. Antara tarikan yang terdapat di sini adalah mall terbesar di Ginza iaitu Ginza Six, mall Ginza Wako, Mitsukoshi, Itoya dan banyak lagi!

Alamat: Ginza, Chūō, Tokyo 104-0061, Japan


10. Akihabara

Akhibara Tokyo Image
Sumber: Ismail Abdul

Akihabara atau nama lainnya Akiba adalah sebuah daerah di tengah-tengah kota Tokyo yang terkenal dengan kedai-kedai elektroniknya.

Namun kini, selain padat dengan kedai-kedai barangan elektronik, di ‘celah-celah’dunia high tech ni turut terdapat kedai-kedai yang khas untuk peminat-peminat anime dan manga seperti Otaku Goods dan manga cafes. Memang rugi kalau tak singgah!

Alamat: Akihabara, Taitō, Tokyo 110-0006, Japan


9. Kabukiza Theater

kabukiza theater
Sumber: Pisakí

Teater Kubukiza adalah sebuah simbol yang ikonik di Ginza sejak daripada awal pembukaannya pada tahun 1889. Namun begitu, kebakaran dan serangan udara yang banyak berlaku pada ketika dulu seringkali merosakkan bangunan ini namun ianya tetap dibina kembali setiap kali kejadian.

Bangunan asal teater ini selepas peperangan pada tahun 1950 telah dirobohkan pada tahun 2010 untuk pembinaan struktur yang baru.

Berkaitan persembahan yang terdapat di teater ni, hampir setiap hari menawarkan persembahan untuk ditonton dengan bayaran tertentu. Selain teater, anda juga boleh menuju ke tingkat 5 teater untuk melihat galeri yang mempamerkan kostum dan banyak lagi pameran yang berkaitan dengan budaya.

Alamat: 4 Chome-12-15 Ginza, Chūō, Tokyo 104-0061, Japan


8. Tokyo Tower

Tokyo Tower
Sumber: Tokyo Tower

Kalau diikutkan, memang tak sempat nak melawat semua tarikan yang ada di Tokyo ni, tersangatlah banyak! Sebagai ‘shortcut’ kepada anda yang kalau boleh nak pergi semua tempat dan lihat di depan mata sendiri tapi memang tak cukup masa, apa kata kalau anda membuka langkah untuk ke Tokyo Tower.

Dari menara ‘Eiffel’ dengan ketinggian 333 meter ini anda dapat melihat dengan sepuas hati pemandangan di sekitar bandar Tokyo. Kalau cuaca baik, anda dapat melihat Gunung Fuji dan juga Tokyo Skytree di kejauhan.

Tarikan lain yang terdapat di Tokyo Tower ini adalah taman tema One Piece Tower dan kedai-kedai cenderamata.

Alamat: : 4 Chome-2-8 Shibakoen, Minato, Tokyo 105-0011, Japan

Waktu Operasi:

  • Main Deck (150m): 9.00 am – 11.00 pm)
  • Top Deck Tour (150m & 250 m): 9.00 am – 10.45 pm

[/su_tab][su_tab title=”💲 Harga Tiket” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Bayaran Masuk:

  • Main Deck (150m): Dewasa JPY900 | Kanak-Kanak JPY500 | Kanak-Kanak (4 Tahun & Kebawah) JPY400
  • Top Deck Tour (150m & 250 m): Dewasa JPY2,800 | Kanak-Kanak JPY1,800 | Kanak-Kanak (4 Tahun & Kebawah) JPY1,200

7. Yanesen

Tercari-cari dekat mana nak dapatkan ‘vibe’ yang realistik macam orang tempatan dekat Tokyo? Kalau macam tu, jangan terlepas daripada melawat Yanesan. Yanesen merupakan kawasan kejiranan yang meliputi Yanaka, Nezu dan Sendagi, nama ‘Yanesan’ ni adalah berdasarkan daripada sebutan awalan nama bagi ketiga-tiga kawasan ni.

Kalau di banyak bandar lain di Tokyo anda dapat rasakan kemodenan yang ‘mendalam,’ di Yanesan ni pula auranya sangat chill. Dekat sini jugalah terdapat banyak bangunan-bangunan lama dari zaman Edo yang masih kukuh berdiri.

Alamat: Merangkumi 3 Kawasan Iaitu Yanaka (谷中) , Nezu (根津), & Sendagi (千駄木)


6. Hachiko Statue

Jangan menangis bila baca kisah ni, Hachiko Statue ni adalah sebuah tugu anjing yang bernama Hachiko. Bukanlah watak anime atau manga, Hachiko adalah nama seekor anjing yang pernah hidup suatu ketika dahulu milik seorang profesor.

Setiap hari, Hachiko akan menyambut tuannya pulang dari kerja di Shibuya Station, namun selepas kematian tuannya pada tahun 1925, Hachiko tetap datang ke stesen itu setiap hari sehinggalah kematiannya sendiri 10 tahun kemudian.

Kisahnya menjadi lagenda bagi masyarakat di sini sehingga berdirinya tugu untuk memperingati anjing yang sangat setia dengan tuannya.

Alamat: 1 Chome-2 Dogenzaka, Shibuya, Tokyo 150-0043, Japan


5. Sanrio Puroland

Habislah kalau anda dan keluarga peminat besar Hello Kitty! Di Sanrio Puroland jiwa anda tak akan berhenti rasa hyper bila melihat taman tema ini yang penuh dengan kecomelan karakter-karakter Sanrio di setiap sudut!

Terletak di dalam kawasan tertutup, tak perlu mengambil kira cuaca, anda boleh menghabiskan waktu-waktu berkualiti bersama keluarga pada bila-bila masa di taman tema ni.

