Nak Travel Dengan Si Dia? 21 Tips Bagi Pasangan Yang Bakal Travel Bersama

Akhirnya, masa untuk bercuti dengan pasangan anda telah tiba, tetapi sebenarnya, anda agak gementar kerana ini akan menjadi kali pertama anda bercuti bersama.

Mungkin kali pertama anda akan menghabiskan 24 jam selama beberapa hari bersama. Tidak mudah seperti yang anda bayangkan: anda harus menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berbeza dan pada masa yang sama anda harus memikirkan pasangan juga.

Tanpa perancangan yang rapi boleh membawa banyak kesulitan. Apa yang akan anda lakukan, misalnya, jika pasangan anda mengalami keracunan makanan?

Adakah anda akan tetap tenang dan menjaganya semasa dia tak sihat? Atau adakah anda akan paranoia untuk mendapatkan ubat? Sekarang anda akan belajar tentang cabaran perjalanan untuk dua orang dan bagaimana anda dapat mempersiapkan diri untuk percutian pertama bersama.

Tips Travel Bersama Pasangan - Travel Couple
Sumber: Christopher Alvarenga

1. Pilih destinasi

Anda mungkin mempunyai senarai negara yang ingin anda lawati, dan berbeza dengan pasangan anda atau belum memikirkannya. Sekarang masanya. Dengan cara ini, anda akan mengetahui negara mana yang menarik untuk anda berdua dan lebih mudah untuk membuat keputusan. Ini berguna untuk menyenaraikan terlebih dahulu dan jika anda menemui beberapa pilihan anda berdua suka, teruskan dengan kajian secara terperinci – senaraikan wilayah atau bandar atau sebagai alternatif, senaraikan aktiviti.

2. Pilih destinasi yang menawarkan segalanya yang anda mahukan

Sebaik sahaja anda menemui destinasi, anda harus memeriksa apa yang ditawarkan. Adakah terdapat aktiviti yang ingin anda lakukan? Sekiranya anda ingin pergi ke pergunungan, tetapi pasangan anda mahu menyelam, sebagai contoh di Vietnam; di mana anda boleh membuat lawatan mendaki di Sapa – dataran tinggi di belah utara dan pasangan boleh ke pusat menyelam di pantai Nha Trang di selatan. Berbeza namun dua-dua berasa puas hati dan bergembira.

3. Rancang secara menyeluruh

Sebaik sahaja anda memutuskan untuk kemana, tiba masanya untuk memulakan perancangan. Ini sangat penting untuk merancang perjalanan pertama secara menyeluruh untuk mengelakkan salah faham. Anda harus membincangkan aspek perbelanjaan dan membuat anggaran.

4. Gunakan pendapatan pasangan sebagai ukuran anggaran

Untuk untuk mengelakkan pertikaian, terutamanya semasa percutian pertama sebagai pasangan, penting untuk menetapkan anggaran. Berapa banyak yang anda mahu belanjakan untuk keseluruhan percutian? Sekiranya anda mempunyai pendapatan hasil yang berbeza, bincangkan topik ini lebih awal.

Orang yang berpendapatan lebih tinggi mungkin lebih suka menginap di hotel empat bintang manakala berpendapatan rendah sekadar di asrama. Sekiranya pekerja yang berpendapatan tinggi berhajat untuk tinggal di hotel dan enggan tinggal di asrama, topik perbezaan gaji ini tidak boleh diungkit jika berlaku pertengkaran di kemudian hari atau sekiranya berlaku perpisahan – itu tidak beretika.

5. Tetapkan anggaran keseluruhan perjalanan

Anggaran boleh dibahagikan kepada hari supaya mudah untuk diuruskan, tidak ada alasan untuk berdebat dan anda tahu dengan tepat berapa banyak yang dapat dibelanjakan. Ini juga memudahkan anda berbuat rancangan samada keluar makan malam atau memasak sendiri. Dengan anggaran yang betul, masalah tidak timbul.

6. Bertolak ansur

Hubungan perlu berkompromi. Sekiranya pasangan anda berkeras untuk menginap di hotel, anda boleh berkompromi jika dia membayarnya atau anda berdua bersetuju untuk tidak tinggal di asrama tetapi hotel tiga bintang yang buatkan anda berdua gembira. Elakkan keputusan spontan; rancang perjalanan dengan teliti.

7. Cuba sesuatu yang baru

Jangan terlalu kolot hanya sebab kedengaran bodoh dan aneh. Penting untuk tolak ansur dan bersikap terbukamencuba perkara baru. Ini mendorong kita setiap hari untuk memantapkan perhubungan dalam mencuba perkara baru.

