Foto ialah ‘cenderamata’ yang paling berharga untuk dibawa pulang daripada percutian. Foto-foto yang telah diambil ini dapat membawa anda kembali ke masa lalu dan mengembalikan nostalgia saat-saat indah yang pernah dilalui semasa bercuti.

Advertisements

Percaya atau tidak, anda sebenarnya boleh memaksimakan lagi perasaan ini dengan menghasilkan foto yang betul-betul dapat merakamkan suasana, emosi, personaliti atau kisah di sebalik gambar yang diambil.

Dengan adanya teknik yang betul bila menggunakan DSLR, anda dapat menyerap ‘semangat’ sebenar suasana yang dilalui semasa bercuti. Dalam artikel kali ini, MaiSinggah kongsikan antara teknik yang boleh anda aplikasikan pada trip akan datang. Selamat mencuba!

Tips camera DSLR untuk gambar travel cantik
Sumber: Alif Ngoylung

1. Rancang Waktu Untuk Shoot

Pencahayaan adalah perkara paling asas dalam fotografi – antara waktu yang terbaik untuk bergambar adalah ketika matahari terbit (sunrise) atau pada waktu matahari terbenam (sunset).

Waktu istimewa ketika matahari terbit inilah yang dipanggil sebagai “golden hour” kerana penghasilan cahaya yang lembut, menenteramkan (warm tone) dan sedap dipandang mata. Waktu matahari terbenam pula digelar “blue hour.” Blue hour adalah sejam selepas atau sejam sebelum matahari terbenam.

Ketika blue hour, warna biru dari langit cukup terserlah.  Sebolehnya, elakkan bergambar pada waktu matahari terik. Bila bercakap tentang lighting dalam fotografi, ada banyak lagi perkara yang perlu anda tahu dan teknik yang boleh anda kuasai. Artikel yang disediakan oleh Digital Photography School ini sangat membantu.

2. Location Scouting (Kaji Lokasi Yang Menarik)

Sebolehnya, mulakan sesi travel anda dengan perancangan lokasi terlebih dahulu. Lihat foto-foto yang boleh dijumpai di internet atau media sosial. Anda boleh juga bertanya kepada kenalan yang pernah datang untuk meminta pendapat mereka di mana lokasi cantik untuk bergambar. Selain itu, boleh juga gunakan gambar-gambar poskad untuk mengesan lokasi menarik.

3. Jadikan Penduduk Setempat Sebagai Subjek

Untuk mendapatkan hasil foto seperti seorang profesional, salah satu misi yang anda boleh rancang untuk buat semasa bercuti adalah untuk mengambil gambar masyarakat setempat.

Antara cara yang anda boleh praktikkan sebelum mengambil gambar adalah dengan berbual dengan mereka terlebih dahulu. Anda boleh bertanya arah, membeli barangan yang mereka jual (sekiranya peniaga), beri pujian atau apa-apa sahaja yang sesuai untuk beberapa minit sebelum bertanya sekiranya mereka tidak kisah untuk dijadikan subjek foto. Barulah mereka lebih relaks atau tidak rasa seperti ruang privasi mereka diceroboh.

Sesetengah orang akan mengatakan tidak kerana tidak selesa bergambar, hormati keputusan mereka. Sesetengah orang pula mungkin mengenakan caj sebelum bergambar.

4. Konsep Rule Of Thirds

Antara perkara paling asas dalam fotografi ialah konsep rule of thirds ataupun teknik susunan elemen visual atau komposisi imej. Pemahaman konsep ini dapat membantu anda mendapatkan keseimbangan visual yang menarik pada pandangan mata. Konsep yang dimaksudkan ini adalah dengan membahagikan imej anda kepada 9 petak segi empat tepat. Boleh gunakan fungsi “grid” yang terdapat dalam kebanyakan kamera DSLR untuk memudahkan anda mengagak dengan betul.

Sebagai contoh, dalam fotografi, subjek tidak semestinya perlu berdiri di tengah-tengah foto, mereka boleh juga berada di dalam barisan  grid tepi sebelah kanan atau kiri, yang penting, kedudukan frame (horizon) adalah lurus.

Berdasarkan beberapa panduan yang pernah dikongsikan oleh jurugambar, cara yang terbaik adalah dengan tidak meletakkan subjek di tengah-tengah, melainkan anda ingin mengambil gambar close-up portrait (potret berjarak dekat).

