Sektor pelancongan negara kini berdepan dengan krisis global disebabkan wabak coronavirus (COVID-19) yang melanda dunia baru-baru ini. Ketika sekatan sempadan negara dibuka secara berperingkat dengan peraturan yang masih ketat, perjalanan antarabangsa dijangka akan beroperasi seperti sediakala tetapi masih dalam peringkat permulaan. Namun, sektor pelancongan tempatan sebaliknya dijangka pulih secara lebih drastik.
Hikmahnya, wabak pandemik ini sungguhpun telah menjejaskan pelbagai sektor dalam dan luar negara, secara tidak langsung telah memulihkan keadaan persekitaran dan sekaligus meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan mereka di dalam mengekalkan persekitaran sedia ada demi masa hadapan. Disini disediakan tips melancong mesra alam buat anda yang bakal memulakan perjalanan tidak lama lagi.
1. Sediakan beg kitar semula
Penggunaan bahan berasaskan plastik mengambil masa 500 tahun untuk dibiodegradisasi. Jadi, sediakan beg kitar semula secukupnya sebelum anda memulakan perjalanan. Bukan saja mesra alam, ianya juga ringan dan menjimatkan ruang. Malahan, harganya cukup murah dan kadangkala anda boleh dapatkannya secara percuma.
2. Bawa peralatan makanan sendiri
Peralatan makanan seperti penyedut minuman, botol air dan garfu/sudu berasaskan plastik memang mudah dibawa tetapi penggunaan secara berlebihan dapat menjejaskan alam sekitar.
Kesannya amat buruk terutama pada hidupan laut serta alam semulajadi. Katakan tidak juga pada penggunaan botol air plastik guna semula dan hanya gunakan botol air yang dibawa sendiri. Tipsnya, isikan air minuman penuh di tempat penginapan setiap kali sebelum memulakan perjalanan.
3. Gunakan kenderaan awam
Elakkan daripada menggunakan perkhidmatan pemandu persendirian dan pilihlah untuk naik kenderaan awam sebagai alternatif. Ambil peluang ini bukan sahaja untuk anda merasai pengalaman budaya tempatan yang unik malahan dapat beramah mesra dengan penduduknya.
4. Beli belah barangan buatan tempatan
Sokong ekonomi negara dengan membeli belah dan menjamu selera di restoran tempatan. Pilih untuk merasai kopi asli atau minuman keluaran dalam negara yang tidak kurang hebatnya.
Pemilihan makanan berasaskan pertanian tempatan seperti keluaran sayuran dan buah-buahan juga dapat mengurangkan risiko terjejasnya alam sekitar. Pasti sedap apatah disajikan bersama resipi tradisional penduduk tempatan. Elakkan makanan keluaran industri seperti produk tenusu dan daging proses yang bukan sahaja menjejaskan alam sekitar tetapi juga memudaratkan kesihatan diri.
5. Biasakan rutin seperti di rumah sendiri
Percutian mesra alam boleh direalisasikan sekiranya kita mempraktikkan rutin seperti di rumah sendiri. Elakkan daripada menggunakan lebihan tuala bersih dan menukar sarung katil sekiranya tidak perlu. Padam lampu, tutup suis televisyen dan penyaman udara setiap kali sebelum memulakan perjalanan.
6. Bersiar-siar bersama penduduk tempatan
Jaga adab dan hormati persekitaran penduduk tempatan. Ketika melakukan aktiviti “hiking”, sentiasa berada di trail di yang telah ditandakan dan kekalkan jarak selamat. Menongkah arus perjalanan yang sepatutnya medatangkan kesan buruk kepada tanaman juga persekitaran semulajadi.
7. Pek bagasi secara bijak
Setiap berat pada bagasi anda akan memberi kesan kepada kenderaan yang dipandu. Sebaiknya anda bawa barangan terhad kepada apa yang diperlukan sahaja. Tips lain, gunakan beg pack mesra alam seperti Targus Cypress EcoSmart Hero backpack.
Diperbuat daripada komponen kitar semula, beg pack terbaru Cypress Ecosmart ini mendapat kelulusan daripada syarikat Global Recycled Standard (GRS) dan pengeluaran bagasi seperti ini bertujuan untuk mengurangkan bilangan botol plastik diperuntukkan untuk tempat pembuangan sampah dengan mengalihkan kegunaanya dalam pembuatan bagasi dan bag pack. Botol plastik tersebut dibersihkan, sebelum dikupas dan dipolimerkan semula kemudian dipintal menjadi fibre yang ditenun menjadi kain yang digunakan untuk pembuatan beg.
Setiap perlakuan kita pastinya membentuk sektor pelancongan negara sekaligus mendatangkan kesan kepada dunia pada masa hadapan. Buruk atau baik itu tanggungjawab kita bersama. Ambil kira tentang persekitaran dan alam sekeliling sebelum kita melakukan apa-apa juga tindakan membeli atau menggunakan sebarang produk.
Diadaptasi dan diterjemahkan dari 7 Easy Eco-Friendly Tips for More Sustainable Travel oleh Brand Inc.