The J Seri Alam | Bawa Konsep Kontainer Food Court Santai Ke Johor Bahru

Kedai makan dan penginapan berkonsep kontainer sememangnya sudah menjadi trending sejak sekitar 5 tahun lepas. Namun, menjadikan ia sebagai konsep untuk seluruh food court tentunya sesuatu yang baru. Terletak di Bandar Seri Alam, Johor Bahru, The J merupakan sebuah food court yang berkonsep kontainer.

The J Container Food Court Johor - Papan Tanda

Ruang makan open-air dikelilingi dengan unit-unit kontainer yang menawarkan pelbagai jenis makanan, suasana di sini sangat hip dan trendy.

Ruang tempat letak kereta yang luas dan tempat makan dua tingkat, food court ini pasti boleh memuatkan ramai pelanggan dengan selesa dan penjarakan sosial yang sesuai.

The J Container Food Court Johor - Gambar Dalam Kedai
Sumber: Zul Aizat
The J Container Food Court Johor - Gambar Dari Atas
Sumber: Khairul Asyrani

Menu makanan yang disediakan di sini memang banyak. Masakan Utara dari Restoran Mamoo membawakan hidangan speciality orang Penang, Fat Papacito membawakan burger gourmet istimewa, Dallah Restaurant menawarkan makanan Arab dan Timur tengah, Shellicious sediakan pengalaman makan shell-out, Chinguya memberi kelainan dengan makanan Korea, dan banyak lagi. Anda pasti tidak akan kurang pilihan bila berkunjung ke sini.

Baca: 38 Tempat Makan Best Di Johor Bahru

The J Container Food Court Johor - Hidangan Nasi Campur
Sumber: The J
The J Container Food Court Johor - Cheese Burger
Sumber: The J
The J Container Food Court Johor - Double Chicken Burger
Sumber: The J

Selain dari kepelbagaian makanan, suasana dan vibe yang best, The J juga merumahkan sebuah kedai gunting rambut iaitu ZD Barbershop untuk para lelaki tampil smart dan kemas.

The J Container Food Court Johor - Gambar Gerai Gerai Yang Beraneka
Sumber: Zul Aizat

Lebih 15 kedai makan, kemudahan tempat letak kereta, fasiliti lengkap, The J adalah salah satu tempat makan yang perlu anda cuba bila berada di Johor Bahru. Kami cadangkan anda ikuti mereka di Facebook dan Instagram untuk melihat sendiri suasana di The J dan dapatkan maklumat terkini.

Alamat: 6J, Jln Suria, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor

Waktu Operasi: 12pm-12am (setiap hari)

5/5 - (1 vote)