Tapi ingat, “rules are meant to be broken” kalau anda rasa subjek kelihatan sangat sesuai untuk berada di tengah-tengah grid, anda bebas untuk mengikut kreativiti sendiri. Untuk keterangan yang lebih jelas, Digital Photography School telah menyediakan artikel yang lengkap.

5. Close-Up Atau Dari Jauh?

Kalau anda rajin untuk bereksperimen, anda boleh cuba menangkap gambar dari kedudukan atau sudut yang berbeza. Mulakan dengan wide shot, mid-range, dan akhir sekali close-up atau rapat kepada subjek. Jangan mudah berpuas hati dengan foto pertama yang anda ambil.

Cuba masukkan elemen foreground (latar depan), midground (latar tengah) dan juga background (latar belakang) juga. Sekiranya subjek anda ialah banjaran gunung, cari haiwan, pokok bunga, sungai atau batuan yang cantik untuk dimasukkan sebagai foreground. Outdoor Photography menyediakan penerangan yang jelas tentang elemen-elemen ini.

Tips penting: Gerakkan kaki! Jangan rasa berat untuk mengubah kedudukan anda bila mengambil gambar, gerak ke depan, belakang, kiri atau kanan sampailah anda berpuas hati dengan komposisi gambar.

6. Bawa Tripod Yang Ringan (Lightweight) Untuk Travel

Tripod dapat membantu anda meletakkan kamera pada satu posisi dengan stabil. Seperti yang dikatakan dalam rule of thirds, dengan adanya bantuan tripod, lebih mudah untuk anda mendapatkan komposisi yang sempurna.

Fokus anda hanyalah untuk membetulkan setting exposure, titik fokus atau pelbagai lagi setting penting lain untuk mendapatkan imej yang anda bayangkan.

Penggunaan tripod juga dapat memudahkan anda mendapatkan shutter speed perlahan yang sesuai untuk pemandangan seperti air terjun, bintang di langit malam atau keadaan gelap (low light) tanpa sebarang gegaran yang merosakkan gambar. Tripod yang stabil membolehkan anda menggunakan ISO yang rendah (mengurangkan sensor noise) dan aperture yang rendah untuk menghasilkan imej dengan fokus yang tinggi. Website Photography Life dalam artikel mereka menyediakan panduan yang jelas tentang shutter speed, ISO dan aperture. Ingat, tripod ialah kunci untuk mendapatkan foto lanskap yang sempurna.

7. Jadikan Travel Photography Sebagai Priority

Jika anda kelam-kabut untuk mengejar masa atau bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain, foto yang dihasilkan berkemungkinan besar sama sahaja dengan orang lain. Untuk hasil yang lebih pro, pastikan anda luangkan sedikit masa khas untuk “waktu fotografi.”

Sekiranya anda tidak membawa kenderaan sendiri semasa bercuti, sebaiknya, cari kereta sewa untuk memudahkan pergerakan.

8. Shoot Dengan Format RAW

Bila anda mengambil gambar dengan menggunakan kamera digital, cip komputer yang terdapat dalam kamera akan mengambil gambar yang anda tangkap melalui sensor untuk ditukarkan dalam bentuk format tertentu supaya ia mudah dibaca oleh sistem. Bagi kebanyakan kamera, format yang ditawarkan ialah JPEG dan RAW.

JPEG ialah compressed format (format yang dimampatkan) supaya dapat menjimatkan ruang. Dalam proses pemampatan format, banyak data hilang / ‘terkunci’ daripada foto yang diambil yang menyebabkan gambar yang dihasilkan tidak begitu berkualiti tinggi.

Namun dengan menggunakan format RAW, setiap inci data dikekalkan sehingga menghasilkan gambar yang lebih berkualiti tinggi. Ini juga bermaksud anda boleh sunting foto yang telah diambil dengan lebih efektif kerana anda dapat menguasai data yang tersimpan secara total melalui editing software seperti Lightroom.

9. Salurkan Kreativiti Melalui Mode Manual

Peluang untuk menggunakan DSLR adalah peluang untuk mengawal segala aspek foto yang diambil. Anda berkuasa untuk mengubah ISO, aperture dan juga shutter speed. Untuk mendapatkan hasil gambar yang baik, anda perlu meluangkan masa untuk belajar tentang hubungan antara ketiga-tiga setting ini.

