Top Fast Food Toy Collection Alor Setar | Kembalikan Nostalgia Zaman Kanak-kanak

Muzium koleksi mainan dan produk McDonald’s pertama di Malaysia kini dibuka untuk kunjungan anda.

Top Fast-Food Toy Collections Alor Setar - Gambar Luar

Alor Setar, Kedah lebih dikenali untuk sawah padi mereka. Negeri yang penuh sejarah ini memang kaya dengan bermacam-macam pusat budaya dan cerita-cerita sejarah yang menjadikan negeri ini cukup menarik.

Top Fast-Food Toy Collections Alor Setar - Nostalgia MC Donalds Malaysia

Namun tidak disangka-sangka, di satu sudut di Alor Setar ini terdapat satu tempat kunjungan yang cukup bermakna. Top Fast Food Toy Collection dibuka kepada umum dan pastinya akan mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak anda.

Latar Belakang

Top Fast Food Toy Collection merupakan muzium koleksi mainan dan produk McDonald’s pertama di Malaysia. Top Fast Food Toy Collection telah mengumpul koleksi mainan dan produk McDonald selama 4 dekad lamanya.

Top Fast-Food Toy Collections Alor Setar - Koleksi Memorabilia Mc Donald Terbesar Di Malaysia

Jadi, muzium ini kini telah berjaya mengumpul lebih 70,000 koleksi dari seluruh pelosok dunia. Buat masa kini, hanya 40,000 koleksi sahaja yang pamerkan di Top Fast Food Toy Collection Muzium dan selebihnya ditempatkan dirumah pemilik kerana ruang yang terhad.

Top Fast-Food Toy Collections Alor Setar - Koleksi Hello Kitty Anniversary
Koleksi Hello Kitty Singapore 50 years Anniversary
Top Fast-Food Toy Collections Alor Setar = Koleksi Hello Kitty

Antara koleksi mainan dan produk McDonald’s yang menarik dan rare sejak dari zaman 1979, termasuklah kotak Happy Meal pertama di dunia yang dikeluarkan di Amerika Syarikat, mainan Space Aliens tahun 1979, tin edisi terhad Coca-Cola tahun 1982, tisu berlogo mengikut negara, sos paket kecil, Happy Meal 2022 Nissan GT-R NISMO Japan dari Jepun.

Top Fast-Food Toy Collections Alor Setar - Koleksi Pokemon
Koleksi Pokemon Super Attack
Top Fast-Food Toy Collections Alor Setar - Koleksi Snoopy & Peanuts
Koleksi Snoopy & Peanuts

koleksi mainan tema filem juga ada seperti Narnia, Sing, The Secret Life of Pets 2, Avatar dan Smurfs, koleksi anime seperti Doraemon, Ultraman, One Piece, Pokemon dan SpongeBob SquarePants, koleksi Hot Wheels, Snoopy dan Barbie, uniform pekerja pertama kali di Malaysia yang dibuka di Bukit Bintang pada tahun 1982 dan pelbagai lagi koleksi lain yang unik serta berbaloi untuk anda datang.

Top Fast-Food Toy Collections Alor Setar - Koleksi Sponge Bob
Koleksi Sponge Bob Square Pants
Top Fast-Food Toy Collections Alor Setar - Koleksi Barbie & Hot Wheels
Koleksi Barbie & Hot Wheels

Sekiranya anda peminat McDonald’s, tentu sekali anda pernah memesan Happy Meal yang menjadi kegemaran kanak-kanak, bukan? Set Happy Meal yang didatangkan bersama set makanan pilihan, minuman, kentang goreng dan mainan diberi dalam kotak merah ikonik mereka.

Top Fast-Food Toy Collections Alor Setar - Koleksi MCD
Koleksi Vintage Happy Meal Girl Tahun 1997

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di muzium ini jika anda berada di Alor Setar. Anda bukan sahaja dapat mengimbau kembali zaman kanak-kanak tetapi anda juga boleh berkongsi pengalaman yang sama bersama keluarga.

Hobi mengumpul memorabilia Lee Choon Chiek ini bermula sejak beliau berumur 17 tahun lagi. Kini, ahli perniagaan berumur 61 tahun ini sudah mempunyai koleksi yang cukup besar yang dikumpul sejak tahun 1978 lagi.

