The Jerai Hill Resort yang terletak di Gunung Jerai memang antara hotel berstatus 3 Bintang yang mesti anda cuba. Dibina di Jalan Kaki Bukit dan diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, resort ini memang strategik kerana terletak di tengah-tengah Gunung Jerai, diapit oleh bandar baru dan lama.
Dengan ketinggian 1,200 meter dari aras laut, pemandangan dari The Jerai Hill Resort ini memang sangat menawan.
Dikelilingi kehijauan alam semulajadi, resort ini memberikan suasana yang cukup tenang, damai dan santai. Berkeluasan 5 ekar, resort ini menyediakan 75 bilik berkonsep chalet yang menyajikan pemandangan bandar dan pulau-pulau berdekatan.
Terdapat 5 jenis bilik penginapan yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian bajet, keselesaan dan kesesuaian percutian anda iaitu bilik superior, bilik deluxe, bilik premier, bilik executive, dan 1 unit Suites. Mereka turut menyediakan ruang event atau seminar yang boleh memuatkan kapasiti sehingga 200 orang.
Fasiliti-fasiliti seperti kolam renang, Taman permainan dan juga kafe, memberikan anda pengalaman bercuti serba lengkap. The Jerai Hills Resort ini juga berdekatan dengan pusat-pusat pelancongan dan peranginan.
Malah, anda boleh saja menyertai aktiviti seperti trekking atau hiking untuk mengekalkan rutin senaman atau kesihatan anda. Lagipun, beriadah atau melakukan aktiviti luar di sini cukup selesa kerana cuacanya yang dingin.
Jadi, pastikan anda mencuba menginap di The Jerai Hill Resort ketika bercuti di negeri Kedah. Pastikan anda ikuti laman Facebook dan Instagram mereka untuk maklumat terkini. Penginapan selesa, dikelilingi pokok-pokok dan bunga-bunga, berserta dengan pemandangan luarbiasa menanti anda.
Alamat: Jalan Kaki Bukit, Lebuhraya Utara – Selatan, 08300 Gurun, Kedah