Tempat Shopping Menarik Di Melaka | Jom Membeli-belah

Tempat Shopping Menarik Di Melaka

Melaka bukan sahaja terkenal dengan sejarah dan budayanya yang kaya, Ia juga merupakan destinasi membeli-belah. Memang banyak tempat shopping menarik di Melaka ini.

Dari pasar malam yang meriah hinggalah pusat beli-belah moden, Melaka menawarkan pengalaman shopping yang Istimewa dan unik. Mari kita lihat destinasi terbaik untuk membeli-belah di bandar bersejarah ini!

[toc]

Mahkota Parade

Mahkota Parade Melaka - Pusat Membeli-Belah Untuk Keluarga

Mahkota Parade adalah pusat beli-belah yang mesra keluarga. Anda pasti dapat jumpa apa yang dicari disini. Pusat ini menawarkan gedung serbaneka, butik fesyen, dan kedai-kedai yang menarik.

Pilihan tempat makan juga tidak kurang memberangsangkan, dari gerai makanan segera hinggalah restoran yang menyajikan hidangan beraneka jenis. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati promosi dan jualan bermusim yang sering diadakan di sini.

Alamat: Lot B-02, Mahkota Parade, 1, Jln Merdeka, Taman Costa Mahkota, 75000 Melaka


AEON Mall Bandaraya Melaka

AEON Mall Bandaraya Melaka - Supermarket Besar

AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre adalah satu lagi destinasi membeli-belah popular di Melaka. Terletak strategik di tengah bandar, pusat beli-belah ini menawarkan pengalaman shopping yang santai dan selesa. Menawar tiga Tingkat penuh dengan kedai kegemaran anda pasti dapat menemui jenama tempatan dan antarabangsa idaman anda.

Bukan itu sahaja, antara tarikan utama di AEON Bandaraya Melaka adalah pasaraya AEON yang besar. Ia menyediakan pelbagai barangan runcit dan keperluan harian.

Selain itu, terdapat butik fesyen, kedai elektronik, dan kedai buku. Pusat beli-belah ini juga terkenal dengan pilihan tempat makan yang luas, termasuk restoran makanan segera dan kafe yang menyajikan beraneka jenis sajian.

Untuk hiburan keluarga, terdapat panggung wayang yang menayangkan filem-filem terkini. Kemudahan seperti tempat letak kereta yang luas dan suasana yang mesra pengunjung menjadikan AEON Bandaraya Melaka pilihan yang baik untuk seisi keluarga.

Alamat: 2, Jalan Lagenda 2, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka


Baca: Senarai Tempat Makan Menarik Di Melaka


Dataran Pahlawan Melaka Megamall

Kompleks Membeli Belah Dataran Pahlawan Melaka

Bagi yang mencari pengalaman membeli-belah moden, Dataran Pahlawan adalah tempat yang sesuai. Ia merupakan salah satu pusat beli-belah terbesar di Melaka.

Di sini, anda bukan sahaja dapat menemui jenama antarabangsa malah jenama tempatan yang popular juga banyak membuka butik di pusat membeli-belah ini.

Untuk mengisi perut pula, terdapat pelbagai pilihan makanan yang ditawarkan. Anda boleh menikmati hidangan di medan selera ataupun restoran yang terkenal. Terdapat juga pawagam dan zon hiburan untuk hiburan sekeluarga.

Lokasi strategik berdekatan dengan tarikan sasaran pelancong pula memudahkan anda menggabungkan aktiviti bersiar dan membeli-belah dalam satu hari. Jadi kalau dah sampai ke kawasan bandar hilir dan nak cari tempat berhawa dingin untuk lari seketika dari kepanasan kota Melaka silakan singgah sebentar.

Alamat: Jln Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka


The Shore Shopping Gallery

The Shore Shopping Center Melaka Tempat Best Untuk Shopping

Terletak di tepi sungai, The Shore Shopping Gallery menawarkan pengalaman membeli-belah santai dan premium. Dengan jenama kegemaran rakyat, tempat ini antara tarikan Shopping baru yang popular di bandar bersejarah ini.

Salah satu tarikan utama di sini ialah The Shore Sky Tower. Anda boleh menikmati pemandangan panorama bandar Melaka yang terbentang luas didepan mata.

Selain itu, kompleks ini juga menempatkan Oceanarium dan muzium mainan menjadikannya satu destinasi sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecik. Tempat ini memang best untuk menghabiskan hari dengan keluarga membeli-belah sambil berhibur.