Antara tarikan yang terdapat di sini adalah Mymeroad Drive, Sanrio Character Boat Ride, Hello Kitty Bell of Happiness dan banyak lagi! Kecomelan dunia Hello Kitty tak terhenti di situ!

Kalau anda ke cafe taman tema ni pula, segala macam menu yang ada di sini dihidangkan penuh warna-warni dengan tema kartun! Nak makan pun tak sampai hati.

Alamat: 1-31 Ochiai, Tama 206-8588, Tokyo Prefecture

Waktu Operasi: Lawati Website Puroland Untuk Melihat Kalendar

Bayaran Masuk:

  • Dewasa: Weekday Passport JPY3,300 | Holiday Passport JPY3,800
  • Kanak-Kanak: Weekday Passport JPY2,500 | Holiday Passport JPY2,700

4. Pokemon Center Mega Tokyo

Dibuka sejak tahun 2014, Pokemon Center Mega Tokyo adalah sebuah kedai barangan Pokemon yang terbesar di Jepun! Bukan kedai merch Pokemon yang biasa! Sebab di dalamnya terdapat banyak barangan edisi terhad yang buat anda rasa macam terpaksa beli kalau betul-betul peminat tegar Pokemon.

Selain barangan jualan, dalam Pokemon Center Mega Tokyo ini turut terdapat permainan arcade untuk anda cuba!

Alamat: 3-1-2 Higashiikebukuro | 2F Sunshine City Special Shops Alba, Toshima 170-6002, Tokyo Prefecture

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 8.00 pm)


3. National Museum of Nature and Science

National Museum of Nature and Science adalah muzium sains yang terbesar di Jepun. Besarnya bukan main lagi sebab terdapat lebih daripada 10,000 bahan pameran untuk anda lihat dan selami info disebaliknya. Memang tak cukup sehari!

Baca: 25 Destinasi Paling Popular Di Osaka

Koleksi pameran yang ada di sini merangkumi segalanya tentang dunia angkasa lepas, dinasour, ekosistem yang unik di Jepun dan teknologi-teknologi terbaru di dunia.

Selain pameran, antara tarikan lain yang ada di sini adalah peluang untuk melakukan eksperimen sendiri menggunakan magnet, cahaya dan elektrik, serta sebuah teater 360 darjah yang cukup mengujakan!

Alamat: 7-20 Uenokoen, Taitō, Tokyo 110-8718, Japan

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, Cuti Umum (9.00 am – 5.00 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa JPY620


2. Ueno Park and Zoo

Ueno Park and Zoo Tokyo
Sumber: Pankaj Mehra

Selain Disneyland, agak-agaknya tempat menarik di Tokyo apa lagi yang boleh buatkan anak-anak excited? Apa lagi kalau bukan zoo! Lebih-lebih lagi kalau zoo tu adalah Ueno Park & Zoo.

Bukanlah zoo biasa, sebab zoo ini adalah yang tertua di Jepun, ditubuhkan pada tahun 1882, zoo ini kini berkeluasan 35.2 ekar dan menjadi rumah kepada lebih daripada 3,000 ekor haiwan yang terdiri daripada 400 spesies berbeza!

Zoo ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Tiger Forest, Gorilla Woods, Petting Zoo, Small Mammal House, Reptile & Amphibian House dan Shinbazu Pond. Yang menariknya, dalam zoo ni juga terdapat sebuah Pagoda asli yang telah wujud sejak tahun 1631 yang dibina semula pada tahun 1958 selepas sebuah kebakaran.

Alamat: 9-83 Uenokoen, Taitō, Tokyo 110-0007, Japan

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.30 am – 5.00 pm) | Isnin Tutup Kecuali Cuti Umum Akan Ditutup Hari Berikutnya

Bayaran Masuk: Dewasa JPY600 | 13 – 15 Tahun JPY200 | 0 – 12 Tahun Percuma | Warga Emas (65 Tahun Keatas) JPY200


1. Shibuya Crossing

Macam familiar je nama Shibuya ni kan? Untuk pengetahuan anda, Shibuya Crossing adalah kawasan yang cukup simbolik dekat Tokyo. Di sinilah setting pergambaran antara filem Hollywood terkenal seperti ‘The Fast and The Furious: Tokyo Drift’ dan ‘Lost in Translation’.

Kalau tercari-cari lokasi yang paling ikonik untuk dijadikan latar belakang gambar percutian semasa di Tokyo, inilah lokasinya! Sebelum tu, anda kena tahu, kawasan ni sangat padat dengan orang ramai memandangkan ianya terletak di salah satu stesen yang paling sibuk di bandar ni, Shibuya Station.

Alamat: Shibuya Crossing sekitar Shibuya Station


Anda boleh melihat senarai penginapan yang pelbagai beserta tawaran harga terbaru dengan melayari booking.com. Diingatkan, harga yang ditawarkan untuk penginapan-penginapan ini boleh berubah berdasarkan musim dan permintaan pada satu-satu masa.

Sudah tahu nak ke mana semasa bercuti di bandar besar berlanskap neon ini? Tempah tiket flight dan kemaskan luggage anda sekarang! Jangan lupa untuk tinggalkan space yang besar dalam beg untuk bershopping di Don Quijote!

Pastikan kasut yang dibawa kasut paling selesa yang anda miliki sebab berkemungkinan besar, anda akan menghabiskan hampir 24 jam untuk melihat semua tarikan yang ada di bandar ni! Selamat bercuti di Tokyo!

4.5/5 - (44 votes)