12 Tips Perjalanan Untuk Memandu Dengan Selamat Musim Percutian Ini | Panduan Self Drive Holiday

Tidak kira di mana anda menuju atau jika anda seorang pemandu profesional ataupun baru mendapatkan lesen memandu, 12 petua perjalanan ini akan menjadikan percutian anda menjadi lebih selamat dan mudah.

Tidak perlu dipersoalkan lagi; percutian melalui jalan raya/darat sememangnya mengagumkan. Tidak kira di negara mana anda memandu, mengembara menggunakan kereta dapat memberikan pengalaman bercuti yang istimewa dan unik.

Tips Memandu Semasa Bercuti - Self Drive Holiday
Sumber: Hasse Lossius

Percutian melalui jalan raya yang menyeronok dan berjaya ini pastinya akan diingati seumur hidup. Tambahan pula jika anda mampu merancang dan terus menjayakannya walaupun terdapat beberapa halangan yang tidak diduga berlaku. Contohnya di mana anda akan tidur? Di mana anda akan makan? bilakah anda akan sampai ke perhentian seterusnya?

Untuk membantu anda selamat sampai ke destinasi semasa memandu, disini kami kongsikan 12 tips percutian pandu sendiri yang berguna.

1. Gunakan Aplikasi GPS (Google Maps | Waze)

Cara terbaik untuk memulakan perjalan adalah dengan menggunakan Google Maps. Hanya masukkan lokasi anda berada dan destinasi yang anda tuju, seterusnya dapatkan anggaran masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi.

Aplikasi Peta GPS
Sumber: Ben Ali

Sesuaikan laluan dan lihat ke mana anda boleh pergi serta berapa lama perjalanan anda yang bakal diambil. Pastikan jalan yang diambil di susun sebaik mungkin. Bukan itu sahaja, sila bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku dan cuba untuk membuat keputusan sepantas yang boleh jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.

Selain daripada memberi kita arah dan tunjukkan laluan yang betul, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk mengetahui lokasi-lokasi penting seperti tempat isi minyak, tempat makan dan juga klinik atau hospital berdekatan jika diperlukan. Informasi ini sangat berguna lagi-lagi apabila sedang memandu di kawasan yang kurang dikenali ataupun negara luar.

2. Kereta Apa?

Jenis kereta yang anda perlukan adalah bergantung pada destinasi yang di tuju, jenis perjalanan dan berapa banyak orang yang menyertai. Fikirkan pacuan 4 roda yang bagaimana anda perlukan, high clearance atau yang boleh ditukar, dan seterusnya buatlah tempahan. Pastikan bahawa anda menempah lebih awal, serta pilihlah milleage tanpa had (kecuali anda benar-benar yakin mengenai perjalanan anda).

Sekiranya perjalanan anda memakan masa panjang, beberapa bulan atau lebih, anda mungkin ingin memikirkan untuk membeli kereta terpakai dan menjualnya apabila anda selesai. Pastikan anda menyemaknya sebelum menandatangani apa-apa dokumen.

3. Muzik

Muzik dan pengembaraan bagai melengkapi satu sama lain. Keduanya sentiasa bergerak seiring. Ketika di dalam perjalanan anda pasti mempunyai banyak masa untuk melayani/mendengar muzik, jadi sila memuat turun muzik/lagu sebanyak yang mungkin di dalam telefon bimbit anda. Dan USB cable jangan lupa bawa juga ye. Selain itu, pilihan bijak yang anda boleh cuba adalah mendengar lagu dari siaran radio tempatan. Mana tahu anda sukakannya?

4. Roadtrippers

Satu aplikasi khas yang dicipta untuk memudahkan para pelancong. Roadtrippers merupakan lubuk emas yang memaparkan segala jenis maklumat yang berkaitan jalan yang boleh dilalui sehinggalah ke penginapan. Ia juga meliputi hampir semua negara serta merangkumi berjuta-juta destinasi dan pemandangan paling menarik di dunia.