Oh sebelum kami lupa! Tempat ini juga terdapat beberapa kedai kopi popular, jadi kalau anda sedang memburu dos kafein harian anda bolehlah singgah sini sebentar untuk secawan kopi panas. Kalau rasa macam nak bermalam pula kawasan ini memang banyak hotel menarik yang berhampiran.

Alamat: 193, Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, Kampung Bunga Paya Pantai, 75100, Melaka


Jonker Walk

Jonker Walk - Pasar Malam Di Bandar Melaka

Kalau anda seorang yang gemar berjalan santai di pasar malam atau Uptown, Jonker Walk memang destinasi wajib untuk anda.

Setiap hujung minggu, Jonker Walk berubah menjadi pasar malam yang sibuk dan meriah. Terletak di tengah-tengah Chinatown Melaka, jalan ini dipenuhi gerai-gerai menarik. Suasana di sini teramatlah rancak dengan muzik, persembahan jalanan, dan aroma makanan yang menggoda.

Di sini anda dapat menjamu mata sambil melihat cenderamata, barangan antik, pakaian, dan kraftangan tempatan. Jangan lupa mencuba makanan jalanan yang popular seperti cendol dan kuih-muih tradisional. Jika anda tidak beberapa gemar kawasan yang sesak kami sarankan anda datang awal untuk mengelakkan waktu puncak.

Alamat: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka


Kedai Antik di Jalan Hang Jebat

Kedai Antik Di Jalan Hang Jebat Melaka

Bagi pencinta barangan vintaj dan antik, Jalan Hang Jebat dapat membawa anda pulang ke zaman lampau.

Jalan ini dipenuhi dengan kedai-kedai antik yang menjual perabot lama, porselin, syiling, dan artifak sejarah. Setiap kedai mempunyai koleksi unik yang menceritakan kisah masa lalu.

Tapi ingat sambil membeli barangan antik, amat penting untuk kita memeriksa keaslian dan keadaan barangan tersebut.

Jangan teragak-agak bertanya kepada penjual tentang sejarah barang yang anda minati. Akhirnya jangan lupa untuk mengambil beberapa minit untuk membuat perbandingan online supaya anda mendapat harga dan barang yang memuaskan.


Pasar Kraftangan Tempatan

Pusat Kraftangan Melaka
Sumber: mpag.gov.my

Di serata negeri Melaka, terdapat banyak pasar dan gerai yang menjual kraftangan hasil buatan orang tempatan.

Dari ukiran kayu, manik-manik, hinggalah produk tenunan yang halus, anda boleh menemui hasil tangan indah dan unik.

Anda bukan sahaja menyokong ekonomi tempatan, tetapi juga memberi peluang berinteraksi dengan karyawan disebalik hasil seni tersebut, bukan senang nak dapat!

Bukan itu sahaja, Jika anda seorang yang gemar membeli barang satu daripada satu , cuba tanya tentang tempahan khas. Ramai karyawan disini sedia menghasilkan barang yang disesuaikan mengikut kehendak anda. Ini menjadikan cenderamata anda lebih bermakna kerana ia mempunyai sentuhan peribadi.


Kedai-Kedai Khas dan Butik

Orangutan House

The OrangUtan House - Destinasi Beli Karya Seni Di Melaka

Tidak asing lagi kepada peminat seni tanahair, The Orangutan House sudah lama memainkan peranan dalam dunia seni tempatan. Galeri seni peribadi artis terkemuka Charles CHAM ini juga menawarkan pelbagai karya dan kraftangan untuk dibeli.

Terletak di Lorong Hang Jebat, bangunan ini sangat mudah dicari kerana terdapat lukisan orang utan gergasi disisi galeri ini yang menjemput anda dari jauh. Setiap rekaan di sini adalah asli dan dihasilkan oleh seniman tempatan, menjadikannya cenderahati yang bermakna untuk dibawa pulang.

Alamat: 59, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Kedai Kasut Manik Nyonya

Kasut Manik Kaum Peranakan

Kasut manik Nyonya adalah satu lagi produk unik yang anda hanya boleh temui di Melaka. Kasut ini terkenal dengan reka bentuknya yang halus dan hiasan manik berwarna-warni.

Kedai-kedai di Melaka menawarkan pelbagai pilihan kasut manik Nyonya, daripada reka bentuk tradisional hinggalah moden. Ini adalah cenderahati yang sesuai untuk mereka yang ingin membawa pulang sedikit warisan budaya kaum Peranakan Melaka.

Kedai Warisan Baba & Nyonya

Kedai Kraftangan Baba & Nyonya

Melaka, terkenal dengan budaya Baba & Nyonya, dan ini jelas tercermin dalam kedai-kedai yang menjual barang bertema Peranakan.

