Sebelum kita memulakan melancong secara backpacking ini, kita haruslah membuat persiapan. Jadi dimana patut kita bermula?
Kita sentuh isu kewangan dahulu – berapa kos sebenar untuk pergi ke serata dunia? Tiada jumlah yang tepat, kerana terdapat banyak faktor menentukan jawapan bagi soalan itu. Mari kita lihat dengan lebih spesifik
Bolehkah saya mengembara selama setahun dengan berbekalkan RM 50,000?
Ya! Banyak backpacker berjaya melancong ke serata dunia dengan jumlah yang sama dan anda juga boleh pergi lebih jauh jika anda pandai menguruskan belanjawan sendiri.
Ramai pengembara berpendapat bahawa mengembara ke dunia selama setahun akan membuka mata anda nilai sebenar RM 50,000 dan sejauh mana duit sebanyak itu dapat membawa anda.
Berapa Sasaran Belanjawan Anda Sehari Sewaktu Melancong?
Ini bergantung kepada diri anda sendiri tetapi kebiasaannya, ramai menyasarkan sebanyak RM50 sehari. Pasti ramai yang kata ini mustahil. Ia tidak mustahil sekiranya destinasi yang anda tuju itu adalah negara dunia ke-3 seperti India dan Cambodia.
Anda juga mampu melancong di New Zealand, Australia dan Jepun dengan bajet sebanyak itu sehari.
Negara Termurah Untuk Pergi Melancong
Beberapa pilihan percutian bajet terbaik sememangnya terletak di Asia Tenggara yang mempunyai nilai mata wang yang lebih rendah berbanding negara kita dan bagi pelancong yang datang dari benua Eropah, mereka memilih Amerika Tengah dan Selatan dan lain-lain di mana kos sara hidup lebih rendah dan mata mereka jauh lebih besar. Terdapat juga pilihan tempat-tempat murah untuk melancong di Eropah.
Perlukah Berbelanja Besar Untuk Backpack Kit?
Ada logiknya berbelanja untuk keperluan backpack anda kerana anda memerlukan peralatan dan barang yang betul dan ini dapat menjimatkan wang anda dalam jangka masa panjang.
Membeli peralatan backpack pada potongan harga atau membeli barang terpakai dapat mengurangkan kos keseluruhan anda, tetapi, tak salah untuk berbelanja untuk mendapatkan barangan yang baru kerana berada dalam keadaan yang lebih baik.
Pembelian yang betul sebelum memulakan perjalanan anda juga menentukan berapa jauh anda dapat pergi.
9 Tips Untuk Backpacking Mesra Bajet
1. Dapatkan Insurans!
Sentiasa melancong dengan insurans. Seperti yang dikatakan di dalam buku – The OG Broke Backpacker: menekankan bahawa pentingnya anda mendapatkan insurans kerana anda tidak tahu bila anda akan memerlukan duit pampasan sekira berlakunya sesuatu yang tak diingini.
Pastikan insurans backpacker anda rasmi boleh diguna pakai sebelum anda memulakan pengembaraan. Ramai mengesyorkan World Nomads.
2. Cari Tempat Tidur Percuma!
Bagi kebanyakan pelancong, salah satu kos utama adalah penginapan. Sekiranya anda bercadang untuk mengembara untuk tempoh jangka masa yang panjang, ada baiknya anda melabur membeli khemah dan ‘hammock’ berkualiti tinggi – anda dapat jimatkan banyak wang, ringan, dan boleh dipasang di mana sahaja.
Namun, anda tidak akan mampu berkhemah setiap malam – terutamanya jika anda di dalam perjalanan ke tempat yang sejuk. Couchsurfing menjadi laman web pilihan backpackers kerana menawarkan servis mencari tempat tinggal percuma dan bertemu rakan baru semasa dalam perjalanan.
3. Menumpang Kenderaan
Anda boleh pergi ke suatu tempat yang jauh secara percuma – senang. Walaupun di negara seperti India, bas dari Delhi ke Manali akan berharga sekurang-kurangnya RM 90. Dengan nilai wang yang sama, anda boleh menyewa bilik murah selama seminggu.
Sebilangan besar akan menumpangkan anda sama ada kerana mereka baik atau mereka hanya ingin berkenalan dengan warga asing.
4. Makan Makanan Tempatan
Makanan jalanan kebiasannya murah, enak, dan cara yang bagus untuk memahami budaya tempatan – cari gerai yang sibuk dengan orang tempatan.
Lebih jimat jika memasak makanan anda sendiri – mee, pasta dan sayur-sayuran boleh dibeli dengan harga murah dan jika anda mempunyai dapur mudah alih, anda boleh memasak di mana sahaja anda berada.
5. Tawar Harga!
Tawar-menawar semuanya: pakaian, cenderamata, bilik asrama, dan pengangkutan – besar kemungkinan anda dapat menjimatkan duit.
Tetapi ingat untuk sentiasa mesra dan tidak terlalu menekan; peluang untuk mendapatkan potongan harga lebih baik jika anda melakukannya.
6. Buat Kawan
Rangkaian bermaksud peluang baru. Orang tempatan sukakan pelancong. Mereka melambangkan kebebasan dan kemesraan dari tempat yang asing.
Tempatan suka berjumpa dengan pelancong, memperkenalkan kepada rakan mereka, dan menunjukkan kepada mereka selok-belok bandar.
7. Kerja, Kerja!
Perkara yang menarik tentang kerja sambil mengembara ialah anda boleh bekerja hanya seminggu sekali untuk menambah pendapatan dan kerja yang dilakukan sangat mudah dan menyeronokkan. Pilihan yang mudah mengurus asrama dan kerja ladang antara pilihan yang baik untuk pengembara yang bercadang ingin mengembara lebih jauh.
Anda hanya perlu menghabiskan waktu petang untuk bertanya-tanya tentang kerja kosong. Terdapat juga perkhidmatan yang boleh anda gunakan untuk mencari peluang sukarelawan.
Sekiranya anda tertanya-tanya bagaimana hendak mengembara dunia secara percuma, maka menjadi sukarelawan adalah salah satu kaedah terbaik – anda dapat mengembara tanpa membayar apa-apa; hanya bekerja dan berseronok. Kami mengesyorkan Worldpackers sebagai perkhidmatan anda untuk mencari peluang sukarelawan.
8. Kembara Bersama Kawan!
Mencari rakan untuk pergi bersama untuk perjalanan jauh untuk meringankan beban kos anda – kerana segala kos akan dibahagi dua; penginapan, tambang pengangkutan dan makanan. Anda juga dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan anda dengan merentasi dunia bersama sama dan pengalaman seperti ini akan menjadikan persahabatan anda lebih istimewa.
9 Jalan Susah Sedikit
Mengembara sentiasa memberi kita pilihan. Anda boleh naik teksi atau berjalan kaki. Anda boleh menaiki bas VIP yang mahal hari ini atau tidur semalaman di stesen bas dan menaiki bas tempatan esok pagi, anda boleh minum kopi di negara di mana kopi berharga tiket bas atau anda boleh berhenti minum untuk sementara waktu.
Baca: Merancang Percutian Minimalis? 7 Tips Mudah Packing Baju Untuk Travel
Mengembara dengan cara begini memang memenatkan tetapi secara amnya, ia lebih murah. Jangan terlalu menyeksa diri anda apabila mengembara secara murah begini –Â manusia tak keselesaan tidak dapat dipisahkan. Cuma sentiasa beringat dalam berbelanja ketika anda mengembara jauh di luar sana.