Beliau juga mengumpul memorabilia dari Coca-Cola. Untuk pengetahuan anda, koleksinya termasuk barangan yang didapati dari dalam dan luar negeri. Sejak dari awal mengumpul, beliau sentiasa menyimpan sedikit wang untuk dibelanjakan untuk mendapatkan set Happy Meal. Oleh kerana McDonald’s dan Coca-Cola sering berkolaborasi, akhirnya koleksinya turut termasuk dalam koleksi memorabilia mainan fast food ini.

Teringat kembali pada tahun 1982, McDonald’s pertama di Malaysia di buka dan Lee Choon Chiek cukup teruja. Pertama kali beliau mengumpul koleksi produk McDonald’s adalah di US, jadi pembukaan McDonald’s di Malaysia cukup menyeronokkan.

Malah, mainan pertama dari Happy Meal yang dibeli pada waktu itu adalah sebuah tempat letak pensil yang diperbuat dari besi. Kini, ia bernilai lebih kurang $2,000 USD. Hebat, kan? Siapa sangka mainan atau hadiah kecil sebegitu mampu melonjak naik nilainya.

Namun, dalam banyak-banyak koleksi memorabilia beliau, yang paling bermakna ialah duit syiling bersadur emas yang dikeluarkan oleh McDonald’s Medan, Indonesia, sempena menyambut 50 tahun Big Mac. Beliau sangat tertarik akan hadiah tersebut sehinggakan beliau kembali untuk mendapatkan 5 lagi set syiling tersebut.

Walaubagaimanapun, beliau turut menghadapi beberapa cabaran untuk meneruskan hobinya ini. Kadang kala, set mainan yang didapati tidak lengkap atau tidak boleh didapatkan di Malaysia. Beliau terpaksa mendapatkannya Di McDonald’s di Thailand atau negara-negara lain. Namun, Lee Choon Chiek tetap bersemangat meneruskan hobinya. Malah, passion dan semangat beliau turut menarik isteri dan anaknya untuk bersama meneruskan hobi ini.

Muzium McDonald’s

Kini, kesemua mainan-mainan dan koleksi memorabilia beliau dipamerkan di sebuah kedai yang dijadikan sebagai muzium atau pusat kunjungan. Sejurus masuk ke muzium ini, anda akan mendapati muzium 1 tingkat ini dihiasi dengan warna-warna ikonik McDonald’s iaitu kuning dan merah.

Top-Fast-Food-Toy-Collections-Alor-Setar---Kaunter-Mc-Donalds-Klasik

Semua koleksi pula dipamerkan didalam almari plastik supaya mudah dilihat oleh semua pengunjung dan tidak mudah pecah apabila disentuh. Dinding-dinding muzium ini pula dipenuhi dengan poster-poster McDonald’s dan Coca-Cola dari zaman dulu hingga kini. Anda mungkin saja akan berasa istimewa dan terharu mengimbau memori manis zaman kanak-kanak dahulu bersama keluarga.

Di muzium ini juga terdapat tempat duduk yang disertakan bersama patung Ronald McDonald seperti yang disediakan di outlet-outlet McDonald’s dahulu. Terdapat juga ruang bergambar yang disediakan khas. Malah, di sudut ini juga terdapat satu replika kiosk McDonald’s berserta patung-patung yang memakai pakaian seragam pekerja McDonald’s. Anda tentu takkan lepaskan peluang untuk bergambar di sini.

Harga Tiket

Untuk memasuki dan menyaksikan sendiri muzium yang cukup unik dan menarik ini, mereka menetapkan harga tiket yang sangat berpatutan.

KategoriHarga 
Kanak-kanakRM10
DewasaRM15

Lokasi

Top Fast Food Toy Collection ini terletak di 2521 Pekan Pumpong, 05250 Alor Setar, Kedah. Untuk memudahkan anda, boleh saja gunakan Google Map.

Walaupun dipenuhi dengan tempat-tempat bersejarah, jarang sekali suatu tempat tarikan menjadi sejarah di Malaysia. Top Fast Food Toy Collection mencipta sejarah dengan menjadi muzium koleksi McDonald’s pertama di Malaysia.

Ia juga menyimpan seribu satu kenangan sejarah dan memori kehidupan kanak-kanak bersama McDonald’s. Pastikan anda mengambil masa untuk singgah ke sini apabila berkunjung ke Alor Setar nanti. Kami pasti, anda tentu happy disamping dapat meluangkan masa berkualiti mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak bersama keluarga tersayang.

Media Social: Facebook | Instagram | Tik Tok

Alamat: Top Fast-food Toy Collection, 2521, Belakang Pekan Pumpong, 05250 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 10am-7pm (setiap hari)

Whatsapp
4/5 - (1 vote)