The Kabin | Kontena Resort Santai Di Kuala Selangor

Hotel berkonsep kontainer kian melonjak popular sejak 5 tahun yang lalu. Namun The Kabin di Kuala Selangor berjaya menyuntik identiti tersendiri. Inginkan percutian yang modern kontemporari? Datanglah ke The Kabin, Kuala Selangor.

The-Kabin-Kuala-Selangor Picture From Outside
Sumber: @TheKabinMalaysia

Lokasi

The Kabin yang merupakan sebuah boutique hotel yang menyediakan lodging berkonsep container ini, terletak berdekatan dengan Pantai Remis, di Jeram, Kuala Selangor.

The Kabin Kuala Selangor - Drone Image

Lokasi strategik ini membenarkan tetamu access yang mudah untuk ke Pantai. Untuk ke sini, anda boleh mengambil laluan Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) atau Lebuhraya Utara Klang Valley (NKVE).

The Kabin Selangor - Outside Area

Perjalanan dari ibu kota akan mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja. Jadi jika anda ingin mengambil sedikit masa untuk keluar dari kesesakan kotaraya Kuala Lumpur, The Kabin mungkin tempat yang tepat untuk anda.

Bilik Penginapan di The Kabin

The Kabin Kuala Selangor - Gambar Penginapan

Terdapat pelbagai jenis bilik di The Kabin yang kesemuanya berkonsep kontainer. Ada 7 jenis bilik di sini, kesemuanya dinamakan mengikut bandar-bandar berlainan di serata dunia. 

Rotterdam

Boleh dikatakan bilik pilihan di sini, Rotterdam mempunyai pemandangan yang terbaik, berdekatan dan menghadap kolam renang dan mempunyai private balcony. Memuatkan sehingga 6 orang, is dilengkapi dengan 1 katil Queen dan 4 katil single bertingkat, 2 bilik air dan ruang tamu kecil.

Felixstowe/Hamburg/Antwerp

Lebih kurang setup yang sama seperti Rotterdam tetapi tidak mempunyai private balcony.

Durban

Sesuai untuk pasangan, bilik ini memuatkan 2 orang dengan 1 katil Queen dan 1 bilik air. Ia juga menghadap kolam renang dan mempunyai private balcony

Santos Balboa

Memuatkan 4 orang, dengan 1 katil Queen dan 2 katil single bertingkat, is sesuai untuk keluarga kecil. Ia juga menghadap kolam renang dan mempunyai private balcony

Long Beach/Vancouver

Bilik-bilik jenis ini juga memuatkan 4 orang namun dilengkapi dengan 4 katil single bertingkat. Juga berdekatan kolam renang dan dilengkapi private balcony

The Kabin Kuala Selangor - Patio

Singapore/Shanghai/Sharjah

Set-up yang Sama dengan Santos Balboa namun tidak menghadap kolam renang.

Busan/Keihin/Kelang/Ho Chi Minh/Columbo/Melbourne

Bilik-bilik ini sesuai untuk sekumpulan. Set-up bilik yang Sama seperti Long Beach/Vancouver, namun tidak berdekatan dengan kolam renang, dan balcony perkongsian umum.

Semua bilik di sini dihias dengan konsep modern kontemporari dan nampak stylish dan praktikal.

Fasiliti

Tentunya faktor penting yang membantu anda membuat pilihan, fasiliti-fasiliti di sini direka khas untuk percutian yang inclusive dan wholesome. 

Kolam Renang

The Kabin Kuala Selangor - Gambar Kolam Renang

Kolam renang di sini agak besar dengan panjang 50 kaki. Ia juga terbahagi kepada deep pool untuk orang dewasa dan wadding pool untuk kanak-kanak.

Cafe

The Kabin Kuala Selangor - Gambar Cafe

Untuk memastikan keperluan tetamu sentiasa dijaga mereka juga menyediakan sebuah cafe yang menghidangkan sarapan pagi, snek dan minuman.

Vladivostok Hall

Dewan yang luas mampu memuatkan maksimum 180 orang (tanpa meja) boleh digunakan untuk majlis-majlis kecil, conference atau seminar kecil.

Valencia Hall

Dewan yang lebih kecil mampu memuatkan 20 orang untuk majlis-majlis hari istimewa ataupun workshop. Ia juga lengkap dengan projector, boleh buat movie night sekali.

Savannah Lounge

The Kabin Kuala Selangor Foosball Table

Ruang perkongsian umum ini boleh menjadi tempat anda bergaul sesama tetamu dan bersantai. Ada foosball yang boleh anda main juga. Anda juga boleh menyewa kawasan ini untuk majlis tertutup

BBQ Garden Al-fresco

Kalau anda sukakan ber-bbq bersama keluarga atau teman-teman, mereka menyediakan BBQ pit mengikut size kumpulan anda.

Surau

Jika ruangan di bilik anda agak sempit, bolehlah solat di surau yang disediakan yang sangat selesa.

Aktiviti

The Kabin menyediakan bermacam-macam aktiviti menyeronokkan. Mereka ingin memastikan anda sentiasa mempunyai aktiviti ketika bercuti di sini, taklah terperap di bilik atau menghadap smartphone je kan.

Karaoke

The-Kabin-Kuala-Selangor-Karaoke

Ini sudah tentu menjadi aktiviti kesukaan ramai. Bila lagi nak nyanyi suka-suka kan? Hanya RM50 sejam, untuk maksimum 15 orang.

Riding

Ada 3 jenis rides yang boleh lakukan di sini. ATV (all-Terrain Vehicle) berharga RM30 untuk single seater selama 30 minit atau RM35 untuk double seater selama 30 minit. Elektrik Scooter hanya RM25 untuk double seater selama 30 minit. Basikal untuk disewa berharga RM8 (medium), RM6 (kecil) atau RM14 (tandom).

Kayak & SUP

Untuk aktiviti pantai yang thrilling, bolehlah menyewa kayak atau stand up paddle (SUP) board di The Kabin. Mereka juga menyediakan jaket keselamatan.

Playground & Par Course

The Kabin Kuala Selangor Playground

Untuk si kecil, mereka sediakan playground atau taman permainan yang pasti akan membuat mereka tersenyum. Ada juga alatan senaman untuk aktiviti cross-fit outdoor.

Multipurpose Court

Gelanggang serbaguna ini boleh digunakan untuk bermain bola keranjang, bola tampar, futsal dan takraw. Jika anda ingin mengendalikan tele-match atau team building juga boleh diuruskan.

Untuk pengetahuan anda, The Kabin juga menyediakan pakej-pakej yang lengkap untuk rancangan atau majlis anda. Anda boleh melihat pakej-pakej ini di sini.

Tak kira anda merancang percutian keluarga, reunion kolej, ataupun aktiviti korporat, The Kabin mungkin lokasi yang anda cari. Pastikan anda mengikuti laman sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.

Alamat: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor

No. Telefon: +6017-924 7800

Waktu Operasi: 24 jam

Social Media: Laman Web | Facebook | Instagram

Baca: 33 Tempat Menarik Untuk Family Day Di Malaysia

5/5 - (1 vote)