Bila dah faham, setkan DSLR anda kepada Manual Mode. Salah satu kepentingan bila adanya kebolehan untuk melakukan setting sendiri adalah ia membolehkan anda menjadi lebih kreatif dengan cara anda merakamkan pergerakan (motion).

Untuk info yang lebih mendalam tentang settings dan juga elemen-elemen penting lain dalam  bagi fotografi DSLR, boleh lihat panduan langkah demi langkah yang dikongsikan di laman web ImprovePhotography.com.

10. Sentiasa Bawa Kamera Ke Mana Saja Anda Pergi

Dalam dunia fotografi ada pepatah mengatakan, “kamera yang terbaik ialah kamera yang ada dalam tangan.” Sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan atau peluang untuk mengambil gambar.

Anda tak akan tahu bila peluang ini datang kerana pada bila-bila masa sahaja anda mungkin terlihat pemandangan matahari yang indah, street performance, haiwan yang comel dan sebagainya. Pastikan juga anda meletakkan kamera di tempat yang mudah untuk diambil.

11. Gunakan Polarizer

Polarizer adalah filter lens yang sangat membantu terutama sekali dalam cuaca matahari terik di waktu tengah hari. Seperti yang dikongsikan oleh PhotographyTalk.com, ini adalah antara fungsi Polarizer:

  • Untuk menghilangkan silau
  • Untuk membolehkan anda menggunakan shutter speed yang rendah
  • Untuk menyerlahkan warna langit biru (bagi menghasilkan gambar lanskap yang wow!)

Ini pula adalah waktu ketika mana polarizer tidak sesuai untuk digunakan:

  • Bila anda ingin highlight permukaan yang basah seperti lautan/tasik
  • Situasi low light (kurang cahaya/gelap)
  • Sekiranya anda inginkan kesan cahaya yang dramatik
  • Bila menangkap gambar pelangi

12. Tingkatkan Pengetahuan Post-Processing

Semua jurugambar profesional menyunting imej digital yang telah diambil dengan menggunakan editing software seperti Lightroom, Photoshop atau GIMP.

Post-process ialah sebahagian daripada proses penting dalam fotografi pelancongan. Belajar bagaimana untuk meningkatkan kontras, menajamkan elemen-elemen dalam imej, melembutkan tona warna, mengurangkan highlight, mengurangkan sensor noise dan sebagainya dengan menggunakan software.

Terdapat banyak video tutorial yang boleh ditonton untuk mengetahui dengan mendalam tentang teknik-teknik ini dan antaranya ialah video-video yang sering dimuatnaik oleh Mango Street .

13. Set Kamera Anda Kepada Burst Mode

Setting dengan menggunakan burst mode bermaksud mengambil beberapa gambar dengan hanya satu kali tekanan butang shutter. Ini banyak membantu terutama sekali sekiranya anda mengambil gambar aksi seperti kanak-kanak berlari, suasana festival yang meriah atau sebagainya.

Setting ini juga penting sekiranya anda mendapatkan bantuan orang lain untuk mengambil gambar. Ini membolehkan anda akan memilih mana-mana daripada kesemua foto yang telah diambil dengan hanya sekali tekan.

14. Backup Foto Yang Telah Diambil

Gunakan hard disk untuk menyimpan fail berformat RAW yang telah diambil, manakala bagi foto-foto yang terpilih atau telah disunting pula, anda boleh masukkan ke dalam online backup seperti DropBox dan iCloud.

15. Jangan Pernah Henti Belajar

Sekiranya anda betul-betul ingin mengambil bidang fotografi pelancongan secara serius, anda boleh ikuti kelas-kelas fotografi yang ada atau tonton video tutorial yang boleh ditemui banyak dalam YouTube. Sekiranya anda masih baru dalam dunia fotografi DSLR, salah satu tutorial fotografi yang admin sarankan ialah video 10 siri yang dihasilkan oleh Chris Bray Photography, video yang sangat mudah untuk faham.

Yang penting, selepas belajar, aplikasikan apa yang dipelajari dengan kerap untuk menggilap skills tersebut. Dengan usaha, tiada yang mustahil. Semoga berjaya!