5. Jalan Yang Jarang Dilalui

Penggunaan lebuh raya akan mempercepatkan perjalanan anda, namun anda mungkin ketinggalan banyak perkara. Sekiranya boleh, ambillah jalan yang jarang dilalui. Anda akan melihat lebih banyak lagi, bertemu dengan penduduk tempatan dan menjelajah jalan yang belum pernah anda lalui.

Baca: Backpacking Bajet: Panduan Untuk Melancong Dengan Kos Yang Rendah!

6. Pilih Makanan Serta Penginapan Tempatan

Inilah masanya untuk anda merasai keenakan makan tempat walaupun kadang-kadang ia di luar “Comfort Zone” kita. Ambillah peluang ini kerana boleh jadi ini kali terakhir anda dapat merasainya.

Begitu juga dengan penginapan. Walaupun kita sering kali teringin untuk menginapan di kediaman/resort yang mewah serta selesa apakata kali ini rasai pula pengalaman menginap homestay di perkampungan.

7. Bawa Cooler Box/Bag

Plan nak bawa makanan dan minuman ringan semasa perjalanan anda nanti? Jangan lupa bawa cooler box. Ini dapat memastikan makanan yang dibawa sentiasa fresh dan minuman kita kekal sejuk sepanjang perjalanan.

8. Pilih Rakan Kembara Yang Sesuai

Bercuti menggunakan jalan darat memboleh anda membuat kawan dan juga boleh memutuskan tali persahabatan. Ada sahabat yang boleh membuatkan anda ketawa tapi cuba bayangka jika tiba-tiba anda tersesat selama beberapa jam dan mereka tidak pandai membaca peta/jalan tentu menyesakkan.

Jadi pilihlah rakan kembara yang sesuai dengan perangai anda, dapat melakukan sesuatu yang anda tidak mampu lakukan seperti membaca peta, mahir dengan bahasa tempatan. Dan yang paling penting mampu bertahan dengan sikap/perangai anda.

9. Peraturan Jalan Raya

Sila selidik peraturan jalan raya di negara yang bakal anda jelajahi. Anda boleh dapat maklumat serta tips melalui portal rasmi kerajaan. Sebagai contoh: Eropah dari The AA, Australia dari laman pelancongan rasmi, dan AS dari USA.gov. Ingat setiap negara mempunyai peraturannya yang tersendiri.

Sekiranya anda melancong ke negara di Asia, sila dapatkan tips memandu bagi pelancong di laman web rasmi pelancongan negara tersebut.

10. Dapatkan SIM Kad Tempatan

Pengunaan simkad tempatan amatlah penting kerana ia membantu orang lain untuk menghubungi anda selain daripada ia juga mengurangkan kos anda sepanjang percutian nanti.

Bukan itu sahaja, aplikasi Whatsapp, Skype, Google Maps turut memerlukan sambungan Wi-Fi/GPS atau data mudah alih untuk berfungsi.

11. Rehat Seketika Di R&R/Stesen Minyak

Mengikut pakar anda seharusnya berhat paling minimum 15 minit setiap 2 jam anda drive. Oleh itu pastikan anda kerap berhenti di kawasan R&R ataupun Stesen Minyak semasa perjalanan yang jauh.

Tempat rehat ini kebiasaannya mempunyai kemudahan bilik air, ruang makan, dan ruang solat. Malah terdapat beberapa tempat rehat yang menyediakan bilik tidur ataupun Motel.

12. Stay Safe

Inilah masa yang sesuai untuk anda keluar dari zon selesa dan terokailah jalan-jalan yang belum pernah anda lalui. Tetapi ingat utamakan keselematan.

Pastikan ada di antara kenalan anda tahu di mana anda berada dan ke mana anda tuju. Untuk memastikan anda bersedia meghadapi kecemasaan, jangan lupa bawa sekali barang penting seperti First Aid Kit, Lampu Suluh, Segi Tiga Amaran, dan botol air belebihan.

Baca: Merancang Percutian Secara Solo: Tips Istimewa Buat Traveller Wanita

Melancong melalui jalan darat/jalan raya sememangnya sangat mengujakan. Sekiranya anda sudah bersedia untuk memulakan perjalanan jangan teragak-agak lagi. Lakukan sekarang dan rasailah keseronokan yang sebenar.

4/5 - (1 vote)