8. Elakkan aktiviti berkhemah untuk percutian kali pertama

Ramai tidak mengesyorkan kepada newbie untuk pergi berkhemah, kecuali jika anda berdua adalah orang yang sukakan aktiviti luar. Berkhemah bermaksud ruang yang sempit dan terhad. Jika anda masih belum sebetulnya selesa bersama pasangan dan individu yang mempunyai prinsip untuk ada ruang privacy sendiri – berkhemah bukan pilihan yang bijak.

9. Hadkan barangan anda

Anda disarankan untuk tidak menggunakan beg pakaian tetapi beg galas yang baik. Ini bermakna anda berdua tahu apa dan berapa banyak muatan anda. Beli beg galas yang baik dan berkualiti tinggi. Fikirkan pasangan anda jika anda perlukan pertolongannya untuk mengangkat barangan anda.

10. Dapatkan insurans.

Sekiranya perjalanan pertama anda tidak lebih dari 6 minggu, anda akan dilindungi insurans kesihatan pelancong asing yang baik. Penting untuk mengambil insurans melancong dan tidak hanya bergantung pada insurans yang diberikan oleh syarikat kad kredit anda. Insurans sebegini merangkumi semua yang anda perlukan dalam perjalanan anda dan juga merangkumi penghantaran balik untuk tujuan perubatan sekiranya anda dan pasangan anda memerlukannya.

11. Adakan masa anda sendiri

Sekiranya anda tidak selalu menghabiskan masa bersama, anda harus ada masa anda sendiri. Sekiranya anda mempunyai minat berbeza, nda pasti boleh lakukan tanpa pasangan. Hanya disebabkan pasangan anda tidak mahu menyelam, itu tidak bermakna dia tidak lagi mencintai anda atau

12. Berinteraksi bersama pasangan lain

Cuba berkenalan dengan pelancong lain sekali sekala. Elemen spontan ini sangat menyeronokkan – keluar dan berkongsi aktiviti dengan orang lain. Sekiranya anda tidak suka pendekatan begini, atur temujanji untuk bertemu dengan kumpulan pelancong yang lain. Terdapat banyak kumpulan di facebook atau MeetUp.com atau Couchsurfing.org.

13. Jangan keluar minum sepanjang masa

Anda harus berhati-hati dengan alkohol bagi bukan Muslim. Aktiviti sebegini sering membawa kepada perbelanjaan yang lebih besar. Selain itu, ia boleh menjadi masalah stres kerana tindak balas terhadap alcohol anda dan pasangan berbeza dan menjejaskan segala yang dirancang.

14. Makan makanan yang sihat

Jangan hanya pizza yang enak di Itali, atau stik yang empuk di Argentina. Cuba banyakkan salad dan memasak sendiri jika anda menginap di apartmen atau perkhemahan.Sekiranya anda hanya makan makanan yang berminyak berkarbohidrat tinggi, anda akan mudah letih. Pilih makanan yang asli.

17. Lakukan sukan bersama

Anda boleh berlari, yoga hampir di mana sahaja. Malah berenang dan mendaki pendek adalah senaman. Sebaiknya lakukan ini bersama dan cuba sukan yang baru – menjadikan anda lebih rapat.

18. Manfaatkan kelebihan masing masing

Kita semua mempunyai kekuatan dan kelemahan berbeza. Oleh itu, anda harus berbincang siapa yang lebih baik dalam melakukan sesuatu dan bahagikan tanggungjawab masing masing sepanjang perjalanan anda bersama.

19. Tentukan bila dan dimana untuk makan

Itu sangat penting kerana ramai pasangan yang gagal membuat keputusan awal akan hilang arah tanpa tujuan, tidak dapat membuat pilihan. Tentukan lebih awal tempat untuk makan tengah hari dan makan malam. Jangan jadikan isu makan untuk bergaduh – Kebudak-budakan

20. Jaga sesama pasangan

Sekiranya pasangan tidak tahu apa yang harus dilakukan atau jika pasangan ego untuk tidak ditolong boleh mengakibatkan isu dalam perhubungan. Bincang dan tetapkan: jika berlaku keracunan makanan, pasangan yang sihat harus berusaha untuk memudahkan pasangan yang sakit.

21. Ambil gambar sebanyak mungkin sepanjang pengembaraan bersama

Apabila anda pulang ke rumah melihat foto yang telah diambil, perasaannya tidak sama sekali. Beli tongkat selfie – ambil peluang untuk mengambil gambar anda berdua bersama-sama. Penting sekali anda abadikan pengalaman dengan gambar.

4/5 - (1 vote)