Walaupun sering dinamakan antara bandar paling mahal untuk didiami di dunia, Singapura kekal sebagai satu destinasi percutian popular yang tahun demi tahun berjaya menarik pelancong dari serata dunia.
Ini kerana Singapura menawarkan segalanya seperti destinasi pelancongan menarik, sajian antarabangsa yang mengiurkan, jenama fesyen global terkenal, dan kemudahan bandar dunia pertama.
Walaupun ini cukup untuk memujuk diri supaya merancang percutian seterusnya ke Negara istimewa ini tetapi mesti ada yang masih tertanya jika bercuti ke Singapura ini sesuatu yang berbaloi? Disini kami tunjukkan tips untuk mendapatkan pengalaman terbaik semasa bercuti ke Singapore dengan bajet yang berpatutan.
Makan Di Mana? Ini Tempat Makanan Halal Dan Murah Pilihan Orang Singapore
Mengikut Indeks Bandaraya Destinasi Global Mastercard, secara purata pelancong yang melawat Singapura akan membelanjakan sebanyak SGD51 (RM150+) sehari untuk makanan atau lebih kurang SDG17 (RM50) ke SGD25 (RM75) untuk satu hidangan.
Walaupun berbelanja sakan untuk makanan mewah itu suatu perkara biasa semasa kita bercuti, tetapi ini tidak bermaksud kita tidak boleh mendapat kepuasan yang sama sambil berjimat.
Untuk mendapat pengalaman makan yang best semasa berada di Singapore, wajib kita teroka destinasi makanan popular sasaran rakyat tempatan. Jangan terkejut apabila anda dapat tahu wujudnya tempat makan sedap yang memberi nilai untuk wang yang hebat. Nak Tahu Di Mana? Destinasi pertama di senarai foodie kita adalah pusat-pusat penjaja terkenal di Singapore.
Singapore mempunyai banyak pusat-pusat penjaja popular seperti Newton Food Centre (Muncul dalam filem Crazy Rich Asians), Geylang Serai Food Centre dan Golden Mile Food Centre dimana anda dapat menjumpai gerai-gerai yang menyediakan beraneka jenis makanan halal seperti sajian tempatan Singapura, hidangan bercita rasa moden hinggalah ke masakan fusion.
Walaupun pusat-pusat penjaja ini tiada penghawa dingin seperti tempat-tempat makan di pusat beli-belah jangan buatkan ini sebab anda tidak singgah seketika untuk menjamu selera, kerana makanan disini biasanya lebih murah dan ada sesetengah orang berpendapat ia lebih sedap.
Pastikan anda ‘chope’ tempat duduk dulu sebelum beratur mengambil makanan sebab tempat ini sangat popular terutamanya pada waktu makan tengahari. Tapi kalau anda tak dapat tempat duduk sendiri pun jangan risau, pasti ada ramai pengunjung lain yang tidak kisah untuk berkongsi tempat duduk dengan anda.
Bagi mereka yang suka makan lewat malam dan mahukan sesuatu yang lebih mengujakan dari makanan mamak, terdapat banyak tempat makan lewat malam yang unik seperti The Ramen Stall di Bugis. Restoran ini beroperasi sehingga 5 pagi setiap hari dan menghidangkan ramen dan sushi halal khas untuk penggemar setia makanan Jepun.
Bagi mereka yang menginap di bahagian timur Singapore dan mahu mencuba tempat makanan lewat malam yang popular di kawasan ini boleh menuju ke Enak Enak Hong Kong Tea House di East Coast Park.
Restoran ini menawarkan pilihan hidangan seperti dim sum, bubur, mi dan hidangan barat yang pasti dapat memuaskan selera lewat malam anda.
Kepada mereka yang mengidam untuk makan hidang pula, antara restoran halal popular yang patut dicuba adalah:
- Zam Zam Restaurant (North Bridge Rd, Kampung Glam)
- Hajah Maimunah Restaurant (Jalan Pisang, Kampung Glam)
Memang banyak destinasi mengalas perut yang best di Singapura, dan jika anda seorang yang rajin meneroka anda pasti dapat menemui banyak rahsia kulinari yang tersorok di negara istimewa ini.
Lepak Mana? Lawat Destinasi Menarik Yang Percuma
Selain daripada membeli-belah, bersiar-siar atau bersantai sepanjang Orchard Road dan Kampong Glam, tiba masanya untuk anda melakukan sesuatu yang berbeza semasa berada di Singapore nanti.
Tidak jauh daripada Orchard Road terdapat tarikan pelancongan terkenal bernama Taman Botani Singapura.
Taman Botani Singapura bukan sahaja sebuah tempat ideal untuk anda sekeluarga menghargai kecantikan alam semulajadi, destinasi ini juga kadang-kala menjadi tempat dimana acara muzik, outdoor cinema, dan pertunjukan seni diadakan secara percuma.
Untuk memudahkan anda merancang lawatan anda ke Taman Botani, anda boleh merujuk jadual acara di laman web rasmi mereka.