Di sini, anda boleh menemui pakaian tradisional seperti kebaya, aksesori seperti kerongsang, dan pelbagai barangan hiasan rumah yang mencerminkan warisan budaya ini.

Kedai-kedai ini adalah tempat yang tepat untuk membeli barangan yang mempunyai nilai sentimental dan budaya yang tinggi.

Cenderahati yang Wajib Dibeli

Makanan dan Produk Tempatan: Melaka adalah syurga bagi pencinta makanan, dan antara buah tangan yang wajib anda bawa pulang adalah dodol, tart nenas, dan kuih-muih tradisional.

Kraftangan dan Barangan Buatan Tangan: Bagi mereka yang menghargai seni dan kerja tangan, Melaka menawarkan pelbagai pilihan kraftangan tempatan seperti batik, ukiran kayu, dan barangan tenunan.

Setiap barangan ini dihasilkan dengan penuh teliti oleh seniman dan pengusaha tempatan, menjadikannya cenderahati ini lebih unik dan istimewa. Pasar-pasar tradisional dan kedai-kedai kraftangan adalah tempat terbaik untuk mendapatkan barangan ini.

Rempah dan Bahan Masakan Melaka: Melaka juga terkenal dengan rempah ratusnya yang digunakan dalam masakan tradisional seperti masakan Nyonya.

Anda boleh membeli pelbagai jenis rempah seperti cili kering, ketumbar, dan rempah ratus lain yang dijual dalam bentuk yang siap digunakan. Ini adalah cenderahati yang sempurna untuk mereka yang suka memasak dan ingin mencuba resipi-resipi Melaka di rumah.

Tip Membeli-Belah di Melaka

Tips Tawar-Menawar

Di pasar-pasar tradisional, tawar-menawar adalah sesuatu yang perkara biasa. Pastikan anda tawar-menawar dengan sopan dan jangan lupa senyum selalu. Biasanya, peniaga akan bersedia untuk memberi diskaun, terutamanya jika anda membeli dalam jumlah yang banyak.

Kaedah Pembayaran

Walaupun banyak pusat membeli-belah dan kedai-kedai di Melaka menerima kad kredit dan e-wallet, terdapat juga banyak tempat yang hanya menerima bayaran tunai.

Jadi, pastikan anda membawa wang tunai yang mencukupi, terutamanya jika anda merancang untuk membeli-belah di pasar-pasar tradisional dan gerai kecil.

Masa Terbaik untuk Membeli-Belah

Nak elak kesesakan waktu puncak? Lebih baik anda membeli-belah pada waktu pagi atau petang. Pasar malam biasanya lebih sesak pada waktu malam, jadi jika anda mahu pengalaman membeli-belah yang lebih santai, datanglah lebih awal.

Selain itu, janga lupa untuk mencari jualan atau promosi istimewa di pusat membeli-belah, di mana anda boleh mendapatkan barangan yang dicari pada harga yang lebih rendah.

Membeli-Belah Secara Mampan dan Beretika

Kedai Mesra Alam: Sekiranya anda seorang yang prihatin terhadap alam sekitar, Melaka juga mempunyai kedai-kedai yang menjual barangan mesra alam. Kedai-kedai ini menawarkan pelbagai produk seperti beg kitar semula, barang-barang penjagaan diri yang bebas bahan kimia, dan produk mesra alam yang lain.

Menyokong Pengusaha Tempatan: Dengan membeli barangan dari usahawan tempatan, anda bukan sahaja mendapatkan cenderahati yang unik, tetapi anda juga menyokong dan menyumbang ekonomi tempatan. Ini adalah cara yang baik untuk memastikan warisan budaya Melaka terus hidup dan berkembang.

Melaka menawarkan pengalaman membeli-belah luarbiasa yang hanya boleh ditemui di negeri bersejarah ini. Dari pasar malam yang meriah hinggalah pusat beli-belah mewah, setiap tempat shopping menarik di Melaka ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Semasa anda bercuti ke bandar bersejarah ini, luangkan masa untuk meneroka destinasi membeli-belahnya. Bukan sahaja anda akan membawa pulang barang menarik, tetapi juga kenangan indah yang akan dikenang sepanjang hayat.

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah masa terbaik untuk membeli-belah di Melaka?

Apakah makanan tempatan yang mesti dicuba semasa membeli-belah di Melaka?

Bilakah waktu terbaik untuk melawat pasar malam dan pusat beli-belah di Melaka?

Adakah saya perlu membayar dengan wang tunai atau bolehkah saya menggunakan kad kredit dan e-wallet?

Apakah cenderahati yang terbaik untuk dibawa pulang dari Melaka?