Jika anda berniat untuk melawat Merlion Park, selain daripada bergambar dengan mercu tanda popular di situ, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk meluangkan masa sambil berhibur di Esplanade – Theaters On The Bay, hanya beberapa minit sahaja berjalan kaki.
Walaupun dewan konsert yang berada di Esplanade ini terkenal dengan pertunjukan bertaraf antarabangsa yang berbayar, anda juga berpeluang untuk menonton pertunjukan dan pameran percuma yang diadakan hampir setiap hari.
Jika anda melancong bersama kanak-kanak pula, jangan lepaskan peluang untuk melawat bengkel-bengkel kesenian percuma khas buat kanak-kanak yang diadakan pada waktu siang.
Tarikan ini juga sangat sesuai untuk mereka yang travel berpasangan kerana jika anda memilih untuk bersiar-siar di sini pada waktu petang anda dapat menikmati pemandangan matahari terbenam yang sungguh romantik.
Satu lagi tarikan yang memberi anda peluang untuk mengamati kepelbagaian budaya yang ada di Singapore adalah Little India.
Bau harum teh chai dan beriyani dan irama Bollywood berkumandang di sepanjang jalan ini membuat Little India pengalaman yang unik di metropolitan Singapura.
Tambahan pula warna-warna terang yang menghias bangunan di Little India membuatnya satu destinasi amat sesuai untuk menangkap gambar OOTD.
Little India juga adalah tempat terbaik untuk membeli sari dan membuat inai di Singapura. Jika anda berada di sana, jangan lepaskan peluang membeli-belah di Mustafa Centre.
Pusat membeli-belah 24-jam yang merangkumi keluasan 2 bangunan ini mempunyai 8 tingkat yang penuh dengan barang khas untuk pilihan anda.
Mengikut orang tempatan, kalau boleh cuba elakkan dari melawat tempat ini pada hari Ahad, 8 pagi -12 petang, kerana ia mungkin sesak pada masa-masa ini.
Penginapan Di Singapura? Bermalam Dengan Selesa Di Village Hotels & Residences Singapore
Anda pasti tahu bahawa memilih penginapan yang betul dapat menambah kepada keistimewaan sebuah percutian. Namun begitu bukan semua penginapan sama dan memilih penginapan yang sesuai bukan suatu perkara yang senang.
Ini kerana terdapat pelbagai aspek yang perlu di fikirkan sebelum membuat tempahan seperti keselesaan bilik, keselamatan dan kualiti servis yang disediakan.
Kepada mereka yang mengutamakan keselesaan dan mahukan ketenangan fikiran sambil menikmati suasana tempatan yang terbaik, penginapan yang ditawarkan oleh rangkaian hotel terkemuka di Singapore Village Hotels pilihan sesuai untuk anda.
Cawangan-cawangan hotel mereka terletak berdekatan dengan kawasan pelancongan popular di Singapura.
Sebagai contoh, Village Hotel Bugis terletak bersebelahan dengan Haji Lane dan Kampong Glam, sementara Village Hotel Albert Court pula terletak berhadapan dengan Little India.
Jika anda akan berada di Singapura untuk masa yang singkat, dan mencari penginapan yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Changi atau bahagian timur Singapura, Village Hotel Katong dan Village Hotel Changi antara pilihan yang ideal buat anda.
Rekaan bilik-bilik di setiap Village Hotel yang bertema ‘Made-In-Singapore’ mengambil inspirasi daripada budaya dan warisan tempatan dan ia kelihatan di setiap sudut bilik yang di tawarkan.
Bukan itu sahaja, tetamu yang memilih untuk menginap di sini juga layak mendapat sarapan percuma, baucar F&B SGD10, buku kecil panduan penerokaan, cenderahati bercirikan Singapura dan lain-lain lagi.
Mereka yang travel bersama kumpulan yang kecil atau ibu-bapa yang bercuti bersama anak-anak dapat berjimat dengan mendapatkan bilik keluarga yang boleh memuatkan empat orang sekali, mengelakkan daripada anda terpaksa menempah dua bilik berasingan.
Antara cawangan Village Hotel yang menawarkan pilihan tersebut adalah Orchard Rendezvous Hotel yang baru sahaja dinaiktarafkan.
Selain daripada mendapat penginapan yang luas, bilik ini juga mempunyai ruang makan dan juga balkoni untuk menikmati pemandangan bandar tanpa perlu meninggalkan keselesaan bilik anda.
Sebagai bonus, hotel ini hanya beberapa minit sahaja berjalan kaki daripada syurga membeli-belah Orchard Road dan stesen MRT Orchard.
Anda boleh mengunjungi laman web dan social mereka untuk maklumat lanjut.
Far East Hospitality: Laman Web | Facebook | Instagram
Pendek kata, dengan berbekalkan tips diatas, sekarang anda bersedia untuk menikmati Singapura dengan sepenuhnya tanpa perlu risau isu bajet.